Recipe collection 30

15
RESTORAN PAK-AMIR SATU-SATUNYA RESTORAN DI ALAM SIBER INTERNET PELBAGAI RESIPI-MAUT MENANTI ANDA DI SINI RESIPI-NET EDISI KHAS BISKUT RAYA 2000 Langganan adalah percuma dan sila hantarkan satu e-mail kosong ke alamat berikut : [email protected] ( Untuk menghubungi Pak Amir : [email protected] ) COMPILED BY : Che Noorliza Lat

Transcript of Recipe collection 30

Page 1: Recipe collection 30

RESTORAN PAK-AMIRSATU-SATUNYA RESTORAN DI ALAM SIBER INTERNET

PELBAGAI RESIPI-MAUT MENANTI ANDA DI SINI

RESIPI-NETEDISI KHAS BISKUT RAYA 2000

Langganan adalah percuma dan sila hantarkan satue-mail kosong ke alamat berikut :[email protected]

( Untuk menghubungi Pak Amir : [email protected] )

COMPILED BY : Che Noorliza Lat

Page 2: Recipe collection 30

BISKUT RAYA

BISKUT SARANG SEMUT

3/4 cawan gula halus 1 cawan tepung sagu1 biji telur ayam ambil kuningnya 3/4 cawan majerin plantatepung gandum ,agak-agak kerasnya adunan. panili (boleh didapati dikedai runcit or pasaraya)1/2 cawan kelapa parut dalam tin pewarna kuningcoklat rice cawan kertas

alatan : pemarut adunan (bentuknya macam pemarut kelapa tapi kecil)

Gula dan majerin dipukul sampai kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan panili dan sedikit pewarna kuning. Masukkan kelapa parut, tepung sagu dan akhir sekali tepung gandum, digaul pakai tangan. dapatkan satu doh yang boleh di parut menggunakan pemarut,kalau agak lembik tambah tepung gandum lagi. Doh yang dah diparut dimasukkan kedalam cawan kertas (macam sarang le),dan taburkan coklat rice diatasnya(umpama semut).. Bakar dalam oven api sederhana selama lebih kurang 20 minit.

BISKUT INSTANT COFFEE

1 cup mentega / butter 1 cup gula halus1 biji telur (kuningnya) ½ sudu teh baking powder½ sudu the vanila

2 ¾ cawan tepung gandum ½ sudu teh garam halus2 camca instant cofee (sudu makan) renchoc choclate sedikitbadam cincang - dibakar sekejap

Mentega , gula dipukul hingga putih kemudian masukkan telur dan vanila. Tepung , coffee, baking powder dan garam digaul rata kemudian Masukkan ke dalam adunan mentega. Kacau hingga sebati kemudian canaikan dan terap ikut acuan dan bakar hingga masak. Angkat biskut yang telah dibakar dan sapukan coklat (cair) akhir sekali taburkan badam , biarkan sehingga kering.

BISKUT MAMA CARRIES

150g butter 60g gula icing210g tepung gandum 85g tepung jagungSatukan semua bahan, dan uli. Kalau kering tambah butter, kalau basah tambah tepung.Terap mengikut bentuk hati.

CREAMNYA:1/2 biji putih telur 90g gula icingtepung jagung secukupnya (anggaran 1 sudu)

(a) Pukul putih telur sehingga kembang dan putih gebu. Masukkan gula icing dan kacau lagi. Masukkan tepung jagung dan sapukan atas biskut.(b) Ambil sedikit bahan (a) dan masukkan serbuk koko untuk lakaran atas biskut.

