RBT SLIDE

14

Click here to load reader

description

vcvbcfghfvghvcvbcbvcbb

Transcript of RBT SLIDE

Page 1: RBT SLIDE

E-DAGANG-PERSEKITARAN EKONOMI DAN

ORGANISASIMAREA A/P SANTHANASAMY(M4)

Page 2: RBT SLIDE

PERSEKITARAN EKONOMI DAN ORGANISASI

Kitaran pengeluaran dimulakan dengan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponen-komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk siap yang boleh diterima oleh seseorang pelanggan.

kitaran pengeluaran akan menambah nilai sesuatu bahan mentah yang asal.

Dua faktor terpenting dalam menerangkan keputusan “make-or-buy" adalah pengaruh sikap mengambil peluang firma lain dan kos urus niaga.

Penjual mungkin akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga lebih tinggi daripada sepatutnya apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.

Page 3: RBT SLIDE

Sebuah syarikat boleh mengamalkan sikap mengambil peluang disebabkan beberapa keadaan:

Ketentuan tapak (Site specificity)

Produk dan bahan-bahan mentah hanya boleh didapati di suatu tempat tertentu

Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity)Produk tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada seseorang pelanggan.

Ketentuan aset manusia (Human asset specificity)

Kemahiran tertentu diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.

Ketentuan masa (Time specificity)

Produk hanya berguna bagi suatu tempoh masa tertentu selepas itu ia akan rosak

Kerumitan produk (Product complexity)

Maklumat tentang produk adalahkompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Page 4: RBT SLIDE

PASARAN DAN HIERARKI –HIERARKI

Pasaran adalah bermaksud urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal -pembekal.

Hierarki-hierarki pula merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yangbertahan lama yang bukan sahaja disebabkan oleh kuasa pasaran.

Perhubungan antara pembeli dan penjual adalah singkat, pembelian ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas.

Seorang pembeli tidak memilih daripada antara banyak penjual yang berpotensi, tetapi sebaliknya membeli barangan dan perkhidmatan daripada sebuah pembekal yang ditentukan.

Page 5: RBT SLIDE

PASARAN DAN HIERARKI –HIERARKI

Dalam suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk mendapatkan

gabungan harga yang terbaik, kualiti atau lain-lain sifat yang diinginkan.

Oleh sebab persaingan antara pembekal-pembekal mewujudkan pelbagai pilihan

Hierarki-hierarki terbentuk apabila kos urus niaga adalah tinggi, penghantaran bekalan bahan mestilah dijamin, dan pembekal-pembekal tidak cukup kompetitif untuk

menghadkan oportunisme.

Mengekalkan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat

mengurangkan kos urus niaga.

Page 6: RBT SLIDE

PASARAN –PASARAN ELEKTRONIK Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan

perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai “kesan pembrokeran elektronik" (the electronic brokerage effect).

beberapa perkhidmatan wujud yang menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat.

Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan sejumlah besar pembekal yang berpotensi.

Page 7: RBT SLIDE

PASARAN-PASARAN ELEKTRONIK

Program-program perbandingan yang pintar boleh meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih, di samping mengurangkan kos proses pemilihan.

Teknologi maklumat boleh juga digunakan bagi mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan.

Sebaliknya, pemerihal piawai produk piawai dan teknik-teknik seumpama untuk fotograf, muzik,dan video telah terbukti amat sukar untuk dibangunkan.

Page 8: RBT SLIDE

HIERARKI-HIERARKI ELEKTRONIK

Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan mereka.

Satu contoh adalah seperti :

sistem pertukaran data elektronik (electronic data interchange – EDI) yang menyambungkan satu poin terminal jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kemungkinan peruncit kehabisan stok bagi barangan yang selalu dibeli. EDI adalah satu standard untuk menyusun dan menghantar maklumat antara komputer-komputer, selalunya melebihi rangkaian komunikasi swasta (disebut value-added networks atau VANs).

Page 9: RBT SLIDE

Perolehan rutin automatik juga bermaksud kakitanganperolehan mempunyai lebih masa untuk memfokuskan kepada perundingan meletakkan harga yang lebih baik dan membina hubungan dengan pembekal.

Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan

mengurangkan modal kerja dengan menambah kawalan stok.

Mewujudkan perhubungan elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan pengiriman dengan lebih cepat.

Keadah operasi ini juga disebut pengurusan inventori just-intime(just-in-time inventory management – JIT).

Page 10: RBT SLIDE

URUS NIAGA KOMERSIL (THE COMMERCIAL TRANSACTION)

Generalisasi pandangan ahli ekonomi tentang pasaran-pasaran dan hierarki-hierarki

membawa kepada suatu kesimpulan pandangan bagi urus niaga dan dari situ, tercetus

idea bahawa terdapat satu aspek “dapat dilihat (visible)" dan satu aspek “tidak kelihatan

(unvisible)“ untuk perdagangan elektronik.

Aspek dapat dilihat adalah bermatlamatkan pasaran pengguna yang luas, manakala aspek tidak kelihatan pula meneruskan secara tertutup antara syarikat-syarikat dan tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara rakan perniagaan.

Sama ada dapat dilihat atau tidak kelihatan, model ini bermula pada persepsi ahli ekonomi tentang sesebuah pasaran.

Bagi ahli ekonomi, definisi kepada satu pasaran “sempurna" apabila setiap pembeli yang berpotensi mendapat maklumat yang “sempurna" : tiada seorang yang mendapat maklumat yang orang lain tidak ada.

Tambahan lagi, tidak wujud halangan kepada pergerakan – ini bermakna untuk memudahkan model dengan membuang batasan realiti.

Page 11: RBT SLIDE

URUS NIAGA KOMERSIL (THE COMMERCIAL TRANSACTION)

Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan beberapa infrastruktur untuk menggumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kos mengangkut barang-barang, termasuk maklumat, bergantung pada sifat rangkaian pengangkutan.

Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan dan pelaburan tidak dibuat tanpa prospek ganjaran sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dan dunia sebenar sudah jelas: akses kepada infrastruktur dan pulangan kepada pelaburan tidak akan diagih sama rata dan seterusnya akan memberi kesan kepada kos urus niaga.

Page 12: RBT SLIDE

MODEL EMPAT FASA URUS NIAGA KOMERSIL

Penemuan Pra pembelian (Prepurchase Discovery):

Menentukan keperluankeperluan yang ingin dibeli dan mencari maklumat yang

bersesuaian bagi satu set produk yang bersesuaian dengan keperluan.

Pemilihan Dan Komitmen (Selection and Commitment):

Pemilihan sesuatu produk dan pembekal daripada penemuan pra pembelian berdasarkan

kepada perbandingan sifat. Termasuk rundingan dengan penjual-penjuan untuk syarat-syarat

yang sesuai seperti harga, ketersediaan, dan tarikh penghantaran.

Penyempurnaan Pembelian (Purchase Consummation):

Kaedah penghantaran produk, mekanisme pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen

yang berkaitan dengan pembelian.

Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interaction):

Perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk memberi perhatian aduan-aduan pelanggan,

pulangan produk dan kecacatan produk.

Page 13: RBT SLIDE

ALIRAN KERJA (WORKFLOW)

Menggunakan teknologi bagi urusan jual beli memerlukan beberapa struktur yang tertentu. Komputer-komputer dan rangkaian-rangkaian mestilah dirancang dengan teliti dan tugas-tugas pembeli, penjual dan sokongan pembekal ditentukan Di tahap paling rendah, teori sistem pengurusan pangkalan data (database management system – DBMS) menyediakan satu takrif eksplisit tentang urus niaga (transaksi).

Takrif ini merupakan takrif yang menjadikan mesin wang automatik (automatic teller machines - ATMs) boleh dipercayai, dan dibenarkan untuk bekerja dengan sistem-sistem yang lain dalam sesuatu bank-bank.

Takrif ini menyatakan bahawa transaksi:

•Mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu hujung yang jelas.

•Mengikut satu proses yang jelas (satu siri langkah-langkah atau perantaraan

keadaan).

Pada akhirnya berjaya atau gagal (keadaan akhir).

•Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

•Meninggalkan pertukaran data dalam pangkalan data jika transaksi berjaya atau tidak

berubah jika ia gagal.

Page 14: RBT SLIDE

ALIRAN KERJA (WORKFLOW)

Satu cara mudah untuk mengingati sifat-sifat transaksi adalah akronim ACID: Atomic,

Consistent, Isolated and Durable. (Atom, Konsisten, Terpencil Dan Tahan)

•Suatu transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai satu aktiviti

tunggal atau atom (atomic) yang dilakukan oleh sistem.

•Satu transaksi bagi jenis yang ditentukan akan sentiasa membuat

perubahan perubahan yang sama untuk pangkalan data, ini bermakna transaksi-

transaksi itu adalah konsisten (consistent).

•Setiap transaksi adalah satu set perubahan yang lengkap dan mereka

diasingkan (isolated) daripada mana-mana transaksi lain yang dilakukan pada

masa yang sama. •Sekali satu transaksi telah sempurna, perubahan-perubahan itu menjadi tetap;’

perubahan tersebut adalah tahan lama (durable).