Rasuah

21
1.0 Pengenalan Sejarah perkembangan rasuah mula muncul dalam kehidupan masyarakat manusia sejak pembentukan organisasi kemasyarakatan. Terdapat banyak catatan kuno telah menceritakan isu rasuah yang berlaku telah meninggalkan kesan yang negatif kepada sesebuah negara seperti pemerintahan Yunani, Roman, Empayar Uthmaniah, Distinasi Ming dan sebagainya. Di negara kita, sejarah kegiatan rasuah bermula sejak zaman kesultanan Melaka sehingga kini. Rasuah merupakan punca utama kejatuhan kesultanan Melaka ke tangan orang portugis yang dikatakan dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang bertugas di istana. Ketika pemerintahan British pula, satu undang-undang rasuah telah dikuatkuasakan dalam tahun 1871 di mana kegiatan penerima hadiah yang dapat digolong dalam rasuah telah dikanunkan.Walaupun ada undang-undang seperti ini, kegiatan rasuah masih terus berlaku di masyarakat kita. Rasuah sebenarnya berasal daripada bahasa Arab “al-riswah”. Dalam Al-Quran, perkataan ini juga digolong sebagai perkataan umum batil. Misalnya melingkungmi perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ragut dan menipu. Perkataan ini telah dipinjamkan dan dipergunakan dalam Bahasa Malaysia yang bermaksud menumbuk rusuk iaitu, menyogok, menyuap. Dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osbome memberi definisi " bribery and corruption " sebagai perbuatan " giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward" .

description

rasuah

Transcript of Rasuah

Page 1: Rasuah

1.0 Pengenalan

Sejarah perkembangan rasuah mula muncul dalam kehidupan masyarakat manusia sejak

pembentukan organisasi kemasyarakatan. Terdapat banyak catatan kuno telah menceritakan

isu rasuah yang berlaku telah meninggalkan kesan yang negatif kepada sesebuah negara

seperti pemerintahan Yunani, Roman, Empayar Uthmaniah, Distinasi Ming dan sebagainya.

Di negara kita, sejarah kegiatan rasuah bermula sejak zaman kesultanan Melaka sehingga

kini. Rasuah merupakan punca utama kejatuhan kesultanan Melaka ke tangan orang portugis

yang dikatakan dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-

pegawai tertentu yang bertugas di istana. Ketika pemerintahan British pula, satu undang-

undang rasuah telah dikuatkuasakan dalam tahun 1871 di mana kegiatan penerima hadiah

yang dapat digolong dalam rasuah telah dikanunkan.Walaupun ada undang-undang seperti

ini, kegiatan rasuah masih terus berlaku di masyarakat kita.

Rasuah sebenarnya berasal daripada bahasa Arab “al-riswah”. Dalam Al-Quran,

perkataan ini juga digolong sebagai perkataan umum batil. Misalnya melingkungmi

perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ragut dan menipu. Perkataan ini

telah dipinjamkan dan dipergunakan dalam Bahasa Malaysia yang bermaksud menumbuk

rusuk iaitu, menyogok, menyuap.

Dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osbome memberi definisi "bribery and

corruption" sebagai perbuatan "giving or offering any reward to any person to influence his

conduct; or receipt of such reward". Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley

and Whiteley's Law memberikan definisi "the taking and giving money for the performance

or non-performance of a public duty." Sebagai contoh, Jabatan Kastam yang merupakan

jabatan yang mempunyai hubugan lansung dengan orang awam. Jadi, orang awam sanggup

memberikan sedikit habuan kepada pegawai kastam agar aktiviti penyeludupan barang-

barang pos, emas, perak, mata wang dan sebagainya mudah dilakukan.

Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a) (b), Akta

Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah;

“menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada

seseorang untuk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan

yang ada hubungan dengan prinsipalnya.”

Page 2: Rasuah

Di samping itu, Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah wujud sejak masyarakat

tradisional lagi. Ini bermaksud pada zaman dahulu masyarakat tradisional kita, budaya

pemberian atau hadiah merupakan tanda penghormatan kepada seseorang. Namun, kini

budaya yang pada asalnya bertujuan mulia telah dijadikan sebagai rasuah dalam tujuan dan

makna yang berlainan.. Sebagai contoh, masyarakat majmuk kita ada mengamalkan tradisi

memberi hadiah atau wang sempena sesuatu perayaan seperti majlis hari jadi, hari

perkhawinan dan sebagainya. Sebenarnya, tindakan seperti ini akan menjadi rasuah jika

pemberian dan penerimaan mempunyai hajat di sebaliknya.

2.0 Analisis Ekonomi Ke Atas Perbuatan Rasuah

Ekonomi merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Greek iaitu “oikos” dan

“nomos” yang mempunyai erti peraturan rumah tangga. Melalui pakar ekonomi seperti Adam

Smith mengatakan ekonomi sebagai kajian tentang sebab-sebab kewujudan kekayaan.

F.A.Walker pula mendefinisikan ekonomi sebagai salah satu cabang ilmu yang berkaitan

dengan kekayaan. Jadi, ekonomi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

negara kerana dengan perkembangan ekonomi yang pesat bermaknalah indeks purata

pendapatan rakyat Malaysia akan dipertingkatkan.

Dalam perkembanngan ekonomi negara rasuah merupakan punca utama yang

mengugatkan perkembangan ekonomi negara kita. Sebagai contoh dalam sektor swasta.

Kegiatan ini menyebabkan swasta perlu menambahkan pembelanjaan yang lebih banyak

kerana mereka perlu menggunakannya dalam perbelanjaan “ di luar akaun” seperti belanja

perundingan antara pejabat, duit kopi dan sebagainya. Rasuah yang wujud dalam ekonomi

akan menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran. Ini wujud apabila sebuah

syarikat mempunyai “hubungan” dengan persaingan sehinggalah syarikat tersebut kehilangan

daya saingan atau sebaliknya untuk bergerak maju. Tambahan pula, kegiatan rasuah juga

menimbulkan kekacauan dalam sektor awam. Kejadian ini berlaku apabila kos projek –projek

kemasyarakatan dinaiki secara mendadak sehingga melepaskan peruntukan sebelum ini. Ini

berlaku kerana pejabat awam atau pejabat serta kontraktor mungkin “ mengubahsuaikan”

projek tersebut selepas menerima peruntukan daripada pihak kerajaan pada asalnya adalah

tidak diperlukan. Oleh sebab aktiviti rasuah, maka keselamatan, keselesaan bagi projek

tersebut akan dijadikan pertaruhan dengan bermakna kualiti hasil projek itu menjejaskan

Page 3: Rasuah

perkhidmatan awam dan infrastruktur yang dirancangkan. Tambahan pula, kejadian ini akan

menambahkan bajet kerajaan.

Rasuah merupakan salah satu musuh pembangunan negara terutamanya dalam ekonomi

negara. Dengan jenayah rasuah ini akan menyebabkan kos peningkatan barangan atau

perkhidmatan sehingga mendatangkan kesan kepada pengguna. Ini disebakan amalan rasuah

hanya mementingkan kelulusan sesuatu projek atau produk tanpa mengirakan kualiti dan

perkhidmatan sesuatu barangan. Jelasnya dari segi ekonomi , jenayah rasuah akan

mempersulitkan perkembangan ekonomi negara kita. sebagi contohnya, pelabur asing

memerlukan kos perbelanjaan yang lebih untuk memulakan perniagaan di negara kerana

perlu memberi ‘ duit kopi’ kepada pihak tertentu agar dapat menjalanan perniagaan.

Fenomena negatif ini menyebabkan para pelabur tidak berminat untuk menjalankan aktiviti

perniagaan di negara kita. Mereka rela memindahkan modal mereka ke negara yang lebih

amanah.

Berdasarkan kes rasuah dan kerugian berbillion ringgit di Sime Darby Berhad,

SPRM( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah menjalankan siasatan kepada

syarikat ini kerana kerugian yang dialami melibatkan kerugian rakyat dan kerajaan Malaysia.

Punca utama tanggungan kerugian disebabkan oleh kelewatan dan penanggungang kos yang

berlebihan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 964 juta bagi suku kedua tahun

kewangan 2010. Setelah membuat siasatan, SPRM mendapati punca utama kerugian ini

adalah disebabkan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh tiga orang pegawai kanan syarikat

tersebut. Jumlah wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat.

