Recipe collection 29

download Recipe collection 29

of 18

  • date post

    20-Jul-2015
  • Category

    Food

  • view

    30
  • download

    6

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 29

  • Resipi Kek Biasan Pelangi atau Rainbow Cake

    Diterjemah dari:

    Resipi kek: Epicurious.com

    Resipi frosting: Martha Stewart

    Saiz hidangan: 8-10 orang

    Bahan-bahan:

    Adunan kek:

    2 1/4 cawan tepung kek

    1 cawan susu segar, pada suhu bilik

    6 telur putih (3/4 cawan), pada suhu bilik

    1 sudu kecil ekstrak almond

    1 sudu kecil ekstrak vanilla

    1 3/4 cawan gula

    4 sudu kecil baking powder

    1 sudu kecil garam

    160 gram besar butter (tanpa garam), lembut pada suhu bilik

    Pewarna makanan: merah, oren, kuning, hijau, biru, dan purple

    Adunan frosting:

    1 1/4 cawan gula

    5 telur putih, saiz besar

    500 gram butter (tanpa garam), dipotong dadu bersaiz 1 sudu besar setiap satu dan dibiarkan

    lembut pada suhu bilik

    1 sudu kecil esen vanila

    250 gram coklat putih, dicairkan dan disejukkan

    BAHAN UNTUK TOPPING;

    1 KOTAK WHIPPING CREAM

    3 sudu besar GULA

    Cara-cara:

    1. Panaskan oven kepada suhu 1750C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci dengan menggris sedikit butter diseluruh permukaan, kemudian dialas dengan kertas pembakar.

    Ketepikan.

    2. Satukan susu, putih telur, ekstrak almond dan esen vanilla ke dalam bekas yang bersesuaian dan kacau sebati dengan menggunakan garfu.

    3. Campurkan tepung kek, gula, baking powder dan garam di dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan sederhana.

    4. Tambahkan pula butter dan pukul lagi pada kelajuan sederhana sehingga bahan kering dan basah bercampur sepenuhnya. Pada ketika ini, adunan mempunyai tekstur seperti

    crumbs.

  • 5. Ketepikan 1/2 cawan daripada campuran susu, putih telur dan ekstrak-ekstrak tadi, dan tuangkan bakinya ke dalam adunan tepung. Pukul pada kelajuan medium selama

    1 1/2 minit. Kemudian, masukkan 1/2 cawan campuran susu yang diketepikan tadi

    dan pukul lagi selama 30 saat. Berhentikan proses mengadun seketika dan kaup

    (scrap) adunan kek di bahagian tepi mangkuk pengadun dan gaul rata bersama adunan

    yang lain. Pukul lagi pada kelajuan medium selama 20 saat.

    6. Bahagikan adunan sama rata kepada 6 bahagian. Tambahkan pewarna secukupnya kepada setiap bahagian dan kacau sebati.

    7. Masukkan setiap adunan kek ke dalam loyang yang berasingan dan bakar selama 15-25 minit atau sehingga kek masak. Kek boleh diperiksa dengan mencucuk satu lidi

    halus di bahagian tengah kek. Jika tiada sebarang adunan yang melekat pada lidi yang

    ditarik keluar, bermakna kek telah pun masak. Jika perlu, kek boleh di bakar secara

    bergilir gilir.

    8. Rehatkan kek selama 3 minit di dalam loyang sebelum di keluarkan. Sejukkan sepenuhnya kek di atas redai kek.

    9. Setelah semua kek siap dibakar, sediakan pula adunan frosting. 10. Masukkan gula dan putih telur ke dalam mangkuk tahan panas. Dengan menggunakan

    kaedah double boiler, panaskan campuran sehingga semua gula mencair dan suhu

    600C di capai. Campuran hendaklah di kacau selalu. Periksa suhu dengan

    menggunakan termometer yang bersesuaian.

    11. Kemudian, pindahkan campuran ke dalam mangkuk pengadun. Pukul pada kelajuan medium (atau tinggi) selama 10 minit, sehingga adunan menjadi kembang. Teruskan

    proses tersebut sehingga adunan menjadi berkilat dan stiff peaks muncul (bertanduk).

