Recipe collection 66

download Recipe collection 66

of 14

  • date post

    07-Aug-2015
  • Category

    Food

  • view

    23
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Recipe collection 66

  1. 1. RAHSIA 10 RESEPI MASAKAN DAGING 1 http://portaljutawan.com
  2. 2. TAHNIAH! Anda Mendapat Hak Milik Penuh Ke Atas Ebook ini. Anda sekarang mempunyai hakmilik penuh ke atas ebook ini. Anda boleh menjual, memberi atau menghadiahkannya sebagai bonus dalam mana-mana produk atau kempen perniagaan anda. PENGUMUMAN PENTING Maklumat yang dipaparkan dalam ebook ini adalah hasil pengalaman dan pandangan penulis. Oleh kerana berlaku pelbagai perubahan dalam keadaan semasa, idea dan resepi masakan yang dipaparkan dalam ebook ini adalah sebagai rujukan dan panduan kepada sesiapa yang berminat dalam bidang masakan. Panduan ini tidak menjamin sebarang kepandaian memasak tanpa hasil usaha yang gigih. Penulis tidak nenjamin sebarang kepandaian memasak dan kesedapan masakan jika idea dalam panduan ini tidak diusahakan atau tidak dipraktikkan dengan sepenuh hati tanpa putus asa. Penyerahan Lesen & Hak Menjual Semula (Master Resell Rights) Anda mendapat hak penuh & lesen ke atas produk ini. Anda boleh menjual semula dan memberi hak/lesen kepada pembeli. Anda boleh memberi produk ini sebagai bonus tambahan kepada produk lain yang dijual. Anda boleh memberi produk ini sebagai hadiah percuma Anda mempunyai hak penuh untuk melakukan pengedaran produk ini secara percuma atau berbayar. Anda boleh menjual semula produk ini di Ebay atau mana2 ruang lelongan Sebagai menghormati lesen & hakmilik yang telah diberikan, anda hendaklah mengekalkan semua isi kandungan ebook seperti asal dan tidak mengubah segala maklumat dalam ebook ini. 2 http://portaljutawan.com
  3. 3. ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA! Terimakasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi memiliki mini-ebook ini. . Sekian, Terimakasih & Selamat Membaca! Salam Hormat, Mazri Zani Abdul Hamid 3
  4. 4. SERUNDING DAGING CHEF_GREDZ Resipi utk Serunding Daging..Bg Yg Teringin Nak Buat ... Bahan-bahan ( Ni Resipi Utk 2kg Daging ) 2 kg Daging (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk 400 gram Cili Kering 2 labu Bawang Merah Besar 5 ulas Bawang Putih 4 cm Lengkuas 2.5 cm Halia 4 - 5 btg Serai 150 gram Ketumbar (pandai2 agak) 150 gram Jintan Manis (pandai2 agak) 250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih 1 bj Kelapa (perah jd santan pekat) Jus Asam Jawa 50 gram Kerisik (tak letak pun takpe) 2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi (percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...) Cara-cara Bahan2 nih blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak) Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak) Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya) Masukkan Santan pekat Goreng Tumisan tuh sampai pecah minyak (tapi jgn masukkan dulu daging) Tunggu sampai garing tumisan kita ... Ambil daging yg kita dah carik2 ( daging ni dah "diangin2kan" ...utk kering kan lebih2an air rebusan tu..... tutup api tumisan kita tuh ...dan masukkan daging yg kita dah anginkan ... Kacau sampai rata .......baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je... Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api.... And resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering ... Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...Dan pantang kalau dihinggap lalat... Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat .. Ok Maka bila dah siap korang boleh la hidang kan ...dan resipi ni nampak hitam bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg sy guna menyebabkan warnanya jd gelap ... 4 http://portaljutawan.com
  5. 5. 02 KEEMA MRS.DAYAT Masakan india..sdp di makan ngan roti pita, roti jala, chapati & nasik! Bahan-bahan ( 2 org ) 200g daging hancur 1 biji bwg besar (di dadu) 1 biji kentang (dadu) 1 tbsp cili boh *1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar) *1 tsp garam masala *1 tsp serbuk kunyit *1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk) *2 tsp serbuk kari daging 1 biji tomato (dadu) stgh cwn air 1 tbsp serbuk badam 2 pokok daun ketumbar (hiris) 1 cwn kacang peas garam dan bahan perisa secukup rasa Cara-cara tumiskan bawang besar sampai kekuningan masukkan cili boh..tumis sampai agak garing masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar (sampai masak lah tu..) masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas. tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa... masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit. masakan ni mmg tak berkuah..tp kalo suke, bule je tambah air..=) 5 http://portaljutawan.com
