REFLEKSI 4 MINGGU.doc

6
REFLEKSI KESELURUHAN PERLAKSANAAN INTERNSHIP 2015 DI SK SAINT PATRICK,MUKAH. Pada semester 8 ini, Program Pensiswazahan Guru PISMP-(PJJ) Ambilan Jun 2011 dikehendaki menjalani program internship yang perlu dijalankan di sekolah sendiri. Guru perlu membuat satu projek sahaja dan perlu disiapkan dalam tempoh masa 4 minggu. Sebagai guru Matematik yang sudah berkhidmat selama 10 tahun, sememangnya saya mengetahui peranan saya adalah untuk menyalurkan ilmu kepada anak didik saya agar menjadi generasi yang celik Matematik pada masa depan. Saya akui selama saya mengajar Matematik untuk Tahap 2, saya memang kurang menyediakan kit atau bahan bantu belajar bagi mereka. Ini kerana saya beranggapan Tahap 2 hanya perlu di ajar dan dilatih secara mental iaitu berfikir untuk mencari jawapan berbanding dengan Tahap 1 yang lebih memerlukan untuk pembinaan konsep. Namun, saya lupa bahawa mereka sebenarnya yang lebih memerlukan bahan bantu belajar tersebut untuk mengembangkan lagi proses pemikiran dan penaakulan mereka terutamanya untuk pendidikan alaf kini. Saya juga sebenarnya berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan Projek Inovasi. Ini kerana kekangan masa yang ada dan juga memerlukan komitmen yang tinggi. Usaha itu amat berbaloi dengan kit yang dibuat dapat menunjukkan bahawa ianya boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran yang melibatkan mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dalam tahun 4 dan 5. Ia telah berjaya dilaksanakan dalam 4 rancangan pengajaran harian selama 4 minggu. Semasa merancang tindakan yang sepatutnya diambil, banyak perkara yang telah yang saya teliti. Ini termasuk kos, serta persetujuan guru pembimbing akan bahan yang akan dihasilkan. Penelitian terhadapa masalah yang berlaku disekolah dalam subjek Matematik turut diambil kira kerana berdasarkan isu tersebut akan dapat membantu saya mencari alternatif untuk melaksanakan Projek Inovasi ini. Kejayaan dalam melaksanakan kajian ini sedikit sebanyak telah menyuntik semangat baharu dan kesedaran dalam diri saya tentang sifat kebertanggungjawaban seorang guru terhadap dunia pendidikannya. Saya juga sedar akan banyak perkara yang saya perlu beri perhatian iaitu, dari

Transcript of REFLEKSI 4 MINGGU.doc

REFLEKSI KESELURUHAN PERLAKSANAAN INTERNSHIP 2015 DI SK SAINT PATRICK,MUKAH.Pada semester 8 ini, Program Pensiswazahan Guru PISMP-(PJJ) Ambilan Jun 2011 dikehendaki menjalani program internship yang perlu dijalankan di sekolah sendiri. Guru perlu membuat satu projek sahaja dan perlu disiapkan dalam tempoh masa 4 minggu.Sebagai guru Matematik yang sudah berkhidmat selama 10 tahun, sememangnya saya mengetahui peranan saya adalah untuk menyalurkan ilmu kepada anak didik saya agar menjadi generasi yang celik Matematik pada masa depan.

Saya akui selama saya mengajar Matematik untuk Tahap 2, saya memang kurang menyediakan kit atau bahan bantu belajar bagi mereka. Ini kerana saya beranggapan Tahap 2 hanya perlu di ajar dan dilatih secara mental iaitu berfikir untuk mencari jawapan berbanding dengan Tahap 1 yang lebih memerlukan untuk pembinaan konsep. Namun, saya lupa bahawa mereka sebenarnya yang lebih memerlukan bahan bantu belajar tersebut untuk mengembangkan lagi proses pemikiran dan penaakulan mereka terutamanya untuk pendidikan alaf kini. Saya juga sebenarnya berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan Projek Inovasi. Ini kerana kekangan masa yang ada dan juga memerlukan komitmen yang tinggi. Usaha itu amat berbaloi dengan kit yang dibuat dapat menunjukkan bahawa ianya boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran yang melibatkan mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dalam tahun 4 dan 5. Ia telah berjaya dilaksanakan dalam 4 rancangan pengajaran harian selama 4 minggu.

Semasa merancang tindakan yang sepatutnya diambil, banyak perkara yang telah yang saya teliti. Ini termasuk kos, serta persetujuan guru pembimbing akan bahan yang akan dihasilkan. Penelitian terhadapa masalah yang berlaku disekolah dalam subjek Matematik turut diambil kira kerana berdasarkan isu tersebut akan dapat membantu saya mencari alternatif untuk melaksanakan Projek Inovasi ini.

