RASM AL-UTHMANI

download RASM AL-UTHMANI

of 30

  • Upload

    -
  • Category

    Documents

  • view

    383
  • download

    12

Transcript of RASM AL-UTHMANI

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    1/30

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER MEI / 2012

    HBQE1203

    RASM AL-UTHMANI

    NO. MATRIKULASI : 710318115040001

    NO. KAD PENGENALAN: 710318115040

    NO. TELEFON : 017-9587065

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    2/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    KANDUNGAN

    TAJUK MUKASURAT

    1.0 PENGENALAN 4

    2.0 SUMBER DAN SEJARAH ILMU RASM UTHMANI 5

    3.0 KAEDAH AL-HAMZ DALAM PENULISAN AL-QURAN

    RASM UTHMANI. 6

    3.1 BAHAGIAN HAMZAH. 7

    4.1.1. Hamzah al-Wasl ((

    4.1.2. Hamzah Qat'ie ( )

    3.2 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-WASL 8

    3.3 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH Al-QATIE. 9

    3.3.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah

    3.3.2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah

    3.3.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah

    4.0 KAEDAH AL-DABT DALAM PENULISAN AL-QURANRASM UTHMANI 14

    4.1 Sejarah Dhabtul Quran 14

    4.2 Kepentingan Ilmu Dhabtul Quran 15

    4.3 Tanda-tanda Rasm Uthmani 16

    4.3.1 Tanda-tanda Baris

    4.3.2 Tanda-tanda lain

    1. Tanda Bulat Bujur

    2. Tanda Bulat Meninggi

    3. Tanda Bulat Tumpat/Penuh

    2

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    3/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4. Tanda Hamzah Wasal

    5. Tanda Sukun ( )

    6. Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun

    7. Huruf Mim Kecil

    8. Tanda Tanwin

    9. Huruf-huruf Kecil Alif, Wau, Ya` dan Nun .

    10. Huruf Sin Kecil yang Terletak di Atas atau

    di Bawah Huruf Sod.

    11. Tanda Mad (~).

    12. Bulatan Berhias ( )

    13. Tanda Bintang Berbucu Lapan

    14. Garis Panjang

    15. Tanda seperti Intan .

    16. Tanda Sin Kecil ( )

    17. Kepala Huruf Ya` dan Huruf Wau Kecil

    18. Tanda-tanda Waqaf yang masyhur dalam Mushaf

    5.0 PERBINCANGAN KEDUA-DUA KAEDAH DI ATAS DALAM 23

    SURAH AN-NABA SERTA CONTOHNYA.

    5.1 Kaedah Al-Hamz Dalam Surah An-Naba 23

    5.1 Kaedah Al-Dabt Dalam Surah An-Naba 24

    6.0 KESIMPULAN 27

    7.0 LAMPIRAN SURAH AN-NABA 28

    RUJUKAN 29

    3

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    4/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    5/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    1.0 PENGENALAN

    Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat yang mampu

    difikirkan oleh akal fikiran , dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang

    diketahui oleh Allah sahaja. Ia merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W

    yang diturunkan secara mutawatir melalui malaikat Jibril a.s. yang wajib dijaga dan

    dipelihara dari segi bentuk penulisan serta bacaannya dan menjadi ibadat sesiapa

    membacanya.Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-

    Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

    Al-Quran yang ditulis dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai

    Mushaf Uthmani. Naskhah al-Quran ini ditulis semula di zaman pemerintahan Khalifah

    Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha menulis mushaf ini

    dilakukan di zaman beliau maka ianya dipanggil Mushaf Uthmani. Mushaf inilah yang ada

    pada kita dan digunakan sekarang.

    Mengikut Ahmad Kamaruddin Ibrahim dalam buku karangannya Rasm Uthmani, Rasm

    Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah dan ayat al-Quran

    yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Uthman ketika proses penyalinan danpenulisan al-Quran. Ia juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh Majma Buhuth al-

    Islamiyyat yang bermaksud ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman

    ibn Affan bersama sahabat-sahabatnya ketika penulisan al-Quran, berkaitan dengan

    susunan huruf-hurufnya, yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai

    daerah dan bandar, serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Uthman ibn Affan

    sendiri.

    Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis kalimah atau

    ayat al-Quran demi untuk memeliharanya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan juga ilmu

    yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan

    menggantikan huruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w

    5

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    6/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah

    berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi S.A.W.

    2.0 SUMBER DAN SEJARAH ILMU RASM UTHMANI.

    Sebagaimana yang telah dibincangkan, al-Quran diturunkan secara berperingkat pada

    zaman Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Makkah dan juga di Madinah. Namun

    begitu, kesemua ayat al-Quran Al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat

    Jibril a.s. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam

    hadis: Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu

    ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf. Setelah itu, para sahabat pun

    mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran secara musyafahah mengikut

    tujuh huruf tersebut.

    Namun walau bagaimanapun, tidak semua para sahabat baginda mempelajari dan membaca

    ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagiannya membaca dengan satu huruf, sebahagian lagi

    membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda

    SAW, maka para sahabat pun berhijrah untuk menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada

    umat manusia. Maka terdapatlah dikalangan para tabiin yang mempelajari bacaan al-QuranAl-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada

    bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat.Antara sahabat yang masyhur dalam

    mempelopori dan menyebarkan bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam,

    Abdullah bin Masud di Kufah dan Abu Musa al-Asyari.

    Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah yang diajar para sahabat kepada

    penduduk Islam di negara masing-masing, maka timbulnya perbezaan bacaan yang ketara

    di kalangan umat Islam ketika itu. Ada yang mendakwa bacaan merekalah yang paling

    tepat dan bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya. Lalu khalifah yang

    memerintah ketika itu, Uthman bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang

    sahabat untuk mengumpulkan kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak

    dan menghindarkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

    6

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    7/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang diketuai

    oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah menyalin lembaran-lembaran al-Quran yang

    diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf dan dibukukan. Menurut

    pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6

    mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk kegunaan Saidina Uthman

    sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah beserta

    imam (qari) yang adil dan mutqin untuk mengajar penduduk berkenaan.

    Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis

    sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan

    bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di

    dalam mushaf yang telah ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan

    itu telah diterima dari baginda Rasulullah S.A.W secara mutawatir. Pembukuan al-Quran

    pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam

    dengan menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang seragam menurut

    ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih terdapat kelainan bacaan

    tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf Uthmani.

    3.0 KAEDAH AL-HAMZ DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM

    UTHMANI.

    Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari enam

    kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran Rasm

    Uthmani.Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau

    rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya.Dalam Mushaf

    Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza antara satu sama

    lain bergantung kepada kedudukannya iaitu apabila kedudukan hamzah wasal atau hamzah

    qatie di awal kalimah atau didahului huruf ziadah, pertengahan kalimah, hujung kalimah,

    tempat-tempat hukum khas.

    7

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    8/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau rumah

    Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu

    diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang

    dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk

    huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang dibahaskan

    dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah(rumahnya).

    3.1 BAHAGIAN HAMZAH.

    3.1.1. Hamzah al-Wasl (( .

    Iaituhamzah tambahan yang terletak pada permulaan kalimahdanhanya dibaca ,

    dibunyikan dan dibariskan ketika memulakan bacaandandigugur atau dibuang ( )

    sekiranya dibaca sambung dengan kalimah sebelumnya. Di dalam al-Quran Rasm Uthmani

    hamzah wasal ditulis bentuk alif dan berkepalakan sod kecil.

    Contohnya ialah seperti :

    3.1.2. Hamzah Qat'ie ( ).

    Hamzah Qat'ie ialah huruf hamzah yang terletak sama ada di awal kalimah, tengah

    kalimah, akhir kalimah dan iajuga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el ) dan

    sendi nama (harf). Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya dan ia tetap

    dibaca,dibariskan mengikut baris sama ada semasa memulakan bacaan atau ketika dibaca

    sambung. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana ia memutuskan beberapa

    huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, kaedah

    penulisan hamzah qat'ie berbeza mengikut kedudukannya sama ada di awal, tengah atauakhir kalimah.Ianya ditulis dalam bentuk yang berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf

    Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.

    Contohnya ialah seperti :

    8

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    9/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    ( Surah Al-Baqarah : ayat 17 ) - hamzah di awal kalimah.

    ( Surah Al-An'aam : ayat 144 )- hamzah di tengah kalimah.

    ( Surah Al-A'raaf : ayat 204 ) - hamzah di akhir kalimah.

    3.2 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-WASL.

    Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu

    sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan, maka ia

    ditulis dengan surah huruf Alif seperti Kalimah dan

    sebagainya.Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu

    perlu dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:

    1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il) dan ia terletak di

    antara huruf Waw / Fa' dan Hamzah al-Qat'. Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Baqarah : Ayat 189

    2. Al-Baqarah : Ayat 223

    2. Hamzah al-Wasl pada kalimah yang menjadi Fi'il al-Amr (perbuatan suruhan)

    dan sebelumnya terdapat huruf Waw atau Fa'. Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Yusuf : Ayat 82

    2. Al-Anbiya : Ayat 7

    3. Hamzah al-Wasl pada Lam al-Ta'rif yang didahului oleh Lam al-Jar atau Lam al-

    Ibtida'.

    Contohnya seperti:

    9

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    10/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Ali-Imran : Ayat 193

    2. Al-Dhuha : Ayat 4

    4. Hamzah al-Wasl pada Fi'il yang didahului oleh Hamzah Istifham. Contohnya

    seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Baqarah : Ayat 80

    5. Hamzah al-Wasl pada kalimah isim yang didahului dengan huruf Ba' al-Jar

    dan disertai dengan kalimah selepasnya. Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Fatihah : Ayat 1

    2. Hud : Ayat 42

    3.3 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH Al-QATIE.

    Dalam mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut adalah berbeza

    antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukannya sama ada ia terletak di

    permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan mengenainya

    adalah seperti berikut:

    3.3.1.Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah.

    Semua hurufHamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata nama),

    fi'il (perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan huruf Alif), sama

    ada ketika ia fathah( ) , kasrah ( ) atau dammah ( ).

    Contohnya seperti:

    10

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    11/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Baqarah : Ayat 17

    2. Al-Qariah : Ayat 33. Al-Baqarah : Ayat 127

    Demikianlah juga sekiranya ia didahului dengan huruf ziyadah (tambahan) iaitu sama ada

    huruf Sin, Ba', Fa, Kaf atau Lam seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Araf : Ayat 146

    2. An-Nisa : Ayat 25

    3.3.2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah

    HurufHamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama

    lain:

    (a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf

    sukun, ia ditulis tanpa surah .

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT1. Al-Taubah : Ayat 1

    2. An-Maidah : Ayat 31

    Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Najm : Ayat 47

    2. Al-Ahzab : Ayat 20

    3. Al-Rum : Ayat 10

    11

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    12/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    (b) Sekiranya huruf Hamzah itu kasrah ataupun sebelumnya kasrah, maka ia ditulis

    dengan bentuk Ya.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Baqarah : Ayat 54

    2. Al-Takwir : Ayat 8

    3. Ali-Imran : Ayat 69

    Melainkan sebelum atau selepas Hamzah itu terdapat huruf Ya', maka Hamzah

    tersebut ditulis tanpa surah.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Insan : Ayat 65

    2. Al-Waqiah : Ayat 58

    (c) Sekiranya huruf Hamzahitu dammah ( ) ataupun sebelumnya dammah (

    ), maka ia ditulis dengan surah waw ( ).

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Taubah : Ayat 24

    2. Yunus : Ayat 13

    Melainkan apabila selepas atau sebelum huruf Hamzah terdapat huruf Waw, maka

    Hamzah tersebut ditulis surah( ) .

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Taubah : Ayat 13

    2. Al-Takwir : Ayat 8

    (d) Sekiranya huruf Hamzahitu fathahdan sebelumnya fathah, maka ia ditulis dengan

    surah Alif.

    12

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    13/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al- Baqarah : Ayat 186

    2. Al-Qasas : Ayat 85

    Melainkan apabila selepas huruf Hamzah terdapat huruf Alif, maka Hamzah tersebut

    ditulis tanpa surah.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Yusuf : Ayat 28

    2. Sad : Ayat 25

    (e) Sekiranya huruf Hamzah itu sukun dan sebelumnya fathah, maka ia ditulis dengan

    surah Alif.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Sajadah : Ayat 27

    2. Al-Ahzab : Ayat 5

    Melainkan apabila selepas Huruf Hamzah terdapat kasrah, maka Hamzah tersebut

    ditulis tanpa surah.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Qasas : Ayat 26

    2. Al-Ahzab : Ayat 13

    3.3.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah

    Cara penulisan huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza mengikut

    beberapa keadaan seperti :Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan

    surah Ya. Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    13

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    14/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    1. Al-Araf : Ayat 204

    2. Al- Buruj : Ayat 13

    (a) Sekiranya huruf Hamzah itu dhammah atau sebelumnya dhammah ia ditulis dengansurah Waw. Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Nisa : Ayat 176

    2. Fatir : Ayat 33

    (c ) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu fathah, ia ditulis dengan surah Alif.

