refleksi keluarga angkat

7
Refleksi HARI PERTAMA ABDUL HALIM BIN ROSELI Program Bina Insan Guru kali ini meminta kami untuk melaksanakan aktiviti program anak angkat. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kami tentang asam garam dalam kerjaya sebagai guru ini. Di samping mendedahkan kami untuk lebih mesra dan mengambil tahu dengan masyarakat sekeliling. Pada hari pertama, kami telah disambut dengan meriah ketika menjejakkan kaki ke SK Pulai Sebatang. Orang kampung telah mengalu-alukan ketibaan kami dan ianya sangat menyeronokkan. Setelah bersalaman dengan orang kampung, kami semua menuju ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat program. Kami mendengar taklimat dan kata aluan daripada setiausaha JKK Kampung Pulai Sebatang iaitu Puan Faizah. Puan Faizah juga sempat memaparkan satu persembahan power point berkaitan kampung tersebut. Hal ini supaya kami lebih mengenali serta mengetahui serba sedikit berkaitan dengan Kampung Pulai Sebatang. Pada waktu malam pula, aktiviti ceramah pendidikan ibu bapa diadakan pada jam 9 malam di dewan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Ceramah tersebut akan disampaikan oleh salah seorang pensyarah IPTHO iaitu Dr. Hairudin Bin Mohd Amin. Semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat, selepas mendengar sedikit taklimat daripada pengurusi program iaitu Saudara Mohamad Ayub

Transcript of refleksi keluarga angkat

Page 1: refleksi keluarga angkat

Refleksi HARI PERTAMA

ABDUL HALIM BIN ROSELI

Program Bina Insan Guru kali ini meminta kami untuk melaksanakan aktiviti

program anak angkat. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kami tentang

asam garam dalam kerjaya sebagai guru ini. Di samping mendedahkan kami untuk

lebih mesra dan mengambil tahu dengan masyarakat sekeliling.

Pada hari pertama, kami telah disambut dengan meriah ketika menjejakkan

kaki ke SK Pulai Sebatang. Orang kampung telah mengalu-alukan ketibaan kami dan

ianya sangat menyeronokkan. Setelah bersalaman dengan orang kampung, kami

semua menuju ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat program. Kami mendengar

taklimat dan kata aluan daripada setiausaha JKK Kampung Pulai Sebatang iaitu Puan

Faizah. Puan Faizah juga sempat memaparkan satu persembahan power point

berkaitan kampung tersebut. Hal ini supaya kami lebih mengenali serta mengetahui

serba sedikit berkaitan dengan Kampung Pulai Sebatang.

Pada waktu malam pula, aktiviti ceramah pendidikan ibu bapa diadakan pada

jam 9 malam di dewan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Ceramah tersebut akan

disampaikan oleh salah seorang pensyarah IPTHO iaitu Dr. Hairudin Bin Mohd Amin.

Semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat, selepas mendengar sedikit taklimat

daripada pengurusi program iaitu Saudara Mohamad Ayub Bin Mohamad Noor

berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari kedua kami disana.

Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang

berakhlak mulia, prihatin, bersemangat juang yang tinggi, berketrampilan, bermanfaat

kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang

jitu. Antara objektif program ini adalah mendekatkan diri dengan masyarakat setempat

yang sesuai dengan profesion perguruan seterusnya dapat menguasai kemahiran

interpersonal.

Page 2: refleksi keluarga angkat

Kesimpulannya, tugasan BIG ini sangat bagus untuk di laksanakan oleh guru

pelatih kerana melalui program ini, pelbagai pengalaman berguna boleh dikumpul dan

diaplikasikan ketika menjadi guru di sekolah kelak. Melalui tugas ini juga,saya sebagai

guru pelatih perlu menimba pelbagai pengalaman yang boleh dijadikan bekalan untuk

lebih berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta bersiap sedia untuk

menghadapi halangan dan cabaran yang bakal saya tempuhi sewaktu bergelar guru

suatu hari kelak. Selain daripada itu juga, melalui pengalaman ini juga,saya dapat

mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini secara

tidak langsung, dapat melahirkan idea-idea kreatif yang dapat memberansangkan

perasaan ingn tahu murid-murid sekolah. Saya amat berpuas hati dengan segala

kerjasama yang ditunjukan oleh pihak sekolah dengan pihak kami.

Refleksi HARI KEDUA

Page 3: refleksi keluarga angkat

ABDUL HALIM BIN ROSELI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang telah

saya lalui, secara tidak langsung saya dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan

diri sebagai insan guru secara berterusan.

Ketika melaksanakan BIG kali ini saya, salah satu slot aktiviti yang saya suka

ialah membantu penduduk kampung untuk mengecat rumah seorang penghuni

kampung tersebut. Secara tidak langsung, saya dapat menyemai semangat kesyukuran

saya kepada Tuhan kerana memberi saya kesenangan hidup serta dapat hidup dalam

keadaan yang bersederhana. Saya ditugaskan untuk mengecat rumah tersebut dengan

warna biru. Semasa melaksanakan aktiviti mengecat tersebut, saya dapat belajar

tentang cara-cara mengecat yang betul. Memang tidak dinafikan juga, sewaktu di

kampung saya, saya juga pernah mengecat rumah saudara saya. Dapat juga saya

merasakan suasana kampung walaupum kini saya berada di perantauan.

Salah satu aktiviti ialah mengadakan sukaneka di padang Sekolah Kebangsaan

Pulai Sebatang. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh

pendudukan kampung kerana turut hadir bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan

serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang telah kami sediakan. Antara aktivitinya

ialah pertandingan futsal, boling kelapa, isi air dalam botol, bola angina dan membawa

getah menggunakan straw. Melalui aktiviti sukaneka ini, pengalaman yang

menyeronokkan dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan. Hubungan di antara kami

bersama orang kampong menjadi semakin rapat. Saya amat berpuas hati dengan

kerjasama yang ditunjukkan oleh pendudukan kampung kerana turut hadir bagi

memeriahkan aktiviti yang dijalankan serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang

telah kami sediakan.

Page 4: refleksi keluarga angkat

Pada sebelah malam pula, pada pukul 9.00 malam, kami dalam kumpulan

masing bersiap sedia untuk melakukan persembahan kami untuk dipertontonkan

kepada penduduk kampung Pulai Sebatang. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan di

mana setiap kumpulan membuat persembahan yang berbeza seperti nyanyian,

lakonan, sketsa, tarian, puisidra dan pentomen. Pada malam tersebut, kami berasa

amat seronok kerana dapat bersama-sama memeriahkan malam terakhir kami di

kampung Pulai Sebatang bersama keluarga angkat kami

Page 5: refleksi keluarga angkat

Refleksi HARI KETIGA

ABDUL HALIM BIN ROSELI

Pada hari ketiga pula, aktiviti 10,000 langkah bersama dengan penduduk

kampung dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang telah dijalankan.

Setelah hampir 45 minit berjalan kaki, akhirnya sampai ke destinasi yg pertama iaitu

Wednesday Ditch Farm iaitu sebuah ladang kuda yang diusahakan oleh jurutera yang

merupakan salah seorang penduduk kampung tersebut. Kami berkesempatan melihat

beberapa ekor kuda miliknya dan beliau juga telah menerangkan beberapa fakta

mengenai kuda kepada kami. Banyak ilmu-ilmu baru yang berkaitan dengan kuda kami

perolehi daripada pengusaha lading tersebut. Secara tidak langsung, saya berasa

berminat untuk memiliki ladang kuda seperti pengusaha tersebut.Ianya satu

pengalaman yang amat menyeronokkan.

Setelah aktiviti 10000 langkah selesai, upacara penutup telah dijalankan.

Semasa aktiviti penutupan berlaku, perasaan sedih amat dirasai kerana terpaksa

berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Di sini,saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada penduduk kampung kerana memberi kerjasama yang amat

padu kepada kami kerana telah bersama-sama membantu kami sepanjang kami

melaksanakan program BIG ini secara tidak langsung mahupun secara langsung. Tidak

lupa juga kepada ibubapa angkat saya iaitu Pn Faziah sekeluarga kerana sudi

menerima saya sebagai anak angkat serta menyediakan tempat tinggal yang amat

selesa serta menyediakan makan minum yang cukup kepada saya dan rakan

seperjuangan saya yang lain. Saya berasa amat seronok dan senang untuk berbual

dengan ibubapa angkat saya kerana mereka mudah untuk di bawa berbual di samping

saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakang keluarga saya serta

dapat menambah pengetahuan saya untuk mengetahui sejarah silam Kampung Pulai

Sebatang.

Page 6: refleksi keluarga angkat