Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang

4
REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DISEDIAKAN OLEH: FARAH HANI BINTI ABD HAMID Assalamualaikum W.B.T dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan saya melaksanakan serta menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang (KBP) bagi tahun 2015 ini. Kemuncak kejohanan ini diadakan pada 5 Mac 2015 dan beberapa acara akhir telah dilangsung pada beberapa hari sebelumnya. Kejohanan ini dikelolai oleh guru pelatih dari semester 5 Ambilan Januari 2013 seramai 214 orang dan terdiri daripada 10 buah kelas. Setiap kelas telah dibahagikan dengan skop tugasan masing-masing misalnya kelas saya iaitu Bahasa melayu 1 (SK) telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola bahagian- bahagian pertandingan dan juga statistik. Maka, secara tidak langsung kelas saya merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertandingan dan Statistik. Berfokuskan kepada tugasan kami sebagai AJK Pertandingan dan Statistik ini, tugasan yang kami dapat ini agak besar peranannya kerana ia merupakan dua buah jawatankuasa yang digabungkan menjadi satu iaitu pertandingan dan statistik. Oleh sebab, ahli kelas kami seramai 30 orang maka kami telah mengambil satu keputusan untuk memecahkan ahli kelas kami kepada dua mengikut jawatankuasa. Hal ini bertujuan untuk memudahkan kami untuk mengurus dan mengelola tugasan kami dengan lebih sistematik. Setelah bersetuju untuk bergerak dalam dua AJK yang berbeza, saya telah dipilih untuk berada di bawah AJK Pertandingan sebagai bendahari dan juga beberapa tugasan lain. Kami juga telah membuat skop tugasan yang lebih terperinci mengikut individu supaya kami semua faham dan nampak akan perjalanan kejohanan ini dari awal sehinggalah akhir. Setelah mencapai

description

1

Transcript of Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang

Page 1: Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang

REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

DISEDIAKAN OLEH: FARAH HANI BINTI ABD HAMID

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapat saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan saya melaksanakan serta

menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang (KBP) bagi tahun 2015 ini. Kemuncak

kejohanan ini diadakan pada 5 Mac 2015 dan beberapa acara akhir telah dilangsung pada

beberapa hari sebelumnya. Kejohanan ini dikelolai oleh guru pelatih dari semester 5

Ambilan Januari 2013 seramai 214 orang dan terdiri daripada 10 buah kelas. Setiap kelas

telah dibahagikan dengan skop tugasan masing-masing misalnya kelas saya iaitu Bahasa

melayu 1 (SK) telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola bahagian-bahagian

pertandingan dan juga statistik. Maka, secara tidak langsung kelas saya merupakan Ahli

Jawatankuasa (AJK) Pertandingan dan Statistik.

Berfokuskan kepada tugasan kami sebagai AJK Pertandingan dan Statistik ini,

tugasan yang kami dapat ini agak besar peranannya kerana ia merupakan dua buah

jawatankuasa yang digabungkan menjadi satu iaitu pertandingan dan statistik. Oleh sebab,

ahli kelas kami seramai 30 orang maka kami telah mengambil satu keputusan untuk

memecahkan ahli kelas kami kepada dua mengikut jawatankuasa. Hal ini bertujuan untuk

memudahkan kami untuk mengurus dan mengelola tugasan kami dengan lebih sistematik.

Setelah bersetuju untuk bergerak dalam dua AJK yang berbeza, saya telah dipilih untuk

berada di bawah AJK Pertandingan sebagai bendahari dan juga beberapa tugasan lain.

Kami juga telah membuat skop tugasan yang lebih terperinci mengikut individu supaya kami

semua faham dan nampak akan perjalanan kejohanan ini dari awal sehinggalah akhir.

Setelah mencapai keputusan dan kesefahaman, kami mula menggerakkan kerja-kerja awal

seperti menyediakan borang-borang pertandingan, syarat-syarat pertandingan, senarai

acara-acara yang dipertandingkan dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah apabila setiap pelaksanaan sesuatu tugasan itu pasti akan

ada kekuatan dan juga kelemahannya. Maka, dapat dinyatakan di sini beberapa kekuatan

yang kami dapat bagi melicinkan pengurusan kami. Tugasan kami sebagai AJK

Pertandingan bermula dari awal hingga ke akhir KBP ini iaitu bermula dari latihan rumah

sukan, sukantara, acara akhir dan juga acara kemuncak. Jadi amatlah penting untuk kami

mempunyai satu ikatan kerjasama yang utuh supaya kami dapat melaksanakan tugasan

yang diberi dengan lebih baik. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, kami telah

menjalankan tugasan masing-masing mengikut skop tugasan yang telah diperincikan.

