RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan...

4
D.R. 10/91 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991 SUSUNAN FASAL Fasal 1. Tajuk ringkas. 2. Pemberian bidang kuasa jenayah. 3. Pengesahan.

Transcript of RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan...

Page 1: RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah- ... yang diberikan oleh undang-undang

D.R. 10/91

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI

(BIDANG KUASA JENAYAH) 1991

SUSUNAN FASAL

Fasal

1. Tajuk ringkas.2. Pemberian bidang kuasa jenayah.3. Pengesahan.

Page 2: RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah- ... yang diberikan oleh undang-undang
Page 3: RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah- ... yang diberikan oleh undang-undang

3

RANG UNDANG-UNDANG

bernama

Suatu Akta untuk memberi mahkamah-mahkamah anaknegeri bagi Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak bidangkuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan.

[ ]

BAHAWASANYA, mengikut butiran 13 dalam Senarai IIASenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepadaPerlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah-mahkamah anak negeri bagi Negeri-Negeri Sabah danSarawak hendaklah tidak termasuk bidang kuasaberkenaan dengan kesalahan-kesalahan kecuali setakatyang diberikan oleh undang-undang persekutuan;

DAN BAHAWASANYA adalah suaimanfaat untuk memberibidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahankepada mahkamah-mahkamah anak negeri bagi Negeri-Negeri itu;

OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA INILAHDIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli YangMaha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agongdengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan DewanRakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasadaripadanya, seperti berikut:

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) 1991.

2. Mahkamah-mahkamah anak negeri yang ditubuhkan diNegeri-Negeri Sabah dan Sarawak di bawah atau menurutkuasa mana-mana undang-undang bertulis adalah denganini diberi bidang kuasa untuk membicarakan apa-apakesalahan yang, di bawah atau menurut kuasa mana-manaundang-undang bertulis, boleh dihukum dengan

Tajukringkas

Pern beri anbidang kuasajenayah

Page 4: RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH- MAHKAMAH · PDF fileSenarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah- ... yang diberikan oleh undang-undang

4 RANG U N D A N G - U N D A N G

pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihidua tahun atau dengan denda yang tidak melebihi dua ratusringgit atau dengan apa-apa kombinasinya, atau untukselainnya memperlakukan pesalah mengikut apa-apa carayang, di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang sedemikian, mereka boleh dari semasa ke semasadiberi. kuasa untuk memperlakukannya:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidakboleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan tersebutyang adalah juga suatu kesalahan di bawah KanunKeseksaan.

3. Semua kesalahan yang sebelum mula berkuatkuasanyaAkta ini telah dibicarakan oleh mana-mana mahkamahanak negeri yang disebut terdahulu hendaklah, kecualijika ia telah diisytiharkan secara kehakiman selainnya,disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olahbidang kuasa berkenaan dengannya telah diberikankepada mahkamah-mahkamah itu oleh undang-undangpersekutuaan.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini dibuat menurut butiran 13 Senarai IIA Senarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada PerlembagaanPersekutuan. la bertujuan untuk memberi mahkamah-mahkamahanak negeri dalam Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak bidang kuasauntuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukumdengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihi duatahun atau denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau kedua-duanya.Walau bagaimana pun bidang kuasa tersebut tidak meliputiperbicaraan kesalahan-kesalahan yang adalah juga kesalahan dibawah Kanun Keseksaan.

IMPLIKASl KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U2) 1625.]

N.M.B.Bab 45.

Pengesahan.