Refleksi Bengkel Kesantunan Berbahasa

3
REFLEKSI BENGKEL KESANTUNAN BERBAHASA Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita meneruskan lagi kehidupan di atas muka bumi ini. Sedikit perkongsian refleksi. Pada 6 Februari 2011, satu bengkel etiket sosial dan protokol pertama berkenaan dengan tajuk “ Kesantunan Berbahasa” telah Berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada kumpulan yang telah berjaya menganjurkan bengkel ini yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Muhammad Hazwan bin Hamidan, Nur Fadzlina binti Muhamad Muhaidin, Nurul Mardhiah binti Abdul Wahab dan Wan Nor Farehah binti Wan Mohamad. Pada bengkel kali ini, mereka berempat telah menjemput En. Idrulhisyam bin Ismail, Ketua Penyelaras Tutorial IPG KDRI sebagai penceramah kepada hadirin yang hadir yang terdiri dari unit PISMP PAI semester 3. Bengkel Kesantunan Berbahasa banyak memberi input-input yang berguna kepada guru pelatih sekalian lebih-lebih bila mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran ataupun di majlis-majlis rasmi. Dengan menggunakan bahasa yang betul, seseorang guru akan Berjaya menarik minat pelajar untuk terus belajar. Malah, pelajar juga turut mencontohi apa yang diamalkan oleh guru mereka terutamanya dalam berbicara dalam kalangan yang sebaya,orang yang lebih muda, orang yang lebih tua dan sebagainya.

Transcript of Refleksi Bengkel Kesantunan Berbahasa

Page 1: Refleksi Bengkel Kesantunan Berbahasa

REFLEKSI BENGKEL KESANTUNAN BERBAHASA

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan

rahmatNya dapat kita meneruskan lagi kehidupan di atas muka bumi ini. Sedikit

perkongsian refleksi.

Pada 6 Februari 2011, satu bengkel etiket sosial dan protokol pertama

berkenaan dengan tajuk “ Kesantunan Berbahasa” telah Berjaya dilaksanakan. Terima

kasih kepada kumpulan yang telah berjaya menganjurkan bengkel ini yang terdiri

daripada empat orang ahli iaitu Muhammad Hazwan bin Hamidan, Nur Fadzlina binti

Muhamad Muhaidin, Nurul Mardhiah binti Abdul Wahab dan Wan Nor Farehah binti

Wan Mohamad.

Pada bengkel kali ini, mereka berempat telah menjemput En. Idrulhisyam bin

Ismail, Ketua Penyelaras Tutorial IPG KDRI sebagai penceramah kepada hadirin yang

hadir yang terdiri dari unit PISMP PAI semester 3.

Bengkel Kesantunan Berbahasa banyak memberi input-input yang berguna

kepada guru pelatih sekalian lebih-lebih bila mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran ataupun di majlis-majlis rasmi. Dengan menggunakan bahasa yang betul,

seseorang guru akan Berjaya menarik minat pelajar untuk terus belajar. Malah, pelajar

juga turut mencontohi apa yang diamalkan oleh guru mereka terutamanya dalam

berbicara dalam kalangan yang sebaya,orang yang lebih muda, orang yang lebih tua

dan sebagainya.

Pada bengkel ini juga, En. Idrulhisyam juga banyak menekan kepada guru

pelatih sekalian berkenaan dengan teknik-teknik menarik minat pelajar dengan bahasa,

penggunaan bahasa selari dengan mimik muka, bahasa badan dan lain-lain lagi.

Semuanya itu akan dipraktikkan oleh guru pelatih di sekolah nanti. Jika kita perhatikan

suasana dunia semasa sekarang, lidah sudah menjadi satu kuasa besar. Di negara-

negara yang bergolak contohnya di Mesir, suara rakyat dapat menjatuhkan dan

menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana tidak berpuas hati dengan

pentadbirannya yang tidak telus kepada rakyat. Itulah kuasa lidah. Ada pepatah yang

mengatakan, lidah lebih tajam dari mata pedang. Dengan lidah juga, mereka mampu

menipu, memfitnah dan sebagainya.

Page 2: Refleksi Bengkel Kesantunan Berbahasa

Walaupun begitu, ada sedikit kekurangan yang tidak ketara berlaku. Pertama,

adalah kesilapan tarikh dalam penyediaan buku program bengkel etiket sosial dan

protokol “ Kesantunan Berbahasa” . Jika kita rujuk pada buku program tersebut, tarikh

yang ditulis adalah 6 Feb 2010 . Padahal tahun yang sebenar adalah 2011. Namun

begitu, ianya hanyalah kesilapan kecil dan masih boleh diperbaiki dan diambil perhatian

serius pada masa akan datang.

Bagi guru pelatih sekalian, segala maklumat dan pengalaman yang diperoleh

ketika menghadiri bengkel etiket sosial dan protokol kesantunan berbahasa ini mesti

dugunakan sebaik mungkin dalam kerjaya sebagai seorang pendidik tidak kira kepada

murid-murid, masyarakat dan sebagainya. Ilmu yang dipelajari dapat digunakan untuk

menyebarkan risalah-risalah dakwah dengan lebih berkesan kepada umat manusia di

surau-surau, masjid, sekolah dan lain-lain lagi. Bahasa yang berkesan mampu menarik

minat pelbagai golongan untuk lebih tertarik kepada apa yang hendak kita sampaikan.

Pada masa yang sama, kesantunan berbahasa yang kita amalkan juga dapat dijadikan

satu ikutan yang baik kepada masyarakat di sekolah atau sebaliknya.

Tambahan pula, kita akan selamat dari celaan atau cercaan dari masyarakat

apabila menggunakan bahasa yang sesuai kepada mereka. Malah, masyarakat juga

akan lebih tertarik kepada kita dengan kesantunan bahasa yang kita guna pakai dalam

kehidupan sehari-hari. Jadi, mudah bagi seseorang terutamanya golongan pendidik

untuk menarik perhatian ibu bapa serta masyarakat sekitar untuk sama-sama

membantu dalam pembangunan sahsiah dan prestasi akademik pelajar selaras dengan

tuntutan agama Islam sendiri dan Falsafah Pendidikan yang menitikberatkan usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani.

Kesimpulannya, segala yang baik dijadikan amal dalam kehidupan dan segala

yang berlawanan dengan yang benar itu dijadikan sempadan untuk terus-menerus

mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Akhir kata, jadilah pendidik yang mampu menjadi

ikutan yang baik kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Sekian.