Page 2: Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang

Antara kekuatan yang dapat saya nyatakan di sini ialah pengurusan AJK

Pertandingan berjalan dengan lancar bagi sesetengah perkara misalnya pengurusan

borang-borang pertandingan yang mana telah ditetapkan dua orang sahaja untuk

menyediakan semua jenis borang yang diperlukan. Hal ini kerana, kami ingin menggelakkan

daripada berlakunya kekeliruan dan kecelaruan dalam urusan ini supaya mudah untuk kami

dan juga AJK lain untuk merujuk tentang borang. Selain itu, bagi urusan pengurusan atlet

kami telah mengamanahkan kepada setiap penyelaras rumah sukan untuk menjadi

perantara antara kami dengan peserta-peserta. Tetapi penyelaras rumah sukan tidak

dibenarkan sesama sekali untuk terlibat dalam urusan pemilihan atlet dan mereka hanyalah

sebagai pemantau sahaja. Sehubungan dengan itu, hal ini telah memudahkan untuk setiap

ketua rumah sukan untuk berhubung dengan kami sekiranya terdapat perkara yang menjadi

kemusykilan.

Di samping itu juga, urusan atlet sewaktu acara kemuncak juga agak berjalan

dengan lancar kerana kami semua peka dengan tugas-tugas yang telah diagihkan sebelum

acara kemuncak berlangsung. Malah, hubungan dan komunikasi kami dengan pihak

juruhebah dan protokol juga lancar kerana kami dapat saling bantu-membantu dan

berkolaborasi dengan baik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Seterusnya ialah tentang

pengurusan nombor-nombor peserta termasuklah peserta-peserta jemputan yang mana

urusannya sangat lancar dan tidak ada berlaku pertindihan nombor antara peserta. Semasa

berlangsungnya kemuncak kejohanan, kami telah disediakan dengan satu khemah urusetia

yang mana ia telah memudahkan kami untuk bekerja dan juga mengumpulkan atlet-atlet

bagai setiap cara. Malah, peserta-peserta juga dapat terus berhubung dengan kami di

khemah urusetia sekiranya terdapat sebarang masalah.

Di samping kekuatan terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh

kami, antaranya ialah sebelum melaksanakan sesuatu tugasan hendaklah kita untuk

memahami sesuatu tugasa itu terlebih dahulu supaya mudah untuk kita semua bergerak

kerja bersama-sama. Hal ini kerana, ada di antara kami yang kelihatan tidak memahami

skop tugasan yang telah diedarkan dan perkara sebegini haruslah dielakkan kerana ia

membuatkan komunikasai antara kami tidak tercapai apabila ada segelintir antara kami tidak

memahami tugasan tersebut. Selain itu, maklumat-maklumat dari pihak AJK Induk juga tidak

sampai sepenuhnya kepada kami sehingga ada beberapa kali kami telah kelewatan untuk

memaklumkan sesuatu perkara. Untuk mengelakkan dari hal ini terjadi, ketua AJK perlulah

memainkan peranan yang lebih aktif dan memahami maklumat tersebut terlebih dahulu

sebelum menyampaikan kepada kami AJK-AJK pengerak ini supaya dapat menjalankan

tugas dengan lebih berhemah.

Page 3: Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang

Sehubungan dengan itu, integriti kami dalam melaksanakan sesuatu tugasan juga

perlulah dipertingkat kerana ada di antara kami yang tidak turut serta memberi kerjasama

dalam tugasan ini seperti tidak turun pada setiap petang dan ada juga yang bersikap endah

tidak endah dengan tugasannya. Oleh itu, apa yang dapat saya perkatakan di sini ialah

setiap tugasan yang dilaksanakan itu haruslah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan

rasa tanggungjawab supaya seronok bekerja bersama itu dapat dipupuk.

Sekian, terima kasih.