rdtvt nr t rndh - MEF · 2015. 3. 31. · l brpn drpd p td brtnnjb n prj n n b r nr n. "Tn rj tptn...

1
MUKADIMAH ISU lambakan pekerja asing di negara ini seolah-olah tiada penyelesaiannya. Setiap kali tiba cuti panjang khususnya apabila rakyat tempatan balik ke kampung kita boleh saksikan seolah-olah ibu negara tiba-tiba bertukar menjadi sebuah wilayah lain yang dihuni oleh pelbagai rupa warga asing. Sudah sampai masanya masalah lambakan pekerja asing ini ditangani segera sebelum ia menjejaskan hidup dan periuk nasi penduduk tempatan. Wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) SHAMSUDDIN BARDAN untuk mendapat penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Beliau menyifatkan kebanjiran terlalu ramai warga asing ke Malaysia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa masuk mereka ke negara ini. "Tenaga kerja tempatan perlu digunakan sepenuhnya bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing serta meningkatkan produktiviti dengan membekalkan mereka pelbagai kemahiran yang sewajarnya "Kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menjenamakan semula pekerjaan. Kita tidak boleh bergantung kepada kerja yang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja," katanya Mingguan Malaysia I 21 Februari 2010 Produktiviti negara amat rendah INGGUAN: Kenapa masalah ini berterusan berlaku, apakah kerana sistem pemantauan kita lemah? SHAMSUDDIN: Bagi saya kategori pekerja asing ini pelbagai-bagai. Bagi pekerja yang ada permit jumlah mereka masih agak tinggi. Tapi jumlah ini adalah lebih rendah berbanding sebelum krisis ekonomi bermula pada Oktober 2008 iaitu sekitar 2.2 juta. Namun selepas itu berkurangan kepada 1.9 juta pada awal tahun 2009. Namun statistik terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Imigresen jumlah sekarang adalah pada 1.6 juta. Bermakna terdapat banyak pengurangan di situ kepada 600,000 orang pekerja asing yang mempunyai permit. Ini adalah satu usaha yang baik dalam mengurangkan pergantungan pekerja asing. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah pekerja yang datang tanpa permit yang sah. Ataupun mereka yang datang sebagai pelancong tetapi kemudian bekerja secara tidak sah. Malangnya tiada siapa yang tahu jumlah sebenar pekerja tidak sah ini. Tidak ada statistik sebenar kerana mereka ini bukan pekerja yang sah. Kalau kita ambil perkiraan secara konservatifnya jumlah pekerja yang tidak sah ini dianggarkan sama banyak dengan jumlah pekerja yang sah. Bermakna ada sekitar 1.6 juta. Sesetengah mereka yang lebih pesimistik menganggarkan jumlah ini dua kali lebih banyak iaitu sekitar 3.2 juta. Ada sesetengah pihak yang telah menya- lahgunakan toleransi kerajaan dengan berang- gapan mereka akan senantiasa diberi peng- ampunan dan tidak akan diambil tindakan. Ini memberi mesej yang salah kepada mereka bahawa Malaysia akan berterusan memberi pengampunan dan seterusnya menggalakkan lagi kedatangan pekerja yang masuk secara haram. Ini patut dihentikan kerana selagi terdapat usaha pengampunan begini akan ada pihak lain yang akan mencuba nasib untuk mencari rezeki secara haram di negara ini. Kerajaan hams menuk tindakan kepada lebih serius dan ketat dal melaksanakan undang-undang. Usaha ini perlu konsisten supaya pekerja asing dan pilSk tertentu yang ingin mengambil kesempatan dalam berurusan dengan pekerj pekerja asing. Malangnya banyak usaha yang dilakukan adalah sekadar ad-hoc sahaja. Polisi kita bukan untuk jangka masa panjang. Kita lebih menumpu kepada keperluan semasa dan tanganinya berdasarkan keperluan tersebut. Kita ambil contoh negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan penguatkuasaan dan peraturan mereka tentang