Pegawai tersebut mula menerima wang rasuah sejak Jun 2008 hingga Februari 2010 dengan

sebanyak USD 2500 sebulan dari pihak pemilik syarikat. Akhirnya pegawai tersebut telah

didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di

bawah Seksyen 16 Akta yang sama di Mahkamah Sesyen pada tahun 21 disember 2010. Bagi

tangkapan kedua yang menerima rasuah daripada seorang kontraktor yang berjumlah

RM99000.00 dan tangkapan ketiga pula menerima rasuah bayaran sebagai wang dan jam

tangan juga telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang

boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama dan Seksyen 11(a) Akta Pencegahan

Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Page 4: Rasuah

Perlakuan rasuah ini sentiasa berlaku dalam bidang ekonomi negara disebabkan arus

permodenan yang berlaku kini. Namun gejala seperti ini akan mengugat keseimbangan

ekonomi negara dengan pembanguan kerohanian iaitu masyarakat memandang mudah

terhadap masalah rasuah yang semakin meningkat. Jadi, Kerajaan perlu mengawal rasuah

dalam ekonmi dan berperang secara habis-habisan kerana gejala ini bukan sahaja

menjejaskan pelabur asing menabur pelaburan mereka manakala juga kehilangan keyakinan

orang ramai terhadap pentadbiran negara kita Jadi, untuk menjadi sesebuah negara yang

maju dalam ekonomi negara, kerajaan harus sentiasa peka terhadap kegiatan rasuah ini agar

dapat mengurangkan kadar rasuah yang berlaku di negara kita.

3.0 Analisis undang-undang ke atas perbuatan rasuah

Rasuah merupakan satu perbuatan sogokan dengan wang atau hadiah sebagai ganjaran

terhadap sesuatu dengan tujuan menyenangkan pencapaian sesuatu kemampuan atau niat

dengan cara yang salah atau tidak betul. Sebenarnya, kegiatan sebegini bukan sahaja

merupadakan perbuatan yang terkutuk, malahan ia juga merupakan kegiatan yang salah di

sisi undang-undang dunia sehingga pada akhir akhirat nanti. Ini kerana, dari sudut

perundangan pula, aktiviti rasuah memang merupakan salah satu kesalahan undang-undang di

mana individu mendapat kebebasan atau keistimewaan daripada syarikat atau sesuatu pihak

selepas menyumbangkan wang, hadiah dan sebagainya kepada pihak-pihak tertentu .Menurut

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat kesalahan rasuah yang

utama dan salah dalam sisi undang-undang adalah seperti berikut: meminta atau menerima

rasuah, menawar atau member rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan

jawatan atau kedudukan. Berdasarkan keempat-emat kesalahan ini, kita dapat mengetahui

bahawa sesiapa yang memberi atau menerima atau bersetujui dalam penerimaan suapan

rasuah tanpa mengira jawatan,majikan dan sebagainya akan dianggap sebagai salah dalam

sisi undang-undang.

Untuk membanteraskan kejadian ini, pihak kerajaan telah menggubalkan beberapa undang

yang berkuasa untuk mengurus gejala ini.Jadi, terhasillah undang-undang khas untuk

perbuatan rasuah di negara kita. Antarannya adalah seperti Malaysia Anti-Rasuah Akta

Suruhanjaya 2009, Akta Penjara 1995 ,Firma Perintah Ketua Pesuruhjaya SPRM ,Kawasan

Perlindungan Dan Tempat Larangan 1959 ,Akta Polis 1967, Akta Rahsia Rasmi 1972, Surat

Page 5: Rasuah

Perintah Am dan sebagainya. Perundangan yang digubalkan bukan sahaja dapat memberi

kesedaran tentang hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan rasuah malahan

juga mendedahkan rakyat Malaysia tentang kegigihan kerajaan dalam membanteraskan

kejadian ini. Antara kawalan undang-undang yang terdapat di negara kita adalah seperti

berikut:

a) Kawalan Undang-undang terhadap Rasuah

Kawalan undang terhadap rasuah adalah melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan

Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, Akta kesalahan

Pilihanrya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta kastam 1967.(4)

b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Dalam pencegahan raasuah akta yang paling memainkan peranan dalam mencegah

rasuah adalah Akta 575 kerana akta ini digunakan untuk menggantikan Akta

Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 tahun 1970

(Ordinan 22). [5]

c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification

to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence

under the Malaysian Anti-Corruption Act 2009 (Act 694)."

Dalam akta ini, sesiapa yang melakukan sebarang perbuatan atau percubaan untuk

memberi, menawar atau menerima rasuah kepada dan daripada sesiapa merupakan

kesalahan jenayah.

d) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

“ If any person offers or gives any gratification to any members of the public service,

the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest

office of the Anti Corruption Agency or police station. Failure to do so is an offence

under the Malaysian Anti-Corruption Act 2009 (Act 694).”

Page 6: Rasuah

Jika mendapati sesuatu pihak mengadakan penawaran atau pemberian suapan kepada

anggota kaki tangan awam, maka pihak yang diberi tawaran suapan perlu membuat

laporan atau aduan kepada pejabat Badan Pecegah Rasuah atau balai polis yang

berhampiran dengan segeranya. Jika gagal berbuat demikian,maka ia merupakan

sesuatau kesalahan dibawah akta di atas.

e) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a member of the

public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the

parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption

Act 2009 (Act 694).”

Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh

diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah

f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 2009).

“Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this

procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no

services rendered in accordance with the specifications and any member of the public

service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-

Corruption Act 2009 (Act 694).”

Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut

spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota

perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan

kesalahan di bawah

Daripada itu, dalam kes William Minggu Nyeyang lawan Pendakwa Raya[6],, pihak

mahkamah memberi penafsiran terhadap “pegawai badan awam” di bawah seksyen 2

iaitu “mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai,pekerja atau pengkhidmat

Page 7: Rasuah

sesuatu badan awam dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada

wang awam telah membuktikan William Minggu Nyeyang adalalah salah dari segi

undang-undang kerana mahkamah berpendapat bahawa pegawai polis bantuan

merupakan pegawai badan awam. Tambahan pula ,ia juga memenuhi elemen yang

terkandung dalam Sekysen 14 2.2 : Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No 22, 1970

(Ordinan 22)iaitu seorang pegawai awan yang “menerima saran dari wang awam”.

Daripada Buletin SPRM Bil: 1/2013 telah memberitakan sesuatu kes yang berkaitan

dengan seorang ahli Majlis yang merupakan ahli sebuah majlis perbandaran di ibu kota.

Dalam kes ini, ahli majlis telah menggunakan kedudukannya sebagai ahli majlis perbandaran

utnuk mendapatkan tender daripada majlis perbandaran. Beliau telah mengakui bahawa

beliau membantu mendapatkankan tender-tender yang berkaitan dengan kerja-kerja

pembersihan kepada orang yang menawarkan suapan kepadanya. Sebagai balasan daripada

tindakannya, beliau meminta orang yang menawar rasuah memberi ganjaran kepadanya

dalam bentuk wang secara berasingan. Walau bagaimana pun, sesiapa yang menggunakan

jawatan atau kedudukannya untuk memperoleh rasuah atau suapan dalah salah d bawah

seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut Tan Sri Datuk Ahmad Sarji memberi penerangan bahawa akauntabiliti

sebagai “obligation to give answers and explainations for one’s actions and performance to

those with a right to rquire them.” Ini bermakna “ Akauntabiliti mempunyai sistem

penghargaan dan hukuman yang mana kebaikan ataupun kejahatan akan tetap mendapat

balasannya”Sebenarnya rasuah sentiasa berlaku apabila seseorang telah berkuasa dan tidak

berakauntabiliti sehingga berlakunya penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Daripada itu

itu, untuk mencegah kelakuan rasuah, akauntabiliti dan pematuhan merupakan faktor penting

dalam urusan pentadbiran. Perlaksanaan kedua-dua inisangat diperlukan supaya kaki tangan

pentadbiran awam mempunyai ilmu pengetahuan dan konsep tentang aktiviti rasuah serta

melakukan kerja dengan bertanggungjawab dan amanah serta beretika.