Page 3: Recipe collection 30

BISKUT COKLAT PISTACHIO

125 gm mentega 2 sudu besar gula kastor1 1/4 cawan tepung naik sendiri 1/3 cawan tepung susu penuh krim1/4 cawan susu pekat manis 125 gm coklat masakan dicair dan disejukkan1/2 cawan kacang tanah digoreng dan dicincang (boleh diganti dengan walnut atau badam)

LAPISAN COKLAT125 gm coklat masakan dicairkan 30 gm mentega dicairkan

Satukan mentega dan gula kastor. Pukul keduanya hingga kembang. Campurkan dengan tepung naik sendiri, susu tepung penuh krim, susu pekat manis dan coklat yang telah dicair. Uli adunan sehingga menjadi doh. Canai doh menjadi bentuk bulat memanjang kemudian potong setebal 1 cm dan bakar selama 12 minit. Setelah sejuk sapukan lapisan coklat di atasnya dan taburkan kacang. (Gunakan beg aising untuk memudahkan anda menyapu lapisan coklat).

ALMOND LONDON (1)

125 gm mentega 75 gm gula ising1 biji kuning telur 225 gm tepung gandum serba guna333 gm badam berkulit dibakar di dalam oven selama 7 minit (350F)300 gm coklat masakan dicairkan Sedikit lemak sayur (shortening)Mangkuk kertas Sedikit hirisan badam untuk hiasan1 sudu kecil emplex (bahan untuk membuat biskut rangup)

Pukul mentega dan gula sampai halus. Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna. Gaulkan adunan sehingga sebati. Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan. Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170C. Sejukkan dahulu. Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening') Hiaskan dengan hirisan badam

ALMOND LONDON (2)

250 gm butter 300 gm (200 g tepung gandum & 100 g tepung jagung)50 gm gula halus 2 biji telur kuningesen vanila Almond (whole di potong dan di bakar/panggang)Chocolate Monkelarge (for coating and to be double boiling)

Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan kemudian masukkan esen vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung tadi. Bulat-bulatkan dan masukkan badam(almond) yang telah dipotong tadi. Letakkan di atas loyang pembakar dan bakar sehingga masak. Bila kueh telah sejuk boleh disimpan dulu. Bila ada free time buat coating later.For coating:- Double boil chocolate sehingga cair. Bila telah cair boleh dip/rendamkan kueh yang telah sejuk tadi. Masukkan kueh tadi dalam cup cake dan taburkan dengan badam hancur. Simpan sekejap didalam peti sejuk supaya chocolate keras. Simpandidalam bekas kueh.

Page 4: Recipe collection 30

ALMOND LONDON (3)

1 ketul butter (250g) 4 oz gula perang1/8 sudu teh sodium bicarbonate 9 oz tepung gandum1 sudu besar serbuk badam 1 cawan badam - dibakar3 sudu besar tepung hong kwe (packet yang biru) 1 sudu teh vanilla essence250g coklat masakan sedikit shortening atau cocoa butter

Pukul butter dengan gula perang hingga kembang then masukkan esen vanilla. Ayak tepung gandum, sodium bicarbonate, tepung hong kwe bersama-sama. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan butter & gula tadi. Masukkan serbuk badam. Kalau adunan lembik, tambah lagi tepung hong kwe atau serbuk badam. Jangan tambah tepung gandum, nanti kuih kurang rangup. Bentukkan bulat-bulat dan letakkan badam yang telah dibakar ditengah-tengah (Badam ikut suka, kalau nak kuih tu besar & bentuk oval, letak sebiji, kalau tak letak 1/2 je, so jadi bulat-bulat). Bakar sampai masak & sejukkan.

Untuk salut coklat.Potong coklat masakan jadi kiub. Then cairkan guna double boiler. Masukkan sedikit shortening/cocoa butter untuk mengilatkan coklat. Masukkan kuih yang dah sejuk tadi dalam coklat cair, then kaup guna garpu & terus masukkan dalam paper cup.

BISKUT BANGKIT

1 packet tepung kanji (500gm) - bakar 1 jam 250 gm gula powder1 sudu teh baking powder 1 kotak santan kara (gunakan 3/4 kotak) anggaran 175 gm3 biji kuning telur kecil 1/2 sudu teh vanilla

Pukul kuning telur, vanilla, baking powder, gula dan masukkan santan. Pukul dengan mesin hingga kembang dan pekat. Kemudian curahkan adunanitu ke dalam tepung kanji, uli hingga rata. Adunan diratakan dan terap dengan acuan favourite,sapu putih telur dan taruhkan bijan. Baru dibakar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu oven 150 Centigrade. Loyang mesti disapu mentega dahulu. Jika adunannya terlalu keras campurkan sedikit lagi santan supaya senang diratakan. Tepung kanji yang dimasukkan dalam oven mesti disejukkan dahulu sebelum dicampurkan dalam adunan.