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Saba : Ayat 15

    2. Fatir : Ayat 16

    (d) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu sukun, ia ditulis tanpa surah( ).

    Contohnya seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Al-Furqan : Ayat 25

    2. Al-Naba : Ayat 40

    Melainkan beberapa kalimah tertentu yang ditulis dengan surah waw. Kalimah-

    kalimah tersebut adalah seperti:

    BIL KALIMAH CONTOH AYAT SURAH/AYAT

    1. Ghafir : Ayat 47

    2. Ghafir : Ayat 503. Taha : Ayat 18

    4. Al-Anam : Ayat 94

    5. Fatir : Ayat 28

    6. Al-Syuara : Ayat 197

    14

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    15/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4.0 KAEDAH AL-DABT DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI.

    Kaedah Al-Dabt dalam penulisan Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membincangkan

    mengenai tanda atau simbol yang dicipta oleh ulama dalam bidang al-Quran serta cara

    untuk membunyikan suatu huruf dari segi Irab baris dua (fathatain, dhammatain,

    kasratain), tanda sukun, tanda sabdu (syaddah), tanda panjang, tanda huruf yang dibuang,

    tanda huruf yang di waqaf, di tambah, di wasal (disambung), dan lain - lain lagi.

    4.1 Sejarah Dhabtul Quran

    Menurut Doktor Husini dalam kitab karangannya Fi Rihaabil Quran , sejarah Dhabtul

    Quran ini bermula pada zaman Khalifah Muawiyyah ibn Abi Sufian. Seorang pembesar

    istana bernama Ziad telah menghantar anaknya bernama Abdullah bin Ziad untuk belajar

    al-Quran dan Bahasa Arab di istana Khalifah Muawiyyah.

    Apabila Khalifah Muawiyyah mendengar percakapan dan bacaan al-Quran Abdullah bin

    Zaid, Muawiyyah mendapati banyak kesalahannya, lalu Muawiyyah memberi nasihat

    kepadanya supaya mencari seorang guru yang khusus untuk anaknya itu. Guru yang

    dicadangkan oleh Muawiyyah ialah Abu Aswad Addualli.

    Pada mulanya Abu Aswad Adduwalli tidak mahu menjadi guru kepada Abdulah bin Ziad,

    namun apabila Ziad menghantar orang suruhannya supaya membaca al-Quran di tepi jalan

    yang selalu dilalui oleh Abu Aswad Adduwalli, maka Abu Aswad Adduwalli berasa

    bersalah jika tidak mengajar anak Ziad tersebut. Orang suruhan Ziad membaca ayat 3-4

    surah At-Taubah, tetapi dengan baris yang salah. Abu Aswad Adduwalli kemudiannya

    bersetuju untuk mengajar anak Ziad di istana Muawiyyah. Beliau menyuruh agar menulis

    tanda bacaan mengikut gerak mulutnya seperti berikut:-

    1. Jika dimuncungkan mulutnya ertinya baris Sukun.

    2. Jika di buka sedikit ertinya baris Dhammah.

    3. Jika dirapatkan mulutnya ertinya Tanwin, begitulah seterusnya.

    Akhirnya terciptalah tanda atau dhabtu dalam al-Quran. Selepas zaman Abu Aswad

    Adduwalli, tanda baris al-Quran kemudiannya disempurnakan pula oleh Khalil bin Ahmad.

    15

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    16/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4.2 Kepentingan Ilmu Dhabtul Quran.

    Antara kepentingan dan kelebihan ilmu Dhabtul Quran:-

    1.Kita akan dapat membaca al-Quran dengan tepat dan betul menurut hukum tajwidyang dikehendaki.

    2.Menghilangkan kesamaran pada tanda baris dan tanda-tanda hukum bacaan.

    Contohnya:-

    a. Jika tanda sabdu atau bertashdid () seperti contoh , akan

    dibaca dengan berat.

    b. Jika terdapat tanda alif kecil menegak ( ) seperti dalam kalimah , akan

    dibaca panjang dua harakah .

    c. Jika terdapat tanda panjang melintang (~) seperti atas huruf lam ianya

    di baca lebih dari 2 harakat.

