Refleksi Amali Gerko Olahraga Waj 3112

download Refleksi Amali Gerko Olahraga Waj 3112

of 3

Transcript of Refleksi Amali Gerko Olahraga Waj 3112

REFLEKSI AMALI GERKO OLAHRAGA WAJ 3112Bagi menyempurnakan Amali Gerko Olahrga WAJ 3112, kami pelajar semester 5 telah melaksanakan tiga aktiviti Iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan, larian 7 km, dan sukantara di mana kami harus menjadi pengelola dan pengurus ketiga-tiga aktiviti tersebut sebagai salah satu aktiviti institut. Kami telah membahagikan tugas serta jawatankuasa bagi setiap aktiviti mengikut kelas memandangkan ketiga-tiga aktiviti ini adalah tugasan wajib bagi pelajar semester 5 dan setiapa pelajar harus mengambil bahagian dalam urusan pengelolaan untuk subjek WAJ 3112.Larian 7km yang diadakan pada 19 Januari 2013 telah dikelola oleh pelajar semester 5 jurusan bahasa inggeris ( TESL) bertempat di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Larian ini diwajibkan untuk pelajar semester 5 untuk menajdi peserta dan saya telah mendapat tempat ke 12 dalam larian ini. Walaupun larian ini hanya diwajibkan untuk pelajar semester 5, ia telah mendapat sambutan daripada ramai pelajar daripada IPG semester lain, pensyarah dan kakitangan institut. Ini membuktikan bahawa aktiviti seperti ini sangat bagus dan memberi kesan yang positif dalam kalangan warga kampus. Antara kelemahan yang saya perhatikan untuk aktiviti ini ialah kekurangan publisiti untuk menarik lebih ramai lagi warga kampus untuk menyertai aktiviti ini. Walaubagaimanapun, aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang padu dan tahniah diucapkan kepada pelajar TESL. Sukantara pula telah dikendalikan oleh Pelajar Jurusan Pendidikan Khas Dan Kajian Sosial yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 25 hingga 28 Februari 2013. Sukantara ini juga turut diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada sebelah petang untuk tidak mengganggu waktu pembelajaran. Sukantara ini diwajibkan bagi semua pelajar IPG bagi menyumbang mata kepada rumah maisng-masing yang terdiri daripada 4 buah rumah sukan iaitu Ikhlas, Padu, Maju, Kamil. Faktor cuaca yang tidak menentu telah menjadi satu halangan besar bagi kumpulan ini dalam mengelola sukan tersebut. Namun, hasil usaha serta kerjasama yang dapat dilihat pada mereka, akhirnya sukantara tersebut telah berjaya diselesaikan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah tentang kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan. Hal ini mungkin boleh diatasi dengan mengambil tindakan yang sewajaranya terhadap pelajar yang tidak hadir sebagai langkah penambabaikkan pada masa hadapan., Pada 16 Mac yang lepas, kejohanan olahraga tahunan (KOT) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah diadakan dengan jayanya di Stadium Mini Seri Permaisuri. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari tersebut telah dikelola oleh saya dan rakan-rakan selaku pelajar jurusan Pendidikan Jasmani semester 5. Kejohanan ini juga turut melibatakan Pelajar Jurusan pendidikan Muzik sebagai pengelola aktiviti. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang wajib di seluruh IPG. Kejohanan yang melibatkan peringkat akhir dan acara balapan diadakan di stadium mini tersebut manakala acara padang seperti rejam lembing, lontar peluru, dan lempar cakera serta acara saringan balapan telah diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas beberapa hari sebelum hari kemuncak kejohanan olahraga iaitu pada 13, 14, dan 15 Mac 2013. Hari kemuncak kejohanan olahraga bermula seawal jam 8 pagi dengan acara perbarisan oleh rumah sukan dan unit beruniform seperti pengakap, pandu puteri, puteri islam, kadet remaja sekolah dan persatuan bulan sabit merah. Pasukan rumah sukan pula terdiri daripada empat buah rumah sukan iaitu ikhlas, padu, maju, dan kamil.Sebagai salah seorang pelajar semester 5, saya telah diberi amanah untuk memegang jawatankuasa makanan bersama 3 lagi rakan sepanjang kejohanan olahraga tersebut. Mesyuarat pertama untuk melantik ahli jawatankuasa telah diadakan seawal minggu pertama persekolahan iaitu awal bulan Januari. Pelbagai persiapan awal telah diadakan selepas masing-masing mendapat tugas berdasarkan jawatan yang telah dilantik untuk memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar. Setiap ketua jawatankuasa masing-masing merancang persiapan sebelum, semasa dan selepas memandangkan kami sibuk dengan pelbagai kerja lain lagi yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar. Untuk memastikan persiapan berjalan lancar dan berbincang tentang persiapan dan perjalanan kejohanan tersebut, perjumpaan bagi ahli jawatankuasa diadakan setiap minggu iaitu pada hari Khamis. Bagi saya sebagai jawatankuasa makanan, saya telah berjumpa dengan pensyarah terlibat iaitu Puan Hasnah beberapa kali untuk bertanya tentang persiapan makan sepanjang kejohanan tersebut.Hasil perbincangan daripada pensyarah terlibat, saya diarahkan untuk membuat tempahan makanan lebih awal daripada pihak kafetaria institut untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Saya juga telah berbincang bagaimana untuk menguruskan makanan dan minuman pada keempat-empat hari tersebut. selain itu, Kami juga telah memutuskan beberapa menu yang akan disediakan untuk para pegawai kejohanan pada hari KOT. Kami juga terpaksa membuat perbincangan dan berunding bersama kafetaria untuk mendapatkan harga dan menu terbaik daripada kafetaria berdasarkan kos kewangan yang telah diperuntukkan oleh pihak insititut. Semasa kejohanan, saya dan rakan setugas telah menyediakan air dan makanan untuk kesemua pensayarah dan pegawai yang terlibat. Kami juga belajar bagaimana untuk menyediakan tempat makan untuk tetamu VIP yang hadir pada hari kejohanan iaitu Timbalan Rektor IPG , Dr Lee Boon Hua bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas. Kami juga telah mengedar makanan serta air mineral untuk pegawai KOt yang sedang bertugas pada hari tersebut. Untuk acara padang dan saringan yang diadakan di padang institut, saya dan rakan-rakan hanya menyediakan air untuk semua para pegawai memandangkan kekakngan kos peruntukkan dan masa yang agak singkat untuk acara tersebut. Walaupun mengalami pelbagai masalah dari segi persiapan tempat dan kos yang diperuntukkan, saya dan rakan setugas berpuas hati kerana ia berjalan lancar hasil rundingan dengan pihak kafetaria institut. Untuk penambahbaikkan, pelajar harus mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak seperti Gardenia dan Milo untuk menampung kos makanan.Untuk KOT saya telah menyertai 4 acara iaitu acara rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru dan tarik tali dan telah berjaya medapat 2 pingat iaitu perak dan gangsa untuk acara lempar cakera dan tarik tali. Saya amat berpuas hati dengan kelancaran perjalananan kejohanan tahun ini kerana semua kami telah mendapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pelajar semester 5. Walaubagaiamanapun, antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan pada masa hadapan ialah perancangan dan persiapan yang lebih awal perlu dilakukan oleh setiap AJK untuk mengelak sebarang kesulitan di saat-saat akhir.