REFLEKS1 BIG 2015.doc

3
REFLEKSI Alhamdulillah …….. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi semester 7 yang berkaitan dengan Bina Insan Guru dengan menyediakan satu dokumen serta perisian yang diperlukan dalam tugasan ini.Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan IPG Kampus Kota Bharu termasuk Tuan Pengarah IPG serta pensyarah yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan peringkat pertama BIG kami dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program perkhemahan di peringkat sekolah. Sepanjang melaksanakan program itu kami dibajai dengan semangat kerjasama ,bersungguh-sungguh dan telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Pada peringkat kedua pula kami dikehendaki membuat tugasan menganjurkan program gotong royong diperingkat sekolah yang melibatkan murid,ibu bapa dan guru-guru.Alhamdulillah kami seramai 2 orang pelatih PPG dapat menjalankan tugasan ini dengan jayanya. Kami berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang perlu di pupuk dan diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial dengan ibu bapa, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Transcript of REFLEKS1 BIG 2015.doc

Page 1: REFLEKS1 BIG 2015.doc

REFLEKSI

Alhamdulillah ……..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi semester 7 yang

berkaitan dengan Bina Insan Guru dengan menyediakan satu dokumen serta perisian yang

diperlukan dalam tugasan ini.Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan IPG

Kampus Kota Bharu termasuk Tuan Pengarah IPG serta pensyarah yang banyak memberi

panduan dan tunjuk ajar dalam memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.

Tugasan peringkat pertama BIG kami dikehendaki merancang dan melaksanakan satu

program perkhemahan di peringkat sekolah. Sepanjang melaksanakan program itu kami dibajai

dengan semangat kerjasama ,bersungguh-sungguh dan telah berganding bahu dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan lancar tanpa

sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini secara tidak langsung saya

dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk

berurusan dengan pihak luar .

Pada peringkat kedua pula kami dikehendaki membuat tugasan menganjurkan program

gotong royong diperingkat sekolah yang melibatkan murid,ibu bapa dan guru-guru.Alhamdulillah

kami seramai 2 orang pelatih PPG dapat menjalankan tugasan ini dengan jayanya. Kami

berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai

utama yang perlu di pupuk dan diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial

dengan ibu bapa, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Seterusnya pada peringkat ketiga kami diberi tugasan menganjurkan ceramah motovasi

dan sayangi sekolah kita.Tugasan ini memberi manfaat kepada kami yang mana kami dapat

menguasai ilmu, dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, dan juga dapat melaksanakan

tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. 

Sedar tidak sedar kini saya telah melangkah ke semester 7 dan akan menamatkan

pengajian pada akhir tahun ini. Insyaallah, kami sekali lagi diberi tugasan yang berkaitan

dengan penganjuran seminar secara induk dan juga bengkel selari. Alhamdulillah dengan

Page 2: REFLEKS1 BIG 2015.doc

berkat usaha dan bimbingan dari semua pihak kami berjaya melaksanakan pgogram ini

seadanya dan diharapkan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Kami semua berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan program yang

dirancang ini .Seminar dan Bengkel yang dihadiri pada kali ini telah banyak menyumbang

pengetahuan baru atau pemurnian bagi pengetahuan yang sedia ada. Dari sudut Pengurusan

Sekolah Cemerlang pula, saya turut memperolehi beberapa input baru untuk dibawa dan

dipraktikkan ke sekolah Semasa bengkel bersama Kaunselor dan Bengkel Selari bersama Guru

Cemerlang pula, banyak pendedahan yang saya perolehi dan peluang yang diperolehi sebagai

Guru Cemerlang.

Saya juga perlu memperbanyakkan amalan membaca, mencari ilmu dan melakukan

penyelidikan tindakan untuk memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan

terhadap bidang tugas kerana Ia dapat menajamkan kecekapan serta keyakinan untuk

menjadi lebih kreatif, reflektif dan berinovasi dalam pengajaran .Saya juga akan memperbaiki

diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup dan perlu meningkatkan

pengetahuan dan ketrampilan diri khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat

dan komunikasi untuk diaplikasikan dalam bilik darjah

Akhir kata, program dan seminar seumpama ini patut diadakan setiap masa khususnya

untuk semua warga pendidik sebagai pemangkin dalam perkhidmatan keguruan.