RBT RPH

4
Tajuk 6.0 Sains Rumah Tangga Masa 60 minit Standard Pengajaran 6.1 Menghasilkan artikel jahitan Standard Pembelajaran 6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan reben. 6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan. 6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan jenis-jenis dan nama bahan hiasan jahitan. 2. Menggunakan bahan hiasan artikel jahitan dengan betul. 3. Menghias artikel jahitan dengan bahan hiasan jahitan dengan kemas. Ringkasan Murid mengenali bahan hiasan serta berupaya untuk memilih bahan hiasan dan menghias artikel hiasan sendiri. Kemahiran Berupaya untuk menggunakan bahan hiasan jahitan dengan betul dan kemas. Elemen Merentasi Kurikulum Kreativiti dan Inovasi: Murid bebas menghias artikel jahitan mengikut kreativiti sendiri. Nilai Murni: berdedikasi, bekerjasama, saling membantu Bahan Bantu Mengajar Gambar dan pelekat, artikel jahitan, jarum, benang, buku skrap, hot glue gun, butang beraneka jenis, labuci, bahan hiasan pelekat, kain felt dan renda beraneka jenis. Aktiviti Set Induksi

description

RBT

Transcript of RBT RPH

Page 1: RBT RPH

Tajuk 6.0 Sains Rumah TanggaMasa 60 minitStandard Pengajaran 6.1 Menghasilkan artikel jahitanStandard Pembelajaran

6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan reben.

6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan.

6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Menyatakan jenis-jenis dan nama bahan hiasan

jahitan.2. Menggunakan bahan hiasan artikel jahitan

dengan betul.3. Menghias artikel jahitan dengan bahan hiasan

jahitan dengan kemas.

Ringkasan Murid mengenali bahan hiasan serta berupaya untuk memilih bahan hiasan dan menghias artikel hiasan sendiri.

Kemahiran Berupaya untuk menggunakan bahan hiasan jahitan dengan betul dan kemas.

Elemen Merentasi Kurikulum

Kreativiti dan Inovasi:Murid bebas menghias artikel jahitan mengikut kreativiti sendiri.Nilai Murni: berdedikasi, bekerjasama, saling membantu

Bahan Bantu Mengajar Gambar dan pelekat, artikel jahitan, jarum, benang, buku skrap, hot glue gun, butang beraneka jenis, labuci, bahan hiasan pelekat, kain felt dan renda beraneka jenis.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Set Induksi1. Guru menunjukkan murid hasil artikel mereka

untuk projek sebelum ini dan menunjukkan hasil artikel yang telah dihias.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pandangan mereka terhadap artikel jahitan yang ditunjukkan dan minta mereka untuk menyatakan bahan hiasan yang terdapat pada bahan hiasan guru.

Soalan:Artikel jahitan manakah yang lebih menarik?Apakah bahan hiasan yang terdapat pada artikel

Page 2: RBT RPH

cikgu?Jawapan jangkaan:ButangLabuciRendaBungaPatung arnab/beruang

Langkah 11. Guru memperkenalkan bahan-bahan hiasan

butang, renda dan reben kepada murid-murid menggunakan buku skrap hiasan jahitan.

2. Murid menonton slaid pengenalan bahan-bahan hiasan dan melihat contoh-contoh penggunaannya.

3. Murid-murid diberi bahan-bahan hiasan masing-masing semasa mereka menonton slaid.

4. Mereka menyentuh dan meneliti bahan-bahan hiasan jahitan yang ditunjukkan oleh guru sambil menonton slaid.

Langkah 21. Murid-murid menonton video “Cara-cara

menggunakan bahan hiasan jahitan” yang ditunjukkan oleh guru.

2. Murid melakukan cubaan penggunaan video dengan menjahit bahan hiasan pada sekeping kain cebisan 5cmX10cm.

3. Guru meneliti hasil jahitan murid dan membetulkan kesilapan murid-murid.

4. Guru menunjukkan contoh jahitan yang paling baik dan kemas daripada hasil kerja murid-murid.

5. Murid-murid mencatat nota tentang kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk menjadikan hasil kerja mereka lebih kemas dan cantik lagi.

Langkah 31. Murid diberikan gambar artikel jahitan dan

komponen-komponen hiasan jahitan.2. Murid-murid diminta untuk menghias lembaran

artikel jahitan tersebut dengan menggunakan komponen hiasan jahitan yang digunakan seperti butang, renda dan reben.

3. Guru memberi komen dan memperbaik lagi hasil kerja murid.

4. Murid diberikan artikel jahitan sebenar, kit menjahit (jarum dan benang) dan komponen-komponen hiasan jahitan.

5. Murid-murid menjahit komponen hiasan jahitan

Page 3: RBT RPH

pada artikel sebenar seperti yang dirangka pada lembaran artikel jahitan tadi.

6. Guru menjadi fasilitator dan membimbing murid dalam menyempurnakan proses penghiasan artikel jahitan mereka.

Penutup1. Guru meminta murid-murid untuk menunjukkan

hasil tugasan mereka di hadapan kelas dan bincang tentang hasil tugasan tersebut.

2. Murid berkongsi refleksi mereka tentang perasaan mereka dan hasil pembelajaran setelah selesai tugasan.

3. Guru memberikan kerja rumah dalam buku kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

1. Keupayaan murid untuk menjahit bahan hiasan dengan kemas pada artikel jahitan sebenar.

2. Keupayaan murid untuk menggunakan bahan hiasan dengan betul pada artikel jahitan.

Pengetahuan Sedia Ada

1. Murid telah menguasai cara-cara menjahit seperti jahitan kia dan jahitan jelujur.

2. Murid mengetahui cara menggunakan hot glue gun dan gam dengan betul.

Refleksi