Kejayaan dalam melaksanakan kajian ini sedikit sebanyak telah menyuntik semangat baharu dan kesedaran dalam diri saya tentang sifat kebertanggungjawaban seorang guru terhadap dunia pendidikannya. Saya juga sedar akan banyak perkara yang saya perlu beri perhatian iaitu, dari segi sifat prihatin terhadap setiap individu murid, kesediaan saya untuk berubah supaya tidak selalu mendongak langit serta sifat keterbukaan saya untuk bersedia mengetahui kelemahan diri. Saya berharap agar projek inidapat memberi banyak manfaat kepada diri saya serta warga sekolah khususnya para guru Matematik yang lain.Sepanjang tempoh 4 minggu tersebut banyak yang saya telah pelajari dan juga lakukan sama ada berkiatan dengan komponen internship ataupun tugas hakiki saya sebagai guru di SK Saint Patrick. Antaranya yang berlaku adalah;Sebelum bermulanya perlaksanaan Internship, saya terlebih dahulu berbincang dengan pihak sekolah berkenaan dengan apa yang hendak kami jalankan di sekolah. Maklumat hasil daripada taklimat oleh En Syawal iaitu ketua Unit Praktikum di IPGMK Tun Abdul Razak saya berikan kepada pihak sekolah khasnya kepada Guru Besar dan guru pembimbing. Selain itu, perjumpaan pensyarah dari institut pendidikan guru yang lain sepert IPGK Rajang dan juga IPGK Batu lintang bersama dengan guru besar dan guru pembimbing di daerah saya telah membantu memberikan saya gambaran lebih jelas idea apa yang hendak diingini oleh pihak IPGM sebenarnya dalam perlaksanaan internship ini. Saya memikirkan idea yang sesuai untuk dijadikan projek. Meskipun nampak mudah tetapi ianya amat rumit kerana projek perlu disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat. Saya yang sememangnya sibuk dengan tugasan lain di sekolah perlu mempertimbangkan aspek masa agar tidak mengganggu tugasan-tugasan yang lain. Apa yang saya pelajari dari peristiwa ini ialah pengurusan masa adalah penting kerana tanpa persediaan rapi, kemungkinan untuk saya tidak menyiapkan projek adalah tinggi. Sebelum bermulanya minggu perlaksanaan intership, saya perlu menyediakan kertas kerja untuk projek yang ingin saya laksanakan. Sebelum kertas kerja disediakan, saya terlebih dahulu meneliti silibus pembelajaran tentang kemahiran-kemahiran dalam tajuk-tajuk Matematik yang perlu diajar sepanjang tempoh 4 minggu itu. Ini sekaligus membolehkan saya merancang rancangan pengajaran harian yang selaras dengan perlaksanaan projek inovasi saya.

Nilai utama yang saya pelajari di sini ialah komitmen tinggi serta kerjasama antara guru-guru lain adalah sangat penting dalam proses menyiapkan projek di sekolah ini. Berkat usaha yang gigih, kertas kerja diluluskan oleh guru pembimbing dan tindakan yang seterusnya mula dirancangkan.Minggu-1Setelah berbincang dan bersetuju untuk melihat permasalahan yang seringkali berlaku dalam subjek Matematik, saya telah bercadang menggunakan bahan inovasi iaitu Kit Petak Darab Bentuk Lazim Berwarna. Setelah diperjelaskan rasional untuk membuatnya, guru pembimbing telah bersetuju dan ingin melihat keberkesanan selepas dilaksanakan nanti.

Pada minggu ini, saya tetap mengajar mengikut jadual waktu persekolahan seperti biasa. Tiada apa-apa aktiviti khas yang berlaku pada minggu ini. Namun, saya mulai sibuk dengan persediaan bahan Projek Inovasi yang dirancangkan serta sibuk dengan persediaan bahan dan dokumentasi untuk Konvensyen Doktor Muda yang akan berlangsung pada 17 dan 22 April 2015 serta jawatan saya sebagai pengerusi untuk mengelolakan dan mengurus pertandingan Bola Jaring yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April 2015 di dewan KPSU Mukah. Tetapi, semua kesibukan dan tugasan itu saya anggap sebagai cabaran dan saya tetap teruskan juga dengan sedaya upaya saya untuk membahagikan masa seoptimum yang mungkin agar kesemuanya dapat dilaksanakan dengan lancar. Semasa mengajar pendaraban yang melibatkan mendarab sebarang nombor dengan nombor 1 digit, tiada permasalahan yang timbul dalam kelas yang diajar terutamanya kelas 4 Talent dan 5 Progress. Kedua-dua kelas tersebut amat lemah pencapaian murid-muridnya dan faktor ini menyebabkan kedua-dua kelas itu agak jauh ketinggalan silibus pembelajaran berbanding dengan kelas 4 Smart dan 5 Success. Kedua-dua kelas ini agak sama kemahiran yang diajar. Cuma yang berlainan adalah nilai nombor yang terkandung dalam kemahiran tahun 4 adalah sehingga 100 000. Manakala untuk tahun 5 adalah sehingga 1 000 000. Jadi Rancangan pengajaran yang dibuat tidak jauh berbeza hanya melibatkan sedikit perubahan nombor dan juga soalan dalam lembaran kerja. Kebetulan Projek Inovasi saya sudah siap 80%, maka saya bercadang untuk cuba menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam minggu ini pada sesi pembelajaran 25 Mac 2015.Minggu ke-2