  6. 6. 03 DAGING GORENG CENDAWAN ROSSITAMZ Senang dan cepat untuk disediakan dan rasanya....emmm..nyam nyam! Bahan-bahan ( Satu family (4-5 orang) 500gm daging 3 ulas bawang putih - dihiris 2 ulas bawang merah - dihiris 2 kuntum bunga lawang 5 tangkai bunga cengkih 2 inci kulit kayu manis 3 camca besar sos tomato 3 camca besar sos cili 2 camca besar sos tiram 5 biji cili padi - dibelah dua tapi tak putus 1 labu bawang besar - dipotong bulat 2 pokok daun bawang + daun sup 2 camca besar kicap - manis ataupun pekat 10 biji cendawan butang (dibelah 2) - saya guna yang dalam tin punya Garam secukup rasa Cara-cara Hiris daging nipis-nipis ataupun ikut citarasa sendiri. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Setelah kekuningan, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Masukkan juga sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram. Masak di atas api sederhana hingga daging lembut. Tambah air jika perlu. Setelah daging lembut, masukkan bawang besar, cili padi dan cendawan butang tadi dan masak hingga kuahnya menjadi pekat. Tambah air lagi jika perlu. Hmm...siap untuk dihidangkan. 6 http://portaljutawan.com
  7. 7. 04 MEATBALL & PASTA SOUP YUMMIEZ diambil dari majalah "recipes+".. jgn dicari kat mane pasta dlm gambo ni sebab pastanye takde and tak letak.. hehehe... Bahan-bahan 18-20 biji meatball (ikut size meatball yg anda buat) Meatball: 500g daging mince 2 Weet-bix diramas (ganti dgn cornflakes yg diramas) 1 biji telur, dipukul sedikit 1/2 biji bawang besar - didadu kecil2 1/2 biji carrot - didadu kecil2 1 sudu besar Worcestershire sos (sy ganti dgn HP sos) 1 sudu besar tomato/cili sos Soup: 1 liter stok ayam (1 liter air+1 1/2 kiub ayam) 1-2 sudu besar kicap soya pekat 2 ulas bawang putih - dihiris 250 g macaroni (atau apa2 pasta yg sesuai) 1 biji carrot - dihiris bulat2 1 biji zucchini - dihiris bulat2 (ganti dgn timun) 1/2 biji capsicum - didadu garam secukup rasa daun sup atau parsley utk hiasan Cara-cara Sediakan meatball. Gaulkan semua bahan2 utk meatball dlm sebiji mangkuk. Tambah garam dan serbuk lada utk perasa. Bentukkan bulat2 ikut saiz yg anda suka. Simpan dlm peti ais selama 20-30 min supaya bentuk akan kekal. Sediakan soup. Campukan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar. Tambahkan meatball dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga meatball dan pasta hampir masak. Tambahkan semua sayur2. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsley. Sedap dimakan panas2. Disebabkan takde pasta dlm stok, sy hidangkan meatball soup dgn bubur nasi. Dan kalau meatball terlebih, boleh simpan separuh dlm freezer dan masak lain kali. Meatball juga boleh digoreng. Caranya sediakan meatball spt di atas. Kemudian, salut dgn telur dan gaulkan dgn breadcrumbs dan goreng. 7 http://portaljutawan.com
  8. 8. 05 DAGING SAMBAL HALIA SUE_GINOLA Sesuai dimakan bersama nasik, roti atau cucur tepung.. Bahan-bahan ( 4-5 orang ) Bahan Diperap: 1/2 kg Daging (dipotong mengikut saiz kesukaan) 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia (saiz 10sen-dihiris) Bahan kisar (tumis): 15-20 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah Halia (2 inci)-lagi byk lagi sedap Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan) -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak.. 1 Cawan Air Asam Cara-cara Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20- 30minit) Kisar bahan2 untuk dikisar... Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar... Masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali... Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing.. Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk... Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sdikit) Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat..(kepekatan ikut selera), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak Bile dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..Kalau anda rajin boleh msukkan kentang goreng yg telah siap digoreng.. Siap...jika rajin hiaskan 8 http://portaljutawan.com
  9. 9. 06 KUAH DAGING BARYANI MRS.DAYAT Kuah daging baryani..untuk dimakan bersama nasi baryani. Bahan-bahan ( 4 org ) setengah kg daging lembu (potong kiub) setengah biji bawang besar (hiris) baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat 1 biji tomato saiz besar (belah 4) 3-4 biji cili hijau 2tbsp tomato puree 1tbsp sos tomato 1/4 cwn susu cair sedikit ghee sedikit rempah tumis 3 tbsp rempah baryani garam,gula,ajinomoto secukup rasa sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina 1 tbsp yogurt Cara-cara gaul daging dgn yogurt.sementara tu, panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris, biar bwg agak garing sedikit masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau masukkan daging....gaulkan. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebi