RASM UTHMANI LENGKAP

24
KERTAS CADANGAN KAEDAH AL-DABT DALAMPENULISAN ALQURAN RASM UTHMANI PN NOOR HALIZAH BT HJ AHMAD SETIAUSAHA UNIT PENDIDIKANI SLAM SEKOLAH MENENGAH AL EHSAN ABSTRAK Nabi Muhammad s.a.w t!ah diutus"a# "$ada satu "ba#%a"a##%a buta hu'u( ) tida" b*!h mmba+a da# m#u!is b*!h m#&i'a bah"a# ham$i' tida" b*!h m#&#a! s tu!isa#.A#ta'a %a#& b*!h m#u!is sb!um "ba#&"ita# Nabi s.a.w sba&ai 'asu! ia!ah Abu Ba"a' a! Siddi/- Uma' bi# a! Abi Ta!ib- Ta!hah bi# Ubaidi!!ah- Abu Su(%a# bi# Ha'b- Mu0 Su1a#- Abba# bi# Said da# a! A!a0 bi# a! Had'ami.Smua#%a $#dudu" M"ah ma#a"a!a da'i "a!a#&a# Madi#ah ia!ah Am'u b Ubai bi# Ka0ab- Zaid bi# Thabit da# a! Mu#2i' bi# Am'u. S s.a.w b'hi3'ah " Madi#ah- Ba&i#da t!ah m#&&a!a""a# $# m#d*'*#& a&a' umat Is!am b!a3a' m#u!is shi#&&a stia$ *'a#& tawa#a# P'a#& Bada' da'i "a!a#&a# *'a#& 4u'a %a#& i#&i# dibbas"a# h#da"!ah t'!bih dahu!u m#&a3a' s "a#a" "a#a" Is!am di Madi#ah.M!a!ui usaha i#i- Ba&i#da m b'!a"u#%a $'tambaha# 3um!ah$#u!is di "a!a#&a# mas%a'a"at Is!am.A"hi'#%a Rasu!u!!ah s.a.w mm$u#%ai !bih da'i$ada 56 *'a#& $#u!is )"ba#%a""a#%a $#u!is wah%u , sb!um a! 4u ditu'u#"a# "$ada Ba&i#da. PENGENALAN

description

RASM

Transcript of RASM UTHMANI LENGKAP

KERTAS CADANGAN KAEDAH AL-DABT DALAMPENULISAN ALQURAN RASM UTHMANI

PN NOOR HALIZAH BT HJ AHMADSETIAUSAHA UNIT PENDIDIKANI SLAMSEKOLAH MENENGAH AL EHSANABSTRAKNabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Muawiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru. Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu. Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun. Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah. Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf. Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini. Al-quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat,sama ada mukjizat yang mampu difikirkan oleh akal fikiran dan dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Al-quran adalh satu mukjizat yang paling besar diberi kepada Rasulullah oleh Allah.Seterusnya,Rasulullah telah menyebarkan ayat-ayat Al-quran kepada para sahabat untuk dihafaz dan mengamalkannya.Seterusnya setelah kewafatan Rasulullah,para sahabat telah mengumpulkan ayat-ayat Al-quran untuk dijadikan satu mashaf.Salah satu ilmu yang perlu dipelajari dalam al quran.

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN AL DABT DALAM RASMUTHMANI

Apakah 'Dhabt Al-Quran''Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.A )Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah 1. Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

B) Jenis Dhabt

Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu :

i. Naqt al-I'rab :Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan

ii. Naqt al-I'jam :Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik.

KEPENTINGAN AL DABT DALAM RASM UTHMANI

i. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.ii. Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'iiii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenariv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan)v. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasihvi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabatvii. Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatirviii. Satu satu dari mukjizat Al-Quranvix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karimx. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelasxi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf

RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9 Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar. Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.Riwayat Ibnu Masud.

Al-quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat,sama ada mukjizat yang mampu difikirkan oleh akal fikiran dan dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Al-quran adalh satu mukjizat yang paling besar diberi kepada Rasulullah oleh Allah.Seterusnya,Rasulullah telah menyebarkan ayat-ayat Al-quran kepada para sahabat untuk dihafaz dan mengamalkannya.Seterusnya setelah kewafatan Rasulullah,para sahabat telah mengumpulkan ayat-ayat Al-quran untuk dijadikan satu mashaf.Salah satu ilmu yang perlu dipelajari dalam

TANDA-TANDA RASM UTHMANI

.SEJARAH RASM UTHMANI

Masyarakat arab pada zaman jahiliyah merupakan masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis.Al-quran telah menerangkan dengan jelas mengenai kenyataan ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumuah ayat 2.

Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.

