RANGKA KERJA KORPORAT MAKlUMAt KorPorAt · strUKtUr orGANisAsi KorPorAt (PADA 1 FEBRuARI 2009)...

106
MAKlUMAt KorPorAt LEMBAGA PENGARAH Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor Pengerusi (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) Datuk Zalekha Hassan (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato’ Ir Abdul Rahim Abu Bakar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Ibrahim Marsidi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Riccardo Ruggiero (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Eshah Meor Suleiman (Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan) (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Dr Farid Mohamed Sani (Pengarah Ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin) (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) 40 TELEKOM MALAYSIA BERHAD RANGKA KERJA KORPORAT

Transcript of RANGKA KERJA KORPORAT MAKlUMAt KorPorAt · strUKtUr orGANisAsi KorPorAt (PADA 1 FEBRuARI 2009)...

MAKlUMAt KorPorAt

Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Ir muhammad radzi hj mansorPengerusi(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Zamzamzairani mohd IsaPengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan(Pengarah Eksekutif Bukan Bebas)

Datuk bazlan OsmanPengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan(Pengarah Eksekutif Bukan Bebas)

Datuk Zalekha hassan(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Tunku mahmood Fawzy Tunku muhiyiddin(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Yb Datuk nur Jazlan Tan Sri mohamed(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Ir abdul rahim abu bakar(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Ibrahim marsidi(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah Poh Keat(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

riccardo ruggiero(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

eshah meor Suleiman(Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan)(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dr Farid mohamed Sani(Pengarah Ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin)(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

40 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

RANGKA KERJA KORPORAT

SETIAuSAHA-SETIAuSAHA

•  Wang Cheng  Yong (MAICSA 0777702)•  Zaiton  Ahmad (MAICSA 7011681)

PEJABAT BERDAFTAR

Aras 51, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurMalaysiaNo. Tel : 603-2240 1221/1225No. Faks : 603-2283 2415

PENDAFTAR SAHAM

Tenaga Koperat Sdn BhdAras 17, The Gardens North TowerMid Valley CityLingkaran Syed Putra59200 Kuala LumpurMalaysiaNo. Tel : 603-2264 3883No. Faks : 603-2282 1886

JuRuAuDIT

PricewaterhouseCoopers(Akauntan Bertauliah)Aras 10, 1 SentralJalan Travers, Kuala Lumpur Sentral50706 Kuala LumpurMalaysiaNo. Tel : 603-2173 1188No. Faks : 603-2173 1288

BANK-BANK uTAMA

•  CIMB Bank Berhad•  Malayan Banking Berhad

PEguAM-PEguAM uTAMA

•  Zul  Rafique & Partners•  Hisham Sobri & Kadir

PENYENARAIAN BuRSA SAHAM

Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad(Disenaraikan sejak 7 November 1990)

cuKAI KE ATAS DIVIDEN DI MALAYSIA

Sebelum tahun taksiran 2008, Malaysia mengamalkan sistem pengiraan dividen (imputation system) di mana cukai pendapatan yang dibayar oleh Syarikat diambil kira dalam dividen yang diagihkan kepada pemegang-pemegang saham.

Imputation system ini telah digantikan dengan sistem selapis (single-tier) cukai syarikat, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008. Sepertimana yang diwartakan dalam peruntukan Penjimatan dan Peralihan, Akta Kewangan 2007, syarikat yang mempunyai baki kredit menurut Seksyen 108 setakat 31 Disember 2007, dibenarkan untuk terus menggunakan imputation system sehingga 31 Disember 2013 dan syarikat layak menolak cukai pada kadar yang dikenakan pada tarikh dividen dibayar. Kadar cukai korporat yang diguna pakai oleh TM pada tahun 2009 ialah 25%. Tertakluk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 yang akan datang, kadar cukai pendapatan Malaysia sebanyak 25% akan ditolak dari dividen akhir kasar sebanyak 14.25 sen sesaham yang dicadangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

Cukai pendapatan yang ditolak atau dianggap telah ditolak dari dividen adalah diambil kira di dalam cukai pendapatan syarikat. Tiada cukai lain atau cukai pegangan dikenakan ke atas pembayaran dividen kepada semua pemegang-pemegang saham.

41LAPORAN TAHUNAN 2008

strUKtUr KorPorAt KUMPUlAN(PADA 20 MAc 2009)

Memaparkan anak-anak Syarikat yang aktif dan syarikat-syarikat bersekutu di bawah segmen perniagaan utama.

• TELEKOM MALAYSIA (USA) INC [100%]

• TELEKOM MALAYSIA (UK) LIMITED [100%]

• TELEKOM MALAYSIA (HK) LTD [100%]

• TELEKOM MALAYSIA (S) PTE LTD [100%]

global

42 TELEKOM MALAYSIA BERHAD42 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

RANGKA KERJA KORPORAT

pengguna• TM INFO-MEDIA SDN BHD [100%]

• TM NET SDN BHD [100%]

• TELEKOM SALES & SERVICES SDN BHD [100%]

eks

perusaHaan• VADS BERHAD (100%)

– VADS BUSINESS PROCESS SDN BHD (Dahulunya dikenali sebagai VADS Contact Centre Services Sdn Bhd) [100%]

– VADS E-SERVICES SDN BHD [100%]– VADS SOLUTIONS SDN BHD [100%]– VADS PROFESSIONAL SERVICES SDN BHD [100%]– MEGANET COMMUNICATIONS SDN BHD [100%]

keraJaan• GITN SDN BERHAD [100%]

proDuk retail• TELEKOM RESEARCH & DEVELOPMENT SDN BHD [100%]

• TELEKOM APPLIED BUSINESS SDN BHD [100%]

• TM FACILITIES SDN BHD [100%]– TM LAND SDN BHD [100%]– TMF AUTOLEASE SDN BHD [100%]– TMF SERVICES SDN BHD [100%]

• MENARA KUALA LUMPUR SDN BHD [100%]

• TELEKOM MULTI-MEDIA SDN BHD [100%]– TELEKOM SMART SCHOOL SDN BHD

[51%]– MUTIARA.COM SDN BHD [30%]

• UNIVERSITI TELEKOM SDN BHD [100%]– UNITELE MULTIMEDIA SDN BHD

[100%]– MMU CREATIVISTA SDN BHD [100%]

• MOBIKOM SDN BHD [100%]

• PROPERTY DEVELOPMENT

perniagaan sokongan

• FIBERAIL SDN BHD [54%]

• TELEKOM ENTERPRISE SDN BHD [100%]– FIBRECOMM NETWORK (M) SDN BHD

[51%]

WHolesale

retail

43ANNUAL REPORT 2008 43LAPORAN TAHUNAN 2008

strUKtUr orGANisAsi KorPorAt(PADA 1 FEBRuARI 2009)

Setiausaha Syarikat Lembaga Audit

LEMBAGA PENGARAH

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

NPE Wholesale

NPE Global

NP Pengurusan Perkhidmatan

Pelanggan

NP Perniagaan Sokongan

Ketua Pegawai Pengurusan Modal Insan

Ketua Pegawai Perundangan &

Pematuhan Kumpulan

NP Pemasaran Kumpulan

NP Komunikasi Korporat

Kumpulan

Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan

Kumpulan

Ketua Pegawai Perolehan

Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi

Pengarah Program Jalur Lebar Berkelajuan

Tinggi (HSBB)

NPE Pengguna

NPE EKS

NPE Perusahaan

NPE Kerajaan

NP Produk Retail

NP Strategi & Kawal Selia

Kumpulan

NP Pembangunan Perniagaan

Kumpulan

NP Pejabat Pengurusan Program & Prestasi

Kumpulan

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan

Ketua Audit Dalaman Kumpulan

Nota: NPE – Naib Presiden Eksekutif NP – Naib Presiden EKS – Enterpris Kecil dan Sederhana

RANGKA KERJA KORPORAT

44 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

hUbUNGAN DeNGAN PelAbUr

2007

Pengasingan TM

Polisi Pembayaran Dividen 20-50%Polisi Pembayaran Dividen 40-60%

Polisi Pembayaran Dividen RM700 juta atau 90% PATAMI Dinormalisasi, yang mana lebih tinggi

20082006200520042003

Keuntungan MilikPemegang Saham

Dividen Biasa

DividenKhas

PembayaranBalik Modal

Pembayaran

2.6%

PerolehanDividen Bersih

6.4%3.4%2.9%

1.8%

7.4%

38.8%

98.8%

54.8%54.1%34.6%

47.6%

2,547.7 1,212.9 1,654.5 708.51 700.0 3,505.82,068.81,754.7 1,135.1949.52,613.5 1,014.1481.21,390.4

PULANGAN PEMEGANG SAHAM

1 PATAMI Dinormalisasi

KOMITMEN KEPADA PEMEgANg SAHAM

Dalam usaha kami menjadi peneraju pembekal komunikasi generasi akan datang di Malaysia, kami sentiasa menumpukan perhatian untuk mencipta nilai kepada pemegang-pemegang saham kami.

Komitmen ini terbukti menerusi polisi dividen kami untuk mengagihkan RM700.0 juta atau 90.0% daripada keuntungan milik pemegang saham yang dinormalisasi, yang mana lebih tinggi. Sebelum tahun 2008, polisi dividen kami adalah di antara 40.0% hingga 60.0% daripada keuntungan milik pemegang saham.

Pada tahun 2008, kami telah memenuhi komitmen kami dengan mengumumkan cadangan jumlah pembayaran dividen bersih kepada pemegang-pemegang saham kami sebanyak RM700.0 juta, yang terdiri daripada:

Dividen kasar interim sebanyak 12.0 sen sesaham tolak • cukai 26.0%

Cadangan dividen kasar akhir sebanyak 14.25 sen • sesaham tolak cukai 25.0%; dan

Selain daripada pembayaran dividen, kami menawarkan pembayaran balik modal sebanyak RM0.98 sesaham yang berjumlah RM3,505.8 juta, sekaligus memberikan peningkatan nilai serta-merta bagi kadar pulangan jangka panjang pemegang-pemegang saham kami. Pembayaran balik modal ini adalah bergantung kepada pembayaran tunai sebanyak RM4,025 juta daripada TMI serta kelulusan pemegang-pemegang saham TM. Langkah pembayaran balik modal ini dijangka akan diselesaikan menjelang suku ketiga tahun 2009.

POLISI DIVIDEN

Berikutan kedudukan kunci kira-kira dan aliran tunai TM yang kukuh, kami menjelaskan semula komitmen dividen kami menerusi kenyataan polisi dividen kami seperti berikut:

“Dalam menentukan nisbah pembayaran dividen bagi mana-mana tahun kewangan selepas Pengasingan yang Dicadangkan, Syarikat kami bercadang untuk menggunapakai polisi dividen yang progresif dalam membolehkan kami memberikan dividen yang stabil dan berkekalan kepada pemegang-pemegang saham kami di samping mengekalkan struktur modal yang efisien dan memastikan pembiayaan yang cukup untuk pertumbuhan di masa hadapan.

Selepas selesai Pengasingan yang Dicadangkan, Syarikat kami ingin mengagihkan dividen tahunan sebanyak RM700.0 juta atau sehingga 90.0% daripada PATAMI yang dinormalisasi, yang mana lebih tinggi.

Dividen hanya akan dibayar jika diluluskan oleh Lembaga Pengarah kami dan diambil daripada dana sedia ada untuk tujuan pengagihan berkenaan. Jumlah dan tempoh sebenar pembayaran dividen akan bergantung kepada kedudukan tunai dan perolehan tersimpan, prestasi operasi, prospek perniagaan, monetisasi aset-aset bukan teras, unjuran kedudukan perbelanjaan modal dan cadangan pelaburan lain, tanggungan masa kini dan yang dijangka serta perkara-perkara lain yang difikirkan berkaitan oleh Lembaga Pengarah.”

45LAPORAN TAHUNAN 2008

hUbUNGAN DeNGAN PelAbUr

Harga Saham TM Indeks KLCI

DIS2008

NOVOKTSEPOGOSJULJUNMEIAPR1

Pengasingan TM

MACFEBJAN800

900876.75

1,000

1,100

1,200

1,300

1,400

1,500

IndeksKLCI

4

6.00

8.00

10.00

12.00

Harga Saham(RM)

2.00

4.00

3.08

prestasi Harga saHaM tM berbanDing klCi 2008

DisNov

76,744342,047

Okt

173,679

Sep

121,833

Ogos

92,740

Jul

177,625

Jun

148,526

Mei

268,404

Apr1

262,789

Mac

120,824

Feb

124,312

Jan

198,040

Jumlah (’000) Tertinggi (RM) Terendah (RM)

2008 Jan Feb Mac apr Mei Jun Jul ogos sep okt nov Dis

Jumlah (’000) 198,040 124,312 120,824 262,789 268,404 148,526 177,625 92,740 121,833 173,679 342,047 76,744Tertinggi (RM) 12.20 11.90 11.40 11.30 3.70 3.36 3.58 3.60 3.68 3.46 3.40 3.16Terendah (RM) 10.67 10.80 9.85 3.30 3.08 3.08 3.14 3.38 3.16 2.98 2.54 2.88

HARgA SAHAM & JuMLAH DAgANgANJumlah Dagangan bulanan & Harga saham tertinggi-terendah 2008

PENARAFAN KREDIT TM

TM terus menunjukkan asas yang kukuh dan kunci kira-kira yang mantap. Susulan daripada selesainya langkah pengasingan pada April 2008, taraf kredit TM telah disahkan oleh agensi-agensi penarafan tempatan dan antarabangsa. Kadar kredit TM adalah seperti berikut:

Moody’s Investors Service A2•Standard & Poor’s Rating Services A-•Fitch A-•Rating Agency of Malaysia AAA•

TM akan tetap komited untuk mengekalkan gred pelaburannya dan mengambil pendekatan berhemah dalam pengurusan kewangan untuk melangkah ke hadapan.

1 Harga Saham TM diselaraskan kepada harga rujukan (Selepas Pengasingan) iaitu RM3.05 pada 23 April 2008

1 Harga Saham TM diselaraskan kepada harga rujukan (Selepas Pengasingan) iaitu RM3.05 pada 23 April 2008

RANGKA KERJA KORPORAT

46 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

HuBuNgAN DENgAN PELABuRDalam usaha kami menambah nilai untuk pemegang-pemegang saham, TM komited untuk memaklumkan strategi dan aktivitinya secara jelas dan kerap kepada pemegang-pemegang saham, justeru TM mengamalkan dialog dengan pelabur secara aktif menerusi program dan interaksi hubungan pelabur yang terancang.

Peranan utama unit Perhubungan Pelabur (IR) adalah menghebahkan maklumat yang relevan dan bertepatan masanya secara proaktif kepada golongan pelabur. Usaha-usaha ini memastikan pihak-pihak berkepentingan sentiasa dimaklumkan mengenai strategi, prestasi dan aktiviti-aktiviti perniagaan utama TM.

Bagi memastikan amalan terbaik digunapakai, semua komunikasi dengan pasaran modal adalah tertakluk kepada Polisi dan Panduan Hubungan Pelabur. Ini adalah bagi memastikan kesaksamaan dan ketepatan masa maklumat tersebut didedahkan kepada semua pemegang saham.

Inisiatif utama IR bertujuan untuk meningkatkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan, kualiti pendedahan maklumat dan ketepatan masa maklumat yang disebarkan.

pengumuman dan taklimat keputusan kewangan suku tahunTM telah mengadakan sesi-sesi taklimat kepada para penganalisis dan pengurus-pengurus dana menerusi tele-persidangan selepas pengumuman perolehan suku tahunan TM kepada Bursa Malaysia. Sesi-sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan dihadiri oleh Pengurusan Kanan yang mewakili bahagian-bahagian perniagaan utama TM. Sesi taklimat ini adalah bertujuan bagi mewujudkan saluran untuk pemahaman yang jelas tentang prestasi kewangan dan operasi Kumpulan TM.

slaid pembentangan Mengenai keputusan kewanganSusulan daripada pengasingan, kualiti pendedahan maklumat telah dipertingkatkan bagi menggambarkan operasi perniagaan utama TM dengan lebih baik. Slaid pembentangan berhubung keputusan kewangan yang diumumkan disediakan dalam bentuk mesra pelabur bagi memberikan pemahaman yang lebih baik terhadap keputusan dan prestasi kewangan Kumpulan. Slaid pembentangan ini boleh didapati di laman web Syarikat

sebaik sahaja pengumuman maklumat tersebut dibuat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad. Salinan slaid pembentangan itu juga dihantar melalui e-mel kepada para penganalisis dan pelabur yang berada di dalam senarai agihan pihak IR.

perjumpaan, sidang panggilan dan persidangan pelaburKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan unit IR terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti hubungan pelabur menerusi perjumpaan dan sidang panggilan yang kerap dengan pengurus dana, penganalisis, agensi penarafan dan pihak berkepentingan yang lain. TM telah terlibat dalam pelbagai persidangan pelabur yang dianjurkan di Malaysia dan luar negara. Sepanjang tahun 2008, hampir 300 perjumpaan dan sidang panggilan telah diadakan dengan pelabur-pelabur dan penganalisis.

Hari penganalisis tahunanBagi meningkatkan lagi komunikasi kami dengan pelabur-pelabur dan penganalisis, TM menganjurkan Hari Penganalisis yang diadakan secara tahunan bersempena pengumuman keputusan kewangan tahunan. Peserta-peserta jemputan termasuklah penganalisis tempatan dan antarabangsa, pengurus dana serta pemegang-pemegang saham tempatan dan luar negara. Selain pembentangan keputusan kewangan, para peserta juga berpeluang berinteraksi secara terus dengan barisan Pengurusan Kanan.

laman webLaman web TM, www.tm.com.my sentiasa dikemaskini, dan menjadi saluran komunikasi dan sumber maklumat yang terbaik untuk pemegang-pemegang saham dan orang awam. Maklumat-maklumat yang dikemaskini dalam laman web tersebut termasuklah antaranya Laporan Tahunan Kumpulan, keputusan kewangan, pembentangan pelabur, maklumat struktur modal, siaran akhbar dan pautan kepada maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan TM.

Maklum balasTM sentiasa menerima dan menghargai sebarang maklum balas daripada golongan pelabur kerana ini memastikan maklumat penting yang diperlukan oleh pemegang-pemegang saham diberikan sewajarnya. Bagi meningkatkan lagi fungsi unit IR, TM sentiasa mencari idea-idea membina melalui perjumpaan secara berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan.

200812007200620052004

Permodalan Pasaran (RM Juta) Harga Saham (RM)

3.08

11,018

11.2

38,526

9.75

33,122

9.55

32,387

11.6

39,227

2004 2005 2006 2007 2008

Permodalan Pasaran (RM Juta) 39,227.4 32,386.9 33,121.9 38,525.9 11,018.4

Harga Saham (RM) 11.6 9.55 9.75 11.2 3.08

PERMODALAN PASARAN/HARgA SAHAM

1 Harga Saham TM diselaraskan kepada harga rujukan (Selepas Pengasingan) iaitu RM3.05 pada 23 April 2008

47LAPORAN TAHUNAN 2008

MAKlUMAt PeNtiNG KewANGAN KUMPUlAN

20082007

HASIL OPERASI(RM Juta)

20082007

KEUNTUNGAN MILIK PEMEGANG-PEMEGANG EKUITI SYARIKAT(RM Juta)

20082007

JUMLAH EKUITIPEMEGANG-PEMEGANG SAHAM(RM Juta)

20082007

JUMLAH ASET(RM Juta)

11,924.4 7,000.0

20082007

JUMLAH PINJAMAN(RM Juta)

12.8 5.3

20082007

PULANGAN KE ATAS EKUITIPEMEGANG-PEMEGANG SAHAM(%)

6.0 4.0

20082007

PULANGAN KE ATAS JUMLAH ASET(%)

8,296.0 8,674.9 2,547.7 791.9 19,802.1 10,248.1

44,221.3 22,533.2

0.6 0.7

20082007

NISBAH HUTANG EKUITI

ULASAN PRESTASI

48 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dalam rM Juta 2007 2008

1. Hasil operasi^ 8,296.0 8,674.9

2. Keuntungan sebelum cukai dan zakat^ 918.7 353.8

3. Keuntungan bagi tahun kewangan semasa

– Operasi berterusan 892.9 276.2

– Operasi yang ditamatkan 1,738.7 624.9

4. Keuntungan milik pemegang-pemegang ekuiti Syarikat

– Operasi berterusan 856.7 229.3

– Operasi yang ditamatkan 1,691.0 562.6

5. Jumlah ekuiti pemegang-pemegang saham# 19,802.1 10,248.1

6. Jumlah aset# 44,221.3 22,533.2

7. Jumlah pinjaman# 11,924.4 7,000.0

MAKLuMAT SAHAM

1. Sesaham

Perolehan (asas) 74.4 sen 23.0 sen

Dividen kasar* 113.0 sen 26.3 sen

Aset bersih 575.7 sen 296.5 sen

2. Maklumat harga saham

Tinggi > RM11.80 rM3.70

Rendah RM9.20 rM2.54

NISBAH KEWANgAN

1. Pulangan ke atas ekuiti pemegang-pemegang saham 12.8% 5.3%

2. Pulangan ke atas jumlah aset 6.0% 4.0%

3. Nisbah hutang ekuiti 0.6 0.7

4. Liputan dividen* 0.7 0.9

^ Hasil operasi dan keuntungan sebelum cukai dan zakat telah dibentangkan semula dengan tidak mengambil kira keputusan Kumpulan TMI berikutan pengasingan.

# Pengurangan yang ketara dalam butiran-butiran ini adalah disebabkan baki Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan.

> Harga saham 2008 adalah berdasarkan harga saham yang dilaraskan berikutan pengasingan.

* Termasuk dividen kasar khas sebanyak 65.0 sen sesaham yang diisytiharkan pada 10 Disember 2007 dan telah dibayar pada 31 Januari 2008.

49LAPORAN TAHUNAN 2008

riNGKAsAN KUNci KirA-KirA KUMPUlAN & ANAlisis berseGMeN KUMPUlAN

JuMLAH ASET

JuMLAH LIABILITI & EKuITI PEMEgANg-PEMEgANg SAHAM

Modal saham

27.4%

1.9%27.0%

1.7%

5.2%

15.0%

0.3%0.2%0.2%

3.7%7.8%

9.6%

Premium saham

Kepentingan minoriti

Pinjaman

Rizab-rizab lain Deposit pelanggan

Liabiliti cukai tertunda

Belum bayar perdagangan dan lain-lain

Peruntukan bagi liabiliti

Pendapatan tertunda

Liabiliti cukai dan zakat Dividen belum bayar

15.3%

19.1%

11.0%

1.0%

31.1%

6.0%

2.6%

12.5%

0.2%1.2%

20082007

Aset tak ketara

54.2%

1.2%

10.0%

9.4%

2.3%

2.2%

3.8%

16.9%

Harta tanah, loji dan peralatan

Belum terima jangka panjang

Belum terima perdagangandan lain-lain

Pelaburan tersedia-untuk-jualanAmaun terhutang daripadaTM International Berhad

Tunai dan baki bank

Entiti-entiti dikawal bersama

Aset bukan semasa dipeganguntuk dijual

Aset lain

52.2%

2.2%2.1%

12.8%

17.9%

9.3%

3.5%

20082007

ULASAN PRESTASI

50 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

MENGIKUT BIDANG PERNIAGAAN

MENGIKUT BIDANG PERNIAGAAN

MENGIKUT BIDANG PERNIAGAAN

MENGIKUT LOKASI GEOGRAFI

MENGIKUT LOKASI GEOGRAFI

MENGIKUT LOKASI GEOGRAFI

20082007

PerniagaanRetail

77.3% 79.0%

20082007

PerniagaanWholesale

8.1% 8.0%

20082007

PerniagaanGlobal

10.2% 9.6%

20082007

PerkhidmatanBerkongsi/Lain-lain

4.4% 3.4%

20082007

Malaysia

89.8% 90.4%

20082007

Negara-negara Lain

10.2% 9.6%

20082007

PerniagaanRetail

84.0% 96.4%

20082007

PerniagaanWholesale

7.4% 9.5%

20082007

PerniagaanGlobal

5.9% 2.7%

20082007

PerkhidmatanBerkongsi/

Lain-lain

2.7% (8.6)%

20082007

Malaysia

94.1% 97.3%

20082007

Negara-negara Lain

5.9% 2.7%

20082007

PerniagaanRetail

14.1% 13.9%

20082007

PerniagaanWholesale

4.9% 4.3%

20082007

PerniagaanGlobal

4.2% 4.2%

20082007

PerkhidmatanBerkongsi/

Lain-lain

76.8% 77.6%

20082007

Malaysia

96.6% 96.7%

20082007

Negara-negara Lain

3.4% 3.3%

HASIL OPERASI SEgMENbAgI TAhun KEwAngAn bErAKhIr 31 DIsEMbEr

KEPuTuSAN SEgMENbAgI TAhun KEwAngAn bErAKhIr 31 DIsEMbEr

ASET SEgMENbAgI TAhun KEwAngAn bErAKhIr 31 DIsEMbEr

51LAPORAN TAHUNAN 2008

PrestAsi sUKU tAhUNAN KUMPUlAN

# Termasuk kesan pembundaran terkumpul.

* Termasuk dividen kasar khas sebanyak 65.0 sen sesaham yang diisytiharkan pada 10 Disember 2007 dan telah dibayar pada 31 Januari 2008.

2008

Dalam rM Juta

sukutahun

pertama

sukutahunkedua

sukutahunketiga

sukutahun

keempattahun

2008

PRESTASI KEWANgAN

Hasil operasi 2,005.9 2,109.2 2,062.0 2,497.8 8,674.9

Keuntungan operasi sebelum kos pembiayaan 116.6 246.1 74.2 292.5 729.4

Keuntungan/(kerugian) sebelum cukai dan zakat 109.3 128.8 (138.1) 253.8 353.8

Keuntungan/(kerugian) milik pemegang-pemegang ekuiti Syarikat

– Operasi berterusan 114.4 114.7 (165.8) 166.0 229.3

– Operasi yang ditamatkan 405.3 158.5 — (1.2) 562.6

Perolehan asas sesaham (sen)#

– Operasi berterusan 3.3 3.3 (4.8) 4.8 6.7

– Operasi yang ditamatkan 11.8 4.6 — — 16.3

Dividen kasar sesaham (sen) — 12.0 — 14.3 26.3

2007

Dalam rM Juta

sukutahun

pertama

sukutahun kedua

sukutahun ketiga

sukutahun

keempattahun

2007

PRESTASI KEWANgAN

Hasil operasi 1,958.8 2,103.7 2,129.0 2,104.5 8,296.0

Keuntungan operasi sebelum kos pembiayaan 291.7 212.4 298.8 123.5 926.4

Keuntungan sebelum cukai dan zakat 314.5 126.7 276.5 201.0 918.7

Keuntungan milik pemegang-pemegang ekuiti Syarikat

– Operasi berterusan 246.1 112.7 340.9 157.0 856.7

– Operasi yang ditamatkan 349.6 588.3 317.6 435.5 1,691.0

Perolehan asas sesaham (sen)#

– Operasi berterusan 7.2 3.3 9.9 4.6 25.0

– Operasi yang ditamatkan 10.2 17.2 9.3 12.6 49.4

Dividen kasar sesaham (sen)* — 26.0 — 87.0 113.0

ULASAN PRESTASI

52 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

UlAsAN KewANGAN KUMPUlAN

HASIL OPERASI

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, hasil operasi Kumpulan meningkat sebanyak 4.6% kepada RM8,674.9 juta daripada RM8,296.0 juta yang dicatatkan pada tahun 2007. Peningkatan hasil adalah didorong, terutamanya, oleh perkhidmatan Internet dan multimedia, data dan perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi.

Hasil perkhidmatan suaraHasil daripada perkhidmatan suara menurun dari tahun ke tahun, pada kadar 9.6%, daripada RM4,880.5 juta pada tahun 2007 kepada RM4,412.1 juta pada tahun 2008. Sumbangan yang lebih rendah daripada perkhidmatan suara, yang terdiri daripada perkhidmatan telefoni perniagaan (termasuk juga ISDN, sambung tara, penerimaan antarabangsa) dan perkhidmatan telefoni kediaman, adalah seiring dengan aliran global yang beralih secara berterusan kepada komunikasi berasaskan selular dan Internet. Hasil operasi bagi tahun kewangan 2007 juga termasuk hasil daripada Telekom Networks Malawi Limited sebanyak RM32.6 juta dan TM Payphone Sdn Bhd sebanyak RM100.5 juta yang masing-masing telah dilupuskan dalam bulan April dan Disember 2007.

Meskipun prestasinya menurun, hasil daripada perkhidmatan suara kekal sebagai penyumbang terbesar dan menyumbang 50.9% daripada hasil operasi Kumpulan berbanding 58.8% pada tahun 2007.

perkhidmatan internet dan multimediaKumpulan terus menarik pelanggan baru dan mengekalkan kedudukan yang diterajuinya dalam segmen Internet dan multimedia dengan mendaftarkan 1.603 juta pelanggan setakat akhir tahun 2008, iaitu merupakan pertumbuhan sebanyak 26.7% daripada 1.265 juta pelanggan setahun yang lalu.

Sejajar dengan peningkatan pelanggan, perkhidmatan Internet dan multimedia mencatatkan pertumbuhan hasil tahun ke tahun yang kukuh pada kadar 25.8% kepada RM1,476.8 juta

daripada RM1,173.6 juta pada tahun 2007 dan menyumbang 17.0% kepada hasil operasi Kumpulan, iaitu lebih tinggi daripada sumbangan 14.1% pada tahun 2007.

perkhidmatan dataHasil daripada pekhidmatan data, yang sebahagian besarnya terdiri daripada perkhidmatan litar suwa, COINS dan frame relay, meningkat sebanyak 7.5% daripada RM1,218.6 juta pada tahun 2007 kepada RM1,309.5 juta pada tahun 2008. Peningkatan ini disebabkan, terutamanya, oleh permintaan yang lebih tinggi bagi perkhidmatan lebar jalur di pasaran-pasaran domestik dan baru muncul, termasuk Timur Tengah dan Asia Selatan.

Perkhidmatan data menyumbang 15.1% kepada hasil operasi Kumpulan, berbanding 14.7% pada tahun kewangan sebelumnya.

perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasiPerkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi merangkumi, terutamanya, arahan kerja pembaikpulihan (RWO), penyelenggaraan, penyiaran, pemulihan kabel dasar laut, perkhidmatan rangkaian terurus dan perkhidmatan telekomunikasi nilai ditambah yang telah dipertingkatkan. Hasil daripada perkhidmatan ini meningkat sebanyak 53.7% kepada RM1,181.8 juta berbanding RM768.8 juta pada tahun 2007, disumbangkan,

terutamanya, oleh projek-projek baru di Perniagaan Retail, termasuk VADS Berhad dan GITN Sdn Berhad.

Berikutan hasil yang lebih tinggi, sumbangan daripada perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi kepada hasil operasi Kumpulan meningkat sebanyak 13.6% daripada 9.3% pada tahun 2007.

perkhidmatan tidak berkaitan telekomunikasiPerkhidmatan tidak berkaitan telekomunikasi meliputi perkhidmatan daripada syarikat-syarikat subsidiari yang mempunyai perniagaan teras dalam bidang pendidikan, percetakan dan penerbitan direktori, pembangunan harta tanah, perdagangan peralatan pengguna dan lain-lain. Hasil daripada perkhidmatan tidak berkaitan telekomunikasi meningkat sebanyak 15.8% berbanding tahun 2007 disebabkan, terutamanya, hasil yang lebih tinggi daripada Universiti Telekom Sdn Bhd sejajar dengan peningkatan bilangan pelajar. TM Facilities Sdn Bhd dan Telekom Smart School Sdn Bhd turut menyumbang kepada peningkatan hasil, masing-masing berikutan penjualan tanah pada tahun 2008 dan hasil lebih tinggi yang diiktiraf bagi projek-projek.

Segmen perkhidmatan-perkhidmatan tersebut menyumbang 3.4% (2007: 3.1%) daripada hasil operasi Kumpulan dalam tahun kewangan semasa.

20082007

PerkhidmatanSuara

4,880.5 4,412.1

20082007

Internet danmultimedia

1,173.6 1,476.8

20082007

Data

1,218.6 1,309.5

20082007

768.8 1,181.8

20082007

Perkhidmatantidak berkaitantelekomunikasi

254.5 294.7

Perkhidmatanlain berkaitan

telekomunikasi

Hasil operasi (rM Juta)

53LAPORAN TAHUNAN 2008

UlAsAN KewANGAN KUMPUlAN

KOS OPERASI

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, kos operasi Kumpulan meningkat sebanyak 4.7% kepada RM8,035.4 juta daripada RM7,678.3 juta yang dicatatkan pada tahun 2007 disebabkan, terutamanya, peningkatan perbelanjaan dalam kos kakitangan, pembayaran sambung tara domestik dan antarabangsa, kos penyelenggaraan, penyewaan tanah serta bangunan dan peruntukan bagi pengurangan nilai dalam pelaburan disebut harga jangka pendek. Susut nilai, penjejasan nilai dan pelunasan yang lebih rendah mengurangkan kesan peningkatan tersebut ke atas prestasi Kumpulan.

susut nilai, penjejasan nilai dan pelunasanCaj-caj susut nilai, penjejasan nilai dan pelunasan, yang meliputi susut nilai, penjejasan nilai serta hapus kira bagi harta tanah, loji dan peralatan (PPE) serta pelunasan aset tidak ketara, berkurangan sebanyak 9.2% kepada RM2,098.9 juta berbanding RM2,311.4 juta yang dicatatkan pada tahun 2007, dan ini merupakan 26.1% daripada keseluruhan kos operasi. Pengurangan tersebut disebabkan, terutamanya, ketiadaan caj susut nilai bagi 4 buah bangunan pejabat yang telah dijual di bawah urus niaga jualan dan pajakan balik dalam bulan Januari 2008, serta peningkatan aset-aset Syarikat yang telah diberhentikan penggunaannya dan telah disusut nilai sepenuhnya. Penjejasan nilai dan hapus kira PPE

yang masing-masing berkurangan sebanyak RM18.5 juta dan RM16.7 juta turut menyumbang kepada pengurangan tersebut.

kos kakitanganKos kakitangan Kumpulan meningkat sebanyak 7.2% kepada RM1,595.7 juta berbanding RM1,488.1 juta pada tahun 2007 dan ini merupakan 19.9% daripada keseluruhan kos operasi. Kos opsyen saham yang diberikan kepada kakitangan di bawah ESOS Khas yang telah dilaksanakan dalam bulan Mac 2008, menyumbangkan RM79.0 juta daripada peningkatan kos tersebut. Perbelanjaan yang lebih tinggi untuk gaji, elaun dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sejajar dengan kenaikan gaji tahunan bagi tahun 2008 turut menyumbang kepada kos kakitangan yang lebih tinggi.

pembayaran sambung tara domestik dan antarabangsaPembayaran sambung tara domestik dan antarabangsa Kumpulan meningkat secara marginal pada kadar 2.9% kepada RM1,130.2 juta berbanding RM1,098.4 juta yang dicatatkan pada tahun 2007 dan merupakan 14.1% daripada keseluruhan kos operasi. Peningkatan kos ini disebabkan pembayaran yang lebih tinggi bagi perkhidmatan Internet, iaitu sejajar dengan peningkatan hasil.

penyelenggaraanKos penyelenggaraan meningkat sebanyak RM175.6 juta kepada

RM555.0 juta dalam tahun kewangan semasa disebabkan, terutamanya, kos yang lebih tinggi bagi projek-projek RWO dan penyelenggaraan di Perniagaan Retail, sejajar dengan hasil yang lebih tinggi daripada perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi. Kos penyelenggaraan rangkaian yang lebih tinggi untuk pemulihan kualiti dan perkhidmatan juga menyumbang kepada peningkatan kos.

penyewaan tanah dan bangunanKos sewaan tanah dan bangunan yang ditanggung Kumpulan meningkat sebanyak RM76.8 juta kepada RM137.0 juta pada tahun 2008 daripada RM60.2 juta pada tahun 2007 disebabkan, terutamanya, penyewaan 4 buah bangunan pejabat di bawah urus niaga jualan dan pajakan balik. Kos sewaan tapak yang lebih tinggi, sejajar dengan peningkatan bilangan tapak sewaan merupakan satu lagi faktor penyumbang kepada peningkatan kos.

peruntukan bagi pengurangan nilai dalam pelaburan disebut harga jangka pendekBagi tahun kewangan semasa, peruntukan bagi pengurangan nilai dalam pelaburan disebut harga jangka pendek Kumpulan meningkat dengan ketara sebanyak 272.5% daripada catatan pembalikan sebanyak RM49.1 juta pada tahun 2007 kepada caj sebanyak RM84.7 juta pada tahun 2008, sejajar dengan sentimen pasaran ekuiti yang lemah pada umumnya.

2008 2008 2008 2008 2008 2008 20082007 2007 2007 2007 2007 2007 2007

Susut nilai,penjejasan nilaidan pelunasan

Koskakitangan

Pembayaransambung taradomestik danantarabangsa

Penyelenggaraan Bekalan daninventori

Pemasaran,pengiklanan dan

promosi

Utiliti

2,311.4 1,488.1 1,098.4 379.4 455.2 292.2 208.62,098.9 1,595.7 1,130.2 555.0 422.6 293.1 244.6

20082007

Peruntukan bagihutang ragu

(selepas ditolakkutipan semulahutang lapuk)

261.4 192.0

20082007

Kos operasilain

1,183.6 1,503.3

kos operasi (rM Juta)

ULASAN PRESTASI

54 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

KERugIAN ATAS PENJuALAN PELABuRAN EKuITIKumpulan mengalami kerugian sebanyak RM88.8 juta daripada penjualan keseluruhan 60.0% kepentingan ekuitinya dalam Societe Des Telecommunications De Guinee S.A. (Sotelgui). Kerugian tersebut terealisasi daripada rizab pertukaran asing yang timbul daripada terjemahan aset bersih Sotelgui pada tahun-tahun terdahulu ketika ianya diambil kira sebagai sebuah syarikat subsidiari.

PENDAPATAN OPERASI LAINPendapatan operasi lain merosot sebanyak 42.1% daripada RM308.7 juta pada tahun 2007 kepada RM178.7 juta pada tahun 2008 disebabkan, terutamanya, pendapatan dividen yang lebih rendah daripada pelaburan jangka panjang yang tidak disebut harga dan tiada pendapatan dividen daripada SunShare Investements Ltd (SunShare), sebuah bekas entiti dikawal bersama, dalam tahun kewangan semasa. Termasuk dalam tahun kewangan sebelumnya ialah, pendapatan dividen sebanyak RM71.2 juta daripada SunShare.

Tahun kewangan semasa juga mencatatkan kerugian atas penjualan pelaburan disebut harga jangka pendek sebanyak RM9.6 juta berbanding keuntungan sebanyak RM17.3 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan sebelumnya.

KOS PEMBIAYAAN BERSIHkos pembiayaanKumpulan mencatatkan kos pembiayaan lebih tinggi yang meningkat sebanyak RM48.9 juta berbanding RM393.6 juta yang dicatatkan pada tahun 2007. Peningkatan kos ini disebabkan, terutamanya, kerugian atas penamatan swap jangka panjang sebanyak RM15.9 juta dan pembayaran pendahuluan atas penyusunan semula swap jenis akruan berjulat sebanyak RM96.1 juta di peringkat Syarikat. Bagaimanapun, peningkatan bersih kos tersebut dikurangkan oleh kos pembiayaan yang lebih rendah untuk Sekuriti

Pendapatan Terkait Islam TM berbanding bon boleh tebus yang terdahulu dan penjimatan kos daripada pinjaman-pinjaman yang telah dibayar sepenuhnya.

pendapatan pembiayaanPendapatan pembiayaan pada tahun 2008 sebanyak RM237.3 juta adalah 92.0% lebih tinggi daripada RM123.6 juta yang dicatatkan pada tahun 2007 disebabkan, terutamanya, pendapatan pembiayaan daripada RM4,025.0 juta yang terhutang daripada TM International Berhad.

pertukaran asing atas terjemahan pinjamanSejajar dengan pengukuhan Dolar AS, Kumpulan mengalami kerugian pertukaran asing sebanyak RM170.0 juta atas terjemahan pinjaman dalam mata wang Dolar AS pada tahun 2008 berbanding keuntungan sebanyak RM262.4 juta pada tahun 2007.

Oleh yang demikian, kos pembiayaan bersih Kumpulan meningkat dengan ketara kepada RM375.2 juta pada tahun 2008 daripada RM7.6 juta pada tahun 2007.

PERBELANJAAN cuKAIKadar cukai efektif Kumpulan pada tahun 2008 adalah sebanyak 18.3% berbanding 2.6% pada tahun 2007 disebabkan, terutamanya, pencukaian bagi tahun 2007 mengambil kira pembalikan lebihan peruntukan untuk tahun-tahun terdahulu yang lebih tinggi di peringkat Syarikat.

Tanpa mengambil kira pembalikan lebihan peruntukan untuk tahun-tahun terdahulu, kadar cukai efektif bagi tahun kewangan semasa ialah 50.2%, iaitu lebih tinggi daripada kadar cukai berkanun, berbanding 23.2% pada tahun 2007. Kadar cukai efektif lebih tinggi dalam tahun kewangan semasa adalah disebabkan, terutamanya, beberapa perbelanjaan ketara tidak boleh dipotong bagi tujuan cukai seperti kerugian pertukaran asing atas terjemahan pinjaman, pengurangan nilai bagi pelaburan disebut harga, kos bagi ESOS Khas dan kerugian daripada penjualan Sotelgui.

SyarikatKumpulan

2007

2,631.6 998.9

SyarikatKumpulan

2008

901.1 201.9

keuntungan bagi taHun keWangan seMasa (rM Juta)

KEuNTuNgANKesan daripada pendapatan operasi lain yang rendah dan kerugian pertukaran asing yang lebih tinggi, Kumpulan mencatatkan keuntungan lebih rendah daripada operasi berterusan sebanyak 73.2%, iaitu RM229.3 juta bagi tahun kewangan semasa berbanding RM856.7 juta yang dicatatkan pada tahun 2007.

Keuntungan Kumpulan TM International Berhad (TMI) yang telah diasingkan daripada Kumpulan pada 25 April 2008, dibentangkan sebagai keuntungan daripada operasi yang ditamatkan. Keuntungan Kumpulan TMI bagi tahun kewangan semasa sebanyak RM562.6 juta adalah dari 1 Januari 2008 sehingga tarikh pengasingan berbanding keputusan bagi setahun penuh pada tahun 2007 sebanyak RM1,691.0 juta.

Seiring dengan itu, keuntungan Kumpulan bagi tahun kewangan semasa turut berkurangan daripada RM2,547.7 juta pada tahun 2007 kepada RM791.9 juta pada tahun 2008.

JuMLAH ASETJumlah aset Kumpulan merosot sebanyak 49.0% kepada RM22,533.2 juta berbanding RM44,221.3 juta pada akhir tahun 2007 disebabkan aset Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan pada 25 April 2008 seperti yang diterangkan dalam nota 3(B) kepada penyata kewangan.

55LAPORAN TAHUNAN 2008

UlAsAN KewANGAN KUMPUlAN

Harta tanah, loji, dan peralatan (ppe)PPE Kumpulan berkurangan sebanyak 50.9% kepada RM11,772.1 juta pada tahun 2008 berbanding RM23,983.3 juta pada tahun 2007 disebabkan, terutamanya, PPE milik Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan. Syarikat juga mencatatkan kemerosotan dalam nilai buku bersih PPE sebanyak RM159.4 juta berikutan jumlah caj susut nilai yang lebih tinggi berbanding tambahan aset dalam tahun kewangan semasa. Pengelasan semula sebuah bangunan pejabat yang dihuni oleh sebuah syarikat subsidiari sebagai harta tanah pelaburan turut menyumbang kepada pengurangan PPE Syarikat.

amaun terhutang daripada tMiAmaun terhutang daripada TMI sebanyak RM4,025.0 juta merupakan imbalan bersih yang perlu dibayar oleh TMI kepada Syarikat sempena dengan penyusunan semula dalaman Kumpulan dan pengasingan. Amaun tersebut yang telah ditukar kepada amaun terhutang berfaedah (seperti yang dijelaskan dalam nota 3(A) kepada penyata kewangan) perlu dibayar balik selewat-lewatnya pada April 2009.

belum terima perdagangan dan lain-lainJumlah belum terima perdagangan dan lain-lain Kumpulan merosot sebanyak 34.3% daripada RM4,398.6 juta pada tahun 2007 kepada RM2,891.3 juta pada tahun 2008 disebabkan, terutamanya, jumlah belum terima perdagangan dan lain-lain milik Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan. Syarikat juga mencatatkan pengurangan sebanyak 14.1% (RM436.2 juta) disebabkan, terutamanya, kutipan yang bertambah baik.

tunai dan baki bankTunai dan baki bank berkurangan sebanyak 49.8% kepada RM2,095.2 juta dalam tahun kewangan semasa. Ini disebabkan, sebahagian besarnya, oleh tunai dan baki bank milik Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan. Selain itu, pembayaran dividen-dividen khas, interim dan akhir bagi tahun kewangan 2007 dan 2008 dan juga

pembayaran untuk pembelian PPE adalah melebihi aliran masuk tunai bersih yang dijana daripada aktiviti operasi dan perolehan daripada penjualan aset bukan semasa dipegang untuk dijual. Ini turut menyumbang kepada tunai dan baki bank yang lebih rendah.

JuMLAH LIABILITI

Jumlah liabiliti Kumpulan berkurangan sebanyak 48.8% daripada RM23,569.8 juta pada akhir tahun 2007 kepada RM12,058.6 juta pada akhir tahun 2008 berikutan liabiliti Kumpulan TMI yang tidak diambil kira seperti dijelaskan di atas.

pinjamanPinjaman Kumpulan berkurangan sebanyak 41.3% kepada RM7,000.0 juta pada tahun 2008 daripada RM11,924.4 juta pada tahun 2007. Ini disebabkan, terutamanya, pinjaman Kumpulan TMI tidak diambil kira berikutan pengasingan. Pinjaman Syarikat meningkat sebanyak RM49.9 juta disebabkan pinjaman baru, pajakan kewangan dan kerugian daripada terjemahan pinjaman dalam Dolar AS, adalah lebih tinggi daripada pembayaran balik pinjaman.

EKuITI PEMEgANg-PEMEgANg SAHAM

Ekuiti pemegang-pemegang saham Kumpulan menyusut kepada RM10,248.1 juta pada tahun 2008 daripada RM19,802.1 juta. Punca utama penyusutan ini ialah pengagihan aset bersih Kumpulan TMI kepada pemegang-pemegang saham Syarikat berikutan pengasingan. Pengagihan dividen akhir 2007 dan dividen interim 2008 yang jumlahnya adalah lebih besar daripada keuntungan milik pemegang-pemegang ekuiti Syarikat sebanyak RM791.9 juta, rizab-rizab lain dan juga pertambahan modal saham dan premium saham turut menyumbang kepada kemerosotan ekuiti pemegang-pemegang saham.

perolehan sesaham dan pulangan ke atas ekuiti pemegang-pemegang sahamKesan daripada keuntungan operasi berterusan milik pemegang-pemegang

ekuiti Syarikat yang lebih rendah bagi tahun kewangan semasa seperti yang dijelaskan di atas, perolehan asas sesaham (EPS) daripada operasi berterusan telah berkurangan daripada 25.0 sen pada tahun 2007 kepada 6.7 sen pada tahun 2008. EPS asas daripada operasi yang ditamatkan juga berkurangan daripada 49.4 sen pada tahun 2007 kepada 16.3 sen pada tahun 2008. Oleh itu, EPS asas Kumpulan berkurangan daripada 74.4 sen pada tahun 2007 kepada 23.0 sen pada tahun 2008. Oleh yang demikian, pulangan ke atas ekuiti pemegang-pemegang saham (ROE) turut menurun daripada 12.8% pada tahun 2007 kepada 5.3% pada tahun 2008.

DividenBagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2008, dividen kasar interim sebanyak 12.0 sen sesaham, tolak cukai sebanyak 26.0%, telah dibayar pada 19 September 2008 kepada pemegang-pemegang saham yang tersenarai dalam Daftar Ahli dan Rekod Pendeposit pada 5 September 2008. Bersama dengan dividen kasar akhir yang dicadangkan sebanyak 14.25 sen sesaham, tolak cukai sebanyak 25.0%, tertakluk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang, jumlah pembayaran dividen ialah RM700.0 juta. Ini adalah sejajar dengan dasar pembayaran dividen Syarikat sebanyak RM700.0 juta atau sehingga 90.0% daripada keuntungan ternormal milik pemegang-pemegang ekuiti, yang mana lebih tinggi.

2007

74.4

12.8

2008

23.0

EPS (sen)

5.3

ROE (%)

ekuiti peMegang-peMegang saHaM

ULASAN PRESTASI

56 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Kami sentiasa mara melebihi sempadan untuk berada di hadapan dalam industri ini.

Dengan memberi fokus terhadap kepuasan pelanggan, kami dapat meningkatkan

kualiti pengalaman bagi pelanggan-pelanggan yang dihargai di setiap

pusat transaksi pelanggan.

BERORIENTASIKANPELANGGAN DAN PENINGKATAN KUALITI

PeNyAtA NilAi DitAMbAh

Nilai ditambah ialah ukuran kekayaan yang dihasilkan. Penyata berikutnya menunjukkan nilai ditambah Kumpulan untuk tahun 2007 dan 2008 dan pengagihan melalui pembayaran kepada kakitangan, kerajaan dan pemegang-pemegang saham, dengan baki disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan.

2007 2008 rM Juta rM Juta NILAI DITAMBAH

Hasil 8,296.0 8,674.9Pembelian barangan dan perkhidmatan (3,831.1) (4,278.5) Nilai ditambah oleh Kumpulan 4,464.9 4,396.4Kerugian daripada penjualan pelaburan ekuiti — (88.8)Pendapatan operasi lain (bersih) 308.7 178.7Pendapatan pembiayaan 123.6 237.3Kos pembiayaan (393.6) (442.5)Keuntungan/(kerugian) pertukaran asing atas pinjaman 262.4 (170.0)Bahagian keputusan syarikat-syarikat bersekutu (0.1) (0.4)Keuntungan daripada operasi yang ditamatkan milik pemegang-pemegang ekuiti Syarikat 1,691.0 562.6 Nilai ditambah untuk pengagihan 6,456.9 4,673.3

PENgAgIHAN

Kepada Kakitangan Kos penggajian 1,488.1 1,595.7Kepada Kerajaan Cukai 25.8 77.6Kepada Pemegang-pemegang Saham Dividen 3,056.9 900.1 Kepentingan minoriti 83.9 109.2 Pengagihan keuntungan daripada operasi yang ditamatkan sebagai sebahagian daripada dividend in specie — 562.6Disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan Susut nilai, penjejasan nilai dan pelunasan 2,311.4 2,098.9 Keuntungan tersimpan (509.2) (670.8) Jumlah yang diagihkan 6,456.9 4,673.3

ULASAN PRESTASI

58 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

PeNGAGihAN NilAi DitAMbAh(RM Juta)

Kepada Kakitangan – Kos penggajian 1,488.1

2007

2008

Kepada Kerajaan – Cukai 25.8

Kepada Pemegang-pemegang Saham– Dividen dan kepentingan minoriti 3,140.8

Disimpan untuk pelaburan semula danpertumbuhan masa hadapan – Susut nilai,penjejasan nilai, pelunasan dan keuntungan tersimpan 1,802.2

Kepada Kakitangan – Kos penggajian 1,595.7

Kepada Kerajaan – Cukai 77.6

Kepada Pemegang-pemegang Saham– Dividen, kepentingan minoriti danpengagihan keuntungan daripada operasiyang ditamatkan sebagai sebahagiandaripada dividend in specie 1,571.9

Disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan – Susut nilai, penjejasan nilai, pelunasan dan keuntungan tersimpan 1,428.1

23.1%

27.9%

34.1%

1.7%

33.6%

30.6%

0.4%

48.6%

59LAPORAN TAHUNAN 2008

tan sri Dato’ ir Muhammad radzi Hj MansorPengerusi(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Zamzamzairani Mohd isaPengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan(Pengarah Eksekutif Bukan Bebas)

riccardo ruggiero(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah poh keat(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Zaiton ahmadSetiausaha Bersama

Datuk Zalekha Hassan(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ ir abdul rahim abu bakar(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

yb Datuk nur Jazlan tan sri Mohamed(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dari kanan ke kiri

leMbAGA PeNGArAhKEPIMPINAN

60 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Datuk bazlan osmanPengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan(Pengarah Eksekutif Bukan Bebas)

Dato’ Danapalan tp vinggrasalam(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

eshah Meor suleiman(Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan)

Wang Cheng yongSetiausaha Syarikat

ibrahim Marsidi(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

tunku Mahmood Fawzy tunku Muhiyiddin(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dr Farid Mohamed sani(Pengarah Ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin)

Dari kiri ke kanan

61LAPORAN TAHUNAN 2008

Profil leMbAGA PeNGArAh

tan sri Dato’ ir MuHaMMaD raDZi HJ Mansor

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 67 tahun – Warganegara Malaysia

Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah TM pada 12 Julai 1999. Beliau berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Faraday House Engineering College, London pada tahun 1962 dan Sarjana Sains (Ekonomi Teknologi) dari University of Stirling, Scotland pada tahun 1975. Beliau seorang Jurutera Profesional Bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan Engineering Council, United Kingdom. Beliau juga merupakan ahli korporat Institut Jurutera Malaysia, Institution of Engineering and Technology, United Kingdom dan Institute of Management, United Kingdom.

Selama lebih 22 tahun perkhidmatan beliau di Jabatan Telekom Malaysia (JTM), beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan, termasuk dipinjamkan kepada Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos sebagai Penasihat Teknikal selama 3 tahun. Tan Sri Radzi telah bersara sebagai Ketua Pengarah Telekomunikasi, JTM apabila ianya diswastakan pada 1 Januari 1987 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Operasi TM. Beliau menyandang jawatan Pengarah Pemasaran dan Khidmat Pelanggan dari tahun 1989 sehingga 1995 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Kawalselia dan Hal Ehwal Luar sebelum bersara pada bulan Julai 1996. Dari tahun 1997 hingga 1999, beliau menjadi Perunding/Penasihat bagi projek-projek aplikasi utama multimedia untuk Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC).

Tan Sri Radzi juga merupakan Pengerusi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Kumpulan Fima Berhad, dan Presiden Komisaris PT Excelcomindo Pratama Tbk, Indonesia. Beliau juga merupakan Pengerusi Bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Pengarah MDeC. Beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Multimedia pada tahun 2008.

Tan Sri Radzi kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Pertikaian Lembaga TM. Beliau telah menghadiri kesemua 12 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun 2008. Tan Sri Radzi adalah Pengarah Bukan Eksekutif yang dicalonkan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), iaitu Pemegang Saham Khas TM dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang. Beliau tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

KEPIMPINAN

62 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dato’ Zamzamzairani telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM pada 25 April 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi dari Plymouth Polytechnic, United Kingdom dan pernah mengikuti program Kewangan Korporat, Strategi Dalam Membentuk Nilai Pemegang Saham di Kellog School of Management.

Beliau berpengalaman luas dalam industri telekomunikasi dan telah memegang pelbagai jawatan penting di dalam beberapa syarikat multinasional di dalam industri tersebut seperti Global One dan Lucent Technologies (Malaysia). Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di TM termasuk sebagai Naib Presiden Kanan, Strategi dan Teknologi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Business, sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Dato’ Zamzamzairani merupakan pengarah beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM termasuk sebagai Timbalan Pengerusi VADS Berhad dan GITN Sdn Berhad. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zamzamzairani merupakan Ahli Jawatankuasa Tender Lembaga dan telah menghadiri kesemua 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak pelantikan beliau. Beliau adalah Pengarah Eksekutif yang dicalonkan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), iaitu Pemegang Saham Khas TM dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang. Beliau tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

Dato’ ZaMZaMZairani MoHD isaPengarah Urusan/

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanPengarah Eksekutif Bukan Bebas

Berusia 48 tahun – Warganegara Malaysia

63LAPORAN TAHUNAN 2008

ProfilleMbAGA PeNGArAh

Datuk Bazlan telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif TM pada 25 April 2008. Beliau merupakan Ahli Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah, United Kingdom dan juga Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM.

Beliau memulakan kerjaya sebagai juruaudit di firma perakaunan awam pada tahun 1986 dan seterusnya berkhidmat dengan Kumpulan Sime Darby memegang pelbagai jawatan di bahagian kewangan pejabat korporatnya di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka. Bazlan pernah menyertai American Express pada tahun 1993 sebelum menyertai Kumpulan FIMA Berhad pada tahun 1994 di mana beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan/Setiausaha Syarikat. Beliau menyertai Celcom pada tahun 2001 dan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Celcom sebelum dilantik ke jawatan sekarang sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM pada 1 Mei 2005. Bazlan merupakan pengarah VADS Berhad dan beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Isu, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Datuk Bazlan merupakan pengarah ganti kepada Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor dalam Lembaga Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) sejak 29 April 2008. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga MDeC.

Beliau juga merupakan Ahli Ganti kepada Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa di dalam Jawatankuasa Tender Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Resolusi Pertikaian Lembaga TM. Datuk Bazlan telah menghadiri kesemua 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak perlantikan beliau. Beliau adalah Pengarah Eksekutif yang dicalonkan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), iaitu Pemegang Saham Khas TM dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang. Beliau tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

Datuk baZlan osManPengarah Eksekutif/

Ketua Pegawai Kewangan KumpulanPengarah Eksekutif Bukan Bebas

Berusia 45 tahun – Warganegara Malaysia

Datuk ZalekHa HassanPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 55 tahun – Warganegara Malaysia

Datuk Zalekha Hassan telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 9 Januari 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Datuk Zalekha memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia pada tahun 1977 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Belanjawan di Kementerian Kewangan pada tahun 1997. Beliau telah memegang pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan termasuk selama 7 tahun di Bahagian Perolehan Kerajaan sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) di Kementerian Kewangan.

Datuk Zalekha juga merupakan Pengarah Proton Holdings Berhad dan Kumpulan.

Datuk Zalekha kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tender Lembaga TM. Beliau telah menghadiri 10 dari 12 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun 2008. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif yang dicalonkan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), iaitu Pemegang Saham Khas TM dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang. Beliau tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

KEPIMPINAN

64 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Tunku Mahmood Fawzy telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 25 April 2008. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Pengajian Perniagaan dari Polytechnic of Central London, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Warwick University, dan Diploma Pemasaran Chartered Institute of Marketing. Beliau juga merupakan ahli Institut Pengurusan Malaysia.

Tunku Fawzy berpengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai industri di peringkat antarabangsa termasuk dalam bidang perbankan, teknologi maklumat, pelaburan, perkapalan serta minyak dan gas. Beliau menyertai Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebagai Pengarah Pelaburan dalam bulan Mei 2007. Beliau kini merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan di Khazanah.

Beliau juga merupakan Pengarah Pos Malaysia Berhad.

Tunku Fawzy kini merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga, ahli Jawatankuasa Audit Lembaga dan ahli Jawatankuasa Tender Lembaga TM. Beliau telah menghadiri kesemua 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak perlantikan beliau. Tunku Fawzy adalah Pengarah Bukan Eksekutif yang mewakili Pemegang Saham Utama Syarikat, Khazanah dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang. Beliau tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

YB Datuk Nur Jazlan telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 1 Jun 2004. Beliau merupakan Ahli Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (FCCA); United Kingdom. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam, Institut Akauntan Malaysia dan juga Ahli Majlis Akauntan Persekutuan Asean.

Di samping berpengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, YB Datuk Nur Jazlan juga aktif dalam politik. Beliau adalah Ahli Parlimen Pulai, Johor, Ketua Bahagian UMNO, Pulai dan Pengerusi Barisan Nasional bagi kawasan tersebut. Beliau pernah menjadi Ahli Exco Pemuda UMNO dari tahun 1996 sehingga 2004.

Beliau juga merupakan Pengarah United Malayan Land Berhad, Prinsiptek Corporation Berhad, Jaycorp Berhad, TSH Resources Berhad dan Ekowood International Berhad.

YB Datuk Nur Jazlan merupakan Ahli Bebas Jawatankuasa Tender Lembaga TM. Beliau telah menghadiri 9 dari 12 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun 2008. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dalam Syarikat.

yb Datuk nur JaZlan tan sri MoHaMeDPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 43 tahun – Warganegara Malaysia

yM tunku MaHMooD FaWZy tunku MuHiyiDDin

Pengarah Bukan Bebas Bukan EksekutifBerusia 50 tahun – Warganegara Malaysia

65LAPORAN TAHUNAN 2008

Dato’ Ir Abdul Rahim telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 25 April 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik dari Brighton College of Technology, United Kingdom pada tahun 1969. Beliau merupakan ahli Institut Jurutera Malaysia dan merupakan seorang Jurutera Profesional, Malaysia (P.Eng.), serta memiliki Sijil Kompetensi Jurutera Elektrik Gred 1. Dato’ Ir Abdul Rahim memulakan kerjaya beliau pada tahun 1969 di Lembaga Letrik Negara dengan memegang pelbagai jawatan teknikal dan kejuruteraan sehinggalah beliau menyertai Pernas Charter Management Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan bagi industri perlombongan bijih timah pada tahun 1979. Dari akhir tahun 1983 hingga 1991, beliau bertugas di Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dengan memegang pelbagai jawatan kanan. Seterusnya, dari tahun 1991 hingga 1995, beliau bertugas dengan MMC Engineering Services Sdn Bhd dan kemudian ke MMC Engineering Group Berhad sebagai Pengarah Urusan.

Pada bulan Mei 1995, beliau menyertai Petronas untuk memegang jawatan Pengarah Urusan Petronas Gas Berhad dan kemudian dilantik sebagai Naib Presiden Perniagaan Petrokimia pada tahun 1999 sehingga persaraan beliau pada 31 Ogos 2002.

Dato’ Ir Abdul Rahim kini merupakan Pengerusi UEM Builders Berhad, Opus Group Berhad dan BI Credit & Leasing Berhad. Beliau juga merupakan pengarah di Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Scomi Engineering Berhad, Global Maritime Ventures dan UEM Group Berhad.

Dato’ Ir Abdul Rahim merupakan Ahli Bebas Bukan Eksekutif Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga TM. Beliau telah menghadiri 6 dari 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak pelantikan beliau dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dalam Syarikat.

Dato’ ir abDul raHiM abu bakarPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 63 tahun – Warganegara Malaysia

Dato’ Danapalan tp vinggrasalaMPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 66 tahun – Warganegara Malaysia

Dato’ Danapalan telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 25 April 2008. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada The Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Sebelum ini, beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari Februari 2004 sehingga persaraan beliau pada bulan Mac 2007.

Dato’ Danapalan pernah menjadi Naib Presiden Kanan di Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) dari Jun 1998 hingga Januari 2004. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari Disember 1991 hingga Mac 1998. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pembangunan Sosial dan Masyarakat dan sebagai Timbalan Pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara.

Beliau kini merupakan Pengarah Affin Fund Management Berhad, Sirim QAS International Sdn Bhd, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan salah seorang Pemegang Amanah Yayasan M.U.S.T Ehsan.

Dato’ Danapalan juga merupakan Pengarah Universiti Telekom Sdn Bhd, sebuah anak syarikat TM dan merupakan Ahli Bebas Bukan Eksekutif Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga, Jawatankuasa Audit Lembaga dan Jawatankuasa Resolusi Pertikaian Lembaga TM. Beliau telah menghadiri 7 dari 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak pelantikan beliau dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dalam Syarikat.

ProfilleMbAGA PeNGArAh

KEPIMPINAN

66 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

QuaH poH keatPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 56 tahun – Warganegara Malaysia

Ibrahim Marsidi telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 25 April 2008. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Analitikal) (Kepujian) dari Universiti Malaya. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad sebelum bersara pada bulan November 2007.

Beliau menyertai Petroliam Malaysia Berhad (Petronas) pada tahun 1979 dan sejak itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Petronas. Sebelum pelantikan beliau sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Petronas Dagangan Berhad, beliau adalah Pengurus Kanan Kawasan Timur dan Kawasan Utara, Pengurus Besar Perniagaan Gas Petroleum Cecair  (Liquified Petroleum Gas  -  LPG)  dan Perniagaan Runcit  di  Petronas Dagangan Berhad dan Pengurus Besar Kumpulan Minyak Mentah, Petronas.

Ibrahim merupakan Ahli Bebas Bukan Eksekutif Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga dan Jawatankuasa Audit Lembaga TM. Beliau telah menghadiri 6 dari 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak perlantikan beliau dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dalam Syarikat.

Quah Poh Keat telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 25 April 2008. Beliau adalah Fellow Institut Percukaian Malaysia dan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), serta Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Pengurusan Akauntan Bertauliah (CIMA).

Quah merupakan rakan kongsi KPMG sejak 1 Oktober 1982 dan Rakan Kongsi Kanan Firma tersebut yang bertanggungjawab ke atas operasi harian KPMG Malaysia. Sebelum memegang jawatan Rakan Kongsi Kanan (Rakan Kongsi Pengurusan), beliau bertanggungjawab ke atas Amalan Cukai (Tax Practice) dan Amalan Jepun (Japanese Practice) di KPMG Malaysia. Beliau merupakan ahli Majlis Amalan Jepun KPMG iaitu badan pentadbir dalam KPMG International yang memantau Amalan Jepun dalam KPMG. Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah KPMG Asia Pasifik dan ahli Suruhanjaya KPMG International yang memantau operasi global KPMG. Quah juga adalah bekas Naib Presiden Institut Percukaian Malaysia. Beliau bersara dari KPMG pada 31 Disember 2007.

Beliau merupakan pengarah IOI Corporation Berhad, IOI Properties Berhad, PLUS Expressways Berhad, Public Investment Bank Berhad, Kumpulan Public Bank Berhad, Lonpac Insurance Berhad dan LPI Capital Berhad. Beliau merupakan salah seorang Pemegang Amanah Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng serta Ahli Jawatankuasa Polisi Ekonomi dan Fiskal Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers Economic Fiscal Policies).

Quah kini merupakan Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Jawatankuasa Audit Lembaga TM. Beliau telah menghadiri kesemua 8 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak pelantikan beliau. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dalam Syarikat.

ibraHiM MarsiDiPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 56 tahun – Warganegara Malaysia

67LAPORAN TAHUNAN 2008

Eshah Meor Suleiman telah dilantik sebagai Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan pada 11 Mac 2009. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1980 dan memiliki Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 1981. Beliau memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Oklahoma City, Amerika Syarikat pada 1994.

Eshah memulakan kerjaya dalam pentadbiran awam Malaysia pada tahun 1981 sebagai Penolong Pengarah, Seksyen Ekonomi Makro di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1981 sehingga 1991, sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Perolehan di Kementerian Kewangan. Sejak itu beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Penolong Setiausaha dan Timbalan Setiausaha sebelum memegang jawatan sekarang sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan, Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Penswastaan pada September 2006.

Eshah juga merupakan pengarah Pos Malaysia Berhad, Global Maritime Ventures Berhad, sebuah anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad, dan beberapa syarikat lain.

Beliau juga merupakan Ahli Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan di dalam Jawatankuasa Tender Lembaga TM. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

riCCarDo ruggieroPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Berusia 48 tahun – Warganegara Itali

esHaH Meor suleiManPengarah Ganti Bukan Bebas

Bukan EksekutifBerusia 54 tahun – Warganegara Malaysia

ProfilleMbAGA PeNGArAh

Riccardo Ruggiero telah dilantik sebagai Pengarah TM pada 18 Ogos 2008. Beliau berkelulusan Doktor Perundangan dari Rome University La Sapeinza. Beliau kini merupakan Pengarah Value Partners SpA dan juga Permira Association S.p.A. yang berpusat di Milan, Itali. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pengurus Jualan di Finnivest, Kumpulan Mediaset pada tahun 1986. Beliau menyertai Kumpulan Olivetti pada tahun 1991, dengan memegang pelbagai jawatan dan merupakan Naib Presiden bagi pelanggan antarabangsa dan pembangunan perniagaan perkhidmatan telekomunikasi seluruh dunia, meliputi pemasaran dan pembangunan perniagaan.

Beliau telah bersama kumpulan Olivetti selama 11 tahun, di mana jawatan terakhir beliau di situ sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Infostrada SpA (sebuah syarikat usaha sama di antara Olivetti dan Mannesman). Beliau bertanggungjawab bagi kejayaan Infostrada sebagai sebuah syarikat pesaing kepada Telecom Italia bagi talian tetap dan Internet.

Ruggiero telah menyertai Telecom Italia pada tahun 2001 sebagai Presiden Unit Perniagaan Talian Berwayar yang bertanggungjawab untuk mengurus dan membangunkan perniagaan talian berwayar dan Internet jalur lebar seluruh dunia. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telecom Italia pada bulan Oktober 2005, jawatan yang disandang sehingga Disember 2007. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau bertanggungjawab mengurus dan membangunkan talian tetap, mudah alih, jalur lebar dan perniagaan media digital seluruh dunia. Ruggiero juga berpengalaman luas dalam pengurusan dan pembangunan kandungan di dalam persekitaran pelbagai landasan seperti IPTV, TV mudah alih, televisyen terestial digital dan portal multi media jalur lebar.

Beliau kini adalah Pengarah Safilo Group SpA.

Beliau telah menghadiri 3 dari 4 Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sejak pelantikan beliau dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

KEPIMPINAN

68 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dr Farid telah dilantik sebagai Pengarah Ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin pada 25 April 2008. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Kimia, Ijazah Sarjana Kejuruteraan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Kelas Pertama dengan pengkhususan Kejuruteraan Kimia daripada University of Cambridge.

Dr Farid adalah Naib Presiden Kanan, Pejabat Pengarah Urusan di Khazanah dan telah berkhidmat dengan Khazanah sejak tahun 2004 dan pernah bertugas di Pejabat Pengurusan Transformasi Khazanah. Sebelum itu, Dr Farid berkhidmat sebagai perunding di McKinsey & Co selama dua tahun.

Dr Farid adalah pengarah ganti TM International Berhad (TMI) dan juga pengarah beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TMI termasuk Celcom (Malaysia) Berhad.

Beliau juga merupakan Ahli Ganti kepada Tunku Fawzy di dalam Jawatankuasa Tender Lembaga TM. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan undang-undang dan tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengan mana-mana Pengarah Syarikat atau pemegang saham utama TM mahupun sebarang percanggahan kepentingan dengan Syarikat.

Dr FariD MoHaMeD saniPengarah Ganti Bukan Bebas

Bukan EksekutifBerusia 33 tahun – Warganegara Malaysia

69LAPORAN TAHUNAN 2008

bArisAN KePiMPiNAN KUMPUlAN

berDiri Dari kiri ke kananSherene Azura Azli, Zaid Hamzah, Dr Fadhullah Suhaimi Abdul Malek, Gazali Harun, Ahmad Ismail, Rafaai Samsi, Mohamad Rozaimy Abd Rahman, Azizi A Hadi DuDuk Dari kiri ke kananDato’ Abdul Aziz Abu Bakar, Dato’ Adnan Rofiee, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Mariam Bevi Batcha

KEPIMPINAN

70 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

berDiri Dari kiri ke kananHashim Mohammed, Shanti Jusnita Johari, Ghazali Omar, Zam Ariffin Ismail, Jeremy Kung Eng Chuang, Imri Mokhtar, Fazlur Rahman Zainuddin

DuDuk Dari kiri ke kananAhmad Azhar Yahya, Datuk Bazlan Osman, Wang Cheng Yong, Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam

71LAPORAN TAHUNAN 2008

Profil bArisAN KePiMPiNAN KUMPUlAN

Dato’ ZaMZaMZairani MoHD isaPengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Dato’ Zamzamzairani, 48 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi dari Plymouth Polytechnic, United Kingdom dan pernah mengikuti program Kewangan Korporat, Strategi Dalam Membentuk Nilai Pemegang Saham di Kellog School of Management. Beliau berpengalaman luas dalam industri telekomunikasi dan telah memegang pelbagai jawatan penting di dalam beberapa syarikat multinasional seperti Global One dan Lucent Technologies (Malaysia) di mana beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau menyertai TM pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden Kanan, Strategi dan Teknologi Kumpulan. Dato’ Zamzamzairani merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Business, TM sebelum menjawat jawatan sekarang sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Dato’ Zamzamzairani juga merupakan ahli Lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk sebagai Timbalan Pengerusi VADS Berhad dan GITN Sdn. Berhad.

Datuk baZlan osManPengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Datuk Bazlan, 45 tahun, merupakan Ahli Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah, United Kingdom dan juga Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai juruaudit di firma perakaunan awam pada tahun 1986 dan seterusnya berkhidmat dengan Kumpulan Sime Darby memegang pelbagai jawatan di bahagian kewangan pejabat korporatnya di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka. Datuk Bazlan pernah menyertai American Express pada tahun 1993 sebelum menyertai Kumpulan FIMA Berhad pada tahun 1994 di mana beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan/Setiausaha Syarikat. Beliau menyertai Celcom (Malaysia) Berhad pada tahun 2001 sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum dilantik ke jawatan sekarang sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM pada 1 Mei 2005. Datuk Bazlan merupakan ahli lembaga pengarah VADS Berhad dan beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Isu, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Dato’ aDnan roFieeKetua Pegawai Operasi Kumpulan

Dato’ Adnan, 54 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dari Brighton Polytechnic, United Kingdom. Beliau mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi di mana beliau memulakan kerjaya di Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1977 sebagai Jurutera Perancang, Rangkaian Akses Pelanggan Kawasan Tengah. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kawasan Sarawak pada tahun 1994 sebelum menjadi Pengarah Urusan, Ghana Telecommunications Co Ltd, sebuah syarikat sekutu TM pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM Cellular Sdn Bhd pada tahun 2001. Beliau merupakan Naib Presiden Kanan, Perniagaan Utama dan Kerajaan sebelum menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, TM Retail pada 1 Julai 2004. Dato’ Adnan dilantik ke jawatan sekarang sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan sejak 1 Februari 2009 bertanggungjawab ke atas operasi TM Wholesale, TM Global, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan, “Centre of Excellence” (Teknologi dan Perniagaan) dan Perniagaan Sokongan. Dato’ Adnan juga merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM termasuk VADS Berhad.

aHMaD aZHar yaHyaPengarah Program HSBB

Ahmad Azhar, 44 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Oklahoma State University. Beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di Agilent Technologies (dahulunya dikenali sebagai Hewlett Packard) pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menyertai Accenture pada tahun 1990 bertanggungjawab kepada para pelanggan di Malaysia, Asia dan Timur Tengah dari pelbagai industri seperti telekomunikasi, teknologi tinggi, petroleum dan gas serta sektor perkhidmatan awam. Beliau berpengalaman dalam perancangan strategik dan perubahan pengurusan, sistem sokongan perniagaan dan operasi, pengurusan sumber ‘enterprise’, pengurusan hasil dan hubungan pelanggan. Beliau merupakan Rakan Kongsi di Accenture pada tahun 2000 sebelum menyertai TM sebagai Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan pada 2 Ogos 2004. Ahmad kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM bermula pada tahun 2008.

KEPIMPINAN

72 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dato’ abDul aZiZ abu bakarKetua Pegawai Modal Insan

Dato’ Abdul Aziz, 55 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1977 sebagai Penyelaras Perancang Kumpulan di Malaysian Airlines System Berhad. Pada tahun 1979, beliau menyertai Shell dan berkhidmat selama 20 tahun dengan memegang pelbagai jawatan pengurusan di bahagian Audit Dalaman, Ekonomi Pemasaran, Jualan dan Pemasaran, Bekalan/Pengedaran Logistik dan Sumber Manusia. Beliau kemudiannya diberi tugasan ke London sebagai wakil pemegang saham untuk memantau kepentingan perniagaan Shell di Hong Kong dan China. Beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif, Sumber Manusia, RHB Bank Berhad yang bertanggungjawab merangka, membentuk arah tuju dan memastikan perlaksanaan strategi sumber manusia syarikat tersebut sebelum menyertai TM sebagai Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan TM pada 18 Oktober 2004. Jawatan beliau kemudiannya ditukar kepada Ketua Pegawai Modal Insan sejak 1 November 2008.

HasHiM MoHaMMeDKetua Audit Dalaman

Hashim, 50 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Queen Elizabeth College, University of London serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari RMIT University, Melbourne, Australia. Hashim adalah Fellow Bertauliah dan Setiausaha Kehormat di dalam lembaga Institut Audit Dalaman Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Australian Institute of Company Directors, Ahli Institut Pengurusan Malaysia, dan Ahli Tribunal Penyiasatan, Lembaga Disiplin Peguamcara dan Peguambela, Majlis Peguam Malaysia sejak tahun 2004. Hashim juga merupakan Ahli Kimia Bertauliah dan Ahli Royal Society of Chemistry, London. Hashim pernah menyandang pelbagai jawatan pengurusan ketika di Shell selama 21 tahun, termasuk di bahagian pemasaran, jualan, pembuatan, operasi, logistik, teknologi maklumat dan audit dalaman. Beliau menyertai TM sebagai Ketua Audit Kumpulan sejak Oktober 2002 dan merupakan Setiausaha Jawatankuasa Audit Lembaga TM.

Wang CHeng yongSetiausaha Syarikat

Yong, 54 tahun, memegang jawatan Setiausaha Syarikat TM sejak tahun 1998. Yong merupakan seorang Setiausaha Syarikat bertauliah dan Ahli Bersekutu Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA). Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1980 dan memperolehi pengalaman dalam bidang perakaunan dan kesetiausahaan di Postel Investment Management Ltd, United Kingdom. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1984, Yong menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai Akauntan/Setiausaha Syarikat di sebuah syarikat broker saham dan Setiausaha Korporat di sebuah firma kesetiausahaan yang merupakan firma bersekutu Arthur Young International. Beliau menyertai BHL Bank Berhad pada tahun 1988 di mana jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pegawai Kanan Kesetiausahaan sebelum menyertai Bahagian Setiausaha Syarikat TM pada tahun 1991.

Dr FaDHlullaH suHaiMi abDul MalekNaib Presiden, Strategi & Kawal Selia

Dr. Fadhlullah Suhaimi, 46 tahun, berkelulusan Ijazah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1988. Beliau memperolehi Sarjana Perubatan dalam Kesihatan Awam dari National University of Singapore dan Sarjana Sastera dalam Perancangan dan Dasar Pengurusan Kesihatan dengan cemerlang dari University of Leeds, United Kingdom masing-masing pada tahun 1993 dan 1996. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan selama 9 tahun sebelum menyertai TM pada tahun 1997 sebagai salah seorang pengasas di TM Net Sdn Bhd. Beliau mewakili TM dalam Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sejak awal penubuhannya. Beliau kini merupakan Bendahari dan ahli Exco Majlis Forum Kandungan, serta ahli Biro Aduan Forum Kandungan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Multinet Ltd (Pakistan). Sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden, Strategi dan Kawal Selia Kumpulan pada 1 Februari 2009, beliau merupakan Naib Presiden, Strategi Kumpulan.

73LAPORAN TAHUNAN 2008

Profil bArisAN KePiMPiNAN KUMPUlAN

FaZlur raHMan ZainuDDinNaib Presiden, Pembangunan Perniagaan Kumpulan

Fazlur Rahman, 39 tahun, merupakan seorang akauntan bertauliah dan Ahli Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya di sebuah firma Akauntan bertauliah di London dan kemudiannya sebagai Perunding Cukai di Pricewaterhouse yang berpejabat di Kuala Lumpur dari tahun 1993 sehingga tahun 1995.

Seterusnya beliau menyandang pelbagai jawatan kanan sepanjang 10 tahun perkhidmatan beliau di Shell, termasuk di bahagian Kewangan Korporat dan Perbendaharaan serta Perancangan dan Pengurusan Kewangan. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Pengurus Kewangan Shell Retail Malaysia dan Singapura. Beliau menyertai Kumpulan TM pada bulan Ogos 2005 sebagai Ketua Pegawai Kewangan TM Net Sdn Bhd. Sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Kumpulan, Fazlur merupakan Naib Presiden, Perancangan & Transformasi Perniagaan, bertanggungjawab untuk menggerakkan kemajuan prestasi perniagaan dan memantau risiko operasi perniagaan di samping memantapkan kawalan dalaman Syarikat. Beliau juga merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM.

iMri MokHtarNaib Presiden, Pejabat Program Pengurusan dan Prestasi

Imri, 35 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dan Pengajian Pengurusan dengan Ijazah Kelas Pertama dari University College of London pada tahun 1996, di bawah tajaan biasiswa TM. Beliau memulakan kerjaya di Acasia, sebuah syarikat usaha sama ASEAN TM, sebelum menyertai McKinsey & Company, sebuah firma perunding pengurusan antarabangsa yang berpejabat di Kuala Lumpur, memberi khidmat kepada pelanggan dalam sektor kewangan dan telekomunikasi. Beliau pernah berkhidmat di Astro, sebuah stesen TV berbayar di mana beliau bertanggungjawab mewujud dan mengetuai perniagaan TV interaktif sebelum menyertai semula TM pada bulan Ogos 2005 sebagai Pengurus Besar, Pembangunan Strategi. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar, Pejabat Program Pengurusan sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden, Pejabat Program Pengurusan dan Prestasi sejak 1 Jun 2008.

raFaai saMsiNaib Presiden Eksekutif, Wholesale

Rafaai, 51 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektronik dari Brighton Polytechnic University, United Kingdom dan telah memperolehi Sarjana Pengurusan Komunikasi dari Stratchlyde University pada tahun 2005, juga dari United Kingdom. Kerjaya beliau dalam bidang telekomunikasi bermula dengan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1978, di mana beliau telah menyandang beberapa jawatan dalam Kumpulan TM. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Meganet Communications Sdn Bhd pada bulan Julai 1997 sebelum kembali semula bersama TM pada bulan Julai 2001 sebagai Pengurus Besar dan ditugaskan mengetuai beberapa bahagian operasi di TM. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Pemasaran dan Jualan pada bulan Oktober 2006 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi TM Wholesale pada 1 Julai 2008. Jawatan beliau ditukar nama kepada Naib Presiden Eksekutif, Wholesale pada 1 Februari 2009. Rafaai juga merupakan Pengarah dan ahli Exco Malaysian Access Forum Berhad (MAFB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM.

MoHaMaD roZaiMy abD raHManNaib Presiden Eksekutif, Global

Rozaimy, 37 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Pengagihan Pengkomputeran dari University of East London, dan Sarjana Pengurusan Teknologi. Beliau pernah mengikuti program “Advance IP and Technology Management” di AT&T School of Business and Technology. Beliau mendapat latihan pertama dalam teknologi telekomunikasi di AT&T Bell Labs di New Jersey, Amerika Syarikat.

Beliau berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri telekomunikasi, di mana kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera Sistem di AT&T Network Systems sebelum menyertai Concert Global Network, sebuah syarikat usaha sama di antara AT&T dan British Telecom. Beliau kembali ke AT&T sebagai Pengarah Jualan AT&T Global Wholesale, yang bertanggungjawab ke atas pasaran di Asia Tenggara dan Asia Selatan, sebelum menyertai TM pada tahun 2006 sebagai Pengurus Besar Pemasaran Produk. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, TM Global dan seterusnya Ketua Pegawai Operasi di bahagian yang sama pada 1 Julai 2008, bertanggungjawab ke atas Pejabat-pejabat Wilayah TM di United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura. Jawatan tersebut kemudiannya ditukar kepada Naib Presiden Eksekutif pada 1 Februari 2009. Rozaimy juga merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat TM.

KEPIMPINAN

74 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

JereMy kung eng CHuangNaib Presiden Eksekutif, Pengguna/Ketua Pegawai Eksekutif, TM Net Sdn Bhd

Jeremy, 45, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer dari University of Ottawa, Kanada. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang teknikal dan pengurusan termasuk pembangunan sistem IT untuk media, telekomunikasi dan jalur lebar. Beliau pernah berkhidmat selama tiga tahun di JWT, sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal dan berkhidmat selama tujuh tahun di Star-TV, sebuah televisyen penyiaran satelit dan pembekal kandungan, sebelum menyertai kumpulan syarikat PCCW Limited (PCCW), Hong Kong selama lebih sepuluh tahun.

Semasa penglibatan awal beliau di PCCW, Jeremy terlibat dalam mengenal pasti keperluan sistem perniagaan bagi perkhidmatan jalur lebar digital untuk pengguna. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan yang bertanggungjawab mengendalikan Protokol Internet iaitu perniagaan teras PCCW, di samping menyediakan Penyelesaian Rangkaian, Pengurusan Perniagaan dan Jualan serta memantau rangkaian yang dibina oleh PCCW. Jawatan akhir beliau di PCCW adalah sebagai Naib Presiden Kanan Sokongan Pelanggan dan Ketua Pegawai Maklumat PCCW Global, unit perniagaan PCCW Limited yang menjalankan penjualan jalur lebar secara global. Beliau menyertai Kumpulan TM sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn Bhd pada 20 Mei 2008. Jeremy dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif, Pengguna TM pada 1 Februari 2009 dan pada masa yang sama sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM Net.

sHanti Jusnita JoHariNaib Presiden Eksekutif, EKS

Shanti Jusnita, 34 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia, kedua-duanya di bawah tajaan biasiswa TM. Lahir dari kumpulan bakat TM sendiri, kerjaya beliau tertumpu kepada membangunkan kemampuan pasaran runcit telekomunikasi. Beliau menyertai TM pada tahun 1997 di bahagian Jualan Korporat dan Multinasional, di mana beliau terlibat dalam perniagaan dan operasi pengurusan dan perundingan jualan dan produk bagi akaun utama. Pada tahun 2005, Shanti telah menyertai Pejabat Strategi dan Pengurusan Perniagaan, TM Retail, bertanggungjawab bagi strategi pembangunan dan pengurusan operasi TM Retail. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar di bahagian yang sama pada bulan Julai 2007. Shanti menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden Eksekutif, EKS pada 1 Februari 2009.

gHaZali oMarNaib Presiden Eksekutif, Perusahaan

Ghazali, 52 tahun, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari University of Leeds, United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Multimedia, Cyberjaya. Beliau mempunyai lebih 29 tahun pengalaman telekomunikasi, di mana beliau memulakan kerjaya di Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1980 sebagai Jurutera Perancang & Pembangunan khusus dalam Komunikasi Data. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Pemasaran & Jualan di TM Net Sdn Bhd pada tahun 2002, dan seterusnya sebagai Naib Presiden Jualan Perusahaan & Kerajaan, TM Retail, pada tahun 2007 sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden Eksekutif, Perusahaan pada 1 Februari 2009. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif VADS Berhad berkuat kuasa 15 Mac 2009.

Dato’ kairul annuar MoHaMeD ZaMZaMNaib Presiden Eksekutif, Kerajaan

Dato’ Kairul Annuar, 46 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dari University of Western Ontario, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Multimedia, Cyberjaya. Beliau pernah mengikuti Latihan Lanjutan Pengurusan di INSEAD pada tahun 2003. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri telekomunikasi, di mana kerjaya beliau bermula di TM pada tahun 1985 sebagai Eksekutif Perancangan Sumber Manusia. Sejak itu beliau telah menyandang pelbagai jawatan termasuk di akses tempatan, rangkaian pensuisan dan transmisi. Beliau pernah dilantik sebagai Pengurus Besar Kawasan Operasi di Terengganu pada tahun 1998 dan seterusnya dilantik sebagai Pembantu Peribadi Ketua Eksekutif Kumpulan pada tahun 2002. Pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales & Services Sdn Bhd (TSSSB) sebelum menyandang jawatan sebagai Naib Presiden, Bahagian Jualan Pengguna dan Perniagaan. Kini, Dato’ Kairul merupakan Naib Presiden Eksekutif, Kerajaan sejak 1 Februari 2009. Beliau juga merupakan pengarah GITN Sdn Berhad.

75LAPORAN TAHUNAN 2008

Profil bArisAN KePiMPiNAN KUMPUlAN

ZaM ariFFin isMailNaib Presiden, Perniagaan Sokongan

Zam Ariffin, 45 tahun, berkelulusan Sarjana Perakaunan Profesional dari St. Louis University, dan Sarjana Muda Sains Perakaunan dari Emporia State University, keduanya dari Amerika Syarikat. Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Bon di Cagamas Berhad pada tahun 1987. Beliau mula menyertai TM pada tahun 1989, di Bahagian Kewangan Korporat dan merupakan Penolong Pengurus Besar Pembiayaan dan Projek Khas, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Kewangan Telekom Cellular Sdn Bhd pada tahun 1996. Dari tahun 2000 hingga tahun 2006, beliau telah berkhidmat di Maxis Communications Berhad sebagai Ketua dan Pengurus Kanan, Bahagian Perniagaan dan Perancangan Kewangan, Bahagian Kejuruteraan Rangkaian dan Operasi dan kemudiannya di bahagian Pengurusan Kontrak, Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, sebelum menyertai semula TM sebagai Pengurus Besar, TM Ventures. Beliau merupakan Pengurus Besar, Pengurusan Anak Syarikat, Bahagian Pembangunan & Transformasi Perniagaan Kumpulan sebelum dilantik ke jawatan sekarang sebagai Naib Presiden, Perniagaan Sokongan. Beliau juga merupakan ahli lembaga sebuah syarikat awam yang disenaraikan dan beberapa anak syarikat dalam Kumpulan TM.

gaZali HarunKetua Pegawai Perolehan Kumpulan

Gazali, 50 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Governors State University, juga di Amerika Syarikat pada tahun 1982. Beliau memperolehi pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan korporat semasa berkhidmat di bank saudagar tempatan sebelum menyertai TM pada tahun 1990. Beliau pernah diberi tanggungjawab dalam pelbagai tugas kewangan termasuk pengurusan perbendaharaan, perolehan dana, pengambilalihan, perhubungan pelabur dan memantau Program Pengurusan Risiko Kumpulan. Beliau merupakan Naib Presiden, Kewangan, TM Wholesale sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan TM sejak 1 Jun 2005.

aZiZi a HaDiNaib Presiden, Produk Retail

Azizi, 45 tahun, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari Wichita State University, Amerika Syarikat. Beliau berpengalaman lebih 23 tahun dalam industri telekomunikasi termasuk kejuruteraan, operasi, jualan dan pembangunan dan pengurusan produk. Azizi memulakan kerjaya beliau bersama Tentera Darat DiRaja Malaysia sebagai Pegawai Kejuruteraan di Rejimen Semboyan DiRaja dari tahun 1987 sehingga 1996. Beliau bertanggungjawab merancang rangkaian radio taktikal, menilai kelengkapan baru dan latihan. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Unit Perniagaan Jalur Lebar dan Kejuruteraan dan Operasi Rangkaian di Maxis Communications sebelum menyertai TM sebagai Pengurus Besar, Teknologi & Inovasi pada tahun 2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Kawasan di Global One, sebuah syarikat perkhidmatan antarabangsa, di mana beliau telah diberi tanggungjawab di bahagian jualan syarikat multinasional pada tahun 1999. Azizi telah dilantik sebagai Naib Presiden, Produk Retail TM pada 1 Februari 2009.

aHMaD isMailNaib Presiden, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan

Ahmad, 48 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Aston di Birmingham, United Kingdom. Beliau kemudian memperolehi Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Multimedia, Cyberjaya. Beliau menyertai TM pada 1983 sebagai Penolong Pengawal Telekom dan pernah menyandang pelbagai jawatan jurutera sebelum diberi tanggungjawab di bahagian pengurusan. Selama 26 tahun bersama TM, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan TM International Bangladesh (TMIB) dan Pengurus Besar, Strategi Perniagaan TM Retail dan Ketua Pegawai Strategi di Bahagian Strategi Telco, TM. Sebelum itu, Ahmad juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. (TSSSB), dan Pengurus Besar di Pulau Pinang dan Melaka. Beliau menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan sejak 1 Januari 2008.

KEPIMPINAN

76 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

ZaiD HaMZaHKetua Pegawai Undang-undang dan Pematuhan

Zaid, 49 tahun, memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari National University of Singapore dan Ijazah Sarjana dari Fletcher School of Law & Diplomacy, Tufts University, Amerika Syarikat dengan Biasiswa Fulbright. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman kerja termasuk dalam perkhidmatan kerajaan, pengamalan undang-undang dan khidmat nasihat perundangan dalaman di sebuah syarikat multinasional. Zaid mempunyai pengkhususan dalam pengurusan risiko strategik undang-undang dan pembinaan nilai strategik dalam sektor teknologi, dan telah mengarang 5 buah buku mengenai Undang-undang, Teknologi dan Strategi. Beliau merupakan perunding Bahagian Undang-undang dan Hal Ehwal Korporat Microsoft, Asia Pasifik, berpejabat di Singapura sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Kanan, Kawal selia, Undang-undang dan Pematuhan Kumpulan TM pada 2 April 2007. Jawatan beliau kemudiannya bertukar kepada Ketua Pegawai Undang-undang dan Pematuhan pada 1 Februari 2009.

sHerene aZura aZliNaib Presiden Kumpulan Pemasaran

Sherene Azura, 35, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Durham, United Kingdom, dan Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari University of Limerick, Republic of Ireland. Sherene mempunyai 12 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi bermula di TM pada tahun 1996 sebagai penganalisa kewangan. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang tugas semasa di TM termasuk di bahagian Strategi Harga, Pembangunan dan Penyelidikan Pemasaran, Pengurusan Kos dan Perniagaan Global. Beliau berpengetahuan luas dalam iklim perniagaan dan operasi telekomunikasi global hasil dari pengalaman bekerja sebagai Pengurus Penyelidikan di Irish Telecommunications Investment plc, Dublin. Sherene merupakan Pengurus Besar Unit Harga Dinamik yang bertanggungjawab terhadap strategi dan penetapan harga bagi produk-produk dan perkhidmatan TM, sebelum dilantik ke jawatan sekarang sebagai Naib Presiden Pemasaran Kumpulan pada 1 Februari 2009.

MariaM bevi batCHaNaib Presiden, Komunikasi Korporat Kumpulan

Mariam, 45 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pentadbiran Perniagaan) dengan cemerlang dari RMIT University, Melbourne, Australia dan Diploma dari Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM). Beliau merupakan Ahli IPRM dan antara pengamal PR yang pertama diberi akreditasi oleh IPRM pada tahun 2005. Sebelum menyertai TM sebagai Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Kumpulan pada bulan September 2004, beliau berkhidmat sebagai Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan di Amanah Capital Partners Berhad, dan kemudiannya sebagai Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan United Engineers (Malaysia) Berhad/UEM World Berhad. Mariam menyandang jawatan sekarang sebagai Naib Presiden, Komunikasi Korporat Kumpulan sejak bulan Jun 2008.

77LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAtPENgENALAN

Lembaga Pengarah menyedari perlunya pelaksanaan Urus Tadbir yang berkesan. Adalah tidak memadai dengan hanya menetapkan polisi-polisi serta cadangan-cadangan amalan terbaik sahaja kerana ianya perlu sentiasa difahami, ditambah baik, dan dikemaskini.

Rangka kerja Urus Tadbir Korporat yang berkesan memberi keyakinan untuk menggerakkan pasaran ekonomi. Urus tadbir yang lemah akan memberi kesan buruk kepada integriti korporat dan boleh mendedahkan Syarikat kepada risiko penipuan dan akhirnya akan melemahkan potensi syarikat.

AKAUNTABILITI

Sebagai salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang utama di Malaysia, TM bukan saja mematuhi prinsip-prinsip dan amalan terbaik seperti mana yang dinyatakan di dalam Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia (Kod), tetapi juga prinsip-prinsip yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) seperti yang termaktub di dalam ‘Buku Hijau’ yang telah dilancarkan pada 26 April 2006. Garis panduan yang terdapat dalam ‘Buku Hijau’ tersebut mengukuhkan saranan-saranan yang terdapat di dalam Kod tersebut.

PCG menyarankan agar perubahan dan penambahbaikan terhadap urus tadbir GLC dilakukan berdasarkan objektif-objektif berikut:

Menumpukan semula peranan dan mandat Lembaga • Pengarah GLC.

Mengukuhkan komposisi Lembaga Pengarah GLC.• 

Memantapkan pengurusan prestasi Lembaga Pengarah • GLC.

Meningkatkan struktur dan proses Lembaga Pengarah.• 

TM telah mengambil maklum dan mematuhi pindaan terkini Kod tersebut yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2007 yang bertujuan untuk mengukuhkan peranan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit serta memastikan keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab mereka. TM juga menggunapakai amalan terbaik Urus Tadbir antarabangsa yang berkenaan, seperti cadangan oleh Jawatankuasa Higgs mengenai pengukuhan peranan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif pada Januari 2003.

Lembaga mengakui bahawa urus tadbir bukan hanya berkenaan komitmen terhadap nilai dan tingkah laku yang beretika dan perlaksanaan rangka kerja amalan terbaik, tetapi juga memahami dan menangani tanggapan pihak-pihak yang berkepentingan. Lembaga mengakui bahawa GLC perlu mencapai prestasi yang setanding atau lebih baik berbanding syarikat bukan GLC dari segi keuntungan dan keberkesanan, manakala pada masa yang sama menjadi majikan yang bertanggungjawab serta mempamerkan tanggungjawab sosial korporat. Komitment TM terbukti dengan penyelarasan proses dalaman, garis panduan dan sistem dengan amalan urus tadbir yang baik dalam meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

SATu LAgI TAHuN MEMENANgI ANugERAH BAgI TM

Komitmen TM untuk menjadikan nilai pemegang saham sebagai kenyataan terbukti dengan anugerah-anugerah berikut yang dimenangi sepanjang tahun 2008:

Dua (2) anugerah berikut dalam Laporan Kaji Selidik • Urus Tabdir 2008, sebuah kajian usaha sama antara Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Malaysia (MSWG) dan Nottingham Business School, Kampus Malaysia;

Tempat ketiga untuk Anugerah Kecemerlangan −Keseluruhan, daripada 960 buah syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities);Anugerah Kecemerlangan Industri bagi sektor −Perdagangan/Perkhidmatan.

Lima (5) anugerah berikut di Majlis Anugerah • Kebangsaan Laporan Tahunan Korporat (NACRA) 2008:

Anugerah Emas bagi Kecemerlangan Keseluruhan −Laporan KorporatKecemerlangan Keseluruhan Industri (Perdagangan −dan Perkhidmatan)Anugerah Emas bagi Laporan Tahunan Terbaik −Bahasa MalaysiaAnugerah Perak bagi Laporan Tanggungjawab Sosial −Korporat Tahunan (CSR)Anugerah Perak bagi Rekabentuk Terbaik Laporan −Tahunan

Maklumat anugerah-anugerah tempatan dan antarabangsa lain yang dimenangi TM dan Kumpulan sepanjang tahun 2008 dinyatakan di dalam muka surat 32 hingga 35 dalam laporan tahunan ini.

PENYATA PEMATuHAN

Lembaga akan terus mengukuhkan amalan urus tadbir demi menjaga kepentingan pemegang-pemegang saham dan pihak-pihak berkepentingan lain. Syarikat telah mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan amalan-amalan terbaik Kod serta pindaannya yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2007. Penyata ini serta Penyata Kawalan Dalaman dan Penyata Pengurusan Risiko menjelaskan bagaimana prinsip-prinsip dan amalan terbaik Kod tersebut dilaksanakan oleh TM.

Amalan-amalan terbaik yang digunapakai oleh Kumpulan TM yang melebihi saranan Kod adalah berdasarkan saranan yang buat oleh PCG serta piawaian antarabangsa yang lain, di mana Lembaga menganggapnya sesuai untuk diterimapakai oleh Kumpulan.

79LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

MEWuJuDKAN LEMBAgA YANg MANTAP DAN EFEKTIF

komposisi dan keseimbangan lembagaProses pengasingan TM telah selesai pada 25 April 2008, di mana TM telah terbahagi kepada dua entiti, iaitu TM dan TM International Berhad (TMI), masing-masing dengan aspirasi dan strategi perniagaan yang berbeza. TM menerajui perniagaan talian tetap di samping meneroka peluang-peluang berkaitan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Rangkaian Generasi Akan Datang, manakala TMI bertumpu kepada perkhidmatan mudah alih untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Berikutan proses pengasingan ini, keahlian Lembaga dan Jawatankuasa Audit Lembaga telah berubah, yang mana telah diumumkan kepada Bursa Securities.

Sehingga 25 April 2008, Lembaga dianggotai oleh sembilan ahli yang terdiri daripada seorang Pengerusi Bukan Eksekutif, seorang Pengarah Eksekutif yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan seorang Pengarah Ganti serta lima Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Selepas proses pengasingan TM, Lembaga dianggotai oleh 11 ahli yang terdiri daripada seorang Pengerusi Bukan Eksekutif, dua Pengarah Eksekutif yang menyandang jawatan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan, dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif serta Pengarah Ganti mereka; dan enam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, mewakili separuh daripada jumlah ahli Lembaga. Lembaga percaya bahawa bilangan pengarah Syarikat kini adalah wajar dan selaras dengan garis panduan bagi GLC.

Setelah menganalisa laporan bebas oleh PwC Advisory Services Sdn Bhd, Lembaga telah memutuskan bahawa pelantikan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan (PBK) perlu dibuat secara objektif, setelah Penilaian Keberkesanan Lembaga selesai pada bulan April 2009. Lembaga telahpun menerimapakai terma rujukan yang komprehensif untuk PBK, selaras dengan:

Gabungan Kod Urus Tadbir United Kingdom (UK) yang • dikeluarkan oleh Majlis Laporan Kewangan pada Jun 2008 yang menyarankan bahawa Pengarah-pengarah Bebas Bukan Eksekutif perlu melantik seorang PBK di kalangan mereka. PBK perlu sentiasa bersedia untuk dihubungi oleh pemegang-pemegang saham jika mereka memerlukannya, sekiranya saluran biasa melalui Pengerusi, Ketua Eksekutif atau Pengarah Kewangan tidak sesuai atau gagal untuk menyelesaikan masalah; dan

Laporan Higgs yang dikeluarkan pada Januari 2003, • telah menambah peranan PBK sebagai saluran alternatif untuk pemegang saham berhubung dengan Lembaga. PBK juga berperanan untuk mengetuai penilaian prestasi Pengerusi.

PERANAN DAN TANgguNgJAWAB LEMBAgA

Kumpulan TM diterajui oleh ahli-ahli Lembaga yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan pengalaman dalam bidang perniagaan, kewangan, teknikal dan perkhidmatan awam. Kepelbagaian kepakaran serta perspektif ini mengukuhkan lagi kepimpinan Syarikat di dalam industri telekomunikasi yang tertakluk kepada pengawalseliaan yang ketat. Biografi Pengarah-pengarah seperti yang dipaparkan di muka surat 62 hingga 69 di dalam Laporan Tahunan ini menunjukkan kepelbagaian pengalaman yang diperlukan di dalam pengurusan serta hala tuju sebuah syarikat komunikasi.

Berikut adalah enam teras tanggungjawab utama Lembaga Pengarah TM:

Mengkaji semula dan menerimapakai rancangan • strategik Kumpulan.

Mengawasi dan menilai pengendalian perniagaan • Syarikat.

Mengenal pasti dan menguruskan risiko-risiko utama.• 

Perancangan penggantian kakitangan.• 

Membangunkan dan melaksanakan program hubungan • pelabur.

Mengkaji integriti dan kewibawaan sistem kawalan • dalaman Syarikat.

TM mempunyai manual Polisi Subsidiari dan Kewangan bagi memastikan kelulusan Lembaga Pengarah diperolehi bagi transaksi dan aktiviti Kumpulan dalam pelbagai tahap kuasa seperti berikut:

Struktur Modal dan Pegangan Saham:• Isu-isu berkenaan ekuiti dan hutang jangka panjang −Jaminan korporat −Perubahan kegiatan perniagaan −

Pelaburan Kewangan dan Penggabungan dan • Pengambilalihan:

Penggabungan dan Pengambilalihan −Pelaburan dan penyertaan ekuiti/usaha sama −Penjualan pelaburan atau perniagaan −Pinjaman atau pendahuluan tunai kepada subsidiari −Pelaburan dalam sekuriti dan bon korporat −Perikatan perniagaan −

AKAUNTABILITI

80 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Belanjaw•  anPerbelanjaan Modal Tahunan −Perbelanjaan Operasi Tahunan −

Perolehan bagi:• Aset-aset rangkaian −Hartanah dan bangunan rangkaian −Aset-aset/perkhidmatan bukan rangkaian −Hartanah bangunan bukan rangkaian −

Lain-lain• Perundingan −Pembiayaan modal kerja −

Selain daripada tanggungjawab-tanggungjawab di atas, Lembaga juga bertanggungjawab sepenuhnya secara bebas berkenaan kelancaran proses-proses teras yang melibatkan urus tadbir lembaga, nilai perniagaan dan etika. Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga dengan terma rujukan yang jelas telah ditubuhkan dan dianggotai ahli-ahli lembaga yang berpengalaman luas dalam industri berkaitan serta dipengerusikan oleh Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif bagi membolehkan para pengarah menjalankan tanggungjawab mereka secara berkesan.

Lembaga Pengarah kerap bermesyuarat. Selain daripada lapan mesyuarat yang telah dijadualkan bagi membincangkan isu-isu penting, Lembaga juga telah mengadakan empat mesyuarat khas bagi membincangkan isu-isu tertentu yang memerlukan keputusan segera. Ini termasuk cadangan berkaitan pengasingan TM dan keputusan kewangan suku tahun.

Rekod kehadiran para pengarah bagi 12 mesyuarat Lembaga yang diadakan sepanjang tahun 2008 telah dinyatakan dalam biografi setiap Pengarah di muka surat 62 hingga 69 Laporan tahunan ini. Selain itu, Lembaga Pengarah juga telah meluluskan isu-isu penting lain menerusi sembilan Resolusi Pekeliling Lembaga Pengarah sepanjang tahun 2008.

PERANAN PENgERuSI, KETuA PEgAWAI EKSEKuTIF KuMPuLAN, PENgARAH-PENgARAH BuKAN EKSEKuTIF, PENgARAH KANAN BEBAS BuKAN EKSEKuTIF (PBK)

Pengerusi Bukan Eksekutif, Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, mempunyai fungsi dan peranan yang berasingan selaras dengan amalan terbaik dengan pembahagian tanggungjawab yang jelas. Tumpuan utama Lembaga adalah terhadap hala tuju strategik, pembangunan dan kawalan Kumpulan secara menyeluruh. Lembaga Pengarah akan meluluskan rancangan strategik

dan belanjawan tahunan serta mengkaji semula prestasi operasi anak-anak syarikat berdasarkan belanjawan dan sasaran masing-masing di sepanjang tahun. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bertanggungjawab melaksanakan segala polisi yang diluluskan oleh Lembaga. Beliau juga perlu melapor dan membincangkan di setiap mesyuarat Lembaga Pengarah semua isu-isu penting serta material termasuk projek-projek strategik dan perkembangan dalam kawal selia, yang akan atau berkemungkinan menjejaskan prestasi Kumpulan.

Pengerusi bertanggungjawab ke atas kewibawaan dan keberkesanan perhubungan di antara Pengarah-pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif. Hubungan dan interaksi beliau dengan pemimpin-pemimpin industri telekomunikasi global serta pihak-pihak yang berkepentingan dan pelbagai institusi luar, antaranya melalui penyertaan aktif beliau sebagai ahli Lembaga Jurutera Malaysia telah memberi manfaat kepada Kumpulan dan masyarakat amnya. Beliau juga aktif berinteraksi dengan pemimpin dan pemikir global melalui penyertaan sebagai ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), Suruhanjaya Maklumat Infrastruktur Global (GIIC) dan organisasi-organisai profesional lain, yang mana telah menyerlahkan kepimpinan TM.

Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam hasil daripada penglibatan mereka dalam syarikat-syarikat awam dan swasta. Pengarah-pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak bergantung kepada pihak pengurusan dan bebas dari apa-apa kepentingan perniagaan atau lain-lain hubungan yang berkemungkinan mempengaruhi keputusan bebas mereka sepertimana yang dinyatakan di bawah Perenggan 1.01 Keperluan Penyenaraian Bursa Securities. Mereka memberi pandangan bebas dan saksama bagi memastikan strategi-strategi yang dicadangkan oleh pihak pengurusan dipertimbangkan serta dinilai sepenuhnya, dengan mengambilkira kepentingan pemegang-pemegang saham, wargakerja, pelanggan-pelanggan dan pelbagai komuniti yang diberi perkhidmatan oleh Kumpulan. Kebebasan Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif sentiasa dikaji semula berasaskan amalan terbaik dan peruntukan pematuhan yang berkaitan.

Tanggungjawab-tanggungjawab utama PBK adalah memastikan setiap pandangan Pengarah Bukan Eksekutif diambilkira dengan sewajarnya dan bertindak sebagai penghubung di antara Pengarah Bukan Eksekutif dan pemegang-pemegang saham, yang merupakan saluran perhubungan tambahan kepada saluran sedia ada. PBK juga diharapkan dapat meningkatkan amalan urus tadbir yang berkesan dan memastikan tanggungjawab Syarikat terhadap pemegang saham difahami dan dipatuhi.

81LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

PBK bebas sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan mempunyai peranan dan pengaruh di dalam Lembaga. PBK boleh:

Hadir untuk berbincang secara sulit dengan Pengarah −Bukan Eksekutif lain yang mungkin khuatir pandangan mereka belum diambilkira sepenuhnya oleh Lembaga Pengarah secara menyeluruh.

Berkuasa untuk memanggil mesyuarat Pengarah Bukan −Eksekutif, sekiranya perlu.

Mengetuai mesyuarat Pengarah Bukan Eksekutif tanpa −kehadiran Pengerusi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk menilai prestasi Pengerusi dengan mengambil kira pandangan Pengarah-pengarah Eksekutif dan untuk perbincangan lain, sekiranya perlu.

Mengekalkan perhubungan dengan pemegang- −pemegang saham utama untuk mendengar pandangan mereka dan membantu Lembaga memahami masalah mereka.

Memastikan Lembaga mengetahui sebarang masalah −berkaitan pemegang-pemegang saham yang belum diselesaikan melalui mekanisma sedia ada untuk komunikasi pelabur.

PROSES PELANTIKAN LEMBAgA

Lembaga telah menetapkan prosedur rasmi yang telus bagi perlantikan Pengarah-pengarah baru. Prosedur-prosedur tersebut memastikan kesemua calon-calon Lembaga harus dipertimbangkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga setelah mengambilkira kemahiran dan pengalaman yang diperlukan serta lain-lain kualiti, sebelum perlantikan mereka disyorkan kepada Lembaga dan pemegang-pemegang saham.

KRITERIA KEAHLIAN LEMBAgA

Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran bekerjasama dengan semua ahli Lembaga untuk mengenal pasti ciri-ciri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk Lembaga secara keseluruhannya dan juga ahli-ahli individu. Lembaga diharapkan untuk mempunyai kemahiran dan pengalaman sewajarnya untuk menguruskan Syarikat yang terlibat di dalam industri telekomunikasi yang amat terkawal.

PELANTIKAN AHLI LEMBAgA BARu

Walaupun Lembaga bertanggungjawab untuk melantik ahli lembaga baru, proses pemilihan dijalankan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran terlebih dahulu sebelum disyorkan kepada Lembaga.

PENILAIAN KEBERKESANAN LEMBAgA

Rangka Kerja Penilaian Prestasi (Rangka Kerja) rasmi yang mula digunapakai pada tahun 2004 dan dikaji semula pada tahun 2006 dan 2008, merangkumi Penilaian Keberkesanan Lembaga serta Penilaian Diri Pengarah/Sesama Sendiri. Rangka Kerja tersebut dibentuk dengan terperinci bagi mengekalkan keakraban hubungan dan meningkatkan keberkesanan Lembaga.

Keberkesanan Lembaga dinilai berdasarkan petunjuk prestasi dengan mengambil kira komposisi, pentadbiran, tanggungjawab dan akauntabiliti serta ketertiban Lembaga. Petunjuk prestasi bagi setiap pengarah mengambil kira sumbangan, pemahaman tentang peranan mereka sebagai pengarah dan mutu sumbangan yang diberikan oleh mereka.

Bagi memastikan kebebasan dan ketelusan proses penilaian, Syarikat telah menggunakan khidmat Penasihat bebas PwC Advisory Services Sdn Bhd untuk menganalisa dan membentang laporan keputusan proses penilaian kepada Pengerusi. Kesemua ahli Lembaga juga diberikan keputusan penilaian masing-masing dan sesama mereka sebagai perbandingan. Penilaian Keberkesanan Lembaga TM telah memudahkan Lembaga untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting yang perlu ditangani.

PELANTIKAN SEMuLA PARA PENgARAH

Selaras dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Securities dan Tataurus Syarikat, kesemua Pengarah tertakluk kepada pelantikan semula secara bergilir setiap tiga tahun dan pelantikan semula Pengarah-pengarah hendaklah diadakan di setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Pengarah-pengarah Eksekutif juga tertakluk kepada pelantikan semula secara bergilir. Menurut Tataurus Syarikat dan Akta Syarikat 1965, ahli Lembaga yang dilantik untuk mengisi kekosongan keahlian perlu memegang jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang seterusnya dan layak untuk dilantik semula.

Pelantikan semula para Pengarah memberi peluang kepada pemegang-pemegang saham untuk menilai semula komposisi Lembaga. Butiran Pengarah-pengarah yang dicadangkan untuk dilantik semula dinyatakan dalam Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat ke-24 yang dijadualkan pada 7 Mei 2009.

AKAUNTABILITI

82 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

gANJARAN PARA PENgARAH

Rangka kerja ganjaran Pengarah-pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif sentiasa dikaji mengikut amalan pasaran.

Sebagai Pengarah-pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dibayar gaji, elaun, bonus serta lain-lain manfaat biasa yang sewajarnya sebagai ahli pengurusan kanan. TM membuat perbandingan gaji mengikut pasaran bagi tugas yang sama dengan syarikat-syarikat yang mempunyai saiz yang sama dalam menentukan tahap bayaran yang wajar.

Khazanah juga telah memberi input terhadap cara-cara pembayaran ganjaran Ketua Pegawai Eksekutif TM dan juga ganjaran Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLC yang lain, dengan mengambil kira saiz tugas seperti yang ditentukan oleh Hay. Perbandingan gaji yang lain juga dipertimbangkan dengan pelarasan mengikut industri dan pendedahan serantau yang melibatkan TM.

TM juga telah menggunapakai panduan yang dinyatakan dalam ‘Buku Biru’ mengenai Pengukuhan Prestasi Pengurusan dan Ganjaran Berdasarkan Prestasi yang diperkenalkan oleh PCG, untuk digunapakai oleh GLC. Menurut panduan tersebut, sebahagian besar pakej

ganjaran bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan lain-lain eksekutif ditentukan mengikut prestasi individu berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka, selaras dengan Kad Skor Kumpulan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan serta anggota-anggota yang melapor terus kepadanya akan diberi ganjaran berdasarkan gabungan pencapaian KPI mereka dan maklum balas 360 darjah.

Sebagai Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan tidak diberi yuran Pengarah atau elaun mesyuarat bagi mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga yang mereka hadiri. Pengarah-pengarah Eksekutif sedia maklum bahawa mereka perlu dikecualikan daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga di mana ganjaran prestasi atau semakan semula ganjaran mereka dibincangkan.

Ganjaran Pengarah Bukan Eksekutif merupakan yuran tetap, manakala elaun tambahan dibayar menurut jumlah mesyuarat yang mereka hadiri sepanjang tahun tersebut.

Butir-butir ganjaran setiap Pengarah Syarikat dikategorikan dalam komponen tertentu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:

naMa pengaraH gaJi (rM)

bonus (rM)

yuran (rM)

elaun (rM)

keraian (rM)

JuMlaH (rM)

pengaraH bebas bukan eksekutiF

Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa (dilantik pada 25 April 2008)

855,294.00 1 230,000.00 2 — 54,600.00 3 62,357.44 1,202,251.44

Datuk Bazlan Osman(dilantik pada 25 April 2008)

682,893.80 4 230,000.00 2 — 54,600.00 3 46,465.78 1,013,959.58

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar (Bersara di Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 pada 17 April 2008)

1,491,688.18 5 800,000.00 2 — 20,000.00 3 40,795.61 2,352,483.79

pengaraH-pengaraH bukan bebas bukan eksekutiF

Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor

— 31,320.00 9 244,420.37 6 46,013.99 89,001.45 410,755.81

Datuk Zalekha Hassan — — 110,000.00 7 24,850.00 626.01 135,476.01

Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin (dilantik pada 25 April 2008)

— — 71,666.75 8 20,950.00 8 438.91 93,055.66

Dato’ Ahmad Hj Hashim (meletak jawatan pada 7 Januari 2008)

— — 86,709.56 7 — 10.49 86,720.05

Tan Sri Dato’ Azman Hj Mokhtar (meletak jawatan pada 25 April 2008)

— — 125,333.25 7&8 10,000.00 8 201.09 135,534.34

83LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

naMa pengaraH gaJi (rM)

bonus (rM)

yuran (rM)

elaun (rM)

keraian (rM)

JuMlaH (rM)

pengaraH-pengaraH ganti (pengaraH-pengaraH bukan bebas bukan eksekutiF)

Dyg Sadiah Abg Bohan(Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan)

— — — — 640.00 640.00

Dr Farid Mohamed Sani(Pengarah Ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin) (dilantik pada 25 April 2008)

— — — 850.00 8 438.91 1,288.91

pengaraH-pengaraH bebasDan bukan eksekutiF

YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed — 31,320.00 9 197,000.00 7 23,560.19 640.00 252,520.19

Dato’ Ir Abdul Rahim Abu Bakar (dilantik pada 25 April 2008)

— — 71,666.75 9,700.00 438.91 81,805.66

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam (dilantik pada 25 April 2008)

— — 71,666.75 19,100.00 438.91 91,205.66

Ibrahim Marsidi (dilantik pada 25 April 2008)

— — 71,666.75 14,750.00 438.91 86,855.66

Quah Poh Keat (dilantik pada 25 April 2008)

— — 71,666.75 20,000.00 438.91 92,105.66

Riccardo Ruggiero (dilantik pada 18 Ogos 2008)

— — 34,516.10 4,000.00 237.81 38,753.91

Dato’ Ir Dr Abdul Rahim Hj Daud (meletak jawatan pada 25 April 2008)

— — 191,333.25 7 26,600.00 83,565.30 301,498.55

Ir Prabahar NK Singam(meletak jawatan pada 25 April 2008)

— 28,332.59 9 157,435.11 7 45,294.41 201.09 231,263.20

Dato’ Lim Kheng Guan(meletak jawatan pada 25 April 2008)

— 28,332.59 9 151,014.74 7 33,595.06 201.09 213,143.48

Rosli Man(meletak jawatan pada 25 April 2008)

— 31,320.00 9 125,333.25 7 18,830.56 201.09 175,684.90

JuMlaH 3,029,875.98 1,410,625.18 1,781,429.38 447,294.20 327,777.71 6,997,002.45

nota:1 Termasuk caruman Syarikat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (RM182,894).2 Bonus dan merit bagi tahun kewangan berakhir 2007, dibayar pada tahun 2008.3 Elaun kereta sebagai ganti peruntukan kereta Syarikat.4 Termasuk caruman Syarikat kepada KWSP (RM154,394) dan Perkeso (RM619.80).5 Termasuk caruman Syarikat kepada KWSP (RM319,656), Gratuiti (RM574,500) dan Bayaran tunai untuk cuti (RM197,532.18).6 Termasuk pindaan kepada yuran (RM58,000) bagi 2007, dibayar pada tahun 2008.7 Termasuk pindaan kepada yuran (RM84,000) bagi 2007, dibayar pada tahun 2008.8 Dibayar terus kepada Khazanah.9 Bonus dibayar oleh anak-anak syarikat di luar negara menurut undang-undang negara berkaitan sebelum pengasingan

Kumpulan TM.

AKAUNTABILITI

84 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

JAWATANKuASA-JAWATANKuASA LEMBAgA

Selaras dengan Tataurus Syarikat, Lembaga telah mengagihkan beberapa tanggungjawabnya kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga iaitu Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran, Jawatankuasa Tender dan Jawatankuasa Resolusi Pertikaian. Kesemua jawatankuasa tersebut mempunyai bidang tugas serta prosedur operasi secara bertulis dan Lembaga dimaklumkan mengenai kesemua laporan-laporan prosiding serta keputusan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut. Sekiranya jawatankuasa-jawatankuasa tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi perkara-perkara yang dikhaskan bagi Lembaga, cadangan tersebut akan dimaklumkan untuk perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah. Pengerusi kesemua jawatankuasa tersebut akan melaporkan keputusan serta cadangan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa tersebut kepada Lembaga dan keputusan yang berkaitan akan dinyatakan di dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah. Butiran serta kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga sepanjang 2008 adalah seperti berikut.

JaWatankuasa auDitLaporan lengkap berkenaan keahlian, peranan dan kegiatan Jawatankuasa Audit yang dijalankan sepanjang tahun 2008 dinyatakan di dalam muka surat 106 hingga 111 Laporan Tahunan ini.

JaWatankuasa penCalonan Dan ganJaran [Jpg]Keahlian

YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin • – Pengerusi Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 25 April 2008)

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam • (Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 6 Mei 2008)

Dato’ Ir Abdul Rahim Abu Bakar•  (Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 6 Mei 2008)

Ibrahim Marsidi • (Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 6 Mei 2008)

Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar • (Bukan Bebas Bukan Eksekutif, meletak jawatan pada 25 April 2008)

Ir Prabahar NK Singam • (Bebas Bukan Eksekutif, meletak jawatan pada 25 April 2008)

Dato’ Lim Kheng Guan • (Bebas Bukan Eksekutif Kanan, meletak jawatan pada 25 April 2008)

TM mempunyai Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran (JPG) yang digabungkan bertujuan mempercepatkan proses membuat keputusan, memandangkan ahli-ahli yang sama dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas kedua-dua jawatankuasa tersebut. Ahli-ahli JPG mengambil maklum tugas-tugas tersebut yang diperuntukkan dengan jelas di dalam Agenda setiap Mesyuarat.

Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab utama JPG adalah seperti berikut:

Fungsi Pencalonan•  Memastikan  para Pengarah  yang  dilantik mempunyai 

ciri-ciri tertentu yang merangkumi tanggungjawab, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan oleh Lembaga.

•  Membantu  Lembaga  untuk menyemak  semula keseimbangan dan bilangan penyertaan pengarah Bukan Eksekutif dalam mewujudkan proses dan peraturan ke arah keberkesanan Lembaga secara menyeluruh dan sumbangan setiap Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga bagi penilaian secara tahunan.

•  Memilih  calon  yang mempunyai  pengalaman  dan kemahiran yang bersesuaian sebagai Pengarah Eksekutif atau Bukan Eksekutif. JPG dibenarkan untuk menggunakan khidmat firma pengambilan pekerja profesional dan seterusnya mengesyorkan calon-calon yang sesuai untuk kelulusan Lembaga. Prosedur yang sama digunakan bagi calon-calon yang dikenalpasti oleh pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan).

•  Memastikan  prosedur  bagi  perlantikan  Lembaga  dibuat secara terbuka dan telus dengan mengambilkira keperluan Lembaga.

Pencalonan – Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab utama:•  Menilai  saiz  Lembaga  untuk menentu  dan 

mengesyorkan bilangan Pengarah yang sesuai bagi memastikan keberkesanannya, serta memastikan kesemua Pengarah termasuk Pengarah Eksekutif atau Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan bersara sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang mana mereka layak untuk dilantik semula. Perlantikan Pengarah perlu dibuat setiap tahun.

•  Menilai  semula  secara  tahunan  dan mengesyorkan gabungan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan serta kualiti yang bersesuaian, termasuk memastikan kecekapan Pengarah Bukan Eksekutif untuk dilaporkan di dalam Laporan Tahunan.

85LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

•  Mengesyorkan  program orientasi,  pendidikan  dan latihan yang sesuai untuk terus melatih dan melengkapkan kemahiran para Pengarah baru dan sedia ada. Maklumat mengenai jenis latihan yang dihadiri Lembaga Pengarah sepanjang tahun kewangan mestilah dinyatakan dalam Laporan Tahunan.

•  Menilai  semula  dan mengesyorkan  pelantikan  dan kenaikan pangkat Pengarah Eksekutif atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Memastikan pelantikan Pengarah Eksekutif atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan adalah untuk suatu tempoh yang ditetapkan yang tidak melebihi tiga tahun, dengan kuasa untuk mengesyor pelantikan semula, pemecatan atau penyingkiran mereka.

•  Mengesyorkan  calon-calon  yang  sesuai  kepada Lembaga Pengarah sebagai ahli Lembaga Syarikat dan Kumpulan.

•  Menilai  struktur  Lembaga  dan memastikan keseimbangan antara jumlah Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif.

•  Menilai  kesesuaian  struktur,  saiz  dan  komposisi kesemua Jawatankuasa dan memastikan penilaian semula Terma-terma Rujukan semua Jawatankuasa-jawatankuasa secara berkala.

•  Menilai  dan menimbang  syor Ketua Pegawai  Eksekutif Kumpulan berkenaan pelantikan dan kenaikan pangkat pengurusan kanan yang dikenalpasti sebagai jawatan-jawatan penting utama, dan juga jawatan setiausaha syarikat.

•  Menilai  dan menimbang  cadangan  Jawatankuasa Audit Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkenaan pelantikan dan kenaikan pangkat Ketua Audit Dalaman Kumpulan, selaras dengan penilaian semula jawatan-jawatan penting utama bagi memastikan kesaksamaan dalaman Syarikat.

Fungsi Ganjaran•  Menetapkan  rangka  kerja  dasar  dan mencadangkan 

kepada Lembaga berkenaan semua perkara berkaitan ganjaran, syarat-syarat perkhidmatan, struktur ganjaran dan manfaat sampingan Pengarah-pengarah Eksekutif dan ahli-ahli Pengurusan Kanan tertentu yang lain bermatlamat untuk menarik, mengekal dan mendorong individu yang berkeupayaan tinggi.

•  Mengesyorkan  kepada  Lembaga  berkenaan  ganjaran dan imbuhan Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif termasuk Pengerusi Bukan Eksekutif untuk kelulusan Lembaga secara keseluruhan.

Ganjaran – Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab utama•  Menetap, mengkaji, mencadang  dan memberi  saranan 

tentang polisi rangka kerja bagi semua unsur ganjaran seperti struktur imbuhan, manfaat sampingan dan syarat-syarat perkhidmatan lain bagi Pengarah-Pengarah Eksekutif, selaras dengan garis panduan dan keseluruhan polisi rangka kerja Kumpulan.

•  Memaklumkan  kepada  Lembaga mengenai prestasi Pengarah-pengarah Eksekutif dan menilai kelayakan imbuhan mereka berdasarkan prestasi dan menyarankan kepada Pengarah-pengarah Eksekutif berkenaan terma-terma dan syarat-syarat ganjaran pihak Pengurusan Kanan (yang dikenalpasti sebagai jawatan-jawatan penting utama).

•  Menjaga  kepentingan  awam dan memastikan  tiada penyalahgunaan dana awam dalam menimbangkan pembayaran pemberhentian ahli-ahli pengurusan kanan. JPG juga memastikan sebarang pakej pampasan dibuat dalam jumlah yang dianggap wajar.

•  Menilai, menyemak  dan mengkaji  semula  cadangan pakej ganjaran setiap ahli Jawatankuasa Lembaga.

•  Memberi  arahan  kepada Pemegang Amanah  yang dilantik selaras dengan Perjanjian Amanah antara TM dan Pemegang Amanah berkenaan tawaran Opsyen dan manfaat-manfaat lain di bawah Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) untuk anggota yang layak serta memastikan ESOS tersebut ditadbir menurut peruntukan Undang-undang Kecil ESOS, seperti mana yang dipinda dan ditambah dari masa ke semasa.

Bidang Kuasa•  Dalam menjalankan  tanggungjawabnya,  JPG mempunyai 

kuasa sepenuhnya, bebas dan tanpa had untuk mendapatkan maklumat dan rekod-rekod mengenai anggota dan harta-harta TM, dan boleh mengesyorkan kepada Lembaga untuk pertimbangan dan kelulusan.

•  JPG  dibenar menggunakan  khidmat  firma  pengambilan pekerja profesional atau mendapatkan nasihat profesional bebas dan melantik jururunding luar untuk menilai kesesuaian pakej ganjaran dan lain-lain terma dari syarat pekerjaan, sekiranya perlu.

AKAUNTABILITI

86 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Kegiatan-kegiatan utama sepanjang 2008Aktiviti-aktiviti utama JPG sepanjang tahun 2008, adalah seperti berikut:

•  Selaras  dengan  kuasa  yang  diturunkan  oleh  Lembaga, JPG telah bertindak sebagai Jawatankuasa Opsyen dan membantu dalam melaksanakan ESOS Khas TM selepas pengasingan TM.

•  Menimbang  dan mengesyorkan  komposisi  Lembaga Pengarah TM dan Jawatankuasa-jawatankuasa selepas pengasingan TM serta menyemak semula yuran dan ganjaran mereka.

•  Menimbang  dan mengesyorkan  pakej  ganjaran  Lembaga dan skim insentif Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.

•  Mengesyorkan  pindaan  kepada  terma  rujukan  kesemua Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga selain dari Jawatankuasa Audit Lembaga, selepas pengasingan TM.

•  Menimbang  dan mengesyorkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pengarah-pengarah Eksekutif, ahli-ahli pengurusan kanan penting dan setiausaha syarikat.

•  Memantau  jumlah  Latihan Pengarah  secara  terperinci pada setiap mesyuarat yang dijalankan sepanjang tahun.

Kehadiran Mesyuarat JPG

Sebanyak tujuh mesyuarat JPG telah diadakan sepanjang tahun 2008 dengan kehadiran ahli seperti berikut:

ahli-ahlikehadiran Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar – Pengerusi(Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

Dato’ Lim Kheng Guan(Bebas Bukan Eksekutif Kanan)

4/4

Ir Prabahar NK Singam(Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin – Pengerusi(Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam(Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Dato’ Ir Abdul Rahim Bakar(Bebas Bukan Eksekutif)

2/3

Ibrahim Marsidi(Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

JaWatankuasa tenDerKeahlian

Datuk Zalekha Hassan – Pengerusi • (Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Dyg Sadiah Abg Bohan • (Ahli ganti kepada Datuk Zalekha Hassan)

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar • (Bukan Bebas Eksekutif, bersara di Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 pada 17 April 2008)

Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa • (Bukan Bebas Eksekutif, dilantik pada 6 Mei 2008)

Datuk Bazlan Osman • (Ahli ganti kepada Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, dilantik pada 6 Mei 2008)

Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin • (Bukan Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 6 Mei 2008)

Dr Farid Mohamed Sani • (Ahli ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, dilantik pada 6 Mei 2008)

YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed • (Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Ir Dr Abdul Rahim Daud • (Bebas Bukan Eksekutif, meletak jawatan pada 25 April 2008)

Lembaga telah mengkaji semula keahlian Jawatankuasa Tender pada bulan Ogos 2007 dengan mengurangkan keahliannya dari 6 kepada 4 orang, selaras dengan saranan ‘Buku Hijau’ untuk GLC serta amalan-amalan terbaik lain. Sejurus selesainya pengasingan Kumpulan TM dan penyusunan semula Lembaga Pengarah pada 25 April 2008, keahlian Jawatankuasa Tender Lembaga telah dikaji semula pada 6 Mei 2008.

Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab utama•  Memastikan  proses  perolehan  dibuat  berdasarkan  etika 

perolehan, polisi sedia ada serta keperluan yang berkaitan.

•  Menimbang  dan melulus  atau mengesyorkan  perolehan yang bermanfaat kepada Syarikat dengan mengambil kira faktor-faktor harga, penggunaan produk/barangan dan/atau perkhidmatan, kuantiti, tempoh perkhidmatan dan lain-lain faktor yang berkaitan.

87LAPORAN TAHUNAN 2008

Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa TenderJawatankuasa Tender telah mengadakan 12 mesyuarat sepanjang tahun 2008, yang mana rekod kehadiran adalah seperti berikut:

ahlikehadiran Mesyuarat

Datuk Zalekha Hassan – Pengerusi(Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

11/12

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar(Bukan Bebas Eksekutif)

3/3

Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa(Bukan Bebas Eksekutif)

8/8

Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin(Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

6/8*

Dr Farid Mohamed Sani (Ahli ganti kepada Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin)

2/8*

YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed(Bebas Bukan Eksekutif)

11/12

Dato’ Ir Dr Abdul Rahim Daud(Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

nota :* Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin menghadiri

enam mesyuarat manakala dua lagi mesyuarat dihadiri oleh ahli ganti beliau, Dr Farid Mohamed Sani.

Ketua Pegawai Perolehan telah dijemput menghadiri kesemua mesyuarat tersebut, manakala ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Pengurusan dijemput untuk memberi keterangan mengenai isu-isu tertentu, jika perlu.

Minit mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tender diedarkan kepada semua ahli, manakala perkara penting berkaitan perolehan dibincangkan oleh Lembaga di mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

JaWatankuasa resolusi pertikaian (Jrp)Keahlian

Tan Sri Dato’ Ir Muhammad Radzi Hj Mansor • – Pengerusi (Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Datuk Bazlan Osman • (Bukan Bebas Eksekutif, dilantik pada 31 Julai 2008)

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam • (Bebas Bukan Eksekutif, dilantik pada 31 Julai 2008)

Zaid Hamzah •  (Ex-officio)

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar • (Bukan Bebas Eksekutif, bersara di Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 pada 17 April 2008)

Dato’ Lim Kheng Guan • (Bebas Bukan Eksekutif Kanan, meletak jawatan pada 25 April 2008)

Datuk Azzat Kamaluddin – Jemputan Tetap • (Keahlian sebelum ini sebagai Ex-Officio telah ditukar kepada Jemputan Tetap pada 31 Oktober 2008)

Keahlian dan terma rujukan JRP telah dikaji semula sejurus selesainya pengasingan Kumpulan TM dan penyusunan semula Lembaga Pengarah pada 25 April 2008.

Tugas dan tanggungjawab utamaMembincang dan mencadangkan keputusan kepada Lembaga TM mengenai kes-kes litigasi utama yang penting.

Ringkasan aktiviti-aktiviti pada 2008JRP telah menyemak dan membincangkan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Bahagian Undang-undang dan Pematuhan Kumpulan TM berkenaan perkara-perkara berikut:

Risiko-risiko litigasi kepada TM.• 

Program pengurusan strategik risiko litigasi.• 

Manual pengurusan strategik risiko perundangan.• 

Risiko pendedahan litigasi TM.• 

Ringkasan kes dan punca perbalahan dalam kes-kes • litigasi utama.

Kehadiran MesyuaratMesyuarat JRP diadakan apabila diperlukan atau jika terdapat sebarang perkembangan kes-kes litigasi utama. Sepanjang tahun 2008, JRP telah mengadakan satu mesyuarat yang dihadiri semua ahli. Peguam Am Bersekutu, Bahagian Strategi Perundangan dan Harta Intelek telah menghadiri mesyuarat tersebut sebagai jemputan tetap bagi melaporkan isu-isu litigasi utama.

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

AKAUNTABILITI

88 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

JAWATANKuASA-JAWATANKuASA PENguRuSAN

Lembaga telah menubuhkan dua jawatankuasa pengurusan utama, iaitu Jawatankuasa Pengurusan dan Barisan Kepimpinan Kumpulan, dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk memantau operasi Syarikat. Terma-terma rujukan utama adalah seperti berikut:

JaWatankuasa pengurusan

Merangka strategi-strategi dan polisi-polisi Kumpulan• 

Menilai, menyemak, memberi panduan dan memberi • pandangan mengenai perkara-perkara yang melibatkan polisi-polisi berkaitan sumber manusia, kawal selia, pengambilalihan dan kewangan

Meluluskan polisi untuk Syarikat dan anak-anak • syarikat bagi memastikan pendekatan “Pemikiran Satu Syarikat” dalam pengurusan Syarikat

Membincangkan perkara-perkara penting yang • memerlukan kelulusan Lembaga

Mencadangkan strategi dan rangka kerja polisi • berkenaan isu-isu sumber manusia Kumpulan TM kepada Lembaga

Menilai dan meluluskan rangka kerja polisi rancangan • penggantian kakitangan dan pengurusan pekerja berpotensi

Membincang, menyemak dan mencadangkan perubahan/• pindaan ganjaran pampasan Kumpulan TM termasuk bonus, kenaikan gaji, polisi/rangka kerja dan skim-skim pemisahan sukarela

Memperaku dan mencadangkan Rancangan Perniagaan • Kumpulan TM kepada Lembaga

barisan kepiMpinan kuMpulan

Menyemak prestasi perniagaan bulanan dan laporan-• laporan penambahbaikan prestasi Kumpulan TM

Merangka strategi perniagaan dan pelaksanaan • rancangan Kumpulan TM

Membincang dan menyemak isu-isu mengenai • perundangan, kawal selia dan pematuhan Kumpulan TM

Menyemak pengurusan risiko dan sistem kawalan • dalaman secara bulanan untuk melindungi kepentingan Kumpulan TM

Membincang dan menimbang prestasi perniagaan • Kumpulan TM dan Segmen Perniagaan Syarikat

Membincang dan mencadangkan rancangan perniagaan • dan bajet Kumpulan TM

JaWatankuasa-JaWatankuasa pengurusan lainSelain dua Jawatankuasa Pengurusan tersebut, jawatankuasa-jawatankuasa berikut telah dibentuk yang melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan:

Jawatankuasa Pengurusan Tender• 

Jawatankuasa Pemandu Sumber Perusahaan• 

Jawatankuasa Teknologi• 

Jawatankuasa Audit dan Jaminan Perniagaan• 

Jawatankuasa Kewangan• 

Jawatankuasa Produk• 

Jawatankuasa Berkaitan Teknikal •  (Technical Oversight Committee) (sehingga Ketua Pegawai Teknologi dilantik)

Jawatankuasa Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)• 

PROgRAM PENINgKATAN PRESTASI LEMBAgA (PPPL)

PPPL telah digunapakai pada bulan Mac 2006 dengan kerjasama perunding McKinsey & Co., bertujuan mempertingkatkan fungsi dan struktur Lembaga serta menyusun atur keutamaan Lembaga sejajar dengan mandat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan selaras dengan PPPL bagi mempertingkatkan keberkesanan Lembaga.

Pencapaian PPPL dipantau dan dilaporkan kepada Lembaga setiap enam bulan, manakala setelah selesainya proses Pengasingan Kumpulan TM, ianya dilakukan secara tahunan.

latiHan leMbaga Dan peroleHan pengetaHuan

Kesemua Pengarah telah berjaya menyempurnakan Program Pentauliahan Mandatori (MAP) yang ditetapkan oleh Bursa Securities sepanjang tahun 2008 kecuali Riccardo Ruggiero, yang merupakan Pengarah asing bukan pemastautin yang telah diberikan sehingga 25 Mac 2009 (sejurus sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah dijadualkan) untuk melengkapkan MAP. Taklimat mengenai profil korporat dan aktiviti Kumpulan di samping sasaran rancangan perniagaan dan prestasi kumpulan telah diadakan untuk ahli-ahli Lembaga yang baru dilantik.

Walaupun Nota Amalan No. 15 mengenai Program Pendidikan Berterusan (CEP) oleh Bursa Securities telah dimansuhkan, Lembaga Pengarah syarikat sentiasa menilai dan mengenal pasti keperluan latihan para pengarah secara berterusan melalui Program Latihan Lembaga bagi membantu mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Pengarah.

89LAPORAN TAHUNAN 2008

Program Latihan Lembaga (PLL)Lembaga Pengarah telah menerima pakai Garis Panduan PLL, berkuatkuasa 1 Januari 2005, bagi menentukan keperluan latihan para pengarah. Garis panduan PLL ini memerlukan para Pengarah memperolehi waktu latihan minima sebanyak 36 jam latihan berbanding 24 jam latihan dalam setiap satu tahun takwim seperti yang disyaratkan oleh CEP.

Garis panduan PLL juga membenarkan peruntukan waktu latihan bagi pengarah yang menjadi penceramah di mana-mana persidangan. Para Pengarah telah mencapai dan melebihi had minima latihan 36 jam bagi 2008 dengan menghadiri pelbagai seminar dan konvensyen antarabangsa

Walaupun carta tersebut menggambarkan struktur latihan yang sesuai untuk para Pengarah dalam tahun 2007 dan 2008, usaha berterusan dijalankan untuk memastikan agar Lembaga mendapat latihan yang sewajarnya mengikut keperluan perniagaan.

Bengkel Industri dan Maklumat Suku TahunanLembaga dipelawa menghadiri Bengkel-bengkel Industri yang dianjur oleh pihak pengurusan pada setiap suku tahun. Maklumat suku tahun industri mengenai perkara-perkara berikut dibuku dan diagihkan kepada ahli Lembaga

dan pengurusan kanan Syarikat:

Laporan mengenai pasaran telekomunikasi• 

Laporan mengenai persaingan dan cabaran industri • telekomunikasi

Maklumat terkini mengenai kawal selia tempatan dan • antarabangsa

Laporan dan analisa industri berkaitan oleh penganalisa • luar, termasuk maklumat suku tahunan mengenai industri telekomunikasi

Laporan mengenai pasaran dan industri jalur lebar• 

untuk mengikuti perkembangan ekonomi, pematuhan dan teknologi terkini yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan. Para Pengarah juga menyertai konvensyen di dalam dan luar negara sebagai penceramah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka.

Berikutan pemantauan ke atas PLL oleh JPG, mutu latihan yang disertai oleh Lembaga Pengarah berjaya dipertingkatkan dan sesuai dengan keperluan Pengarah dengan memberi lebih tumpuan kepada latihan kritikal dalam bidang industri, pengurusan prestasi dan pengurusan modal insan serta pengurusan strategi dan risiko. Latihan para pengarah pada tahun 2008 berbanding 2007 adalah seperti berikut:

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

Urus Tadbir Korporat

22%

5%6%

9%

37%

16%

5%

Industri

Strategi/Risiko

Kewangan/Audit

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Prestasi

Lain-Lain

16%

19%

6%9%

34%

7%9%

20082007

Struktur Latihan Pengarah pada tahun 2007 dan 2008

AKAUNTABILITI

90 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

akan memastikan kertas mesyuarat serta pembentangan sejajar dengan harapan Lembaga.

Struktur Agenda Mesyuarat dibuat berdasarkan keperluan menangani isu-isu strategik yang perlu diberi keutamaan sejajar dengan aspirasi Syarikat serta mandat yang diberi oleh Lembaga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Mandat tersebut menyatakan apa yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mengikut had yang ditentukan. Analisa masa yang digunakan oleh pengarah untuk setiap agenda untuk mesyuarat-mesyuarat pada tahun 2008 berbanding berbanding 2007 adalah seperti berikut:

MeMastikan pelaksanaan operasi Dan interaksi leMbaga yang berkesanKeberkesanan Lembaga diukur melalui mutu prosedur, proses dan operasi. Proses Lembaga telah diperkukuh dan dipertingkatkan di sepanjang tahun 2008 seperti digambarkan berikut:

Jadual Mesyuarat Lembaga dan Agenda yang DitentukanJadual Mesyuarat Lembaga serta Jawatankuasa Lembaga dan deraf agenda disediakan 12 bulan lebih awal bersesuaian dengan kitaran rancangan pengurusan. Agenda mesyuarat akan diberi terlebih dahulu kepada pihak pengurusan dan Pejabat Program Pengurusan Prestasi

Perkara Strategi

5%

6%

10%

55%

16%

7%

1%

Pengurusan Prestasi

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Risiko

Operasi

Isu-isu Lembaga

Lain-Lain

10%

1%

5%

16%

36%

21%

11%

20082007

Pembahagian Masa bagi Agenda Mesyuarat pada tahun 2007 dan 2008

Masa yang digunakan oleh Lembaga untuk membincangkan isu-isu strategik (36%) dan pengurusan prestasi (21%) adalah konsisten dengan hasil analisa yang dikendalikan oleh Institut Pengurusan Pembangunan (IMD) pada tahun 2008.

Menurut laporan tinjauan IMD, Lembaga-lembaga Pengarah menggunakan 30% masa di mesyuarat berperanan sebagai pemandu (membentuk dan membuat keputusan strategik), 25% untuk audit (pemantauan prestasi) dan 20% sebagai penyelia (pengurusan modal insan dan pengurusan risiko). Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, IMD menjangkakan peranan Lembaga Pengarah sebagai juruaudit akan berkurangan yang mana tumpuan terhadap peranan sebagai pemandu dan jurulatih serta prestasi Lembaga akan ditingkatkan.

Maklumat kepada LembagaPetunjuk bagi Urus Tadbir Korporat yang berkesan terletak pada penggunaan keputusan yang tepat dan bebas oleh para Pengarah yang berkelayakan dan berpengalaman. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan maklumat yang diperlukan oleh Lembaga dibekalkan dalam jangkamasa yang wajar bagi membantu Lembaga membuat keputusan yang tepat. Secara purata, Lembaga serta Jawatankuasa-jawatankuasanya dibekalkan dengan Agenda yang akan dibincangkan serta maklumat terkini yang lengkap 5 hari sebelum setiap mesyuarat diadakan bagi membantu mereka membuat keputusan yang tepat. Kertas Lembaga diedarkan melalui Sistem Pengurusan Dokumen Lembaga, yang merupakan suatu sistem arkib yang selamat dan cekap bagi penyimpanan kertas dan minit mesyuarat-mesyuarat Lembaga. Sistem tersebut sedang ditambahbaik menggunakan teknologi web yang terkini untuk kegunaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan serta Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Lembaga.

91LAPORAN TAHUNAN 2008

Interaksi antara Lembaga dan PengurusanLembaga dan pengurusan sedia maklum pentingnya berinteraksi secara positif, berkomunikasi secara dinamik dan terbuka untuk membina kepercayaan bagi meningkatkan prestasi dan nilai pemegang saham.

Lembaga telah menggunapakai proses menilai kertas mesyuarat dan pembentangan oleh pengurusan pada setiap mesyuarat dengan memberi maklum balas yang membina berkaitan kualiti maklumat dan analisa yang diberikan. Proses ini membolehkan pengurusan memastikan kertas kerja yang dibentangkan bermutu tinggi. Penilaian Lembaga ke atas kertas kerja dan pembentangan oleh pengurusan pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 4.11 markah dari jumlah 5.00 markah, berbanding pencapaian 3.92 markah yang dicatatkan pada 2007.

Pengurusan juga diberi peluang untuk menilai Lembaga setiap tahun, dari segi sama ada keputusan yang dibuat oleh Lembaga dilakukan dengan membina, penuh sokongan, penumpuan, serta berdasarkan maklumat dan fakta-fakta yang disediakan. Pada tahun 2008, penilaian terhadap Lembaga yang dibuat oleh Pengurusan meningkat kepada 4.45 markah dari jumlah 5.00 markah, berbanding markah purata sebanyak 3.92 yang dicatatkan pada 2007.

perbinCangan pengaraH-pengaraH bebas Berikutan terma rujukan rasmi bagi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan (PBK) yang telah diterimapakai, perbincangan rasmi dengan Pengarah-pengarah bukan eksekutif yang khuatir pandangan mereka belum diambilkira sepenuhnya oleh Lembaga Pengarah secara menyeluruh boleh bertemu dan berbincang, yang mana ianya akan diketuai oleh PBK, apabila diperlukan.

Dalam usaha mencapai tahap kebebasan yang lebih tinggi, Lembaga telah menetapkan proses di mana Pengarah-pengarah Bebas Bukan Eksekutif boleh bertemu dan bertukar pendapat secara kerap tanpa kehadiran pihak pengurusan. Amalan ini dapat memenuhi salah satu tanggungjawab utama dalam menilai hala tuju Syarikat dan prestasi pengurusan secara berkesan dan bebas. Amalan ini sejajar dengan Bab 4 Kod berkaitan hubungan antara Lembaga dan Pengurusan.

Lembaga mengalu-alukan kehadiran anggota pengurusan yang memberi maklumat tambahan mengenai perkara-perkara yang dibincangkan. Maklumat yang biasanya dibekalkan kepada Lembaga, antara lain termasuk:

•  Belanjawan  dan  rancangan  perniagaan  tahunan.

•  Laporan Bulanan Prestasi  Kewangan  dan  operasi.

•  Keputusan  kewangan  Suku.

•  Laporan mesyuarat-mesyuarat  Jawatankuasa  Eksekutif.

•  Laporan mesyuarat-mesyuarat  Jawatankuasa  Lembaga.

•  Litigasi-litigasi  yang material.

•  Perkara-perkara  berkaitan  kawal  selia  yang membawa kesan besar kepada perniagaan.

•  Butiran  cadangan  usul  korporat,  pengambilalihan  atau perjanjian-perjanjian kerjasama.

•  Urus  niaga  penting  yang  bukan  urusan  biasa perniagaan.

•  Isu-isu  penting  berkaitan  sumber manusia.

•  Notis  am mengenai  kepentingan.

Kesemua Pengarah mempunyai akses kepada nasihat dan khidmat setiausaha syarikat. Lembaga sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini mengenai keperluan undang-undang dan pematuhan berkaitan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka. Prosedur-prosedur yang lengkap sedia ada bagi membolehkan para Pengarah dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas atas perbelanjaan Syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pengedaran Segera Keputusan LembagaSemua keputusan serta alasan bagi setiap keputusan yang dibuat oleh Lembaga termasuk langkah-langkah yang perlu diambil dan pihak yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan tersebut direkodkan di dalam minit mesyuarat dan diedarkan kepada Pengerusi dan Pengarah Eksekutif untuk ulasan dalam masa lima hari bekerja dari tarikh mesyuarat. Keputusan Lembaga yang berkenaan disampaikan secara lisan selepas setiap mesyuarat kepada pihak pengurusan dalam masa lima hari bekerja selepas mesyuarat dan petikan minit berkenaan diedarkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan sewajarnya dalam jangkamasa tiga hingga lima hari bekerja mengikut kepentingan perkara-perkara tersebut.

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

AKAUNTABILITI

92 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

KETERTIBAN LEMBAgA

koD etika perniagaanKod Etika Perniagaan TM yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2004, menyokong wawasan dan nilai-nilai teras Syarikat yang dirangka untuk menanam, menghayati dan mempertahankan nilai kewibawaan tanpa kompromi dalam perlakuan dan amalan Lembaga Pengarah, pengurusan, anggota dan semua pihak yang berkepentingan dalam Syarikat. Pengarah-pengarah Eksekutif, ahli-ahli Pengurusan dan semua anggota dikehendaki membuat pengisytiharan harta dan kepentingan menurut Kod Etika Perniagaan. Pengisytiharan harta haruslah dikemaskini dan diserahkan pada setiap tahun. Kod Etika TM merangkumi perkara-perkara berikut:

Tanggungjawab-tanggungjawab para Pengarah, • Pengurusan dan anggota Kumpulan.

Hubungan perniagaan Kumpulan dengan pemegang-• pemegang saham, pelanggan, warga kerja, pembekal dan rakan kongsi serta keseluruhan komuniti.

Hubungan perniagaan Kumpulan dengan Kerajaan.• 

Hubungan perniagaan Kumpulan dengan undang-• undang/peraturan-peraturan pesaing.

Urusan harta Kumpulan.• 

Urus niaga dalaman.• 

Percanggahan kepentingan.• 

perCanggaHan kepentinganPara Pengarah mempunyai tanggungjawab berterusan untuk menentukan sama ada mereka berkemungkinan atau mempunyai percanggahan kepentingan dalam perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah. Syarikat dan Kumpulan telah menggunapakai proses di mana setiap Pengarah perlu membuat pengisytiharan bertulis sama ada mereka mempunyai kepentingan dalam mana-mana transaksi yang dibentangkan dalam setiap mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan. Para Pengarah juga dimaklumkan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai Pengarah dari segi undang-undang dalam setiap mesyuarat Lembaga, sebagai contoh, peruntukan Akta Syarikat (Pindaan) 2007 yang mewajibkan para Pengarah untuk mengisytiharkan kepentingan pasangan mereka, anak-anak mereka termasuk anak angkat dan anak tiri di dalam Syarikat.

urus niaga piHak berkaitanPengarah-pengarah maklum bahawa mereka perlu membuat pengisytiharan berkaitan kepentingan dalam sebarang transaksi dengan Syarikat dan Kumpulan dan perlu berkecuali dari pengundian dan perbincangan mengenai urus niaga tersebut di mesyuarat Lembaga Pengarah atau mesyuarat agung yang diadakan bagi tujuan tersebut.

urus Dagang berDasarkan MakluMat DalaManLembaga Pengarah dan anggota TM dilarang melakukan sebarang urus dagang saham atau urus niaga yang berdasarkan maklumat sensitif harga atau perkara yang masih belum diketahui umum. Kod Etika Perniagaan TM telah menyatakan secara jelas mengenai kesalahan urus dagang dalaman di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Peringatan berkenaan larangan berurus dagang saham Syarikat dalam tempoh waktu dilarang seperti yang diperuntukkan oleh Keperluan Penyenaraian Bursa Securities, diedarkan kepada Pengarah-pengarah dan pengurusan Kanan setiap suku tahun. Para Pengarah juga disaran untuk tidak menjual beli saham mereka jika maklumat sensitif harga saham Syarikat dimaklumkan kepada mereka dalam mesyuarat Lembaga.

perlinDungan ganti rugi pengaraH-pengaraHTM mempunyai polisi insuran liabiliti untuk Pengarah-pengarah dan anggota syarikat berkaitan liabiliti mereka sewaktu melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Insuran ini tidak melindungi mana-mana Pengarah dan ahli Pengurusan yang terbukti cuai semasa menjalankan tugas, menipu dan tidak amanah. Pengarah-pengarah menyumbang secara peribadi kepada pembayaran premium tahunan untuk polisi insuran ini.

DASAR BERKENAAN PEMBERI MAKLuMAT (WHISTLE BLOWER)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 mewajibkan juruaudit dan pegawai-pegawai utama syarikat untuk melaporkan sebarang jenayah korporat kepada pihak berkuasa. Pemberian maklumat telah menjadi satu perkara yang penting selepas Akta Pendedahan Kepentingan Awam, 1999 di United Kingdom dan seterusnya Akta Sarbanes Oxley, 2002 di Amerika Syarikat diluluskan.

Sejak Kod Etika Perniagaan TM diperkenalkan, anggota Syarikat telah sedar dan maklum mengenai saluran yang boleh digunakan bagi melaporkan tentang salah laku, penipuan atau pelanggaran Kod Etika Perniagaan. Perlindungan yang sewajarnya diberi kepada pemberi maklumat dari sebarang tindak balas oleh pelaku yang dilaporkan.

93LAPORAN TAHUNAN 2008

HuBuNgAN DAN KOMuNIKASI DENgAN PEMEgANg-PEMEgANg SAHAM DAN PELABuR-PELABuR

peMegang-peMegang saHaM/pelabur-pelaburSyarikat sering berkomunikasi secara proaktif dengan pelabur-pelabur dan pemegang-pemegang saham. Bagi membolehkan prestasi dinilai, Syarikat mengambil langkah memastikan laporan kepada pemegang-pemegang saham adalah saksama dan komprehensif. Lembaga sentiasa berkomunikasi dengan pemegang-pemegang saham utama menerusi PBK bagi menangani kebimbangan mereka berkenaan urus tadbir korporat dan prestasi Kumpulan.

laporan taHunan Dan Mesyuarat-Mesyuarat agungSelain laporan kewangan suku tahun, Syarikat juga berkomunikasi dengan pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur melalui laporan tahunan yang komprehensif dengan keterangan-keterangan jelas mengenai keputusan kewangan, hala tuju, strategi semasa dan masa hadapan serta aktiviti-aktiviti Kumpulan. Dalam usaha menjimatkan kos dan menggalakkan pengetahuan tentang ICT di kalangan pemegang-pemegang saham, TM telah mula mengedarkan laporan tahunan dalam bentuk elektronik (CD-ROM), termasuk versi ringkas penyata kewangan yang mengandungi notis Mesyuarat Agung dan borang proksi. Pemegang-pemegang saham juga diberi pilihan untuk mendapatkan laporan tahunan di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Mesyuarat Agung Tahunan menjadi forum terbuka di mana pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur dimaklumkan mengenai perkembangan terkini Kumpulan serta diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada para Pengarah dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Lembaga. Syarikat menyokong prinsip Kod yang menggalakkan penyertaan pemegang-pemegang saham. Tataurus Syarikat membenarkan seorang ahli yang berhak menghadiri dan mengundi untuk melantik seorang proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak beliau dan proksi yang dilantik tidak semestinya ahli Syarikat. Satu sidang akhbar diadakan setelah tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan, dihadiri oleh Pengerusi, Pengarah-pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan untuk menjelas dan menerangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak media.

PENguRuSAN RISIKO

TM mempunyai pendekatan menyeluruh dalam mengurus risiko yang timbul dari pelbagai aspek perniagaannya. Laporan Pengurusan Risiko terkandung di muka surat 96 hingga 98.

KEBERTANgguNgJAWABAN DAN AuDIT

laporan keWanganLembaga menyedia dan membentangkan kepada pemegang-pemegang saham, prestasi kewangan dan prospek Kumpulan yang bermakna dan seimbang pada setiap akhir tahun kewangan, terutamanya melalui penyata kewangan tahunan, pengumuman keputusan suku tahun dan pertengahan tahun dan juga Penyata Pengerusi serta ulasan operasi di dalam Laporan Tahunan. Lembaga dibantu oleh Jawatankuasa Audit dalam mengawasi proses dan kualiti laporan kewangan Kumpulan tersebut. Jawatankuasa Audit Lembaga menyemak keputusan kewangan tahunan Kumpulan serta laporan kewangan suku tahunan dengan tumpuan terhadap sebarang perubahan polisi perakaunan, keberkesanan penggunaan polisi perakaunan oleh pengurusan serta anggapan dan anggaran yang digunakan untuk transaksi material.

penyataan tanggungJaWaban oleH pengaraH-pengaraHMenurut Akta Syarikat, 1965, para Pengarah dikehendaki memastikan penyata kewangan yang disediakan pada setiap tahun kewangan memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai urusan Syarikat dan Kumpulan pada hujung tahun kewangan berserta keputusan dan aliran tunai Syarikat dan Kumpulan bagi tahun kewangan tersebut.

Penyataan Tanggungjawaban oleh Pengarah-pengarah dinyatakan di muka surat 198 Laporan Tahunan ini.

kaWalan DalaManLembaga sedia maklum keseluruhan tanggungjawabnya untuk memastikan sistem kawalan dalaman yang berkesan termasuk memastikan sistem kawalan dalaman tersebut adalah berkesan, berwibawa dan mencukupi. Penilaian ke atas sistem kawalan dalaman Kumpulan oleh Lembaga adalah berdasarkan ciri-ciri yang diasaskan oleh Committee of the Sponsoring Organisations of the Treadway Commission yang secara umumnya diterimapakai sebagai rangka kerja untuk penilaian kawalan dalaman.

PeNyAtA UrUs tADbir KorPorAt

AKAUNTABILITI

94 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Hubungan Dengan JuruauDitHubungan yang wajar sentiasa dikekalkan dengan Juruaudit Syarikat menerusi Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa ini telah diberi kuasa nyata untuk berhubung secara terus dengan Juruaudit Luar dan Dalaman.

Laporan lengkap Jawatankuasa Audit Lembaga yang menjelaskan peranannya berkaitan dengan Juruaudit, dinyatakan di muka surat 109 hingga 111 Laporan Tahunan ini.

JaWatankuasa auDitJawatankuasa Audit juga mengkaji fungsi Audit Dalaman dari segi bidang kuasa, kecekapan dan bidang kerjanya seperti yang tercatat di dalam Piagam Audit Dalaman bagi memastikan risiko-risiko sedia ada dan masa hadapan dapat ditangani. Di samping itu, ia memastikan kebebasan juruaudit dalaman dan perolehan maklumat, harta dan anggota yang tidak terbatas di dalam Kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Jawatankuasa ini dijelaskan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit di muka surat 107 hingga 108.

Hubungan Dengan pelaburTM menghargai kepentingan perhubungan dan kebertanggungjawaban terhadap pemegang-pemegang saham dan ianya dizahirkan melalui amalan urus tadbir yang baik. Melalui unit Perhubungan Pelabur Syarikat (IR), TM sentiasa komited dan aktif untuk meningkatkan tahap penyebaran dan ketelusan maklumat-maklumat berkaitan mengenai Kumpulan melalui dialog dan perhubungan yang aktif dengan komuniti pelabur.

Maklumat mengenai inisiatif dan aktiviti unit IR sepanjang tahun 2008 dinyatakan di muka surat 47 Laporan Tahunan ini.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut resolusi bertarikh 24 Februari 2009.

tan sri Dato’ ir Muhammad radzi Hj MansorPengerusi

95LAPORAN TAHUNAN 2008

MENANgANI cABARAN BARu & MENcIPTA PELuANg BARu

Pengurusan risiko adalah penting dalam memastikan TM sentiasa meningkatkan nilai pemegang saham dan pada masa yang sama mengekalkan urus tadbir korporat yang baik dan menawarkan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingannya. Lembaga Pengarah, yang bertanggungjawab mengekalkan sistem kawalan dalaman yang kukuh bagi menjaga pelaburan pemegang saham dan aset Kumpulan, senantiasa menyediakan hala tuju yang jelas dan menyelia aktiviti-aktiviti pengurusan risiko strategik TM. Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) telah dilaksanakan untuk memastikan risiko dan ganjaran adalah seimbang. Sistem ini merangkumi proses-proses membuat keputusan termasuk perancangan strategik, pengurusan projek dan program peningkatan operasi.

ERM Kumpulan menyediakan struktur kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang jelas bagi pengurusan risiko. Adalah menjadi polisi TM untuk terus mengenal pasti, menilai dan mengurangkan risiko perniagaan untuk pengekalan Kumpulan, oleh itu aktiviti-aktiviti kawalan risiko hendaklah terkini, relevan dan efektif. Urus tadbir dan proses pengurusan risiko dikaji dan diterapkan di semua peringkat dalam TM pada tahun kewangan 2008 seperti yang dijelaskan di bawah:

Pihak Pengurusan Kanan telah mewujudkan daftar • risiko korporat utama yang menerangkan risiko-risiko utama Kumpulan, kebarangkalian dan keseriusan, strategi-strategi terkini pengurangan risiko dan strategi-strategi tambahan serta pemilik risiko yang bertanggungjawab. Daftar risiko korporat ini akan dikaji semula oleh Jawatankuasa Jaminan Audit dan Perniagaan sebelum dilaporkan kepada Lembaga Pengarah.

Barisan perniagaan TM, melalui koordinator dan • pelulus risiko masing-masing, telah memastikan semua risiko perniagaan dan punca utamanya dinilai, dikurangkan dan dipantau secara berterusan.

Unit Pengurusan Risiko Kumpulan, bertanggungjawab • bagi menggabungkan pendapat-pendapat terhadap keberkesanan program ERM, menyediakan laporan suku tahunan kepada Jawatankuasa Jaminan Audit & Perniagaan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga.

Audit Dalaman Kumpulan melengkapi peranan Unit • Pengurusan Risiko Kumpulan dengan mengkaji semula bengkel-bengkel ERM, profil-profil risiko, strategi-strategi pengurusan risiko dan kecukupan serta keberkesanan kawalan yang dilaksanakan.

Lembaga Jawatankuasa Audit mengkaji semula • keberkesanan keseluruhan pengurusan risiko dan rangka kerja kawalan dalaman Kumpulan dan melaporkan kepada Lembaga Pengarah.

Para anggota dimaklumkan mengenai tindakan dan • polisi ERM melalui e-mel, e-pembelajaran dan seminar.

FAKTOR RISIKO

TM dipengaruhi oleh beberapa faktor risiko, namun tidak semua yang berada dalam kawalannya. Bahagian ini menekankan beberapa pendedahan risiko utama yang boleh menjejaskan perniagaan Kumpulan, pulangan, keuntungan, aset, kecairan dan sumber modal.

Jaminan PendapatanKebocoran pendapatan adalah risiko perniagaan sistemik yang boleh membawa kepada kehilangan pendapatan. TM telah menubuhkan unit perniagaan untuk menyediakan jaminan yang berpatutan terhadap aliran pendapatan TM yang merangkumi sumber dan operasi rangkaian, sistem sokongan, proses dan kemahiran modal insan. Pasukan Jaminan Pendapatan bukan sahaja mengesan dan membetulkan kebocoran pendapatan, mengenal pasti aset yang digunakan tetapi tidak menghasilkan pendapatan dan ketidakcekapan operasi, tetapi juga melaksanakan langkah-langkah bagi menghalang kejadian yang sama berulang. Pada 2008, operasi perniagaan teras TM telah dikaji semula buat kali kedua dan kebocoran pendapatan dikurangkan sebanyak mungkin. Antara strategi dan aktiviti yang telah dilaksanakan setakat ini adalah:

Penubuhan piagam Jaminan Pendapatan.• 

Mengenal pasti, menentukan kuantiti dan memperolehi • semula kebocoran pendapatan melalui forensik tahunan dan kajian semula operasi ke atas aliran pendapatan utama.

Mengesan punca utama kebocoran pendapatan dan • menyediakan penyelesaian yang kos-efektif.

Memantau secara berterusan keadaan pendorong • pendapatan kritikal dan menyampaikan hasil pemerhatian tersebut kepada pengurusan kanan melalui penunjuk prestasi bulanan.

Mengemukakan isu-isu jaminan pendapatan di • mesyuarat dan forum jawatankuasa pengurusan.

Menyebarkan pembelajaran lateral ke seluruh Syarikat • TM.

PeNGUrUsAN risiKoAKAUNTABILITI

96 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

MEMASTIKAN RISIKO KORPORAT KEKAL DI TAHAP TOLERANSI

TM Retail TM Wholesale TM Global Pusat Korporat Subsidiari-subsidiari

Dalam lingkungan tahaptoleransi

Melebihi tahap toleransi

Ket

idak

past

ian

Pel

uang

KawalanPengawal Selia

SekuritiKorporat

KemajuanTeknologi

RisikoProjek

RisikoKredit

KegagalanRangkaian & Sistem

Penipuan KebocoranHasil

URUS TADBIR, RANGKA KERJA & KAEDAH ERM KUMPULAN TM

Pemilik Risiko & Akauntabiliti

Risiko kreditRisiko kredit adalah kehilangan pendapatan yang berpotensi berlaku akibat kegagalan pelanggan atau pihak tertentu menjelaskan bayaran. Kumpulan ini melaksanakan semua usaha yang wajar untuk mengurangkan risiko dengan mengukuhkan polisi dan prosedur pengurusan kredit; mendefinisikan semula peranan dan tanggungjawab bagi pengebilan dan kutipan; memperbaiki skim insentif bagi kutipan; dan memperbaiki sistem sokongan pengebilan dan kutipan.

Satu program selama tiga tahun untuk memperbaiki kutipan dan Hari Accounts Receivable (AR) dilancarkan pada suku ketiga 2008 dan hampir semua sasaran 2008 telah dicapai. Yang nyata, hari AR telah dikurangkan daripada 143 hari kepada 113 hari.

Perniagaan dan Projek BaruTM telah diamanahkan untuk melancarkan projek harapan kerajaan iaitu Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dengan menyediakan infrastruktur hujung ke hujung HSBB di Malaysia. Cabaran ini membawa risiko-risiko yang berkaitan dengan garis waktu projek, kos dan kualiti, kelemahan rantaian bekalan, permintaan pelanggan, kemahiran anggota, pematuhan undang-undang dan kesediaan sistem serta rangkaian. TM mengurangkan risiko-risiko ini dengan pantauan pelan tindakan yang ketat dan berterusan. ERM telah pun dilaksanakan bermula daripada peringkat perancangan yang strategik; dan setiap aspek proses perniagaan difikirkan semasak-masak, daripada rangkaian dan sistem hinggalah kepada produk dan perkhidmatan pelanggan.

97LAPORAN TAHUNAN 2008

Sekuriti korporatPersekitaran HSBB menandakan bermulanya isu-isu sekuriti korporat yang lebih kompleks. Bermula daripada mekanisme pertahanan, sekuriti korporat TM kini akan menggabungkan kedua-dua sekuriti fizikal dan logik di bawah satu program dalam agenda korporat yang membolehkan respons yang berterusan dan proaktif terhadap perihal perniagaan yang baru. Pada 2008, Polisi Keselamatan Korporat yang komprehensif disediakan untuk mengkaji dan meningkatkan tahap pengurusan sekuriti. Polisi tersebut berdasarkan kepada standard antarabangsa dan menggambarkan amalan terbaik industri. Ia meliputi seluruh aset TM termasuklah kaedah pengendalian, penyimpanan dan pemprosesan maklumat dan memberi kelebihan kepada TM untuk mengatasi saingannya dari segi pendedahan kewangan dan reputasi bagi amalan perniagaan yang terjamin serta selamat.

Pengurusan PenipuanSyarikat-syarikat telekomunikasi lebih terdedah kepada penipuan ekoran infrastrukturnya yang rumit dan persekitaran perniagaan yang tidak menentu. Di TM, satu pasukan telah ditugaskan untuk melaksanakan langkah-langkah membendung penipuan. Ini termasuk program pendidikan pelanggan, produk rundingan dan penilaian teknikal, aktiviti forensik dan analisis serta kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan, pihak berkuasa, agensi kerajaan, badan pencegah penipuan antarabangsa dan pembekal perkhidmatan antarabangsa (ISP) melalui Kumpulan Pencegah Penipuan Telekomunikasi Malaysia.

kawalan Pengawal SeliaKawalan pengawal selia boleh memberi impak negatif terhadap persekitaran berdaya saing atau membuka peluang perniagaan baru. TM terdedah kepada kawalan pengawal selia berhubung yuran dan caj dan setakat mana TM harus menyediakan perkhidmatan untuk operator komunikasi berlesen yang lain dalam bentuk akses, local loop unbundling, sewa talian secara pukal, perkhidmatan HSBB dan perkhidmatan lain yang dianggap sesuai untuk dikawal oleh pengawal selia. Untuk menangani ketidaktentuan ini, pengurusan kanan sentiasa berhubung dengan pengawal selia untuk menerangkan strategi menang-menang Kumpulan dan bagaimana ia akan mendatangkan manfaat kepada organisasi, pesaing, pengguna dan rakyat keseluruhannya.

kemajuan TeknologiDalam meniti arus kemajuan teknologi, TM telah memulakan perjalanan ke arah Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN) yang membolehkan ia menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian baru. Risikonya adalah apabila pelanggan dibenarkan memilih untuk berkomunikasi sama ada dengan telefon mudah alih, mengalihkan panggilan ke Internet atau menggunakan rangkaian talian tetap, ia akan memberi kesan kepada penjanaan pendapatan TM dan margin keuntungannya. Malah, aset-aset rangkaian tetap mungkin tidak digunakan secara ekonomik.

kegagalan Rangkaian dan SistemKecemerlangan perkhidmatan TM bergantung kepada keupayaan menghubungkan panggilan dan memindahkan jumlah data yang banyak dan kandungan multimedia dengan selamat dan tanpa gangguan. Rangkaian dan sistem yang tidak terganggu adalah kunci kepada pemberian perkhidmatan berkualiti terhadap pelanggan dan rakan perniagaan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko ketidakpatuhan perkhidmatan yang ditetapkan oleh pengawal selia. TM telah melaksanakan pelan pemulihan bencana pelbagai peringkat (DRP) yang merangkumi gangguan perkhidmatan utama akibat kegagalan suis, transmisi dan sistem IT. DRP ini sentiasa dikaji dan simulasi komputer dijalankan sepanjang tahun untuk meningkatkan keberkesanannya.

KESIMPuLAN

Menyediakan jaminan dengan mengurangkan tahap risiko agar ia termasuk dalam lingkungan toleransi risiko Kumpulan sering menjadi tugas besar yang memerlukan analisis berterusan dan mendalam terhadap punca-punca utama risiko dan menilainya dengan membandingkan tahap risiko yang diterima oleh organisasi. Pelaksanaan ERM dan usaha untuk memupuk budaya risiko korporat terus diberikan keutamaan bagi memenuhi keperluan TM dan harapan Lembaga. Menyerapkan pengurusan risiko ke dalam proses perniagaan teras dan faktor utama yang berkaitan akan membantu dalam mengenal pasti risiko dan pengurangannya di setiap peringkat organisasi. Walau bagaimanapun sekadar mengetahui adalah tidak memadai. Risiko hendaklah dinilai dan dikelaskan untuk pertimbangan selanjutnya. Oleh itu, fungsi ERM di TM menjadi semakin mencabar. Dengan sokongan padu Lembaga, Jawatankuasa Audit Lembaga dan pengurusan, ERM akan maju ke hadapan dan mula menambah nilai kepada organisasi.

PeNGUrUsAN risiKo

AKAUNTABILITI

98 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dengan peralihan modal insan yang menyeluruh ke arah perkembangan Jalur Lebar

Berkelajuan Tinggi (HSBB), kami bersedia berfungsi sebagai organisasi yang menumpukan

kepada peningkatan pembangunan kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan yang

lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami.

PEMIKIRAN SATUSYARIKAT DENGAN BERORIENTASIKAN PERLAKSANAAN

KoD etiKA PerNiAGAANTM percaya etika seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda setiap anggota. Dengan kata lain, setiap individu dalam Kumpulan diharapkan menjalankan tugas harian mereka dengan mempamerkan tahap integriti yang paling tinggi. Falsafah ini diperkukuhkan lagi dengan teladan-peri laku pihak pengurusan atasan dan dengan melatih anggota di semua peringkat dalam organisasi.

AKAUNTABILITI

100 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

TM menyokong amalan perlakuan perniagaan beretika dengan bukan sahaja menyediakan panduan untuk anggota bertindak secara beretika, tetapi juga mewujudkan persekitaran kerja yang positif bagi menggalakkan anggota untuk mengamalkan perlakuan tersebut. Hari ini, perlakuan beretika menjadi satu tuntutan yang amat ditekankan di dalam organisasi oleh pelbagai pihak berkepentingan – pelabur, pemegang saham, badan-badan pengawal selia, pelanggan bahkan semua anggota. Oleh itu, adalah penting bagi organisasi untuk memupuk kesedaran yang mendalam tentang perlunya mengutamakan etika kerja dalam budaya korporat mereka.

Untuk mencapai tahap etika yang tertinggi, TM mengiktiraf kepentingan mewujudkan persekitaran saling mempercayai dan terbuka di mana anggota merasa selesa untuk melaporkan sebarang salah laku kepada pihak atasan. Program “Pemberian Maklumat” diwujudkan bagi membezakan di antara perlakuan beretika dengan perlakuan tidak beretika dan juga untuk memaklumkan kepada anggota tentang saluran-saluran yang betul untuk melaporkan perlakuan pengendalian perniagaan yang menyalahi undang-undang, tidak beretika dan tidak jujur. Pada masa yang sama, keselamatan mereka dijamin dan tindakan mereka dirahsiakan.

Selain itu, program-program kesedaran turut diadakan untuk warga kerja, termasuk anggota baru dan juga pembekal TM bagi memberi kesedaran betapa pentingnya membuat aduan awal apabila berlakunya suatu kejadian perlakuan tidak beretika. Dalam situasi sedemikian, bersuara lebih baik daripada mendiamkan diri. TM komited untuk menangani amalan-amalan tidak beretika atau yang menyalahi undang-undang pada peringkat awal, sebelum perkara tersebut menjejaskan reputasi organisasi atau menyebabkan imej terus terjejas.

Untuk menggalakkan perlakuan perniagaan yang beretika, TM mempunyai satu set polisi dan prosedur khusus yang terkandung di dalam Kod Etika Perniagaannya. Menurut Kod ini, semua keputusan perniagaan mesti berlandaskan kepentingan terbaik bagi TM dan bukan didorong oleh kepentingan, pertimbangan atau perhubungan peribadi – justeru mendukung prinsip ‘integriti tanpa kompromi’.

