rbt

38
TUJUAN REKOD KERJA Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran. Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan Melakar stail pakaian Mengenal pasti proses menjahit Menyusun atur pola Menamakan tanda pola Membentang fabrik dan menyusun atur pola Menyatakan peraturan menggunting dan mencantum fabrik Mengira kos projek

description

rbt

Transcript of rbt

Page 1: rbt

TUJUAN REKOD KERJA

Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan

mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat

mengelakkan pembaziran.

Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan

Melakar stail pakaian

Mengenal pasti proses menjahit

Menyusun atur pola

Menamakan tanda pola

Membentang fabrik dan menyusun atur pola

Menyatakan peraturan menggunting dan mencantum fabrik

Mengira kos projek

Page 2: rbt

1.0 PENGENALAN JAHITAN

Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka

bentuk dan Teknologi. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan

teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai

kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit

pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai

pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap

positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih

pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak

langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka

dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.

Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan

hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-

jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga

perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu

pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap

dalam syarat-syarat yang ditetapkan.

Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap

bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada

pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah

dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja inI

Page 3: rbt

1.2 PENGENALAN APRON

Apron merupakan artikel pakaian yang digunakan semasa aktiviti memasak.

Stail rekaan apron yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si pemakai

semasa melakukan aktiviti memasak.

Apron sering kali digunakan untuk bahagian di dapur untuk kegunaan

memasak umumnya. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan

menjadikan pemakai selesa untuk melakukan aktiviti memasak. Ukuran yang

bersesuai dengan tubuh badan pemakai adalah penting bagi memastikan

keselesaan dalam pergerakan. Tujuan memakai apron adalah sebagai perlindungan

kepada pakaian daripada kekotoran semasa memasak.

Dalam penghasilan apron kali ini, saya telah memilih untuk mereka apron

yang moden dan stail dari segi fabriknya. Fabriknya pula daripada jenis cotton yang

sejuk bila dipakai manakala talinya diperbuatbuat dari fabrik yang lebih tebal supaya

tahan lasak semasa mengikat. Dari segi warna pula, saya menjadikan corak petak-

petak sebagai latar belakang apron manakala poketnya pula berwarna lebih lembut

supaya sulaman menyerlah pada poket apron.

Page 4: rbt

3.0 PENCETUSAN IDEA

Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan

ialah melihat kebiasaan apron pada kedai-kedai yang menjual apron untuk

mendapatkan idea lakaran.

Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian dan

potongan yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau

kecil. Jadi, saya memilih untuk melakar apron yang bersesuaian dengan saiz tubuh

badan saya dan penggunaan tali masuk kedalam kepala saya supaya menjimatkan

masa saya semasa menggunakan apron. Apron ini juga saya melakarkan sehingga

atas lutut supaya ianya menutup bahagian tubuh saya daripada terkena sisa

kotoran.

Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan sulaman pada poket apron

supaya lebih menarik. Dua jenis sulaman diletakan pada poket serta nama saya

sendiri pada apron tersebut supaya keunikkan apron saya daripada apron lain yang

berada di kedai-kedai.Penggguna corak-corak dan warna yang mampu memberi

kesan positif kepada saya supaya sentiasa berkenyakinan semasa memasak.

Gabungan corak petak pada latar belajang apron serta warna plain pada poket dan

tali memberikan kesatuan warna pada apron ini.

Page 5: rbt

4.0 LANGKAH KERJA

MINGGU PERKARA CATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail

pakaian

Dijalankan secara individu

dan bertema

Apron mempunyai ciri-ciri

seperti:

1. Mempunyai rekaan

2. Mempunyai tali

3. Mempunyai poket

2 Membuat pakaian

- Mengambil ukuran badan

Menyediakan rekod ukuran

badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan

menggunakan pola

dagangan

Pola dilakar dengan

merujuk ukuran badan yang

telah diambil

4 Membuat pakaian

- Ubahsuai pola mengikut

pilihan stail yang telah

direka

Hasil

- Pola yang telah

diubahsuai

5 Membuat pakaian

- Membentang dan

menyusun atur pola

- Menggunting pola dan kain

- Memindah tanda-tanda

pola

Mengemas bahagian tepi

fabrik dengan jahitan

kemasan tepi

Membuat rujukan mengenai

proses-proses jahitan

6 Membuat pakaian

- Belah sama rata

Menjahit sampel

Page 6: rbt

- Belah berkun

- Belah kelepet sama lebar

7 Membuat pakaian

- Menyediakan tali

- Menyediakan potongan

poket

- Membuat sulaman pada

poket

Hasil

- Cantuman tali pada

apron

- Membuat sulaman

pada poket

9 Membuat pakaian

- Menjahit poket yang

disulam pada apron

Hasil

- Apron yang

dicantumkan poket

10 Membuat pakaian

- Mengemaskan

penyudah tepi

Hasil

- Penyudah tepi yang

telah siap

dikemaskan

Page 7: rbt

5.0 LAKARAN

PANDANGAN

HADAPAN

Page 8: rbt

PANDANGAN

BELAKANG

Page 9: rbt

6.0 HURAIAN STAIL PAKAIAN

CORAK

Corak yang dipilih oleh saya sebagai corak petak yang bersaiz besar dan

berwarna dua jenis hijau yang berlainan serta warna kuning.Campuran

warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si pemakai. Corak petak ini

dapat memberikan kesan yang unik kepada pemakai dan juga berlainan

daripada kebiasaan apron di kedai.Sulaman pada poket pula menambah

lagi keserian kepada apron.

WARNA

Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah warna gabungan corak

petak yang terdiri daripada warna kuning dan dua jenis hijau yang

berlainan.Tali apron serta poket apron saya memilih warna kosong yang

berwarna coklat cair. Poket ini dipilih warna kosong agar sulaman yang

dibuat ke atas poket akan menyerlah memandangkan latar belakang

apron adalah bercorak.

TEKSTUR FABRIK

Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan

yang diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh

iaitu kita dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap

fabrik tersebut. Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang

ringan dan juga cotton georgette yang tebal untuk bahagian tali serta

poket.

Page 10: rbt

GARISAN DAN CANTUMAN

Saya memilih fabrik yang bercorak agar apron tidak kelihatan bosan

dengan warna yang kosong. Kesan corak ini mampu membuat

pemakai bersemangat.

POKET

Poket yang dihasilkan berbentuk petak dan berada di kedudukan

tengah apron. Poket ini adalah memudahkan untuk meletakkan

sesuatu.

SULAMAN

Sulaman yang dihasilkan terdiri daripada dua jenis pada poket

tersebut.Sulaman yang berbentuk bunga yang terdiri daripada banyak

warna serta sulaman akar pada bunga. Nama juga dijahit

menggunakan kain felt.

Page 11: rbt

7.0 SENARAI UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (inci)

1 Labuh apron 32

2 Dada 31

3 Dada (lebar bahagian hadapan) 13

4 Leher hingga dada 5

5 Pinggang 30

6 Pinggang (Lebar bahagian hadapan 16.5

7 Punggung 35

Page 12: rbt

8.0 POLA YANG LENGKAP

Pola bahagian hadapan

Page 13: rbt

Pola poket apron

Page 14: rbt

9.0 FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

PEMILIHAN FABRIK:

Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada

perkataan textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya

perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa

tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan

bernep. Fabrik tebahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.

Fabrik yang sesuai untuk membuat apron ialah fabrik yang ringan bercorak

atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis

pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan

ialah fabrik kapas cotton. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa

pemakai.

Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton. Saya memilih fabrik ini kerana

apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup

pada masa kini yang aktif dan sangat sesuai untuk aktiviti memasak. Selain itu,

fabrik dari jenis cotton ini adalah ringan. Hal ini kerana pemakaian apron yang berat

menyababkan pemakaian tidak selesa dan berasa berat serta menyukarkan

pergerakan semasa si dapur.

Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu

mahal. Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang bercorak untuk

menimbulkan kesan ceria manakala fabrik kosong untuk tali dan juga poket. Saya

menggunakan camburan dua fabrik yang berbeza warna.

Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik.

Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang

Page 15: rbt

elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepnya. Oleh itu, saya telah memilih

tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok

semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si

pemakai. Kelebihan mengunakan fabrik ini adalah :

tahan lasak.

mudah dikendalikan.

tahan panas dan tidak mudah mengembang.

mudah dijahit.

Sesuai untuk keadaan di dapur

Ringan dan memudahkan pergerakan aktiviti memasak

Warna yang ceria

Page 16: rbt

PEMILIHAN BAHAN:

Benang jahit

Fabrik apron

Page 17: rbt

Renda

Fabrik poket dan tali

Benang sulaman

Page 18: rbt

Piping

ALATAN JAHITAN

ALATAN KEGUNAAN

Roda surih Digunakan bersama kertas karbon

untuk memindahkan garisan pemadan

ke atas fabrik ataupun pola

Kapur Membuat dan memindahkan garisan

pemadan

Pensel Digunakan untuk menanda garisan

pemadan pada permukaan fabrik

Membuat dan juga memindahkan

Page 19: rbt

tanda pola

Kertas karbon Digunakan untuk memindahkan motif

sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti Menyemat pola pada fabrik supaya

