Rawatan Bekam Ketika Berpuasa

5
 Rawatan bekam ketika berpuasa BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi. BOLEH ke berbekam ketika puasa? Ta k batal puasa ke? tan!a se"rang rakan kepada penulis ketika men!atakan hasrat untuk berbekam. #ada a$aln!a penulis %uga ragu&ragu dan mempun!ai persepsi !ang sama. #erkara !ang dibimbangi mungkin ra$atan itu akan men%e%askan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik&titik ra$atan itu. #ersepsi itu sememangn!a sering berlaku dan dibangkitkan keban!akan "rang !ang ingin mendapatkan ra$atan bekam kerana tidak mengetahui kebaikann!a menurut #emilik #usat Te rapi Bekam 'unah 'au%ana (tama 'ungai Bul"h 'uhaimi Abdul Karim. )ni kerana ra$atan sunah itu masih belum meluas dalam kalangan mas!arakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul. *Ra$atan bekam tidak akan membatalkan puasa kerana ra$atan bekam bukann!a memasukkan sesuatu dalam angg"ta badan sebalikn!a han!a mengeluarkan darah k"t"r pada sel&sel kulit* katan!a men%elaskan perkara itu. Hukum Hukumn!a adalah sama seperti melakukan ra$atan men+abut gigi menderma darah mahupun mendapat suntikan !ang tidak membatalkan puasa.

description

BEKAM

Transcript of Rawatan Bekam Ketika Berpuasa

Rawatan bekam ketika berpuasaBERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?, tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam. Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama.Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Terapi Bekam Sunah Saujana Utama, Sungai Buloh, Suhaimi Abdul Karim.Ini kerana rawatan sunah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul."Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan, sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit," katanya menjelaskan perkara itu.HukumHukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.Jelasnya, rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati."Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya."Apabila berbekam dalam keadaan perut kosong, yang keluar hanya darah gelap yang mengandungi toksin di badan jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi, ia memberi lebih manfaat kepada kesihatan," katanya kepada Bernama.Suhaimi memberitahu, waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan."Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan."Namun, kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Disebabkan itu, bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam," katanya.

BERBEKAM tidak membatalkan puasa kerana rawatan yang dilakukan bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan. - Gambar hiasan

Paling sesuaiBagaimanapun, ada juga yang tetap ingin melakukan rawatan bekam pada waktu petang. Ini kerana menurut Ibnu Sina yang merupakan pakar sains Islam, rawatan bekam yang paling sesuai dilakukan adalah sekitar pukul 3 petang kerana ketika itu cuaca panas dan saluran darah akan mengembang, sekali gus memudahkan untuk mengeluarkan darah pada urat-urat kecil di bawah kulit berbanding waktu pagi.Namun katanya, bagi mengelakkan risiko, beliau akan mengurangkan cucukan jarum pada setiap titik bekam daripada 30 cucukan kepada antara 10 dan 15 sahaja.Osman Sulaiman, 64, antara individu yang kerap berbekam ketika berpuasa ekoran menghadapi masalah kaki bengkak dan badan lesu.Pada awalnya, beliau turut ragu-ragu untuk berbekam pada bulan puasa kerana bimbang puasanya terbatal."Setelah membaca hukum yang diputuskan tentang amalan berbekam, baru saya tahu dan yakin untuk berbekam," katanya.Beliau berbekam setiap tiga bulan, sejak tahun lepas setelah diberitahu oleh rakannya kebaikan perubatan tersebut yang mampu mencegah pelbagai penyakit kronik."Bila sekali cuba, terasa badan ringan dan sihat. Jika bulan puasa saya lakukan pada waktu pagi sekitar pukul 10 pagi. Tidak ada perbezaan berbekam ketika berpuasa atau tidak berpuasa."Alhamdulillah bengkak pada kaki saya juga semakin sembuh dan mudah untuk saya beribadat ketika bulan Ramadan," katanya.Menjelaskan kebaikan rawatan bekam, Suhaimi berkata, selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun, tidak semua darah itu dapat dikeluarkan.Disebabkan sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.Apabila sel-sel darah mati tertinggal di dalam sistem perjalanan darah, ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk, katanya.Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja umat Islam tetapi juga kaum lain."Ramai pesakit saya yang datang terdiri daripada kaum India dan Cina. Ia bukan untuk orang Islam sahaja. Semua orang boleh mendapatkan rawatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat," ujar Suhaimi yang berharap rawatan bekam akan diterima lebih meluas lagi dalam masyarakat Malaysia. - Bernama

Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz38NE4RL1QHakcipta terpelihara