Ini menandakan bahawa akan ada seorang rasul yang akan diutuskan bersama dengan Al-quran untuk menyebarkan risalah ini.Terdapat perselisihan ulama dalam menentukan orang yang mula-mula sekali menciptanya.Ada ulama yang berpendapat bahawa Nabi Adam yang menciptanya.Diriwayatkan bahawa Nabi Adam telah telah menulis semua tulisan Arab di atas tanah-tanahyang telah dibakar.Sebelum beliau wafat tulisan-tulisan tersebut telah dipadam.Setelah berlaku taufan,tulisan-tulisan tersebut telah timbul dan dijimpai oleh satu kaum.Kaum itu telah mempelajarinya berpandukan ilham daripada Allah.

Sebahagian ulama pula berpendapat orang yang pertama sekali mencipta bentuk tulisan arab ialah penulis wahyu Nabi Hud iaitu Khaljan bin al-Qasm.Diriwayatkan tulisan-tulisan Arab yang dibuat telah dipelajari oleh Maramih Bin Murrah,Aslam Bin Sidrah dan Amir bin Judrah.Kemudian penduduk penduduk Anbar daripada mereka.Lalu tersebarlah ilmu penulisan tersebut ke seluruh negeri Iraq.Ada juga ulama yang mengatakan tulisan ini dicipta oleh Nabi Ismail.Diriwayatkan tulisannyang beliau buat bersambung huruf-hurufnya antara satu sama lain sehinggakan huruf alif dan ro pun bersambung.Kemudian ketiga-tiga orang anaknya yang memisahkan huruf-huruf tersebut.Sewaktu islam mula-mula bertapak,hanya 14 orang bilangan orang islam yang mengetahui tentang penulisan Arab.Banyak hadis sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.Ini berlaku sebelum Rasulullah belum menjadi rasul tetapi setelah itu,islam mula berkembang maka Allah telah mengurniakan pengetahuan membaca dan menulis kepada baginda.Satu riwayat ada mengatakan bahawa penulisan Al-quran pada zaman rasulullah telah disempurnakan oleh lebih daripada 40 orang para sahabat yang dilantik sendiri oleh baginda.A) Penulisan pada zaman Rasulullah

Rasulullah telah menghafaz setiap wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada baginda dan akan menyampaikannya kepada sahabat.Cara sahabat menerima apa yang disampaikan berbez-beza kerana ada di antara sahabat menulis sebahagian surah-surah atau ayat dan ada juga yang menulis semuanya tetapi kebanyakan mereka menghafaznya.Ini disebabkan oleh dua faktor iaitu kebolehan luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dan sifat semula jadi mereka yang tidak tahu membaca dan menulis.Rasulullah telah melantik secara khusus beberapa orang sahabat yang boleh menulis segala wahyu yang diturunkan.Ayat-ayat al-quran yang ditulis pada pelepah-pelepah tamar,kulit-kulit kayu,tulang-tulang dan sebagainya.B) Penulisan dan pengumpulan Al-quran pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a

Setelah Rasulullah wafat,para sahabat telah memilih untuk melantik Khalifah Abu Bakar r.a sebagai khalifah yang pertama untuk menggantikan Rasulullah untuk menegakkan agama islam.Semasa hayat Rasulullah,Allah tidak pernah memerintahkan baginda untuk mengumpulkan al-quran pada satu tempat kerana para sahabat yang hidup bersama-sama baginda dapat menjaga amanah yang diberikan oleh Allah dengan menghafaznya.Tetapi pada zaman selepas baginda,Allah telah mengilhamkan kepadaSayyidina Umar r.a dan Khalifah Abu Bakar untuk mengumpul dan menulis semula Al-quran dalam satu mashaf.c)Penulisan dan pembukuan al-quran pada zaman Khalifah Uthman r.a

Setelah khalifah Abu Bakar r.a meninggal dunia pada tahun 13H,beliau telah digantikan oleh Khalifah Umar bin al-Khattabr.a dan beliau telah mengambil tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar.Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar,suhuf ini tetap digunakan sebagai sumber rujukan dan pembacaan al-quran.Tetapi pada zaman tersebut,umat islam masih mengutamakan hafazan dalam pembacaan al-quran.Selepas Khalifah Umar r.a meninggal dunia,suhuf tersebut disimpan oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt Umar.Beliau menyimpan mashaf itu sehingga beliau meninggal dunia.Sayyidina Uthman al-Affan r.a telah dilantik menjadi khalifah islam yang ketiga pada tahun 23H selepas Saiyyidina Umar wafat.Pada zaman itu,penaklukan islam ke beberapa negara sangat hebat berjalan maka ramai orang yang ditawan itu memeluk islam.Amalan pembacaan al-quran menjadi amalan yang utama dalam kehidupan mereka.Mereka juga telah mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-quran daripada para sahabat yang mashur yang berhampiran dengan mereka.

TAHAP PENULISAN AL-QURANPenulisan Al-Quran resam uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:-i. Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tandaii. Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian)iii. Tahap ketiga - mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafiiv. Tahap keempat - mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwanv. Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagiTulisan Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini. CARA BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASA KINITerdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:-i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari al-Imam Asim adalah paling banyak diamalkan di negara-negara Islamii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari al-Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrikaiii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari al-Imam Bafi' adalah banyak diamalkan di negara-negara Asia Tengahiv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari al-Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di SudanPENULISAN AL-QURAN (ILMU RASM)a) Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan hurufb) Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.PEMBAHAGIAN RASMRasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturanii. Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan HamzahKebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan, penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi tidaklah diharuskan.

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI1.Kaedah pertama:Al-Hadhf

Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu ,,,, dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

1) Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada keadaan-keadaan berikut:Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah () dalam firman Allah S.W.T ( )

Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah ( ) dan sebagainya.Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti (),() dan sebagainya.Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah () yang dimulai dengan huruf atau .Contohnya seperti (( dan ()Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (), melainkan firman Allah S.W.T ( (2. Kaedah kedua:Al-Ziyadah(penambahan)

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu huruf , dan .

Contoh ziyadah huruf :

Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama.Contohnya seperti (),()

Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif ,iaitu pada lafaz ((

Contoh ziyadah huruf :- Huruf waw selepas hamzah pada kalimah ) ) dalam firman Allah S.W.T ( (

- Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu (()(

Contoh ziyadah huruf ya

- Huruf ya selepas hamzah pada kalimah ((

- Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut ( (

,( ) ( ) ( ) ( ) ( )

3.Kaedah ketiga:Al-Hamz(Penulisan huruf hamzah)

Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

Huruf hamzah di pangkal kalimah

-Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia fathah,kasroh atau domah.

Contoh():

Huruf hamzah di pertengahan kalimah

-Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain:

v-Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:((

- Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia ditulis dengan surah ya

Contoh:((

- Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia ditulis dengan surah waw.

Contoh():

- Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:

-Huruf hamzah di hujung kalimah

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya

Contoh: ((

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw.

Contoh:( )

v-Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:()

v-Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah.

Contoh:()

.

4.Kaedah keempat:Al-Ibdal (Menukarkan huruf)

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw kepada alif.

- Ibdal alif kepada waw.

v-Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang

Contoh:()

- Ibdal alif kepada ya

- Apabila alif terletak di ()

- Huruf alif pada kalimah (( yang membawa maksud ((

- Ibdal nun kepada alif

-Nun taukid khafiyyah pada kalimah ((

- Nun pada kalimah ((

- Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah

- Kalimah (( ditulis dengan ta maftuhah ((

- Ibdal waw kepada alif

- Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah waw.

Contoh:((

5.Kaedah kelima:Al-wasl wa al-Fasl(Menyambung dan memisahkan)

Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat,tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

- Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

- Semua kalimah (( dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat

- Semua kalimah ((dan ((

- Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut:

- Semua kalimah ( (

-6) Kaedah keenam:Ma fih Qiraatan(Kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat)

- Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat

Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif,tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek.

Contoh: huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek.

- Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contoh:(( ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.

- Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbezaTerdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain.

Contoh:( (

FAKTOR-FAKTOR ILMU RASM UTHMANI MENJADI ASING BAGI MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIADi Malaysia, pengajian al-Quran dalam sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan terutamanya di peringkat sekolah. Pada pendapat saya, kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di negara kita adalah kaedah Resam Uthmani.Antara factor rasm uthmani menjadi asing di Malaysia ialah pelaksanaan kaedah ini di sekolah ialah bentuk tulisannya agak sukar untuk seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan para murid membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.Selain itu, pengajian al-Quran melalui Resam Uthmani ini juga dapat membentuk bacaan yang selaras di kalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, apabila kaedah ini diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas samada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, murid dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi murid yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkan murid untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.Seterusnya, tulisan Resam Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu murid untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Resam Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat para guru dan murid untuk menggunakan Resam Uthmani ini dalam pengajian al-Quran. PENUTUP

Kesimpulannya berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan dipelihara dan diamalkan.Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan dalam jangka panjang mendedahkan Al-Quran kepada perubahan. Justeru melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya.Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.Dengan kajian ini ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

RUJUKAN

Sheikh Abdullah Basmeih.1988.Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertianal-quran.Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam.Mohamed Asin Dolah.1993.Konversi Agama :Pengertian Dan Bentuknya.Dlm.Mohamed Yusof Hussain et al.(pnyt.).Isu-Isu dalam usuluddin dan Falsafah.Bangi:penerbit UKM.Kamus Dewan.2002.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah.2003.Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz.

Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.1972.Kursus Qari dan Qariah.Kota Bharu:Pustaka

Aman Press Sdn.Bhd.

Abdul halim el-Muhammady.1990.Al-Quran dan Pembelajarannya di Malaysia.Jurnal

Pendidikan Islam3(3):1-12.

Al-Imam an-Nawawi.1992.At-Tibyan Fi Adab Hamalai al-Quran.Beirut : Dar al-Fikr

Al-Lubnani.

Mohd Ali Bin Abu Bkar. 1991 . Seni Lagu al-Quran di Malaysia ,Kuala Lumpur:Darul

Fikr.