Page 5: Recipe collection 30

TART NUTTY BLUEBERRY

220 gm mentega 70 gm gula icing1 sudu buttermilk vanilla 300 gm tepung gandum150 gm badam cincang - dipanggang sebentar 1 biji putih telursedikit garam halus

INTI : 300 gm blueberry pie filling

Satukan mentega, gula, garam & buttermilk vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan tepung & uli hingga tidak melekat dijari. Bulatkan adunan ini & tekan di tengah untuk diisi inti. Sapu keliling dengan dengan putih telur & golekkan badam yg sudah dipanggang separuh garing tadi. Susun atas dulang pembakar & isikan dgn inti blueberry secukupnya. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah C & bakar hingga masak selama 20 min.

TART NENAS (1)

1 ketul butter cup 2 cawan tepung gandum5 sudu makan tepung jagung 3 sudu makan gula aising2 sudu makan susu tepung coffe mate 1 biji kuning telursedikit esen vanila

Pukul butter dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur dan esen vanila. gaul hingga sebati. Masukkan bahan yang sudah di campur tadi - tepung gandum. tepung jagung dan susu tepung. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan nampak lembik, tambah sedikit tepung gandum. Terap dengan acuan tart - bubuh jem dan gulung kemas. Sapukan atas tart dengan kuning telur dan boleh lah dibakar.

TART NENAS (2)

1 kg. tepung gandum 2 senduk tepung jagung - kedua-dua tepung diayak bersama2 senduk gula halus 2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk2 biji kuning telur, dipukul air ais secukupnyaJem nenas yang kental secukupnya

Campurkan gula halus ke dalam tepung. Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb. Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh. Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais. Uli sehingga menjadi sebuku adunan. Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam petiais kira-kira dua jam sebelum dicanai.

Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan kuih)3 biji nenas masak 2 cawan gula pasir1 biji limau nipis, ambil airnya 5 kuntum cengkih1 inci kulit kayu manis 1 helai daun pandan

Nenas diparut dan diperahkan airnya. Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Kacau hingga kering. Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental. Sejukkan sebelum digunakan.

Page 6: Recipe collection 30

TART NENAS

250g butter 1 biji telur2 sudu susu pekat tepung gandum secukupnya

Pukul butter hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan susu pekat, gaul. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati. (Terpulang kepada netter sama ada nak canaikan dan terap mengikut bentuk yg diingini atau pun utk menggulungnya mahupun membuat bentuk buah nenas. Saya membuat ketiga2 jenis tersebut) Bubuhkan inti dan bakar selama lebih kurang 12 minit dalam suhu 180.

Inti:1 biji nenas – diparut 2 sudu air asam limau nipisgula secukupnya 3 kuntum bunga cengkihsedikit pewarna kuning

Masak inti sehingga airnya kering.

BISKUT SUJI (1)

500 gm tepung gandum 250 gm minyak sapi250 gm gula halus sedikit ceri untuk hiasangula halus secukupnya utk menyadur

Gaulkan tepung gandum dengan gula halus. Cairkan minyak sapi dan sejukkan. Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli hingga lembut. Gentelkan bulat-bulat dan hias dengan ceri. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan dan sadur dengan gula halus sebelum dihidangkan.

BISKUT SUJI (2)

3 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula castor1 camt baking powder Ghee secukupnyaBuah ceri untuk hiasan

Ayakkan tepung dan baking powder. Campurkan dengan gula castor, kemudian gaulkan dengan ghee sehingga adunan boleh di gentel. Perapkan beberapa jam. Lepas tu bolehlah dibentukkan bulat-bulat dan dihiaskan dengan hirisan buah ceri ( tak nak bagi hiasanpun boleh...) Kemudian dibakar sampai masak.

BISKUT SUJI (3)

300gm tepung gandum 300gm gula kastor250gm gheeblend

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut. uli sampai menjadi doh yang lembut dan nampak berminyak sikit, kalau tidak kuih akan jadi keras sikit. lepas itu bulat-bulatkannya macam guli dan bakar dalam lebih kurang 15 minit(180 darjah). hati-hati sikit bila mengeluarkannya dari dulang agar tidak pecah. Kalau nak sedap lagi letak sikit almond cincang.

Page 7: Recipe collection 30

SUGI ALA BAI(120 keping)

500g minyak sapi QBB 1/2 tin tepung semolina (240g) di kisar hingga halus600g tepung gandum 350 gula powder

Minyak sapi & gula di satukan hingga rata. Semolina yg telah dikisar halus dicampur dgn tepung dalam container lain pula. Campuran tepung di satukan ke dalam campuran minyak sapi tadi. Kalau agak2 basah, tambah tepung. Syarat utk mendapat 'crack' macam sugi bai ialah kueh itu hendaklah diletak berdekatan dgn api di atas selama 8-10 min. setelah ia baru dialih ditengah2, selama 5 min.(150 deg cel).

BISKUT ARAB (1)

1 tin minyak sapi (ikut sukalah nak tin besar manapun) gula halus (mengikut sukatan tin minyak sapi)tepung (ikut sampai boleh diuli - tak lekat kat tangan)

Campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian gentel ler bulat-bulat... pas tu taruk le buah ceri ker..kismis ker.. sebagai hiasan...kuih ni bila dah masak mesti naik gebu cantik...

BISKUT ARAB (2)

Cairkan satu tin kecil minyak sapi dan sejukan. Taburkan secubit garam dan 1 atau 2 sudu besar gula pada tepong gandum, kemudian gaulkan minyak sapi tadi dengan tepung hingga menjadi satu doh yang lembut seperti adunan biskut biasa. Bulat-bulatkan dan bakar. Bila sudah masak, keluarkan dan golekkan dalam gula halus. Sejukkan dan simpan.

BISKUT QUAKER OATS

3 1/2 cwn. Quaker Oats 1 cwn. tepung gandum1 cwn. gula halus 1 cwn. mentega1 biji kuning telur 1 camt. esen vanila1 camt. baking powder

Kacau mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla gaul sebati. Campurkan tepung gandum, Quaker Oats dan baking powder. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Gaul sampai sebati. Canai dan terapkan. Hiaskan dengan kuning telur di atasnya. Bakar sehingga kuning keemasan.

Page 8: Recipe collection 30

BISKUT CHOCOLATE OATS

12 oz mentega ( 1 1/2 cube bar) 12 oz gula caster ( 1 1/2 cawan)14 oz tepung gandum ( 3 1/2 cwn } 4 biji kuning telur2 oz koko Vanhouten ( 1/2 tin kecil) } Diayak bersama2. 4 sudu teh air1 sudu kecil baking powder } Oats dan kacang tanah utk hiasan.

Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Pukul kuning telur dan air sehingga kembang. Tepung gandum, banking powder dan koko diayak sekali masukkan telur dan tepung berselang seli kedalam adunan mentega. Jika adunan lembut masukkan tepung. Bentukkan adunan seperti gulu, golekkan dalam puteh telur yang telah dipukul sedikit. Lepas tu golekkan kedalam oats pulak. Bubuh ke atas nya kacang tanah sebagai hiasan dan dibakar sehingga masak.

BISKUT GULA

1 ½ c tepung 1 ½ serbuk penaik1/8 ct garam1 c gula 6 cb mentega1 telur 1 cb sirap jagung1 cb esen vanilla 1 cb gula (utk hiasan)

Satukan tepung, s. penaik dan garam dalam satu mangkuk, ketepikan. Pukul 1 c gula & mentega. Masukkan telur, sirap dan vanila. Pukul hingga kembang. Masukkan tepung sesudu demi sesudu. Canaikan doh membentuk silinder 12” panjang dan diameter 1”. Balut doh dalam kertas lilin dan simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam. Letak rak oven di tengah dan panaskan oven ke 180o. Keluarkan doh dari kertas. Potong dgn pisau nipis & tajam selebar ¼ “. Celupkan 1 permukaan dalam gula. Letak atas dulang pembakar selang 1” antara satu sama lain. Bakar 10 – 12 min hingga tepi kekekuningan. Sejukkan.

BUTTER COOKIES

2 cawan tepung gandum 1 cawan gula caster3 cawan tepung jagung [1 1/2 c dipanaskan dalam kuali]2 cawan butter 1/2 cawan tepung susu1 biji telur 1 sudu kecil bicarbonate of soda1 sudu kecil esen vanilla

Pukul butter & gula hingga kembang, then masukan telur & vanilla essence. Ayak semua jenis tepung bersama & campurkan dalam adunan butter tadi then bentuk kan mengikut citarasa sendiri. Untuk mencantikan lagi biskut anda, sapukan putih telur dipemukaan biskut dan taburkan bijian manik berwarna-warni.TIPS: Sekiranya anda mahu biskut anda lebih lazat gunakan butter cap tong [golden churn butter atau Butter SCS] pasti mengancam.

Page 9: Recipe collection 30

BISKUT GAJUS BERCOKLAT

250gm mentega 300gm tepung gandum200gm brown sugar 100gm gajus kisarsedikit garam secukup coklat mohrenglanzsecukup gajus untuk hiasan secukup mangkuk kertas

Pukul mentega dan gula sehingga rata. Kemudian masukkan gajus kisar dan gaul rata. Masukkan garam, dan tepung sedikit sedikit dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas (mengisi setengah mangkuk kertas), kemudian dibakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 10-15 minit atau sehingga masak. Setelah sejuk, cairkan coklat mohrenglaz (menggunakan cara double boiling) dan tuangkan coklat ke atas biskut. Kemudian, letakkan sebiji gajus diatasnya.

BISKUT GAJUS (1)

250 gm. mentega 1 cwn. gula halus1 biji kuning telur 1 cwn. tepung jagung2 1/2 cwn. tepung gandum 2 camb. gajus, dimesingajus (digoreng) dan kuning telur untuk hiasan

Kacau mentega dan gula halus hingga kembang. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul rata. Masukkan gajus yang telah dimesin. Gaul rata. Ambil adunan sebesar guli dan bentukkan seperti buah gajus. Hiaskan dengan separuh biji gajus dan kuning telur. Bakar dalam oven sehingga kuning pada suhu 200 celsius.

CASHEW NUT COOKIES (2)

2 biji kuning telur 8 oz butter6 oz gula aising 2 oz tepung jagung12 oz tepung gandum 3 oz gajus yang telah di tumbuk halus1/2 sudu kecil vanilla essence

Untuk Hiasan: Gajus dibelah dua dan dibakar 1 biji kuning telur yang telah dibancuh

Kuning telur dan butter dipukul hingga lembut. Masukkan gula, vanilla essence dan kacau rata. Masukkan gajus yang telah ditumbuk, tepung jagung dan tepung gandum dan dikacau rata. Canai adunan dan terap menggunakan bentuk bulan sabit. Hiaskan dengan gajus dan disapukan bancuhan telur kuning. Dibakar dalam oven, suhu 150-160 darjah centigrade selama 10-15min atau sehingga kekuningan.

Page 10: Recipe collection 30

CONFLAKES ROLL

1 cawan gula halus 1 biji telur1 cawan tepung sagu 1 bungkus korma (dibuang biji dan dihiris panjang-panjang)sedikit conflakes diramas 1 cawan mentega1 1/2 cawan tepung gandum 3/4 cawan tepung jagung1 sudu teh essn vanilla

Kacau mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan vanilla. Setelah itu masukkan 3 jenis tepung(sagu, gandum, jagung). Uli tepung hingga lembut. Kemudian diterap (potong panjang agak-agak 5~6cm), masukkan sepotong kurma dan digulung (macam bantak peluk). Sapu sedikit kuning telor (bahagian atas) dan tabur conflakes. Masukkan dalam oven (suhu 180 degree Cel)

BISKUT CORNFLAKES (1)

105 gm mentega 2 cawan cornflakes (dihancurkan) jgn kasar sangat1/2 cawan gula halus 2 sudu madu1 biji kuning telur 3/4 cawan tepung naik sendiri1 biji parutan kulit limau sunkist

Pukul mentega+gula sampai kembang. Masukkan telur..pukul lagi..then stop.. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes, parutan kulit limau dan madu. Sudukan kecil2 atau bulatkan sebesar ibu jari.. bakar..nak letak dlm bekas kertas buleh jugak..tapi nak jimat tak payahlah...

BISKUT CORNFLAKES MADU (2)

1 kotak cornflakes - 250 gram.(1 kotak kecil) 2 sudu besar planta3 sudu besar gula pasir 1 botol madu lebah ceri merah / hijau ( untuk hiasan) bijan, kacang tanah,badam ( digoreng tanpa minyak, ditumbuk kasar)

Cairkan planta + gula , kacau rata ( api sederhana), masukkan cornflakes. Kemudian sira dgn madu lebah kacau perlahan-lahan diatas api yg sederhana kecil. Taburkan bijan , kacang tanah, baam ( yg telah ditumbuk kasar). Masukkan didlm paper cup semasa masih panas , hias dgn ceri merah atau hijau. Siap untuk dimakan ,tidak perlu dibakar.

Page 11: Recipe collection 30

BISKUT CORNFLAKES / COCOCRUNCH (3)

2 cwn tepung jagung 2 cwn planta/mentega 2 cwn gula 4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g) 2 biji telur - kuning saja1 sudu teh baking powder sedikit esen vanila

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung, telur, tepung jagung, baking powder, essen vanila - uli hingga sebati. Akhir sekali masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan. Bentukkan mengikut kesukaan dan bakar sehingga masak.*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak dihancurkan

BISKUT POP CORNFLAKES (3)

1 kotak cornflakes 1 tin susu (pekat manis)gula manik/coklat rice paper cup

Masukkan conrflakes dalam mangkuk besar, lepas tu masukkan susu pekat manis sedikit2 kacau sehingga dia agak melekat dan bercantum satu dgn yang lain. Susu ni tak perlulah di masukkan semuanya.kemudian masukkan adunan ni kedalam paper cup dan taburlah dgn gula manik.bakar dalam masa 10-15 minit sahaja mengikut suhu biasa apabila kita buat biskut.simpan di dalam bekas yang kedap udara.

BISKUT CORNFLAKES BERMADU (4)

1 kotak cornflakes (250g) 125g mentega1 cawan madu 1/2 cawan gajus bakar (ditumbuk kasar-kasar)

Cairkan mentega & sejukkan. Tuangkan madu kedalamnya dan kacau rata. Masukkan conflakes dan kacau rata. Masukkan pula kacang gajus dan gaul lagi hingga rata. Aturkan papercups dlm dulang pembakar & isikan dgn i sudu teh adunan tadi. Bakar selama 5~10 minit @150 degree celcius. Setelah garing keluarkan dan biarkan sejuk dan simpan dlm botol bertutup rapat.

BISKUT CORNFLAKES COKLAT (5)

1 kotak conflake 1 bar coklat masakan1/2 bar coklat biasa paper cup

Cairkan kedua-dua coklat ( double boiler ), kemudian masukkan conflakes ke dalam coklat yg telah cair tuh, dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkannya kedalam paper cup. Biarkan dia keras.

