Recipe collection 24

23
Buku Elektronik 20 Resipi Aneka Gulai Sajian berbeza masakan bergulai © 2009. Hak Cipta Terpelihara

Transcript of Recipe collection 24

Page 1: Recipe collection 24

Buku Elektronik

20 Resipi Aneka GulaiSajian berbeza masakan bergulai

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 2: Recipe collection 24

PenggunaanBuku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!

PemilikanHak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

PenafianPerfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:Perfisio Solutions Sdn. Bhd14, Ground Floor, The Right AngleJalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577No. Faks: 603-7957 2777

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 3: Recipe collection 24

GULAI KUPANG BERLADA

BAHAN-BAHAN:

300 gm isi kupang

200 gm nanas (hiris nipis)

250 ml santan

5 ulas bawang merah (tumbuk)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

1 batang serai (titik)

10 tangkai cili padi (tumbuk)

2 cm kunyit hidup (tumbuk)

10 gm serbuk lada hitam

1 keping asam gelugur

Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur

dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 4: Recipe collection 24

AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK

BAHAN-BAHAN:1 ekor ayam kampung (potong 12)

2 biji ubi keledek (potong dadu)

1 tangkai cili merah (tumbuk)

5 tangkai cili padi (tumbuk)

3 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 labu bawang besar (belah 4)

1 batang serai (titik)

4 cm kunyit hidup (tumbuk)

1 keping asam gelugur

250 ml santan pekat

2 helai daun limau purut (hiris)

Garam dan minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah

empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan

serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air.

Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam

gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 5: Recipe collection 24

KURMA CAMPURAN

BAHAN-BAHAN:

200 gm daging (potong dadu)

10 biji telur puyuh (rebus)

3 biji ubi kentang (potong dadu)

1 batang lobak merah (potong

dadu)

2 labu bawang besar (belah

empat)

4 ulas bawang merah (mayang)

3 ulas bawang putih (mayang)

50 ml air asam jawa

2 cm halia (mayang)

2 kuntum bunga lawang

250 ml santan

1 peket kecil rempah kurma

250 ml air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang

dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi.

Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk,

masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan,

telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 6: Recipe collection 24

PARI RAMPAI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:

500 gm ikan pari

10 tangkai cili padi (tumbuk)

5 tangkai cili merah (tumbuk)

5 ulas bawang merah (tumbuk)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

2 batang serai (titik)

1 kuntum bunga kantan (hiris)

2 helai daun limau purut (hiris)

1 helai daun kunyit (mayang)

250 ml santan pekat

1 biji limau kasturi (ambil airnya)

2 cm cekur (tumbuk)

2 cm kunyit hidup (tumbuk)

1/2 biji kelapa (sangai hingga

kekuningan)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:

Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan

yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu

tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan

bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan

gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari

bakar.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 7: Recipe collection 24

GULAI BETIK IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan)

100 gm ikan masin

500 ml santan kelapa

10 tangkai cili padi (tumbuk)

5 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 batang serai (titik)

2 cm kunyit hidup (tumbuk)

Sehelai daun kunyit (siat)

Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan

dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit

serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 8: Recipe collection 24

KARI SARDIN KENTANG

BAHAN-BAHAN:1 tin besar ikan sardin

2 biji ubi kentang

3 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 labu bawang besar (belah 4)

1 batang serai (titik)

2 sudu besar rempah kari ikan

1/2 sudu kecil halba campur

50 ml air asam jawa

50 gm yogurt

125 ml air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai

hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah

minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali,

masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan

api perlahan untuk beberapa minit.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 9: Recipe collection 24

GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG

BAHAN-BAHAN:500 gm daging tetel (rebus empuk)

200 gm rebung

10 gm ketumbar (tumbuk)

10 tangkai cili kering (kisar)

5 ulas bawang merah (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

2 cm lengkuas (ketuk)

1 cm belacan (tumbuk)

5 keping asam gelugur

2 batang serai (titik)

3 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan

lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan

pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi

selama sepuluh minit.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 10: Recipe collection 24

GULAI MASAM IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2)

4-5 keping tulang ikan masin kurau

1 liter air

6 ulas bawang merah (tumbuk

lumat)

1 tangkai cili merah (tumbuk

lumat)

Sedikit belacan (tumbuk lumat)

3 sudu besar cili merah kisar

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 batang serai (titik)

2 keping asam gelugur (hiris)

Garam dan gula secukup rasa

Daun kesum secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebus

hingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam

gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan

hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 11: Recipe collection 24

PINDANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:500 gm sotong sederhana besar

2 batang serai (titik)

2 cm halia (titik)

7 tangkai cili siam (titik)

2 helai daun salam

4 biji tomato hijau (potong dua)

2 biji tomato merah besar

(potong empat)

6 biji belimbing buluh (belah dua)

5 gm daun kemangi/selasih

2 keping asam gelugur

650 ml air sejuk

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR:6 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm kunyit hidup

2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan

merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah

mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia

mendidih sekali lagi.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 12: Recipe collection 24

TUMIS ASAM PEDAS NYONYA

BAHAN-BAHAN:2 ekor ikan keli (potong tiga)

Minyak untuk menumis

6 batang bendi kecil

500 ml air asam jawa

(sederhana pekat)

1 kuntum bunga kantan

(hiris kasar)

BAHAN KISAR6 ulas bawang merah

3 tangkai cili merah

2 batang serai

2.5 cm lengkuas

2.5 cm kunyit hidup

10 tangkai cili kering

(kisar berasingan)