pekerja asing adalah ketat dan berkesan. Masalah lambakan pekerja asing ini terutama pekerja haram mampu ditangani jika penguatkuasaan yang lebih serius dan ketat dilaksanakan. Kita ada undang-undang yang tegas seperti denda, hukuman rotan dan penjara namun tidak digunakan sepenuhnya. Dalam banyak segi pelaksanaan hanya bersifat sementara sahaja. Apabila isu ini kecoh diperkatakan maka pelaksanaan akan dilakukan secara serius tetapi apabila sudah tidak panas lagi pelaksanaan juga akan menjadi lebih kurang sahaja. Lebih malang lagi jika rasuah berlaku dalam hal penguatkuasaan maka ia hanya mengusutkan lagi keadaan. Ia akhirnya akan menjadi cakap-cakap sahaja tanpa sebarang keputusan yang membanggakan. Apakah majikan sangat memerlukan pekerja asing? SHAMSUDDIN: Kalau dari segi konsepnya bukan senang pihak majikan untuk menda- patkan pekerja asing. Ada perkara yang perlu dilakukan seperti mengiklankan dalam Ja- batan Buruh dan mendapatkan syarikat yang berurusan dengan pengambilan pekerja asing. Ini memakan masa. Gaji juga perlu me- mainkan peranan kerana jika terlalu rendah maka rakyat tempatan tidak mahu bekerja. Maka setelah semua kriteria ini dipenuhi akhirnya ia berbalik kepada kemahuan pekerja tempatan untuk bekerja di sektor-sektor tertentu. Kita ambil contoh kerja sebagai pengawal keselamatan. Pasti ramai ibu bapa yang tidak mahu anak mereka bekerja dalam bidang itu. Tetapi jika ada usaha untuk merubah bidang kerja ini dan menaik tarafnya dengan menambah bidang kemahiran lain seperti pertolongan mas atau mengawal kebakaran seperti mba ia membantu meningkatkan imej pengawal keselamatan serta meningkatkan gaji mereka. Bukan lagi sekadar menunggu di pondok jaga. Begitu juga dalam kerja di kilang dan pembinaan. Malah jika kita lihat di negara maju rakyat mereka banyak yang bekerja di sektor pembinaan dan mereka dibayar dengan gaji yang lumayan. Satu lagi pekerja asing ini sebenarnya tidak menyumbang kepada produktiviti negara. Ini kerana syarikat dan majikan tidak akan meli- hat keperluan untuk menggunakan sistem yang lebih canggih kerana teknologi yang sedia ada masih boleh digunakan dan tenaga buruhnya adalah rendah. Bermakna kosnya adalah minimum. Maka tidak akan ada pe- ningkatan dari segi produktiviti kerana sistem kerja yang sama akan terus digunakan secara berulang. Ia hanya statik setakat itu sahaja. Mereka hanya sekadar membantu meningkatkan pembangunan negara melalui bangunan dan projek mega yang telah kita buat seperti KLIA, KLCC dan sebagainya. Jika kita berjaya membawa masuk tenaga-tenaga pakar dari negara asing ini mungkin membantu meningkatkan produktiviti seiring dengan apa yang berlaku di negara-negara maju. Tapi malangnya perkara ini banyak berlaku. Namun pada masa yang sama kita lihat ramai mereka ini terlibat dalam kegiatan jenayah yang akhirnya menjejaskan ekonomi negara kita. Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing? SHAMSUDDIN: Perkara utama yang saya lihat adalah produktiviti pekerja di negara ini masih sangat rendah. Sebagai contoh pekerja di Singapura. Produktiviti mereka adalah sekitar tahap 3.8 berbanding pekerja Malaysia yang hanya sekitar tahap satu sahaja. Ini data yang dikeluarkan pihak Bank Dunia. Dan segi persijilan kemahirannya adalah sangat kurang. Kalau mereka masuk kerja hanya dengan sijil SPM dan itulah sijil yang mereka ada sehingga pencen nanti. Perlu ada pemantauan dari segi kemahiran pekerja dengan sijil yang mereka perolehi supaya tahap produktiviti mereka meningkat. lni membantu apabila kemahiran yang mereka memiliki adalah berbagai maka gaji mereka juga lebih baik. Soal produktiviti ini adalah penting untuk diberi keutamaan. Saya tertarik dengan satu agensi berita luar negara yang mana tenaga kerja yang dilakukan mereka adalah sangat terhad. Merekalah yang datang mewawancara, buat rakaman video, buat mengedit dubbing dan sebagainya. Hanya melibatkan seorang atau dua tenaga kerja sahaja. Tetapi kalau di sini ia melibatkan banyak tenaga kerja dari warta- wan, jurukamera, juru lampu, pemandu, me- reka yang terlibat dalam mengedit dan seba- gainya. Di sini kita lihat mereka memper- kayakan kemahuan dan kemahiran mereka. Jika perkara ini tidak ditangani maka usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini serta dalam menuju negara yang berpendapatan tinggi tidak akan terhasil. Adalah penting untuk melihat peningkatan tahap produktiviti pekerja di negara ini. Kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menjenamakan semula pekerjaan. Ini membantu meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam sesetengah pekerjaan supaya ia menarik minat masyarakat tempatan untuk bekerja dalam sektor tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada kerja yang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja. Masalah timbul apabila urusan membawa masuk pekerja asing juga membawa keuntungan kepada pihak tertentu? SHAMSUDDIN: Ini bagi saya adalah masalah utama kenapa berlaku lambakan pekerja asing kerana ia berasas pada pemiagaan. Usaha membawa masuk pekerja asing ini akan menguntungkan sesetengah pihak. Jika pemiagaan saya adalah untuk membawa masuk pekerja asing saya tidak kisah jika pekerja berkenaan akan menim- bulkan masalah atau tidak kerana saya mendapat pendapatan darinya. Saya tidak akan kisah dengan apa yang berlaku kerana saya akan terus melobi untuk mendapatkan kuota untuk membawa masuk pekerja asing. Maka selagi kita lihat perkara ini sebagai satu perniagaan selagi itulah masalah lambakan pekerja asing ini tidak akan selesai. Saya sarankan supaya dimansuhkan sahaja lesen-lesen yang diberikan kepada syarikat yang menguruskan kemasukan pekerja asing ini. Jika kita benar-benar memerlukan pekerja asing apa salahnya jika ia hanya membabitkan urusan antara negara-negara yang terlibat sahaja. Tetapi malangnya bukan hanya negara kita tetapi negara yang terlibat dalam urusan membawa masuk pekerja di negara mereka juga melihat ini sebagai satu sumber perniagaan. Terdapat sistem yang sama seperti di negara ini. Oleh itu saya lihat kerajaan perlu uruskan kemasukan pekerja asing ini tanpa perlu ejen atau syarikat lain yang menguruskannya. Ini juga akan membantu mengelakkan masalah lain seperti rasuah serta pemantauan akan menjadi lebih efektif dan berkesan. asing ini mendapat mesej yang jelas tentang keseriusan kerajaan menangani masalah ini. Sebagai contoh kita umum untuk melakukan operasi menahan pekerja asing tetapi kerana sambutan perayaan Tahun Baru Cina atau raya apa sekalipun maka ia terpak- sa dibatalkan. Tidak ada pilih kasih dalam soal pelaksanaan undang-undang kerana ini menunjukkan kita tidak serius dalam menangani masalah lambakan pekerja asing. Namun dalam hal ini selalunya pihak majikan yang dipersalahkan kerana pasaran memerlukan pekerja asing untuk kos yang lebih murah? SHAMSUDDIN: Pengurangan jumlah pekerja asing sejak kebelakangan ini menunjukkan pihak majikan mengikut arahan kerajaan. Sebanyak 600,000 ribu pekerja telah balik ke tempat asal mereka. Namun kita perlu lihat apakah negara ini telah membuat perancangan yang teliti dalam usaha mengurangkan kebergantungan CMaka selagi kita lihat perkara ini sebagai satu perniagaan selagi itulah masalah lambakan pekerja asing ini tidak akan selesai. Saya sarankan supaya dimansuhkan sahaja lesen-lesen yang diberikan kepada syarikat yang menguruskan kemasukan pekerja asing ini.