Seterusnya Kod Etika Perniagaan menekankan percanggahan kepentingan akan timbul apabila kemampuan warga kerja untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan terjejas disebabkan oleh adanya pelantikan luar, hubungan atau kegiatannya di luar syarikat.

Kewujudan teknologi maklumat (IT) telah membentuk suatu cabaran etikanya yang tersendiri. Bagi menangani perkara ini, satu laman web kesedaran Urus Tadbir IT (ITG) telah dibangunkan. Pada tahun 2008, mesej-mesej kesedaran merangkumi perkara-perkara yang melibatkan Polisi Urus Tadbir IT telah disebarkan kepada semua anggota:

Polisi Am ITGi. Polisi Sekuriti ITii. Polisi Rangkaian ITiii. Polisi Kawalan Aplikasi ITiv. IT v. Desktop, E-mel, Internet dan Polisi Intranet Pembelian, Perlesenan Dan Penggunaan Perisian Korporat

Adalah diharapkan program kesedaran ini dapat memberikan anggota gambaran menyeluruh tentang Polisi Urus Tadbir IT Kumpulan dan meningkatkan kefahaman mereka tentang cara penggunaan IT yang betul.

Sementara itu, Unit Hal Ehwal Khas terus memandang serius peranannya sebagai pemerhati yang, bertanggungjawab untuk mengesan dan menyiasat perkara-perkara yang ditimbulkan berkaitan dengan mana-mana bahagian Kumpulan. Ia menyiasat apa-apa jua tuduhan yang dibuat ke atas warga kerja TM, daripada salah laku hingga ke perlanggaran polisi dan prosedur-prosedur Kumpulan. Ketelitian Hal Ehwal Khas terbukti dengan bilangan siasatan dan siasatan dalaman yang dijalankan pada tahun 2008. Antara tuduhan-tuduhan yang dilaporkan ialah kegagalan anggota untuk mengisytiharkan aset, penyalahgunaan aset-aset syarikat, tidak akur kepada Polisi Urus Tadbir IT TM serta gangguan di pejabat.

TM akan terus mengamalkan dan menggalakkan perlakuan perniagaan beretika dalam Kumpulan dan mengukuhkan falsafah korporatnya iaitu bertindak secara beretika adalah tanggungjawab setiap individu di dalam syarikat.

fakta sekilas Pandang

Pemberi Maklumat:Daripada 9 pucuk surat layang yang diterima:5 kes di bawah siasatan unit hal Ehwal Khas3 kes di bawah proses disiplin1 kes ditutup disebabkan oleh dakwaan tidak berasas

101LAPORAN TAHUNAN 2008

MAKlUMAt PeMAtUhAN tAMbAhAN

Maklumat-maklumat ini disediakan bagi mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Securities:

1.0 PENgguNAAN PEROLEHAN DARI cADANgAN KORPORAT

1.1 Urus niaga Penjualan dan Pajakan Balik Secara Islam TM bernilai RM1.0 bilion

Pada 15 Januari 2008, TM telah menyempurnakan Urus niaga Penjualan dan Pajakan Semula Secara Islam bernilai RM1.0 bilion yang melibatkan penerbitan RM1.0 bilion Pulangan Aset Secara Islam Sukuk Ijarah oleh Menara ABS Berhad (MAB). Urus niaga ini telah diselesaikan dengan jual beli Menara TM, Menara Celcom, Kompleks TM, Cyberjaya dan Wisma TM Taman Desa kepada MAB pada harga imbalan RM1.0 bilion. TM juga telah menandatangani perjanjian pajakan untuk jangkamasa 15-tahun di bawah prinsip Ijarah. MAB telah menerbitkan 3 kelas Sukuk, iaitu Kelas ‘A’ RM345.0 juta, Kelas ‘B’ RM155.0 juta dan Kelas ‘C’ RM500.0 juta. Rating Agency Malaysia Bhd telah memberi penarafan bagi Kelas A dan B manakala Kelas C tidak diberi penarafan.

TM telah menggunakan perolehan daripada urus niaga tersebut untuk membayar sebahagian daripada dividen kasar sebanyak RM0.65 sesaham (ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 26%) kepada pemegang-pemegang saham TM pada 31 Januari 2008.

1.2 i. Cadangan Pengasingan kumpulan TM (Cadangan Pengasingan);

ii. Cadangan Penyenaraian TM International Berhad (TMI) Di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad;

iii. Cadangan Mandat Pemegang-Pemegang Saham Bagi Penerbitan Sehingga 10% Modal Terbitan Dan Berbayar TMI; dan

iv. Cadangan Skim opsyen Saham kakitangan kepada kakitangan Dan Pengarah-Pengarah Eksekutif kumpulan TM Yang Layak

(perkara (i) hingga (iv) merujuk kepada “Cadangan-cadangan”)

Pada 10 Disember 2007, TM telah meluluskan terma-terma Cadangan Pengasingan, yang merangkumi Cadangan Penstrukturan Semula Dalaman dan Cadangan Pengagihan di mana imbalan bersih berjumlah RM7,826.0 juta belum

MAKLuMAT PEMATuHAN TAMBAHAN – MENuRuT LAMPIRAN 9c KEPERLuAN PENYENARAIAN BuRSA SEcuRITIES

bayar TMI kepada TM telah dijelaskan secara berikut:

i. RM3,801.0 juta telah dijelaskan melalui penerbitan saham baru TMI oleh TMI kepada TM atau penama-penamanya;

ii. RM2,925.0 juta telah dijelaskan sebagai jumlah terakru oleh TMI kepada TM pada kos kewangan sebanyak 5.90% setahun (Jumlah Terakru Pertama); dan

iii. RM1,100.0 juta telah dijelaskan sebagai jumlah terakru oleh TMI kepada Syarikat pada kos kewangan sebanyak 6.72% setahun (Jumlah Terakru Kedua).

Sebagai sebahagian daripada Cadangan Penstrukturan Semula Dalaman, TM telah memindahkan hakmilik Penguntukkan Spektrum 3G kepada Celcom dengan balasan tunai sebanyak RM40.1 juta.

Selain dari itu, TM juga telah melaksanakan Cadangan Skim Opsyen pada 17 Mac 2008, di mana TM telah menerbitkan 137,592,300 saham biasa TM bernilai RM1.00 setiap satu kepada TM ESOS Management Sdn Bhd (TEM), pemegang amanah yang telah diperbadankan untuk mengambil alih, memegang dan menguruskan Saham TM dan manfaat lain yang berkenaan di bawah Cadangan Skim Opsyen.

Pada 11 April 2008, TM telah mengumumkan bahawa kesemua syarat-syarat berkaitan Cadangan Pengasingan telah dipenuhi dan/atau diberi pengecualian, di mana yang berkenaan, menurut terma-terma perjanjian Cadangan Pengasingan. Oleh yang demikian, Cadangan Pengasingan telah menjadi tanpa bersyarat pada 11 April 2008 dan telah selesai pada 25 April 2008.

Perolehan dari Cadangan-cadangan yang merangkumi RM40.1 juta bagi pemindahan hakmilik Penguntukkan Spektrum 3G, bayaran faedah ke atas Jumlah Terakru Pertama dan Kedua serta perolehan dari penebusan saham opsyen oleh kakitangan di bawah Cadangan Skim Opsyen telah digunakan bagi tujuan modal kerja am Syarikat.

[Disediakan menurut perkara 13, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

AKAUNTABILITI

102 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

2.0 PEMBELIAN BALIK SAHAM

Syarikat tidak membuat sebarang cadangan pembelian balik saham di sepanjang tahun kewangan ini.

[Disediakan menurut perkara 14, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

3.0 OPSYEN, WARAN ATAu SEKuRITI BOLEH TuKAR

Syarikat tidak menawarkan sebarang waran atau sekuriti boleh tukar di sepanjang tahun kewangan 31 Disember 2008. Walau bagaimanapun, pada 17 Mac 2008 Syarikat telah melaksanakan Cadangan Skim Opsyen di bawah langkah Pengasingan, yang mana TM telah menerbitkan 137,592,300 saham biasa TM bernilai RM1.00 setiap satu pada harga terbitan RM9.70 setiap saham kepada TEM. Butiran Skim Khas Opsyen Saham Kakitangan (Opsyen Khas) dinyatakan di Nota 13(a) Penyata Kewangan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, melalui surat mereka bertarikh 13 Februari 2009, telah memberi pengecualian kepada Syarikat daripada menyenaraikan nama-nama pemegang opsyen dan jumlah opsyen yang ditawarkan di bawah Seksyen 169(11) Akta Syarikat, 1965 kecuali mereka yang ditawarkan lebih dari 100,000 opsyen. Keterangan mengenai kakitangan dinyatakan pada muka surat 200 dan 203 Laporan Tahunan.

[Disediakan menurut perkara 15, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

4.0 PROgRAM “AMERIcAN DEPOSITORY REcEIPT (ADR)” ATAu “gLOBAL DEPOSITORY REcEIPT (gDR)”

Syarikat tidak menaja sebarang program ADR atau GDR di sepanjang tahun kewangan ini.

[Disediakan menurut perkara 16, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

5.0 PENgENAAN SEKATAN/PENALTI

Tiada sekatan awam dan/atau penalti yang telah dikenakan ke atas Syarikat dan anak-anak syarikatnya, pengarah-pengarah atau pihak pengurusan oleh mana-mana badan-badan kawal selia yang berkaitan pada tahun kewangan ini.

[Disediakan menurut perkara 17, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

6.0 YuRAN BuKAN AuDIT

Jumlah yuran bukan audit bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Juruaudit luar dan syarikat-syarikat bersekutunya kepada Kumpulan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:

rMa. PricewaterhouseCoopers, Malaysia 2,349,056*

b. PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd

486,890

Jumlah 2,835,946

* yuran yang dikenakan adalah termasuk perkhidmatan yang diberikan kepada Kumpulan TMI sebelum Pengasingan.

103LAPORAN TAHUNAN 2008

MAKlUMAt PeMAtUhAN tAMbAhAN

Perkhidmatan yang diberikan oleh PricewaterhouseCoopers adalah berdasarkan garis panduan amalan global ke atas kebebasan juruaudit dan tidak dilarang oleh keperluan kawal selia atau profesional. Perkhidmatan PricewaterhouseCoopers digunakan apabila kepakaran dan pengalaman mereka mengenai TM diperlukan. Ia juga merupakan dasar Kumpulan untuk menggunakan khidmat juruaudit untuk tugasan yang memerlukan pengetahuan mereka mengenai Kumpulan kerana penggunaan khidmat firma perakaunan yang lain akan mengakibatkan kos yang tidak efektif.

[Disediakan menurut perkara 18, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

7.0 PERBEzAAN KEPuTuSAN KEWANgAN

Tiada anggaran, ramalan atau unjuran keuntungan yang dibuat atau diumumkan oleh Syarikat di sepanjang tahun kewangan.

[Disediakan menurut perkara 19, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

8.0 JAMINAN KEuNTuNgAN

Tiada jaminan keuntungan yang diberi oleh Syarikat di sepanjang tahun kewangan.

[Disediakan menurut perkara 20, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

9.0 KONTRAK-KONTRAK MATERIAL MELIBATKAN KEPENTINgAN PENgARAH DAN PEMEgANg SAHAM uTAMA

Tiada kontrak-kontrak material atau kontrak berkaitan pinjaman yang telah dimeterai oleh Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya yang melibatkan kepentingan Pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang saham utama di sepanjang tahun kewangan 31 Disember 2008 atau sejak akhir tahun kewangan 31 Disember 2007.

Perjanjian-perjanjian berikut yang mana telah dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2007, yang melibatkan kepentingan pemegang saham utama TM, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), telah ditamatkan sebaik saja Perjanjian Jual Beli bertarikh 6 Februari 2008 ditandatangani oleh TM International Berhad (TMI), Indocel Holding Sdn Bhd (Indocel) dan Khazanah bagi pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti Khazanah dalam SunShare Investments Ltd (SunShare) dan PT Excelcomindo Paratama Tbk (XL) pada harga imbalan bernilai RM1,580.0 juta pada 25 April 2008:-

a. Perjanjian Usaha Sama dan Perjanjian Pemegang-pemegang Saham yang Dinyatakan Semula bertarikh 23 September 2005 di antara Khazanah, TMI dan TM yang telah meminda dan menggantikan Perjanjian Usaha Sama dan Perjanjian Pemegang-pemegang Saham bertarikh 17 Ogos 2005 untuk menyelaraskan urusan SunShare sebagai syarikat tujuan khas bagi pengambilalihan saham M1; dan

b. Perjanjian Langganan bertarikh 23 September 2005 di antara SunShare, Khazanah dan TM bagi melanggan Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar SunShare bernilai USD0.01 sesaham pada harga terbitan bernilai USD1.00 setiap satu oleh Khazanah dan TM pada harga yang masing-masing berjumlah USD35,965,998 dan USD37,433,992.

[Disediakan menurut perkara 21 dan 22, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

10.0 DASAR PENILAIAN SEMuLA HARTANAH

Syarikat tidak menggunapakai sebarang dasar penilaian semula atau membuat penilaian semula ke atas hartanahnya di sepanjang tahun kewangan ini. Dasar-dasar penting perakaunan berkaitan hartanah, loji dan peralatan, harta pelaburan dan tanah simpan untuk pembangunan hartanah dinyatakan dalam nota 4 hingga 6 Dasar-dasar Perakaunan Penting bagi Penyata Kewangan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

[Disediakan menurut perkara 24, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

11.0 PENYENARAIAN HARTANAH

Pada 3 Mei 2002, Bursa Securities telah memberikan pelepasan kepada TM dari mengemukakan butiran hartanah Syarikat bagi Laporan Tahunan 2001 Syarikat dan tahun-tahun berikutnya.

[Disediakan menurut perkara 25, Lampiran 9C, Bahagian A, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities]

12.0 uRuS NIAgA-uRuS NIAgA PIHAK BERKAITAN YANg BERuLANg YANg BERBENTuK HASIL ATAu PERDAgANgAN (uPBB)

Pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang telah diadakan pada 17 April 2008, Syarikat telah memperolehi mandat dari pemegang-pemegang saham bagi UPBB yang melibatkan Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya (Mandat UPBB). Mandat UPBB tersebut sah sehingga tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat ke-24 yang akan diadakan pada 7 Mei 2009.

AKAUNTABILITI

104 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Syarikat bercadang untuk mendapatkan Mandat UPBB yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat ke-24. Mandat UPBB baru ini, jika diluluskan oleh pemegang-pemegang saham akan berkuatkuasa sehingga tamat Mesyuarat Agung Syarikat yang akan datang.

Menurut perenggan 10.09 (1)(b) Keperluan Penyenaraian Bursa Securities, butiran UPBB yang telah dijalankan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 menurut mandat pemegang-pemegang saham adalah seperti berikut:

syarikat-syarikat dalam kumpulan tM yang terlibat

pihak-pihak berkaitan

pemegang saham utama/pengarah yang berkepentingan bentuk hubungan bentuk urus niaga

nilai urus niaga

rM’000

TM dan/atau anak-anak syarikat TM (kumpulan tM)

TMI dan/atau anak-anak syarikatnya (kumpulan tMi)

Menteri Kewangan Diperbadan (MKD), Khazanah, Datuk Zalekha Hassan, Puan Dyg Sadiah Abg Bohan, Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan Dr Farid Mohamed Sani

Sebagai tambahan kepada kepentingan mereka dalam TM, MKD dan Khazanah merupakan Pemegang Saham Utama TMI.

Datuk Zalekha Hassan adalah wakil MKD dalam Lembaga TM. Puan Dyg Sadiah Abg Bohan merupakan Pengarah ganti Datuk Zalekha Hassan.

Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan Khazanah dan wakil Khazanah dalam Lembaga TM.

Dr. Farid Mohamed Sani merupakan pengarah ganti Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan juga pengarah ganti Encik Ismael Fariz Ali dalam Lembaga TMI. Dr Farid Mohamed Sani juga merupakan Pengarah Celcom (Malaysia) Berhad, sebuah anak syarikat TMI.

– Hasil dan kos interconnect di antara Kumpulan TM dan Kumpulan TMI

– Hasil dan kos dari perkhidmatan berkaitan perkhidmatan Suara berasaskan Protokol Internet (VoIP)di antara Kumpulan TM dan Kumpulan TMI

– Kos litar suwa oleh TM kepada Kumpulan TMI

– Penyediaan perkhidmatan data dan lebar jalur oleh TM kepada Celcom

– Sewa tapak bagi prasarana dan kelengkapan telekomunikasi dan bayaran berkaitan oleh TM kepada Celcom

– Bayaran ke atas akses internet dan jalur lebar oleh TM kepada Celcom

– Komisen di atas pendaftaran dan kutipan kepada TM daripada Celcom

– Penyediaan perkhidmatan pusat perhubungan dan proses perniagaan sumber luar oleh VADS Berhad kepada Celcom

– Penyewaan teras gentian optik dan penyediaan perkhidmatan lebar jalur daripada Fiberail Sdn Bhd kepada Celcom

– Urus niaga lain berkaitan telekomunikasi di antara Kumpulan TM dan TMI

JuMlaH

217,094

59,395

40,557

22,662

17,800

3,161

1,110

67,320

12,453

27,611

469,163

TM dan/atau anak-anak syarikat

KUB Malaysia Berhad (“kub”) dan anak-anak syarikatnya

Kementerian Kewangan, Malaysia (“MoF”)

Sebagai tambahan kepada kepentingan mereka melalui pegangan saham di dalam TM menerusi Khazanah, MOF memegang 22.55% kepentingan di dalam KUB.

Pembelian dan/atau penggunaan peralatan telekomunikasi, sistem dan perkhidmatan yang berkaitan oleh Kumpulan TM daripada KUB

89,882

105LAPORAN TAHUNAN 2008

lAPorAN jAwAtANKUAsA AUDit

KEAHLIAN

Jawatankuasa Audit terdiri daripada 3 Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan 1 Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif daripada Lembaga Pengarah seperti berikut:

Quah poh keat 1

(Dilantik sebagai Pengerusi pada 25 April 2008)Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Danapalan tp vinggrasalam 2

(Dilantik pada 6 Mei 2008)Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

ibrahim Marsidi 3

(Dilantik pada 6 Mei 2008)Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

tunku Mahmood Fawzy tunku Muhiyiddin 4

(Dilantik pada 19 Ogos 2008)Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Datuk Zalekha Hassan(Bersara pada 6 Mei 2008)Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ lim kheng guan(Bersara daripada jawatan Pengerusi pada 25 April 2008)Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif

rosli Man(Bersara pada 25 April 2008)Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

ir prabahar nk singam(Bersara pada 25 April 2008)Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Hashim Mohammed 5

Ketua Juruaudit Dalaman/ Setiausaha kepada Jawatankuasa Audit

1

43

2

5

AKAUNTABILITI

106 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Ahli-ahli Jawatankuasa Audit tidak boleh mempunyai hubungan yang, pada pendapat Lembaga, akan menjejaskan perlaksanaan perkiraan bebas ketika menjalankan tugas-tugas Jawatankuasa Audit. Ahli-ahli Jawatankuasa Audit perlu mempunyai kebijaksanaan, perkiraan yang tepat, sifat objektif, berpendirian bebas, memiliki pengalaman pengurusan dan pengetahuan di dalam industri.

Quah Poh Keat, Pengerusi terkini Jawatankuasa Audit serta YBhg. Dato’ Lim Kheng Guan adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan kedua-duanya merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

MESYuARAT DAN KEHADIRAN

Jawatankuasa Audit telah mengadakan 8 mesyuarat dalam tahun kewangan 2008. Kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:

komposisi Jawatankuasa audit kehadiran

peratus kehadiran

Quah Poh Keat 6/6 100.0%

Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam 6/6 100.0%

Ibrahim Marsidi 5/6 83.0%

Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin 3/3 100.0%

Dato’ Lim Kheng Guan 2/2 100.0%

Rosli Man 2/2 100.0%

Ir Prabahar NK Singam 2/2 100.0%

Datuk Zalekha Hassan 1/2 50.0%

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan, ahli Pengurusan Kanan lain dan Juruaudit Luar telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut untuk memberi penerangan khusus kepada Jawatankuasa Audit. Sebelum berlangsungnya setiap mesyuarat Jawatankuasa Audit bagi membincangkan laporan kewangan suku tahun, satu sesi perbincangan tertutup di antara Pengerusi, Ketua Juruaudit Kumpulan dan Juruaudit Luar tanpa kehadiran pihak Pengurusan akan diadakan. Jawatankuasa Audit turut mengadakan beberapa mesyuarat dengan Juruaudit Luar tanpa kehadiran pihak Pengurusan.

Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diedarkan kepada semua ahli Lembaga dan isu-isu penting berhubung dengan minit tersebut telah dibincangkan di Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit telah melaksanakan tugas-tugasnya seperti yang tercatat di dalam terma rujukan yang telah dikaji semula selaras dengan perubahan-perubahan yang berpunca daripada Pengasingan TM seperti yang tercatat di muka surat 109 ke 111.

RINgKASAN AKTIVITI-AKTIVITI uTAMA BAgI TAHuN KEWANgAN 2008

Dalam tahun berakhir 31 Disember 2008, aktiviti-aktiviti utama Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut:

penyata keWanganMengkaji semula dan mempertimbangkan Penyata a. Kewangan Suku Tahun agar selari dengan Standard Laporan Kewangan (FRS) 134 dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Saham.

pengurusan risikoMengkaji semula dan mempertimbangkan proses-a. proses yang melibatkan penilaian Kumpulan terhadap persekitaran kawalan, proses penilaian risiko dan cara risiko-risiko penting perniagaan diuruskan oleh pihak Pengurusan.

Mengkaji semula dan mempertimbangkan Prosedur b. Operasi Standard Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) bagi mempertingkatkan dan menyeragamkan pelaksanaan ERM di seluruh Kumpulan.

Menubuhkan Jawatankuasa Amalan Terbaik (BPC) c. untuk memberi sokongan kepada Jawatankuasa Audit di dalam perkara-perkara berikut:

Mengemaskini dan membangunkan amalan-amalan • perniagaan terbaik dan draf pendedahan terutama sekali mengenai Urus Tadbir Korporat, keperluan berkanun dan undang-undang, pematuhan standard perakaunan dan garis panduan perniagaan yang lain.

Mengkaji semula dan mempertimbangkan • pengemaskinian polisi atau peningkatan Manual Proses Perniagaan dan Polisi Anak Syarikat seperti yang disyorkan oleh pihak Pengurusan untuk memastikan bahawa peningkatan yang dibuat adalah selaras dengan amalan-amalan terbaik perniagaan dan proses kawalan dalaman yang efektif.

Menerima dan mengkaji semula laporan-laporan daripada Jawatankuasa Jaminan Perniagaan Kumpulan (GBA) termasuk aktiviti-aktiviti Pengurusan Risiko, Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Fraud.

Menerima dan mengkaji semula laporan-laporan d. daripada Pengurusan berhubung risiko-risiko utama projek bagi memastikan ianya diuruskan dengan efektif dan dipantau secara aktif. Ini termasuklah:

Sistem Pengurusan Sumber Perusahaan (GEMS)• Urus Tadbir projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi • (HSBB)Projek Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN)• Sistem Pengebilan Teknologi Maklumat (IT)• 

107LAPORAN TAHUNAN 2008

lAPorAN jAwAtANKUAsA AUDit

Mee. nerima dan mengkaji semula laporan-laporan daripada Pengurusan berhubung risiko-risiko utama operasi dan strategik bagi memastikan risiko-risiko tersebut diuruskan secara efektif dan dipantau secara aktif. Ini termasuklah:

Pengurusan perbendaharaan• 

Pengurusan penghutang• 

Urus tadbir perolehan HSBB • 

Pengurusan perkhidmatan pelanggan• 

kaWalan DalaManMenerima dan mengkaji semula laporan-laporan a. berhubung kecukupan, keberkesanan dan kewibawaan sistem kawalan dalaman berasaskan penilaian diri kawalan yang dilaksanakan secara tahunan oleh pengurusan kanan Syarikat Operasi/Anak Syarikat. Surat Jaminan Kawalan Dalaman Tahunan dan laporan Insiden Kawalan Dalaman diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Juruaudit Dalaman.

Menerima dan mengkaji semula laporan-laporan b. berhubung status kawalan kewangan berdasarkan penilaian diri yang dilaksanakan setiap suku tahun oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Syarikat-syarikat Operasi /Anak Syarikat melalui Pematuhan Kawalan Kewangan dan Surat Jaminan yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.

Menubuhkan Jawatankuasa Jaminan Audit dan c. Perniagaan (dulu dikenali sebagai Jawatankuasa Tindakan Isu Audit Pengurusan) untuk memberi laporan terkini kepada Jawatankuasa Audit berhubung perkara berikut:

Tindakan pihak Pengurusan dalam menangani • isu-isu kawalan dalaman dan perakaunan seperti yang dibangkitkan oleh juruaudit dalaman dan luar.

Cadangan-cadangan yang diberikan oleh • Jawatankuasa Audit untuk tindakan pihak Pengurusan.

Menubuhkan Jawatankuasa Insiden Kawalan Dalaman d. (ICI) yang mempertimbangkan insiden-insiden atau kegagalan kawalan dalaman berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Pengurusan atau siasatan/audit khas yang dijalankan serta mencadangkan tindakan selanjutnya. Laporan-laporan tersebut dirumuskan oleh Ketua Juruaudit Dalaman dan diserahkan kepada Jawatankuasa Audit sekurang-kurangnya setiap suku tahun bagi menerangkan perkara-perkara berikut:

Bentuk dan punca yang menyebabkan kegagalan • kawalan yang memberi kesan kewangan dan/atau menjejaskan imej dan reputasi Kumpulan.

Pembelajaran serata untuk mencegah insiden yang • sama berulang semula di dalam Kumpulan.

Status tindakan yang diambil oleh Pengurusan • untuk memulihkan kelemahan kawalan dan tindakan disiplin yang bersesuaian.

auDit luaran Mengkaji semula dan meluluskan surat pengambilan a. daripada Juruaudit Luar yang mengesahkan pendiriannya yang bebas dan objektif.

Mengkaji semula dan meluluskan skop perkhidmatan b. bukan audit yang diberikan oleh Juruaudit Luar untuk memastikan tiada kelemahan di dalam pendiriannya yang bebas dan objektif.

Mengadakan mesyuarat-mesyuarat tertutup dengan c. Juruaudit Luar bagi memastikan tiada halangan terhadap skop audit mereka dan membincangkan perkara-perkara yang tidak mahu dibangkitkan oleh juruaudit di hadapan Pengurusan.

auDit DalaMan Mengkaji semula dan meluluskan laporan-laporan a. daripada Audit Dalaman Kumpulan (GIA) berhubung perkara-perkara berikut:

Pelan perniagaan tahunan yang mengenengahkan • strategi-strategi utama audit dan keperluan sumber bagi memenuhi keperluan-keperluan pemegang berkepentingan syarikat.

Rumusan isu-isu utama audit yang dikenal pasti di • dalam tempoh semasa dan pelan-pelan tindakan Pengurusan.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi GIA yang • dikaitkan dengan Kad Skor Seimbang yang memberi tumpuan kepada aspek kualitatif dan kuantitatif.

Mengadakan mesyuarat-mesyuarat tertutup dengan b. Ketua Juruaudit Dalaman untuk membincangkan perkara-perkara tertentu.

Quah poh keatPengerusi Jawatankuasa Audit

AKAUNTABILITI

108 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

terMA rUjUKAN jAwAtANKUAsA AUDit

1.0 KOMPOSISI

Semua ahli Jawatankuasa Audit (AC), termasuk Pengerusi, akan memegang jawatan tersebut sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Telekom Malaysia Berhad (TM). Lembaga Pengarah bertanggungjawab mengkaji semula terma jawatan dan prestasi Jawatankuasa Audit dan setiap ahlinya sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun bagi menentukan sama ada Jawatankuasa Audit telah menjalankan tugas mereka mengikut terma-terma rujukan.

Pihak Lembaga, melalui Jawatankuasa Penamaan, harus mengkaji semula gabungan kemahiran dan pengalaman serta lain-lain kualiti yang diperlukan setiap tahun, termasuk keupayaan teras yang perlu dibawa ke dalam Jawatankuasa Audit oleh Pengarah Bukan Eksekutif.

Ahli-ahli Jawatankuasa Audit boleh melepaskan keahlian mereka di dalam Jawatankuasa tersebut dengan memberi pemberitahuan bertulis terlebih dahulu kepada Setiausaha Syarikat sementara meneruskan tugas mereka sebagai Pengarah TM. Jika terdapat kekosongan jawatan di dalam Jawatankuasa Audit yang mengakibatkan ketidakpatuhan terhadap Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (Syarat Penyenaraian Bursa Saham), TM perlu mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh tiga bulan. Jawatankuasa Penamaan akan mengkaji dan mengesyorkan kepada Pihak Lembaga, pengarah yang lain untuk mengisi kekosongan tersebut, untuk kelulusan.

2.0 MESYuARAT-MESYuARAT

Jawatankuasa Audit hendaklah menghadiri mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun dan mesyuarat tambahan mengikut keputusan Pengerusi. Bagi mencukupkan korum, majoriti ahli mesti hadir dan majoriti yang hadir hendaklah terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Notis dan agenda mesyuarat perlu dihantar kepada semua ahli terlebih dahulu. Pengerusi Jawatankuasa Audit akan menyediakan laporan mesyuarat Jawatankuasa Audit kepada Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit boleh mengadakan mesyuarat dengan Juruaudit Luar, Juruaudit Dalaman atau kedua-duanya tanpa kehadiran pengarah yang lain dan kakitangan apabila perlu. Jawatankuasa Audit perlu bermesyuarat dengan Juruaudit Luar tanpa kehadiran ahli-ahli lembaga eksekutif sekurang-kurangnya dua kali setahun.

3.0 BIDANg KuASA

Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, Jawatankuasa Audit memiliki bidang kuasa berikut dan ianya selaras dengan tatacara yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah dimana kos ditanggung penuh oleh Syarikat:

Mempunyai kuasa mutlak untuk menyiasat sebarang a. perkara termaktub di dalam terma rujukannya;

Mempunyai sumber dan kemudahan yang diperlukan b. untuk melaksanakan tugasnya;

Mempunyai akses bebas dan sepenuhnya tanpa c. halangan kepada maklumat, rekod, harta benda dan kakitangan TM serta syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan TM;

Jawatankuasa Audit mempunyai akses terhadap d. minit-minit mesyuarat, laporan dan maklumat mengenai kesemua Jawatankuasa Audit anak syarikat;

Mempunyai saluran komunikasi secara langsung e. dengan Juruaudit Luar dan mereka yang menjalankan fungsi audit dalaman atau tugasan seumpamanya (jika ada);

Boleh mendapatkan khidmat profesional bebas atau f. penasihat lain dan menjemput pihak luar yang memiliki pengalaman berkaitan untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit (jika perlu);

Kehadiran Pengarah-pengarah lain dan kakitangan TM g. mestilah di atas jemputan dan pertimbangan Jawatankuasa Audit khusus kepada mesyuarat yang ditentukan;

Boleh bermesyuarat dengan Juruaudit Luar tanpa h. dihadiri oleh ahli eksekutif yang menganggotai Jawatankuasa Audit, jika perlu;

Mempunyai akses serta merta terhadap laporan i. berkaitan penemuan isu dan cadangan daripada Audit Dalaman Kumpulan mengenai sebarang penipuan atau perkara-perkara luar biasa yang ditemui oleh pihak Pengurusan dan dirujuk kepada Juruaudit Dalaman;

Boleh mendapatkan penjelasan daripada Lembaga j. Pengarah anak syarikat atau Ketua Pegawai Eksekutif;

Mempunyai hak untuk ‘campur tangan’ dalam situasi k. yang berkemungkinan berlaku penipuan, salah laku atau pelanggaran tatasusila yang melibatkan kakitangan kanan pengurusan atau ahli-ahli Lembaga Pengarah;

Berupaya mengarahkan pemusatan Audit Dalaman l. Kumpulan dan memastikan kehadiran wakil dari Audit Dalaman di anak syarikat;

Mempunyai kuasa dan keupayaan untuk menempatkan m. sumber-sumber Audit Dalaman Kumpulan ke seluruh Kumpulan TM;

Memastikan Ketua Juruaudit Dalaman di anak syarikat n. dan Kumpulan memaklumkan dengan segera Jawatankuasa Audit berhubung perkara penting yang memerlukan perhatian.

109LAPORAN TAHUNAN 2008

terMA rUjUKAN jAwAtANKUAsA AUDit

4.0 TugAS DAN TANgguNgJAWAB

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab utama Jawatankuasa Audit secara kolektif yang perlu dikaji dan dilaporkan oleh Jawatankuasa Audit kepada Lembaga Pengarah:

4.1 Pengurusan Risiko dan kawalan DalamanMengkaji kelayakan dan integriti sistem kawalan • dalaman Kumpulan dan sistem pengurusan maklumat, termasuklah sistem pematuhan kepada undang-undang, arahan dan garis panduan yang berkenaan. Dalam menilai sistem kawalan dalaman, Jawatankuasa Audit hendaklah mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

Sifat dan tahap risiko yang boleh diterima a. oleh Kumpulan;

Kemungkinan risiko-risiko tersebut menjadi b. kenyataan;

Bagaimana menangani risiko-risiko yang c. boleh diterima;

Keupayaan Kumpulan meminimumkan d. kemungkinan dan impak risiko ke atas perniagaan;

Kos dan faedah risiko dan aktiviti kawalan e. yang diambil dan laksanakan;

Keberkesanan proses-proses pengurusan f. risiko; dan

Implikasi terhadap risiko akibat dari g. keputusan Lembaga Pengarah.

Mencadangkan sistem pengurusan risiko yang • mantap bagi pihak Pengurusan melindungi aset-aset milik Kumpulan.

Mengkaji profil risiko Kumpulan dan inisiatif utama • yang memberi impak ketara kepada urusan perniagaan Kumpulan.

4.2 Penyemakan Laporan kewanganMengkaji keputusan kewangan interim suku • tahunan, separuh tahun dan ulasan penyata kewangan tahunan Syarikat dan Kumpulan, dengan tumpuan khusus kepada:

Sebarang perubahan di dalam polisi dan a. amalan perakaunan;

Pelarasan penting atau ketara yang memberi b. impak kewangan yang dicadangkan oleh juruaudit;

Perkara dan aktiviti luar biasa yang telah c. belaku;

Proses membuat keputusan kewangan di d. mana andaian yang penting telah digunapakai;

Andaian perusahaan operasi secara e. berterusan; dan

Pematuhan kepada piawai perakaunan yang f. diluluskan, keperluan bursa saham dan peraturan pihak berkuasa yang lain.

Mengkaji penyata kewangan tahunan bersama • Juruaudit Luar, bagi tujuan kelulusan sebelum menyerahkan penyata kewangan yang telah diaudit kepada Lembaga Pengarah untuk digunakan, termasuk:

Sama ada laporan Juruaudit mengandungi a. sebarang syarat yang perlu dibincangkan dengan sempurna serta mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang menimbulkan persoalan dan menyingkirkan punca keraguan Juruaudit dalam menjalankan tugas pada masa akan datang;

Perubahan dan pelarasan ketara dalam b. pembentangan penyata kewangan;

Pematuhan undang-undang dan piawaian c. perakaunan tempatan dan antarabangsa;

Perubahan baki yang ketara dalam penyata-d. penyata kewangan;

Variasi ketara dalam skop dan pendekatan e. audit; dan

Komitmen atau liabiliti luar jangka yang f. ketara.

Membincang masalah dan keraguan yang timbul • daripada audit interim dan audit akhir, serta sebarang perkara yang ingin dikemukakan oleh Juruaudit tanpa kehadiran pihak Pengurusan jika perlu.

Mencadangkan amalan terbaik bagi pendedahan • keputusan kewangan dan laporan tahunan Syarikat selaras dengan prinsip yang ditetapkan dalam Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia, serta undang-undang, peraturan, arahan dan garis panduan yang berkaitan.

Mengkaji tindakan susulan yang diambil oleh pihak • Pengurusan terhadap kelemahan prosedur dan kawalan seperti yang dikemukakan oleh Juruaudit Luar dan Dalaman seperti mana yang termaktub di dalam surat kepada Pengurusan.

Apabila terdapat arahan daripada pejabat Pusat GIA • bagi tugasan audit yang berkaitan dengan kesemua anak syarikat atau memberi kesan kepada semua, pejabat audit dalaman anak syarikat tersebut hendaklah mematuhi permintaan tersebut dan menggabungkannya ke dalam pelan auditnya.

AKAUNTABILITI

110 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

4.3 Audit LuarMempertimbangkan pelantikan firma perakaunan • yang sesuai sebagai Juruaudit Luar dan di antara faktor yang perlu diambil kira dalam pelantikan ini ialah pengalaman kakitangan dan sumber-sumber yang ada pada firma berkenaan adalah mencukupi untuk menjalankan tugas audit. Juga perlu diambil kira kemungkinan berlakunya peletakan jawatan (termasuk surat peletakan jawatan) atau pemecatan dan sama ada terdapat sesuatu sebab (disokong dengan bukti) yang boleh dipercayai bahawa Juruaudit Luar tidak layak untuk pelantikan semula dan mencadangkan yuran audit yang perlu dibayar.

Berbincang dengan Juruaudit Luar, sebelum audit • bermula, pelan audit, jenis audit, pendekatan dan skop serta memastikan koordinasi sekiranya melibatkan lebih daripada sebuah firma audit.

Memantau tahap tugas bukan audit yang perlu • dijalankan oleh Juruaudit Luar bagi memastikan peruntukan perkhidmatan bukan audit tidak merosakkan kebebasan atau keobjektifannya.

4.4 Audit Dalaman kumpulanMengkaji dan meluluskan Piagam Audit Dalaman • yang mendefinisikan kebebasan melakukan tugasan, kuasa, skop dan tanggungjawab Juruaudit Dalaman untuk Syarikat dan Kumpulan.

Mengkaji kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan • sumber untuk fungsi audit dalaman serta memastikan ia mempunyai kuasa yang bersesuaian untuk menjalankan tugasnya.

Mengkaji Pelan Audit Dalaman dan keputusan • proses audit dalaman bagi memastikan:

Bahawa tindakan yang sewajarnya diambil di a. atas cadangan yang dikemukakan oleh Audit Dalaman Kumpulan;Bahawa matlamat dan objektif Audit Dalaman b. Kumpulan adalah selaras dengan matlamat korporat.

Menilai dan mengesyorkan prestasi dan ganjaran • Ketua Juruaudit Dalaman setelah dirujuk dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk penilaian dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran (NRC).

Mengkaji sebarang penaksiran atau penilaian • terhadap prestasi pegawai-pegawai Audit Dalaman Kumpulan.

Meluluskan pelantikan atau penyingkiran Ketua • Juruaudit Dalaman dan pegawai-pegawai kanan Audit Dalaman Kumpulan, memaklumkan sendiri peletakan jawatan Ketua Juruaudit Dalaman dan pegawai-pegawai kanan Audit Dalaman Kumpulan, dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan penjelasan mengenai peletakan jawatan mereka.

Jawatankuasa Audit hendaklah dimaklumkan, • dirujuk dan bersetuju dengan tindakan serta mekanisme untuk sebarang prosiding/penyiasatan salah laku disiplin, termasuk bentuk dan sebab prosiding/penyiasatan tersebut dijalankan, dan juga penemuan seterusnya dan tindakan tatatertib yang dicadangkan terhadap Ketua Juruaudit Dalaman dan pegawai-pegawai kanan Audit Dalaman Kumpulan. Sebagai anggota TM, Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan dan pegawai-pegawai kanan Audit Dalaman Kumpulan adalah tertakluk kepada dasar-dasar dan garis panduan Sumber Manusia TM, termasuk prosiding/penyiasatan dan tindakan-tindakan disiplin.

Mengkaji bantuan dan kerjasama yang diberikan • oleh TM dan pegawai-pegawainya terhadap Juruaudit Luar dan Dalaman.

Fungsi audit dalam hendaklah bebas daripada • aktiviti-aktiviti yang diaudit dan perlu dilaksanakan dengan saksama, cekap dan profesional. Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit hendaklah menentukan bidang kuasa bagi fungsi Audit Dalaman.

4.5 Transaksi Dengan Pihak BerkaitanMempertimbang dan mengkaji sebarang transaksi • penting, yang tidak tergolong dalam urusan biasa perniagaan dan sebarang transaksi dengan pihak yang mempunyai kaitan serta situasi percanggahan kepentingan yang mungkin timbul dalam Syarikat dan Kumpulan termasuk sebarang transaksi, prosedur atau tindakan kelakuan yang menimbulkan persoalan terhadap integriti pihak Pengurusan.

4.6 Skim opsyen Saham Pekerja (ESoS)Mengesahkan peruntukan opsyen saham kepada • kakitangan Kumpulan yang berkelayakan selaras dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Securities, pada akhir setiap tahun kewangan.

4.7 hal-hal LainMenyediakan suatu proses untuk mengendali • aduan yang diterima oleh Syarikat dan Kumpulan mengenai isu-isu perakaunan, perkara-perkara berhubung kawalan dalaman atau pengauditan dan hal-hal sulit yang dikemukakan oleh kakitangan secara rahsia berkaitan dengan perkara-perkara yang mencurigakan mengenai perakaunan atau pengauditan.

Melaporkan kepada ‘Bursa Securities’, sekiranya • Jawatankuasa Audit berpendapat bahawa Lembaga Pengarah tidak menyelesaikan perkara yang melibatkan pelanggaran Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia yang dilaporkan dengan sempurna.

Perkara-perkara lain yang seumpama dan • difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Audit atau seperti yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.

111LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA AUDit DAlAMAN

Audit Dalaman Kumpulan (GIA) berusaha untuk memberikan nilai yang lebih sebagai penyumbang utama kepada rangka kerja urus tadbir Kumpulan. Terdapat banyak bidang yang memerlukan pelbagai kemahiran audit telah dijalankan menjurus kepada peralihan asas dalam kaedah perkhidmatan audit yang disediakan oleh GIA. Fungsi audit dalaman yang efektif membantu Kumpulan mencapai matlamat perniagaannya dengan mewujudkan kaedah pemantauan yang berstruktur dan berdisiplin serta menilai kecekapan urus tadbir, pengurusan risiko dan proses-proses kawalan dalaman. Tujuan, kuasa dan tanggungjawab GIA dan bentuk aktiviti jaminan serta perundingan yang disediakan untuk Kumpulan termaktub dengan jelas di dalam Piagam Audit Dalaman yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Audit.

GIA melapor secara langsung kepada Jawatankuasa Audit. Ketua Juruaudit Dalaman memberi laporan dari masa ke semasa berhubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan isu-isu strategik serta kawalan dalaman yang dilaporkan oleh GIA kepada Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa Audit membuat tinjauan semula serta meluluskan belanjawan tahunan GIA, perancangan audit dan sumber manusia yang diperlukan untuk memastikan fungsi tersebut boleh dijalankan oleh juruaudit dalaman yang cekap dan mahir.

AMALAN DAN RANgKA KERJA

Bagi memastikan keseragaman dan kesinambungan dalam menyediakan jaminan yang mencukupi, berintegriti dan berkesan dalam sistem keseluruhan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan urus tadbir, GIA telah menyusun semula amalan-amalan audit terkini menjurus ke arah Rangka Bersepadu Kawalan Dalaman COSO. Dengan rangka kawalan dalaman ini, penilaian kawalan dalaman yang dijalankan oleh GIA berasaskan kepada lima elemen kawalan dalaman berikut:

Persekitaran Kawalan• 

Penilaian Risiko• 

Kawalan Aktiviti• 

Informasi dan Komunikasi• 

Pemantauan• 

SKOP DAN LIPuTAN

Audit Dalaman Kumpulan mengekalkan pendekatan audit fleksibel dan pelan audit yang dinamik untuk menangani risiko-risiko baru serta potensi risiko-risiko pada masa akan datang. Ini telah meningkatkan keupayaan Audit Dalaman Kumpulan dalam mempengaruhi perubahan dan melaksanakan peningkatan yang berterusan di dalam Kumpulan. Sebagai contohnya, pelaksanaan audit proses

setiap peringkat telah meletakkan Audit Dalaman Kumpulan di barisan hadapan dalam mencadangkan dan memudahkan penyusunan sumber manusia, proses dan teknologi ke arah mencapai matlamat-matlamat utama perniagaan.