4.0 Analisis etika dalam perbuatan rasuah

Etika merupakan perkataan yang berasak dari bahasa Latin, ‘Mos” yang bererti adat

kebiasaan atau amalan hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang bertatasusila dan

Page 8: Rasuah

menjauhi daripada segala perlakuan yang buruk. Menurut Sahakian et.al(1993), etika juga

disebut sebagai etik dalam bahasa Yunani “ETHOS”. Perkataan ini bermakna watak

kesopanan, nilai-nilai ,kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang

baik.Di samping itu, berdasarkan Drs. H. Burhanudin Salam berpendapat bahawa etika

merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang nilai dan norma moral yang

menentukan perlakuan manusia dalam hidupnya. Daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa

punca utama kegiatan rasuah berlaku disebabkan oleh etika yang terpadam dalam seseorang

individu. Jadi, kita perlu menjalankan analisis etika dalam perbuatan rasuah melalui

beberapa teori yang terdapat dalam prinsip etika yang terdapat.

a) undang-undang abadi ( eternal law)

Undang-undang abadi atau dikenali sebagai undang-undang kekal. Teori ini memberi

penekanan terhadap kepunyaan hak seseorang untuk hidup, kebebasan dan mengejar

kebahagian dalam kehidupan yang dialami tanpa mengira bangsa, agama,dan negara. Dari

segi keagamaan pula, ia melihat sesuatu dengan lebih cenderung kepada sifat semula jadi

secara logik dan juga mempercayai undang-undang tidak berubah dan sah selama-lamanya

kerana tiada syarat atau ketetapan yang tepat untuk menentukan kebenaran. Ini disebabkan

setiap agama mempunyai pandangan dan standard moral yang berlainan untuk pengikutnya

selain dalam penganut agama yang sama. oleh itu, undang-undang ini tidak dilaksanakan

secara universal.

b) Teori Etika Teologikal Klasik : Utilitarianisme

Utilitarianisme merupakan teori dalam etika normatif yang memberi penekanan bahawa niat

yang baik tindakan adalah satu yang memaksimumkan utiliti, iaitu mengutamakan

kebahagian , mengurangkan penderitaan. Menurut Jeremy Benthan & John Start Mill

berpendapat bahawa nilai moral kelakuan seseorang dapat ditentukan daripada kelakuannya.

Ini bermakna kelakuan individu yang akan memberi kebaikan kepada orang lain adalah

dianggap “baik/ betul” atau sebaliknya. Jadi, teori ini memberi penekanan kepada kesan yang

tercapai berbanding niat seseorang. Dalam teori ini, masyarakat memainkan peranan dalam

memutuskan nilai moral seseorang individu melalui kesan tindakan mereka. Richard Brandt

berpendapat bahawa jika perlakuan seseorang adalah mengikut peraturan-peraturan yang ada,

Page 9: Rasuah

maka kelakuan mereka pasti akan memberi kesan yang paling baik untuk orang

ramai.Tindakan individu dianggap betul kalau selari dengan peraturan yang sedia ada. Walau

bagaimanapun, tiada satu kaedah yang dapat digunakan untuk menentukan sesuatu perlakuan

itu adalah “betul”, “baik” kerana ia amat sukar untuk mengimbangi manfaat dan

pengorbanan yang diperolehi dalam majoriti masyarakat.

c) Teori deontological yang klasik Teori mengikut Etika:Universalisme

Teori ini adalah memberi penekanan kepada niat individu dan bukan bergantung kepada hasil

dari tindakan. Teori ini adalah berbeza dengan Utilitarianisme. Iaitu membawa makna jika

niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari perlakuan mereka akan menjadi baik kerana

niat mereka menjadikan tindakannya menjadi baik. Jika niat seseorang itu baik, maka kesan

hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya.Sebagai contoh, jika

kehendakan kita terhadap seseorang itu adalah baik, maka ini menunjukkan kita mempunyai

etika moral yang boleh dipuji walaupun kita sering menyakiti orang lain kerana kecuaian kita.

d) Teori Pengagihan Keadilan.

Dalam teori pengagihan keadilan ini, pengagihan yang adil kepada semua orang merupakan

perkara yang diberi penekanan berasaskan keadilan dan nilai murni dalam sesebuah

masyarakat. Berdasarkan John Rawls telah mengatakan bahawa konflik dan kerjasama

merupakan perkara yang memenuhi masyarakat dan institut. Biasanya, masyarakat kita

mengamalkan nilai kerja sama kerana nilai mendatangkan banyak faefah kepada kita

terutamanya semasa berbandingkan dengan usaha individu.

e) Teori Kebebasan Individu

Robert Nozick mencadangkan bahawa teori ini adalah berdasarkan kebebasan atau hak yang

dimiliki oleh seseorang . Dalam teori ini, kebebasan merupakan prinsip yang paling penting

dalam teori ini. Ini kerana kebebasan merupakan keperluan utama dalam masyarakat.