Transcript of rdtvt nr t rndh - MEF · 2015. 3. 31. · l brpn drpd p td brtnnjb n prj n n b r nr n. "Tn rj tptn...

Page 1: rdtvt nr t rndh - MEF · 2015. 3. 31. · l brpn drpd p td brtnnjb n prj n n b r nr n. "Tn rj tptn prl dnn pnhn b nrnn prntnn trhdp prj n rt nntn prdtvt dnn bln r plb hrn n jrn "t

MUKADIMAH

ISU lambakan pekerja asing di negara ini seolah-olah tiada penyelesaiannya. Setiap kali tiba cuti panjang khususnya apabilarakyat tempatan balik ke kampung kita boleh saksikan seolah-olah ibu negara tiba-tiba bertukar menjadi sebuah wilayahlain yang dihuni oleh pelbagai rupa warga asing. Sudah sampai masanya masalah lambakan pekerja asing ini ditanganisegera sebelum ia menjejaskan hidup dan periuk nasi penduduk tempatan. Wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRILHAMID telah mewawancara Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) SHAMSUDDIN BARDANuntuk mendapat penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Beliau menyifatkan kebanjiran terlalu ramai warga asing keMalaysia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa masuk mereka ke negara ini.

"Tenaga kerja tempatan perlu digunakan sepenuhnya bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing sertameningkatkan produktiviti dengan membekalkan mereka pelbagai kemahiran yang sewajarnya

"Kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menjenamakan semula pekerjaan. Kita tidak boleh bergantung kepada kerjayang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja," katanya

Mingguan Malaysia I 21 Februari 2010

Produktiviti negara amat rendah

INGGUAN: Kenapa masalahini berterusan berlaku, apakahkerana sistem pemantauankita lemah?

SHAMSUDDIN: Bagi saya kategoripekerja asing ini pelbagai-bagai. Bagipekerja yang ada permit jumlah merekamasih agak tinggi.

Tapi jumlah ini adalah lebih rendahberbanding sebelum krisis ekonomi bermulapada Oktober 2008 iaitu sekitar 2.2 juta.Namun selepas itu berkurangan kepada 1.9juta pada awal tahun 2009. Namun statistikterbaru yang dikeluarkan oleh pihakImigresen jumlah sekarang adalah pada 1.6juta. Bermakna terdapat banyakpengurangan di situ kepada 600,000 orangpekerja asing yang mempunyai permit.

Ini adalah satu usaha yang baik dalammengurangkan pergantungan pekerja asing.Tetapi yang menjadi masalahnya ialahpekerja yang datang tanpa permit yang sah.Ataupun mereka yang datang sebagaipelancong tetapi kemudian bekerja secaratidak sah. Malangnya tiada siapa yang tahujumlah sebenar pekerja tidak sah ini. Tidakada statistik sebenar kerana mereka ini bukanpekerja yang sah. Kalau kita ambil perkiraansecara konservatifnya jumlah pekerja yangtidak sah ini dianggarkan sama banyakdengan jumlah pekerja yang sah. Bermaknaada sekitar 1.6 juta. Sesetengah mereka yanglebih pesimistik menganggarkan jumlah inidua kali lebih banyak iaitu sekitar 3.2 juta.

Ada sesetengah pihak yang telah menya-lahgunakan toleransi kerajaan dengan berang-gapan mereka akan senantiasa diberi peng-ampunan dan tidak akan diambil tindakan.

Ini memberi mesej yang salah kepadamereka bahawa Malaysia akan berterusanmemberi pengampunan dan seterusnyamenggalakkan lagi kedatangan pekerja yangmasuk secara haram. Ini patut dihentikankerana selagi terdapat usaha pengampunanbegini akan ada pihak lain yang akanmencuba nasib untuk mencari rezeki secaraharam di negara ini. Kerajaan hams menuktindakan kepada lebih serius dan ketat dalmelaksanakan undang-undang. Usaha iniperlu konsisten supaya pekerja asing danpilSk tertentu yang ingin mengambilkesempatan dalam berurusan dengan pekerj

pekerja asing. Malangnya banyak usaha yangdilakukan adalah sekadar ad-hoc sahaja.Polisi kita bukan untuk jangka masa panjang.Kita lebih menumpu kepada keperluansemasa dan tanganinya berdasarkankeperluan tersebut.

Kita ambil contoh negara-negara sepertiSingapura, Jepun dan Korea Selatanpenguatkuasaan dan peraturan merekatentang pekerja asing adalah ketat danberkesan. Masalah lambakan pekerja asingini terutama pekerja haram mampuditangani jika penguatkuasaan yang lebihserius dan ketat dilaksanakan. Kita adaundang-undang yang tegas seperti denda,hukuman rotan dan penjara namun tidakdigunakan sepenuhnya. Dalam banyak segipelaksanaan hanya bersifat sementara sahaja.

