Refleksi Alam Sekitar

12
JURNAL REFLEKSI KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH DENNISTOWN, KERIAN, PERAK. Nama ahli: 1) 2) 3) 4) 1.0 PENDAHULUAN Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha menjayakan kajian lapangan kami. Tempat kajian yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Kawasan Pelupusan Sampah Dennistown Kerian, Perak. Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha menyiapkan kajian ini. Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga mendapat bantuan dari penduduk setempat. Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi dalam proses membuat kajian. Proses membuat kajian ini merupakan pengalaman kali pertama kami berkaitan dengan alam sekitar. Tumpuan kajian kepada kesan pelupusan sampah di Dennistown, Kerian, Perak. Walaupun kami mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan kawasan kajian namun pengetahuan dan pengalaman sebenar lebih menambah pengetahuan dan pemahaman kami berbanding dengan bacaan am. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh dalam melaksanakan kajian ini sangat baru, asing dan penting kepada kami semua. 1

Transcript of Refleksi Alam Sekitar

JURNAL REFLEKSI

KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH DENNISTOWN, KERIAN, PERAK.

Nama ahli:1)2)3)4)

1.0PENDAHULUANJurnal refleksiini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha menjayakan kajian lapangan kami. Tempat kajian yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Kawasan Pelupusan Sampah Dennistown Kerian, Perak.Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha menyiapkan kajian ini. Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga mendapat bantuan dari penduduk setempat. Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehidalam proses membuat kajian. Proses membuat kajian ini merupakan pengalaman kali pertama kami berkaitan dengan alam sekitar. Tumpuan kajian kepada kesan pelupusan sampah di Dennistown, Kerian, Perak.Walaupun kami mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan kawasan kajian namun pengetahuan dan pengalaman sebenar lebih menambah pengetahuan dan pemahaman kami berbanding dengan bacaan am. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh dalam melaksanakan kajian ini sangat baru, asing dan penting kepada kami semua.Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam kumpulan kami semasa menjalankan tugasan ini. Kami menganggap tugasan ini sebagai satu cabaran kerana kajian ini amat unik dan asing kepada kami sebagai pelajar pendidikan prasekolah. Walaupun kami sekumpulan sudah mengenali antara satu sama lain, namun terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan ahli kumpulan yang telah dikenal pasti ketika melaksanakan projek ini.Akhir sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap kajian ini. Walaupun kami bukannya pakar berkaitan dengan isu alam sekitar mahupun mempunyai ilmu yang mendalam mengenai pelupusan sampah sarap, namun kami tetap mahumemainkan peranan sebagai ahli masyarakat yang prihatin dan berkongsi pendapat,langkah-langkah dan cadangan penambahbaikan terhadap kawasan pelupusan sampah yang terdapat di Malaysia.

2.0PERISTIWA-PERISTIWA SEPANJANG KAJIAN

2.1Peristiwa Sebelum Melaksanakan Kerja LapanganSetelah selesai memilih tajuk kajian kami dan atas pandangan rakan-rakan, kumpulan kami telah mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membincangkan cara-cara melakukan kajian yang diberikan ketika kelas. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada hari tersebut juga iaitu pada 19 Mei 2014. Perbincangan diadakan dengan kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian. Perbincangan kali pertama lebih kepada lontaran idea-idea sahaja. Perbincangan dilakukan secara kasual dengan masing-masing mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat kajian. Kesemua ahli kumpulan menyatakan pernah membuat kajian lapangan. Kami juga membincangkan mengenai pelupusan sampah sarap di Perak. Pendek kata, pada perbincangan pertama ini, kami hanya mengutarakan pendapat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman masing-masing mengenai isu alam sekitar. Pada akhirnya, perbincangan ini berakhir dengan setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk mencari kawasan yang mengalami masalah alam sekitar.Perbincangan seterusnya diadakanseminggu selepas hari itu iaitu pada 26 Mei 2014. Perbincangan tersebut dijalankan di dalam kelas selepas waktu kuliah. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami telah memberikan cadangan tempat kajian. Akhirnya kami memilih Kawasan Pelupusan Sampah Dennistown, atas sebab lokasi berhampiran dengan kediaman ahli-ahli kumpulan dan lokasi yang strategik. Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan tugasan-tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk memastikan kerjasama diperolehi daripada setiap ahli kumpulan. Ekoran itu, pembahagian tugasan ini juga memastikan kajian ini berjalan lancar tanpa masalah yang serius. Tugasan juga dibahagikan secara adil dan saksama. Setiap ahli kumpulan kami juga diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi memastikan langkah seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat diaturkan.Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah dilalui oleh setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa menyiapkan kajian ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang untuk memastikan fokus penyiasatan kami adalah tepat dengan tajuk yang dikehendaki. Kami juga perlu memastikan setiap ahli kumpulan diagihkan kerja secara adil supaya tidak berlakunya pertelingkahan antara anggota kumpulan kerana kami prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pelajar dan pendidik.Setelah itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan kajian. Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi perbincangan kerana masalah peribadi. Selain itu, maklumat yang diperlukan juga sukar untuk diperolehi kerana tiada data yang kukuh mengenai kawasan pelupusan sampah Dennistown yang merupakan skop kajian kumpulan kami. Kami juga menghadapi kekangan masa masing-masing mempunyai komitmen dengan sekolah dan pusat pengajian. Selepas itu, kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan tarikh untuk melakukan kajian di Dennishtown kerana ramai ahli kumpulan yang sibuk dengan urusan peribadi dan pengajian. Ketua kumpulan kami menyarankan agar kajian dijalankan pada 11 Jun 2014 dari pukul 2 hingga 6 petang. Semua ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan memandangkan tidak mempunyai masa lain yang semua ahli kumpulan dapat menghadiri kerja lapangan tersebut. Kami menyewa sebuah kereta daripada seorang rakan kami dan kos sewa serta kos minyak ini ditanggung oleh setiap anggota kumpulan bersama.

2.2Perlaksanaan Kerja LapanganKami bertolak ke Kawasan Pelupusan Sampah Dennistown pada pukul 2 petang dari Pusat Bandar, Parit Buntar. Kami tiba pada pukul 2.15 petang. Perjalanan tidak mengambil masa yang panjang kerana lokasi berhampiran dengan tempat kami berkumpul. Setelah kami tiba, kami terus meninjau kawasan sekitar pelupusan sampah iaitu tempat perlaksanaan projek ini. Kami bernasib baik kerana mendapat kerjasama dari penduduk setempat. Gambar-gambar kawasan kajian telah kami lampirkan.Pada pukul 5, lawatan kami kawasan pelupusan sampah telah berakhir. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk setempat yang sudi memberi kerjasama kepada kami. Selepas itu, kami berhenti minum sambil berbual-bual. Pada pukul 5.30, kami pulang ke rumah masing-masing.Di setiap bahagian tersebut dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Kami dapat menyelesaikan masalah kecil dengan adanya kerjasama dan tidak mementingkan diri dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap orang memainkan peranan masing-masing dan mempunyai sikap bekerjasama yang baik untuk akhirnya menjayakan projek kami ini.

3.0 PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG DIALAMISemasa perlaksanaan kajian ini, pelbagai perkara telah kami pelajari. Antaranya, kami mempelajariisu semasa berkaitan masalah pelupusan samah parapdalam sesebuah kawasan. Hal ini kerana, kajian yang dibuat oleh kumpulan kami memberi fokus kepada masalah alam sekitar dalam kawasan setempat secara spesifiknyaKampung Dennishtown. Jadi, kami mempelajari punca, kesan dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Kami juga dapat melihat kesan-kesan masalah yang ada dan kesan-kesan kepada kawasan sekitar. Selain dari itu, kami juga mempelajari bagaimana untukbekerjasama dalam sebuah kumpulan.Dalam kajian ini, kerjasama sangat penting kerana jika terdapat pertelingkahan sesama ahli kumpulan, perkara ini boleh menyebabkan kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Disebabkan wujudnya kerjasama antaraahli kumpulan, kajian kami dapat diselesaikan dengan lancar dan tepat pada waktu yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan diminta untuk mengumpul tugasan-tugasan yang diberikan kepada ketua kumpulan untuk tujuan menjadikannya sebagai satu laporan. Pada waktu yang sama, setiap ahli kumpulan akan bersama untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada supaya dapat dibetulkan maka tiada sebarang kesalahan wujud.Selain itu, kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara ahli kumpulan. Oleh sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli kumpulan yang berlainan, perbincangan perlu dilakukan dan persetujuan untuk menggunakan alternatif yang terbaik perlu dikenal pasti. Kami juga mempelajari sikap bertolak ansur sesama ahli kumpulan dan sanggup menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan hati yang terbuka untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu, kami juga belajar bahawa kritikan amat penting kepada setiap individu untuk menambah baik diri lagi serta belajar daripada kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.

