Rancangan pengajaran harian topeng

7
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Kelas : Tahun 5 Bilangan Murid : 24 orang Tarikh : 4 Oktober 2011 Masa : 9.00 a.m. – 10.00 a.m. Bidang Seni : Membentuk dan membuat binaan Jenis : Topeng Muka Tajuk : Topeng Haiwan (berdasarkan cerita haiwan “Singa dan Tikus). Hasil Pembelajaran : Hasil pembelajaran Spesifikasi Kurikulum Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan. Unsur Seni: i. Garisan, Rupa, Warna dan Bentuk. Prinsip Rekaan: i. Harmoni, Aras 1 ii. Mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran. Aras 2 i. Membuat lakaran reka bentuk binaan yang berfungsi berbantukan komputer.

Transcript of Rancangan pengajaran harian topeng

Page 1: Rancangan pengajaran harian  topeng

Rancangan Pengajaran Harian

Pendidikan Seni Visual

Kelas                           :           Tahun 5

Bilangan Murid            :           24 orang

Tarikh                          :           4 Oktober 2011

Masa                           :           9.00 a.m. – 10.00 a.m.

Bidang Seni                 :           Membentuk dan membuat binaan

Jenis                            :           Topeng Muka

Tajuk                           :           Topeng Haiwan

                                                (berdasarkan cerita haiwan “Singa dan Tikus).

Hasil Pembelajaran     :

Hasil pembelajaran Spesifikasi Kurikulum

Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan.

Unsur Seni:

 i.        Garisan, Rupa, Warna dan Bentuk.

Prinsip Rekaan:

 i.        Harmoni, Kepelbagaian dan Penegasan.

Aras 1

ii.        Mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran.

Aras 2

 i.        Membuat lakaran reka bentuk binaan yang berfungsi berbantukan komputer.

Page 2: Rancangan pengajaran harian  topeng

Objektif:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

      i.        mengetahui kewujudan topeng muka sebagai hiasan muka untuk tujuan parti dan keramaian atau sebagai alat mainan untuk kanak-kanak.

     ii.        membuat topeng muka mengikut watak haiwan yang berdasarkan cerita ‘Singa dan Tikus’.

Pengetahuan sedia ada          :  

Murid-murid mengetahui kewujudan topeng muka melalui televisyen, pengalaman

sendiri dan sumber asas lain seperti buku cerita, atau pernah mempunyai topeng

muka mainan.

Kemahiran      :           i.     Membuat topeng muka singa dan tikus (Muka haiwan telah

                                          disediakan melalui cetakan computer).

                                    ii.    Mewarna muka haiwan (cetakan computer) untuk topeng

                                           muka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran:

Pendekatan Kontekstual

      i.        Menggunakan pengetahuan sedia ada seperti cerita haiwan dalam buku cerita untuk menghasilkan topeng muka yang menarik.

Bahan Bantu Mengajar           :

Papan tulis, pensel warna, magic pen (jika perlu), gunting, getah, penebuk lubang, contoh gambar topeng muka dan contoh hasil rekaan topeng muka yang telah siap.

Penerapan Nilai          :          

Bekerjasama (perbincangan secara kelas), berdisiplin ketika guru memberi

penerangan dan menghargai hasil karya seni yang dihasilkan (apresiasi seni).

Page 3: Rancangan pengajaran harian  topeng

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Isi Pelajaran Catatan

Set Induksi

 (5 minit)

Gambar kartun & topeng muka.

·         Guru mempamerkan gambar singa dan tikus (cetakan komputer) dan contoh topeng muka.

·         Guru memainkan audio bunyi singa dan tikus.

·         Guru bertanya sama ada murid pernah mendengar cerita haiwan berjudul “Singa dan Tikus”.

1.    Pengenalan untuk tajuk pembelajaran.

2.    Murid memberi respons berkenaan gambar dan topeng muka yang ditunjukkan.

ABM: Gambar haiwan dan topeng muka.

Kemahiran Berfikir:

·         Soal jawab dalam mengembangkan pengetahuan.