Sedikit belacan

Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan

naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga

mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih

sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periuk

dan padamkan api.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 13: Recipe collection 24

KARI TELUR ITIK

BAHAN-BAHAN:6 biji telur itik (rebus)

Minyak secukupnya

1 labu bawang besar (cincang)

2 ulas bawang putih (cincang)

3 cm halia (tumbuk lumat)

4 biji tomato (potong kecil)

150 ml air

Gula dan garam secukup rasa

BAHAN REMPAH:1 sudu besar serbuk ketumbar

2 sudu kecil serbuk kunyit

1 1/2 sudu kecil serbuk cili

1/2 sudu kecil garam masala

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia

hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga

tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan

biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup

rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 14: Recipe collection 24

GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU

BAHAN-BAHAN:350 gm tauge kasar (buang

ekor)

3 keping tauhu (potong empat)

1/2 labu bawang besar (hiris -

memanjang)

1 tangkai cili merah hiris kasar

250 gm udang sederhana besar

300 ml santan pekat

Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan

masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian

daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan

biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 15: Recipe collection 24

SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI

BAHAN-BAHAN: 250 gm minyak kacang

4 batang tauhu telur (potong ikut

suka dan goreng)

4 kuntum cendawan shitake

kering (rendam dan hiris nipis)

50 gm leek (hiris nipis)

50 gm lobak (hiris nipis)

120 gm surimi/isi ketam

2 sudu besar air halia

1 liter air sejuk

1 1/2 kiub pati ayam

1/2 sudu kecil lada sulah

1 sudu besar tepung jagung

Air secukupnya

1 biji telur ayam

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan

hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu

hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh

bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan

menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat

hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan

taburkan dengan daun bawang.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 16: Recipe collection 24

KARI IKAN ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:2 ketul ikan tenggiri (goreng)

2 batang serai (hiris nipis)

2 sudu besar serbuk kari

150 gm air asam jawa (pekat)

200 ml santan pekat

2 biji tomato (potong 4)

1 labu bawang besar (potong

panjang)

1 tangkai cili hijau (belah dua)

1 tangkai cili merah (belah dua)

6 biji kacang bendi

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK:Minyak untuk menumis

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

6 tangkai cili merah

5 gm kunyit hidup

5 gm halia

3 biji buah keras

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan

terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup

rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran

dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 17: Recipe collection 24

DAGING SEMUR

BAHAN-BAHAN:500 gm daging (potong kiub)

1 1/2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar cuka

1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)

1 sudu kecil rempah campuran

(perap semua bahan di atas

selama 15 minit)

6 ulas bawang merah (tumbuk)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

2 sudu besar minyak

1 liter air

4 biji kentang (potong empat)

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu besar serbuk roti

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik

bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air.

Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga

kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti,

biarkan sebentar hingga kuah pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 18: Recipe collection 24

LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU

BAHAN-BAHAN:350 gm udang sederhana besar

(buang kepala dan kulit)

50 gm isi petai

150 gm tempoyak

125 ml santan cair

250 ml santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS HALUS:2 helai daun kunyit

5 helai daun labu

10 helai pucuk ubi (rebus)

10 helai daun kaduk

10 helai daun buas-buas

BAHAN TUMBUK:3 batang serai hiris

3 cm kunyit hidup

8 tangkai cili padi

CARA MENYEDIAKAN:Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair

ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih,

masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih

sekali lagi dan barulah angkat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 19: Recipe collection 24

AYAM PONGTEH

BAHAN-BAHAN:600 gm ayam (potong 10)

3 sudu besar minyak

250 ml air

300 gm ubi sengkuang (potong

kiub)

4 helai daun cekur (hiris kasar)

BAHAN-BAHAN TUMBUK:7 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm lengkuas

1.5 cm kunyit hidup

4 biji buah keras

BAHAN-BAHAN PERISA:2 sudu besar taucu kisar

1 sudu besar gula

1 sudu kecil kicap cair

1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam

dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah

bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.

GULAI AYAM SUMATERA

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 20: Recipe collection 24

BAHAN-BAHAN:500 gm ayam (potong sederhana)

5 tangkai cili padi

1 keping asam gelugur

250 ml santan

2 tangkai cili hijau (potong dua)

2 biji tomato (belah empat)

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 cm lengkuas

1 batang serai

2 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit

2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga

sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur,

garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak

hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 21: Recipe collection 24

GULAI UDANG REBUNG

BAHAN-BAHAN: 300 gm udang sederhana besar

200 gm rebung (hiris nipis)

3 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

2 cm halia (kisar)

1 cm kunyit (kisar)

300 ml santan

2 keping asam gelugur

Air secukupnya

4 tangkai cili padi (titik)

1 batang serai (titik)

Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit

hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang

perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan

tidak pecah minyak.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 22: Recipe collection 24

GULAI UDANG LEMAK PADANG

BAHAN-BAHAN:500 gm udang sederhana

2 batang serai

3 tangkai cili padi (ketuk)

2 tangkai cili merah (belah dua)

250 ml santan pekat

BAHAN KISAR:3 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

3 cm halia

2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang

diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit.

Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit.

Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

Page 23: Recipe collection 24

PenggunaanBuku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!

PemilikanHak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

PenafianPerfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:Perfisio Solutions Sdn. Bhd14, Ground Floor, The Right AngleJalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577No. Faks: 603-7957 2777

© 2009. Hak Cipta Terpelihara