    3- Di samping mengenal baris dua ( tanwin) dan nun mati (nun sukun), kita juga dapat

    mengenal secara tidak langsung huruf Izhar, Ikhfak, Idhgham, Iqlab, dan lain-lain lagi

    4.3 Tanda-tanda Rasm Uthmani

    4.3.1 Tanda-tanda Baris.

    i. Baris asas terbahagi tiga iaitu fathah, dommah dan kasrah. Fathah ialah alif kecil

    yang melintang daripada kanan ke kiri. Ia diletakkan di atas huruf. Rasional

    penggunaan fathah ialah kerana apabila sesuatu huruf berbaris fathah dimadkan ia

    akan menerbitkan huruf alif. Dommah pula ialah huruf wau kecil dan diletakkan di

    atas huruf . Rasional penggunaan wau untuk baris dommah ialah apabila sesuatu

    huruf dimadkan ia akan menerbitkan huruf wau.Kasrah ialah ya maksuroh atau

    mardudah yang dibuang kepala dan titiknya dan diletakkan di bawah huruf.

    Rasional penggunaan ya untuk baris kasrah ialah kerana apabila sesuatu huruf

    berbaris fathah apabila dimadkan ia akan menerbitkan huruf ya.

    16

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    17/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    ii. Baris tanwin. Jika huruf yang berbaris tanwin hendaklah ditambah satu lagi baris

    berdasarkan baris yang asal samada fathah, dommah dan kasrah. Cara

    meletakkannya ada berbagai pendapat;

    a. Kedua-duanya di atas huruf sebelum huruf alif.

    b. Kedua-duanya diletak di atas huruf alif.

    c. Satu tanda diletak di atas huruf alif dan dua tanda diletak di atas huruf alif.

    (pendapat yang dhoif).

    d. Letak satu tanda di atas huruf sebelum alif dan satu lagi di atas alif.

    (pendapat yang dhoif).

    4.3.2 Tanda-tanda lain .

    1. Tanda Bulat Bujur

    Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif, wau dan ya`. Sekiranya terdapat tanda di

    atas huruf-huruf tersebut, ianya menunjukkan huruf tambahan yang tidak dibaca

    sebagai huruf mad sama ada ketika menyambung ( ) atau mewaqafkan bacaan (

    ) .Contohnya:

    2. Tanda Bulat Meninggi

    Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif. Ia menunjukkan huruf tersebut tidak

    berfungsi ketika bacaan sambung ( ) tetapi berfungsi sebagai mad ketika bacaan

    waqaf ( ) . Contohnya

    17

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    18/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    3. Tanda Bulat Tumpat/Penuh

    Tanda ini juga hanya terletak di atas huruf alif. Ini menunjukkan bacaan tashil

    (ringan) iaitu membunyikan antara huruf hamzah dan alif. Hanya terdapat satu

    tempat sahaja d dalam Al-Quran menurut bacaan Imam `Asim riwayat Hafs iaitu

    pada Surah Fussilat .

    4. Tanda Hamzah Wasal

    Tanda ini diambil daripada kepala huruf sod . Tanda ini hanya terletak di atas

    huruf Hamzah Wasal untuk menunjukkan huruf ini tidak berfungsi ketika

    menyambung bacaan . Contohnya: .

    5. Tanda Sukun ( )

    Khalil b Ahmad al-farahedi menjelaskan tanda sukun diambil dari kepala huruf

    kha` ha kecil atau jim. Bagi pendapat berasal yang dibuang titiknya, ia di

    ambil dari perkataan al-khafif (ringan). Manakala pendapat yang mengatakan

    berasal daripada huruf ha kecil ialah berasal daripada perkataan dan yang

    mengatakan berasal daripada jim ialah berasal daripada perkataan Jazam yang

    bermaksud mati. Abu daud pula menjelaskan ialah tanda bulat kecil kerana ia

    diambil daripada istilah matematik yang bermaksud sifr atau kosong. Tanda ini

    tidak lagi digunakan sebagai simbol baris tetapi dalam maksud-maksud yang

    lain.Ulama juga mempunyai beberapa pendapat tentang cara meletakkannya:

    a.Diletakkan di atas huruf yang dibaca izhar sahaja.

