Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Hari : Selasa Tarikh : 27 Mac 2012 Mata pelajaran : Matematik Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Wang hingga RM10 Kelas : 1 Bijak Masa : 8.45 – 9.15 pagi Jumlah murid : 22 orang Standard Kandungan : 4.1 Murid dibimbing untuk mengenal pasti ringgit dan sen. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : (i) mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Objektif Pengajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Mengenalpasti jenis,bentuk dan warna wang ringgit dan wang syiling Malaysia (RM10, RM5 ,RM1) . (5sen, 10sen 20sen dan 50sen ) 2. Menghasilkan satu tugasan secara kumpulan mengasingkan wang kertas dan wang syiling dengan menggunakan borang dengan sempurna. Nilai Murni : Bekerjasama,patuh arahan guru dan bersesuaian. Bahan Bantu Mengajar: Matawang syiling dan kertas Malaysia (palsu dan

description

rph tahun 1

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Selasa

Tarikh : 27 Mac 2012

Mata pelajaran : Matematik

Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk : Wang hingga RM10

Kelas : 1 Bijak

Masa : 8.45 – 9.15 pagi

Jumlah murid : 22 orang

Standard Kandungan : 4.1 Murid dibimbing untuk mengenal pasti ringgit dan sen.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

(i) mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.

Objektif Pengajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-

1. Mengenalpasti jenis,bentuk dan warna wang ringgit dan wang syiling Malaysia (RM10, RM5 ,RM1) . (5sen, 10sen 20sen dan 50sen )

2. Menghasilkan satu tugasan secara kumpulan mengasingkan wang kertas dan wang syiling dengan menggunakan borang dengan sempurna.

Nilai Murni : Bekerjasama,patuh arahan guru dan bersesuaian.

Bahan Bantu Mengajar: Matawang syiling dan kertas Malaysia (palsu dan

benar),carta,lembaran kerja,gunting dan gam.

Kemahiran Berfikir : Banding,beza,menjana dan mengkategori.

Langkah keselamatan : Guru menasihati murid supaya menjaga

keselamatan peralatan yang digunakan seperti gunting dan gam.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1

Fasa Aktiviti Guru/Aktiviti Murid Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan analisis

Set induksi ( 5 minit )

1. Guru meminta murid mengeluarkan wang saku yang dibawa dan meletakannya di atas meja..

i. Ada berapajenisnilaiwang yang terdapat di atasmeja ?

ii. Adakahwanginilakuuntukdiniagakan di Malaysia ?

2. Imaginasi

Penjanaan Idea

3. Sintesis Idea

Langkah 1 ( 10 minit )

1. Minta ketua kumpulan

mengambil sampul yang mengandungi pelbagai jenis nilai wang kertas dan duit syiling daripada pelbagai negara.

Ambil sampul ini dan buka, cuba cari mata wang Malaysia dalam

bentuk wang kertas dan duit syiling.

4. Perkembangan

dan Tindakan

Langkah 2 ( 10 minit )

Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menampalkan wang yang telah diwarnakan mengikut kumpulan..

Kamu pilih yang betul kemudian tampal dalam lembaran kerja dalam kumpulan.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1

Pentaksiran Penutup ( 5 minit )

1. Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, mewarna dan menampal wang dengan tepat,menunjukkan keupayaan dan kebolehan murid mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling.

2. Pamer hasil kerja murid.

Nilai dan Sikap Sifat bekerjasama dan saling membantu.