Page 12: Recipe collection 30

HONEY JOYS (6)

90 gram butter 1/3 cawan gula1 sudu makan madu 4 cawan Kellogs Cornflakessedikit papercups

Cairkan butter, gula dan madu diatas api kecil sehingga berbuih masukkan cornflakes dan digaul rata. Ambil sesenduk dan bubuh kedalam papercups dibakar dalam over 150-160 darjah centigrade selama 10min.

** boleh juga dimasukkan sedikit kacang tanah goreng kedalam adunan tadi dan digaul rata.** untuk lebih berseri, taburkan sedikit ceri merah yang telah dipotong kecil keatas adunan yang telah dibubuh dalam papercup.

CORNFLAKES MADU (7)

1/4 cawan mentega 1/4 cawan madu1 sudu makan gula 4 cawan cornflakes1/2 cawan kacang (goreng tanpa minyak,buang kulit &tumbuk kasar)

Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Masak dengan api yg kecil, kacau sehingga mentega cair. Cornflakes dan kacang dicampurkan ke dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk yg berisi cornflakes dan kacang tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan kertas menggunakan sudu makan, kemudian susun dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 10 minit.

BISKUT MAZOLA (1)

600 g kacang yang dimesin halus 600 g tepung 300 g gula yang dimesin halus Minyak mazola (or whatever)Telur kuning – utk sapu

Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak..agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat ke..leper ke..). Lepas tu..sapu kuning telur sikit kat atas dia..or kalau suka bubuhla kacang sebijik atas dia.

BISKUT MAZOLA (2)

1 cawan kacang dikisar halus 3/4 cawan gula halus1 cawan minyak 4 cawan tepungkuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)

Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati. Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut. Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.

Page 13: Recipe collection 30

CHOCOLATE-NUT COOKIES 175g butter 100g castor sugar350g self-raising flour, sifted 75g chocolate chips75g pistachio nuts, coarsely chopped 1 egg, lightly beaten Put flour into a mixing bowl. Rub in butter until mixture resembles fine breadcrumbs. Stir in sugar and chocolate chips. Add egg and mix well. Add in pistachio nuts and mix. Knead lightly until smooth. Roll out dough on a lightly-floured table-top. Cut out with cookie cutter and arrange cookies on lightly-greased baking trays. Bake in a preheated oven at 180'c for 10 to 15 minutes or until golden brown. Cool on wire racks.

HAVANA SPARKLES

50g coffee mate 50g icing sugar60g nestum 50g cornflour170g top flour (tepung+1/2 ct b.powder, ayak 2-3 kali)150g mentega 1/4 sudu teh garam1/4 sudu teh vanila 1 biji telor250g cooking chocolate secukupnya gajus / walnut / almond (bakar)untuk hiasan: Chocolate rice/gula yang berwarna/warni

Gaul semua bahan hingga rata kecuali chocolate dan gajus. Setelah rata, ambil sedikit adunan lalu masukkan sebiji gajus (macam intilah) dan dibulat-bulatkan. Bakar hingga masak selama 10~20 minit @ 150 deg Celcius. Angkat dan biarkan sejuk. Campurkan cooking chocolate (250g) dgn 1 sudu minyak makan dan dicairkan melalui teknik double-boiling. Angkat dan biarkan 5 minit. Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan dalam coklat yg sudah dicairkan. Angkat dan masukkan dalam papercups. Taburkan chocolate/gula yang berwarna warni.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

150gm tepung gandum 1/2 camca teh baking powder1/2 camca teh soda bicarbonate 1 camca besar serbuk kokosedikit garam(bahan-bahan ini di ayak bersama 3 kali)

100gm butter 50gm gula castor50gm gula merah icing 50gm chocolate chips50gm kacang/hazalnut/walnut 1/4 camca teh esen vanila1 biji telur

Gaul bahan2 yang diayak bersama-sama kacang dan chocolate chips. Biarkan. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur. Masukkan esen vanila. Setelah sebati campurkan bahan-bahan di step (a) tadi. Gaul dengan tangan tetapi jangan gaul terlalu kuat dan terlalu lama sebab dikhuatiri adunan jadi 'masak' disebabkan 'panas' suhu tangan kita. Andaikata adunan terasa terlalu lembik dan sukar dibentuk, bolehlah ditambahkan

Page 14: Recipe collection 30

tepung sedikit. Bentukkan ia seperti kita buat jemput-jemput, atur atas talam pembakar dan bolehlah dibakar dengan suhu biasa kita bakar biskut.

