Refleksi Kelab Dan Persatuan

download Refleksi Kelab Dan Persatuan

of 2

Transcript of Refleksi Kelab Dan Persatuan

  • 7/24/2019 Refleksi Kelab Dan Persatuan

    1/2

    REFLEKSI (HEU WAI YEE)

    Sepanjang pameran bagi Kelab dan Persatuan, kerjasama antara guru

    pelatih dapat dilihat dengan jelas terutamanya semasa menyediakan tempat

    pameran. Walaupun guru pelatih terdiri daripada kaum yang berbeza, namun merekasaling menghormati dan bekerjasama semasa pameran ini dijalankan. Sebagai

    contoh, apabila kami membuat persediaan untuk tempat pameran, setiap guru

    pelatih membantu untuk mengangkat alatan yang diperlukan. Selain itu, semua guru

    pelatih juga melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing semasa aktiviti

    berlangsung. ontohnya, guru pelatih akan membantu untuk menjaga tempat

    pameran pada hari tersebut.

    Walau bagaimanapun, saya juga dapat lihat kelemahan semasa

    perlaksanaan program ini. !leh sebab pergerakan pengarah tidak dimaklumkan

    terlebih dahulu, kami tidak bersedia untuk mempamerkan produk yang kami

    hasilkan. "aka, berlakunya sedikit kelam-kabut semasa pengarah mengunjungi

    booth pameran kami.

    Semasa perlaksanaan program ini, guru pelatih berpeluang untuk

    mempelajari cara untuk menghasilkan sesuatu barangan dengan menggunakan

    bahan terbuang. #al ini kerana kelas kami diletakkan di bawah Kelab $lam Sekitar.

    !leh itu, produk kami perlulah berkaitan dengan alam sekitar. %ni menyebabkan

    pencetusan idea dari kelas kami untuk menggunakan bahan terbuang untuk

    menghasilkan produk kami.

    Selain itu, melalui program ini guru pelatih juga dapat mengetahui bagaimana

    sesebuah pameran dijalankan terutamanya dari segi cara perancangan aktiviti untuk

    memastikan sesebuah pameran dijalankan dengan lancar. Seterusnya, guru pelatih

    juga dapat mengetahui cara untuk menghasilkan produk dengan menggunakan

    bahan terbuang dengan baik. Selain itu, melalui program ini dapat meningkatkan

    kesedaran kami tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dan

    cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Seterusnya, kami juga menyedari

    bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kami bersama. %ni dapat

    membantu dalam meningkatkan kebolehan guru dari segi budi pekerti mulia kerana

    mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja mengajar kami untuk

    menjadi seorang guru yang dedikasi dalam pengajaran, malah juga perlu menjadi

  • 7/24/2019 Refleksi Kelab Dan Persatuan

    2/2

    seorang guru yang bertanggungjawab dari segi perlaksanaan tugas untuk menjadi

    guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.