Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang 2015

2
REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015 (YUVARANI A/P SUBRAMANIAM) Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Yuvarani A/P Subramaniam ingin berkongsi refleksi Kejohanan Balapan dan Padang. Pada 5 Mac 2015, saya bersama-sama guru-guru pelatih semester 5 telah berjaya menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang bertempat di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini merupakan satu program tahunan maktab yang perlu diuruskan oleh semester 5 bagi memenuhi sukatan pelajaran iaitu bagi mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Kami telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tujuan utama pelaksanaan KBP ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama serta pengurusan para bakal guru ini. Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. Saya bersama dengan rakan sekelas saya diberi tugas kepegawaian. Kami telah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kami dengan penuh dedikasi dan prihatin. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab kepegawaian adalah sangat dititikberatkan dalam penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang. Ketua AJK Kepegawaian telah mengambil tindakan iaitu mengagihkan tugas dan melantikkan ketua padang dan balapan supaya tugas kepegawaian berjalan dengan lancar. Rakan sekelas saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sehingga ramai pensyarah memberi respons yang baik terhadap pelaksanaan tugas kami. Bukan itu sahaja, pegawai yang bertugas dan juga peserta menepati masa yang ditetapkan

description

refleksi

Transcript of Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang 2015

REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015(YUVARANI A/P SUBRAMANIAM)Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Yuvarani A/P Subramaniam ingin berkongsi refleksi Kejohanan Balapan dan Padang. Pada 5 Mac 2015, saya bersama-sama guru-guru pelatih semester 5 telah berjaya menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang bertempat di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini merupakan satu program tahunan maktab yang perlu diuruskan oleh semester 5 bagi memenuhi sukatan pelajaran iaitu bagi mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Kami telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tujuan utama pelaksanaan KBP ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama serta pengurusan para bakal guru ini. Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. Saya bersama dengan rakan sekelas saya diberi tugas kepegawaian.Kami telah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kami dengan penuh dedikasi dan prihatin. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab kepegawaian adalah sangat dititikberatkan dalam penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang. Ketua AJK Kepegawaian telah mengambil tindakan iaitu mengagihkan tugas dan melantikkan ketua padang dan balapan supaya tugas kepegawaian berjalan dengan lancar. Rakan sekelas saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sehingga ramai pensyarah memberi respons yang baik terhadap pelaksanaan tugas kami. Bukan itu sahaja, pegawai yang bertugas dan juga peserta menepati masa yang ditetapkan oleh AJK Pertandingan. Hal ini memudahkan AJK Kepegawaian melaksanakan tugas dengan sempurna tanpa sebarang masalah.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti melalui pelaksanaan tugas kepegawaian ini. Antaranya adalah bilangan pegawai tidak mencukupi untuk setiap acara yang berlangsung. Oleh itu, berlaku sedikit kekeliruan dan masalah semasa acara awal berlangsung pada hari 2 Mac 2015. Penambahbaikan bagi kekurangan pegawai perlu diatasi pada KBP tahun hadapan.Segala penat lelah saya terlibat dalam penganjuran KBP ini diharapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Saya bersyukur kerana telah melalui KBP ini yang banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya guna semasa berada di sekolah satu hari nanti.