RC BT BAB 1

47
1.0 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PRODUK Bidang ini menghuraikan tentang maksud reka cipta dan kepentingnya kepada masyarakat dan negara. Diterangkan juga tentang mengapa kita mereka cipta dan perbezaan di antara ciptaan baru dan inovasi. Perkara lain yang cuba di perjelaskan dalam bidang ini ialah prasyarat untuk mereka cipta seperti suasana suasana persekitaran, keperluan diri, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran serta bakat. Dimuatkan juga unsur-unsur kreativiti di dalam mereka cipta, sifat-sifat seorang pereka cipta dan proses serta teknik reka cipta. 1.1 Pengenalan. A. Sejarah perkembangan reka cipta Hasil pembelajaran: Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta Reka cipta telah wujud sejak manusia dilahirkan. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Adalah dipercayai bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masehi lagi antaranya ialah alat Sekrup Archimedes yang dicipta oleh Archimedes pada tahun 212 SM. Sejak itu ramai pencipta menghasilkanciptaan yang sangat berguna, seperti Hans Lippershey (1608) mencipta teleskop dan Charles Babbage (1791- 1871) mencipta alat pengira. Sehingga kini terdapat banyak ciptaan yang berasaskan teknologi telah tercipta. Selain

description

nota rekacipta bab 1

Transcript of RC BT BAB 1

Page 1: RC BT BAB 1

1.0 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PRODUK

Bidang ini menghuraikan tentang maksud reka cipta dan kepentingnya kepada

masyarakat dan negara. Diterangkan juga tentang mengapa kita mereka cipta

dan perbezaan di antara ciptaan baru dan inovasi. Perkara lain yang cuba di

perjelaskan dalam bidang ini ialah prasyarat untuk mereka cipta seperti

suasana suasana persekitaran, keperluan diri, pengalaman, pengetahuan dan

kemahiran serta bakat. Dimuatkan juga unsur-unsur kreativiti di dalam mereka

cipta, sifat-sifat seorang pereka cipta dan proses serta teknik reka cipta.

1.1 Pengenalan. A. Sejarah perkembangan reka ciptaHasil pembelajaran: Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta

Reka cipta telah wujud sejak manusia

dilahirkan. Namun tiada rekod yang dapat

menyatakan dengan tepat bila reka

ciptaan pertama dihasilkan.

Adalah dipercayai bahawa reka cipta telah

bermula sebelum tahun masehi lagi antaranya ialah alat “Sekrup Archimedes”

yang dicipta oleh Archimedes pada tahun 212 SM.

Sejak itu ramai pencipta menghasilkanciptaan yang sangat berguna, seperti

Hans Lippershey (1608) mencipta teleskop dan Charles

Babbage (1791- 1871) mencipta alat pengira. Sehingga

kini terdapat banyak ciptaan yang berasaskan teknologi

telah tercipta. Selain itu pengubahsuaian ciptaan sedia

ada turut menyumbang kepada penghasilan produk baru.

Page 2: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Cadangan aktiviti:Mengumpulkan sejarah reka cipta tempatan:

o Ciptaan baru

o Inovasi

B. Pereka cipta dan hasil ciptaanHasil pembelajaran: Menyenarai pereka cipta dan hasil ciptaannya.

Berikut adalah beberapa contoh pereka cipta terkemuka dan ciptaannya yang

telah memberi sumbangan besar kepada kehidupan sejagat.

Alexander Graham Bell (1876)

Nicholas Cugnot (1769)

Bette Newsmith

John Logie Baird (1926)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 1

Page 3: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAJadual di bawah menyenaraikan beberapa pereka cipta beberapa bidang yang

penting.

Pengangkutan Darat:

Pereka cipta Ciptaan Tahun CiptaanJames Watt Enjin Stim (wap) 1765

George Stephenson Lokomotif/ Kepala keretapi 1825

Karl Benze Kereta berenjin petrol 3 roda 1885

J B Dunlop Tayar getah berisi angin 1887

Gottlieb Daimler Kereta berenjin petrol 4 roda 1887

Pengangkutan Air

Pereka Cipta Ciptaan TahunRobert Fulton Kapal stim kayuh 1807

John Philip Holland Kapal selam 1897

Pengangkutan Udara

Pereka Cipta Ciptaan Tahun

Otto Lilenthal Pesawat luncur 1891

Wright adik beradik Kapal terbang 1903

Frank Whittle Enjin jet 1937

Heinrich Focke Helikopter 1937

Komunikasi

Pereka Cipta Ciptaan TahunJ L Baird Televisyen 1926

William Cooke Sistem kod (Kod Morse) 1834

Alexander G Bell Telefon 1876

Guglielmo Marconi Wireless 1894

Pertanian

Pereka Cipta Ciptaan Tahun

Cyrus Hill

McCormick

Mesin penuai 1831

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 2

Page 4: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAJohn Deere Bajak keluli 1837

Eli Whitney Mesin pengasing kapas dengan biji 1793

Pembinaan

Pereka Cipta CiptaanAbraham Darby Jambatan besi

George A Fuller Bangunan pencakar langit

John McAdam Jalan raya bertar

Henry Bessemer Keluli

Senarai pereka cipta yang lain seperti di Lampiran A.

Sifat-sifat seorang pereka ciptaPotensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil

kerja yang dihasilkan. Sikap, sifat dan perlakuan seseorang itu boleh

menggambarkan minat dan potensi dirinya.

Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:

a.) sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut

persepsi,

b.) sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru,

c.) sentiasa kreatif di dalam menyuarakan pendapat dan idea,

d.) sentiasa berminat menghasilkan sesuatu produk.

Cadangan aktiviti:o Menyenarai nama pereka cipta tempatan dan antarabangsa serta

ciptaannya selain daripada yang tersebut di atas

o Membuat sketsa bagaimana suatu ciptaan itu terhasil

Contoh: Kapal terbang, cecair pemadam dan mentol berfilamen

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 3

Page 5: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

C. Kepentingan dan sumbanganHasil pembelajaran : Menerangkan kepentingan hasil ciptaan dan sumbangan reka cipta

dalam kehidupan

Mengumpul sejarah reka cipta dalam penghasilan idea baru

Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara itu semestinya dapat

melahirkan ramai pereka cipta yang menjadi penyumbang kepada

perkembangan teknologi moden. Sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana

Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

pada tahun 2020, sembilan cabaran telah dikemukakan. Antaranya ialah

mempertingkatkan usaha dalam bidang sains dan teknologi supaya kita tidak

hanya menjadi pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang kepada dunia

teknologi. Oleh itu bidang reka cipta merupakan salah satu bidang yang

mampu memenuhi cabaran tersebut.

Dunia sentiasa berubah. Ilmu, kemahiran dan maklumat berkembang pesat

dalam masa yang singkat. Perkembangan ini juga berlaku dalam negara kita

menyebabkan terhasilnya berbagai produk yang berguna dan berkualiti.

Produk yang direkacipta ini amat penting dan perlu diperkembangkan agar

penghasilan barangan baru boleh diperkenalkan kepada dunia. Oleh itu

negara tidak perlu bergantung kepada negara luar untuk membekalkan

peralatan kerana ia boleh dihasilkan oleh rakyat kita sendiri.

Bidang reka cipta juga dapat menjamin masa depan negara yang lebih

cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan teknologi. Secara

umumnya suatu reka cipta adalah terhasil daripada suatu masalah yang

memerlukan penyelesaian. Sehubungan itu produk yang terhasil daripada

satu reka cipta seharusnya dapat memberi satu kepuasan sepenuhnya kepada

pereka cipta dan umum.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 4

Page 6: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Cadangan aktiviti:o Menyenarai faktor-faktor yang mendorong suatu reka cipta dihasilkan

o Menyatakan kepentingan suatu reka cipta dalam kehidupan seharian

o Menyenarai masalah seharian yang dihadapi yang memerlukan suatu reka

cipta untuk menyelesaikannya

1.2 Proses Reka ciptaa. Pengenalpastian masalahHasil pembelajaran:

Mengenal pasti dan menyatakan masalah

Menyatakan kaedah mengumpul data dan maklumat

Menyatakan masalah yang dikenal pasti dengan jelas

Mengumpul data dan maklumat melalui kajian yang dikenal pasti

Menganalisis data dan maklumat yang diperolehi

Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah

bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada peringkat awal

penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi

memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan

kebolehgunaan. Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya

dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia

ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih

baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah

juga membantu minda untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan

produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak

pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam

penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah

yang wujud.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 5

Page 7: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah

Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk

dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara

mendalam.

Pernyataan MasalahMasalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu

berkeperluan yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk

masalah itu.

Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:

Tempat

Masa

Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)

Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-

aspek:

Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan

kewangan)

Jantina

Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)

Keadaan kesihatan/fizikal

Bangsa dan kebudayaan

Agama

Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau

akibat boleh melibatkan aspek :

Kesihatan

Keselamatan

Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan

Interaksi sosial

Mental emosi

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 6

Page 8: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pengumpulan DataTujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang

dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan DataKaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui

pemerhatian

soal selidik

temubual

pengalaman sendiri atau orang lain

kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain

PemerhatianMemerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang

dikaji.

Aktiviti:

a.) Mengenal pasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.

b.) mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.

c.) lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di

beberapa tempat.

Soal selidikKaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau

maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .

Aktiviti:

a.) menyediakan borang soal selidik

soalan mudah dan tepat

gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah

soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia

ada yang dikenalpasti.

b.) menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh

memberi maklumat yang lebih tepat.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 7

Page 9: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAc.) mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.

d.) Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bualBertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan

secara lisan.

Aktiviti:

a.) mengenal pasti responden

b.) menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji

c.) menyediakan soalan yang berkaitan

d.) merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman

video.

Pengalaman sendiri / orang lainMenceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau

orang lain.

Aktiviti:

a.) menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.

b.) menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

Kajian PerpustakaanMelakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak

meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.

Aktiviti:

a.) membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik

b.) menyatakan sumber kajian

media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.

media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.

Contoh-contoh borang kajian dan hasil kajian dilampirkan dalam Lampiran B.

Persembahan Data atau MaklumatSegala data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan

dengan jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 8

Page 10: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAjadual, senarai, carta dan graf.