4.0 KELEMAHAN SEMASA MENJALANKAN KAJIANSepanjang menjalankan kajian, kami telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di mana ianya dapat diterima secara terbuka oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan yang paling utama adalah kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Kesedaran yang kurang mengenai tanggungjawab masing-masing ini kebanyakannya adalah berpunca tentang kecuaian diri sendiri.Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan kami untuk menyesuaikan keadaan diri dengan pengajian dan kerjaya. Walaupun kami sudah mempunyai modul subjek awal tetapi tidak membuat langkah yang sepatutnya dalam gerak kerja kami. Kami seolah-olah menganggap yang kami mempunyai banyak masa lagi di mana. Kami gagal untuk membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan gerak kerja hanya dilakukan setelah mendapat desakan daripada ahli kumpulan yang lain ataupun setelah diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.Kesemua ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima asalkan kesemua tugasan masing-masing dapat disiapkan dan dikumpul di mana seterusnya ia dapat dihantar kepada pensyarah sebelum tarikh akhir penerimaan. Kami menggunakan pengalaman ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi mengulangi kesilapan ini dan melaksanakan setiap tugasan dengan cepat supaya tidak lagi perlu tergesa-gesa menyiapkannya.Kelemahan seterusnya yang dapat dikenal pasti adalah kekurangan pengetahuan tentang isu alam sekitar khususnya dalam bidang pelupusan sampah sarap. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, dengan kesemua ahli kumpulan kami mempunyai latar belakang sebagai pelajar pendidikan awal kanak-kanak, kami kekurangan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kami telah berkongsi pendapat dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dari orang ramai dan pihak yang sepatutnya.

5.0 KEKUATAN SEMASA MENJALANKAN KAJIANDi samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kumpulan, kami juga telah dapat menemui dan mengenal pasti kekuatan-kekuatan kumpulan kami.Kekuatan ataupun kelebihan pertama yang dapat kami kenal pasti adalah komunikasi yang mudah diwujudkan antara setiap ahli. Seperti yang telah dinyatakan, kesemua ahli kumpulan kami adalah daripada jurusan yang sama. Hal ini bermakna kami dapat bertemu satu sama lain kerap maka masa perjumpaan dapat ditetapkan dengan mudah. Selain itu, kami juga terdapat di tempat yang sama maka perjumpaan dapat dijalankan dengan mudah di perpustakaan. Perkara ini amat penting kerana hal ini bermaksud tidak berlakunya perselisihan faham antara ahli kumpulan yang akan menangguhkan penyiapan projek ini.Kelebihan seterusnya ialah, sebelum ini, kami telah mempunyai pengalaman dalam membuat kerja secara bersama. Pembelajaran dalam maktab yang banyak memerlukan pembentukan kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan telah memberi kami peluang membuat kerja bersama-sama sebelum ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, hampir semua tingkah laku ataupun kebiasaan setiap daripada kami telahdapat difahami. Hal ini banyak membantu dalam menyiapkan kajian dalam masa yang singkat kerana kami sudah pun mengenali ahli kumpulan kami maka semasa pembahagian tugasan, kami dapat mengoptimumkan kekuatan setiap ahli kumpulan.Selain itu, tabiat belajar yang sama juga menjadi salah satu kelebihan ataupun kekuatan kami. Kami semua sebagai pelajar telah bekerja keras untuk memasuki maktab maka kami semua tahu bahawa kami memang individu yang mampu mencari jalan penyelesaian sekiranya kami bertemu dengan halangan.Sekiranya ada sesuatu permasalahan ataupun persoalan yang timbul dalam membuat tugasan ini, kami akan berjumpa di perpustakaan bagi menyelesaikannya. Masalah atau persoalan yang timbul bukan sahaja dapat diselesaikan, ianya juga diselesaikan dapat masa yang singkat. Ekoran itu, sekiranya kami berdepan dengan sesuatu masalah yang tidak kami selesaikan walaupun telah berbincang secara berkumpulan, kami akan membuat perjumpaan dengan pensyarah kami supaya beliau dapat memberi idea-idea beliau agar masalah kami dapat diselesaikan.Kekuatan yang seterusnya ialah komitmen dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan yang tidak terhingga-hingga. Kami telah berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan lain yang mengemukakan masalah utama yang dihadapi adalah ahli kumpulan yang kurang komited. Hal ini merupakan masalah yang besar kerana tanpa kerjasama dan komitmen yang mencukupi daripada semua ahli kumpulan, projek besar ini tidak akan dapat disempurnakan. Selain itu, kerjasama amat penting kerana semua ahli kumpulan patut memberi input dan idea agar idea yang paling efektif dapat dipilih. Justeru, jika sebuah kumpulan menghadapi masalah, semua ahli kumpulan patut bekerjasama untuk menyelesaikannya dan tidak hanya bergantung kepada beberapa ahli kumpulan. Hal ini akan menimbulkan stres dan tekanan kepada beberapa ahli kumpulan tersebut yang mungkin akan menjejaskan kesihatan dan prestasi akademik mereka dalam mata pelajaran lain yang juga amat penting.

6.0 LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PEMBAIKANLangkah-langkah dan cadangan penambahbaikan yang telah kami persetujui bersama adalah melibatkan kerja-kerja refleksi. Seperti yang telah dinyatakan, kami telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap ahli kumpulan agar ia dapat dijadikan pengajaran supaya tidak lagi diulangi pada masa depan.Kami patut menyediakan kalendar yang membolehkan kami merancang semester kami. Perkara ini walaupun boleh dianggap sebagai langkah yang digunakan sebagai seorang pelajar sekolah rendah atau menengah tetapi langkah ini amat efektif dan patut lagi dipraktikkan di Maktab. Sebagai pelajar perancangan masa memang perkara yang berat dan susah pada mulanya. Kami patut sedar dari awal beban dan tanggungjawab kami dalam semester maka perancangan yang diperlukan dapat diambil. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya stres kepada seorang pelajar.Kami juga sedar bahawa masyarakat kini kurang sedar akan kepentingan alam sekitar. Hal ini amat membimbangkan, kerana alam sekitar merupakan salah satu anugerah tuhan yang tidak ternilai. Melalui projek kami ini, kami sedar kepentingan alam sekitar serta kami juga rasa bimbang kerana alam sekitar dalam negara kita semakin dicemari dan berkurang. Kami bercadang agar kempen-kempen haruslah dijalankan. Kempen-kempen ini tidak perlu berskala besar seperti peringkat negeri ataupun negara. Kempen-kempen ini hanya berskala Maktab kami juga memadai kerana sekurang-kurangnya lebih banyak orang sedar akan kepentingan sumber ini.Dengan mengambil langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas, segala masalah dan kekusutan yang akan timbul pada masa depan semasa membuat kajian akan dapat diatasi. Selain itu, kerjasama sesama ahli kumpulan adalah kunci segala-galanya. Hal ini penting bagi memahami setiap ahli kumpulan kami dan saling membantu dalam menyiapkan kajian ini.

7.0 PENUTUPSebagai kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, tugasan kajian yang telah dilaksanakan oleh kami banyak membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mampu bekerja dalam satu kumpulan.Segala usaha kami dalam menyelesaikan kajian ini mendatangkan hasil apabila ianya telah lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan kajian ini merupakan hasil daripada kerjasama setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan daripada pensyarah juga tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian ini mengikut kehendak pensyarah.Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami membentang idea kajian ini juga banyak membantu. Ulasan-ulasan serta kritikan yang diberikan oleh pensyarah dalam waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam membuat kajian ini.Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak yang membantu kami dalam membuat kajian ini.1