Refleksi 1

7
REFLEKSI Bersyukur kehadirat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapatlah saya dan kawan sekelas saya menyiapkan satu lagi tugasan untuk Bina Insan Guru (BIG ) dengan jayanya. Tugasan yang saya maksudkan ini ialah Program Khidmat Kemasyarakatan ” Sayangi Kawasan Sekolah Anda ” dan kami telah menganjurkan satu program iaitu ‘Latihan Kebakaran Di Sekolah’. Untuk menjayakan program ini kami telah memilih sebuah sekolah luar dari negeri Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Teruntum yang terletak di Daerah Kuantan Pahang. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada penyarah bagi Bina Insan Guru (BIG ) iaitu Tn Haji Abdul Samad Bin Taib yang telah banyak membatu kami dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Selain daripada itu jutaan terimkasih dan penghargaan juga saya berikan kepada pihak sekolah kebangsaan Teruntum yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami dari awal program hingga akhir program. Jutaan terimakasih juga saya berikan kepada pihak bomba daerah Kuantan kerana kerjasama yang begitu baik diberikan kepada kami serta menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh kami ini. Ucapan jutaan terimakasih ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuagan dengan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam proses menjayakan dua

description

1

Transcript of Refleksi 1

Page 1: Refleksi 1

REFLEKSI

Bersyukur kehadirat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapatlah saya

dan kawan sekelas saya menyiapkan satu lagi tugasan untuk Bina Insan Guru (BIG )

dengan jayanya. Tugasan yang saya maksudkan ini ialah Program Khidmat

Kemasyarakatan ” Sayangi Kawasan Sekolah Anda ” dan kami telah menganjurkan

satu program iaitu ‘Latihan Kebakaran Di Sekolah’. Untuk menjayakan program ini kami

telah memilih sebuah sekolah luar dari negeri Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan

Teruntum yang terletak di Daerah Kuantan Pahang.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada

penyarah bagi Bina Insan Guru (BIG ) iaitu Tn Haji Abdul Samad Bin Taib yang telah

banyak membatu kami dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Selain daripada

itu jutaan terimkasih dan penghargaan juga saya berikan kepada pihak sekolah

kebangsaan Teruntum yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya

kepada kami dari awal program hingga akhir program. Jutaan terimakasih juga saya

berikan kepada pihak bomba daerah Kuantan kerana kerjasama yang begitu baik

diberikan kepada kami serta menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program

yang dianjurkan oleh kami ini.

Ucapan jutaan terimakasih ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat

seperjuagan dengan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang

amat baik dalam proses menjayakan dua program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga

terima kasih saya pada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan dalam saya

menjayakan program yang dianjurkan ini.

Latihan kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini

perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan

tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau

kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku

bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan

Page 2: Refleksi 1

jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau

bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Bagi program latihan kebakaran yang dianjurkan di sekolah ini saya dapati

banyak kekuatan yang saya perolehi. Antara kekuatan yang dapat dikongsikan ialah

kepentingan mengadakan latihan kebakaran ini disekolah. Ini juga adalah kerana dengn

mengadakan latihan ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga

sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran yang

berlaku. Kesedran ini penting kepada semua pihak kerana jika kebakaran yang sebenar

berlaku murid dan juga guru-guru tidak akan merasa penik. Selain itu juga ia dapat

melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul

sekiranya berlaku kebakaran dan mampu mengamalkan langkah-langkah keselamatan

bagi menyelamatkan nyawa diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Selain dari itu juga dengan mengadakan latihan kebakaran ini kita juga dapat

menguji keupayaan pihak sekolah untuk berdepan sekiranya kebakaran ini betul-betul

berlaku disekolah seperti contoh loceng kecemasan yang sentiasa berfungsi, alat

pemadam api yang sentiasa dalam berkeadaan baik dan di selia sempurna oleh yang

berwajib serta dapat mengawal keadaan murid yang ramai untuk memastikan

keselamatan semua murid terjamin.

Selain menguji pihak sekolah kita juga dapat melihat sejauh mana kecekapan

pihak bomba melakukan kerja menyelamat dalam program yang dirancang ini. Pihak

bomba yang dipanggil tidak dimaklumkan tentang program ini hanya melibatkan

pegawai sahaja dan apayang saya dapati kecekapan pihak bomba ini amatlah baik

kerna hanya mengambil masa selam 6 minit sahaja untuk sampai di tempat kejadian

berlaku kebakaran yang dirancang ini. Program latihan kebakaran ini juga dapat

memberikan pengalaman baru kepada murid-murid sekolah dimana mereka

didedahkan dengan cara untuk menyelamatkan nyawa.

Oleh sebab itu program yang kami anjurkan ini iaitu program latihan kebakaran

ini amatlah berguna kepada kami. Sebagai seorang pendidik yang sentiasa bersama-

sama dengan pelajar dan sentiasa memastikan keselamatan pelajar adalah wajar untuk

Page 3: Refleksi 1

kami tahu tentang langkah-langkah keselamatan ini. Dengan melakukan aktiviti ini juga

banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi untuk saya aplikasikan semula di

tempat saya bertugas kelak. insyakAllah.

Akhir sekali jutaan terimakasih sekali lagi saya tujukan kepada semua yang telah

terlibat samada secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan program Latihan

kebakaran ini. Sekian Terima kasih

Page 4: Refleksi 1
Page 5: Refleksi 1

Gambar Aktiviti

Latihan keselamatan kebakaran

Page 6: Refleksi 1

Gambar aktiviti 2

Taklimat keselamatan bangunan