RASUAH

8
TINDAKAN Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun lalu. Dr Syed Hussein Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman, Greek dan Cina. Amalan rasuah sangat ditegah oleh agama Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui salahnya. Secara ringkasnya, gejala rasuah yang menular bukan sahaja menghakis kemoralan sesuatu masyarakat, mencabuli hak sosial dan ekonomi golongan miskin dan terpinggir, mencabar keluhuran undang-undang dan kesannya ialah pembangunan masyarakat yang terbantut. Kawalan undang-undang terhadap rasuah adalah melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. Bahagaian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) secara intipati adalah sama dengan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dalam Bahagian II

Transcript of RASUAH

Page 1: RASUAH

TINDAKAN

Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa

manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun lalu. Dr Syed Hussein

Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman,

Greek dan Cina.

Amalan rasuah sangat ditegah oleh agama Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan

jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada

hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan

(berbuat) dosa padahal kamu mengetahui salahnya.

Secara ringkasnya, gejala rasuah yang menular bukan sahaja menghakis kemoralan

sesuatu masyarakat, mencabuli hak sosial dan ekonomi golongan miskin dan terpinggir,

mencabar keluhuran undang-undang dan kesannya ialah pembangunan masyarakat yang

terbantut.

Kawalan undang-undang terhadap rasuah adalah melalui penguatkuasaan Akta

Pencegahan Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, Akta Kesalahan

Pilihanraya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. Bahagaian III Akta Pencegahan

Rasuah 1997 (Akta 575) secara intipati adalah sama dengan kesalahan-kesalahan yang

diperuntukan dalam Bahagian II Akta Pencegah Rasuah 1961 (Akta 57). Seksyen 10,11,12,13

dan 14 Akta 575 adalah in pari materia dengan Seksyen 3,4,6,7 dan 9 Akta 57. Seksyen 15 Akta

575 pula mengandungi kesalahan yang sama dengan seksyen 2 Ordinan 22. Satu perbezaan

ketara antara Akta 575 berbanding Akta 57 dan Ordinan 22 ialah penalti hukuman pemenjaraan

dan denda telah ditingkatkan.

Bagi kesalahan rasuah di bawah Ordinan 22, tiada had pemenjaraan minimum. Sebagai

contoh, dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Tan Cheng Swee, tertuduh disabitkan atas

kesalahan Seksyen 2(1) Ordinan 22 iaitu menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam untuk

keuntungan kewangan, Mahkamah Persekutuan hanya mengenakan hukuman denda RM2000

sahaja terhadapa beliau.

Page 2: RASUAH

Di bawah Akta 57 (yang sudah dimansuh), tempoh maksimum pemenjaraan ialah 7 tahun

atau denda 10 ribu ringgit atau kedua-duanya. Tiada had pemenjaraan minimum di bawah Akta

57. Bagi Akta 575 pula, tiga jenis penalti dikenakan iaitu pemenjaraan, denda atau melucuthakan

harta. Seksyen 16 memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh minimum 14 hari dan tempoh

maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang

ditawarkan atau diterima, jika dapat dinilaikan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut yang mana-

mana yang lebih tinggi. Seksyen 36 dan 37 berkenaan dengan pelucuthakan harta yang

dibuktikan menjadi hal perkara rasuah.

Penalti pemenjaraan minimum yang dicadangkan semasa Bacaan Kali Pertama dan

Kedua Rang Undang-undang Pencegahan Rasuah 1997 di Dewan Rakyat adalah 6 bulan. Tetapi,

melalui Kertas Pemberitahuan semasa Bacaan Ketiga Rang Undang-undang tersebut, penalti

pemenjaraan minimum dikurangkan menjadi 14 hari. Dengan ini, adalah disimpulkan niat

Parlimen ialah mengenakan pemenjaraan minimum yang pendek dan mahkamah diberi budi

bicara untuk menentukan tempoh pemenjaraan berdasarkan fakta kes.