Skop pelaksanaan audit diselarikan dengan risiko-risiko utama organisasi yang kebanyakannya timbul dari isu-isu audit yang lalu, strategi risiko Kumpulan TM dan inisiatif-inisiatif strategik di bawah Program Peningkatan Prestasi (PIP) di peringkat entiti, anak syarikat, perniagaan dan proses. Bidang audit utama yang dikenal pasti pada 2008 sejajar dengan matlamat luas COSO adalah seperti berikut:

1. Keberkesanan dan kecekapan operasi

•  Perolehana. Kajian semula kontrak perkhidmatan serta

barangan utamab. Pengurusan Pembekal

•  Sumber Manusiaa. Pengurusan Bakatb. Program-program Latihanc. Perancangan Tenaga Kerja bagi Kumpulan

Rangkaian

•  Pemasarana. Pengurusan Portfolio Produkb. Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)c. Kajian semula produk Streamyx

•  Kewangana. Pengurusan Kreditb. Cukai Perkhidmatan

•  Rangkaiana. Kajian semula projek Jalur Lebar Berkelajuan

Tinggi (HSBB)b. Kajian semula projek Rangkaian Generasi

Akan Datang (NGN)c. Kajian semula projek Code Division Multiple

Access (CDMA)

•  Teknologi Maklumata. Jaminan Pendapatanb. Sistem Pengebilan Wholesalec. Pengurusan Kualiti Perkhidmatan

2. Kebolehpercayaan Laporan Kewangan

a. Kajian semula proses Laporan Kewanganb. Kajian semula laporan kewangan interim suku

tahun

3. Pematuhan undang-undang dan peraturan berkenaan

a. Tinjauan Transaksi Berulang Pihak Berkaitanb. Tinjauan Khas TM ESOS

AKAUNTABILITI

112 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Audit Dalam Kumpulan juga telah diminta oleh pihak Pengurusan untuk mengkaji dan menilai pendedahan risiko projek-projek utama TM dan juga memberi nasihat jika kawalan bagi mengurangkan risiko yang dikenal pasti adalah mencukupi.

SuMBER

Jumlah kos yang telah dibelanjakan bagi mengurus aktiviti audit dalaman pada 2008 adalah RM5.579 juta. Ringkasan kos audit dalaman mengikut kategori adalah seperti berikut:

kategori rM (juta)% dari

jumlah kos

Tenaga kerja 3.445 62%

Latihan 0.245 4%

Perjalanan(termasuk penginapan)

0.316 6%

Ringkasan auditor dalaman mengikut kemahiran masing-masing sehingga 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:

kategoriJumlah auditor

Dalaman peratus

Kewangan 12 35%

Rangkaian 10 29%

Pemasaran 6 18%

Teknologi Maklumat (IT) 4 12%

Lain-lain 2 6%

Jumlah 34 100%

AKTIVITI OutsOurcing

Tiada aktiviti outsource bagi audit dalaman pada 2008. Semua aktiviti audit dalaman dilaksanakan sendiri oleh GIA.

KOMITMEN TERHADAP KEcEKAPAN

Dalam mengambil kira jumlah teknologi baru yang semakin bertambah, risiko-risiko proses dan perubahan dalam persekitaran perniagaan, adalah kritikal bagi juruaudit dalaman mendapat latihan secukupnya dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan serta pengetahuan asas. Pada tahun 2008, Kumpulan melabur jumlah yang besar dalam membangunkan pelan latihan bagi memenuhi keperluan perniagaan dan membolehkan juruaudit dalaman melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang. Seminar dan bengkel utama yang dihadiri oleh Audit Dalaman Kumpulan pada tahun 2008 adalah seperti berikut:

pengauditan dan pentadbirana. Persidangan Antarabangsa Institut Juruaudit • Dalaman (IIA)Persidangan Antarabangsa Pentadbiran Korporat• Persidangan Institut Pentadbiran Korporat • Malaysia (MICG)Dimensi Baru Kawalan Dalaman• Alat dan Teknik bagi Juruaudit Baru• 

pengetahuan Fungsi dan produkb. Pengurusan Proses Perniagaan Telekom• Keselamatan Rangkaian Strategik• Asas-asas Pengurusan Kewangan• Pemasaran Jenama Tahunan Superlatif• Mengurus Inovasi dan Produk/Perkhidmatan Baru• Pengenalan kepada Teknologi Jalur Lebar• Sesi Kesedaran HSBB• Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Kritikal • BerstrukturStrategi Membina dan Meneruskan Daya Saing• 

pengurusan dan kepimpinanc. Membina Genius Perniagaan• Pengurusan Pertengahan Efektif• Memperkukuhkan Skil Pengurusan• Penyeliaan dan Perhubungan Manusia Efektif• 

Sebagai tambahan, GIA juga telah membangunkan dan menjalankan modul latihan dalaman bagi semua juruaudit menggunakan pendekatan kajian kes berdasarkan persekitaran perniagaan sebenar.

KuALITI AuDIT DALAMAN

Sejajar dengan Standard Institut Juruaudit Dalaman (IIA), Audit Dalaman Kumpulan menilai keseluruhan spektrum tugasan audit yang dilaksanakan oleh juruaudit dalaman melalui penilaian kualiti penilai bebas yang bertauliah setiap lima tahun. Penilaian jaminan dan peningkatan kualiti merangkumi bidang seperti pematuhan piawaian IIA dan Manual Audit Dalaman Kumpulan, sumbangan terhadap pentadbiran, penilaian risiko dan proses-proses kawalan serta pengurusan prestasi. Audit Dalaman Kumpulan pada amnya mematuhi Standard Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalaman.

Hashim Mohammed Quah poh keatKetua Juruaudit Kumpulan Pengerusi Jawatankuasa Audit

113LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA leMbAGA PeNGArAh Ke AtAs KAwAlAN DAlAMANTANgguNgJAWAB DAN AKAuNTABILITI

Lembaga Pengarah (Lembaga) bertanggungjawab dalam mengekalkan sistem kawalan dalaman berwibawa yang merangkumi kawalan urus tadbir, pengurusan risiko, kewangan, organisasi, operasi dan pematuhan kawalan bagi melindungi pelaburan pemegang saham, kepentingan pelanggan dan aset Kumpulan. Lembaga mengiktiraf dan mengesahkan tanggungjawab keseluruhan terhadap sistem kawalan dalaman Kumpulan yang meliputi pembentukan kawalan persekitaran dan rangka kerja yang sesuai serta mengkaji keberkesanan, kecukupan dan integriti kawalan tersebut.

Lembaga dibantu oleh pihak Pengurusan dalam melaksanakan polisi dan prosedur yang telah diluluskan berhubung dengan risiko dan kawalan. Pihak Pengurusan mengenal pasti dan menilai risiko yang dihadapi dan kemudian membentuk, melaksanakan dan memantau kawalan dalaman yang bersesuaian bagi mengurangkan serta pengurusan berkesan risiko-risiko tersebut.

TuJuAN SISTEM KAWALAN DALAMAN

Lembaga mengakui bahawa sistem kawalan dalaman dibentuk untuk mengurus dan bukannya untuk menghapuskan risiko yang boleh menyebabkan Kumpulan tidak mencapai polisi, matlamat dan objektifnya. Oleh itu, ia memberikan jaminan yang munasabah, tetapi bukan mutlak terhadap kemungkinan berlakunya salah nilai atau kerugian harta.

Sistem kawalan dalaman dirangka berdasarkan proses berterusan bagi mengenal pasti risiko utama dalam pencapaian polisi, matlamat dan objektif organisasi; bagi menilai ciri dan takat risiko-risiko tersebut dan untuk menguruskannya secara efisien, efektif dan ekonomik. Proses ini kerap dikaji oleh Lembaga yang mengambil kira perubahan dalam perundangan dan persekitaran perniagaan bagi memastikan tahap dan integriti sistem kawalan dalaman.

Sistem kawalan dalaman sudah pun dilaksanakan di dalam Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 dan diselaraskan dengan tarikh Laporan Tahunan dan akaun. Penyata Kawalan Dalaman (Penyata) ini telah disediakan dengan mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan selaras dengan Penyata Kawalan Dalaman – Garis Panduan bagi Pengarah-pengarah Syarikat Awam Tersenarai.

RISIKO DAN RANgKA KERJA KAWALAN

Kumpulan TM mempunyai Strategi Pengurusan Risiko yang menerangkan pendekatan Kumpulan dalam mengenal pasti, menilai, memantau dan mengurus risiko-risiko penting yang mempengaruhi pencapaian objektif Kumpulan. Ia juga mengenal pasti prosedur laporan utama dan meningkatkan amalan pengurusan risiko yang baik di dalam Kumpulan. Kumpulan TM komited untuk melaksanakan Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) sebagai alat strategik utama bagi mengenal pasti dan mengurus risiko secara proaktif di seluruh Kumpulan. Tidak dapat dielakkan bahawa risiko sentiasa wujud dalam mana-mana organisasi, namun ia perlu diurus dan dikawal. Oleh kerana pengurusan risiko adalah tanggungjawab bersama, ia lazimnya disepadukan dengan rangka kerja pengurusan sesebuah organisasi. Ia adalah proses interaktif yang terdiri daripada beberapa langkah yang, jika dilaksanakan secara teratur, membolehkan peningkatan berterusan dalam membuat keputusan.

Risiko dikenal pasti dan dinilai seperti berikut:

Prosedur dan garis panduan pengurusan kewangan • yang didokumenkan dengan jelas;

Semakan berkala oleh pemilik risiko bagi menilai • kemungkinan kesan serta perkaitan risiko dan juga strategi sedia ada yang digunakan serta kekuatan strategi tersebut;

Fungsi audit dalaman yang menyediakan petunjuk • kukuh bagi kawalan dalaman di dalam operasi seluruh Kumpulan TM; dan

Pelbagai sumber seperti penilaian projek, bengkel, • perbincangan berstruktur dan rujukan daripada pelbagai jawatankuasa bertindak.

SEMAKAN KEBERKESANAN KAWALAN DALAMAN

Penilaian Lembaga terhadap keberkesanan kawalan dalaman dalam Kumpulan adalah berdasarkan kriteria yang dibangunkan di bawah Rangka Kerja Bersepadu Kawalan Dalaman COSO (Jawatankuasa Organisasi Penajaan Suruhanjaya Treadway). Ia telah diterima secara umum sebagai rangka kerja bagi kawalan dalaman dan diiktiraf secara meluas sebagai piawaian yang digunapakai oleh Kumpulan dalam mengukur keberkesanan sistem kawalan dalaman. Sistem kawalan dalaman saling berkait dengan aktiviti-aktiviti operasi Kumpulan dan wujud atas sebab-sebab dasar perniagaan.

AKAUNTABILITI

114 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Lembaga menyemak semula keberkesanan kawalan dalaman berdasarkan maklumat daripada:

Pengurusan utama di dalam organisasi yang • bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelenggaraan rangka kerja kawalan dalaman; dan

Hasil kerja Juruaudit Dalam yang menyerahkan laporan • audit kepada Jawatankuasa Audit Syarikat yang merangkumi pendapat Audit Dalam yang objektif berhubung kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman organisasi bersama dengan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, Lembaga turut mempertimbangkan komen-komen yang dibuat oleh juruaudit luar di dalam surat pengurusan mereka dan lain-lain laporan yang dibuat sejajar dengan audit berkanun. Jawatankuasa Jaminan Audit dan Perniagaan akan menangani dan memantau sebarang kelemahan kawalan dalaman dan memastikan peningkatan terus dilaksanakan dengan sebaiknya.

Di bawah model COSO, penilaian kawalan dalaman terbahagi kepada lima komponen yang saling berkait seperti berikut:

a. persekitaran kaWalan

Persekitaran kawalan merupakan struktur organisasi dan budaya yang dicipta oleh pihak Pengurusan dan pekerja untuk mengekalkan sokongan organisasi bagi kawalan dalaman yang efektif. Komitmen Pengurusan dalam membina dan mengekalkan kawalan dalaman yang efektif telah dimaklum dan diserapkan di seluruh persekitaran kawalan Kumpulan, seterusnya membantu perlaksanaan kawalan dalaman yang berjaya. Aktiviti-aktiviti penting yang terlibat adalah:

Struktur OrganisasiKumpulan TM mempunyai struktur organisasi yang • tersusun serta mempunyai had tanggungjawab dan akauntibiliti yang jelas sejajar dengan keperluan perniagaan dan operasi.

Agihan Kuasa dan TanggungjawabDefinisi jelas terhadap had kuasa dan tanggungjawab • melalui Manual Proses Perniagaan Kumpulan dan Polisi Anak Syarikat yang telah diluluskan oleh Lembaga dan tertakluk kepada semakan dan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Nilai-nilai TerasPenghayatan Nilai-nilai Teras Kumpulan TM iaitu • ‘Komitmen Menyeluruh kepada Pelanggan’, ‘Kewibawaan Tanpa Kompromi’ dan ‘Hormat dan Prihatin’ telah menjadi prinsip panduan kepada budaya Kumpulan.

Kod Etika PerniagaanKesemua anggota dikehendaki menandatangani dan • mematuhi Kod Etika Perniagaan Kumpulan yang menggariskan piawaian minima perlakuan dan tatalaku beretika yang diperlukan di kalangan anggota dalam menjalankan hal-hal perniagaan.

Etika PerolehanIa menggariskan prinsip, aplikasi dan apa yang boleh • dan tidak boleh dilakukan dalam proses perolehan. Ia juga menyokong Buku Merah Perolehan dan melengkapi Kod Etika Perniagaan TM yang menyediakan garis panduan dalam berurusan dengan anggota, pelanggan, rakan niaga, pesaing dan pihak-pihak lain.

Rangka Kerja Pembangunan Berasaskan KecekapanKumpulan TM telah membentuk satu rangka kerja • untuk menganalisa keperluan pembangunan modal insan sedia ada dan cabaran yang diambil untuk memastikan aset-aset utama iaitu modal insan yang berdedikasi serta keupayaan untuk berdaya saing pada masa kini dan akan datang.

Lembaga dan Jawatankuasa AuditJawatankuasa-jawatankuasa Lembaga, seperti • Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) dan jawatankuasa-jawatankuasa sementara yang lain adalah ditadbir mengikut bidang kuasa tertakrif yang jelas.

Jawatankuasa Audit yang terdiri daripada pengarah-• pengarah bukan eksekutif dan sebilangan besar pengarah bebas, mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang luas. Ahli-ahlinya sentiasa mengadakan mesyuarat dan mempunyai akses penuh tanpa sekatan kepada juruaudit dalaman dan luar pada tahun kewangan.

Polisi dan Prosedur Sumber ManusiaBanyak usaha telah dilakukan oleh Kumpulan untuk • menyusun semula polisi dan prosedur Sumber Manusia sedia ada ke arah inisiatif-inisiatif yang dibangunkan oleh Kerajaan di bawah Program Transformasi GLC.

b. penilaian risiko

Penilaian risiko adalah proses mengenal pasti dan menganalisa risiko yang relevan bagi mencapai objektif Kumpulan, yang membentuk asas bagi menentukan bagaimana risiko diuruskan daripada segi kebarangkalian dan impak. Aktiviti-aktiviti utama yang terlibat dalam bahagian ini adalah:

Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM)Pengurusan risiko merupakan sebahagian daripada • sistem kawalan dalaman Kumpulan kerana Lembaga menganggapnya sebagai bahagian penting dalam operasi. Pengurusan risiko adalah tanggungjawab bersama dan fungsi pengurusan risiko disepadukan dengan pentadbiran, proses perniagaan dan operasi Kumpulan. Ini merupakan proses interaktif yang terdiri daripada langkah-langkah yang diambil bagi pembaikan berterusan proses membuat keputusan. Penghargaan dan komitmen anggota terhadap ERM ditekan dan dilaksanakan secara berterusan.

115LAPORAN TAHUNAN 2008

Audit Dalaman Kumpulan melengkapkan peranan Unit • Pengurusan Risiko dengan melaksanakan kajian selepas perlaksanaan bengkel-bengkel ERM untuk mengkaji profil risiko, strategi pengurusan risiko dan kecukupan serta keberkesanan kawalan-kawalan yang dikenal pasti dan dilaksanakan sebagai respons kepada risiko yang dikenal pasti.

Penilaian Diri Kawalan (CSA)Penilaian Diri Kawalan (CSA) adalah suatu proses yang • memberi peluang kepada anggota Kumpulan mengenal pasti risiko yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menilai kecukupan dan keberkesanan kawalan. Keputusan CSA digunakan sebagai salah satu maklumat penting dalam mengenal pasti bidang yang berisiko tinggi dalam Kumpulan.

C. kaWalan aktiviti

Kawalan aktiviti merupakan polisi dan prosedur yang membantu dalam memastikan arahan pihak pengurusan dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti berkaitan dalam Kumpulan TM adalah seperti:

Polisi dan Garis Panduan Pengurusan Prestasi Perniagaan (BPM)

BPM menyediakan rujukan menyeluruh terhadap • perlaksanaan Kad Skor Seimbang (BSC) TM yang menyatakan prinsip-prinsip panduan dan polisi pembangunan BSC dan proses perlaksanaan bagi Kumpulan TM.

Ia menyokong Urus Tadbir Korporat TM dan • menyediakan rangka kerja kawalan dalaman bagi mengurus perlaksanaan strategi untuk keputusan prestasi perniagaan yang lebih baik.

Polisi Urus Tadbir Teknologi Maklumat (IT)Kumpulan TM mempunyai polisi Urus Tadbir IT yang • dibentuk berasaskan isu-isu semasa IT yang dikenal pasti secara dalaman serta isu yang diketengahkan oleh juruaudit dalam dan luar. Ia terdiri daripada enam polisi teras iaitu Polisi Keselamatan IT, Polisi Rangkaian IT, Polisi Kawalan Aplikasi IT, Polisi Komputer, PDA, E-mel, Internet dan Intranet, Polisi Pembelian, Perlesenan dan Penggunaan Perisian Korporat dan Polisi Kemudahan Kesinambungan Perniagaan.

Polisi SubsidiariPolisi Subsidiari (PS) digubal untuk memastikan bahawa • kepentingan Kumpulan dilindungi dan diutamakan setiap masa sambil menyediakan fleksibiliti yang memadai bagi anak syarikat untuk mencapai matlamat perniagaan masing-masing.

Perlindungan Insurans dan FizikalPerlindungan insurans yang mencukupi dan penjagaan • fizikal ke atas aset-aset utama diteruskan bagi memastikan aset-aset Kumpulan dilindungi secukupnya bagi mengelak kejadian kehilangan harta benda dalam Kumpulan.

D. MakluMat Dan koMunikasi

Informasi dan Komunikasi bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat penting dikenal pasti, disimpan dan disalurkan dalam bentuk dan jangka waktu tertentu bagi membolehkan anggota menjalankan tanggungjawab masing-masing. Aktiviti-aktiviti utama yang berkaitan dalam Kumpulan adalah seperti:

Polisi KomunikasiKumpulan TM komited untuk melaksanakan komunikasi • yang terbuka dan efektif sebagai komponen penting budayanya bagi mendorong tenaga kerja memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mempunyai nilai luar biasa kepada pelanggan dan lain-lain pihak berkepentingan, serta menjangkakan maklum balas mereka.

Tujuannya adalah untuk menggekalkan komunikasi dan • memastikan komunikasi di seluruh Kumpulan diselaraskan dengan baik, diuruskan secara efektif dan memenuhi keperluan organisasi yang pelbagai.

Sistem Pengurusan Sumber Perusahaan Kumpulan (GEMS)Projek GEMS merupakan inisiatif utama ke arah • meningkatkan prestasi perniagaan Kumpulan TM melalui informasi dan proses bersepadu di seluruh Kumpulan. Melalui perlaksanaan GEMS, proses perniagaan yang penting akan diselarikan dengan penyelesaian SAP dan TM akan muncul sebagai perusahaan yang bersepadu, bertenaga dan dinamik.

Laporan Insiden Kawalan Dalaman (ICI)Laporan Insiden Kawalan Dalaman bertujuan untuk • mengumpul dan menyebarkan pelajaran yang diperolehi daripada insiden-insiden kawalan dalaman dengan objektif untuk mencegah insiden yang serupa berlaku di dalam syarikat lain dalam Kumpulan.

Jawatankuasa Amalan TerbaikJawatankuasa Amalan Terbaik merupakan jawatankuasa • pengurusan yang melapor kepada Jawatankuasa Audit. Ia menyediakan maklumat terkini dalam perkembangan amalan-amalan terbaik serta draf pendedahan berhubung urus tadbir korporat, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan berkanun/lembaga-lembaga yang berkaitan, pematuhan kepada piawaian perakaunan dan peraturan serta isu-isu perniagaan. Semua peringatan dan berita terkini disuarakan oleh sekretariatnya iaitu Unit Pematuhan.

PeNyAtA leMbAGA PeNGArAh Ke AtAs KAwAlAN DAlAMAN

AKAUNTABILITI

116 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

e. peMantauan

Pemantauan terhadap keberkesanan kawalan dalaman telah menjadi sebahagian daripada operasi sesebuah perniagaan. Penilaian dari masa ke semasa disepadukan menjadi sebahagian daripada pemantauan kawalan dalaman yang berterusan. Terdapat beberapa proses yang sistematik yang boleh dimanfaatkan dalam mencegah kelemahan seperti:

Jawatankuasa PengurusanMesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan (EXCO) • kerap diadakan bagi melulus, mengenal pasti, berbincang dan menangani isu-isu strategik, operasi, kewangan dan pengurusan utama.

Jawatankuasa Tindakan Pengurusan isu Audit, yang • terdiri daripada ahli-ahli Pengurusan Kanan daripada segmen-segmen perniagaan sentiasa seiring memantau isu-isu utama audit dalaman dan luar bagi memastikan ia ditangani dan diselesaikan.

Penilaian Sendiri BerkalaKenyataan tahunan mengenai keberkesanan • keseluruhan, kebolehpercayaan dan kecukupan kawalan dalaman dan kewangan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan/Ketua Pegawai Operasi dan pengurusan kanan Syarikat-syarikat Beroperasi Kumpulan.

Kenyataan Suku Tahun mengenai Pematuhan dan • Jaminan Kawalan Kewangan sebagai sebahagian daripada inisiatif memupuk kesedaran diri berhubung keperluan terhadap “kawalan dalaman dan kewangan” dalam Kumpulan.

Audit Dalaman KumpulanAudit Dalaman Kumpulan menjalankan penilaian • berterusan ke atas kualiti pengurusan risiko dan kawalan dalaman sedia ada. Ia turut membantu meningkatkan pengurusan risiko yang berkesan di barisan operasi perniagaan.

Audit Dalaman Kumpulan terus memantau pematuhan • terhadap polisi dan prosidur serta keberkesanan sistem kawalan dalaman secara bebas dan objektif. Penemuan dan cadangan penting dikemukakan kepada Pengurusan Kanan dan Jawatankuasa Audit berserta pelan tindakan dari masa ke semasa. Amalan dan tatacara Audit Dalaman Kumpulan dikawal oleh Piagam Audit Dalaman.

Unit Hal Ehwal KhasUnit Hal Ehwal Khas bertanggungjawab mengkaji dan • memantau perlakuan serta amalan beretika seluruh anggota termasuklah Pengurusan Kanan. Siasatan terhadap kes-kes Insiden Kawalan Dalaman (ICI) turut diambil oleh Unit ini (di mana berkaitan) dan diutarakan kepada Jawatankuasa ICI dan Lembaga melalui Jawatankuasa Audit. Tindakan bersesuaian diambil berdasarkan kekuatan dan kesahihan penemuan-penemuan tersebut.

KAJIAN KENYATAAN LEMBAgA PENgARAH

Lembaga berpendapat sistem kawalan dalaman yang digambarkan di dalam penyata ini sebagai memadai dan risiko-risiko dianggap berada di tahap yang boleh diterima di dalam konteks persekitaran perniagaan Kumpulan. Lembaga dan Pengurusan secara berterusan bertindak mengukuhkan kawalan persekitaran dan memantau keadaan rangka kerja kawalan dalaman.

Pada tahun laporan, Lembaga berpuas hati dengan sistem kawalan dalaman yang berada dalam keadaan memuaskan. Pada 25 April 2008, Kumpulan TM menyempurnakan langkah pengasingan untuk menubuhkan dua entiti berasingan yang mempunyai strategi dan aspirasi perniagaan yang berbeza. Pengasingan tersebut telah membawa kepada penstrukturan semula dalaman Kumpulan TM. Meskipun aktiviti pengasingan dijalankan, kawalan dalaman sedia ada TM dianggap memadai dan berfungsi secara efektif.

Sistem Kawalan Dalaman TM tidak digunapakai oleh syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama yang di kawal pemegang saham majoritinya. Walau bagaimanapun, kepentingan-kepentingan TM dilaksanakan melalui perwakilan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan di dalam syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama tersebut; juga melalui semakan ke atas akaun pengurusan yang diterima. Ini memberikan pihak Lembaga maklumat berkaitan prestasi agar membolehkan keputusan diambil dengan mantap dan tepat berhubung pelaburan Kumpulan di dalam syarikat-syarikat terbabit.

117LAPORAN TAHUNAN 2008

GAYA HIDUPDIGITAL HSBB

KisAh jAlUr lebAr berKelAjUAN tiNGGi (hsbb)

DENGAN PENINGKATAN LEBAR JALUR, KEPELBAGAIAN APLIKASIMELEDAK, DAN PENGALAMAN PENGGUNA DIPERTINGKATKAN…..

MelayariInternetE-mel

HDTV

Permainan

Masa

IPTV

UGC

eKesihatan

Bekerja Dari Rumah

LebarJalur

HSBB

Jalur Lebar

PembelajaranLanjutan

VoIP

E-Dagang

E-Kerajaan

eSchool

KONSEP

Banyak lagiaplikasi yang belum

dapat dijangka

~2Mbps Perkongsian Fail

Pasca ProduksiMultimedia

HDTVPelbagai

Persidangan Video

Evolusi teknologi yang pantas telah membawa kepada transformasi yang amat besar di dalam kehidupan kita dan ini mempengaruhi cara pemikiran, kehidupan, pekerjaan dan interaksi antara satu sama lain. Bermula dengan penciptaan komputer peribadi kepada kebangkitan komunikasi mudah alih, Internet dan kelengkapan dan teknologi maju yang lain, manusia di seluruh dunia kini dihubungkan dengan cara yang sukar dibayangkan suatu ketika dahulu.

Kini, kita dapat berkomunikasi melalui suara, video, e-mel dan SMS dengan sesiapa sahaja dan di mana sahaja di seluruh dunia. Teknologi-teknologi yang menyokong perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ditingkatkan secara berterusan bagi menyediakan transmisi yang lebih berkualiti dan pantas serta mempunyai kandungan yang lebih menarik dan pelbagai. Kemungkinan yang mudah dan menyeronokkan yang dibawa oleh penyatuan suara, video dan Internet, juga telah mencipta ledakan permintaan terhadap lebih banyak aplikasi yang bersesuaian dengan keperluan cara hidup yang semakin sibuk dan mencabar. Permintaan ini mendorong pasaran bagi jalur lebar; semakin canggih permintaan, semakin tinggi kelajuan dan lebar jalur yang diperlukan. (Rajah 1)

Rajah 1: Ilustrasi

118 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

GAYA HIDUPDIGITAL HSBB

APAKAH HSBB?

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) menawarkan lebar jalur pada kelajuan rangkaian 10Mbps atau lebih. Ia lebih pantas daripada Jalur Lebar bagi Populasi Umum (BBGP), yang mempunyai kelajuan rangkaian 256Kbps hingga 4Mbps. Akhirnya di Malaysia, kita akan menyaksikan pakej asas HSBB yang menawarkan kelajuan rangkaian di antara 20-50Mbps hingga ke kelajuan maksimum 1,000Mbps (1Gbps).

Globalisasi membawa negara menuju kepakaran teknologi bagi mengekalkan daya saing. ‘Perlumbaan’ ini telah membawa kepada kebangkitan jalur lebar sebagai penjana ekonomi yang paling efektif. Negara-negara yang bergantung pada pelaburan terus asing (FDI) kini lebih meningkatkan tumpuan ke arah membangunkan jalur lebar kerana ia telah menjadi keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh pelabur-pelabur. Di rantau Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong mempunyai rangkaian HSBB yang paling maju dan menjadi bandingan dengan Singapura yang tidak jauh di belakang.

Menyedari keperluan untuk mempercepatkan pertumbuhan jalur lebar, Kerajaan Malaysia telah menggariskan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan yang mensasarkan 50% penembusan isi rumah di negara ini menjelang 2010. Menurut Unit Perancangan Ekonomi (EPU), KDNK akan meningkat sebanyak 1% dan 135,000 pekerjaan baru dijangka akan diwujudkan jika matlamat ini tercapai. Pada suku keempat 2008, penembusan jalur lebar isi rumah di Malaysia adalah sebanyak 21.1% dan ini memberi ruang yang luas untuk pertumbuhan. BBGP dan HSBB akan sama-sama dilihat sebagai penjana pertumbuhan ini.

HSBB akan menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di negara ini agar ia menjadi sebuah negara yang didorong oleh pengetahuan. Inisiatif-inisiatif seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Taman Berteknologi Tinggi dan Cyberjaya telah pun dilaksanakan bagi mencapai matlamat ini. Kejayaan inisiatif-inisiatif ini bergantung kepada keupayaan untuk terus menarik syarikat-syarikat IT multinasional (MNC) beroperasi di negara ini. HSBB akan meningkatkan imej Malaysia secara positif sebagai satu pasaran yang menarik bagi lokasi baru MNC.

HSBB akan terus merangsang industri kandungan Internet tempatan. Lebar jalur yang tinggi yang disediakan akan membantu pembangun kandungan untuk membawa banyak aplikasi dan bahan kandungan yang amat memerlukan lebih kapasiti lebar jalur ke pasaran. Aktiviti-aktiviti seumpama ini akan dipermudahkan dengan pelancaran platform utama berasaskan IP TM yang membolehkan pelaksanaan produk dan perkhidmatan yang pantas pada kos yang lebih rendah.

PENgALAMAN gAYA HIDuP DIgITAL YANg DITAWARKAN MELALuI HSBB

Dengan HSBB, pengguna dan syarikat perniagaan akan dapat mengakses dan menikmati banyak faedah yang dibawa oleh gaya hidup digital yang baru. Rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada kandungan yang lebih padat dengan hiburan, permainan, pendidikan, perniagaan, pekerjaan, kesihatan, perkhidmatan komunikasi, dan banyak lagi. Pengguna akan mendapat faedah daripada kemudahan yang dipertingkatkan dalam kehidupan

seharian mereka dan juga lebih pilihan kepada aplikasi-aplikasi ketika mereka:

Memuat turun fail-fail bersaiz •besar, seperti filem berkualiti DVD dan klip video muzik dalam tempoh beberapa minit atau saat bergantung pada saiz fail tersebut.

Menikmati pengalaman baru •menonton televisyen melalui TV yang disalurkan melalui jalur lebar yang dinamakan TV Protokol Internet (IPTV), dengan akses ke saluran-saluran di rangkaian swasta dalam format definisi tinggi yang mempunyai kestabilan tinggi. IPTV juga menawarkan interaktiviti pengguna kandungan tinggi melalui video-on-demand yang membolehkan penonton menyaksikan program pilihan mereka pada bila-bila masa. Penonton juga boleh menonton dengan menggunakan telefon bimbit dan komputer riba, melalui IPTV e-transfer.

Telework/telecommute• , atau bekerja dari rumah sambil berhubung dengan pejabat, pelanggan dan rakan perniagaan di mana sahaja di dunia pada waktu sebenar (real time).

Menjalankan perniagaan/membeli •belah secara maya di ruang e-shopping dan e-dagang yang pelbagai dan selamat dari seluruh dunia yang menggunakan video dan ruang sembang untuk berhubung dengan pengguna.

Menikmati permainan online • secara serentak dengan sesiapa sahaja di dunia.

Belajar secara online • dengan mengakses perkhidmatan pendidikan dan menyertai perbincangan bilik maya dan juga memuat turun buku, jurnal serta majalah.

119LAPORAN TAHUNAN 2008

GAYA HIDUPDIGITAL HSBB

INFRASTRUKTUR PERINGKAT AKHIR, SUPERHIGHWAY JALUR LEBARBARU DAN PAUTAN ANTARABANGSA BARU AKAN BERGABUNG

UNTUK MEMBENTUK JENTERA PEMBANGUNAN KEBANGSAAN

Akses HSBB

Pelaburan peringkat akhir,yang menyambungkanrumah dan perniagaankepada ‘superhighway’jalur lebar, yangmembolehkan sambunganberkelajuan tinggi melaluisambungan gentian baru

Teras HSBB

Rangkaian generasi barunasional, yang berfungsisebagai jalur lebar‘superhighway’ danmenyambungkanseluruh negara

HSBB Antarabangsa

Penghubung antara Malaysiadan seluruh dunia – menjadisebahagian daripada‘superhighway’ jalur lebarbersama-sama dengannegara lain melalui rangkaiankabel dasar laut

X InternetGlobal

Backhauldomestik

Akses Tempatan

PejabatUtama

Rajah 2: Ilustrasi

Mengakses e-kesihatan• , seperti mendapatkan diagnosis dan nasihat perubatan daripada pengamal perubatan tempatan dan antarabangsa melalui video berdefinisi tinggi dan sambungan suara online.

Mengakses e-kerajaan• bagi pulangan cukai, pembaharuan permit perniagaan, lesen memandu atau pasport dan lain-lain, tanpa perlu menghadirkan diri di mana-mana jabatan kerajaan.

Menikmati keselamatan •e-pengawasan bagi memantau rumah melalui komputer riba atau komputer peribadi dari mana sahaja, walaupun ketika bercuti atau menjalankan perniagaan.

Mendigitalkan kediaman • dengan menyatukan ciri-ciri di atas di dalam rumah. Ini membolehkan pemilik rumah memerhati dan mengawal kebanyakan fungsi dari luar rumah. Mereka boleh memberi makan haiwan peliharaan dengan menggunakan alat kawalan jauh atau memeriksa kandungan peti sejuk untuk mengetahui sama ada barangan keperluan dapur mencukupi atau sebaliknya.

Nilai yang dibawa oleh HSBB terhadap perniagaan-perniagaan di Malaysia akan meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pembangunan industri baru dan pemangkinan dalam bidang komunikasi, hiburan, pendidikan dan kesihatan. Kesan penambahan positif ini akan membuka permintaan yang lebih besar bagi perkhidmatan HSBB. Di dalam syarikat, perniagaan kini mampu:

Mengendalikan kos dengan lebih berkesan• dengan melaksanakan sistem perakaunan yang lebih efisien, CRM dan pengurusan rantaian bekalan menggunakan penyelesaian e-dagang bagi pembayaran dan pemasaran serta mengurangkan kos penyimpanan online dengan IP-VPN + PBX.

Berkomunikasi/berintegrasi dengan lebih baik dengan rakan kongsi • melalui sambungan lebih baik pada kos yang lebih rendah.

Menembusi lebih banyak pasaran• memandangkan dunia maya adalah benar-benar tanpa sempadan dan menawarkan peluang yang tiada batasan.

Meningkatkan produktiviti• dengan membenarkan anggota yang bekerja di luar tempat kerja, berkomunikasi dengan rakan kerja yang berada di kawasan luar bandar dan menyediakan lebih maklumat online.

120 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

GAYA HIDUPDIGITAL HSBB

PROJEK HSBB

Projek HSBB adalah projek menyeluruh yang merangkumi akses pelaburan teras dan antarabangsa (Rajah 2). Ini akan menghasilkan penggunaan rangkaian infrastruktur bertaraf dunia. Projek tersebut akan melibatkan TM di dalam:

Menaiktaraf rangkaian akses 1. peringkat akhir ke rumah-rumah dan syarikat-syarikat perniagaan. TM akan menyediakan gentian optik ke kebanyakan rumah dan syarikat perniagaan dalam kawasan lingkungan pelaksanaan.

Menyediakan rangkaian platform 2. utama berasaskan IP, dan

Meningkatkan kapasiti global 3. dengan ketara melalui pembinaan dan pelebaran pintu masuk antarabangsa baru dan kapasiti kabel dasar laut.

AKSES

Secara amnya, HSBB akan disalurkan ke rumah-rumah dan syarikat perniagaan melalui teknologi gentian. Teknologi gentian ini mampu menghantar data dengan kualiti siaran yang lebih baik pada kelajuan melebihi teknologi talian pengguna jalur lebar digital (DSL) masa kini kerana ia menukar signal elektrik yang membawa data kepada cahaya dan menghantar cahaya tersebut pada kelajuan tinggi melalui gentian kaca. HSBB yang disalurkan kepada pengguna dan perniagaan melalui gabungan teknologi-teknologi Fiber-to-the-Home (FTTH)*, Ethernet-to-the-

Home (ETTH)**, Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2)*** dan Asymmetric Digital Subscriber Line 2+ (ADSL2+)****. Dalam kawasan pembangunan baru, FTTH akan menjadi teknologi pre-dominan yang digunakan bagi kawasan-kawasan kediaman dan hartanah komersil, manakala kawasan pembangunan sedia ada akan disokong oleh teknologi-teknologi FTTH, ETTH, VDSL2 dan ADSL2+ bergantung pada jenis harta benda dan perkhidmatan yang digunakan.

Nota* Fiber-to-the-Home (FTTH) – penghantaran secara fizikal kabel gentian optik secara langsung

ke rumah-rumah dan bangunan perniagaan menggantikan talian kuprum sedia ada** Ethernet-to-the-home (ETTH) – penyelesaian fiber umum yang berkembang daripada model

litar bersuis kepada model bersuis paket menggunakan Ethernet bagi menggantikan Asynchronous Transfer Mode (ATM)

*** Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2) – teknologi capaian/akses menggunakan talian kuprum sedia ada, merupakan piawai, terkini dan paling maju bagi komunikasi jalur lebar

**** Asymmetric Digital Subscriber Line 2+ (ADSL2+) – teknologi capaian/akses menggunakan talian kuprum sedia ada yang dapat menaikkan keupayaan ADSL asas dengan menggandakan jumlah bit hiliran

TERAS

TM akan menggunakan satu rangkaian Protokol Internet pelbagai guna – sama seperti ‘superhighway’ – untuk memudahkan peruntukan lebar jalur yang diperlukan. Ia akan menggunakan konsep ‘shared or centralised’ dan menggantikan rangkaian warisan di mana sistem, proses dan sumber berasingan digunakan untuk suara, data, video, multimedia, jalur lebar maju dan lain-lain kepada pelanggan. Rangkaian baru ini akan meningkatkan kualiti dan keseragaman perkhidmatan (QoS) melalui rangkaian yang optimum.

ANTARABANgSA

Bahagian antarabangsa projek HSBB akan merangkumi pembinaan kapasiti untuk menampung keperluan lebar jalur bagi pertumbuhan antarabangsa dan luar negara. Ini akan melibatkan pelaburan dalam pembinaan kapasiti kabel dasar laut, pintu masuk sempadan dan titik kehadiran antarabangsa (POP).

KESIMPuLAN

Rangkaian HSBB akan menjadi ‘akses terbuka’ di mana semua akses tambahan nilai yang berkelayakan dan pembekal perkhidmatan akan dapat memasarkan produk dan perkhidmatannya dan dikawal oleh badan berkuasa yang berkaitan. Secara keseluruhannya, ‘superhighway’ yang dilaksanakan akan menawarkan pelanggan dan syarikat perniagaan peluang untuk menikmati gaya hidup digital yang lebih kaya dan daya saing yang ditingkatkan melalui infrastruktur bertaraf dunia.

121LAPORAN TAHUNAN 2008

Kita kini berada di persimpangan yang menarik dalam sejarah telekomunikasi, hasil ledakan produk dan perkhidmatan kandungan yang akan membawa perniagaan komunikasi dan gaya hidup ke satu dimensi baru. Kebanyakannya dirangsangkan oleh jalur lebar. Di Malaysia, TM berada di pusat evolusi yang menarik ini.

PeNyAtA PeNGerUsi

tAN sri DAto’ ir MUhAMMAD rADzi hj MANsorPengerusi

PERSPEKTIF

PArA PEMEgAng sAhAM sEKAlIAn,

sAyA AMAT bErbEsAr hATI MEMPErsEMbAhKAn KEPADA AnDA lAPorAn TAhunAn TM unTuK TAhun

2008. InI MEruPAKAn TAhun yAng sEMEMAngnyA bErMAKnA KEPADA TM. IA ADAlAh TAhun PErTAMA

KAMI bEroPErAsI sEbAgAI sEbuAh EnTITI bErAsIngAn yAng MEnuMPuKAn KEPADA PErKhIDMATAn

TAlIAn TETAP DAn jAlur lEbAr KEbAngsAAn, bErIKuTAn PEnyEnArAIAn TM InTErnATIonAl bErhAD

(TMI) sEbAgAI sEbuAh EnTITI bErAsIngAn unTuK PErKhIDMATAn MuDAh AlIh PADA 28 APrIl 2008.

PEngAsIngAn InI TElAh MEMbolEhKAn KITA unTuK MElAngKAh DEngAn vIsI bAru ‘unTuK MEnjADI

PEnErAju PEngEnDAlI KoMunIKAsI gEnErAsI bAru MAlAysIA, MEMEnuhI KEPErluAn PElAnggAn

MEnErusI InovAsI DAn KEcEMErlAngAn PElAKsAnAAn’. MAlAh lEbIh PEnTIng lAgI, IA TElAh

MEMPErbAhAruI KEsungguhAn KAMI unTuK MEngEKAlKAn KEKuATAn KAMI DI DAlAM InDusTrI

TElEKoMunIKAsI yAng DInAMIK InI.

Tumpuan kepada satu arah tuju yang jelas sememangnya telah membantu Pengurusan untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap prestasi yang disasarkan. Hasilnya ialah peningkatan hasil 4.6% kepada RM8,674.9 juta daripada RM8,296.0 juta pada tahun 2007. Sebagai sebuah Syarikat, TM terus menarik pelanggan-pelanggan baru dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen jalur lebar, dengan mencatatkan 1.603 juta pelanggan pada akhir tahun 2008. Ini merupakan peningkatan sebanyak 26.7% daripada 1.265 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, terdapat pelbagai peningkatan penting dalam program kecekapan operasi dan modal TM. Di bawah program kecekapan CAPEX, kami melaksanakan pendekatan serampang dua mata dalam memperbaiki CAPEX untuk ‘Business As Usual’ (BAU) dan juga untuk Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN). Menjelang akhir tahun 2008, Syarikat telah berjaya mengurangkan tempoh kutipan akaun belum terima atau account receivable (AR) kami kepada 113 hari daripada 143 hari pada awal tahun. Dari segi kewangan, ini telah menyuntik tunai sebanyak RM244.0 juta ke dalam operasi kami. Pada masa yang sama, nisbah CAPEX BAU/Hasil bertambah baik kepada 16.7% daripada 21.2% pada tahun 2007, menghasilkan penjimatan sebanyak RM390.0 juta.

Walaupun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global pada tahun 2008, saya amat berbesar hati melaporkan bahawa kami telah mampu untuk memenuhi janji membayar dividen tahunan minimum sebanyak RM700 juta ataupun sehingga 90% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) yang dinormalisasikan. Kami mencadangkan dividen kasar akhir sebanyak 14.25 sen sesaham ditolak cukai 25%, atau jumlah keseluruhan RM382.3 juta. Jika dicampur dengan dividen interim 12.0 sen sesaham ditolak cukai 26% yang telah dibayar pada September 2008, kami bakal memulangkan semula dividen sejumlah RM700 juta ataupun 19.57 sen dividen bersih sesaham kepada pemegang saham pada tahun 2008.

Sebagai tambahan kepada bayaran dividen tersebut, Lembaga Pengarah telah mencadangkan pembayaran balik modal sebanyak RM0.98 sesaham, atau sejumlah RM3,505.8 juta, lantas memberikan nilai serta-merta kepada kadar pulangan jangka panjang bagi para pemegang saham. Ini akan menjadi kenyataan apabila pembayaran RM4,025.0 juta daripada TMI diterima pada 24 April 2009. TM menjangka akan menyelesaikan pembayaran balik modal ini pada awal suku ketiga 2009.

MEMBINA ASAS YANg BERKEKALAN uNTuK PERTuMBuHAN MASA DEPAN

Dalam tempoh 50 tahun lalu, kami telah melaksanakan transformasi rangkaian daripada manual kepada elektro-mekanikal dan sistem analog. Kemudian, pada pertengahan 1970-an, kita telah memperkenalkan sistem kawalan komputer semi-elektronik yang masih menggunakan teknologi analog sebelum menggunakan sistem digital pada awal 1980-an.

Hari ini kita sedang dalam peralihan, iaitu daripada digital lama kepada rangkaian berasaskan Protokol Internet (IP), atau Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN). Kami yakin, NGN tentunya akan meningkatkan keupayaan domestik dan juga antarabangsa, memandangkan rangkaian tersebut akan digandingkan dengan gerbang antarabangsa untuk penyambungan global yang lebih baik dan kecekapan yang lebih tinggi.

Kita kini berada di persimpangan yang menarik dalam sejarah telekomunikasi, hasil ledakan produk dan perkhidmatan kandungan yang akan membawa perniagaan komunikasi dan gaya hidup ke satu dimensi baru. Kebanyakannya dirangsangkan oleh jalur lebar. Di Malaysia, TM berada di pusat evolusi yang menarik ini.

123LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA PeNGerUsi

Pada September 2008, TM telah menandatangani perjanjian Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dengan Kerajaan, iaitu perjanjian yang pertama seumpamanya di negara ini untuk projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang akan menghubungkan 1.3 juta premis menjelang 2012. Tidak dinafikan, jalur lebar akan menjadi penjana utama pertumbuhan dalam industri telekomunikasi tetapi bagi kami di TM, projek ini merupakan sesuatu yang penting. Ia membolehkan kami bersama-sama dengan Kerajaan dalam melaksanakan satu lagi inisiatif utama pembangunan negara. Infrastruktur untuk HSBB akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, di mana Kerajaan akan melabur sebanyak RM2.4 bilion untuk tiga tahun yang pertama dan sebahagian besar pelaburan sebanyak RM8.9 bilion dibiaya oleh TM sepanjang keseluruhan dekad tersebut.

Satu bidang lain yang menjadi tumpuan utama pada tahun 2008 ialah langkah berterusan menyelaras dan memperkemaskan operasi kami bagi membentuk satu asas yang kukuh untuk kecemerlangan operasi bagi membolehkan kami mencatatkan pertumbuhan yang lebih cemerlang. Pada tahun 2006, kami telah memperkenalkan Program Peningkatan Prestasi (PIP) bagi mengekang penurunan hasil talian tetap. Pada tahun 2008, program ini telah diperkembangkan kepada PIP versi 2.0 dengan rangka kerja yang lebih meluas, berdasarkan empat tunjang strategik iaitu:

b• erorientasikan pelanggan dan peningkatan kualitiP• emikiran satu syarikat dengan berorientasikan perlaksanaanK• ecemerlangan operasi dan produktiviti modalK• epimpinan menerusi inovasi dan kecemerlangan komersil

Empat tunjang ini merangkumi keseluruhan spektrum aliran kerja atau workstream TM. Antara kesan langsung fokus baru terhadap kecemerlangan operasi dan produktiviti ini, Kumpulan telah menswastakan VADS Berhad (VADS)bagi mengoptimumkan portfolio produk dan perkhidmatan dan juga saluran jualan. Sinergi yang diperolehi daripada penswastaan ini akan membolehkan TM memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan Perusahaan kami. Menerusi perkongsian amalan terbaik serta sumber-sumber dan kemahiran antara VADS dan TM ini, kami dapat meraih manfaat strategik dan operasi.

Di bawah PIP 2.0, sasaran yang khusus telah ditetapkan untuk setiap bahagian seperti yang digariskan dalam Kad Skor Seimbang bahagian masing-masing. Sukacita saya menyatakan bahawa PIP 2.0 telahpun membuahkan beberapa hasil awal seperti yang dinyatakan tadi, antaranya tempoh kutipan akaun belum terima dan nisbah CAPEX BAU/Hasil yang lebih baik. Kita yakin bahawa perkembangan lanjut akan terus dilaporkan tidak lama lagi.

Sistem yang secanggih mana sekalipun tidak akan berjaya tanpa adanya anggota yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kecekapan. Hari ini, dalam kami memasuki persekitaran IP, kami juga akan memastikan bahawa anggota-anggota kami dilatih untuk menguruskan perubahan ini. Dato’ Adnan Rofiee, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan yang baru dilantik telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Pusat Kecemerlangan (COE) untuk Teknologi dan Perniagaan bagi mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan memastikan anggota-anggota kami mempunyai kemahiran teknikal di samping ketajaman dalam selok-belok perniagaan.

KOMITMEN KAMI: MENINgKATKAN PENgALAMAN PELANggAN

TM sentiasa memberikan penekanan terhadap khidmat pelanggan, namun kami mengakui bahawa masih ada ruang untuk memperbaikinya daripada setiap sudut. Untuk memenuhi ruang ini, kami masih meneruskan usaha menaiktaraf rangkaian, pusat interaksi pelanggan dan pengurusan saluran sambil menekankan inovasi terkini di dalam tawaran-tawaran produk dan perkhidmatan kami. Satu perubahan yang penting adalah penyelarasan model perniagaan kami untuk membolehkan fokus yang lebih baik kepada segmen-segmen pasaran yang berlainan dan keperluan mereka masing-masing. TM kini mempunyai empat bahagian – iaitu Pengguna Perniagaan/EKS, Perusahaan dan Kerajaan – untuk pasaran runcit, dan tiga bahagian yang lain untuk mengendalikan pasaran global, pasaran pukal dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Kami berazam untuk terus meningkatkan tahap penyediaan perkhidmatan – salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Syarikat – melalui pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan pelanggan menerusi kaji selidik pelanggan dan audit, dan dengan melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian. TM komited untuk membelanjakan tidak kurang daripada 3% daripada hasil tahunan untuk mempertingkatkan audit kualiti perkhidmatan (QoS), dan akan berpandukan Piagam Perkhidmatan Pelanggan yang dikemaskini.

PERSPEKTIF

124 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

MERINTIS KEMuNgKINAN uNTuK MASYARAKAT – RAKAN DALAM PEMBANguNAN NEgARA

Kepimpinan di TM mempunyai tradisi dalam menerapkan seluruh organisasi dengan kesedaran integriti dan tanggungjawab yang tinggi. Justeru itu, Tanggungjawab Korporat (CR) adalah asas teras dalam operasi-operasi dan proses-proses perniagaan. Sejarah membuktikan bahawa TM telah sejak dulu memberi sumbangan kepada pembangunan negara bukan sahaja menerusi pendekatan teknologi dan telekomunikasi, malah menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan dan pembangunan masyarakat dan negara.

Sebagai salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang utama, TM sedar akan keupayaannya untuk membuat perubahan bermakna dalam menyumbang ke arah pembangunan keupayaan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia. TM menjalankan beberapa inisiatif pendidikan yang menyokong kemajuan akademik pelajar-pelajar yang layak sehingga ke peringkat universiti melalui Yayasan TM. Di samping itu juga, TM turut menyediakan sambungan jalur lebar dan pendedahan ICT kepada dua sekolah angkat kami di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, di bawah program yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad, iaitu PINTAR.

Kami juga melabur ke atas warga kerja kami dan TM telah dikenali sebagai majikan pilihan. Selain persekitaran pekerjaan yang terbuka dan beretika, kami berusaha menawarkan pakej ganjaran yang kompetitif dan manfaat yang pelbagai, serta banyak peluang untuk pembangunan peribadi dan profesional para anggota. Usaha-usaha ini telah membantu kami memenangi anugerah StarBiz-ICRM Corporate Responsibility 2008 yang julung kali diadakan bagi kategori Tempat Kerja.

Selain dari itu, dengan azam untuk membantu menangani pemanasan global, TM juga telah memperhebatkan eko-programnya dan ia berpandukan sebuah Manual Alam Sekitar untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan biodiversiti. Dengan permulaan yang baik ini, kami telah menetapkan untuk meningkatkan usaha kami dalam mempromosikan kecekapan tenaga dan mengurangkan pembaziran melalui pelbagai aktiviti alam sekitar yang dilaksanakan di seluruh Syarikat.

PENgHARgAAN

Bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan anggota TM, saya ingin mengucapkan seikhlas penghargaan kepada Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, di atas perkhidmatan, komitmen dan kepimpinan yang cemerlang sepanjang tempoh menjadi Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, dari Julai 2004 sehingga peletakan jawatan beliau pada April 2008 untuk menyertai Maybank Berhad. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Azman Mokhtar, Dato’ Ir Dr Abdul Rahim Daud, Dato’ Lim Kheng Guan, Ir Prabahar NK Singam dan Encik Rosli Man, atas sumbangan mereka yang tidak ternilai selama ini selaku Pengarah, sehingga persaraan mereka semasa perlaksanaan langkah Pengasingan pada 25 April 2008, dan kepada Puan Dyg Sadiah Abg Bohan, yang menamatkan tugas beliau sebagai Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan pada Mac 2009.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Datuk Bazlan Osman selaku Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, dan bersedia untuk berkhidmat dengan mereka pada tahun 2009 dan seterusnya.

Saya juga ingin mengalu-alukan Pengarah-Pengarah yang telah dilantik ke Lembaga berikutan langkah Pengasingan, termasuk YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, Dato’ Ir Abdul Rahim Abu Bakar, Dato’ Danapalan TP Vinggrasalam, Encik Ibrahim Marsidi, Mr Quah Poh Keat, Mr Riccardo Ruggiero, Dr Farid Mohamed Sani, Pengarah Ganti kepada YM Tunku Mahmood Fawzy, dan Puan Eshah Meor Suleiman, Pengarah Ganti kepada Datuk Zalekha Hassan. Saya bersedia untuk bekerja dengan lebih rapat bersama mereka dalam membawa Kumpulan ini ke arah satu lagi tahun yang produktif walaupun dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

Akhir sekali, bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak berkepentingan, seperti pemegang saham, pelanggan, rakan perniagaan, pengawal selia, pihak Kerajaan, anggota, media dan lain-lain – yang telah memainkan peranan mereka dalam membantu membangun dan menaikkan jenama TM. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada 23,600 anggota di seluruh negara atas dedikasi dan komitmen mereka.

Ini adalah satu tempoh yang menarik untuk TM. Saya percaya bahawa TM memiliki pasukan yang tepat untuk membawa Syarikat maju ke hadapan dalam transformasinya menjadi sebuah syarikat pembekal komunikasi generasi baru. Dengan sokongan anda, kami akan terus memberi dan mencipta nilai untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

tan sri Dato’ ir Muhammad radzi Hj MansorPengerusi

125LAPORAN TAHUNAN 2008

Keperluan untuk mengurangkan kos akan menyebabkan syarikat dan juga individu mengubah cara mereka beroperasi. Teleworking akan bertambah popular dan akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap jalur lebar. Perubahan dalam cara penggunaan jalur lebar juga akan memperlihatkan permintaan yang lebih tinggi untuk aplikasi dan lebar jalur, di mana kedua-duanya akan meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan rangkaian.

PeNyAtA KetUA PeGAwAi eKseKUtif KUMPUlAN

DAto’ zAMzAMzAirANi MohD isAKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

PERSPEKTIF

2008 MEruPAKAn TAhun yAng MEncAbAr. KETIKA DunIA bErgEluT DEngAn KrIsIs KEwAngAn, PErsAIngAn

DAlAM InDusTrI TElEKoMunIKAsI TIDAK PErnAh bErKurAngAn. PADA KETIKA InIlAh TM MEnyusun sEMulA

TuMPuAn sTrATEgIK DAn KEDuDuKAnnyA DAlAM PAsArAn. TAhun InI jugA MEruPAKAn TAhun PErTAMA

sAyA MEnErAjuI syArIKAT TElEKoMunIKAsI TErulung DI MAlAysIA InI, sEbAIK sAhAjA MulA MEnyAnDAng

jAwATAn sEbAgAI KETuA PEgAwAI EKsEKuTIF KuMPulAn PADA 25 APrIl 2008.

Syarikat terus menjadi sebahagian daripada perubahan-perubahan global yang mempengaruhi seluruh industri. Daripada berbagai-bagai kegiatan utama pada 2008, peristiwa yang paling bermakna bagi TM adalah penyelesaian langkah Pengasingan pada bulan April. Semenjak itu, tumpuan perniagaan TM telah diselaraskan menjadi dua perkhidmatan teras, iaitu talian tetap dan jalur lebar nasional. Skop operasi yang lebih fokus telah membolehkan kami mensasarkan tenaga kami secara lebih strategik untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan dari segi kos dan secara lebih cekap. Malah, pada 2008, TM telah meletakkan asas-asas operasi yang kami harapkan akan mempercepatkan pertumbuhan menerusi prestasi yang telus, organisasi yang fokus dan keupayaan pelaksanaan yang dipertingkatkan.

Tahun 2008 juga akan diingati kerana perjanjian Perkongsian Awam-Swasta telah ditandatangani dengan Kerajaan untuk membekalkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada 1.3 juta kediaman menjelang 2012. Jalur lebar diiktiraf di seluruh dunia sebagai tanda permulaan perubahan besar-besaran telekomunikasi yang membawa manfaat berterusan dari segi sambungan dan kandungan yang akan mempengaruhi sepenuhnya cara kehidupan kita. Pada masa yang sama, ia menawarkan begitu banyak kemungkinan untuk memperbaiki tahap kehidupan masyarakat terpinggir dan kurang bernasib baik. Di Malaysia, TM akan menubuh dan

melancarkan perkhidmatan baru yang hebat ini dengan pelaburan tidak kurang daripada RM8.9 bilion dalam jangka masa 10 tahun untuk melengkapi pelaburan kerajaan sebanyak RM2.4 bilion bagi memastikan Malaysia menikmati sepenuhnya potensi era HSBB.

Bersandarkan segala usaha TM yang fokus dan terancang untuk meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos dan memperbaiki pengurusan modal, kami telah dapat menambahkan lagi jumlah pelanggan, dan mencatatkan prestasi yang menggalakkan dalam persekitaran yang mencabar. Kami juga telah dapat memenuhi komitmen kami untuk membayar dividen RM700 juta atau sehingga 90% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) yang dinormalisasi.

TINJAuAN PRESTASI 2008

TM mencatatkan hasil RM8,674.9 juta, yang menunjukkan pertumbuhan 4.6% daripada RM8,296.0 juta pada 2007. Jalur lebar kekal sebagai pemacu utama setelah berkembang 25.8% dan menyumbang 17.0% kepada hasil keseluruhan TM iaitu meningkat 14.1% daripada tahun lalu. Pertumbuhan dalam jalur lebar dan data membantu mengekang penurunan hasil suara.

PATAMI menurun 73.2% kepada RM229.3 juta daripada RM856.7 juta pada 2007. Sebahagian besarnya adalah berpunca daripada caj-caj luar biasa, seperti peruntukan khusus untuk hutang-hutang ragu dan

penyelarasan hasil bagi penghutang asing Perkhidmatan Suara Berasaskan Protokol Internet (VoIP) tertentu, kos Skim Opsyen Saham Anggota, penguncupan nilai pelaburan-pelaburan yang disebutharga, kerugian pertukaran pinjaman matawang asing dan realisasi rizab tukaran asing ke atas pelupusan Sociate Des Telecommunications De Guinea S.A. (Sotelgui). Jika tidak mengambilkira perkara penting yang tidak berulang ini, PATAMI yang dinormalisasi sepatutnya sebanyak RM708.5 juta bagi tahun kewangan semasa berbanding RM432.2 juta PATAMI yang dinormalisasi pada 2007.

Hasil Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai dan Pelunasan (EBITDA) bagi tahun kewangan 2008 ialah RM2,917.0 juta berbanding RM3,237.8 juta pada 2007 disebabkan kos-kos luar jangka yang dinyatakan di atas. Melihat kepada segmen-segmen khusus, Perniagaan Retail kami mencatat jualan bersih RM6.9 bilion, iaitu peningkatan 5.9% daripada pencapaian 2007. Ini menghasilkan jumlah EBITDA sebanyak RM1.5 bilion, menunjukkan pertambahan 4.8% daripada 2007. Bagaimanapun, margin EBITDA jatuh sebanyak 0.2% daripada 2007 disebabkan pertambahan setara kos langsung, yang sebahagian besarnya adalah perkongsian pembayaran hasil dengan rakan kongsi, bayaran antarabangsa ke luar, kos sekali yang berkaitan dengan projek-projek pelanggan yang boleh dikenakan bayaran.

127LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA KetUA PeGAwAi eKseKUtif KUMPUlAN

Perniagaan Wholesale mencatatkan hasil RM997.1 juta pada 2008 dengan sumbangan hasil luar yang meningkat 3.2% daripada RM667.9 juta pada 2007 kepada RM689.5 juta. Di samping itu, kos pengurusan kecekapan telah memperbaiki bayaran keluar sebanyak 13.7%. Pertumbuhan positif kedua-dua data dan perkhidmatan lebar jalur serta prestasi hebat oleh Fiberail dan Fibercomm turut menyumbang kepada peningkatan keuntungan Wholesale, daripada RM98.9 juta pada 2007 kepada RM128.9 juta.

Hasil Global merosot 1.2% daripada RM848.7 juta kepada RM835.2 juta. Data menyumbangkan 37.2% kepada hasil berbanding Suara sebanyak 62.8%. Pada 2007, Data menyumbangkan 30.1% dan Suara 69.9%. Keuntungan tahun semasa sebanyak RM36.7 juta adalah lebih rendah daripada RM78.7 juta yang dicatatkan pada 2007, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh peruntukan hutang lapuk beberapa pengendali VoIP dan pelarasan satu kali untuk kos komitmen jumlah.

Dari segi pengurusan kos, tumpuan utama kami pada 2008 adalah untuk mengekang dagangan yang tidak dapat dikutip dengan memperbaiki sistem sokongan pengebilan dan memperkukuhkan pengurusan kredit kami. Kesannya, hutang lapuk telah banyak berkurangan ke tahap yang boleh diterima dan kedudukan tunai bertambah baik.

TM juga telah mengutamakan pemasaran dan aktiviti-aktiviti promosi untuk membina pangkalan data pelanggan. Pelaksanaan modul komisen baru yang berdasarkan pembayaran pelanggan telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pelanggan.

Untuk pemegang saham kami, selain jumlah pembayaran dividen RM700.0 juta yang dicadangkan, kami juga telah mencadangkan pembayaran balik modal yang dianggarkan sebanyak RM3,505.8 juta. Pemegang-

pemegang saham TM berhak menerima RM0.98 bagi setiap saham TM yang dipegang. Pembayaran balik modal ini dijangka selesai dilaksanakan pada awal suku ketiga 2009, dan ia adalah selaras dengan rangka kerja pengurusan modal kami yang menyokong pemulangan lebihan tunai kepada pemegang saham untuk memberikan peningkatan nilai yang segera dan memperbaiki kadar pulangan jangka panjang.

INOVASI DAN MEMENuHI KEPERLuAN KOMuNIKASI MENYELuRuH PELANggAN

Objektif utama TM adalah untuk memperkasakan individu dengan membantu proses komunikasi, memudahkan pelaksanaan tugas-tugas biasa, membolehkan aliran maklumat yang mudah dan mencipta tambahan nilai menerusi perluasan jangkauan dan capaian pelanggan kami. Sehubungan dengan itu, kami telah menggunapakai teknologi terkini yang diubah menjadi produk-produk dan perkhidmatan yang meningkatkan gaya hidup dan perniagaan secara konsisten.

Jalur lebar ialah satu contoh peningkatan tersebut. Tahun 2008 telah menyaksikan penerimaan kukuh perkhidmatan jalur lebar yang menyumbang kepada kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen ini. Pada akhir 2008, kami mempunyai 1.603 juta pelanggan jalur lebar, 26.7% lebih daripada pelanggan kami yang berjumlah 1.265 juta pada 2007. Kami juga menguasai liputan wi-fi yang tertinggi dengan lebih 1,300 zon Streamyx di seluruh negara.

Sebagai langkah untuk menambah nilai perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan Streamyx dan menggalakkan pembangunan kandungan di negara ini, TM telah melancarkan BlueHyppo Kidz Club. Objektif kami adalah untuk memupuk kecenderungan kanak-kanak Malaysia untuk memanfaatkan Internet sepenuhnya dalam satu persekitaran

yang selamat dan dilindungi untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa di samping mengambil kira keperluan mereka dari segi pendidikan dan hiburan. Keahlian kelab ini memberikan kanak-kanak capaian kepada berbagai-bagai aktiviti yang menyeronokkan menerusi Portal BlueHyppo Kidz. Ahli-ahli juga boleh mempamerkan daya kreatif masing-masing dengan menghasilkan laman web dan blog dalam talian menggunakan Pencipta Laman Web dan kemudahan Blog yang disediakan.

TM turut melancarkan Hypp.TV, yang menawarkan kepada pelanggan-pelanggan kandungan-kandungan video ‘live streaming’ dan ‘video-on-demand’ tanpa gangguan meliputi pelbagai kategori dari berita, hiburan, sukan, dan lain-lain menerusi komputer peribadi atau komputer riba. Dengan pilihan melebihi 30 saluran, pelanggan-pelanggan TM Streamyx mempunyai banyak pilihan TV jalur lebar. Selain pilihan saluran meluas yang disediakan, Hypp.TV turut menawarkan ‘video-on-demand’ dan format ‘live streaming’ serta perkhidmatan interaktif seperti membeli-belah menerusi web, ruang pameran produk, perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan interaktif pengguna dan banyak lagi.

Sebelum ini, kami mempunyai beberapa kelemahan berkaitan Streamyx, namun telah mengambil langkah-langkah sokongan di barisan hadapan dan belakang tabir untuk memperbetulkan semua ini. Di peringkat operasi, kami menjangka untuk meningkatkan pengalaman pelayaran pengguna secara ketara menerusi migrasi daripada sistem digital lama kepada tulang belakang IP sepenuhnya. Pada masa yang sama, kami sedang memperbaiki lagi perkhidmatan sokongan pelanggan untuk mencapai Penyelesaian Pada Panggilan Pertama (FCR), iaitu untuk menyelesaikan aduan pelanggan tanpa memerlukan mereka membuat panggilan lebih daripada sekali.

PERSPEKTIF

128 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Kami juga telah memastikan perkhidmatan kami lebih mudah diperolehi dengan memperluaskan rangkaian TMpoint sambil meningkatkan kecekapan dengan memperkenalkan kaunter-kaunter maya dan pelbagai saluran pembayaran yang mudah. Kami juga memperbaiki reka bentuk Akses Nombor Tunggal (SNA) untuk memendekkan masa yang diambil oleh pelanggan untuk bercakap dengan wakil-wakil perkhidmatan pelanggan kami. Komitmen kami untuk memastikan tahap pengalaman pelanggan yang tertinggi boleh dilihat menerusi peruntukan 3% daripada hasil tahunan kami untuk mempertingkatkan mutu pengalaman pelanggan. Malahan, ini telah dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2009.

INISIATIF-INISIATIF uTAMA uNTuK MENINgKATKAN PENcIPTAAN NILAI

Pada 2006, kami telah melancarkan satu inisiatif utama, Program Peningkatan Prestasi (PIP) 1.0 untuk meningkatkan kecekapan operasi. Berikutan penyelarasan perniagaan teras, terdapat keperluan untuk melihat semula garis panduan ini bagi memperkukuhkan lagi operasi kami, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, memperbaiki keupayaan-keupayaan dalaman dan memastikan keuntungan yang lebih baik. Hasilnya ialah PIP 2.0 yang diperkenalkan pada November 2008. Program ini menumpukan kepada empat teras utama:

b• erorientasikan pelanggan dan peningkatan kualitiP• emikiran satu syarikat dengan berorientasikan perlaksanaanK• ecemerlangan operasi dan produktiviti modalK• epimpinan menerusi inovasi dan kecemerlangan komersil

Apabila kami menggabungkan keempat-empat bidang utama ini, kami mendapat program ‘COOL’ yang merangkumi setiap aspek perniagaan dan operasi. TM PIP 2.0 meliputi kesemua 23 aliran kerja yang berjalan selari, setiap satunya dengan sasaran khusus. Saya sendiri amat mengambil berat ke atas sasaran-sasaran ini, dan menerima laporan mengenainya secara berjadual daripada Pejabat Pengurusan Prestasi dan Program. Sementara itu, kami telah memaklumkan kepada anggota kami betapa pentingnya PIP 2.0 menerusi kempen ke seluruh negara yang menekankan bahawa semua individu boleh menyumbang kepada kejayaannya.

Usaha-usaha ini telahpun membuahkan hasil. Sukacita saya laporkan bahawa hasil pelaksanaan PIP 2.0, hari akaun penerimaan (AR) telah turun kepada 113 daripada 143 pada awal 2008, nisbah CAPEX Business as Usual (BAU)/Hasil juga telah bertambah baik kepada 16.7% daripada 21.2% pada 2007. Kedua-duanya telah menjimatkan RM634.0 juta untuk Syarikat.

Kami juga telah melaksanakan transformasi model perniagaan untuk menumpukan khususnya kepada pelanggan-pelanggan kami dan memenuhi keperluan mereka secara lebih bersepadu dan cekap. Dari segi struktur, TM kini mempunyai enam segmen utama pelanggan yang kami sasarkan satu persatu. Sebagai sebahagian daripada penyelarasan struktur kami dan untuk membolehkan pertumbuhan yang lebih besar dalam segmen perusahaan, kami telah menswastakan VADS Berhad (VADS). Ini telah selesai dilaksanakan pada 12 Februari 2009.

Proses penyelarasan semula ini turut diperluaskan kepada bahagian latihan dan pendidikan kami. Secara tradisinya, anggota TM menjalani

1. Berorientasikanpelanggan dan

peningkatan kualiti

2. Pemikiran SatuSyarikat denganberorientasikanperlaksanaan

3. Kecemerlanganoperasi dan

produktiviti modal

4. Kepimpinanmenerusi inovasi dan

kecemerlangankomersil

program peningkatan prestasi (pip 2.0)

129LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA KetUA PeGAwAi eKseKUtif KUMPUlAN

latihan di Kolej Multimedia (MMC) yang sejak beberapa tahun ini telah mengendalikan kursus-kursus bertauliah taraf diploma untuk pelajar-pelajar ‘luar’. Pada suku keempat 2008, kursus-kursus luaran ini telah dipindahkan kepada Universiti Multimedia, yang juga anak syarikat 100% milik TM. Langkah ini membolehkan MMC – untuk dikenali sebagai Pusat Latihan TM – untuk memberi fokus secara khusus untuk memenuhi keperluan dalaman TM, terutamanya untuk melatih dan melengkapi anggota dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi pelaksanaan HSBB. Pada masa yang sama, ianya memperkukuhkan kedudukan MMU sebagai pusat kecemerlangan untuk memupuk tenaga kerja mahir ICT untuk negara.

Beserta dengan struktur organisasi yang telah disusun semula, kami telah memperkukuhkan peringkat kepimpinan TM. Kini kami mempunyai dua pasukan pemimpin untuk menyokong dan melaksanakan perkara-perkara operasi dan strategik. Pasukan Pemimpin Kumpulan (GLT) menumpukan kepada prestasi perniagaan dan operasi manakala Jawatankuasa Pengurusan

(MC) menumpukan kepada isu-isu strategik dan pembangunan perniagaan. Selain itu, kami telah mewujudkan jawatan baru di peringkat pengurusan – Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, untuk mengawasi perniagaan Wholesale, Global, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan dan Perniagaan Sokongan. Dato’ Adnan Rofiee, yang telah dilantik untuk menyandang jawatan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan yang baru, akan turut mengawasi Program Pengurusan Pelanggan secara menyeluruh. Ianya merangkumi Operasi Rangkaian dan Pusat-pusat Kecemerlangan dalam melaksanakan amalan-amalan terbaik oleh anggota kami.

TM, PENYEDIA KOMuNIKASI gENERASI BARu

Satu perkembangan yang begitu penting pada 2008 adalah permulaan perjalanan kami yang menarik untuk menjadi penyedia perkhidmatan generasi baru. Paling penting ialah migrasi rangkaian teras kepada platform IP sepenuhnya. Kami juga sedang memperluaskan rangkaian kami, di peringkat tempatan, untuk menyediakan capaian jalur lebar

peringkat akhir ke rumah-rumah dan perniagaan; dan di peringkat antarabangsa, untuk meningkatkan sambungan global negara dan kecekapan rangkaian menerusi gerbang-gerbang baru.

Peningkatan dan perluasan infrastruktur kami akan membolehkan TM memenuhi keperluan semua segmen pasaran termasuk pengguna, enterpris kecil dan sederhana (EKS), perusahaan besar serta sektor korporat dan kerajaan dengan lebih baik.

Infrastruktur HSBB akan ditawarkan kepada semua pengendali berlesen yang berada di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Capaian terbuka ini akan membawa semua perkhidmatan ICT yang disediakan di negara ini ke tahap baru. Ia juga akan merangsang pembangunan kandungan tempatan dan aplikasi industri. Saya berasa sukacita untuk melaporkan bahawa perkembangan projek HSBB sedang berjalan mengikut jadual. Pada 16 Mac 2009, kami telah mengisytiharkan secara rasmi Petunjuk Terma dan Syarat (ITC) untuk HSBB Transmission sebagaimana yang dijadualkan. Kami akan terus memaklumkan industri tentang perkembangan terkini dan komited untuk berkerjasama dengan rakan kongsi industri untuk mewujudkan persekitaran HSBB yang sihat di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, TM telah meletakkan posisinya dan juga Malaysia sebagai hab internet serantau menggunakan sambungan global kami yang meluas menerusi sistem-sistem kabel dasar laut. Konsortium serantau terbaru yang diterajui oleh TM ialah Asia America Gateway (AAG), yang buat pertama kalinya menghubungkan Malaysia secara langsung dengan Amerika Syarikat serta titik-titik pendaratan di Filipina, Vietnam, Thailand, Brunei, Hong Kong dan Singapura. Dengan rekabentuk berkeupayaan 1.92Tbps, AAG dijangka siap pada suku kedua 2009.

SEGMEN PERNIAGAAN LINE OF BUSINESS

(LOB)

PENGGUNA

PRODUK RETAIL

HSBB

TEKNOLOGI (PEMBANGUNAN RANGKAIAN, OPERASI RANGKAIAN* & IT)

PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN*

SME PERUSAHAAN KERAJAAN

FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

FUNGSI BERPUSAT

PERNIAGAAN SOKONGAN

WHOLESALE

PRODUK

GLOBAL

PRODUK

• KEWANGAN KUMPULAN• PEROLEHAN KUMPULAN• PENGURUSAN MODAL INSAN KUMPULAN

• PERUNDANGAN & PEMATUHAN KUMPULAN

• PEMASARAN KUMPULAN• KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN

• PEJABAT GCEO − STRATEGI & KAWALSELIA − PEMBANGUNAN PERNIAGAAN − PPMO

Model perniagaan baru tM

*Program Pengurusan Pelanggan

PERSPEKTIF

130 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

MEMPERKASAKAN ANggOTA YANg MENJADI TONggAK KEJAYAAN

TM mempunyai rekod yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan, hasil ketekunan dan komitmen anggota-anggota kami. Sepanjang perjalanan kami selama ini, dalam menguruskan perubahan pesat serta mengekalkan kedudukan peneraju dalam industri, kami sentiasa melatih anggota-anggota kami secara berterusan bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan mampu melaksanakan tugas dengan cekap.

Kami menjalankan program-program latihan yang berstruktur bagi mempertingkatkan kemahiran dalaman (perilaku) untuk eksekutif-eksekutif dan kursus-kursus fungsian bagi membangunkan kepakaran teknikal atau kemahiran luaran. Kami juga turut menghantar Pengurusan Kanan ke institut perniagaan yang terkenal seperti INSEAD dan Harvard sebagai tambahan kepada Program Pembangunan Pengurusan Kanan yang kami tawarkan kepada mereka.

Bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran anggota-anggota, kami juga telah menubuhkan Pusat

Kecemerlangan (COE) untuk Teknologi dan juga Pusat Kecemerlangan untuk Perniagaan. Ini bukanlah sebuah pusat fizikal tetapi merupakan satu fungsi penting yang akan bekerjasama dengan Pengurusan Modal Insan Kumpulan bagi mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh TM, dan kemudiannya membangunkan program-program latihan untuk melengkapkan anggota dengan kemahiran tersebut. Mengikut perancangan, kami ingin mewujudkan persekitaran latihan yang menyeluruh yang menggabungkan latihan dalam kelas dengan pengalaman latihan bengkel dan bimbingan secara peribadi bagi memperkasakan anggota-anggota kami.

Bagi memastikan bahawa latihan yang diberikan membawa kepada prestasi yang lebih baik, kami juga telah mengkaji semula skim ganjaran untuk Eksekutif bagi menjadikan mereka lebih berorientasikan prestasi. Ini akan dijalankan secara berperingkat daripada 2009 hingga 2011, di mana nisbah gaji tetap kepada gaji boleh-ubah untuk Eksekutif akan dikurangkan daripada 80:20 kepada 70:30. Pada masa yang sama, kami juga akan mengamalkan Pengurusan Akibat yang lebih tegas bagi anggota-

anggota yang menunjukkan prestasi rendah. Kedua-dua inisiatif ini akan membantu membina budaya yang lebih kompetitif dan berprestasi tinggi.

Menyedari bahawa anggota akan lebih bermotivasi dengan sikap keterbukaan dan juga ketelusan, kami juga telah mewujudkan beberapa saluran komunikasi bagi memudahkan dialog. Sebagai contohnya, kempen yang dijalankan di seluruh negara untuk memaklumkan mengenai PIP 2.0. Lebih daripada 150 sesi bersemuka telah diadakan dengan anggota bagi memastikan mereka memahami PIP dan memberikan sokongan padu.

TINJAuAN PERSEKITARAN DOMESTIK

Di Malaysia, kesan keseluruhan kegawatan kewangan global terus dirasai. Pertumbuhan KDNK menurun kepada 4.7% pada suku ketiga 2008 selepas pertumbuhan yang kukuh sebanyak 7.1% pada setengah tahun pertama (semakan kenaikan daripada 6.7%) dan kemudiannya menjunam sebanyak 0.5% pada suku keempat. Kesannya, pada November yang lalu Kerajaan telah melancarkan pakej rangsangan bernilai RM7 bilion yang akan dibiayai oleh pengurangan subsidi. Ini kemudiannya diikuti dengan pakej rangsangan yang lebih besar bernilai RM60 bilion pada 10 Mac 2009.

Hasil keluaran perindustrian sehingga November 2008 merosot selaras dengan pengurangan eksport. Bagaimanapun penurunan harga minyak domestik telah mengurangkan inflasi kepada 5.7% pada November, berkurangan daripada kadar yang tertinggi yang dicatatkan pada Ogos iaitu 8.5%. Keyakinan pengguna dan perniagaan juga merosot mendadak di bawah 100 mata pada suku terakhir 2008. Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) menjunam 53.8 mata dalam suku keempat daripada 99.6 mata pada suku ketiga. Di samping itu, petunjuk sektor MIER untuk dagangan runcit, hartanah kediaman, pelancongan dan industri kenderaan juga menurun di bawah paras biasa.

Hala tuju 3 tahun: Meningkatkan gaji boleh ubah, Menekankan kepada pencapaian selaras dengan ganjaran berasaskan prestasi

nisbah gaji 80:20 nisbah gaji 70:30

2007

2008

2009

2010

2011

program berkaitan produktiviti:•  Skim  Insentif  Jualan• JobBroadbanding•  Insentif  Pasaran Kompetitif• Specialist Track•  Semakan  Semula Gaji

•  Kenaikan  gaji  tahunan  lebih  rendah• Gaji  pokok  berisiko•   Gaji  boleh  ubah  lebih  tinggi  untuk 

prestasi• Specialist Scheme sepenuhnya•   Ganjaran  berkumpulan  (State Award)

program ganjaran•  Skim  Insentif  Jualan

purata kenaikan gaji tahunan x%

131LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA KetUA PeGAwAi eKseKUtif KUMPUlAN

Industri ICT Malaysia bagaimanapun menyerlah dengan mencatatkan pertumbuhan keseluruhan sebanyak 12% daripada 2007 sehingga mencecah US$1,329.3 juta. Pelbagai faktor telah menyumbang kepada pertumbuhan ini termasuklah usaha-usaha yang berterusan untuk melengkapi agensi-agensi kerajaan dengan sistem berkomputer dan program-program merapatkan jurang digital. Pembangunan dalam kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC), penyelidikan dan pembangunan ICT dan pelancaran Tabung Mempercepatkan Pertumbuhan EKS berjumlah RM1 bilion untuk mempertingkatkan EKS dengan kepakaran ICT telah menjana lagi pertumbuhan ICT. Usaha-usaha ini dirangsang lagi dengan pengurangan cukai bagi pelaburan yang berkaitan dengan jalur lebar.

Dari segi kawalseliaan, Mandatory Standards of Access (MSA) telah disemak pada penghujung tahun dan kemudiannya polisi muktamad diumumkan pada awal Januari 2009. Bagi TM, polisi baru ini bermakna kami perlu bergelut dengan keperluan yang lebih besar untuk Local Loop Unbundling (LLU). Satu lagi perubahan kawal selia yang penting yang berlaku pada 2008 ialah pelaksanaan Mobile Number Portability yang memerlukan TM melaksanakan proses–proses baru yang melibatkan kos tambahan untuk panggilan daripada talian tetap ke mudah alih dan juga sebaliknya.

Di peringkat dalaman, TM telah memulakan penyusunan semula dan perubahan berikutan langkah pengasingan yang dilaksanakan dan perubahan ini dijangka akan berterusan sehingga suku kedua 2009. Kami juga telah membuat pelaburan yang besar – secara fizikal dan juga dari segi teknikal serta keupayaan intelektual- bagi memastikan kejayaan HSBB. Pada masa yang sama, sebagai sebuah GLC, kami juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kami terhadap pembangunan negara dan perlu terus menumpukan perhatian untuk menyediakan perkhidmatan

jalur lebar di kawasan-kawasan USP serta di kawasan-kawasan pembangunan baru seperti Iskandar Malaysia.

uRuS TADBIR KORPORAT

TM sentiasa mengekalkan standard urus tadbir korporat yang tinggi, dan kami percaya ianya kritikal terhadap integriti kami bagi terus mengekalkan kepercayaan pelabur-pelabur terhadap Syarikat. Kami juga memastikan semua Pengarah dan anggota bertindak dengan jujur, penuh integriti dan adil. Kami bukan sahaja mematuhi prinsip-prinsip dan amalan terbaik seperti yang digariskan dalam Kod Urus Tadbir Malaysia, tetapi juga berpegang kepada amalan-amalan terbaik seperti yang ditetapkan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi GLC Berprestasi Tinggi (PCG). Penyata Pematuhan kami sebenarnya melebihi daripada amalan terbaik seperti yang terkandung di dalam Kod tersebut, memandangkan kami komited untuk melindungi kepentingan pemegang-pemegang saham dan juga pihak-pihak yang berkepentingan. Standard kami yang tinggi dalam Urus Tadbir seperti yang digambarkan dalam laporan korporat

dan kewangan kami, telahpun diiktiraf oleh beberapa pihak yang berwibawa dalam bidang ini, seperti NACRA dan Malaysian Business-CIMA Enterprise Governance Awards.

TANgguNgJAWAB KAMI YANg LuAS – RAKAN KONgSI PEMBANguNAN NEgARA

Sememangnya TM berbangga kerana menjadi ahli yang menyumbang untuk masyarakat. Semenjak mula ditubuhkan, TM telah menjadi rakan kongsi dalam pembangunan negara. Dengan mengamalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Korporat (CR) Bursa Malaysia untuk Syarikat-Syarikat Senaraian Awam (PLC), komitmen kami untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab dan meningkatkan kesan keseluruhan dalam pasaran, tempat kerja, masyarakat dan persekitaran telah diperkukuhkan lagi.

Sukacita saya maklumkan bahawa dalam kaji selidik CR Bursa Malaysia pada tahun lalu, TM telah mendapat 90 mata daripada 150 lantas meletakkan kami dalam kategori kedua tertinggi. Hanya terdapat sebanyak 9% sahaja daripada PLC Malaysia yang tergolong di bawah kategori ini. Ianya mengiktiraf komitmen kami dalam mengendalikan operasi dengan penuh beretika, berkekalan dan memenuhi tanggungjawab sosial.

Dalam melaksanakan usaha-usaha CR kami terhadap masyarakat, kami menumpukan kepada dua platform utama: Pendidikan dan Pembangunan Masyarakat & Negara. Menerusi Yayasan TM, kami terus menawarkan biasiswa untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga ke Ijazah Sarjana di dalam dan luar negara, di samping membantu anggota yang ingin membuat pinjaman pembelajaran dan juga pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di sekolah-sekolah menengah bantuan kerajaan. TM telah memberikan sebanyak RM20.1 juta untuk biasiswa pada tahun 2008.

Perkhidmatan Berorientasikan ProjekPerkhidmatan “Outsourcing”Perkhidmatan Sokongan dan Latihan

30.6% 38.3%

30.9%

Sumber IDC, ICT Malaysia 2008

perbelanjaan perkhidmatan it di Malaysia mengikut pasaran Makro

PERSPEKTIF

132 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dari segi pembangunan masyarakat dan negara, kami membantu pihak-pihak yang memerlukan dan yang kurang berkemampuan menerusi pemberian sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pertubuhan kebajikan di samping merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Satu daripada projek utama kami ialah PINTAR, iaitu inisiatif oleh Khazanah Nasional Berhad di mana TM telah mengambil dua buah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai sekolah angkat. Kami telah mengadakan pelbagai program bagi menggalakkan kecemerlangan dalam bidang akademik untuk pelajar-pelajar di sekolah ini, dan telah menyumbangkan sebanyak 42 buah komputer yang dilengkapi sambungan Internet jalur lebar di setiap sekolah.

Kami juga berhasrat untuk mempertingkatkan usaha-usaha kami dalam mengatasi isu perubahan iklim. Kami mempunyai Manual Alam Sekitar untuk meminimumkan kesan terhadap alam semula jadi dan biodiversiti dan kami sedang melaksanakan kaedah-kaedah seperti yang terkandung di dalam ISO14001:2000 Spesifikasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar dalam menjalankan operasi seharian kami. Di samping itu, kami juga menggalakkan pelaksanaan tabiat kehijauan yang mudah dilakukan seperti kitar semula, menghantar e-mel untuk berkomunikasi daripada menggunakan kertas bercetak, memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta menggunapakai pelbagai cara penjimatan tenaga. Untuk menggabung dan melengkapi aktiviti ini, TM telah memulakan satu kempen utama untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang efisien dan juga penanaman pokok dan kempen ini akan dilancarkan pada 2009.

gAMBARAN 2009

Pertumbuhan global pada tahun 2009 dijangka merosot kepada 0.5% apabila ianya diukur dalam bentuk kesamaan kuasa beli dan menjadi negatif apabila diukur dari segi kadar tukaran pasaran. Ianya menunjukkan penurunan sebanyak 1.75 mata peratusan daripada maklumat IMF yang dikemaskini pada November 2008. Dalam tempoh jangka panjang, usaha-usaha yang berterusan untuk mengurangkan bebanan kredit di samping perkembangan fiskal dan polisi kewangan dijangka akan dapat memulihkan keadaan pada 2010 dengan ekonomi global yang semakin meningkat kepada 3%. Bagaimanapun, tindakan polisi yang kukuh untuk menyusun semula sektor kewangan amatlah penting bagi memastikan pemulihan ini.

Pertumbuhan di dalam ekonomi-ekonomi yang baru dan membangun juga dijangka menurun daripada 6.25% pada 2008 kepada 3.25% pada 2009. Walaupun rendah, pertumbuhan ini dijangka kekal pada atau melebihi kadar semasa kegawatan ekonomi global dahulu.

Dalam negara, Kerajaan telah menurunkan ramalan pertumbuhan KDNK pada 2009 antara negatif 1% dan positif 1%, manakala MIER meramalkan pengecutan sebanyak 3.8%. Gabungan kedua-dua pakej rangsangan yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada November dan Mac dengan pengecualian cukai kira-kira RM3 bilion, jumlah suntikan fiskal pada tahun 2009 menghampiri RM20 bilion dan mungkin akan menaikkan defisit fiskal kepada 7.6% daripada KDNK daripada sebanyak 4.8% dahulunya.

Melihat kepada sektor ICT, ICT untuk Perusahaan, EKS dan Kerajaan kini menyumbang di antara 6-10% daripada jumlah hasil mana-mana telco sedia ada yang berasaskan perkhidmatan. Walaupun kebanyakan telco merancang untuk berkembang pada 12-15% dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka mungkin

menjangkakan margin yang lebih rendah ketika beralih memasuki era baru dalam ekosistem ICT dengan pertumbuhan yang lebih perlahan disebabkan kegawatan ekonomi.

Kebanyakan telco menceburi ICT dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang berorientasikan rangkaian sebagai langkah semula jadi untuk memperluaskan penyelesaian sambungan mereka. Rangkaian terurus dan infrastruktur berasaskan IT, hosting (ruang, paip dan utiliti), perkhidmatan panggilan IP/pusat panggilan automatik, perkhidmatan rangkaian keselamatan dan aplikasi hosting merupakan antara perkhidmatan utama hari ini. Baru-baru ini juga, banyak syarikat telah melabur dalam perisian sebagai satu perkhidmatan, aplikasi perusahaan mudah alih dan aplikasi pembangunan serta perkhidmatan Shared ASP-type. Skala operasi dan juga skop perkhidmatan menjadi semakin penting bagi merebut perniagaan terutamanya dalam pasaran global kerana ianya akan membolehkan manfaat kos yang ketara dan juga portfolio yang menarik untuk pelanggan-pelanggan. Daripada semua ini, perbelanjaan kerajaan untuk IT akan kekal menjadi penjana yang kritikal dalam perniagaan ICT.

Di Malaysia, kerajaan komited untuk membangunkan infrastruktur ICT yang perlu bagi kedua-dua sektor awam dan swasta dan menerusi agensinya meningkatkan penggunaan Intranet dan Internet. Ia juga telah mempertingkatkan lagi persekitaran ICT dengan peraturan-peraturan seperti Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan dan juga Pusat Respons Kecemasan. Usaha-usaha ini telah membolehkan Malaysia mencapai 4.7% pertumbuhan dalam keseluruhan pelaburan ICT pada 2008 daripada kesemua sektor ekonomi. Kadar penembusan jalur lebar isi rumah mencapai 21.1% sehingga akhir 2008 iaitu lebih daripada 20% yang disasarkan.

133LAPORAN TAHUNAN 2008

PeNyAtA KetUA PeGAwAi eKseKUtif KUMPUlAN

2009 sememangnya merupakan tahun yang mencabar, namun masih terdapat pelbagai peluang untuk diraih. Bagi tempoh jangka pendek, kita akan dapat melihat jumlah perbelanjaan pengguna yang berkurangan, tetapi bagi tempoh jangka panjang pula, para pengguna akan lebih menghargai kemudahan dan manfaat kos menggunakan telekomunikasi dan sambungan maya bagi menjalankan dagangan, urus niaga, pendidikan, bekerja dari jauh/teleworking, hiburan ataupun berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Kita juga akan dapat melihat syarikat-syarikat besar dan juga EKS menyerahkan aktiviti-aktiviti bukan terasnya dilaksanakan oleh pihak luar bagi menjadikannya lebih berkesan. Kami juga meramalkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan terurus berdasarkan permintaan terhadap rangkaian, IT dan perkhidmatan terurus.

Keperluan untuk mengurangkan kos akan menyebabkan syarikat dan juga individu mengubah cara mereka beroperasi. Teleworking akan bertambah popular dan akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap jalur lebar. Perubahan dalam cara penggunaan jalur lebar juga akan memperlihatkan permintaan yang lebih tinggi untuk aplikasi dan lebar jalur, di mana kedua-duanya akan meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan rangkaian.

Walaupun kami yakin bahawa HSBB akan menjadikan kami sebagai peneraju dalam pasaran jalur lebar, kami juga sedar bahawa pelaksanaan infrastruktur baru ini pasti mempunyai cabarannya yang tersendiri, terutamanya dari segi kemahiran baru yang diperlukan oleh anggota-anggota kami. Untuk menanganinya, kami telahpun mengadakan program latihan untuk mempercepatkan proses pembelajaran anggota-anggota. Kami juga menjangkakan persaingan bagi menurunkan harga perkhidmatan

jalur lebar dalam negara semakin meningkat, dan ini akan memberi kesan terhadap margin kami. Akhir sekali, cabaran dalam penurunan hasil daripada suara tetap akan berterusan, namun dengan membina asas kami, kami akan mengembangkan hasil bukan suara kami bagi mengatasi masalah ini.

Walaupun kami akan membuat pelaburan yang besar untuk HSBB, kami berazam untuk mengawal perbelanjaan kami secara ketat dalam memastikan nisbah Hasil/CAPEX kami dalam keadaan yang baik. Dalam keadaan yang terkawal ini, kami berhasrat untuk mengekalkan margin EBITDA pada tahun 2009 pada paras rendah hingga pertengahan 30-an dan terus mencapai KPI yang ditetapkan.

PENgHARgAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa sesungguhnya ia merupakan satu penghargaan buat saya untuk menerajui TM, yang telah menjadi sebuah institusi kebangsaan. Saya telah memegang tugas baru sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sejak April 2008 dan berbangga dengan pencapaian Syarikat ini, terutamanya di bawah kepimpinan Dato’ Sri Abdul Wahid Omar dan saya sedar bahawa TM mempunyai potensi yang besar dan peluang-peluang menarik yang menanti di tahun-tahun akan datang.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pemegang saham, Pengerusi, Tan Sri Dato’ Ir Md Radzi Mansor, Lembaga Pengarah TM, rakan-rakan Pengurusan dan seluruh keluarga TM seramai 23,600 anggota, serta semua pihak yang berkepentingan termasuklah Kerajaan, pengawal selia dan juga rakan-rakan niaga atas sumbangan yang membolehkan kami menunaikan janji kami.

Kita menghadapi cabaran-cabaran baru dan pada masa yang sama peluang-peluang baru menanti kita. Kami memerlukan anda dalam menerokai peluang-peluang ini dan memberikan nilai terbaik kepada pihak-pihak berkepentingan kami.

Dato’ Zamzamzairani Mohd isaKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

PERSPEKTIF

134 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Dengan meningkatkan kecekapan operasi dan kos, kami dapat mengoptimumkan

pelaburan CAPEX seiring dengan peningkatan kecekapan pengurusan modal kami.

KECEMERLANGANOPERASI DAN PRODUKTIVITI MODAL

PerNiAGAAN retAilTinjauanLanjutan daripada tamatnya pengasingan perniagaan mudah alih dan talian tetap pada 25 April 2008, Perniagaan Retail

telah meningkatkan tumpuannya ke atas peningkatan komersial dan operasi dalam sektor jalur lebar, data dan talian

tetap. Selepas pengasingan, Perniagaan Retail terdiri daripada Retail – bahagian jualan dan pemasaran TM; TMNet –

pembekal kandungan; dan VADS serta GITN – yang masing-masing bertindak sebagai pembekal perkhidmatan ICT kepada

segmen perusahaan dan kerajaan.

hANyA yANG terbAiK UNtUK PelANGGAN-PelANGGAN tMsegmen retail TM penyumbang utama perniagaan.

ULASAN PERNIAGAAN

PERNIAgAAN RETAIL

Perniagaan Retail menumpukan pada penyediaan rangkaian penyelesaian inovatif dan mengukuhkan perhubungan pelanggan dalam segmen pelanggan utama pengguna, Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS), Perusahaan dan Kerajaan.

SEgMEN PENgguNA

perkHiDMatan suaraPada tahun 2008, Perniagaan Retail mengukuhkan usahanya mengekang penurunan dalam penggunaan suara tetap dan mengekalkan kestabilan jumlah pelanggan talian tetap. Satu inisiatif utama adalah peningkatan kempen Let’s Talk. Let’s Talk telah ditawarkan dalam beberapa pakej untuk disesuaikan dengan cara hidup dan keperluan pelanggan yang berbeza dengan kadar panggilan kompetitif serta kualiti suara tinggi. Promosi agresif ini telah membawa satu perubahan positif dalam tingkah laku terhadap penggunaan talian tetap, yang terbukti dengan peningkatan panggilan antara talian tetap.

Prestasi KewanganPada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, Perniagaan Retail mencatatkan jualan bersih sebanyak RM6.9 bilion, satu peningkatan sebanyak 5.9% berbanding prestasinya pada tahun 2007. Ini menghasilkan jumlah EBITDA RM1.5 bilion bagi tahun tersebut, menunjukkan peningkatan 4.8% berbanding tahun 2007. Walaupun begitu, margin EBITDA jatuh sebanyak 0.2% dari tahun 2007 akibat peningkatan yang sama dalam kos langsung – terutamanya pembayaran keluar perkongsian hasil dengan rakan kongsi, kos antarabangsa dan kos berkaitan projek-projek pelanggan yang boleh dikenakan bil.

Perkhidmatan Suara kekal menjadi penjana hasil utama dalam Perniagaan Retail bagi tahun 2008 yang menyumbang sebanyak 52.0% dari pendapatan unit perniagaan. Ini bagaimanapun kurang sebanyak 8.0% daripada sumbangan hasil pada tahun 2007 ekoran perpindahan ke talian mudah alih dan komunikasi berasaskan Internet. Sektor suara sendiri mencatatkan penurunan sebanyak 8.2% berbanding tahun 2007.

Sejajar dengan aliran industri yang menunjukkan kecenderungan pelanggan memilih perkhidmatan Internet dan multimedia, hasil daripada segmen ini menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh sebanyak 25.7%, menyumbang 21.4% dari jumlah hasil operasi berbanding 18.0% pada tahun 2007. Jumlah pelanggan jalur lebar termasuk pengguna Streamyx, Hotspot dan Direct menunjukkan pertumbuhan sebanyak 26.7% kepada 1.6 juta pelanggan pada tahun 2008.

Data menyumbang 10.1% daripada jumlah hasil Perniagaan Retail sementara perkhidmatan telekomunikasi lain dan perkhidmatan bukan telekomunikasi memenuhi yang selebihnya 16.5% daripada jumlah hasil.

Perniagaan Retail juga terus mengekalkan kepimpinannya dalam pasaran VoIP prabayar melalui beberapa tawaran promosi iTalk, terutamanya di sepanjang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali, Krismas dan akhir tahun. Tambahan lagi, Perniagaan Retail memperkenalkan kadar-kadar promosi menarik sempena acara-acara istimewa seperti Olimpik Beijing 2008, Hari ASEAN, Merdeka dan musim haji.

137LAPORAN TAHUNAN 2008

kemudahan tambahan bagi pengguna mudah alih yang berminat mendapatkan faedah pakej iTalk.

Hasil daripada aktiviti-aktiviti di atas, penurunan keseluruhan hasil tahun ke tahun untuk perkhidmatan suara dapat dikurangkan sebahagiannya dan meningkat daripada negatif 11.4% pada 2007 kepada negatif 9.4% pada 2008.

perkHiDMatan internet/Jalur lebarPerniagaan Retail mencapai pertumbuhan Internet yang signifikan pada 2008 untuk mencapai jumlah pelanggan 1.6 juta pada akhir tahun. Pertumbuhan ini didorong terutama

sekali oleh satu siri promosi agresif bagi perkhidmatan jalur lebar dan aktiviti-aktiviti jualan seperti Streamyx Combo dan Streamyx dengan Mobiliti. Streamyx dengan Mobiliti menawarkan pelanggan dengan pilihan untuk melayari Internet di lebih 1,200 zon Streamyx di seluruh negara. Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan jalur lebar di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi para pelanggan lebih nilai dalam satu pakej gaya hidup digital yang lengkap.

Dengan wawasan untuk merangsang pertumbuhan penggunaan Internet, pada tahun 2008, Perniagaan Retail menawarkan pelbagai kandungan online di BlueHyppo.com. Tambahan lagi, melalui Hypp.TV, pengguna Streamyx boleh mengakses berita, hiburan dan filem secara ‘online’. Hypp.TV terbukti menjadi sangat popular sepanjang Olimpik Beijing 2008 dan Sorakan Emosi Euro 2008 apabila ia berjaya menambah jumlah penonton dengan ketara.

Untuk mewujudkan publisiti pasaran yang lebih menarik, Perniagaan Retail memperkenalkan kad iTalk yang direka khas untuk Piala Euro dan Liga Perdana Barclays (BPL), yang menjadi semakin popular sebagai bahan koleksi. Sebagai tambahan untuk kemudahan pelanggan, pengguna iTalk sekarang boleh membeli dan menambah nilai kad mereka di ATM Maybank dan secara online di TM Reward E-Store.

Menyasarkan pasaran mudah alih, Perniagaan Retail melancarkan pek permulaan iTalk Mobile yang mengandungi filem SIM iTalk yang boleh dilekatkan dengan kad SIM mudah alih sedia ada, untuk

PerNiAGAAN retAil

hypp.Tv di olympik beijing; TM retail berusaha untuk menawarkan teknologi dan kandungan yang terkini bagi pelanggan-pelanggannya.

ULASAN PERNIAGAAN

138 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

aktiviti-aktiviti Jualan Dan peMasaranPada 2008, Perniagaan Retail terus menganjurkan acara-acara di seluruh negara seperti Karnival TM dan Streamyx untuk mempromosi dan menjual produk serta perkhidmatan TM. Ini terbukti menjadi satu platform yang berkesan untuk mewujudkan kesedaran serta menarik pelanggan-pelanggan ke pameran produk. TM juga bekerjasama dengan Pusat Retail IT dan penjual untuk menganjurkan acara-acara untuk komuniti tempatan. Ini mewujudkan peluang bagi komuniti-komuniti tempatan untuk mencuba produk baru, bertanya tentang perkhidmatan dan menikmati diskaun promosi bagi tawaran produk dan tambahan nilai.

Sebagai sebahagian daripada strategi mengekalkan kesetiaan pelanggan, TM telah meningkatkan program TM Rewards untuk membolehkan pelanggan yang berdaftar menikmati lebih banyak baucar diskaun daripada pelbagai rakan perniagaan yang turut serta.

SEgMEN EKS

perkHiDMatan suaraUntuk segmen Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS), Perniagaan Retail mempromosikan Pakej Wang yang menggabungkan perkhidmatan suara, jalur lebar dan nilai tambah untuk membolehkan para pelanggan EKS kekal berhubung dengan klien dan rakan niaga mereka untuk menjalankan perniagaan dengan efisien dan efektif. Suara Wang adalah langganan tanpa caj sewa yang disertakan dengan minit bebas untuk panggilan talian tetap, kadar rendah untuk panggilan mudah alih dan kadar IDD yang menarik. Selain daripada itu, pelanggan berpeluang menikmati pakej Flexi Destina dan Smartcall yang sedia ada. Pengenalan pelan-pelan panggilan ini berjaya mengurangkan ancaman daripada pembekal perkhidmatan suara alternatif di kalangan pelanggan EKS suara tetap TM.

Untuk meningkatkan bahagiannya dalam pasaran talian bebas tol di Malaysia, TM melancarkan insentif baru pada 20 November 2008 yang

menawarkan nilai yang menarik kepada pelanggan yang melanggan talian bebas tol dengan alat pemasaran ViSight.

perkHiDMatan internet/Jalur lebarPada tahun 2008, Perniagaan Retail berusaha untuk menggalakkan penembusan jalur lebar dalam sektor EKS. Ia juga telah mempertingkatkan aktiviti mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan Internet seperti Jalur Lebar Perniagaan dan menawarkan pakej-pakej promosi seperti Broadband Wang, gabungan Broadband PC dan SME Special, kesemuanya direka khusus untuk menampung keperluan segmen tertentu ini. Dengan Broadband Wang, para pelanggan menikmati kelajuan jalur lebar 1.0Mbps dengan alamat IP yang dinamik dan e-mel percuma. SME Special pula adalah satu pakej komprehensif yang menggabungkan tawaran-tawaran ini dengan suara. Penyelesaian ini seterusnya memanfaatkan syarikat-syarikat EKS dengan membantu usaha penjimatan kos dan tambahan kemudahan.

perkHiDMatan DataSementara pertumbuhan perkhidmatan data tradisional terus dicabar oleh penurunan harga, Perniagaan Retail tidak mengalah kepada kuasa pasaran, sebaliknya memperkenalkan beberapa pakej yang menarik. Ini termasuk Wang Value Added Services yang menawarkan perkhidmatan seperti Managed Web Hosting, Web Design, Web Builder, E-Storage dan aplikasi-aplikasi e-dagang. Perkhidmatan-perkhidmatan ini memudahkan EKS dalam operasi harian mereka dan memaksimumkan jangkauan pasaran mereka melalui Internet.

TM tetap berazam untuk memastikan perkhidmatan data dan penyelesaian yang disediakan oleh Perniagaan Retail memenuhi keperluan yang kian meningkat bagi EKS untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan akses. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh ini, perniagaan data EKS telah meningkat daripada negatif 0.5% pada 2007 kepada 15.4% pada 2008.

jualan dan Pemasaran merupakan aktiviti-aktiviti yang penting di Perniagaan retail.

139LAPORAN TAHUNAN 2008

aktiviti-aktiviti Jualan Dan peMasaranPasaran EKS adalah segmen perniagaan utama yang menyediakan banyak peluang untuk perkembangan Perniagaan Retail. Salah satu inisiatif pemasaran utama yang dianjurkan pada 2008 adalah Pameran Perniagaan Dan Seminar – SME 2008 (BES). Bertemakan ‘Jalur Lebar: Kembangkan Perniagaan Anda’, ia bertujuan untuk menampilkan faedah-faedah jalur lebar dalam memenuhi semua keperluan telekomunikasi pelanggan-pelanggan EKS.

Tahun lalu juga menyaksikan pelancaran SMI Biz Net 2008, suatu aktiviti pemasaran secara langsung yang tertumpu pada pelanggan-pelanggan yang diberi perkhidmatan melalui Touch Points. Dilancarkan pada separuh tahun kedua 2008, SMI Biz Net menyediakan satu platform yang cemerlang untuk TM mempamerkan kekuatannya dalam memenuhi keperluan-keperluan pasaran EKS. Penyelesaian-penyelesaian umum dan juga khusus adalah penting dalam tawaran-tawaran utama SMI Biz Net 2008. SMI Biz Net 2008 telah meningkatkan kesedaran terhadap rangkaian produk TM di kalangan pelanggan mikro dan perniagaan kecil.

Turut dilancarkan pada 2008 adalah TMSME. BIZ, satu platform berasaskan web yang diwujudkan secara eksklusif untuk komuniti EKS di Malaysia. Selain menjadi satu saluran bagi EKS untuk mendapat lebih maklumat tentang produk dan perkhidmatan TM serta bagaimana ia boleh memanfaatkan perniagaan mereka, ia juga bertindak sebagai pusat sumber pengetahuan satu henti. Siri jelajah seluruh negara SMI Biz Net 2008 menjadi asas untuk mempromosikan TMSME.BIZ. Bersama dengan pandangan perniagaan berharga dan terkini, para pelanggan boleh menggunakan tawaran-tawaran yang ditawarkan secara eksklusif secara online. Satu program kesetiaan pelanggan akan dilancarkan tidak lama

lagi untuk meningkatkan penggunaan serta menguatkuasakan perkaitan pengguna dengan jenama TM.

Kembali kepada asas, pada Ogos 2008, Perniagaan Retail melancarkan nombor bebas tol 1800 888 SME (763), dengan objektif utama untuk menjawab pertanyaan berhubung produk, promosi dan pakej EKS. Perkhidmatan hotline tersebut memberikan pelanggan akses kepada TM dengan mudah dan senang.

SEgMEN ENTERPRIS & KERAJAAN

perkHiDMatan suaraPengekalan hasil dan penyediaan kadar panggilan yang kompetitif kekal menjadi bidang tumpuan utama perkhidmatan suara dalam segmen Perusahaan & Kerajaan. Pelan-pelan panggilan khusus seperti Smartcall dan FlexiDestina digunakan untuk menguruskan penamatan perkhidmatan suara oleh pelanggan dan juga untuk memenuhi keperluan pelanggan terhadap kos yang efisien. Kedua-dua pelan tersebut terbukti berkesan untuk strategi-strategi bagi memenangi semula pelanggan dan mendapatkan pelanggan.

perkHiDMatan DataPerkhidmatan data terus menjadi penyumbang hasil yang utama dalam segmen Perusahaan & Kerajaan. Pada tahun 2008, Perniagaan Retail meluaskan perkhidmatan rangkaian persendirian ‘Metro Ethernet’ luas jalur hubungan (4.0Mbps hingga 1.0Gbps) berkelajuan tinggi dan selamat. Ia memperkenalkan Metro Ethernet Managed Service Router yang membekal, mengawal dan mengurus router pelanggan. Perkhidmatan premium ini telah membantu meningkatkan jualan Metro Ethernet dan menjana satu aliran pendapatan baru untuk TM. Akses ‘Metro Ethernet’ juga digunakan ke atas IPVPN untuk meningkatkan fleksibilitinya, kebolehpercayaan serta keselamatannya, justeru meningkatkan kecekapan perniagaannya.

Dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital, pada September 2008, TM melancarkan Very Small Aperture Terminal (VSAT)-Ku Band yang baru di lokasi-lokasi dengan akses terhad kepada IT dan perkhidmatan komunikasi. Perkhidmatan ini dilancarkan dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, rangkaian-rangkaian Internet dan persendirian diwujudkan. Perkhidmatan telefoni akan ditawarkan dalam fasa kedua, yang dijangka akan siap dalam suku pertama 2009. VSAT-Ku Band yang baru adalah satu pilihan yang ekonomik bagi pelanggan yang memilih penyelesaian VSAT untuk menjalankan perniagaan mereka.

perkHiDMatan teknologi MakluMat Dan koMunikasiTM adalah pembekal perkhidmatan ICT terurus yang terulung melalui anak syarikatnya VADS, yang memenuhi keperluan segmen enterpris; dan GITN yang mengurus segmen kerajaan. Pada 2008, VADS dan GITN terus mengukuhkan kehadiran mereka di Malaysia dan rantau ini.

VADS tertumpu pada tiga perniagaan terasnya iaitu Managed Network Services (MNS), Perkhidmatan Integrasi Sistem (SIS) dan Proses Perniagaan “Outsourcing” (BPO). Di antara pencapaian utamanya adalah penggunaan Managed Security Services untuk 210 lokasi bagi institusi kewangan; dan peruntukan salah satu daripada penyelesaian penapis kandungan web terbesar yang terdiri daripada 5,000 lesen untuk pelanggan-pelanggan lain.

PerNiAGAAN retAil

Dengan produk-produk khusus EKs TM, peniaga kecil dan sederhana tidak perlu bimbang.

ULASAN PERNIAGAAN

140 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Sepanjang tahun-tahun yang lalu, perniagaan VADS BPO mengukuhkan kedudukan di sini dan di Indonesia. Bagi memperakui piawaiannya yang tinggi, pada Mac 2008, VADS Business Process Sdn Bhd menerima Pensijilan Status MSC yang meletakkannya setaraf dengan syarikat-syarikat BPO lain di negara ini. Sementara itu, VADS Managed Contact Centre menerima lima anugerah CCAM (Persatuan Pusat Hubungan Malaysia).

Dalam sektor kerajaan, GITN telah membangunkan infrastruktur rangkaian di seluruh negara dan perkhidmatan-perkhidmatan yang digunakan untuk pemindahan elektronik dan perkongsian maklumat oleh pelbagai agensi kerajaan. GITN juga menyediakan hubungan rangkaian bersepadu bagi akses intranet, extranet dan Internet. Melalui sambungan kepada satu nodus GITN, intranet sesebuah agensi dapat berkomunikasi dengan intranet agensi-agensi lain, yang kesemuanya dihubungkan di dalam domain elektronik kerajaan, EG*Net.

SchoolNet merupakan satu lagi projek utama yang menghubungkan rangkaian selerak, bagi 10,000 sekolah di seluruh negara. Semua komputer yang disambungkan dengan rangkaian ini mempunyai akses ke aplikasi-aplikasi internet melalui GITN IPVPN. GITN menyediakan infrastruktur komprehensif untuk melengkapkan sekolah dengan akses jalur lebar internet menggunakan pelbagai teknologi.

SchoolNet turut menawarkan portal mesra pengguna, SchoolZone, yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah termasuklah guru-guru. Ia menawarkan para guru kaedah-kaedah bagi melengkapkan sumber pedagogi tradisional. Bagi pelajar, SchoolZone berfungsi sebagai satu portal pembelajaran dan hiburan sehenti yang membuka pengalaman pembelajaran baru yang menyeluruh dan menarik. Dalam kata lain, SchoolZone berfungsi sebagai perantaran bagi komunikasi dalaman dan luaran, dan juga platform bagi aktiviti-aktiviti perkongsian pengetahuan. Sebagai bonus

tambahan, ia secara berterusan menyediakan maklumat berhubung aplikasi-aplikasi terkini.

Melalui persekitaran pembelajaran yang merangsang minda yang disediakan oleh SchoolNet, kemahiran imaginatif, kreatif dan berfikir para pelajar akan dikembangkan. Ini merupakan pendorong utama ke arah penciptaan tenaga kerja yang produktif dan berkemahiran teknologi yang akan diperlukan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran abad ke-21.

aktiviti-aktiviti Jualan Dan peMasaranAktiviti-aktiviti jualan dan pemasaran dihalakan ke arah memperkukuhkan perhubungan dengan pelanggan enterpris dengan menawarkan perkhidmatan yang bersifat peribadi oleh pasukan jualan yang berpengalaman. Program insentif jualan yang dimulakan sebelum ini telah diperluaskan untuk semua kategori pekerja jualan bagi mendorong mereka untuk meningkatkan kemahiran kejurujualan mereka dan mencapai tahap jualan yang lebih tinggi.

TM juga terlibat di dalam inisiatif pemasaran peningkatan industri, suatu program Profesional Pusat Perhubungan yang dibangunkan pada Julai 2008 di antara VADS Business Process Sdn Bhd (VADS BP) dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Kerjasama menarik ini membentuk sebahagian daripada Kerjasama Industri Malaysia – Akademik MSC bertujuan untuk membina dan merasmikan kerjasama utama antara industri dan universiti-universiti. Matlamat utamanya adalah untuk memupuk satu generasi pekerja berasaskan pengetahuan yang memiliki kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kehendak syarikat yang mempunyai keperluan IT yang tinggi. Di dalam program ini, VADS BP akan menyediakan perantisan kepada para peserta dengan mendedahkan mereka dengan persekitaran kerja sebenar – di dalam pusat panggilan – dan juga menggalakkan mereka mempertimbangkan kerjaya dalam industri pusat panggilan.

TM menggarap usaha sama dengan agensi-agensi kerajaan dan enterpris untuk mempertingkatkan penggunaan IcT.

141LAPORAN TAHUNAN 2008

PerNiAGAAN wholesAleTinjauanSelepas pengasingan Kumpulan, TM telah menggabungkan perniagaan-perniagaan Wholesalenya dengan menyelaraskan

Fiberail Sdn Bhd (Fiberail) dan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd (Fibrecomm) dengan Wholesale sebagai satu aliran

perniagaan baru. Fiberail dan Fibrecomm sebelum ini berada di bawah TM Ventures.

Tunjang gentian optik Fiberail sepanjang landasan keretapi KTMb dan saluran gas Petronas. bersama Fibrecomm, perniagaan wholesale TM menawarkan perkhidmatan yang luas kepada operator-operator berlesen.

fakta sekilas Pandang

Pemulihan Hasil +13.7%dengan perlaksanaan perkhidmatan Akses 1-800-voIP

ULASAN PERNIAGAAN

yang didorong oleh nilai yang memenuhi kehendak pelanggan yang sering berubah. Ini sudah semestinya akan menggalakkan perkembangan pesat tawaran-tawaran jalur lebar oleh operator-operator berlesen tempatan dan menyokong projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang merupakan inisiatif Kerajaan. Pengalaman pelanggan, seperti biasa, akan diberikan keutamaan di dalam mentafsirkan pembangunan produk dan penyampaian perkhidmatan. Ekoran itu, struktur pengurusan perkhidmatan pelanggan telah pun ditingkatkan dengan hebat bagi menampung permintaan dan keperluan khusus pelanggan.

Prestasi KewanganDi dalam bentuk yang disatukan, prestasi keseluruhan aliran perniagaan Wholesale pada 2008 mencatatkan pencapaian keuntungan positif sebanyak RM997.1 juta. Ini berpunca daripada pertambahan 3.2% dalam hasil luaran dari RM667.9 juta pada tahun 2007 ke RM689.5 juta pada tahun 2008.

Tambahan pula, kecekapan pengurusan kos menunjukkan peningkatan sebanyak 13.7% dalam interconnect out-payment sejak tahun 2007. Ini telah disumbangkan dengan usaha-usaha penyekatan kehilangan hasil melalui perlaksanaan perkhidmatan akses 1-800-VoIP.

Pertambahan positif bagi kedua-dua perkhidmatan Data dan Lebar Jalur di samping prestasi Fiberail dan Fibrecomm yang memberangsangkan turut menyumbang kepada keuntungan perniagaan Wholesale.

WHOLESALESepanjang tahun kewangan 2008, Wholesale mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM541.3 juta dan pertumbuhan marginal tahun-ke-tahun sebanyak 0.5%.

Perkhidmatan Suara Domestik Wholesale, khususnya Minit Trafik dan Domestic Interconnect, terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah hasil Wholesale dengan catatan hasil sebanyak RM107.7 juta dan RM188.3 juta masing-masing. Minit Trafik

Bersama-sama, Wholesale, Fiberail dan Fibrecomm menyediakan infrastruktur telekomunikasi yang tiada tandingannya di seluruh negara yang menyediakan rangkaian perkhidmatan lebar jalur yang menyeluruh, metro ethernet, perkhidmatan sampingan dan penyelesaian rangkaian turnkey kepada syarikat-syarikat telekomunikasi, pembekal-pembekal perkhidmatan Internet, pembekal perkhidmatan rangkaian terurus, pembekal perkhidmatan aplikasi, pengendali global dan pembekal pusat data.

Fiberail adalah kerjasama yang dibentuk oleh Telekom Malaysia Berhad dan KTM Berhad (KTMB) pada tahun 1992. Pada tahun 2006, ia mengambil alih Petrofibre Network Sdn Bhd dan memperoleh akses kepada saluran gas Petronas. Fiberail menyediakan perkhidmatan berkaitan rangkaian telekomunikasi melalui tunjang gentian optiknya yang menyusur di sepanjang landasan kereta api KTMB dan saluran gas Petronas ke seluruh semenanjung dengan rangkaian tambahan merentasi Pantai Timur.

Fibrecomm telah ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai satu usaha sama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia mempunyai rangkaian gentian optik 10Gbps yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia dengan Points of Interconnection (POI) baru di sempadan Thailand dan Singapura dan juga capaian yang dilanjutkan sehingga Malaysia Timur melalui kerjasama dengan Sacofa Sdn Bhd. Fibrecomm menyokong agenda nasional ICT. Tambahan pula, sebagai pembekal perkhidmatan infrastruktur yang neutral, ia menggalakkan persaingan yang sihat di antara pesaing-pesaing industri.

Salah satu piagam utama aliran perniagaan Wholesale adalah untuk mendorong pertumbuhan industri dengan menjadikan teknologi terkini mudah diakses operator-operator berlesen. Wholesale melangkah ke hadapan dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan, justeru mengurangkan perbelanjaan modal oleh pembekal perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan keseluruhan serta kualiti perkhidmatan.

Pada ketika industri terus berkembang, Wholesale komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan

meningkat sebanyak 24.2% sementara Domestic Interconnect jatuh sebanyak 3.2% berbanding prestasinya pada 2007. Kejatuhan ini berpunca kerana kurangnya panggilan ke perkhidmatan talian tetap dan peralihan ke perkhidmatan berasaskan IP.

Usaha untuk menangani dan menguatkuasakan pelaksanaan perkhidmatan akses 1-800-VoIP melalui Perjanjian Akses (AA) dengan operator-operator lain turut menyumbang kepada pemulihan Perkhidmatan Suara Domestik Wholesale dan penjimatan kos dalam perkhidmatan out-payment. Tambahan lagi, perkhidmatan akses 1-800-VoIP menguntungkan TM secara menyeluruh disebabkan tekanan ke atas perkhidmatan VoIP daripada persaingan utama dari segi harga.

Ekoran daripada perlaksanaan pengemaskinian bil-bil dan hutang lapuk sebelum langkah pengasingan secara meluas, keseluruhan jualan produk Data menurun sebanyak 9.8%. Walau bagaimanapun, hasil daripada IP Wholesale, Wholesale Ethernet dan DSL Wholesale meningkat sebanyak RM5.9 juta, didorong oleh Wholesale Ethernet, yang memperoleh hasil sebanyak RM4.5 juta sejak ia dilancarkan pada Mac 2008.

Akhir sekali, hasil daripada Perkhidmatan Khas termasuklah Penyewaan, Rangkaian Lokasi Bersama dan Perkongsian Infra meningkat sebanyak 4.4%.

FIBERAILBagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, Fiberail telah mencatat pertumbuhan hasil yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 25.0% kepada RM139.0 juta manakala keuntungan selepas cukai sebanyak RM25.1 juta, satu peningkatan menakjubkan sebanyak 67.2%. Prestasi luar biasa ini didorong oleh sumbangan Perkhidmatan Pengurusan Projek di dalam Kerjasama MMC-Gamuda bagi Projek Dua Landasan Elektrik KTMB di antara Ipoh dan Padang Besar. Sebaliknya, hasil jualan produk-produk teras terus meningkat sementara pertumbuhan yang memberangsangkan turut dihasilkan melalui usaha sama kepakaran dan kontrak tambahan dengan pelanggan.

143LAPORAN TAHUNAN 2008

PerNiAGAAN wholesAle

semua pembekal perkhidmatan mudah alih tempatan, Wholesale, selaku pembekal rangkaian tetap, telah turut serta secara aktif bagi memastikan kejayaan keseluruhan perniagaan baru yang menarik ini. persaingan bermula bagi semua pembekal perkhidmatan untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan interconnect mereka dan menawarkan pilihan rangkaian perkhidmatan tetap dan mudah alih paling menarik dalam usaha meraih kelebihan di dalam suasana perniagaan yang berdaya saing dan bertenaga ini.

PERKHIDMATAN DATA & AKSES

Wholesale Ethernet•  Wholesale menyediakan Carrier

Class Ethernet dalam perniagaan wholesale bagi memenuhi permintaan rangkaian oleh pelanggan. Bagi pelanggan, Carrier Class Ethernet merupakan pelaburan bijak kerana ia menyediakan penyelesaian sambungan yang efektif dari segi kos, teguh, bersesuaian dan tanpa sempadan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.

IP Wholesale•  Wholesale menyediakan

kemudahan untuk memberikan perkhidmatan Protokol Internet (IP) di seluruh negara melalui sambungan segera ke rangkaian Pensuisan Label Multi Protokol IP (MPLS) sebagai penyelesaian efektif bagi menghubungkan kawasan-kawasan berjarak jauh.

DSL Wholesale•  Kerajaan telah mengenal pasti

jalur lebar sebagai satu bidang yang perlu diberi tumpuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membawa tahap daya saingnya ke peringkat yang lebih tinggi. Talian Ditigal Pelanggan (DSL) Wholesale yang menyokong visi ini sepenuhnya terus menyediakan peluang untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebarnya di dalam kawasan liputan Wholesale.

FIBREcOMM

Fibrecomm mempamerkan prestasi luar biasa, dengan jumlah hasil sebanyak RM90.7 juta, kenaikan sebanyak 41% daripada RM64.4 juta pada tahun 2007. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan terhadap sambungan lebar jalur yang mencatatkan kenaikan sebanyak 61.0%. Fibrecomm telah meningkatkan momentum pertumbuhannya sejak ditubuhkan dan merangsang nilai pemegang saham dalam proses tersebut. Usaha ini menunjukkan hasil pada tahun 2008 apabila prestasinya telah mencipta sejarah.

OperasiWholesale, sebagai satu aliran perniagaan memberi tumpuan kepada pasaran pukal domestik yang menyediakan pilihan menyeluruh bagi penyelesaian dan perkhidmatan rangkaian. Sehingga kini, rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan infrastruktur ini merangkumi:

•  Perkhidmatan  suara  – Perkhidmatan Suara Berasaskan Protokol Internet Wholesale (VoIP), Rangkaian Terminal Perkhidmatan Am (PSTN), Perkhidmatan Domestic Interconnect.

•  Perkhidmatan Data  dan Akses – Wholesale Ethernet, IP Wholesale, DSL Wholesale & Perkhidmatan Lebar Jalur

•  Perkhidmatan  Infra  –  Perkongsian Infrastruktur, Rangkaian Lokasi Bersama & Penyewaan

Sebagai tambahan, Wholesale menyediakan blok pembinaan asas bagi segmen pasaran terkawal tinggi. Ini termasuk:

•  Senarai-senarai  Akses

•  Standard  Akses Mandatori  (MSA)

•  Standard  Akses Mandatori Harga (MSAP)

PERKHIDMATAN SuARA

• VoIP Ketika pasaran perkhidmatan

suara jarak jauh meningkat, jumlah Pembekal-Pembekal Perkhidmatan Aplikasi (ASP) yang menceburi VoIP di Malaysia turut meningkat. Wholesale yang memperkenalkan perkhidmatan VoIP Wholesale pada 2005, telah menyaksikan hasil daripada perkhidmatan tersebut terus meningkat dari tahun ke tahun, memuncak bersama prestasi paling baik pada tahun 2008 ekoran promosi hebat.

• Perkhidmatan Interconnect Perniagaan Wholesale terus

menawarkan perkhidmatan interconnect terkawal kepada pembekal-pembekal perkhidmatan berlesen. Perkhidmatan interconnect membolehkan aliran suara dan data tanpa sempadan di antara rangkaian-rangkaian berbeza dan akan menjadi penting apabila Kebolehubahan Nombor Mudah Alih (MNP) dilaksanakan. Meskipun MNP ditawarkan oleh

ULASAN PERNIAGAAN

144 TELEKOM MALAYSIA BERHAD

perkhidmatan segala kemudahan infrastruktur dan peralatan yang diperlukan untuk rangkaian mereka. Ini termasuklah menara, tanah, ruang lantai dan di atas bumbung, alat-alat asas dan juga kawalan cuaca dan sistem pengurusan kebakaran. Dengan berkongsi premis-premis Wholesale atau Fiberail, pembekal-pembekal perkhidmatan seterusnya diberi jaminan rangkaian penyambungan tempatan dan global.

ProspekPertumbuhan industri telekomunikasi dijangka akan didorong oleh permintaan yang meningkat terhadap perkhidmatan-perkhidmatan IP dan jalur lebar memandangkan berbagai-bagai aplikasi lebar jalur yang membanjiri pasaran. Di sebalik kelembapan ekonomi global, pertumbuhan pada tahun akan datang dijangka akan kekal berdasarkan andaian bahawa permintaan untuk sambungan lebar jalur akan meningkat seiring dengan peningkatan keperluan kapasiti jalur lebar berkelajuan tinggi.

Secara keseluruhan, Perniagaan Wholesale begitu optimistik terhadap masa depannya di mana ia akan terus menawarkan teknologi canggih, harga yang kompetitif dan rangkaian produk serta perkhidmatan yang didorong oleh nilai.

WHOLESALE

Wholesale bekerjasama dengan Kerajaan untuk melancarkan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di seluruh kawasan ekonomi dan industri utama, menawarkan penyelesaian menyeluruh yang merangkumi perkhidmatan akses, teras dan pelaburan-pelaburan antarabangsa. Peranan khusus Wholesale adalah untuk menyediakan sambungan kepada peniaga-peniaga domestik, di samping membenarkan mereka menaiktaraf perniagaan runcit mereka dengan aplikasi-aplikasi dan kandungan tambah nilai yang berasaskan IP. Tiga produk wholesale akan ditawarkan iaitu Perkhidmatan HSBB (Transmisi), Perkhidmatan HSBB (Connection) dan Perkhidmatan HSBB (Akses). Semua ini akan ditawarkan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan yang

berkelayakan, tidak kira saiz, yang bersedia untuk melabur dalam produk dan perkhidmatan tambah nilai bagi pengguna-pengguna di Malaysia.

FIBERAIL

Fiberail akan terus bertindak sebagai pembekal perkhidmatan dan perunding bagi Kerjasama MMC-Gamuda dalam Projek Dua Landasan Elektrik untuk menaiktaraf landasan kereta api sedia ada kepada rangkaian dua landasan elektrik yang moden. Fiberail juga akan terus bekerjasama dan menyokong pengendali-pengendali WIMAX dengan infrastruktur kukuh dan kepakaran teknikalnya, khusus dalam menyediakan sambungan backhaul.

FIBREcOMM

Rangkaian gentian optik Fibrecomm telah pun dinaiktaraf menggunakan Dense Wavelength Digital Multiplexer (DWDM), yang meningkatkan kapasiti sehingga 40 Lambda dan membolehkan syarikat menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel dan efektif dari segi kos kepada para pelanggannya.

Dengan sejumlah 22 Points of Presence (POPs) di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Jaring, Taman Teknologi Malaysia, Pusat Data AIMS, Menara Maxisegar, Plaza VADS dan Menara TM dan disokong oleh pejabat-pejabatnya di wilayah Utara, Timur, Tengah dan Selatan, perkhidmatan pemulihan dan halangan kerosakan telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Ini terbukti dengan Service Level Agreement (SLA) sehingga 99.95% dan Mean-Time-To-Restore (MTTR) sehingga 3.05 jam.

Fibrecomm sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan bahawa kapasiti tunjangnya mencukupi bagi memenuhi permintaan pada masa hadapan. Ia juga sedang meluaskan liputan rangkaiannya dengan menggunakan infrastruktur sedia ada para pemegang sahamnya. Akhir sekali, Fibrecomm kekal komited untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti rangkaiannya melalui perancangan jaringan rangkaian.

perkhidmatan lebar Jalur • Domestik

Perkhidmatan Lebar Jalur Domestik Wholesale menawarkan kelajuan transmisi dari 64Kbps hingga 10Gbps yang merupakan ‘sambungan terpantas ke dunia akan datang’. Perkhidmatan litar suwa digital berkelajuan tinggi yang dibina di atas infrastruktur rangkaian secara meluas ke seluruh negara, menawarkan pelbagai aplikasi yang memberikan lebih pilihan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan dalam membawa perniagaan mereka ke era teknologi amat tinggi.

perkhidmatan lebar Jalur • Interconnect

Perkhidmatan Lebar Jalur Interconnect menawarkan kelajuan di antara 64Kbps hingga 155Mbps untuk tujuan pembinaan rangkaian, melengkap dan menghubungkan rangkaian TM dengan rangkaian operator-operator berlesen yang lain. Perkhidmatan Lebar Jalur interconnect tergolong di dalam domain Perjanjian Akses (AA) dan Standard Akses Mandatori (MSA). Seperti yang terkandung di dalam AA, Perkhidmatan Lebar Jalur interconnect merangkumi perkhidmatan Pusat Penyambungan (POI) dan bukan POI.

PERKHIDMATAN INFRA

Perkhidmatan Infra dianggap sebagai inisiatif perkongsian ruang yang paling selamat dan efektif dari segi kos yang disediakan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan. Pada dasarnya, perkhidmatan infra menawarkan pembekal-pembekal

145LAPORAN TAHUNAN 2008