Recipe collection 6

download Recipe collection 6

of 28

  • date post

    24-Jan-2018
  • Category

    Food

  • view

    199
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 6

  • Episod 1(a) Host/Chef : Chef Wan

    TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI BAHAN BAHAN UNTUK BEBOLA IKAN 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Buah Pala 3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang) Serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa UNTUK SOS TOMATO 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 3 camca besar Puri Tomato 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne. CARA CARA 1.Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau.

    Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne.

    Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil.

    Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati.

    Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola.

    Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan selama 20 minit.

  • Episod 1(b) Chef Jemputan : Chef Florence

    AYAM THAI ISTIMEWA BAHAN - BAHAN 700 gram Isi ayam (Dihiris) 6 camca besar Minyak masak 2 camca besar Bawang Putih (Dicincang) BAHAN A 2 biji Bawang Besar (Dipotong berbaji) 4 biji Cili Merah (Dihiris) 10 batang Putik Jagung (Dihiris) 5 batang Saderi (Dihiris) 1 biji Lobak Merah 200 gram Kacang Sepat BAHAN B 250 mililiter Sos Cili Thai 3 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis camca teh Serbuk Lada Sulah 2 camca teh Tepung Jagung 200 mililiter Air (dicampur dengan tepung jagung) Garam secukup rasa CARA CARA. 1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.

    Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak.

    Masukkan bahan A dan goreng sebentar.

    Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat.

    Angkat dan hidangkan.

    Episod 2(a) Host/Chef : Chef Wan

    TABBOULEH ( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA)

    BAHAN BAHAN 125 gram Gandum Burghul 2 biji Buah Lemon (Diambil jusnya) 75 mililiter Minyak Zaitun 300 gram Daun Parsli (Daunnya sahaja) 75 gram Daun Pudina 6 helai Daun Bawang 3 biji Tomato (Dipotong dadu) Daun Salad Garam dan Gula secukup rasa Sedikit Lada Sulah

  • CARA CARA 1.Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang.

    Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya.

    Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan

    Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.

  • Episod 2(b) Chef Jemputan : Chef Celine

    SAMBAL UDANG CILI HIJAU BAHAN - BAHAN 500 gram Udang (bersaiz sederhana) 10 tangkai Cili Hijau 500 gram Kelapa Parut 250 mililiter Santan 250 mililiter Susu Segar 2 camca teh Pati Ikan Bilis Minyak Masak Garam dan Gula secukup rasa BAHAN A 10 biji Bawang Merah 5 biji Bawang Putih 2 batang Serai 1 camca teh Serbuk Belacan CARA CARA 1.Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air.

    Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau

    Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih.

    Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak.

    Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula.

    Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih.

    Masukkan baki santan dan kelapa parut.

    Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata.

    Hidangkan bersama nasi panas

    Episod 4(a) Host/Chef : Chef Wan

    HARIRA (Sup Ramadan Maghribi)

    BAHAN BAHAN 250 gram Daging Kambing (Dipotong kiub) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dicincang) 10 biji Tomato (Dikupas kulit dan di cincang) 6 batang Daun Saderi camca teh Koma Koma camca teh Serbuk Halia

  • 2 camca besar Puri Tomato 125 gram Mihun 50 gram Tepung Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar 2 camca besar Serbuk Paprika 3 liter Air Garam dan gula secukup rasa CARA CARA 1.Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih.

    Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato.

    Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma koma, dan serbuk halia.

    Renehkan selama sejam sehingga daging lembut.

    Masukkan garam, mihun, dan puri tomato.

    Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung.

    Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.

  • Episod 4(b) Chef Jemputan : Chef Zaidah

    ACAR SOTONG KERING BAHAN BAHAN 5 keping Sotong Kering (Drendam semalaman) 2 biji Lobak Merah (Dihiris memanjang) 2 biji Timun (Dihiris memanjang) 5 biji Cili Merah 5 biji Cili Hijau 250 gram Kerisik 200 mililiter Cuka Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk menumis BAHAN A. 1 camca teh Jintan Manis 1 camca teh Jintan Putih 2 camca besar Ketumbar 8 tangkai Cili Kering 10 biji Bawang Merah 2 cm Halia 1 camca teh Serbuk Kunyit BAHAN B. 3 kuntum Bunga Lawang 1 batang Kulit Kayu Manis 4 biji Buah Pelaga. CARA - CARA 1.Sotong yang telah direndam di potong kecil.

    Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes

    Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.

    Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam.

    Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka.

    Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.

    Episod 5(a) Host/Chef : Chef Wan

    KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN BAHAN BAHAN 1.5 kilogram Daging (Bahagian bertulang) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dihiris nipis) 4 biji Bawang Putih (Dicincang) camca teh Koma Koma 2 camca teh Serbuk Kayu Manis 2 camca teh Serbuk Paprika

  • 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne 2 camca teh Serbuk Halia Garam secukup rasa SAYURAN 500 gram Lobak Merah 1 biji Kobis (Saiz sederhana) 6 biji Artichoke 2 biji Terung 500 gram Ubi Kentang 2 biji Lada Benggala 500 gram Kacang Fava (Kacang Parang) 250 gram Kismis Hitam 500 gram Labu (Dipotong 5cm) 4 biji Tomato Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar KOUS KOUS 1 kilogram Kous Kous 1.5 liter Air 4 camca besar Minyak Zaitun

  • CARA - CARA 1.Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan.

    Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam

    Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak selama 20 minit.

    Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu dan tomato.

    Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar.

    Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam selama 10 minit. Selepas 10 minit kous kous itu akan menyerap air

    Kukuskan kous kous itu selama 15 minit.

    Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun.

    Hidangkan bersama sayuran tadi.

  • Episod 5(b) Chef Jemputan : Chef Zam

    ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI BAHAN BAHAN. Bahan Untuk Perapan. 1 ekor Itik (Dibersihkan dan Dilap kering) 5 biji Asam Kelubi 6 camca besar Kicap Pekat Hitam BAHAN A 15 biji Bawang Merah 15 tangkai Cili Kering 2 cm Lengkuas 2 camca besar Serbuk Ketumbar BAHAN B 2 keping Asam Keping 750 mililiter Air Bekarbonat Berperisa Kola 500 mililiter Air Garam secukup rasa CARA CARA 1.Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan selama 2 jam.

    Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau.

    Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi

    Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik empuk.

    Potong dan hidangkan bersama nasi

    Episod 6(a) Host/Chef : Chef Wan

    KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN BAHAN BAHAN 1 kilogram Daging kambing (Bahagian Bertulang) 2 camca teh Serbuk Lada Hitam camca teh Koma-Koma 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 500 gm Buah Prun 4 camca besar Madu 2 camca besar Jus Oren Seikat Daun Parsli (Dicincang) CARA CARA 1.Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam.

  • Masak selama satu jam sehingga daging empuk.

    Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15 minit

    Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat.

    Hidangkan panas.

  • Episod 6(b) Chef Jemputan : Chef Riz

    MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS BAHAN BAHAN 400 gram Yee Mee (Dicelur) 4 ekor Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua) 2 cm Halia Muda 4 helai Daun Bawang (Bahagian putih dihiris) 4 helai Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris) 6 biji Bawang Putih (Dicincang halus) 100 gram Daun kobis cina (Dicelur sebentar) 1 batang Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga) 50 gram Kacang Sepat 6 batang Putik Jagung 50 gram Cendawan Tiram Minyak untuk menumis BAHAN UNTUK KUAH 2 liter Air rebusan udang atau air biasa 2 camca besar Sos Tiram 2 camca besar Kicap Cair 1 camca teh Serbuk Lada Putih 1 camca teh Serbuk Pati Ayam 4 biji Telur 4 camca besar Tepung Jagung 8 camca besar Air Garam dan Gula secukup rasa. CARA CARA 1.Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding.

    Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan. Ketepikan.

    Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua sayur dan biarkan masak seketika.

    Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan bahan-bahan perasa.

    Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

    Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang

    Episod 7(a) Host/Chef : Chef Wan

    BOREK (Pai Pedas)

    BAHAN BAHAN

  • 250 gram Pastri Filo 200 mililiter Mentega Cair INTI KEJU 350 gram Keju Feta Secubit Serbuk Lada Sulah Secubit Serbuk Buah Pala Seikat Daun Parsli (Dincincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) INTI DAGING 250gram Daging Kisar 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 1 biji Tomato (Dikupas kulit dan dicincang) 1 biji Telur Seikat Daun Parsli (Dicincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) Garam dan gula secukup rasa CARA CARA 1.Panaskan ketuhar pada suhu 180c

    Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati