Refleksi Kejohan Futsal Dan Senamrobik Satu Sukan Satu Murid Skkb 2012

3
REFLEKSI KEJOHANAN FUTSAL DAN SENAMROBIK 1 SUKAN 1 MURID SKKB 2012 Pada 10 Julai 2012, Selasa, telah berlangsungnya hari Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Semua guru dan murid turut sertai. Diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Senamrobik serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang- kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah. Oleh itu, kami telah mengambil peluang untuk mengadakan satu lagi pertandingan untuk murid yang dirasakan sesuai disertai semua murid iaitu kejohanan futsal antara murid daripada tahap 1 dan tahap 2. Penganjuran bagi kejohanan ini nyata mendapat tindak balas yang positif daripada semua guru kerana ia adalah antara aktiviti yang sangat mengujakan murid-murid di sekolah ini. Selain daripada itu murid dapat didedahkan dengan satu permainan baru bagi mereka kerana kami menganjurkan kejohanan ini untuk murid lelaki dan perempuan. Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan murid perempuan tahap satu. Saya sangat teruja

description

REFLEKSI UNTUK IPG

Transcript of Refleksi Kejohan Futsal Dan Senamrobik Satu Sukan Satu Murid Skkb 2012

REFLEKSI KEJOHANAN FUTSAL DAN SENAMROBIK 1 SUKAN 1 MURID SKKB 2012

Pada 10 Julai 2012, Selasa, telah berlangsungnya hari Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Semua guru dan murid turut sertai. Diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.Senamrobik serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah. Oleh itu, kami telah mengambil peluang untuk mengadakan satu lagi pertandingan untuk murid yang dirasakan sesuai disertai semua murid iaitu kejohanan futsal antara murid daripada tahap 1 dan tahap 2.

Penganjuran bagi kejohanan ini nyata mendapat tindak balas yang positif daripada semua guru kerana ia adalah antara aktiviti yang sangat mengujakan murid-murid di sekolah ini. Selain daripada itu murid dapat didedahkan dengan satu permainan baru bagi mereka kerana kami menganjurkan kejohanan ini untuk murid lelaki dan perempuan.

Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan murid perempuan tahap satu. Saya sangat teruja kerana pada ketika inilah saya akan gunakan segala ilmu semasa menuntut di IPG KKB dalam bidang pengurusan sukan. Saya yang juga pernah aktif dalam sukan futsal tidak merasa kekok untuk mengadili perlawanan tersebut malahan berasa seronok dan gembira melihat murid bermain dengan seronok. Semangat kesukanan yang terpancar jelas dalam setiap pasukan yang bertanding.

Saya dapat lihat kekuatan kami adalah hubungan yang baik antara kami sebagai AJK pengurusan kejohanan ini. Tanpa hubungan yang baik semestinya perkara yang dirancang sukar dilaksanakan dengan baik. Selain itu kerjasama antara kami dengan pihak sekolah yang sangat memberikan manfaat kepada kami sepanjang menjalankan kejohanan ini. Terdapat guru-guru yang membantu kami mengawal murid sepanjang kejohanan. Malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pengadil. Saya sangat gembira kerana kerjasama yang kuat ini telah membuatkan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kelemahan yang terdapat sepanjang kejohanan ini pula antaranya ialah terdapat murid yang tidak menyertai pertandingan akan membuat kacau dan sengaja membuat suatu provokasi agar guru memberikan tumpuan kepada mereka. Namun berkat kesabaran dan kesungguhan kami untuk meneruskan pertandingan dalam cuaca yang panas dan terik telah menghalang segala perkara yang tidak diingini. Selain itu, terdapat AJK yang telah kami tetapkan tidak menjalankan tugas sehingga memaksa kami sendiri yang melaksanakan tugas mereka. Namun ia hanyalah segelintir tetapi masih boleh dikawal.

Berakhirnya kejohanan futsal tersebut maka dapat dikatakan bahawa segalanya berjalan dengan lancar. Komitmen guru-guru yang baik serta penglibatan murid yang penuh sabar menantikan giliran perlawanan mereka sangat saya kagumi. Serta rakan-rakan guru pelatih selaku AJK pelaksana kejohanan ini yang masih dan sentiasa bersemangat walaupun di dalam terik mentari. Sesungguhnya dalam menguruskan kejohanan ini, ia banyak membantu saya berfikir lebih matang, rasional dan sentiasa kreatif untuk bertindak dalam sesuatu perkara. Saya akan gunakan pengalaman ini sebaik mungkin di masa akan datang. Kerana ia sungguh berharga buat saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya kami belajar daripada pengalaman.

Sekian terima kasih,SITI NOOR ASHIKIN BT ISMAIL