Nilai:

Bekerjasama (Perbincangan secara kelas).

Langkah 1

(8 minit)

Penerangan setiap langkah.

·         Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa mereka akan membuat topeng muka bertemakan watak haiwan berdasarkan cerita haiwan yang dipilih.

·         Guru menerangkan bahan-bahan yang akan digunakan dan langkah yang betul dalam membuat topeng muka.

·         Guru menunjukkan contoh hasil topeng muka yang telah siap kepada murid-murid.

 

·         Penjelasan kepada setiap langkah yang betul dalam membuat topeng muka.

·         Penekanan kepada kreativiti murid-murid membuat rekaan topeng muka.

Topeng muka bertemakan cerita haiwan.

Murid-murid didedahkan kepada penghasilan topeng muka.

Nilai:

Berdisiplin.

       

Langkah 2 ·         Murid diberikan ·         Murid-murid 12 murid diberi muka

Page 4: Rancangan pengajaran harian  topeng

(40 Minit)

Kemahiran:

Mewarna, menggunting dan menampal.

helaian cetakan muka haiwan.

·         Murid-murid mewarna muka haiwan.

·         Murid menggunting dan menampal muka haiwan yang sudah diwarnakan pada

mewarna muka haiwan.

·         Aplikasi kemahiran mewarna dan membentuk topeng muka.

haiwan singa dan 12 murid lagi diberi muka haiwan tikus untuk diwarnakan.

Kemahiran berfikir:

Penjanaan idea.

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Isi Pelajaran Catatan

 Langkah 3

(5 minit)

Apresiasi hasil seni.

pinggan kertas.

·         Guru memilih beberapa pasangan untuk melakonkan watak haiwan.

·         Guru memberi pandangan tentang hasil persembahan murid.

·         Murid menggunakan topeng muka berdasarkan untuk melakonkan watak haiwan tersebut.

·         Penilaian ke atas hasil kerja dan persembahan murid.

·         Perbincangan secara kelas.

*Murid melakonkan watak haiwan.

Nilai:

Penghargaan hasil kerja seni yang dihasilkan.

Penutup

(2 Minit)

Rumusan dan nilai.

·         Guru dan murid membuat rumusan isi pembelajaran yang telah dipelajari.

·         Guru mendedahkan kepada murid-murid dengan nilai yang diterapkan dalam seni.

·         Mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.

Penjelasan yang diberikan oleh guru menjana dan meluaskan pengetahuan murid-murid.

Refleksi:

Kekuatan

Page 5: Rancangan pengajaran harian  topeng

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Kelemahan dan kekurangan yang di kesan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid akan menjadi kekuatan untuk guru agar lebih memperbaiki mutu pengajarannya pada masa akan datang. Apabila dikenangkan kembali sesi pengajaran pendidikan seni visual bersama murid Tahun 5 ini sangat menyeronokkan sekali, semua murid terlibat secara aktif dan mereka seronok sekali menyiapkan tugasan membuat topeng muka yang diberikan kepada mereka. Saya juga tidak menghadapi masalah kawalan kelas kerana jumlah murid yang tidak terlalu ramai di dalam kelas. Murid dapat menyiapkan topeng muka dan masa yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya dapat melakonkan watak haiwan seperti yang di arahkan oleh guru di dalam kelas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan dengan lancer dan objektif pembelajaran tercapai.

Kelemahan

Kelemahannya pula pembuatan topeng ini memerlukan penyiapan rancangan pembelajaran yang agak lama dan memerlukan penyiapan bahan bantu mengajar yang banyak sebelum memulakan aktiviti tersebut. Sekolah pendalaman seperti sekolah saya mengalami masalah kekurangan bahan bantu mengajar dan kebanyakkan peralatan pendidikan seni sudah agak using dan banyak yang tidak dapat digunakan. Dari pihak murid pula  mereka mempunyai peralatan yang terhad dalam penyiapan topeng muka ini dan sangat bergantung kepada guru mereka.