Menyatakan masalah dengan jelasBeberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan

jelas ialah

susah

lambat

bahaya

sakit

penat

membazir wang, masa dan tenaga

tidak tahan lasak

tidak tepat

tidak peka

Huraian dataHuraian data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh

merangkumi perkara-perkara:

peratusan dan pecahan data

perkaitan antara faktor-faktor

penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah

perkaitan dapatan dengan masalah

Rumusan masalahRumusan yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang

dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data atau maklumat yang

dikumpulkan.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 9

Page 11: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

b. Penjanaan ideaHasil pembelajaran:

Mengenal pasti prinsip atau kaedah yang boleh menyelesaikan masalah

Memberi contoh beberapa idea baru dengan mempamerkannya dalam

bentuk lakaran berlabel

Menjana beberapa idea baru yang menjurus kepada penyelesaian

masalah

Membanding dan membezakan idea dari aspek kefungsian

Memilih idea yang sesuai dengan penyelesaian masalah

Mensintesis idea dari aspek kefungsian

Kebolehan individu menjana pelbagai idea baru atau tersendiri akan banyak

membantu menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.

Penjanaan sesuatu idea tidak wujud dengan sendirinya. Ia memerlukan daya

usaha daripada individu itu sendiri samada berbentuk semulajadi atau

terancang.

Pencetusan idea secara semulajadia. Imaginasi

b. Bakat (anugerah Tuhan kepada manusia)

c. Pengalaman

Pencetusan idea secara terancang i. Pemerhatian

ii. Berfikir juga boleh menggalakan penjanaan idea. Antara

teknik-teknik berfikir ialah

- pemikiran logikal – vatikal

- analitikal

- kritikal

- intuitif

- sumbangsaran

- lateral

- kreatif

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 10

Page 12: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran logikalPemikiran secara logikal menekankan kepada apa yang betul dan apa yang

salah dari segi:

i. Betul dari segi logik.

ii. Betul dari segi kenyataan hidup sebenar.

Pemikiran analitikalMelalui pemikiran analitikal, seseorang individu itu menganalisis masalah

dengan cara memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian

yang lebih kecil supaya mudah ditangani.

Melalui analitikal usaha kita tertumpu ke arah memahami situasi yang

kompleks dengan cuba melihat situasi itu secara mengenali faktor-faktor

utama, mencari persamaan dan perbezaan serta mencari punca-punca

masalah.

Pemikiran kritikalPemikiran secara kritikal digunakan untuk mengenalpasti kesilapan,

kelemahan, kekurangan dan kesalahan pada sesuatu idea atau cadangan.

Melalui pemikiran kritikal faktor-faktor yang boleh dan terbaik diperolehi dengan

cara membuang atau memperbaiki faktor-faktor kesalahan dan kelemahan

yang telah dikenalpasti.

Pemikiran kritikal juga mempunyai kesan negatif seperti membunuh

pertumbuhan idea-idea baru kerana dia akan menilai idea baru dalam konteks

situasi lama.

Pemikiran secara kritikal berfokus kepada hasrat untuk membuktikan bahawa

idea orang lain itu salah.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 11

Page 13: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAPemikiran intuitifPemikiran intuitif adalah berdasarkan kepada suara hati kecil kita atau

mengikut gerak hati dan naluri. Kadang kala digunakan untuk membuat

keputusan dalam keadaan kita tiada maklumat langsung atau dalam keadaan

di mana maklumat tidak lengkap.

SumbangsaranSumbangsaran ialah satu teknik yang digunakan dalam aktiviti berkumpulan

bagi penjanaan idea yang kreatif untuk tujuan membuat keputusan.

Proses sumbangsaran terbahagi kepada tiga peringkat:

i. Mengenal pasti, merumus dan mempersetujui pernyataan masalah yang

sama.

ii. Mencari atau memperbanyakkan idea.

iii. Menilai pelbagai alternatif untuk menentukan pelbagai penyelesaian yang

sesuai.

Sumbangsaran boleh dilakukan mengikut beberapa peraturan seperti di

bawah:

PERATURAN SUMBANGSARAN PETA MINDA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 12

Page 14: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran lateralPemikiran lateral bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu

perubahan baru dan berlainan terhadap sesuatu masalah. Pemikiran lateral

bertujuan mencari alternatif baru tanpa mempunyai batasan terhadap idea

yang dikeluarkan.

Pemikiran lateral juga bukan untuk membuat penilaian sama ada salah atau

betul tetapi untuk melahirkan idea serta pandangan baru. Walaupun idea

tersebut tidak disengajakan atau bercanggah dengan masalah asal ia boleh

diterima sekiranya idea tersebut bersifat positif.

Berikut ialah satu contoh di mana perbezaan antara pemikiran vertikal dan

pemikiran lateral. Kehadiran seekor buaya di sebuah lombong lama di

Puchong boleh dilihat sebagai suatu pemikiran lateral merupakan satu masalah

yang perlu diselesaikan segera kerana ia membahayakan penduduk di

kawasan persekitaran tersebut. Selepas laporan diterima oleh pihak berkuasa,

tindakan yang akan diambil ialah menangkap buaya itu dan memindahkan ke

zoo. Ini adalah pemikiran vertikal. Walau bagaimana pun buaya itu gagal

ditangkap. Lanjutan daripada itu mengikut pemikiran vertikal, buaya itu mesti

ditembak kerana ia haiwan ganas.