    12. Rendahkan kelajuan kepada perlahan (atau medium), dan tambahkan butter yang dipotong kecil tadi satu persatu. Pukul sebati selepas setiap kali tambahan butter.

    Kemudian, masukkan pula esen vanila dan coklat putih yang dicairkan dan

    disejukkan. Pukul sebati. Ketepikan sehingga digunakan nanti.

    13. Proses menyusun dan menghias kek boleh dilakukan apabila kek telah sejuk sepenuhnya.

    14. Dengan menggunakan pisau yang bersesuaian, potong bahagian atas kek supaya permukaannya menjadi rata dan cantik. Letakkan lapisan kek berwarna purple sebagai

    lapisan yang pertama, di atas cake stand. Letakkan 1/2 cawan frosting yang

    disediakan tadi di atas lapisan kek tersebut dan ratakan diseluruh permukaannya

    dengan menggunakan spatula. Ulangi proses tersebut dengan menggunakan lapisan

    kek bewarna biru, hijau, kuning, dan oren.

    15. Letakkan lapisan merah sebagai lapisan terakhir dalam posisi bottom-side up. Bersihkan permukaan kek daripada lebihan crumbs yang tidak diperlukan. Ambil

    sedikit frosting dan buat satu lapisan nipis di diseluruh permukaan dan bahagian tepi

    kek. Sejukkan kek di dalam peti ais selama 30 minit.

    16. Akhirnya, gunakan lebihan frosting tadi untuk diratakan diseluruh permukaan dan bahagian tepi kek. Gunakan spatula bersaiz besar untuk tujuan ini. Sejukkan kek di

    dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong.

    AGAR-AGAR PELANGI INDAH (sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)

    Bahan A

    20 gm serbuk agar-agar

  • 340 gm gula pasir

    1725 ml air

    6-8 helai daun pandan

    Bahan B

    20 gm serbuk agar-agar

    340 gm gula pasir

    1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)

    - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..

    1 sudu teh garam

    Bahan C

    Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)

    Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

    Cara-Cara

    Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang

    sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru

    dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras,

    lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

    Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-

    agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan

    mudah bila dibancuh dgn pewarna.

    Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak

    dihidangkan dalam keadaan dingin.

    Contoh Lapisan:

    LAPISAN 1 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN

    LAPISAN 2 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG

    LAPISAN 3 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN

    LAPISAN 4 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG

    LAPISAN 5 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN

    LAPISAN 6 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG

    LAPISAN 7 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN

    LAPISAN 8 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG

    LAPISAN 9 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN

    LAPISAN 10 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

  • Raibow Cake

    226 g butter, room temp

    426 g sugar (tia kurangkan jadi 400 g)

    5 telur putih, room temp

    1 sudu kecil vanilla

    426 g tepung gandum

    1 tsp baking powder

    sudu kecil garam

    355 ml susu segar, room temperature

    1. Panaskan oven 160C.

    2. Sediakan loyang 6 inci yang dilapik dengan kertas pembakar.

    3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

    4. Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna pucat.

    5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.

    6. Masukka esen vanila.

    7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga

    dengan tepung. Kacau sehingga sebati.

    8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. *tia bahagikan 3 senduk kecil setiap 6

    bahagian ikut cara masing masing nak bahagikan macam mana * :)

    9. Bakar dalam oven untuk 25 minit bagi setiap loyang. *ni ikut oven tia*

    Italian Meringue Buttercream

    120 ml air

    430 g gula castor

    7 biji putih telur

    680 g unsalted butter *tia guna salted butter mcm ibu cergas jugak* haha!

    1 sudu kecil vanilla extract

    1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.

    2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api

    sehingga mendidih untuk 7 minit.

    3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang

    tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu

    sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang

    panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.

    4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama

    sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama.10 ke 15 minit.

  • ni hasil rainbow cake ibu cergas. warna rainbow dia lawaaaa! i is jelly :(

    lawa kan? kannn? picture from HERE.

    3 cawan tepung gandum 430gm

    4 sdk baking powder

    1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab

    manis300gm 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila

    1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik375ml pewarna - ikut suka Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

    Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter

    Panaskan oven pada suhu 170C

  • Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~

    ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .

    Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila

    Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

    Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai

    dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akh