Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS Tarikh : 15 April 2013 Masa : 10.45 pagi – 11.45 pagi ( 60 minit ) Kelas : 1 Bestari Bilangan murid : 13 orang Subjek : Sains Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tajuk : Tumbuhan Masa : 2 Masa Standard kandungan : 4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan Standard pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : 4.1.1 Mengenal pasti bahagia-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan yang sebenar. Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah melihat beberapa jenis pokok seperti pokok kelapa. Kaedah Pengajaran : 1. Kajian lapangan 2. Perbincangan Kemahiran Proses Sains : 1. Memerhati

description

Rancangan Pengajaran HarianDunia Sains dan TeknologiTahun 1KSSR 201

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Tarikh : 15 April 2013

Masa : 10.45 pagi – 11.45 pagi ( 60 minit )

Kelas : 1 Bestari

Bilangan murid : 13 orang

Subjek : Sains

Tema : Dunia Sains dan Teknologi

Tajuk : Tumbuhan

Masa : 2 Masa

Standard kandungan : 4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan

Standard pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

4.1.1 Mengenal pasti bahagia-bahagian tumbuhan iaitu pucuk,

daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan

memerhati tumbuhan yang sebenar.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah melihat beberapa jenis pokok seperti pokok

kelapa.

Kaedah Pengajaran :

1. Kajian lapangan

2. Perbincangan

Kemahiran Proses Sains :

1. Memerhati

2. Berkomunikasi

Kemahiran Berfikir secara Kreatif :

1. Menjana idea

2. Menghubungkaitkan

Kemahiran Berfikir secara Kritis :

1. Mencirikan

2. Membuat kesimpulan

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam

sekeliling.

2. Bekerjasama

3. Menghargai keseimbangan alam semula jadi

4. Baik hati dan penyayang.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Laptop

2. Speaker

3. Kad gambar

4. Kertas mahjong

Fasa (Masa) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Orientasi

(5 minit)

Lagu tanya sama

pokok.

1. Kelas dimulakan dengan

bacaan doa.

2. Guru memasang lagu kepada

murid dan meminta murid

mendengar dengan baik.

Kemahiran

proses Sains :

Memerhati

Sumber p & p :

1.Laptop

2.Speaker

Sikap saintifik &

nilai murni:

1.berhemah tinggi

dan

menghormati.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

Pencetusan

idea

(10 minit)

1.Berdasarkan kepada lagu

yang dipasang, guru bertanya

beberapa soalan kepada murid

1.Apakah yang mereka dengar

tentang lagu tersebut. ?

2.Bertanya kepada murid siapa

ada menanam pokok di rumah

mereka?

3.Siapa yang bapanya memiliki

kebun?

4.Apakah bahagian yang ada

pada sepohon pokok?

Kemahiran

proses Sains :

-Berkomunikasi

-Memerhati

Sumber p & p :

-Speaker

Sikap saintifik :

1.Berfikiran

rasional

2.Yakin dan

berdikari

Penstrukturan

semula idea

(25 minit)

Bahagian pokok

-dahan

-daun

-pucuk

-bunga

-buah

-batang

-akar

1.Guru menerangkan mengenai

lagu tersebut.

2.Guru membawa murid – murid

ke luar kelas dan meneruskan

pengajaran melalui penyiasatan.

3.Guru menerangkan bahagian

– bahagian pokok kepada murid

– murid sambil murid melihat

secara nyata.

4.Kemudian guru membawa

murid ke pokok yang kedua.

5Guru meminta murid menyebut

bahagian pokok yang ditunjuk

oleh guru.

5.Guru menyuruh murid melukis

pokok yang dilihat mereka.

Kemahiran

proses Sains :

1.Memerhati

2.Berkomunikasi

Sumber p & p :

-Kertas A4

-Pensel

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

6.Kemudian guru membawa

murid kembali ke kelas.

Sikap saintifik &

nilai murni :

1.Menghormati

keseimbangan

alam

2.Bekerjasama

4. Minat dan

bersifat ingin tahu

tentang alam

sekeliling

5.Berfikiran

rasional

Aplikasi

(15 minit)

Bahagian – bahagian

pokok.

1.Guru membuat aktiviti melabel

kepada murid – murid.

2.Guru membahagikan murid

kepada tiga kumpulan.

3.Setiap kumpulan diberikan

satu kertas yang mengandungi

gambar pokok.

4.Kemudian, setiap kumpulan

diberikan perkataan tentang

bahagian – bahagian pokok.

5.Murid – murid diminta untuk

melekatkan perkataan tersebut

pada bahagian yang betul.

Kemahiran

proses Sains :

Memerhati

Sumber p&p

-Kertas mahjong

-gambar

-gam

Sikap saintifik &

nilai murni :

1.Bekerjasama

2.Yakin dan

berdikari

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian TAHUN 1 DST 3

Refleksi

(5 minit)

Bahagian pokok

terdiri daripada :

-daun

-dahan

-bunga

-batang

-akar

-pucuk

-buah

1.Murid diberikan lembaran kerja

untuk disiapkan.

2.Guru membincang latihan

yang disiapkan murid.

3.Guru membuat ringkasan

tentang pengajaran yang diajar.

4.Guru menasihatkan murid

supaya sentiasa memelihara

tumbuh – tumbuhan.

Kemahiran

proses Sains :

1.Memerhati

Sumber p & p :

Lembaran kerja A

Sikap saintifik &

nilai murni :

-Bekerjasama

-Menghargai

keseimbangan

alam semula jadi