Rancangan Pengajaran Harian Set 3

download Rancangan Pengajaran Harian Set 3

of 7

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Set 3

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    1/7

    Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi

    Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang Kelas: 2 Terbilang

    Tarikh: 29 Mac 2012 Hari: Ahad Masa: 10.45 11.45 pagi

    Matapelajaran: Matematik Pemulihan

    Nama Murid Muhammad Zaki Zazali

    Tajuk Menolak Dalam Lingkungan 10

    Kemahiran 6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10

    6.1 Mengenal Konsep Tolak

    i. Menyatakan kuantiti nombor objek dalam kumpulan

    ii. Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor.

    iii. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad

    nombor.

    iv. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

    v. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    2/7

    Hasil

    Pembelajaran:

    Pada akhir

    pengajarandan

    pembelajaran,

    murid dapat:

    i. Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul.

    ii. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.

    Pengetahuan

    sedia ada

    Murid telah kenal nombor 1 10

    Murid telah kenal simbol (-)

    Bahan Batu

    Mengajar

    Belon, kad soalan, kad jawapan, kotak beracun, kad nombor, set sarang brurng, bola ping pong, dadu, kad manila,

    video klip Tambah dan Tolak.

    Nilai Murni Bekerjasama

    Kemahiran

    Berfikir

    Membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membandingkan.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    3/7

    Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi

    (5 mnit)

    1. Guru menyediakan beberapa biji belon yang sudah ditiup dan dilekatkan di beberapa tempat di dalam

    kelas.2. Belon-belon tersebut ditulis dengan nombor 1 5 setiap satu.

    3. Guru turut menyediakan kotak beracun untuk murid.

    4. Murid dikehendaki mencabut kad nombor 1 5 di dalam kotak beracun.

    5. Murid dikehendaki memecahkan belon mengikut kad nombor yang dicabut.

    6. Di dalam belon tersebut terdapat kad soalan ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10.

    7. Murid dikehendaki memilih kad jawapan yang diletakkan di atas meja.

    8. Murid dikehendaki menampalkan padanan kad soalan dan jawapan di atas papan putih.

    9. Murid dikehendaki mengulang langkah 4 8 sehingga semua belon dipecahkan.

    10. Guru mengaitkan dengan isi pengajaran pada hari ini.

    6 4 = 2

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    4/7

    Langkah 1

    (20 minit)

    Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Guru menyediakan set sarang burung dan bola ping pong pada murid.

    2. Murid diminta mengisi bola ping pong pada sarang burung yang pertama dengan bilangan ping pong yangdinyatakan oleh guru.

    3. Murid diminta mengisi bola ping pong pada sarang brung yang kedua dengan bilangan ping pong yang

    dinyatakan oleh guru.

    4. Guru meminta murid melihat perbezaan bilangan ping pong pada set sarang burung pertama dan kedua.

    5. Guru menerangkan bahawa bahawa penolakan juga dikenali sebagai perbandingan.

    6. Bagi bola ping pong yang tiada pasangan merupakan jawapan bagi permasalahan tersebut.

    7. Murid diminta menulis soalanayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 berdasarkan set sarang burung

    tersebut di atas kad manila yang disediakan dan menulis jawapannya.

    8. Murid diminta mengulangi langkah 2 4 dengan bilangan bola ping pong yang berlainan seperti yang

    dinyatakan oleh guru.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    5/7

    Langkah 2

    (15 minit)

    Lembaran Kerja

    1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

    2. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak dengan betul.3. Murid dikehendaki menyelesaikan ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

    Langkah 3

    (15 minit)

    Aktiviti Pengukuhan (Permainan)

    1. Guru menyediakan dua biji dadu.

    2. Setiap dadu diletakkan nombor-nombor 1 9.

    3. Guru menerangkan membina ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 menggunakan dadu.

    4. Guru turut menerangkan nombor besar menolak nombor kecil.

    5. Murid dikehendaki membaling kedua-dua dadu tersebut.

    6. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 berdasarkan hasil balingan dadu

    tersebut.

    7. Murid dikehendaki menulis ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 yang dibina di atas kad manila yang

    disediakan oleh guru.

    8. Murid juga dikehendaki menyelesaikan soalan Matematik tersebut menggunakan objek konkrit seperti

    batang straw.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    6/7

    Penutup

    (5 minit)

    1. Guru menayangkan video klip Tambah dan Tolak kepada murid.

    2. Murid dikehendaki meneliti video klip tersebut..

    3. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul.

    4. Guru memberikan galakan pada murid unruk terus berusaha.

  • 8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian Set 3

    7/7

    Refleksi

    Pelajar

    Saya amat berpuas hati dengan pengajaran pembelajaran yang dirancangkan pada hari ini. Hasil pembelajaran

    dirancang dengan baik dan isi pengajaran disusun secara sistematik dan teratur. Selain itu, strategi pengajaran

    dan pembelajaran yang digunakan lebih berpusatkan murid berbanding guru. bahan bantu mengajar juga

    dipelbagaikan dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Kemahiran berfikir dapat diterapkan dengan baik

    dengan penambahan berfikir dengan membuat perbandingan terhadap bilangan bola ping pong pada sarang

    burung pertama dan kedua. Set induksi yang diajalankan dapat menarik perhatian murid dan murid sangat teruja.

    Perkembangan pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan langkah-langkah yang dirancang dapat

    dijalankan dengan teratur dan tidak ketinggalan. Saya juga berupaya mengruskan bilik darjah dengan lebih baik

    dan berupaya menjadikan murid lebih patuh pada arahan dengan penggunaan token dan ganjaran. Hasil

    pembelajaran juga tercapai dan memberansangkan. Kelemahan yang saya dapat kesan adalah saya kurang

    menerapkan nilai murni pada murid. Saya lebih berfokuskan pada pengajaran sahaja dan terus melupakan nilai

    murni. Untuk mengelakkan kejadian sebegini terjadi, saya akan membuat catatan nilai murni pada setiap langkah

    yang dijalankan. Sya juga berharap sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang akan lebih bermakna dan

    berkesan.