Tindakan di atas gagal menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan dalam kes

ini pemikiran vertikal tidak berjaya menjelaskan masalah dengan baik tetapi

ada yang telah bertindak secara kreatif dengan mencadangkan agar buaya itu

dibiarkan hidup di lombong itu. Hasilnya, tempat itu menjadi tumpuan

pelancong. Peluang perniagaan tiba-tiba datang menggolek untuk penduduk

tempatan. Ini adalah contoh pemikiran lateral yang biasa dapat menghasilkan

sesuatu yang kreatif. Fikiran kreatif menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 13

Page 15: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAPemikiran kreatif Pemikiran kreatif ialah keupayaan mengubah idea dan persepsi lama ke baru.

Pemikiran kreatif lebih diperlukan dalam kehidupan sebenar daripada

pemikiran kritikal. Pemikiran kritikal yang tidak diimbangi oleh pemikiran lain

boleh menyebabkan seseorang menjadi pemikir yang angkuh dan biadap.

Penjanaan idea awalProses penjanaan idea merupakan proses bagi menghasilkan beberapa

rekacadang atau konsep yang masih memerlukan perkembangan seterusnya.

Ia boleh dilakukan dengan mengemukakan konsep secara catatan dan lakaran.

Di peringkat ini idea-idea tersebut akan diselesaikan melalui cara yang

berbeza serta dihubungkait dengan prinsip / konsep tabii / hukum alam / hukum

sains. Lakaran berlabel yang dihasilkan menjurus kepada penyelesaian

masalah dan menghuraikan fungsi setiap idea secara ringkas dan jelas.

Penjanaan idea tersebut direkodkan di dalam buku idea secara lakaran dan

nota sokongan bagi tujuan rujukan perkembangan idea seterusnya serta

penyediaan pendokumentasian projek.

Cadangan aktiviti: Perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat pelbagai idea

Sesi sumbangsaran mendapatkan pelbagai perkembangan idea

penyelesaian

a. Perekaan projekHasil pembelajaran:

Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran

Melakar dengan pelbagai gayaan dari pelbagai sudut pandangan

Menghasilkan lakaran reka cipta bentuk awal berdasarkan idea yang telah

dipilih

Menghasilkan lakaran perkembangan reka bentuk

Menganalisis lakaran reka bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 14

Page 16: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA Menggabungkan lakaran idea yang bersesuaian berdasarkan idea yang

telah dipilih

Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka

bentuk yang diadaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau

pencantuman idea-idea yang telah dijana boleh diaplikasikan bagi membantu

penghasilan idea-idea yang lebih kreatif, inventif dan inovatif.

Di peringkat ini idea-idea yang dilakarkan perlu mengambilkira faktor-faktor

seperti bahan, fungsi, teknik pembuatan, mekanisma, estetika dan faktor lain

yang berkaitan.

Lakaran perkembangan reka bentuk membantu memperjelaskan rupa dan

bentuk cadangan rekaan secara 3D dengan pelbagai gayaan dan sudut

pandangan yang berbeza. Ia juga memudahkan pereka memahami, melihat

dan menilai konsep rekaan mereka seterusnya membuat pengubahsuaian.

Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen,

marker, pensil, cat air dan pensil warna.

Cadangan aktiviti: Membuat latihan lakaran

b. Pemilihan reka bentukHasil pembelajaran:

Membentang lakaran terperinci

Mengenal pasti kriteria pemilihan reka bentuk berdasarkan kedapatan

bahan, masa kitaran pengeluaran, keselamatan produk, ergonomik dan

nilai estetika

Memilih sistem dan fungsi yang berpotensi dan bersesuaian dengan reka

bentuk

Menilai dan memilih reka bentuk akhir berdasarkan kriteria yang

ditentukan

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 15

Page 17: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAPemilihan reka bentuk merupakan proses yang penting kerana ia akan

menentukan halatuju reka bentuk yang akan dihasilkan. Pada tahap ini satu

pemilihan yang terbaik perlu dibuat bagi menentukan reka bentuk akhir yang

dapat memenuhi kehendak atau kriteria reka bentuk.

Pemilhan reka bentuk dilakukan berdasarkan kepada kriteria kesesuaian

bahan, teknik pembuatan, fungsi, ergonomik, mesra pengguna, nilai komersil,

keselamatan dan nilai estetika.

Kriteria reka bentuk boleh dibuat secara carta atau jadual penilaian bagi bagi

memudahkan pemilihan dilakukan. Pemilihan reka bentuk yang berpotensi

untuk dimajukan ke peringkat pembuatan model atau prototaip dipilih

berdasarkan jumlah skor tertinggi dari jadual penilaian.

Contoh:

“Mereka bentuk satu produk yang mempunyai pelbagai peralatan untuk ahli

perkhemahan”

Berdasarkan kepada pernyataan di atas faktor penting yang perlu diambilkira

ialah

mudah dibawa

ringan

tahan lasak

serba guna

penjimatan ruang

Kriteria penilaian Sketsa 1 Sketsa 2 Sketsa 3

Mudah dibawa 3 2 5

Ringan 2 3 4

Tahan lasak 2 3 4

Serbaguna 3 2 5

Penjimatan ruang 3 3 5

JUMLAH 11 13 23

Contoh Jadual Penilaian Kriteria Reka Bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 16

Page 18: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Nilai Skor

1 tidak sesuai

2 kurang sesuai

3 sederhana

4 baik

5 sangat baik

Cadangan aktiviti:o Mengadakan sesi sumbangsaran untuk mendapatkan pilihan yang terbaik

o Perbincangan dalam kumpulan / sesi kritik

Membuat rujukan mengenai pemilihan sistem yang bersesuian dengan

projek yang hendak di buat

c. Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip

Setelah pemilihan reka bentuk dilakukan perancangan pembinaan model

berfungsi atau prototaip diperlukan bagi memudahkan pembuatannya.

