Rancangan Pengajaran Harian Set 1

download Rancangan Pengajaran Harian Set 1

of 7

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Set 1

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    1/7

    Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi

    Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang Kelas: 2 Terbilang

    Tarikh: 25 Mac 2012 Hari: Ahad Masa: 8.45 9.45 pagi

    Matapelajaran: Matematik Pemulihan

    Nama Murid Muhammad Zaki Zazali

    Tajuk Menolak Dalam Lingkungan 10

    Kemahiran 6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10

    6.1 Mengenal Konsep Tolak

    i. Menyatakan kuantiti nombor objek dalam kumpulan

    ii. Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor.

    iii. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad

    nombor.

    iv. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

    v. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    2/7

    Hasil

    Pembelajaran:

    Pada akhir

    pengajarandan

    pembelajaran,

    murid dapat:

    i. Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul.

    ii. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.

    Pengetahuan

    sedia ada

    Murid telah kenal nombor 1 10

    Murid telah kenal simbol (-)

    Bahan Batu

    Mengajar

    Video kilp Mari Mengira, straw, Mesin Menolak, Lemabaran Kerja, Permainan Dat.

    Nilai Murni Bekerjasama

    Kemahiran

    Berfikir

    Membuat keputusan, menyelesaikan masalah

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    3/7

    Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi

    (5 mnit)

    1. Guru menayangkan satu video kilp Mari Mengira kepada murid.

    2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut berasama-sama iringan muzik.3. Guru mengaitkan video kilp dengan isi oengajaran pada hari ini.

    Langkah 1

    (20 minit)

    Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Guru menyediakan Mesin Mengira untuk murid.

    2. Guru melekatkan nombor-nombor dan simbol tolak di kotak menjadi ayat Matematik operasi tolak

    lingkungan 10.

    3. Murid diminta mengambil beberapa batang straw mengikut nilai nombor yang dilekatkan di kotak.

    4. Murid diminta mengurangkan bilangan straw mengikut nilai nombor tolak yang dilekatkan di kotak.

    5. Murid diminta melekatkan kad nombor di kotak sebagai jawapan dengan mengira bilangan batang straw

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    4/7

    yang tinggal dan melekatkan jawapan di kotak.

    6. Murid diminta menyelesaikan nasalah Matematik operasi tolak lingkungan 10 menggunakan straw

    berdasarkan ayat Matematik yang dilekatkan di kotak.

    Langkah 2

    (15 minit)

    Lembaran Kerja

    1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

    2. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak dengan betul.

    3. Murid dikehendaki menyelesaikan ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    5/7

    Langkah 3

    (15 minit)

    Aktiviti Pengukuhan (Permainan)

    1. Guru menyediakan satu set permainan dat untuk murid.

    2. Di atas papan dat tersebut terdapat nombor-nombor yang mewakili kad-kad soalan yang perlu diselesaikan

    oleh guru.

    3. Murid dikehendaki membaling dat ke atas papan dat yang terdapat nombor.

    4. Murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan nombor yang terkena dat tadi.

    5. Murid dikehendaki menyelesaikan soalan ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 yang terdapat pada

    kad soalan.

    6. Jawapan hendaklah ditulis pada kad soalan tersebut.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    6/7

    7. Setiap soalan yang berjaya diselesaikan oleh murid akan diberi token.

    Penutup

    (5 minit)

    1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini.

    2. Guru menunjukkan kad-kad soalan untuk memperkukuhkan kembali ingatan murid.3. Murid dikehendaki menggunakan kotak Mesin Pengira untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut.

    4. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul.

    5. Guru memberikan galakan pada murid unruk terus berusaha.

    6 2 =

    7 2 =

    9 5 =

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 1

    7/7

    Refleksi

    Pelajar

    Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan pengajaran kepada Zaki. Saya agak berpuas hati dengan

    pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

    lancar. Zaki memberikan kerjasama yang baik dan patuh pada arahan saya. Set induksi yang dirancang dapat

    menarik minat murid kerana Zaki berupaya menyanyikan bersama-sama iringan muzik. Langkah 1 juga turut

    memperkenalkan Zaki kepada konsep tolak dalam lingkungan 10. Pengajaran pada hari ini dapat dijalankan

    secara berpusatkan murid kerana Zaki perlu melakukan semua tugasan dengan usaha sendiri dengan bimbingan

    guru. Pada langkah 2, Zaki berupaya menjawab hampir kesemua lembaran kerja yang diberi dengan baik. Bagi

    lembaran kerja yang pertama Zaki berupaya menjawab empat daripada lima soalan dengan betul dan bagi

    lembaran kerja yang kedua, Zaki hanya berupaya menjawab tiga daripada lima soalan. Ini bermakna hasil

    pembelajaran sebahagian besar tercapai. Langkah 3 pula berjaya meningkatkan daya kecerdasan murid kerana

    saya meenjalankan pengajaran mengikut teori Bermain secara Belajar. Zaki menunjukkan reaksi yang agak

    teruja ketika bermain permainan ini. Saya menyeduakan 40 kad soalan untuknya selesaikan. Zaki berjaya

    menyelesaikan masalah operasi Matematik sebanyak 20 kad soalan dalam masa 15 minit. Kelemahan yang saya

    dapat kesan pada pengajaran pada hari ini ialah saya tidak dapat meguruskan masa dengan baik. Ini adalah

    kerana beberapa kekangan iaitu murid datang ke kelas lambat dan langkah 1 bagi aktiviti interaksi pengajaran dan

    pembelajaran memakan masa lebih 10 minit. Saya perlu lebih bijak membahagikan masa dengan baik dengan

    mengesetkan masa dengan menggunakan jam. Dengan itu saya akan lebih peka dalam pengurusan masa. Saya

    berharap saya dapat menjalakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun dan mengikut

    perancangan masa yang ditetapkan.