Apabila isu ini kecoh diperkatakan makapelaksanaan akan dilakukan secara seriustetapi apabila sudah tidak panas lagipelaksanaan juga akan menjadi lebih kurangsahaja. Lebih malang lagi jika rasuah berlakudalam hal penguatkuasaan maka ia hanyamengusutkan lagi keadaan. Ia akhirnya akanmenjadi cakap-cakap sahaja tanpa sebarangkeputusan yang membanggakan.

Apakah majikan sangat memerlukanpekerja asing?

SHAMSUDDIN: Kalau dari segi konsepnyabukan senang pihak majikan untuk menda-patkan pekerja asing. Ada perkara yang perludilakukan seperti mengiklankan dalam Ja-batan Buruh dan mendapatkan syarikat yangberurusan dengan pengambilan pekerja asing.Ini memakan masa. Gaji juga perlu me-mainkan peranan kerana jika terlalu rendahmaka rakyat tempatan tidak mahu bekerja.

Maka setelah semua kriteria ini dipenuhiakhirnya ia berbalik kepada kemahuanpekerja tempatan untuk bekerja disektor-sektor tertentu. Kita ambil contohkerja sebagai pengawal keselamatan. Pastiramai ibu bapa yang tidak mahu anakmereka bekerja dalam bidang itu. Tetapi jikaada usaha untuk merubah bidang kerja inidan menaik tarafnya dengan menambahbidang kemahiran lain seperti pertolongan

mas atau mengawal kebakaran sepertimba ia membantu meningkatkan imej

pengawal keselamatan serta meningkatkan

gaji mereka. Bukan lagi sekadar menunggudi pondok jaga.

Begitu juga dalam kerja di kilang danpembinaan. Malah jika kita lihat di negaramaju rakyat mereka banyak yang bekerja disektor pembinaan dan mereka dibayardengan gaji yang lumayan.

Satu lagi pekerja asing ini sebenarnya tidakmenyumbang kepada produktiviti negara. Inikerana syarikat dan majikan tidak akan meli-hat keperluan untuk menggunakan sistemyang lebih canggih kerana teknologi yangsedia ada masih boleh digunakan dan tenagaburuhnya adalah rendah. Bermakna kosnyaadalah minimum. Maka tidak akan ada pe-ningkatan dari segi produktiviti kerana sistemkerja yang sama akan terus digunakan secaraberulang. Ia hanya statik setakat itu sahaja.

Mereka hanya sekadar membantumeningkatkan pembangunan negara melaluibangunan dan projek megayang telah kita buat sepertiKLIA, KLCC dansebagainya. Jika kita berjayamembawa masuktenaga-tenaga pakar darinegara asing ini mungkinmembantu meningkatkanproduktiviti seiring denganapa yang berlaku dinegara-negara maju. Tapimalangnya perkara inibanyak berlaku.

Namun pada masa yangsama kita lihat ramaimereka ini terlibat dalamkegiatan jenayah yangakhirnya menjejaskanekonomi negara kita.

Apa yang perludilakukan untukmengurangkankebergantungan kepadapekerja asing?

SHAMSUDDIN: Perkarautama yang saya lihatadalah produktiviti pekerjadi negara ini masih sangatrendah. Sebagai contohpekerja di Singapura. Produktiviti merekaadalah sekitar tahap 3.8 berbanding pekerjaMalaysia yang hanya sekitar tahap satu sahaja.Ini data yang dikeluarkan pihak Bank Dunia.

Dan segi persijilan kemahirannya adalahsangat kurang. Kalau mereka masuk kerjahanya dengan sijil SPM dan itulah sijil yangmereka ada sehingga pencen nanti. Perlu adapemantauan dari segi kemahiran pekerjadengan sijil yang mereka perolehi supayatahap produktiviti mereka meningkat. lnimembantu apabila kemahiran yang merekamemiliki adalah berbagai maka gaji merekajuga lebih baik. Soal produktiviti ini adalahpenting untuk diberi keutamaan.

Saya tertarik dengan satu agensi berita luarnegara yang mana tenaga kerja yangdilakukan mereka adalah sangat terhad.Merekalah yang datang mewawancara, buatrakaman video, buat mengedit dubbing dansebagainya. Hanya melibatkan seorang atau

dua tenaga kerja sahaja. Tetapi kalau di siniia melibatkan banyak tenaga kerja dari warta-wan, jurukamera, juru lampu, pemandu, me-reka yang terlibat dalam mengedit dan seba-gainya. Di sini kita lihat mereka memper-kayakan kemahuan dan kemahiran mereka.

Jika perkara ini tidak ditangani maka usahauntuk meningkatkan taraf hidup rakyat dinegara ini serta dalam menuju negara yangberpendapatan tinggi tidak akan terhasil.Adalah penting untuk melihat peningkatantahap produktiviti pekerja di negara ini. Kitaperlu lebih kreatif dan inovatif dalammenjenamakan semula pekerjaan. Inimembantu meningkatkan kemahiran yangdiperlukan dalam sesetengah pekerjaansupaya ia menarik minat masyarakattempatan untuk bekerja dalam sektortersebut. Kita tidak boleh bergantung kepadakerja yang hanya mempunyai satu kemahiran

sahaja.

Masalah timbul apabilaurusan membawa masukpekerja asing jugamembawa keuntungankepada pihak tertentu?

SHAMSUDDIN: Ini bagisaya adalah masalah utamakenapa berlaku lambakanpekerja asing kerana iaberasas pada pemiagaan.Usaha membawa masukpekerja asing ini akanmenguntungkansesetengah pihak. Jikapemiagaan saya adalahuntuk membawa masukpekerja asing saya tidakkisah jika pekerjaberkenaan akan menim-bulkan masalah atau tidakkerana saya mendapatpendapatan darinya. Sayatidak akan kisah denganapa yang berlaku keranasaya akan terus melobiuntuk mendapatkan kuotauntuk membawa masukpekerja asing.

Maka selagi kita lihat perkara ini sebagaisatu perniagaan selagi itulah masalahlambakan pekerja asing ini tidak akan selesai.Saya sarankan supaya dimansuhkan sahajalesen-lesen yang diberikan kepada syarikatyang menguruskan kemasukan pekerja asingini. Jika kita benar-benar memerlukanpekerja asing apa salahnya jika ia hanyamembabitkan urusan antara negara-negarayang terlibat sahaja. Tetapi malangnya bukanhanya negara kita tetapi negara yang terlibatdalam urusan membawa masuk pekerja dinegara mereka juga melihat ini sebagai satusumber perniagaan. Terdapat sistem yangsama seperti di negara ini.

Oleh itu saya lihat kerajaan perlu uruskankemasukan pekerja asing ini tanpa perlu ejenatau syarikat lain yang menguruskannya. Inijuga akan membantu mengelakkan masalahlain seperti rasuah serta pemantauan akanmenjadi lebih efektif dan berkesan.

asing ini mendapat mesej yang jelas tentangkeseriusan kerajaan menangani masalah ini.

Sebagai contoh kita umum untukmelakukan operasi menahan pekerja asingtetapi kerana sambutan perayaan Tahun BaruCina atau raya apa sekalipun maka ia terpak-sa dibatalkan. Tidak ada pilih kasih dalamsoal pelaksanaan undang-undang kerana inimenunjukkan kita tidak serius dalammenangani masalah lambakan pekerja asing.

Namun dalam hal ini selalunya pihakmajikan yang dipersalahkan kerana pasaranmemerlukan pekerja asing untuk kos yanglebih murah?

SHAMSUDDIN: Pengurangan jumlahpekerja asing sejak kebelakangan inimenunjukkan pihak majikan mengikutarahan kerajaan. Sebanyak 600,000 ribupekerja telah balik ke tempat asal mereka.Namun kita perlu lihat apakah negara initelah membuat perancangan yang telitidalam usaha mengurangkan kebergantungan

CMaka selagi kitalihat perkara inisebagai satuperniagaan selagiitulah masalahlambakan pekerjaasing ini tidak akanselesai. Sayasarankan supayadimansuhkan sahajalesen-lesen yangdiberikan kepadasyarikat yangmenguruskankemasukan pekerjaasing ini.