Peringkat ini perancangan akan melibatkan penyediaan lukisan-lukisan yang

berkaitan, jadual kerja pembuatan model, penyediaan bahan dan cara

pembuatan. Perancangan boleh dilakukan secara perbincangan dengan guru

dan rakan pelajar.

i. Penyediaan lukisan kerjaHasil pembelajaran: Merancang jadual kerja pembinaan model berfungsi atau prototaip.

Menyediakan lukisan kerja dan lukisan akhir berdasarkan reka bentuk yang

dipilih.

Menyediakan lukisan susun atur dan pemasangan.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 17

Page 19: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAKerja asas dalam pembinan model berfungsi atau prototaip adalah

menyediakan beberapa lukisan yang dapat membantu menampakkan persepsi

awal idea produk. Antara lukisan yang boleh digunakan seperti lukisan kerja ,

lukisan susunatur dan lukisan ceraian / pemasangan .Ia boleh dihasilkan

samada secara manual atau menggunakan perisian komputer (CAD).

Lukisan ortografik

Lukisan ortografik adalah lukisan yang berdasarkan prinsip unjuran selari.

Sistem lukisan ini menggunakan dua atau lebih pandangan untuk memberi

maklumat dan penghuraian yang lengkap mengenai bentuk objek yang dilukis.

Tujuan utama lukisan ini ialah untuk menyampaikan maklumat yang tepat

melalui pandangannya supaya objek yang dilukis dapat dihasilkan dengan

sempurna. Ia juga boleh dihasilkan dengan lukisan berbantu komputer

(CAD).

Lukisan ortografik

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 18

Page 20: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan kerjaLukisan ini adalah lukisan yang dibuat untuk memudahkan proses pembuatan

bahagian-bahagian produk. Ia juga menerangkan cara memotong, menebuk,

melicin, mengetam, mencantum dan lain-lain proses yang bersesuaian secara

berperingkat.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 19

Page 21: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan susun aturMerupakan lukisan yang menunjukkan susun atur komponen luaran dan

dalaman sesuatu produk. Ia membantu memperjelaskan susun atur

komponen-komponen serta fungsi.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 20

Page 22: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan pemasangan Lukisan ini dilukis untuk menunjukkan komponen-komponen sebenar produk

secara tercerai dan berasingan. Ceraian dilukis mengikut arah komponen-

komponen yang dipisahkan. Lukisan ini juga dikenali sebagai lukisan

pemasangan kerana ia menunjukkan cara-cara pemasangan dibuat. Setiap

komponen yang dilukis dilabelkan mengikut urutan.

Lukisan tercerai yang menunjukan urutan pemasangan

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 21

Page 23: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

ii. ‘Mock-up’Hasil pembelajaran: Menerangkan maksud “mock-up”

Menyediakan ‘mock-up’ untuk pembinaan model berfungsi atau prototaip

Menganalisis reka bentuk akhir dalam bentuk 3D

‘Mock-up’ dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model

atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan

untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi.

Kebiasaannya ‘mock-up’ dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan

bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam,

gabus, polisterin, ’mounting board’ dan kayu jelutung (kayu lembut).

‘Mock-up’ dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka

bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara

pembuatan. Kebiasaannya ‘mock-up’ dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan

perbandingan.

Mock-up

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 22

Page 24: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

d. Pembinaan model berfungsi atau prototaipi. Perancangan kerjaHasil pembelajaran :

Menyenaraikan bahan dan komponen berdasarkan lukisan kerja

Menyediakan anggaran kos berdasarkan bahan dan komponen yang dipilih

Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan

Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa

berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada

secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak

semestinya sama dengan bahan sebenar.

Model berfungsi atau prototaip adalah produk contoh yang berfungsi

sepenuhnya.

Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama

dengan produk sebenar dari setiap segi. Ia dibina dan dipasang secara

manual dan diuji dalam situasi sebenar.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 23

Page 25: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:

-- kos

-- sifat fizikal bahan

-- teknik pembuatan

-- keboleh dapatan

Penjelasan sifat , jenis bahan, komponen dan kaedah pembuatan dijelaskan

dalam Bab 2 buku ini.

Cadangan aktiviti: Mengadakan lawatan ke kedai “hardware” untuk mengetahui bahan / alat

yang boleh didapati

Berbincang dengan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang

tertentu untuk mendapatkan pengetahuan mengenai komponen, alat dan

kaedah

ii. Penyediaan dan pembinaanHasil pembelajaran: Menyediakan bahan dan komponen yang dipilih

Membina bahagian dan komponen

Semasa melaksanakan kerja penyediaan komponen ciri-ciri keselamatan

hendaklah diutamakan. Peralatan perlu diguna dengan teknik yang betul.

Bahan-bahan serta komponen yang telah dikenalpasti disenaraikan. Bahan

alternatif juga disenaraikan jika perlu bagi tujuan kelancaran pembinaan

prototaip. Pembinaan prototaip dimulakan dengan sesi perbincangan yang

diadakan secara berkumpulan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap perkara

yang berkaitan dengan pembinaan prototaip diberi perhatian bagi memastikan

kelancarannya.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 24

Prototaip basikal

Page 26: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTADalam proses pembinaan prototaip langkah-langkah umum di bawah adalah

dicadangkan.

CARTA ALIR PROSES PEMBINAAN PROTOTAIP

Cadangan aktiviti:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 25

Page 27: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAo Menyediakan bahan dan komponen yang telah dikenalpasti

o Membina komponen daripada bahan yang dipilih

o Memasang komponen.

iii. PemasanganHasil pembelajaran: Memeriksa dan menguji bahagian dan komponen untuk pemasangan

Memasang bahagian dan komponen

Semasa melakukan kerja-kerja pemasangan ciri-ciri keselamatan hendaklah

diutamakan. Perhatian juga perlu diberikan kepada penggunaan peralatan

dan teknik kerja yang betul. Komponen perlu diuji sebelum dipasang.

Komponen yang telah dipasang dan bahagian yang telah dibentuk hendaklah

disusun dan diatur mengikut spesifikasi. Kerja pembinaan dan pemasangan ini

hendaklah dibuat mengikut langkah kerja yang telah ditetapkan dalam lukisan

kerja.

Cadangan aktiviti:o Menguji komponen dan mengenalpasti kefungsian komponen sebelum

pemasangan

o Memasang komponen mengikut spesifikasi lukisan kerja

iv. KemasanHasil pembelajaran: Menyatakan bahan dan teknik kemasan

Membuat kemasan

Prototaip yang telah siap dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai. Kerja

kemasan ini boleh menggunakan cat, syelek, lekar dan bahan lain mengikut

kesesuian kemasan projek. Tujuan kemasan adalah untuk menambah nilai

estetika, komersil dan ketahanan prototaip.

Cadangan aktiviti:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 26

Page 28: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAo Memerhati kaedah kemasan beberapa produk sedia ada

e. Pengujian dan penilaian model berfungsi atau prototaipi. PengujianHasil pembelajaran : Menyatakan kaedah pengujian

Menguji kefungsian, keselamatan dan ketahanan

Prototaip yang siap dibina perlu diuji keberkesanan fungsinya. Pengujian boleh

dilaksanakan melalui ujian seperti:

ujian makmal

ujian parameter

Ujian makmalPengujian prototaip dilakukan di dalam makmal atau bengkel dengan keadaan

yang terkawal. Keadaan terkawal di sini bermaksud unsur-unsur seperti daya,

cahaya, suhu, angin dan kelajuan dapat dikawal melalui penggunaan perlatan

dalam makmal. Walaubagaimanapun ujian makmal dibuat berdasarkan

kepada kesesuian dan keperluan sesuatu projek.

Ujian parameterUjian parameter ialah pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di

tempat yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.

Cadangan aktiviti: Melakukan kedua-dua ujian untuk menentukan spesifikasi produk

Mengadakan lawatan ke SIRIM untuk melihat bagaimana ujian parameter /

makmal dilakukan

ii. PenilaianHasil pembelajaran: Menilai model atau prototaip dari aspek ergonomik dan estetika

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 27

Page 29: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA Menilai keupayaan model atau prototaip berdasarkan spesifikasi

Mengenal pasti kelemahan dan kecacatan berdasarkan pengujian dan

kelemahan

Menganalisis hasil ujian yang dijalankan ke atas prototaip dan memberi

penilaian berdasarkan aspek ergonomik dan estetika. Kelemahan dan

kekuatan prototaip perlu dikenalpasti untuk tujuan pembaikan.

f. Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaipi. PembaikanHasil pembelajaran

Mencadangkan pengubahsuaian berdasarkan pengujian dan penilaian

Mengganti atau mengubahsuai bahagian dan komponen

Menguji dan menilai semula model berfungsi atau prototaip yang telah

diuabhsuai

Mengesyorkan bahan dan proses yang lebih sesuai

Berdasarkan hasil pengujian, cadangan pembaikan perlu disenaraikan dan

dilaksana jika perlu, antaranya seperti

i. mengganti komponen yang tidak berfungsi,

ii. menambah baik komponen / bahan,

iii. mengganti komponen dengan komponen yang lebih baik

iv. menambah kemasan.

Selepas pembaikan, perlu dibuat pengujian semula untuk mempastikan

bahawa prototaip yang dibina benar-benar berfungsi mengikut spesifikasi yang

telah dipilih.

Proses ini mungkin akan berulang beberapa kali sehingga terhasil prototaip

yang benar-benar memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Jika masih

belum menepatinya, cadangan boleh dikemukakan untuk pembaikan

selanjutnya di dalam dokumentasinya. Ini bertujuan untuk pereka cipta

seterusnya memajukan prototaip yang telah dihasilkan.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 28

Page 30: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Cadangan aktiviti: Membuat pembaikan berdasarkan hasil pengujian

Membuat pengubahsuaian yang sesuai untuk menambah baik prototaip

ii. KemasanHasil pembelajaran: Membuat kemasan akhir

Proses kemasan di peringkat ini adalah proses yang terakhir selepas

pembaikan, sebelum prototaip ini dipasarkan.

1.3 IlustrasiIlustrasi merupakan satu cara berkomunikasi dengan menggunakan garisan

dan simbol. Dengan cara ini, satu idea dan maklumat dapat disampaikan

secara grafik. Pelbagai jenis lukisan boleh digunakan untuk melukis lakaran

sesuatu reka bentuk. Ilustrasi boleh digambarkan secara dua dimensi (2D) dan

tiga dimensi (3D).

