Rancangan Perniagaan (Repaired)

33
RANCANGAN PERNIAGAAN DESIRE FROZEN FOODS ENT. 1.0 PENGENALAN Produk makanan yang berasaskan sejuk-beku seperti (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat. Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat Desire Frozen Foods Ent. Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.

description

tugasan

Transcript of Rancangan Perniagaan (Repaired)

RANCANGAN PERNIAGAANDESIRE FROZEN FOODS ENT.

1.0PENGENALAN

Produk makanan yang berasaskan sejuk-beku seperti (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat Desire Frozen Foods Ent. Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku untuk caf dan kantin kawasan sekitarnya.

Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di BAGUS Baking Center, Shah Alam dan cawangannya di Bandar Seremban, yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri (confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 , perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Desire Frozen Foods Ent berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaannya.1.1 VISI

Menjadi sebuah syarikat makanan sejuk beku yang terkenal dan berjaya di Malaysia1.2 MISI

Menyediakan produk makanan sejuk beku yang berkualiti dan lazat kepada pelanggan dan memastikan semua bangsa mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri yang diyakini halal.2.0 LATAR BELAKANG SYARIKATNama Perniagaan: DESIRE FROZEN FOODS ENT.Alamat Berdaftar: Lot 1709 , Lorong Im 14/8 Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan,

Pahang.Alamat Perniagaan: Lot 1709 , Lorong Im 14/8 Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, Pahang.

No. Telefon

: 09-5721212No. Daftar Perniagaan: PW006239-KSTarikh pendaftaran: 1 OGOS 2012 Aktiviti Perniagaan: Produk makanan sejuk-beku Bentuk Perniagaan : Enterprise Modal Permulaan: RM 50,000 Bank berurusan: CIMB BANK Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera ) Nama Pemilik

: Mohd Rais Bin AzharEmail

: [email protected]

: http://desirefrozen.blogspot.com

2.1RANCANGAN PENGURUSAN

2.1.1

STRUKTUR ORGANISASI

2.1.2FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB2.1.2.1 Pemilik / Pengurus

a)Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.

b)Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.

c)Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

d)Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.2.1.2.2 Bahagian Pemasaran/ jualana)Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.

b)Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran.

c)Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.

d)Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan.e)Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.f) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

2.1.2.3 Bahagian Pengeluarana)Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.

b)Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

c)Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik.

d)Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.

e)Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.2.1.2.4 Bahagian Kewangana)Memastikan semua dokumen perakaunan adalah lengkap dan tersusun.b)Merekod dan menyediakan penyata kewangan perniagaan setiap bulan.c)Mencari sumber dana untuk operasi perniagaan dan mengenalpasti peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan.2.1.2 Susun Atur Premis Niaga

Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1.2.1.3 Carta Aliran Proses Kerja

Proses pembuatan menghasilkan makanan sejuk beku dipaparkan seperti di Lampiran 2.3.0 STRATEGI PENGURUSAN

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan ( teamwork ) di kalangan para pekerja.

b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan

pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.

c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan

mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.

d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan

taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

e) Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

f) Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni.

g) Penyelidikan dan Pembangunan ( R& D ) akan menjadi fokus dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan.Mempastikan supaya peruntukan untuk pembiayaan sentiasa ada dan mencukupi untuk tujuan ini.

h) Harga yang yang ditawarkan mengikut pasaran dan berpatutan, memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mempamirkan kos perkhidmatan dengan jelas dan terang.3.1 RINGKASAN SKOP PERNIAGAAN3.2 3.1.1Aktiviti Perniagaana) Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk beku dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis perniagaan.

b) Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan

perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, caf dan restoran serta kedai stesen minyak.3.1.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkaa)Pembuatan karipap.

b) Pembuatan samosa

c)Pembuatan pizza (pelbagai perasa).

Manakala perkhidmatan adalah seperti:

a)Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan perkahwinan b)

Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.

c)Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.

d)

Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai)

3.3 ANALISIS FAKTOR LUARAN/DALAMAN3.2.1Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat perniagaan ini

mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju. Makanan barat kini telah menjadi pilihan masyarakat Malaysia.Memandangkan kepada ekonomi negara yang berkembang secara positif turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan makanan ini.Taraf hidup rakyat telah meningkat dan golongan menengah dan atasan telah bertambah ini meningkatkan lagi kuasa beli rakyat.

Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan bakeri mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.

Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuas hati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.

Tambahan pula perniagaan ini dapat membekalkan produk yang berkualiti yang akan menarik minat pelanggan untuk mengunjungi Desire Frozen Food Ent. Walaupun akan ada persaingan tetapi kami yakin dengan produk yang ada akan menjadi pilihan pelanggan kepada citarasa yang disediakan dan perniagaan ini akan berkembang dengan pesat dan meluas dapat masa 3 tahun.

Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kawasan perumahan, kawasan sekolah, kawasan industri dan bandar. Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.3.4 ANALISA SWOT

3.3.1 KEUNIKAN PRODUK / PERKHIDMATAN

Perkhidmatan

a) Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masaalah dan

rungutan pelanggan dengan baik.

b) Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja

agar kualiti makanan dapat dikekalkan.

c) Kualiti makanan seperti rasa dan kesegeran sentiasa dijaga sepanjang masa

mengikut yang ditetapkan.

d) Pengurus akan mempastikan makanan yang dibekukan mestilah dalam

keadaan yang baik sepanjang masa.

e) Pengurus akan mempastikan pegawai penyelidikan akan membuat kajian dan

pemerhatian terhadap makanan yang diproses dan yang telah dibekukan

supaya berada dalam keadaan kualiti yang baik.

f) Mempastikan semua makanan yang disediakan adalah halal.

g) Setiap produk yang dikeluarkan untuk penghantaran mestilah diletakkan logo

syarikat supaya dikenali pelaggan sebagai tanda perniagaan.4.0 BELANJAWAN PEMASARAN 4.1Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus Desire Frozen Foods Ent adalah seperti berikut:

BilJenis perbelanjaanTahun I (RM)Tahun 2 (RM)Tahun 3 (RM)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Gaji & elaun Pengurus

Gaji Pekerja

KWSP & Socso

Sewa lot perniagaan

Utiliti

Alatulis & belanja pejabatPerjalanan & pengangkutan

Senggaraan kedai & mesin

Iklan & promosi

19,980.00

24,600.00

5,520.00

24,000.00

26,200.00

1,200.00

4,800.00

2,200.00

2,000.00

19,980.00

24,600.00

5,796.00

24,000.00

26,200.00

1,800.00

4,800.00

2,200.00

2,000.0020,979.00

25,830.00

6,085.80

24,000.00

26,200.00

1,890.00

5,040.00

2,200.00

2,000.00

Jumlah setahun110,500.00111,376.00114,224.80

Purata sebulan9,208.009,281.339,518.73

4.2Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki

Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik sejak

setahun yang lalu, maka Desire Frozen Food Enterprise telahpun memiliki beberapa peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa

ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti

berikut:PerkaraUnitNilai (RM)

a) Mesin pengadun (mixer)

b) Oven kecil

c) Peralatan membuat doh dan pastri

d) Peralatan komputer1

1

1

11,500.00

1,000.00

500.00

2,000.00

Jumlah5,000.00

4.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan

Sungguhpun Desire Frozen Food Enterprise menjalankan operasinya mengeluarkan produk secarakecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:BilPerkaraJumlah (RM)

1Belanja Permulaan

- Lesen PBT / ROB

- Deposit & sewa premis

- Pembungkusan

- Insuran kilang

- Iklan & promosi

500.00

9,000.00

3,000.00

5,000.00

1,000.00

2Aset Tetap

- Struktur kedai

- Pendawaian

- Oven

- Mixer

- Cash machine

- Working table

- Trolley

- Chiller / freezer

- Tray

- Induction stove

- Perabut15,000.00

3,000.00

3,000.00

2,000.00

500.00

1,000.00

1,000.00

20,500.00

500.00

1,000.00

4,000.00

3Modal Pusingan

- Bahan mentah

- Petty cash8,000.00

2,000.00

Jumlah80,000.00

4.4 Stok Bekalan Bahan Mentah

Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi

mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam

keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun

demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak

menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos

perbelanjaan.4.5 Senarai Pembekal Barang Niaga

Desire Frozen Food Enterprise telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan

pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal

tersebut ialah:

NoNama syarikat pembekalProduk dibekalkan

1. Bagus Baking Solutions Center

214, Jalan Negara

Taman Melawati

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41060688

Fax: 03-41060485- Bahan mentah

- Peralatan mesin & oven

- Peralatan membuat kek, roti, pastri dll.

4.6 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun

Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan

mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku .Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:BahanAnggaran sebulan (RM)Tahun I (RM)Tahun II (+5%)(RM)Tahun III (+10%) (RM)

Tepung gandum

Gula

Mentega / majerin

Bread softener

Yis

Telor

Bread improver

Ovelate

Baking powder

Daging

Ayam

Udang

Sardin

Sayur-sayuran

Lain-lain bahan900.00

450.00

1,500.00

450.00

450.00

270.00

166.00

50.00

50.00

210.00

166.00

240.00

90.00

150.00

1,459.0010,800.00

5,400.00

18,000.00

5,400.00

5,400.00

3,240.00

1,992.00

600.00

600.00

2,520.00

1,992.00

2,880.00

1,080.00

1,800.00

17,508.0011,340.00

5,670.00

18,900.00

5,670.00

5,670.00

3,402.00

2,091.60

630.00

630.00

2,646.00

2,091.60

3,024.00

1,134.00

1,890.00

18,383.4011,880.00

5,940.00

19,800.00

5,940.00

5,940.00

3,564.00

2,191.20

660.00

660.00

2,772.00

2,191.20

3,168.00

1,188.00

1,980.00

19,258.80

Jumlah6601.0079,212.0083,172.6087,133.20

3.7 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar

Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:KosNilai (RM)

Jualan

Kos bahan langsung

Kos buruh langsung

Kos pembungkusan

Kos tak langsung (overhead)

Jumlah kos 321,000.00

79,212.0024,600.00

3,000.00

49,700.00 156,512.00

Margin kasar / keuntungan kasar RM164,488.00

4.2 SASARAN PEMASARAN4.2.1Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

a) Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Indera Mahkota.

b) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi

c) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.

d)Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di

sekitarnya.

e) Pelanggan restoran.

f) Pelanggan stesen minyak.

g) Pengedar perseorangan.

h) Internet (Laman Web).4.2.2 Kawasan Pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 kilometer persegi atau dalam radius 5 kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:a)Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Bandar Indera Mahkota.b)Kawasan kantin dan di Kolej Shahputra.

c)Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.

d)Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swastae)Kawasan restoran dan di sekitarnya.

f)Stesen minyak yang berhampiran.g)Masjid dan surau di sekitar.4.2.3 PesaingDi kawasan Indera Mahkota ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada Desire Frozen Food Ent. dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:Nama PerniagaanProduk ditawarkanKekuatanKelemahan

1. Perniagaan Frozen Food

Lot PenjajaRoti, frozen food (karipap dan samosa), kek dan lain-lain- Terletak berhadapan dengan jalan utama

-Terletak sebaris dengan kedai-kedai makan

- Merupakan tempat kunjungan pelajar universiti- Nama perniagaan yang tidak jelas

- Tiada promosi

- Baru beroperasi

- Kedai yang tidak menarik

2. Azimah Frozen FoodFrozen food dan pastri- Premis perniagaan yang strategik.

- Baru beroperasi

- Pilihan jenis roti masih terhad

4.2.4Saiz Pasaran

Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 orang pelanggan, 2 orang atau dengan kata lain 20% daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.4.2.5 Kuasa Beli Pelanggan

Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 orang penduduk di kawasan Bandar Indera Mahkota dan sekitarnya. Sejumlah 20% angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 . Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 sebulan.4.2.6 Syer Pasaran

Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 4.2.3), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20%.5.0STRATEGI PEMASARAN5.1 Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Desire Frozen food Enterprise bagi

memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan menciptasistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.b)Memberikan profil perniagaan kepada bakalbakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.c)Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen komuter, bas dan sebagainya.d)Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.e)Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.f)Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.g)Selain itu kami juga akan mengadakan promosi setiap bulan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan kami seperti potongan harga, baucer dan hadiah misteri.h)Membuat promosi di kawasan sekolah dan pengajian tinggi dengan menyertai hari terbuka atau hari konvokesyen di tempat-tempat terbabit.i)Melalui laman web:

http://desirefrozen.blogspot.com

5.2LokasiLokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar,berdekatan dengan pasaraya, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaanyang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggandan menjadikannya lokasi yang strategik.5.3 HargaPenetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaraniaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.5.1.4 ProdukProduk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara denganharganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendakpasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

5.2STRATEGI OPERASI / OPERASI5.2.1Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan

Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan

konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:Jenis produkKuantiti (@unit)Harga (RM)

1.0 SEJUK-BEKU

1.1 Karipap

1.1.1 Karipap Daging

1.1.2 Karipap Sardin

1.1.3 Karipap Sayur

1.1.4 Karipap Ayam

1.1.5 Karipap Kentang1.2 Samosa

1.2.1 Samosa Sayur

1.2.2 Samosa Daging

1.2.3 Samosa Ayam

1.2.4 Samosa Mini

1.2.5 Samosa Sambal Bilis

1.2.6 Samosa Sambal Udang

1.3 Pizza Dough

1.3.1 Pizza Daging

1.3.2 Pizza Sayuran

1.3.3 Pizza Seafood

1.3.4 Mini Pizza

10

10

10

10

1010

10

10

10

10

10

1/80g

1/100g

1/80g

1/60g4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

3.00

3.50

4.00

1.80

5.2.2Kemudahan Asas

Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana

tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik

dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat

bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej

dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat

mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang

datang berkunjung.5.2.10Strategi PengeluaranDi antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:

a)Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

b)Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.

c)Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.

d)Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, forum dan sebagainya.

e)Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.

f)Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.6.0 PENYATA KEWANGANPenyata Pendapatan Bagi Tahun Akhir 31 Disember 2013

RMRM

HASIL

-Hasil perkhidmatan

PERBELANJAAN

-Kad perniagaan

-Pengangkutan-Risalah

-Gaji pengurus-Gaji pekerja

-Sewa lot perniagaan-Pendaftaran perniagaan

-Lesen perniagaan

-Susut nilai papan tanda perniagaan

- alatan pejabat

- perabot

- kelengkapan

-Belanja Bahan Mentah JumlahRM200.00

RM4,800.00

RM450.00

RM19,800.00

RM24,600.00

RM24,000.00

RM1,300.00

RM1,000.00

RM2,400.00

RM600.00

RM1,000.00

RM4,000.00

RM 59,955.40

RM144,105.40 RM 217,440.40

Untung bersihRM 73 335.00

6.0 KESIMPULAN

Perniagaan ini mempunyai potensi mencapai kemajuan kerana tidak ramai usahawan bumiputera yang berani mencuba dan menceburi bidang perniagaan ini. Malah, perniagaan ini tidak memerlukan modal yang agak besar untuk menjalankannya. Disamping itu, tidak menggunakan pekerja yang terlalu ramai. Oleh yang demikian, perniagaan ini dapat membantu peniaga untuk menyediakan laporan kewangan perniagaan mereka dengan lengkap serta lebih terampil. Berdasarkan kepada peranan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, Desire Frozen Food Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Ujuran dan anggaran yang bibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan. Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat Desire Frozen Food Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.7.0 REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Perniagaan dan Keusahawanan ( RBT 3193E ) yang diberi ini walaupun masa yang diberi agak terhad . Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pengajaran dan pengalaman dapat saya ambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini di samping menjadikan saya lebih matang dari segi tahap pemikiran terutamanya sebagai seorang guru yang bukan opsyen RBT. Banyak juga perkara baru serta tambahan ilmu dapat saya kuasai hasil daripada tugasan ini.

