Recipe collection 35

download Recipe collection 35

of 45

  • date post

    20-Jul-2015
  • Category

    Food

  • view

    32
  • download

    6

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 35

  • Resepi Buah-buahandan Sayur-sayuran Malaysia

    Recipes of MalaysianFruits and Vegetables

    LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN(FAMA)

  • Dalam usaha Lembaga menggalakkan serta memperluaskanindustri buah-buahan di negara ini, salah satu cara yang telah dija-lankan adalah meneruskan kempen "lebihkan makan buah-buahantempatan" yang mana telahpun dilancarkan pada bulan September1972. Di antara aktiviti-aktiviti kempen tersebut adalah menerbitkanbeberapa buah buku resipi buah-buahan tempatan di mana mengan-dungi resipi-resipi terpilih yang diterima daripada peserta-pesertapertandingan memasak yang dianjurkan oleh FAMA di Kuala Lum-pur.

    2. Buku resipi ini adalah merupakan salah satu usaha FAMA untukmenyedarkan orang ramai terutama sekali kaum wanita tentangperanan buah-buahan tempatan dalam makanan keluarga sehari-haridan menarik minat mereka untuk mencuba resipi-resipi yang terkan-dung di dalam buku ini. Sukacita dimaklumkan sebahagian dariresipi-resipi yang diterbitkan adalah cabutan dari resipi-resipi yangpernah diterbitkan oleh FAMA di dalam terbitan seperti '101 Hidan-gan Buah-buahan Tempatan' juga 'Malaysian Fruits Recipes 1'.

    3. Buku resipi ini bukan sahaja mengandungi resipi-resipi kuih-muihdan manisan ianya juga mengandungi resipi-resipi lauk pauk yangmenggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai bahan utama.Sebahagian besar dari resipi-resipi yang terkandung di dalam buku iniadalah merupakan resipi-resipi yang telah memenangi beberapa hadiahdalam pertandingan masakan yang telah dijalankan oleh Lembaga.

    PENDAHULUAN

  • 4. Lembaga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepadamereka yang telah menyumbangkan resipi-resipi yang terkandung didalam buku ini dan adalah diharapkan para pembaca terutamanyakaum wanita sudi mencuba resipi-risipi yang terdapat di dalam bukuini sebagai salah satu usaha untuk memperbanyakkan penggunaanbuah-buahan tempatan dan secara tidak langsung memperluaskanpermintaan terhadap buah-buahan tersebut.

    ii

  • ISI KANDUNGAN

    KUIH MUKA SURAT

    Agar-Agar Buah-buahanAgar-Agar Bahulu GulungAgar-Agar Serikaya NangkaAgar-Agar MalaysiaAgar-Agar Limau Berhias Pisang Dan RambutanJelly dan Salad Buah-buahanPuding TopiPuding PisangPai Nanas Seri BuahKek Melon Terbalik

    2346789

    101112

    MINUMAN

    Minuman Tembikai BersodaSalad Buah-buahanCendol MalaysiaSirap CempedakSeri Idaman SeleraMinuman Durian BelandaBuah RampaianNanas AlaskaMinuman Musk Melon

    141618192021222324

    iii

  • iv

    JEM MUKA SURAT

    Jem Belimbing BuluhJem ManggisJem NanasJem Melon

    76772829

    GULAINangka Masak OporGulai Lemak NangkaAcar Buah-buahanPaceri Buah-buahanJelatah

    3032343538

    FRUIT

    Banana ChipStar Fruit SpecialJack FruitPapaya Pickle

    42424344

    JAM

    Rambutan Jam (Seedless)Mangosteen JamBanana JamPineapple Jam

    46474850

  • MALAYSIAN FRUIT CAKES MUKA SURAT

    Wajid DurianBanana CakeRoti Jala & SerikayaBingka CempedakApong Makquah

    5253545556

    CAKES, PIES & PASTRIES

    Papaya PieLittle Banana NestNangka Tarts

    575758

    DESSERTS

    Water Melon A 'L' EnfantWater Melon FantasyDurian Belanda DessertRambutan

    59606163

    V

  • Jelly dan Salad Buah-buahan

    1

  • AGAR-AGAR BUAH-BUAHAN

    Bahan-bahannya:

    1 tahil agar-agar (direndam)5 gelas air1 kati gula pasir2 helai daun pandan1 potong betik1 potong nanas2 biji belimbing segi

    20 biji rambutansedikit pewarna

    Cara Membuatnya:

    1. Potong buah-buahan kecil-kecil.

    2. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan guladan daun pandan. Masak hingga gula hancur.

    3. Tapis dan masukkan warna yang disukai. Tuang ke dalamacuan berselang-selang dengan buah-buahan.

    4. Bila sejuk, keluarkan dari acuan dan hidangkan.

    2

  • AGAR-AGAR BAHULU GULUNG

    Bahan-bahannya:

    1 tahil agar-agar2 gulung bahulu (dipotong anggaran 1/3 inci tebal)2 tin nanas bulat1 kati gula pasir5 cawan air sejuk

    sedikit warna merah dan esen vanilabeberapa biji ceri merah

    Cara Membuatnya:

    1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula.Bila gula hancur, angkat dan tapis.

    2. Masukkan warna dan esen vanila.

    3. Aturkan nanas dan bahulu berselang-selang dalam dan di tepiacuan (empat persegi). Masukkan ceri di tengah-tengah nanas.

    4. Tuangkan agar-agar dalam acuan yang telah dihias dengannanas dan bahulu tadi dan sejukkan dalam peti sejuk.

    5. Keluarkan dari acuan, terbalikkan dalam pinggan yang besardan hidangkan.

    3

  • AGAR-AGAR SRIKAYA NANGKA

    2 auns agar-agar16 gelas air5 gelas gula pasir2 gelas susu cair atau

    pati santan2 keping gula melaka.

    15 ulas nangka

    Cara Membuatnya:

    1. Parut atau tumbuk 5 ulas nangka. Lima ulas dibelah dua danyang lima ulas lagi dibelah lima tiap-tiap satu tetapi jangansampai putus.

    2. Masak agar-agar dengan air. Bila hancur, masukkan gulapasir. Bila mendidih, ambil satu cawan dan tuangkan dalamacuan empat persegi. Aturkan nangka yang dibelah lima (ha-lakan kelopak-kelopak ke bawah) dalam agar-agar. Lekatkannangka yang dibelah dua di tepi acuan dengan menggunakansedikit agar-agar. Biarkan sejuk.

    3. Masukkan gula melaka, garam dan daun pandan ke dalamagar-agar yang lebihnya. Jerang atas api. Bila gula hancur,tapis dan jerang balik.

    4. Pukul telur, masukkan susu, sagu dan nangka parut. Tuangkanbancuhan ke dalam agar-agar. Kacau perlahan-lahan atas apisederhana. Angkat dan sejukkan.

    5. Bila hampir sejuk, tuangkan ke dalam acuan yang mengan-dungi agar-agar dan nangka tadi. Biar sejuk dan beku.

    6. Keluarkan dari acuan, terbalikkan dan hidang.

    Bahan-bahannya:

    3 gelas sagu biji (je-nis kecil) - diren-dam dengan air pa-nas dan toskan.

    6 biji telur ayam4 helai daun pandan1 sudu teh garam

    4

  • Agar-Agar Malaysia

    5

  • AGAR-AGAR MALAYSIA

    1 biji ciku2 ulas nangka atau

    cempedak1 potong betik1 potong nanas

    10 biji rambutan

    Bahan-bahannya:

    '/2 biji tembikai1 tahil agar-agar5 cawan air

    2 '/2 cawan gula pasir2 sudu teh air limau

    nipis

    Cara Membuatnya:

    1. Perah buah-buahan berasingan dan ambil airnya.2. Masak agar-agar dengan air, bila hancur masukkan gula. Bila

    gula hancur, angkat dan tapis.3. Tiap-tiap sejenis air buah kecuali air tembikai dicampur

    dengan '/4 cawan atau 1 senduk agar-agar dan bekukan.4. Bila beku potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan.5. Masukkan air tembikai dan limau nipis ke dalam agar-agar

    yang lebihnya dan tuangkan agar-agar ini ke dalam acuanyang telah berisi potongan-potongan agar-agar tadi. Bekukankemudian.

    6. Hias dengan potongan-potongan buah-buahan tempatan bilamenghidang.

    Jikalau suka, warna-warna seperti kuning, merah, jingga danhijau boleh dicampurkan ke dalam agar-agar yang dipotongkecil-kecil supaya kelihatan lebih berseri.

    Catitan:Buah-buahan di atas boleh diubah mengikut selera.

    6

  • AGAR-AGAR LIMAU BERHIAS PISANG DANRAMBUTAN

    Bahan-bahannya:

    '/2 tahil agar-agar2 biji limau kasturi1 cawan gula pasir3 biji pisang mas (dipotong nipis-nipis)

    10-15 biji rambutan (belah dua dan buang bijinya)sedikit warna hijau, merah dan kuning.

    2 telur putih dan 2 sudu makan gula ising

    Cara Membuatnya:

    1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur. Masuk-kan gula. Bila gula hancur, masukkan air limau kasturi dantapis.

    2. Warnakan 3 sudu makan agar-agar dengan warna merah, 3sudu dengan warna hijau dan 3 sudu lagi dengan warnakuning. Tuangkan agar-agar ini di tengah-tengah rambutandan sejukkan dalam peti sejuk.

    3. Warnakan agar-agar yang selebihnya dengan warna merah.

    4. Aturkan pisang dalam acuan dan tuangkan agar-agar keatasnya.Biar beku.

    5. Keluarkan dari acuan dan hiaslah dengan buah-buah rambu-tan yang berinti agar-agar aneka warna tadi dan telur put ihyang telah d ipuku l dengan gula ising hingga naik berbuih.

  • JELLY DAN SALAD BUAH-BUAHAN

    Bahan-bahannya:

    1 bungkus serbuk jelly4 sudu makan gula pasir2 cawan teh air

    biji nanas biji betik

    1 biji ciku1 potong tembikai5 biji rambutan (dikeluarkan bijinya)

    cawan sirap gula yang pekat

    Cara Membuatnya:

    1. Buah-buahan dipotong kecil-kecil dan dibahagi kepada duabahagian. Satu bahagian dimasukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil atau gelas 'cocktail'.

    2. Masak gula pasir dengan air. Bila mendidih masukkan serbukjelly. Kacau hingga hancur. Biar sejuk sedikit, kemudiantuang ke atas buah-buahan dalam mangkuk-mangkuk keciltadi. Masukkan dalam peti sejuk supaya beku.

    3. Gaul buah-buahan yang sebahagian lagi dengan sirap gula.Sejukkan dalam peti sejuk.

    4. Hiaskan jelly dengan salad buah-buahan semasa menghidang.

    8

  • PUDING TOPI

    Bahan-bahannya:1 tahil agar-agar3 tin nanas (keping bulat)1 potong isi tembikai (dibentuk bulat-bulat seperti guli)1 tin tepung kastad1 tin susu cair

    1 3/4 cawan gula pasir4 biji telur ayam (kuningnya sahaja)1 sudu teh esen ros

    1 ela pita (ribbon)5 cawan air

    Cara Membuatnya:

    1. Rendam agar-agar, masak hingga hancur. Angkat dan tapis.2. Bancuh kastad dengan susu, masukkan gula dan kuning telur.

    Kacau hingga sebati. Masukkan agar-agar.3. Jerang semula adunan. Biar mendidih perlahan-lahan hingga

    pekat.4. Sediakan 3 acuan atau dulang bulat (satu kecil dan satu besar).

    Aturkan keping-keping nanas bulat di sekeliling acuan ataudulang. Guli yang dibuat dari isi tembikai dimasukkan kedalam bulatan keping-keping nanas.

    5. Tuangkan adunan kastad yang telah masak ke dalam acuan-acuan yang diatur dengan nanas tadi. Biar sejuk.

    6. Keluarkan dari acuan dan lapiskan kedua-duanya. Pudingyang kecil diletakkan di atas pudi