Antara jenis lukisan tersebut adalah unjuran ortografik, pandangan hamparan

dan keratan, lukisan kerja pemasangan dan perspektif.

A. Lakarani. Rupa dan bentukHasil pembelajaran : Menerangkan konsep rupa dan bentuk

Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran sebagai persediaan

lukisan ‘rendering’

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 29

Page 31: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTASebagai persediaan membuat lukisan realistik (rendering) imej produk yang

telah dihasilkan dilukis secara lakaran. Ianya bertujuan untuk memastikan

lakaran rekabentuk yang betul dan menyerupai produk sebenar dilukis

sebelum proses mewarna dilakukan. Lakaran ini digunakan sebagai

panduan untuk menekap bagi mendapatkan lukisan garisan “out line

drawing” untuk persediaan membuat lukisan realistik.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 30

Page 32: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 31

Page 33: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 32

Page 34: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 33

Page 35: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

ii. GayaHasil Pembelajaran: Mengaplikasi lakaran reka bentuk dari sudut pandangan yang berbeza

dan menarik

Penggayaan di dalam lukisan berperanan mempengaruhi persepsi dan minda

seseorang. Penggayaan boleh dilakukan melalui sudut pandangan perspektif

yang berbeza bagi menggambarkan reka bentuk produk sebenar. Ianya

merupakan kombinasi rupa bentuk produk sebenar. Ianya merupakan

kombinasi rupa dan bentuk bagi menghasilkan lukisan yang menarik. Sebagai

contoh ia boleh dilukis dari sudut pandangan ¾ .

b. Lukisaniii. ‘Rendering’Hasil pembelajaran :

Menerangkan konsep ‘rendering’

Menghasilkan ilustrasi yang jelas tentang bentuk dan bahan objek

Menghasilkan ilustrasi berwarna

Lukisan rendering berbeza daripada lukisan sketsa kerana ia menggabungkan

produk / objek yang dibuat dengan lebih terperinci berbanding dengan sketsa.

“Rendering” kebiasaannya tidak mempunyai label melainkan nama produk

berbanding sketsa yang memerlukan label bagi tujuan penerangan.

“Rendering” boleh dilukis secara 2D dan 3D dari pelbagai sudut pandangan

yang bersesuaian. Kebiasaannya rendering dilukis dengan rupa, bentuk ,

warna dan grafik sebenar produk / objek.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 34

Page 36: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh llustrasi kenderaan

iv. PerspektifHasil pembelajaran: Menerangkan konsep perspektif

Menghasilkan ilustrasi melalui pandangan perspektif

Lukisan perspektif dapat membantu kita menggambarkan rekabentuk sebenar

secara 3D dari pelbagai sudut. Lukisan perspektif berbeza daripada lukisan

isometri dan lukisan oblik yang mempunyai sudut-sudut tertentu. Apabila kita

melihat objek yang dilukis secara perspektif kita dapati:

i. garisan selari di hadapan akan bertemu di penghujung menjadi satu titik.

ii. objek-objek yang sama saiz dan bentuk akan mengecil semakin ia berada di

belakang.

iii. jarak dan ukuran yang sama akan menjadi kurang dan pendek apabila

semakin ke belakang.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 35

Page 37: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh Lukisan Unjuran Bergambar

Lukisan perspektif dapat dilukis secara 1 titik, 2 titik dan 2 titik. Perspektif 2 titik

kebiasaannya dilukis di dalam lukisan teknik. Perspektif 3 titik digunakan di

dalam rekabentuk bagi memperjelaskan bentuk sebenar objek.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 36

Page 38: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan perspektif1 titik, 2 titik dan 3 titik

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 37

Page 39: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh Lukisan Perspektif dari Pelbagai Sudut

B. Lukisan kerjai. Lukisan 2DHasil pembelajaran:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 38

Page 40: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan ortografik sudut

ketiga

Lukisan 2D adalah dalam satah Cartesan 2 paksi iaitu paksi-x dan paksi-y.

Lukisan 2D yang banyak digunakan adalah lukisan unjuran ortografik. Dalam

kaedah lukisan unjuran ortografik perlu diketahui bagaimana menentukan

kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada suatu bentuk lukisan

objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan

bentuk permukaan objek sebenar. Garisan penglihatan dari mata pemerhati

kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang kepada

satah unjuran.

Secara ringkas terdapat 3 arah pandangan utama:

a.) Pandangan atas (plan).

b.) Pandangan depan (hadapan).

c.) Pandangan sisi (samping).

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 39

Page 41: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Terdapat 2 sistem yang biasa diguna dalam unjuran ortografik iaitu:

a.) unjuran sudut pertama.

b.) unjuran sudut kedua.

Unjuran sudut pertama Unjuran sudut ketiga

ii. Lukisan 3D

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 40

Page 42: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran: Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan isometri

Antara ilustrasi 3D bagi suatu objek yang banyak digunakan adalah lukisan

isometri. Ia merupakan satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D

dalam mod 2D. Objek isometrik ialah simulasi bentuk lukisan 3D dalam

keadaan tidak sebenar. Ilustrasi 3D ini berdasarkan 3 paksi yang dikenali

sebagai paksi isometri.

Lukisan isometri penting kepada pereka bentuk kejuruteraan kerana lukisan ini

mudah difahami. Ia memberikan gambaran yang jelas tentang tatacara

pemasangan sesuatu alat.

Struktur pembinaan lukisan isometri penting dirujuk kepada satah ufuk yang

bersudut 30o serta garisan pinggir yang berterusan pada satu titik iaitu pusat.

Jarak di antara satu titik dengan titik lain adalah bersudut kandung 120o seperti

yang ditunjuk dalam rajah. Ia perlu juga dikaitkan dengan 3 dimensi seperti

tinggi, panjang dan lebar.

iii. Lukisan pemasangan

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 41

Page 43: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran Menghasilkan lukisan kerja dalam bentuk terpasang dan tercerai.

Lukisan susunan komponen bertujuan memudahkan proses pemasangan serta

mendapatkan kedudukan yang betul semasa pemasangan komponen. Lukisan

pemasangan ini menggabungkan kesemua prinsip lukisan berkaitan dengan

lukisan unjuran, keratan, pendimensian.

Lukisan ini menunjukkan setiap bahagian dilukis secara bercerai-cerai

kedudukannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ia memudahkan kerja

pemasangan dan penyambungan sesuatu projek.

1.4 Reka Bentuk bantuan Komputer (CAD)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 42

Lukisan pemasanganLukisan Isomerik Tercerai

Lakaran Perkembangan Idea

Page 44: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

A. Kegunaan CADi. PengenalanHasil pembelajaran : Mengenal pasti perkakasan CAD

Mengenal pasti perisian CAD

Lukisan berbantu komputerPerisian CAD mula digunakan sejak awal 70-an dalam bentuk 2 dimensi.

Ketika itu hanya super komputer atau komputer kerangka utama (mainframe)

sahaja yang mampu menjalankan perisian CAD tersebut. Kini dengan

perkembangan teknologi, perisian CAD telah boleh digunakan dalam komputer

peribadi.

Perkakasan asas yang minimum diperlukan untuk menggunakan perisian CAD

adalah seperti berikut:

Pemproses Intel Pentium II 200 MHz atau yang setara.

32 MB RAM

500 MB Pemacu cakera keras (HDD)

CD ROM

1.44 MB pemacu cakera liut

Monitor SVGA

Papan kekunci dan tetikus.

Pencetak

Sistem operasi yang sesuai boleh dipilih daripada mana-mana sistem operasi

Microsoft Windows 95, 98, Me, 2000, NT dan XP. Pengendalian perisian CAD

adalah sama bagi semua sistem operasi. Perbezaan kecil hanya pada aspek

pengurusan fail-fail lukisan.

ii. Perisian dan fungsi

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 43

Page 45: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran Menerangkan fungsi CAD

Penggunaan CAD masa kini amat meluas dalam bidang kejuruteraan awam,

mekanikal dan elektrikal, malah banyak membantu para pereka cipta dalam

penghasilan ciptaan baru.

Lukisan yang dihasilkan boleh dibuat dalan bentuk 2D dan 3D dan gabungan

2D dan 3D. Melalui penggunaan teknologi terkini CAD boleh digabungkan

dengan sistem multimedia bagi penghasilan program animasi dan penghasilan

model menggunakan CADCAM.

CAD dalam reka cipta dapat membantu jurutera, arkitek dan pereka bentuk

menghasilkan lukisan/gambaran sesuatu rekaan seperti bangunan, kenderaan,

peralatan elektrik, enjin dan komponen enjin.

CAD juga mempercepat dan mempermudahkan kerja-kerja mereka bentuk di

dalam bidang kejuruteraan dan senibina termasuk bidang reka cipta .

Kelebihan menggunakan CAD dalam menghasilkan lukisan teknik adalah

seperti berikut:

a. Semua lukisan kejuruteraan yang dilukis secara manual boleh dihasilkan

dengan perisian CAD.

b. Lukisan dihasilkan dengan lebih cepat.

c. Mengurangkan kerumitan dari segi memadam kesilapan dan mudah untuk

menambah teks.

d. Lukisan boleh dihasilkan dalam banyak salinan.

e. Boleh menyalin bahagian-bahagian tertentu pada sebuah lukisan

kejuruteraan tanpa perlu mengulang lukisan.

f. Lukisan boleh diubah dimensi (saiz) dengan mudah.

g. Lukisan disimpan dalam pemacu cakera keras atau liut, ini dapat

mengurangkan penggunaan ruang.

h. Lukisan boleh dicetak dalam pelbagai saiz dan skala.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 44

Page 46: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTAKelemahan CAD semasa membuat lakaran rekaan, lakaran secara manual

masih diperlukan.

B. Aplikasi CAD Hasil pembelajaran: Menggunakan perisian CAD untuk mendapatkan reka bentuk terakhir

Menggunakan perisian CAD untuk mengubahsuai reka bentuk projek

Menghasilkan lukisan projek menggunakan perisian CAD tertentu

Terdapat banyak perisian CAD yang boleh diguna oleh guru dan pelajar untuk

menghasilkan lukisan berbantu komputer. Antaranya ialah AutoCAD, IDEAS,

IntelliCAD dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa contoh lukisan berbantu komputer.

(a)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 45

Page 47: RC BT BAB 1

BUKU SUMBER REKA CIPTA

(b)

(c)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002 46