kewujudan sesuatu undang-undang atau peraturan yang akan mencemarkan kebebasan harus

ditolak atau dihapuskan walaupun ia mendatangkan kebaikan dan kebahagian kepada kita. Di

samping itu, Nozick juga menpercayai bahawa pertumbuhan ekonomi masyarakat adalah

bergantung kepada kerjasama dan ikatan orang ramai dalam suatu masyarakat.Segala yang

diperolehi oleh individu seperti harta benda,kenamaan, kesihatan diperolehi melalui

pertukaran barang, perkhidmatan atau pemberian sebagai hadiah. Teori ini memberi

Page 10: Rasuah

penekanan dalam suatu nilai tunggal kepada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan ini dalam

mengutamakan keadilan akan menjadi panduan untuk kita membuat keputusan dan tindakan

di mana ia akan mendatangkan kebaikan kepada semua ahli masyarakat terutama mereka

yang tidak mempunyai kepentingan di dalam keputusan yang dibuat.

Untuk mengetahui lanjut tentang pengaruh etika dalam rasuah, kita dapat mengetahui bahawa

setiap kes rrasuah yang berlaku adalah disebabkan oleh ketamakan Individu tersendiri.

Sebagai contoh, kes rasuah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) - Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan isterinya - Suraya Hani

Ahmad Zaki, 32, masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta didenda

RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen kerana bersalah atas kesalahan rasuah. Noor Mohamed

Khan didapati bersalah bersubahat dengan isterinya yang juga pengurus akaun sebuah

syarikat telah menerima suapan sebanyak RM250,000 daripada Ketua Pegawai Operasi

sebuah syarikat pembekal peralatan forensik, Siaga Informatics Sdn Bhd, Mohd Shukri

Othman untuk mendapat surat tawaran untuk mereka bentuk, memasang, menguji dan

memulakan makmal forensik digital bagi SKMM. Sebenarnya kakitangan awam yang

sepatutnya memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran atau rasuah. Perbuatan

tertuduh pertama dibantu tertuduh kedua, menjejaskan imej baik kakitangan awam.

Selain itu, dalam kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo. Dia didakwa di bawah Akta Kanun

Jenayah 165 kerana memiliki harta dengan harga mewah dari harga sebelumnya. Hakim

Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman tersebut

kerana mendapati Dr Khir bersalah mendapatkan untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan

sebuah banglo bernilai 6.5 juta ringgit dengan harga 3.5 juta ringgit selama empat tahun lalu.

Mahkamah turut merampas dan melucutkan hak harta itu kepada Kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara dikenakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala perintah

melucut hak di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Sebagai contoh, kes rasuah yang berlaku di Jeti Pulau Ketam. Kes rasuah ini berlaku di

kalangan pegawai-pegawai bawahan Jabatan Imigresen. Mereka menerima rasuah daripada

warga asing yang mendarat di jeti dengan tujuan mudah masuk ke negara kita tanpa memiliki

dokumen sah melalui pemberian “duit kopi”. Keadaan ini membolehkan mereka menyelinap

ke negara kita dengan mudah dan melakukan apa sahaja seperti jenayah. Tindakan pegawai

Page 11: Rasuah

bawahan Jabatan Imigresen bukan sahaja mempengaruhi kedaulatan negara, maka dari segi

etika pula, tindakan mereka juga melanggar prinsip teori etika yang terdapat.

Berdasarkan kes-kes rasuah yang berlaku di persekitaran, kita dapat mengatakan bahawa kes

rasuah yang berlaku adalah disebabkan oleh pegangan etika seseorang yang kurang teguh. Di

samping itu, pengejaran kemewahan, kekayaan, ketamakan merupakan punca utama rasuah

itu berlaku di kalangan pejawat kerajaan atau individu yang lain. Penerimaan atau penawaran

rasuah merupakan cabaran bagi individu untuk membentuk etika diri yang bersih dan

amanah.

Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.

5.0 Kesimpulan

Perdana Menteri kita mengatakan rasuah merupakan satu kanser dan musuh bagi negara kita

kerana tindakan ini akan memudaratkan kesejahteraan hidup individu dengan menghakis nilai

moral dan etika yang terdapat di masyarakat, mengugatkan pentadbiran kerajaan,

kemerosotan ekonomi negara kita serta imej negara kita di peringkat antarabangasa. Sebagai

contoh, kegiatan rasuah yang berlaku di negara Filipina telah membuktikan bahawa kegiatan

ini menjatuhkan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan. Jadi, untuk mengatasi

gejala rasuah ini, masyarakat terutamanya penghuninya perlu menyedari akan bahaya kanser

sosial yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Pihak Pentadbir negara juga perlu

membuat pembaharuan dalam menangani masalah ini. Oleh itu, semua pihak harus

berganding bahu dalam mengatasi gejala ini agar melahirkan masyarakat yang lebih

bertanggungjawab, amanah dan ikhlas serta mewujudkan sebuah masyarakat yang

mempunyai generasi yang bebas daripada rasuah.

Page 12: Rasuah

Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J.

MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont, California.Brenner, S. N. (1992). "Ethics Programs and Their Dimensions". Journal of Business Ethics, 11,391-399.

Buchholz, R. A. (1989). "Fundamental Concepts and Problems in Business Ethics". In Madsen, P., & Shafritz, J. M. (Eds.) (1990). "Essentials of Business Ethics". New York: Penguin Books.

Carroll, A. B. (1990). "Principles of Business Ethics: Their Role in Decision Making and in Initial Consensus". Management Decision, 28(8), 21-23.

Carroll, A.B., & Buchholtz, A.K. (2003). Business and society:Ethics and stakeholder management (5th edn.). Cincinnati: Thomson Learning.

Flp, G., Hisrich, R.B., & Szegedi, K. (2000). Business ethics and social responsibility in transition economies. Journal of Management Development, 19(1), 1-3.

Managementhelp [Online]. http://managementhelp.org/businessethics/ethics-guide. htm#anchor96255 [2011, Jun 23]

McNamara, M.C. (1999). Complete guide to ethics management: An ethics toolkit for managers. Retrieved February 02, 2000, from http://www.mapnp.org/library/ethics.html

Page 13: Rasuah

Rossouw, D. (2002). Business ethics in Africa (2nd edn.). Cape Town: Oxford University Press.

Rossouw, D., & Van Vuuren, L. (2010). Business Ethics (4th edn.). Cape Town: Oxford University Press.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Korupsi_atau_Rasuah

 "Satu era baru bagi SPRM", Utusan Online, 25 Februari 2008. Utusan Online.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-perlu-peruntukan-baru-perkasa-usaha-perangi-rasuah-kata-abu-kassim

Syed Hussein Alatas, Corruption: Its Nature, Causes and Functions, S. Abdul Majeed & Co, 1991.

Surah al-Baqarah, ayat 188. http://www.pmo.gov.my/

Lima Declaration Against corruption, 8th International Anti-Corruption 1997http://www.transparency.org/iacc/lima/e-limadecl.html

Laman Web Badan Pencegah Rasuah, http://www2.jaring.my/bprDR 30/97: Rang Undang-Undang Pencegahan Rasuah 1997,http://www.parlimen.gov.my/

 William Minggu Nyegang lwn Pendakwa Raya [2002] 8 CLJ 1008http://www.sprm.gov.my/files/SPRM1-2013.pdf

 Strauss, Leo (1968). "Natural Law". International Encyclopedia of the Social Sciences. Macmillan.

Forsyth, D. R. (2006). Conflict. In Forsyth, D. R., Group Dynamics (5th Ed.) (P. 388 - 389) Belmont:

CA, Wadsworth, Cengage Learning.

kes rasuah: timbalan Pengarah SKMM, isteri dipenjara. muat turun pada 4/07/2013http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesrasuah_TimbalanPengarahSKMM_isteridipenjara/Article

http://www.sprm.gov.my/files/Ikan%20Bilis%20Ikan%20Jerung.pdf

ROHAMI SHAFIE, peniaga melayu berdepan hutang, rasuah,http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130704/re_06/Peniaga-Melayu-berdepan-hutang-rasuahPENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130704/re_06/Peniaga-Melayu-berdepan-hutang-rasuah#ixzz2Y5VXzUMm © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 14: Rasuah

Khir: Kes rasuah saya pertama di Malaysia, Muda Mohd. Noor | February 2, 2012http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/02/02/khir-kes-rasuah-saya-pertama-di-malaysia/