Minggu ini juga, saya melaksanakan tugasan hakiki saya seperti biasa. Tetapi Minggu ini agak sibuk kerana saya perlu menyediakan kertas soalan untuk bengkel Matematik UPSR di mana saya telah dilantik untuk menjadi panel penggubal soalan Matematik di Daerah Mukah 2015. Pada 31 Mac 2015, saya dan seorang rakan saya telah diarahkan untuk menyertai lawatan penandaarasan Kelab Doktor Muda di Sibu bersama dengan pegawai Kesihatan Bahagian Mukah ke SK Sibu Jaya. Kami serombongan bertolak dari Mukah pada jam 11.00 pagi. Walaupun demikian, pada tempoh masa 7.00 pagi hingga 11.00 pagi saya masih berada di sekolah dan melaksanakan tugasan seperti biasa. Oleh sebab itu, kehadiran pada hari tersebut dianggap hadir kerana telah melebihi 3 jam bertugas.

Minggu ini juga, saya telah dicerap secara tidak rasmi oleh guru pembimbing saya dalam PdP yang berlangsung pada 01 April 2015. Dalam PdP tersebut, saya telah menggunakan kit Projek Inovasi saya dalam pengajaran kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit. Namun, tiada sebarang markah yang diberikan. Cuma yang diberi adalah komen secara lisan tentang keberkesanan bahan Projek yang akan digunakan dan juga RPH yang akan dibuat.Minggu ke-3

Pada minggu ini, saya turut menggunakannya pada hari Rabu 08 April 2015. Untuk melaksanakan aktiviti PdP yang dirancangkan, saya telah meminta bantuan daripada rakan saya untuk merakam PdP saya. Pada mulanya saya agak segan untuk meminta tolong daripada mereka kerana mereka yang lain agak begitu sibuk sepanjang 2 minggu ini. Atas kprihatinan seorang rakan saya, dia sanggup dan rela menghulurkan bantuan. Saya amat berterima kasih kepadanya kerana telah sedia memberi pertolongan di saat semua orang agak sibuk dengan tugasan dan arahan pihak-pihak yang memerlukan. Walau pun sibuk dengan tugasan lain, saya tetap melaksanakan tugas hakiki saya iaitu mendidik dan mengajar murid murid untuk menjadi seorang insan yang berpendidikan dan berakhlak tinggi. Saya tidak pernah mengabaikan mereka walaupun di saat itu saya teras seperti otak saya sudah berat dengan segala kerja dan tanggungjawab. Namun itu tidak melunturkan semangat saya kerana sering diberi galakkan dan ucap kata semangat daripada keluarga yang tersayang. Pada minggu ini sememangnya saya amat letih dalam memikirkan segala perkara sama ada keluarga dan juga tugas. Saya tetap kuatkan semangat kerana hanya tinggal beberapa minggu lagi saya akan berasa lega dan boleh bernafas selega-leganya. Setelah melaksanakan PdP dengan menggunakan bahan projek Inovasi yang diolah. Saya amat bersyukur kerana bahan yang telah saya ciptakan ini amat membantu murid-murid saya menjawab latihan. Mereka turut menyatakan bahawa mereka senang faham akan kemahiran ini apabila menggunakannya. Hasil daripada penelitian langkah kerja juga turut memberikan saya senyuman yang amat lebar kerana saya telah menjumpai satu kaedah yang praktikal untuk mengajar pelbagai kemahiran yang melibatkan mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dalam tajuk Nombor Bulat, Perpuluhan, Wang dan Ukuran. Tetapi memang ada sedikit kekurangan pada projek saya ini. Tetapi saya berazam untuk mengubahsuaikannya semula agar lebih mudah digunakan. Minggu-ke 4

Pada minggu ini tidak banyak yang berlaku kerana pada 13-16 April 2015, saya dan semua pelajar PPG di IPGMKTAR berada di sana kerana terlibat dengan Seminar Pembentangan Penyelidikan Tindakan yang merupakan salah satu syarat untuk kami bergraduat. Jadi sepanjang tempoh itu, saya fokuskan kepada aktiviti di IPGKTAR. Balik semula pada 16 April 2015. Pada hari keesokkanya, adalah hari saya tamat menjalani Internship dan hari tersebut tiada aktiviti pembelajaran berlangsung kerana pihak sekolah mengadakan Hari Doktor Muda bersama Komuniti. Saya telah ditugaskan untuk menjadi Penyelaras Aktiviti dan semuanya saya telah laksanakan sebaik mungkin.

Akhir sekali, pengalaman melaksanakan Internship ini sungguh bermakna bagi saya kerana banyak cabaran dan liku-liku yang saya hadapi dan semuanya telah saya laksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh :

...............................................................NOOR HASFIA BINTI UBI

NO.KP: 811126135090

KUMPULAN : MT4611

PPG AMBILAN JUN2011/SEM 8 2015