Rasheed Mos

4
Tuan blog tolong remove la post ni. Buat fitnah je kerjanya. Cuba buat kajian sikit bila baca sesuatu. Tengok berapa ramai dah baca blog anda. Berapa luas fitnah tersebar hanya kerana satu entri anda ini. Anda nak jawab di akhirat? Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujuraat ayat 6) "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Nu’man bin Basyir meriwayatkan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang ramai orang tidak mengetahuinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Kadang-kadang saya pelik dengan penulis blog sebegini yang sesuka hati sebarkan sesuatu yang dibaca tanpa usul periksa. Blog gempak, pembaca ramai beratus-ratus ribu sampai iklan bersepah-sepah, tapi sayang.. sebar berita palsu yang dikutip dan disalin bulat-bulat daripada entah blog-blog mana.. sedikit pun tak edit. sedangkan bila baca sekali lalu pun kita dah boleh tahu hebahan ini meragukan. Siapa DR. RASHEED MOS? Tolong bawa orangnya bertemu dengan saya andai benar dia wujud. Andai tak dapat cari dia, maka buang saja entri ini kerana dia memang tak wujud. Dr Safurah Hj Jaafar. Beliau ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di KKM pada ketika berita ini mula tersebar.

description

-

Transcript of Rasheed Mos

Tuan blog tolong remove la post ni. Buat fitnah je kerjanya. Cuba buat kajian sikit bila baca sesuatu. Tengok berapa ramai dah baca blog anda. Berapa luas fitnah tersebar hanya kerana satu entri anda ini. Anda nak jawab di akhirat?

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujuraat ayat 6)"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Numan bin Basyir meriwayatkan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang ramai orang tidak mengetahuinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kadang-kadang saya pelik dengan penulis blog sebegini yang sesuka hati sebarkan sesuatu yang dibaca tanpa usul periksa. Blog gempak, pembaca ramai beratus-ratus ribu sampai iklan bersepah-sepah, tapi sayang.. sebar berita palsu yang dikutip dan disalin bulat-bulat daripada entah blog-blog mana.. sedikit pun tak edit. sedangkan bila baca sekali lalu pun kita dah boleh tahu hebahan ini meragukan.

Siapa DR. RASHEED MOS? Tolong bawa orangnya bertemu dengan saya andai benar dia wujud. Andai tak dapat cari dia, maka buang saja entri ini kerana dia memang tak wujud.

Dr Safurah Hj Jaafar. Beliau ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di KKM pada ketika berita ini mula tersebar. Bukannya Principal Assistant Director (entah jawatan apa ini). Dan beliau sendiri dah nafikan ada keluarkan kenyataan sedemikian.

Nombor telefon beliau juga meragukan kerana tak cukup sifat. Nombor kawasan Lembah Klang (+603) bersambung dengan nombor 8 digit sedangkan nombor telefon dalam hebahan ini cuma 7 digit. Mana hilangnya satu lagi?

Senarai barangan juga meragukan dan terlalu umum. Sekadar tulis "buatan orang cina". Cina tak semestinya bukan islam. Saya sendiri ada ramai kawan Cina Muslim. Kalau benar hebahan ini, lebih baik letak jenama barangan tersebut secara spesifik, bukan sekadar tulis "semua barangan buatan bangsa ini", "semua ais krim dalam bekas plastik".. mak saya juga buat ais krim dalam bekas plastik, tapi tak nampak pun beliau letakkan bahan BABI dalam ais krim tu.

Hati-hati sebelum share sesuatu. Saya tahu niat anda baik, tapi lebih baik periksa dulu kesahihan sesuatu sebelum disebarkan. Niat tak menghalalkan cara. Jangan sampai anda pula yang diBABIkan oleh orang lain yang terkesan kerana penulisan anda.

Tuan blog tolong remove la post ni. Buat fitnah je kerjanya. Cuba buat kajian sikit bila baca sesuatu.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujuraat ayat 6:"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Numan bin Basyir meriwayatkan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang ramai orang tidak mengetahuinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Siapa DR. RASHEED MOS? Tolong bawa orangnya bertemu dengan saya andai benar dia wujud. Andai tak dapat cari dia, maka buang saja entri ini kerana dia memang tak wujud.

Persatuan Pengguna Malaysia - Tidak WujudMajlis Agama Islam Malaysia - Tidak wujud. Yang wujud adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Jabatan Kastam Malaysia - Apa kaitan?Kajian oleh universiti - mana jurnal kajiannya? Dapat satu pun jadilah untuk rujukan.