    18

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    19/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    b.Diletakkah di atas semua huruf mati (pendapat dhoif)

    Tanda ini terletak di atas mana-mana huruf Al-Quran yang menunjukkan

    bacaan Izhar.

    Contohnya :

    6. Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun

    6.1 Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya terdapat

    huruf bertashdid, maka hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf yang

    berikutnya secara idgham kamil (sempurna).

    Contohnya:

    6.2 Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya tidak

    terdapat huruf bertashdid, hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf

    berikutnya secara Idgham Naqis (tidak sempurna).

    Contohnya:

    7. Huruf Mim Kecil

    Tanda mim begini sebagai ganti bagi baris yang kedua tanwin atau terletak di atas

    huruf nun sakinah , sebagai ganti sukun dan huruf berikutnya ba`( ( yang tidak

    bertashdid, hendaklah dibaca dengan Iqlab .

    Contohnya:

    8. Tanda Tanwin

    19

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    20/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    8.1 Tanda baris dua yang selari dan baris dua hadapan yang diterbalikkan tanda

    baris yang keduanya menunjukkan bacaan Izhar.

    Contohnya:

    8.2 Apabila tanda dua yang di bawahnya tidak selari dengan baris di atas dan

    baris dua hadapan berbentuk dua huruf wau kecil yang berturut-turut dan

    diikuti dengan huruf bertashdid, ia menunjukkan Idgham Kamil .

    Contohnya:

    8.3 Jika tanda baris dua tersebut diikuti dengan huruf yang tidak bertanda sabdu, ia

    menunjukkan Idgham Naqis ( ). Contohnya:

    atau ia menunjukkan bacaan Ikhfa` ( ).Contohnya:

    9. Huruf-huruf Kecil Alif, Wau, Ya` dan Nun .

    Di dalam Mushaf Uthmani terdapat huruf kecil yang menunjukkan huruf asal yang

    ditinggalkan dan mesti dibaca. Contohnya:

    10. Huruf Sin Kecil yang Terletak di Atas atau di Bawah Huruf Sod .

    Terdapat empat (4) kalimah dalam al-Quran yang huruf sin kecil terletak di atas dan

    di bawah huruf sod ; sekiranya sin kecil terletak di bawah huruf sod

    menunjukkan bacaan/sebutan sod lebih masyhur di kalangan para qura` dan

    begitulah sebaliknya. Bagi Imam `Asim, kalimah yang harus dibaca dua wajah

    ialah:

    20

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    21/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    11. Tanda Mad (~).

    Tanda memanjang ini terletak di atas huruf Mad. Ini menunjukkan kadar bacaan Mad

    tersebut hendaklah lebih panjang daripda kadar bacaan Mad Asli.

    Contohnya:

    Cara meletakkannya terdapat beberapa pendapat:

    Tengah-tengah tanda mad hendak selari dengan huruf mad (Abu Daud)

    Tandanya hendaklah dimulakan pada huruf mad dan kemudian

    dipanjangkan.

    12. Bulatan Berhias ( )

    Bulatan berhias yang bernombor di tengahnya menunjukkan bilangan dan penghujung

    sesuatu ayat. Contohnya:

    13. Tanda Bintang Berbucu Lapan

    Tanda ini menunjukkan permulaan atau penghujung setiap juzuk atau kedudukansesuatu hizib ( ). Setiap juzuk mempunyai dua hizib. Contohnya dalam surah

    Al- Baqarah ayat 60.

    21

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    22/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    14. Garis Panjang

    Garis ini terletak di atas atau di bawah kalimah tertentu menunjukkan kalimah tersebut

    memberi peringatan sujud kepada Allah. Pembaca atau pendengar disunatkan sujud

    (dengan rukun tertentu) selepas membaca ayat-ayat ini. Manakala tanda ini

    menunjukkan tempat berhenti untuk sujud. Contohnya:

    1-Dalam surah As-Sajdah , Ayat 15 .

    2- Dalam surah Al-Aaraf , Ayat 206.

    3- Banyak lagi contoh ayat seperti dalam Surah Al-Furqan Ayat 60, Surah Ar-Rad Ayat

    15, Surah Maryam Ayat 58, Surah Al-Haj Ayat 18 dan 77, Surah An- Najm Ayat 21,

    Surah Al-Insyiqaa Ayat 21 dan Surah Al-Alaq Ayat 19.

    15.Tanda seperti Intan .