Pada mulanya, saya berpendapat tugasan ini tidak begitu sukar untuk disiapkan. Namun, telahan saya tidak benar. Pengalaman membuat portfolio ini walaupun memerlukan banyak maklumat dan data tapi ianya memberi kepuasan kerana saya dapat merasai bagaimana untuk menjalankan sesuatu perniagaan melalui portfolia yang dibuat. Portfolio ini penting kerana dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi saya perlu mempelajari tajuk perniagaan. Dengan tugasan ini saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengendalikan seseuatu perniagaan, membuat iklan, promosi, poster dan sebagainya. Jika sebelum ini ilmu berkaitan selok belok perniagaan kurang, setelah saya menyiapkan portfolio ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu dalam perniagaan.

Sebelum melakukan tugasan ini, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang bersesuaian untuk menyiapkan portfolio ini.. Mujurlah segala penerangan oleh pensyarah En Paiman Pardi telah dicatat dan melalui catatan itulah saya menyambung untuk menyiapkan portfolio ini. Selain itu, saya mengalami sedikit kesukaran bagi menyiapkan tugasan ini kerana terdapat kekeliruan dan kesukaran dari segi penyusunan ayat dan isi-isi penting bagi soalan tugasan ini. Selain itu juga, antara kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini ialah ketandusan idea dan ketidakpastian dengan maklumat yang diperolehi. Memandangkan saya merupakan seorang guru disekolah dan agak sibuk dengan urusan sekolah. Jadi masa persiapan untuk menyiapkan tugasan ini amat terhad. Tetapi, semua kekangan ini dapat saya atasi dan banyak mengajar saya untuk lebih konsisten dalam melakukan kerja serta masalah ini juga mengajar saya untuk lebih bersabar dalam melakukan sesuatu. Segala penerangan dari pensyarah pembimbing Para pensyarah juga telah banyak memberi tunjuk ajar terutamanya En Paiman Pardi selaku pensyarah pembimbing bagi kelas saya kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai portfolio ini walaupun beliau juga mempunyai tanggungjawabnya yang lain. Hasil bimbingan pensyarah dapatlah saya menyiapkan portfolio yang diberi ini pada waktu yang di tetapkan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Kesimpulannya, dalam melaksanakan portfolio ini, banyak manfaat yang saya perolehi sebagai seorang guru pada masa hadapan. Ianya membantu saya menjadi lebih kreatif dan kritis. Saya begitu berpuas hati dengan portfolio ini kerana telah membantu menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan portfolio saya ini terutamanya rakan-rakan yang banyak memberi komen yang bernas tentang portfolio saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa.

8.0 RUJUKAN

Institut Pendidikan Guru.(2013).Modul Peniagaan Dan Keusahawanan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan MalaysiaLampiran 1SUSUN ATUR KEDAI

Lampiran 2CARTA ALIRAN PROSES KERJA

Pemilik / Pengurus

Mohd Rais Bin Azhar

Pengurus

Pengeluaran

Normah Binti Musa

Pengurus Ict

Dan Logistik

Safariyanor Binti Narzri

Pengurus

Kewangan

Siti Noraini Bt Deraman

Pengurus

Pemasaran/Jualan

Shudiani Bt Mohd Sukri

Pekerja 1

Pekerja 2

Pemandu 1

Cash machine

Front

Convection oven

Baker's workbench

Baker's workbench

10' - 0"

10' - 0"

Induction oven

Mixer

Flip-up counter (Staff entrance)

Frozen

food showcase

Display counter

Rear

Adunan

mengembang ((40min-1jam)

Menerap & menghias

Membentuk & mengisi inti

Untuk buat kek

Untuk buat karipap

Untuk buat roti

Untuk buat biskut

Mengadun bahan

Menyukat bahan

Mula

Kawalan mutu

Menggoreng karipap

Sejuk-beku karipap

(Roti sahaja)

Ya

Jual ?

Tidak

Membentuk & mengisi inti

Membakar adunan (160-175(C)

Tamat

Pamer, jual, pasar, hantar produk

Tampal label di pembungkus

Bungkus hasil dlm bekas kedap udara

Penyejukan (20min)

Susun adunan di dulang