Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun : 2 Bidang : Membuat corak dan rekaan Aktiviti : Tiupan Tema : Alam Semulajadi Tajuk : Hiasan bingkai gambar Bilangan murid : 20 orang Tarikh : 10 Februari 2015 Masa : 10.45 –11.45 pagi (60minit) Media : Alat: Surat khabar, gunting, berus lukisan, palet dan straw Bahan: Kertas lukisan, gam dan warna poster Bahan Bantu Belajar: Contoh-contoh corak teknik tiupan EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi STANDARD KANDUNGAN: 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan, warna, jalinan, ritma dan pergerakan serta kepelbagaian yang terdapat pada alam semulajadidan karya seni dalam penghasilan corak teknik tiupan.

description

SENI

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun : 2

Bidang : Membuat corak dan rekaan

Aktiviti : Tiupan

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Hiasan bingkai gambar

Bilangan murid : 20 orang

Tarikh : 10 Februari 2015

Masa : 10.45 –11.45 pagi (60minit)

Media : Alat: Surat khabar, gunting, berus lukisan, palet dan straw

Bahan: Kertas lukisan, gam dan warna poster

Bahan Bantu Belajar: Contoh-contoh corak teknik tiupan

EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

STANDARD KANDUNGAN:

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan, warna, jalinan,

ritma dan pergerakan serta kepelbagaian yang terdapat pada alam

semulajadidan karya seni dalam penghasilan corak teknik tiupan.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan

media dan teknik dalam membuat corak.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam

penghasilan corak.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

STANDARD PEMBELAJARAN:

2.1 Persepsi Estetik

Murid dapat menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip

rekaan dalam penghasilan corak teknik tiupan.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 Garisan: Pelbagai jenis garisan

2.1.1.2 Warna: Sekunder

2.1.1.3 Jalinan: Tampak

2.1.2 Prinsip rekaan

2.1.2.1 Ritma dan pergerakan: Garisan pelbagai arah

2.1.2.2 Kepelbagaian- warna: Garisan dan jalinan

2.2 Aplikasi seni

Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan

teknik dalam penghasilan corak teknik tiupan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 Alat: Surat khabar, berus lukisan, palet dan straw

2.2.1.2 Bahan: Kertas lukisan, gam dan cat poster atau cat air

2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan

karya

2.2.2.1 Teknik: Tiupan

2.3 Ekspresi kreatif

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta

kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak tiupan.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik tiupan dalam penghasilan corak

2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : garisan, warna, jalinan, serta ritma dan

pergerakan dalam penghasilan karya

2.4 Apresiasi seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakandengan memberikan

penekanan pada bahasa seni visual

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti

Persepsi estetik

1. Guru menunjukkan pelbagai corak teknik

tiupan.

2. Guru berinteraksi dengan murid tentang

unsur seni dan prinsip rekaan seperti

garisan, jalinan, warna, irama dan

pergerakan serta kepelbagaian.

3. Guru bersoal jawab dengan murid

tentang media yang sesuai untuk

membuat corak teknik tiupan.

Aplikasi seni

1. Guru menunjuk cara menghasilkan corak

tiupan dengan pelbagai teknik meniup

straw.

2. Guru menunjukkan cara menghias

bingkai gambar dengan corak teknik

tiupan

Langkah 1

1. Murid membancuh warna di dalam palet

Langkah 2

1. Ambil warna menggunakan straw atau

berus dan titiskan di atas kertas lukisan.

2. Tiup warna menggunakan straw ke

pelbagai arah.

3. Menggunakan pelbagai warna untuk

mendapatkan kesan corak tiupan yang

menarik.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

Langkah 3

1. Ulangi aktiviti di atas dengan

menggunakan pelbagai warna.

Ekspresi kreatif

1. Murid menjalankan aktiviti mencorak

dengan teknik tiupan mengikut kreativiti.

2. Murid menampal kertas putih yang

bersaiz lebih kecil pada bahagian tengah

hasil corak bagi menampakkan bingkai

gambar.

Apresiasi seni

1. Murid mempamerkan hasil kerja

2. Murid menceritakan hasil kerja sendiri

dan rakan-rakan.

3. Murid memberikan pelbagai cadangan

untuk menggunakan corak tiupan bagi

dijadikan hiasan pada rekaan yang lain.