    Terdapat dua tanda intan di dalam Al-Quran:

    i-Tanda ini terletak di bawah huruf ra ( ) dalam Surah Hud ayat 41. Ia

    menunjukkan bacaan Imalah Kubra ( ) iaitu seperti :

    Contohnya dalam Surah Hud Ayat 41:

    22

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    23/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    ii.Tanda ini terletak di atas antara dua huruf mim dan nun bertashdid di dalam Surah

    Yusuf Ayat 11. Ia menunjukkan bacaan isymam ( (. Iaitu:

    16.Tanda Sin Kecil ( )

    Tanda sin kecil yang terletak di atas huruf akhir pada kalimah-kalimah tertentu

    menunjukkan bacaan Saktah ( ). Terdapat empat tempat saktah wajib di dalam al-

    Quran bagi Riwayat Hafs mengikut Toriq As-Syatibi, bagi mereka yang hendak

    meneruskan bacaan ( ) iaitu:

    i. Surah Al-Kahf Ayat 1:

    ii.Surah Yasin Ayat 52:

    iii.Surah Al-Qiyamah Ayat 27:

    iv.Surah Al-Mutaffifin Ayat 14:

    17.Kepala Huruf Ya` dan Huruf Wau Kecil

    Setiap huruf ha` dhamir (( diikuti dengan wau kecil dan kepala huruf ya` kecil

    menunjukkan bacaannya dipanjangkan dengan kadar dua harakah. Contohnya dalam

    Surah Al-Inshiqaq Ayat 15 :

    Jika di atas kepala huruf ya` atau wau kecil terdapat tanda memanjang (mad) ia

    menunjukkan bacaan ha` dhomir (( melebihi dua harakah.

    23

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    24/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Contohnya:

    18.Tanda-tanda Waqaf yang masyhur dalam Mushaf

    i.Waqaf Lazim iaitu lazim (mesti) berhenti pada tanda tersebut dan dimulakan

    dengan kalimah selepasnya. Contohnya:

    ii.Tanda dilarang berhenti ; contohnya:

    iii.Tanda harus waqaf atau wasal : Contohnya:

    iv.Tanda harus waqaf tetapi wasal lebih utama ( ): Contohnya:

    v.Tanda harus waqaf tetapi waqaf lebih utama ( ); Contohnya:

    vi.Tanda waqaf singkat atau titik tiga bertindih ( )iaitu harus berhenti pada salah

    satu daripada tanda tersebut dan tidak boleh berhenti pada kedua-duanya. Contohnya:

    5.0 PERBINCANGAN KEDUA-DUA KAEDAH DI ATAS DALAM SURAH AN-

    NABA SERTA CONTOHNYA.

    5.1 Kaedah Al-Hamz Dalam Surah An-Naba

    24

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    25/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Huruf Hamzah Wasl ditulis dalam bentuk huruf Alif.

    Huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata

    nama),fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan

    huruf Alif), sama ada ketika ia fathah, kasrahatau dammah.

    Huruf Hamzah yang didahului dengan huruf ziyadah (tambahan) iaitu sama ada

    huruf Sin, Ba', Fa, Kaf atau Lam ditulis dengan bentukAlif (berumahkan huruf

    Alif)

    Sekiranya hurufHamzah yang berada ditengah kalimahitu sukundan sebelumnya

    fathah, maka ia ditulis dengansurah Alif.

    5.2Kaedah Al-Dabt Dalam Surah An-Naba

    Tanda Bulat Bujur

    Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif, wau dan ya`. Sekiranya terdapat tanda di

    atas huruf-huruf tersebut, ianya menunjukkan huruf tambahan yang tidak dibaca

    sebagai huruf mad sama ada ketika menyambung ( ) atau mewaqafkan bacaan.

    25

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    26/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Tanda Hamzah Wasal

    Tanda ini diambil daripada kepala huruf sod . Tanda ini hanya terletak di atashuruf Hamzah Wasal untuk menunjukkan huruf ini tidak berfungsi ketika

    menyambung bacaan .

    Tanda Sukun ( )

    Diletakkan di atas huruf yang dibaca izhar sahaja

    Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun

    Jika selepasnya terdapat huruf bertashdid, maka hendaklah diidghamkan huruf

    pertama kepada huruf yang berikutnya secara idgham kamil (sempurna).

    Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun

    Jika selepasnya tidak terdapat huruf bertashdid, maka hendaklah diidghamkan huruf

    pertama kepada huruf yang berikutnya secara idgham naqis ( tidak sempurna).

    Tanda Tanwin yang menunjukkan bacaan Izhar

    26

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    27/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Tanda Tanwin yang diikuti dengan huruf yang tidak bertanda sabdu, ia menunjukkan

    Idgham Naqis ( (

    Tanda Tanwin menunjukkan bacaan ikhfa.

    Tanda Mad (~).

    Tanda memanjang ini terletak di atas huruf Mad. Ini menunjukkan kadar bacaan Mad

    tersebut hendaklah lebih panjang daripda kadar bacaan Mad Asli

    Bulatan Berhias ( )Bulatan berhias yang bernombor di tengahnya menunjukkan bilangan dan

    penghujung sesuatu ayat.

    Kepala Huruf Ya` dan Huruf Wau Kecil

    Setiap huruf ha` dhamir (( diikuti dengan wau kecil dan kepala huruf ya` kecil

    menunjukkan bacaannya dipanjangkan dengan kadar dua harakah.

    Tanda harus waqaf tetapi wasal lebih utama ( )

    6.0 KESIMPULAN

    Sebagaimana yang telah dibincangkan, Rasm Uthmani telah diasaskan oleh Khalifah

    Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat

    hebat dan tinggi nilainya. Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi

    hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di dalam al-Quran Al-Karim. Maka

    penulisan qiraat yang pelbagai ini perlu diseragamkan agar umat Islam khususnya pada

    zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah

    27

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    28/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan

    dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demi melahirkan generasi celik al-Quran

    pada masa akan datang. Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya

    Kami (Allah ) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami (Allah SWT)

    jualah yang benar-benar menjaganya.

    Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad SAW Ianya

    dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada dalam bentuk lisan dan bentuk penulisan. Bersama

    bentuk bacaan mutawatiryang diturunkan melalui Malaikat Jibril, Allah juga menentukan

    kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah al-Quran. Para ulama telah mengesan

    beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran yang disebut kaedah Rasm Uthmani.

    Sekiranya kaedah ini bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu kaedah

    ini tidak diguna pakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat ini. Di sini

    dapatlah dirumuskan bahawa kaedah tersebut amat unik dan terdapat banyak rahsia yang

    tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat

    sangat mengambil berat terhadapnya.

    Tanpa mengetahui sejarah dan kaedah penulisan al-Quran, pasti berlaku kesilapan sewaktu

    mentelaah kalam Allah SWT itu. Meskipun al-Quran yang dibuku dan dicetak di seluruhdunia mempunyai beberapa kaedah penulisan, namun hanya yang menggunakan kaedah

    rasm Uthmani yang diiktiraf jumhur ulama kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan di

    sebalik kemukjizatan yang teragung.

    Wallahuallam......

    Lampiran Surah An-Naba

    28

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    29/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    29

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    30/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    RUJUKAN

    Ahmad Kamaruddin Ibrahim,Abd. Rahman Abd Ghani. (2011),HBQE 1203 Rasm Al-

    Uthmani: Meteor Doc. Sdn. Bhd. , Selangor.

    Abd. Rahman Abd Ghani. (2008),Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran:

    Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia , Kuala Lumpur.

    Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). Al-Burhan fi

    Ulum Al-Quran: Kaherah ,Dar al-Hadith.

    Mahadi Dahlan, Azahari Haji Othman (Haji.)(1996).Kaedah resam Uthmani dalam

    al-Quran: AL-HIDAYAH PUBLISHERS, Kuala Lumpur.

    Muhammad .(2005).AL-QURAN Dan Serangan ORIENTALIS:Gema Insani,

    http://quran.com/1

    http://www.moha.gov.my/index.php?

    option=com_content&task=view&id=1364&Itemid=0&lang=en

    http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Mahadi+Dahlan%22http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Azahari+Haji+Othman+(Haji.)%22http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Muhammad%22&source=gbs_metadata_r&cad=6http://quran.com/1http://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1364&Itemid=0&lang=enhttp://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1364&Itemid=0&lang=enhttp://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Azahari+Haji+Othman+(Haji.)%22http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Muhammad%22&source=gbs_metadata_r&cad=6http://quran.com/1http://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1364&Itemid=0&lang=enhttp://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1364&Itemid=0&lang=enhttp://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Mahadi+Dahlan%22