THE $250 CHOCOLATE CHIP COOKIES(Recipe may be halved):

2 cups butter 4 cups flour2 tsp. baking soda 2 cups granulated sugar2 cups brown sugar 24 oz. chocolate chips5 cups blended oatmeal (measure oatmeal and blend to a fine powder)1 tsp. salt 1-8 oz. Cadbury bar (grated)4 eggs 2 tsp. baking powder3 cups chopped nuts (your choice) 2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Hershey bar and nuts. Roll into balls and place two inches part on a cookie sheet..Bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 112 cookies..

COKLAT CHIP

2 oz coklat (bittersweet) diparut & masukkan dalam freezer 3 oz badam halus2 oz gula halus 4 oz tepung gandum1/3 camca vanila 4 oz mentega / butter16 oz coklat bittersweet (dicairkan)

Masukkan ke dalam mixing bowl kesemua bahan-bahan diatas kecuali coklat. Putarkan dgn low speed hingga lembut. kemudian masukan coklat. gaul dgn tangan Masukan adunan dalam mangkuk kertas timah anggaran 1/3 saja. Bakar selama 15 minit atau hingga masak Sejukkan biskut tadi, barulah bubuhkan coklat yang terlebih dulu dicairkan . tuang coklat hingga rata. Sejukkan.

BROWNIES 340g kekacang walnuts atau badam (dicincang) 90g serbuk koko115g mentega (koko & mentega dicairkan mengikut kaedah double boil dan ketepikan) Bahan yang digaul rata340g gula halus 4 butir telur gaul rata115g tepung gandum sedikit garam/ essen vanila 1 loyang 8 X 11 X 3 (gris dan alaskan kertas putih)

Panaskan ketuhar 180 darjah. Campurkan mentega dengan bahan yang telah digaul rata. Masukkan kekacang dan gaul lagi hingga sebati. Adunan yang sudah sebati ni dimasukkan ke dalam loyang. Bakar selama 10~15 minit. Untuk menentukan ia sudah masak, boleh membuka ketuhar sekali-sekali dan cucuk dgn lidi. Kalau tak melekat bermakna sudah masak dan boleh keluarkan dari ketuhar. Sesudah dikeluarkan, segara potong semasa ia masih panas. Potong empat persegi lebih kurang 3cm. Bila sudah sejuk, masukkan dalam botol kuih dan tutup rapat.

Page 15: Recipe collection 30

CANDY MERRIE

1 cawan susu 1 cawan milobiskut merrie - dipatah2kan kecil 2 sudu margerin (kalau nak lagi lembut gunakan lebih margerin) Panaskan margerin dengan api yg kecil.. setelah margerin cair, masukkan milo dan susu, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan biskut merrie yang telah dipatah , kacau.. masukkan biskut merrie sebanyak mana yang dirasakan sesuai. Kemudian masukkan kedalam bekas-mampatkan dan simpan didalam peti sejuk...dan boleh dimakan...untuk lebih sedap:boleh masukkan kismis & kacang bersama-sama biskut merrie.. nyum..nyum.. boleh buat kuih raye juge...

BISKUT PEANUT BUTTER

1 biji kuning telur 3/4 gula halus3 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung1/2 botol peanut butter(apa-apa brand bleh) 1 sudu teh esen vanilla1 sudu the baking powder butter/planta secukupnya

Cara-caranya sama cam kita buat biskut lain gak. Boleh di terap dan sapu kuning telur sebagai hiasan atau boleh guna acuan yang dalam bentuk can(bekas aluminium yang ada 6 set acuan tu-tak tau namanya). Boleh letakkan kismis hitam kat bawah dan baru masukkan adunan biskut.