Refleksi Akt Koku

5
REFLEKSI AKTIVITI KOKURIKULUM 1. AKTIVITI KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal melibatkan semua guru dan murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam diutamakan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan memakai pakaian seragam pengakap lengkap pada hari tersebut. Ini bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal diadakan pada hari khamis setiap minggu mengikut giliran seperti berikut : Latihan sukan/ permainan Hari : Khamis Masa : 2.15-4.15pm Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum 1 Murid 1 Sukan, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta

description

prakticum

Transcript of Refleksi Akt Koku

Page 1: Refleksi Akt Koku

REFLEKSI AKTIVITI KOKURIKULUM

1. AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal

melibatkan semua guru dan murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat,

lima dan enam diutamakan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan

memakai pakaian seragam pengakap lengkap pada hari tersebut. Ini bagi memastikan

murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam

diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal diadakan pada hari khamis setiap minggu

mengikut giliran seperti berikut :

Latihan sukan/ permainan

Hari : Khamis

Masa : 2.15-4.15pm

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum 1 Murid 1 Sukan, murid dapat

memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang

mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk

memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur,

En.Loganathan sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan

memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar.

Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti

dalam keadaan selamat dan berjaya.

Page 2: Refleksi Akt Koku

Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu

memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat

kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat

perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu

diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti

kokurikulum.

2. KELEBIHAN

Terdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil Kalaimagal. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum

menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada

semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali

latihan atau aktiviti diadakan. Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal

juga mempunyai prasana yang baik dan sesuai untuk menganjurkan apa-apa aktiviti ko-

kurikulum di sekolah seperti berikut :

1. Sukan

i. Mempunyai padang sekolah yang luas dan lengkap.

ii. Mempunyai gelanggang untuk bola jaring, badminton dan lain-lain.

iii. Peralatan sukan yang mencukupi.

2. Persatuan/ Kelab

i. Dewan untuk menjalankan program ceramah, motivasi dan lain-lain.

ii. Bilik-bilik untuk aktiviti kelab dan persatuan.

Di samping itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal juga bertuah kerana

mempunyai guru-guru yang berdedikasi dan akan memberikan komitmen sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dijalankan. Hari ko-kurikulum sekolah adalah pada hari Selasa

dan Rabu setiap minggu seperti berikut :

Page 3: Refleksi Akt Koku

Selasa : Sukan/ permainan (7.40 – 8.40 pagi)

Rabu : Persatuan/ kelab (minggu pertama) 12.30 – 1.30 tengah hari

Badan beruniform (minggu kedua) 12.30 – 1.30 tengah hari

Guru-guru penyelaras juga sentiasa menganjurkan apa-apa program sepeti

ceramah dan seminar untuk persatuan/ kelab dan pasukan beruniform mereka. Aktiviti

yang dijalankan juga memberikan keseronokan kepada murid sesuai dengan konsep

bermain sambil belajar.

Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal juga berjaya

memupuk perpaduan di kalangan murid. Contohnya :

Pertandingan sukan di antara rumah dapat memupuk murid bersatu

dalam rumah sukan masing-masing, menyayangi rakan sepasukan dan

menyayangi rumah sukan masing-masing.

Murid-murid juga ditanamkan semangat menghormati dan menyayangi

guru masing-masing dengan mengadakan Sambutan Hari Guru.

3. KELEMAHAN

Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal . Antaranya ialah kehadiran murid pada

hari ko-kurikulum masih belum mencapai sasaran. Hal ini didorong oleh beberapa faktor

iaitu :

Murid terlibat dengan tuisyen luar.

Tiada kesedaran terhadap aktiviti ko-kurikulum (sengaja tidak hadir kerana tidak

berminat) dan lain-lain.

Page 4: Refleksi Akt Koku

Aktiviti yang dijalankan juga akan terbantut sekiranya wujud masalah seperti guru

penyelaras yang terlibat pada hari aktiviti tiada tiada di sekolah kerana berkursus. Oleh

sebab tiada pengganti dari guru yang berkelayakan maka aktiviti menjadi hambar dan

ini tentunya mempengaruhi penilaian murid terhadap aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Di samping itu, aktiviti ko-kurikulum yang dilakukan pada waktu tengah hari juga

telah mengakibatkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini didorong oleh rasa penat yang dialami murid-

murid selepas P&P di dalam kelas.