Recipe collection 20

download Recipe collection 20

of 192

  • date post

    20-Jul-2015
  • Category

    Food

  • view

    111
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 20

  • Aiskrim tembikai

    Nadia@myresipi.com

    Bahan-bahan ( 3-4 orang )

    300cc tembikai 1sb madu 300cc fresh cream 3 sb gula halus

    Cara-cara

    1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus 2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit 3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan. 4. Bekukan dalam freezer 5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

  • Aiskrim Santan

    kak fida@myresipi.com

    Satu kelainan dalam aiskrim ini menggunakan santan,tidak menggunakan telur.Aiskrim yang lemak bersantan...sesuai dicuba ketika cuti sekolah mendatang... Bahan-bahan ( 3 liter )

    1 tin susu sejat/cair 2 tin susu gula halus (sukat dgn tin susu sejat) 4 tin susu santan (akak guna 800ml santan Kara + air dan jadikan 4 tin santan) 1 tin susu air* 6 sb tepung ubi* 6 sb susu tepung perasa dan pewarna seperti choc paste,s'berry paste,jagung krim dan lain2 ikut

    selera

    Cara-cara

    1. 4 tin santan dimasak mendidih tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukkan.

    2. Air* dan tepung ubi di masak hingga pekat dan sejukkan.

    3. Pukul susu sejat dengan gula hingga gula hancur.

    4. Masukkan santan dan adunan tepung berselang-seli sambil dipukul sebati.

  • 5. Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.

    6. Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan dlm freezer hingga beku.

    7. Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali kedua hingga kelihatan kembang.Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.

    8. Tuangkan semula adunan aiskrim ke dalam bekas dan tutup dan simpan di dalam freezer hingga beku.

    9. Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan.Jika suka boleh jugak dihias dengan choc cair,choc chip atau apa saja ikut selera dan kesukaan anak2.

    10. *** 1 adunan aiskrim santan boleh menghasilkan 3 ltr aiskrim...jika ingin mencube bolehlah cube 1/2 atau 1/4 adunan bahannya... :)

  • Aiskrim Coklat Oreo

    shen@myresipi.com

    Nak menambahkan lagi koleksi resipi aiskrim. Saya memang dah buat bbrp kali dan dah menjadi kegemaran keluarga termasuk mak dan bapak budak. Bahan-bahan ( 1.5 liter )

    2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder 1 packet kecil - biskut Oreo

    Cara-cara

    1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.

    2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.

    3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

  • Ais Krim Kacang Merah

    Mat Gebu@myresipi.com

    Tengah panas? Tengah geram?....Releks laaa!!..Jom kita makan ais krim kacang merah.... Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

    270 g coffemate (creamer tepung) 500 ml susu segar 100 g gula halus (gula kastor) 1 tin kacang merah dalam tin

    Cara-cara

    1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).

    2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.

    3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman

  • Kek Chiffon Keladi

    Mat Gebu@myresipi.com

    Khas utk keluarga yg besar dan orang2 yg besar, sebab saiz kek dia pun besar... Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )

    Bahan A:- 6 kuning telur (gred A) 150 g gula halus 100 ml pati santan (guna santan kotak) 100 ml minyak jagung/masak 70 ml air 225 g tepung gandum* 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama) 1 camca teh perisa keladi 1/2 camca teh pewarna ungu Secubit garam Bahan B:- 6 putih telur (gred A) 135 g gula halus 1/2 camca teh cream of tartar

    Cara-cara

    1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.

    2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.

  • 3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.

    4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.

    5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.

    6. Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

  • Chiffon Cup Cake

    Mat Gebu@myresipi.com

    Kek chiffon dalam muffin cup?...budak2 suka. nenek dan atok yang tak de gigi pun suka!!!!! Bahan-bahan ( 24 biji )

    Bahan A:- 4 kuning telur (gred A) 100 g tepung naik sendiri (self-raising flour) 30 ml pati santan (boleh guna susu atau air) 30 g minyak jagung/masak Secubit garam 1 camca teh paste pandan 50 g gula halus Bahan B:- 4 putih telur (gred A) 60 g gula halus 1/2 camca teh cream of tartar

    Cara-cara

    1. Satukan kesemua bahan2 A dalam satu bekas. Kacau menggunakan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan

    2. Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan terus memukul hingga pekat dan kental.

    3. Kemudian gaul putih telur tadi ke dalam adunan A dgn kaedah 'kaup balik' hingga rata dan sebati.

  • 4. Isi dalam muffin cup hingga penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Ia akan sedikit mengecut bila masak, jgn bimbang mmg dah lumrah kek chiffon berkeadaan mcm tu. Sejukkan sebelum dihidang.

  • Simple Fruit Muffin

    Mat Gebu@myresipi.com

    Mudah, ringkas dan senang. Budak darjah lima pun boleh buat..... Bahan-bahan ( 12 biji )

    1 cawan self raising flour (tepung naik sendiri) 1/3 cawan gula halus 2 biji telur gred A (lebih kurang 60g satu biji) 1 camca teh esen vanilla 1/2 cawan mix fruit 1/2 cawan UHT Whipping Cream Ceri merah secukupnya

    Cara-cara

    1. Ayak tepung naik sendiri dan gaul bersama mix fruit. Ketepikan.

    2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan esen vanilla, kacau hingga sebati menggunakan wisk. Kemudian masukkan krim dan terus mengacau hingga semua sebati dan larut.

    3. Kemudian masukkan tepung yg telah digaul dgn mix fruit tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul hingga rata dan tepung tidak berketul.

    4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Buat hingga habis. Hias dgn sebiji ceri dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidang.

  • 5. Contoh UHT Whipping Cream yg mat gunakan utk resipi ini, seperti dalam gambar.

  • Makaroni Bakar

    Mat Gebu@myresipi.com

    Boleh menggunakan pelbagai jenis "pasta". Bahan-bahan ( 12 biji )

    200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak. 300 g udang hidup, dibersihkan 1 tangkai cili merah, dihiris 1 tangkai cili hijau, dihiris 50 g cendawan butang, dihiris nipis 100 g parutan keju cheddar 1/2 cawan potongan daun kucai

    BAHAN2 KASTARD:- 5 biji telur gred A 200 ml susu cair 2 camca besar mentega cair 2 camca teh tepung gandum 1 camca teh gula 1 camca teh garam 1 camca teh serbuk lada sulah

    Cara-cara

    1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bahan2 untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.

    2. Dalam bekas lain, satukan bahan2 utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.

  • 3. Satukan kastard ke dalam No.1. Gaul rata. dan isikan ke dalam acuan muffin berlubang 12 (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang) yg telah disapu dgn mentega. Isi hingga penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Hidangkan bersama sos cili.

  • Pau

    Mat Gebu@myresipi.com

    Putih, gebu dan lembut sepanjang hari Bahan-bahan ( 10 biji )

    UNTUK DOH:- 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam 1 camca teh yis 25 g lemak sayur (shortening) 100 ml air suam* 30 g gula halus* 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut) UNTUK INTI:- 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2 1 biji bawang besar, dicincang halus 2 ulas bawang putih, dicincang halus 2 camca besar serbuk kari ikan 1 tin ikan tuna, hancurkan 1 cawan susu segar 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka) 1 tangkai daun kari, dihiris halus 1 tangkai daun sup, dihiris halus Garam, gula dan air secukupnya

    Cara-cara

    1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

    2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan d