Recipe collection 39

download Recipe collection 39

of 192

  • date post

    20-Jul-2015
  • Category

    Food

  • view

    62
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 39

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    Ayam Dan Daging Kepak Ayam Madu

    Bahan-bahan ( 4-6 0rang ) 8-10 keping kepak ayam - dibersihkan 1/2 cawan madu 1/4 cawan tomato sos 1/4 cawan Thai cili sos garam secukup rasa 1 sk jus limau/lemon minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam Cara-cara

    Kepak ayam dilumur dgn sedikit garam dan goreng hingga masak.Toskan.

    Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 1 sb minyak tadi dan masukkan kedua2 sos dan madu dan masak hingga kelihatan mendidih sedikit di atas api yg kecil.

    Masukkan kepak ayam goreng dan gaul hingga kpk ayam bersalut dengan sos madu,masukkan jus limau dan gaul lagi hingga sebati.Angkat dan segera dihidangkan.

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    Sup ayam special Bahan-bahan ( 8org ) 1 ekor ayam potong 16 1 labu bwg merah 2 ulas bwg putih 1 inci halia sebatang kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 iji buah pelaga 2 bj kentang 1 btg lobak 1 mangkuk air panas br masak lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam daun sup, daun bawang & bawang goreng Cara-cara 1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan. 2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6 3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar. 4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit 5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air. 6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda 7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang Ayam masak merah Bahan-bahan ( 4 orang ) 1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit ## Bahan-bahan kisar ## 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    ## Bahan Hias ## 1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya Cara-cara 1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. Ayam Masak Kicap 1 bahagian paha ayam garam kunyit secukupnya minyak untuk menggoreng 1/2 biji bawang besar -hiris nipis 2 ulas bawang puting- mayang 1cm halia- cincang halus kicap pekat manis secukupnya 2-3 biji cili padi- potong dua 1-2 batang cili hijau Cara-cara 1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan 2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan 3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau. 4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak. 5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api. 6. Siap untuk dimakan. Ayam masak lemak cili api Bahan-bahan ( 2 org mkn ) santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja bawang merah 2 ulas (ditumbuk) bawang putih 3 ulas (ditumbuk) cili padi 12 biji (ditumbuk) sekeping asam keping sebatang serai (dititik) setengah sudu kecik serbuk kunyit

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    ayam 6 ketul Cara-cara 1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi) 2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul. 3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau. 4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan. Sup bebola daging BEBOLA DAGING: 500 gm daging cincang/kisar 2 ulas bawang putih - ditumbuk bersama 1/2 sdk garam 3/4 sdk lada sulah 3 sdb tepung jagung 1/2 biji telur (gread A) - dipukul sedikit * 1 biji telur (dipukul sedikit) - untuk menggoreng * minyak untuk menggoreng SUP: * 3 ulas bawang putih * 2 ulas bawang merah * 1/2 inchi halia * 1 sdk garam 1 sdk lada sulah sekawan rempah tumis 50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga) 2 biji kentang - potong 4 dan goreng sebentar 1 liter air sedikit daun sup sedikit bawang goreng Cara-cara 1. BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati 2. Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola 3. Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing 4. TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak 5. SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*) 6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis 7. Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati 8. Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air 9. Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    10. Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api 11. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng AYAM GORENG WANGI Bahan-bahan ( 4-6 orang ) 1 ekor ayam (Potong 8) 2 batang serai (Hiris halus) 1 kuntum bunga kantan (Hiris halus) *15 biji cili padi *2 ulas bawang merah 1 paket paste tomyam 60ml air 2 sdb madu 3 sdb mayonis 3 helai daun limau purut Minyak untuk menumis dan menggoreng **3 sdb sos tiram **1 biji telur (Pukul sikit) **4 sdb tepung jagung (** satukan utk marinade ayam) Cara-cara 1. Ayam dicuci bersih dan digaul dgn bahan marinade, perap selama 1/2 jam. Kemudian digoreng hingga masak, ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. 2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serai, bunga kantan dan paste tomyam hingga naik bau. 3. Masukkan air dan madu, kacau hingga sebati. Masukkan ayam dan daun limau purut yg dihiris halus. 4. Tutup api dan masukkan mayonis. Gaul lagi hingga betul-betul sebati dan hidangkan. SAMBAL AYAM Bahan-bahan ( 6 orang ) 1 ekor ayam(Potong 12, cuci perap dgn tpg gandum 10 min) *20 tangkai cili kering *4 ulas bwg merah *2 ulas bwg putih (Buang empulur) *2cm belacan 2 btg serai (Ketuk dan simpul) 1 sdb sos tiram 1 biji bwg besar (Hiris ikut suka) Air asam jawa dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis Kentang dan tomato (Jika suka)

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    Cara-cara 1. Cuci ayam hingga bersih dr kesan tepung. Ketepikan. 2. Kisar bahan yg bertanda * 3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing sedikit. 4. Setelah agak garing masukkan ayam, gaul sebati. Biarkan 5 min. 5. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Biarkan ayam empuk. 6. Masukkan kentang, bwg besar dan tomato. 7. Bila kentang lembut, masukkan serai dan kacau 5 min. 8. Hidangkan dgn nasi panas. KEPAK AYAM BEREMPAH Bahan-bahan ( 4 orang makan ) 1 kilo kepak ayam 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 sudu makan serbuk jintan kasar 1 sudu makan serbuk jintan halus 1 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu makan serbuk kunyit 2 sudu makan gula 1 sudu makan kicap pekat garam secukup rasa Cara-cara Bersihkan kepak ayam dan toskan Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam) Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap) Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak AYAM MASAK LEMAK LAGI Bahan-bahan ( Sekeluarga ) 1/2 ekor ayam - dipotong kecil 1 biji kelapa - diparut 15-20 biji cili padi kunyit sebesar ibu jari 2 btg serai 2 keping asam keping & garam secukup rasa Nangka dimuda - direbus Cara-cara

  • Im Not A Chef. Salie292

    Himpunan resipi dari alam mayaterima kasih semua

    Ayam disalai terlebih dahulu.Jika malas nak salai...masukkan ayam dlm kuali dan masakkan dgn api yg kecil sehingga air yg keluar dr ayam kering. Perah santan dan bahagi kpd 2 bahagian.Satu bhgian santan pekat dan satu lagi santan cair. Tumbuk cili padi dgn kunyit hingga lumat.Atau nak senang blend je kunyit & cili padi bersama santan cair.Serai dititik. Masukkan santan cair kedlm kuali yg berisi ayam.Masukkan juga cili padi yg telah ditmbuk & serai yg dititik. Masukkan 2 keping serai dan garam secukup rasa. Masukkan nangka muda yg telah direbus yg telah ditoskan airnya. Setelah mendidih masukkan santan pekat.Apabila mendidih kali kedua,padam api dan bolehlah dihidangkan. Tips: Jika tiada nangka muda boleh diganti dgn ubi kentang @ terung pipit @ ubi kayu AYAM PAPRIK ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa Cara-cara Panaskan kuali. goren