tidak mudah lari terutama sekali pada

fabrik yang licin

Menyemat kepingan fabrik sebelum

menjahit

Digunakan untuk kerja mengacu

pakaian

Gunting fabrik Untuk menggunting fabrik

Page 20: rbt

Mesin jahit Menjahit lurus

Menjahit sulaman

Menjahit lubang butang dan semua

kerja mencantum fabrik

Penetas Menetas mata jahitan dan

menanggalkan benang jahitan

Bod seterika Memudahkan kerja-kerja menyeterika

dan menekan fabrik

Seterika Menekan dan menyeterika fabrik

supaya kemas dan rata

Page 21: rbt

Pita ukur Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku Membuat garisan bersudut tepat dan

garisan lurus pada pola atau fabrik

Bahagian melengkung digunakan

untuk membentuk garis leher dan

lubang lengan

Pembaris lurus Mengukur dan menanda garisan lurus

pada kertas pola

Mengukur fabrik

Page 22: rbt
Page 23: rbt

11.0 MENYUSUN ATUR POLA

10.0 PENGEKOSAN

KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT APRON

BIL BAHAN HARGA SEUNIT

(RM)

KUANTITI HARGA

(RM)

1 Kain cotton corak 4.00 semeter 1 meter 4.00

3 Kain kosong 4.00 semeter ½ meter 2.00

4 Benang 0.80 segelung 2 1.60

5 Kain gam 3.00 semeter ½ meter 1.50

6 Renda 6.00 semeter ½ meter 3.00

7 Benang sulaman 1.00 segelung 3 3.00

8 Piping 0.80 sebungkus 1 0.80

JUMLAH Rm 15.90

KOS PERALATAN MENJAHIT APRON

BIL PERALATAN HARGA

SEUNIT (RM)

KUANTITI HARGA

(RM)

4 Jarum peniti 0.80 1 0.80

5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60

6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50

7 Penetas benang 1.00 1 1.00

8 Pedeti/set gelendung/ sekoci 5.00 1 5.00

9 Jarum mesin 1.20 1 1.20

JUMLAH Rm 11.10

Page 24: rbt

12.0 LANGKAH MENJAHIT

1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :

a) Pola tidak berkedut

b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan

c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik

b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik

c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik

a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas

sebelah dalam fabrik.

b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.

c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik.

Ukur dari tepi untuk ketepatan.

d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.

e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.

f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan

kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu

bahagian kiri atau satu bahagian kanan.

g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 –

15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan

menggunting.

h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa

menyemat.

i. Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk

memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Page 25: rbt

1. Melakar dan merekacipta apron yang mempunyai ciri-ciri:

Poket

Tali

2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian

membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan

tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang

telah dipotong dengan jahitan tepi.

Menyusun atur pola pakaian:

I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian

dalam dan juga luar fabrik.

II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira

serta ratakan fabrik.

III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.

IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan

juga kelepet sama lebar.

SEBELUM MENJAHIT

Page 26: rbt

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.

II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.

SEMASA MENJAHIT

Page 27: rbt

1) Menggunting fabrik

i. Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan

menggunakan kuak yang panjang.

ii. Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.

iii. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan

kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

iv. Gunting tanda pemadan menghala ke luar.

v. Gunting kesemua pola dalam satu masa

vi. Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

2) Memindah tanda pola pada fabrik

Page 28: rbt

i. Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.

3) Kelim pada fabrik yang sudah dipotong

Page 29: rbt

i) Kelim pada fabrik apron, tali dan poket sebelum aktiviti menjahit untuk

mengahalang dari berbulu.

4) Menjahit piping pada seluruh apron

j) Mengemaskan lagi bahagian tepi apron selain menambahkan kecantikkan.

Jahitan mesin digunakan untuk menjahit piping ini.

5) Tali dijahit pada apron

i) Terdapat empat tali yang dicantumkan pada apron iaitu dua pada tali

pada bahagian bawah dan satu tali untuk bahagian untuk dimasukkan

kepala . Jahitan ini digunakan jahitan mesin supaya kuat dan kemas.

Page 30: rbt

6) Menjahit renda pada bawah apron

i) Renda dijahit menggunakan jahitan tangan pada bawah apron.

7) Kertas keras di sterikakan pada kain fabrik poket

i) Bertujuan untuk mengeraskan fabrik kain supaya poket apron lebih

kelihatan tegap.

Page 31: rbt

8) Menjahit sulaman pada poket

i) Dua jenis sulaman dijahit kemas dengan jahitan tangan. Nama juga dijahit

pada poket menggunakan kain felt.

Page 32: rbt

9) Jahitan tangan untuk mencantumkan poket dengan apron

i) Poket di letakkan pada posisi tengah apron dan dijahit dengan jahitan

tangan

Page 33: rbt

13.0 HASIL

Page 34: rbt