Tafsiran terhadap penghukuman di bawah Seksyen 16 Akta 575 dibincangkan dalam kes

Pendakwa Raya lwn Mohd Salim Hamiddulrahman Mahkamah Tinggi menafsirkan Seksyen 16

sebagai “mana-mana orang yang didapati bersalah … boleh apabila disabitkan … dipenjarakan

dan didenda“. Mahkamah menyatakan pemenjaraan dan denda diharus dibaca secara bersama

iaitu tafsiran secara konjuktif. Mahkamah juga turut menambah tafsiran konjuktif sedemikian

tidak bermakna bahawa perkataan “boleh apabila disabitkan“ adalah mandatori. Apa yang

dimaksudkan ialah Mahkamah masih boleh guna budi bicaranya dalam menggunakan kuasa di

bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu pelepasan ikat jamin dengan syarat supaya

berkelakuan baik. Tetapi, sekiranya seksyen 16 hendak digunakan, maka kedua-dua denda dan

pemenjaraan harus dikenakan bersama. Intepretasi tersebut berdasarkan rujukan terhadap Rang

Undang-Undang.

Seperkara yang menarik ialah tiada hukuman sebatan ke atas kesalahan rasuah. Secara

umumnya, sebatan hanya dikenakan ke atas pesalah yang menggunakan kekerasan. Di sini

timbulnya pengecualiaan apabila Parlimen meluluskan Kanun Keseksaan (Pindaan) 1993 dengan

mengenakan sebatan ke atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang (seksyen 403 dan

404), pecah amanah jenayah (seksyen 406-409) dan menipu (seksyen 420). Tiada elemen

Page 3: RASUAH

kekerasan digunakan dalam seksyen-seksyen tersebut. Di bawah Seksyen 288(4) Kanun

Prosedur Jenayah, rotan yang digunakan ke atas kesalahan seksyen tersebut ialah rotan halus.

Persoalan disini adalah adakah hukuman gantung ke atas pemberi dan penerima boleh

membendung gejala rasuah? Ahli Juris zaman dulu telah mencuba pelbagai pendekatan untuk

membendung gejala rasuah. Undang-undang Hammrabi misalnya telah menetapkan hukuman

mati bagi pegawai awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah tertentu. Hukuman mati juga

dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam rasuah di Cina purba. Walaupun hukuman mati

dikenakan, namun gejala rasuah masih lagi menular.

Berdasarkan pengalaman sejarah, jelaslah bahawa hukuman mati bukanlah satu hukuman

yang berkesan untuk membendung rasuah. Oleh kerana rasuah adalah satu jenayah yang

dilakukan secara sulit, maka adalah mustahil untuk mendapatkan perangkaan tentang kes rasuah

yang sebenarnya berlaku. Sebagai alternatif, persepsi terhadap kejadian rasuah seringkali

digunakan sebagai kayu ukur. Indeks Persepsi Rasuah yang diterbitkan oleh Transparency

International merupakan sumber berwibawa. Indeks tersebut diperolehi dengan soal-selidik

untuk mendapatkan perspektif ahli perniagaan asing terhadap rasuah dalam sektor awam.

Kedudukan Malaysia ialah dalam lingkungan 4.8 hingga 5.32 daripada skala 10 bagi

tempoh 1996-2003. Kedudukan Malaysia adalah jauh di belakang dengan negara jiran kita,

Singapura yang mencapai markah melebihi 9 dan berkedudukan dalam senarai 10 negara yang

paling kurang rasuah.

Seksyen 5 Akta Pencegahan Rasuah Singapura memperuntukkan bahawa hukuman am

bagi rasuah ialah denda tidak melebihi S$100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau

kedua-duanya. Untuk kesalahan spesifik yang dinyatakan dalam Akta tersebut, hukuman

pemenjaraan ditingkatkan kepada maksimum 7 tahun.

Tempoh pemenjaraan maksimum kesalahan rasuah di Singapura adalah jauh lebih pendek

daripada tempoh maksimum 20 tahun Akta 575 Malaysia. Pengalaman Singapura membuktikan

pengurangan gejala rasuah bukan disebabkan oleh hukuman berat sahaja.

Di Malaysia, hukuman mati dikenakan ke atas 4 jenis kesalahan sahaja iaitu kesalahan

membunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan), mencolek (Seksyen 364 Kanun Keseksaaan atau

Page 4: RASUAH

Seksyen 3(1) Akta Mencolek 1961), memiliki senjata api (Seksyen 57, Akta Keselamatan

Dalam Negeri 1960) dan pengedaran dadah merbahaya (seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya

1952). Elemen keganasan melampau wujud dalam tiga kesalahan pertama tersebut. Bagi

kesalahan mengedar dadah pula, justifikasinya adalah untuk membendung aktiviti sindiket

pengedaran dadah supaya bekalan dadah tidak berleluasa sehingga melumpuhkan masyarakat.

Secara umumnya, salah satu objektif hukuman mati adalah berdasarkan konsep balasan

iaitu “hutang darah dibayar darah”. Objektifnya ialah membalas balik secara fizikal perbuatan si

penjenayah. Saya berhujah kesalahan rasuah tidak boleh digolongkan dalam kategori ini.

Objektif hukuman mati yang lain ialah bertujuan pencegahan secara am iaitu untuk menakutkan

mereka yang ada kecenderungan melakukan jenayah dan masyarat secara amnya. Kelaziman

hukuman dijatuhkan akan menjadi amaran berterusan kepada masyarakat.

Hukuman mati juga akan mematahkan keupayaan secara kekal. Mereka yang dianggap

berbahaya kepada masyarakat akan diasingkan secara kekal dengan masyarakat.

Perubahan harus dilakukan terhadap dasar kerajaan ini. Hukuman tersebut wajar

digantikan dengan konsep hukuman secara moden adalah berdasarkan pemulihan. Pesalah harus

diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Hukuman mati tidak memberi peluang kepada

pesalah untuk menjadi seorang warga yang baik semula. Hujah-hujah tentang keberkesanan

tindakan polis dan pendakwaan untuk memastikan pesalah disabitkan mempunyai impak yang

lebih besar berbanding hukuman berat adalah sangat releven. Dengan kata lain, formula

pencegahan terhadap berlakunya jenayah ialah kepastian terhadap tangkapan dan hukuman dan

bukan keberatan hukuman per se.

Disamping itu, hukuman yang diambil haruslah berkadaran dengan kesalahan. Hal ini

kerana tujuan hukuman ialah untuk mengambil kira keuntungan tidak adil yang diambil oleh

pesalah. Hukuman setimpal harus dikenakan untuk memusnahkan keuntungan tidak adil yang

dinikmati oleh pesalah. Hukuman terlampau berat adalah tidak adil kepada pesalah. Saya

berhujah hukuman mati adalah terlampau berat dan tidak adil bagi pesalah rasuah.

Kita harus merenungi apa yang dikatakan oleh ahli falsafah Cina, Confucius: “Sekiranya

rakyat jelata dikawal dengan undang-undang, maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak

diheret ke penjara dan mereka tidak akan berasa malu untuk melakukan kesalahan. Jika mereka

Page 5: RASUAH

dididik dengan moral dan etika, maka mereka akan berasa malu untuk melakukan kesalahan dan

akan menjadi orang yang baik.”

Akhir kata, hukuman gantung terhadap pemberi dan penerima rasuah bukanlah formula

untuk membendung rasuah. Kita harus menerimapakai nasihat Confucius dengan pendekatan

bersepadu yang merangkumi pendekatan undang-undang dan bukan undang-undang. Dengan ini,

barulah kita dapat memupuk nilai integriti sebagai budaya nasional untuk menentang gejala

rasuah.