Refleksi Kokorikulum Persatuan Seni Budaya WAJ 3113

download Refleksi Kokorikulum Persatuan Seni Budaya WAJ 3113

of 4

description

efleksi Kokorikulum Persatuan Seni Budaya WAJ 3113

Transcript of Refleksi Kokorikulum Persatuan Seni Budaya WAJ 3113

REFLEKSI INDIVIDUAL KOKORIKULUM PERSATUAN SENI BUDAYA NAMA: CHONG MUN YEEOpsyen: PISMP AMBILAN JAN 2013 BCSK "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah menubuhkan sebuah Persatuan dan menganjurkan aktiviti persatuan. Melalui perbincangan, kami membuat keptusan untuk membuat lawatan ke Taman Mini Malaysia& ASEAN Park dan Muzium Baba Nyonya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat pengunjung yang kaya dengan unsur kebudayaanLawatan ini telah disertai oleh 17 orang guru pelatih BC(SK) serta seorang pensyarah pembimbing iaitu Puan Yeoh Siok Tee. Lawatan ini bermula seawal jam 7.00 pagi iaitu kami bertolak dari Institusi Pendidikan Perguruan Tun Hussien Onn. Pada jam 9.00 pagi kami tiba ke destinasi dituju dan disambut mesra oleh pegawai bertugas di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park tersebut. Kami telah diberi taklimat ringkas sebelum aktiviti bermula.Slot pertama kami di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park iaitu membuat lawatan ke rumah-rumah pelbagai negeri di Malaysia. Dalam slot ini kami telah diberikan masa selama 1 jam untuk mengunjungi rumah-rumah Malaysia dan menyaksikan rumah-rumah tradisional yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisonal di kesemua 13 negeri di Malaysia. Saya dan rakan-rakan sangat teruja dan bersyukur kerana diberi peluang menyaksikan keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan saya mengenali setiap negeri di Malaysia di Malaysia dengan lebih dekat lagi.Selepas itu, kami bermula membuat lawatan kajian dan slot soal selidik. Kami telah menemu bual beberapa pekerja di Mini Malaysia dan Asean Park tentang tajuk kajian kumpulan saya iaitu seni binaan. Slot ini secara tidak langsung telah membentuk diri kami menjadi yakin dengan kebolehan diri yang belum pernah diteroka sebelum ini. Kami lebih berani untuk berkomunikasi dengan orang lain. Keyakinan diri sebegini sangat penting untuk diterapkan ke dalam seorang pendidik supaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa depan.Tepat jam 11.00 pagi kami semua berkumpul dipentas terbuka di Mini Malaysia dan Asean Park untuk menyaksi Persembahan Tarian Eksklusif Mini Malaysia. Di sana kami disajikan dengan persembahan yang terdiri daripada beberapa penari. Kami sangat teruja dan ditarik minat dengan persembahan mereka itu kerana tidak menyangka tarian tradisional Melayu mempunyai pelbagai jenis seperti tarian Zapin, tarian Jongket dan sebagainya. Persembahan ini telah mendalami pemahaman saya terhadap kaum Melayu.Selepas menjamu selera tengah hari, kami bertolak ke rumah muzium Baba dan Nyonya. Muzium ini dahulu merupakan sebuah kediaman milik Baba Chan Cheng Siew dan menjadikan rumah ini sebagai tempat tinggal untuk 4 generasi Baba Chan sebelum ianya dijadikan Rumah Muzium. Ketika di dalam muzium, kami telah dilayan dan diterangkan oleh staff yang berugas berkenaan dengan sejarah di setiap pelosok di dalam rumah bersejarah ini. Banyak perkakas dan perabot lama dan antic di sini yang berciri budaya dan adat baba nyonya.Di awal perangkaan bagi menjalankan projek ini, saya sangat takut dan risau untuk melaksanakannya tambahan pula saya tidak berpengalaman mengendalikan projek yang besar. Tanpa pengalaman dalam menjayakan projek seperti ini, menambahkan lagi kebimbangan untuk merangka satu aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diajar nanti. Walaubagaimanapun, semangat saya tidak rapuh sama sekali. Berasaskan kepada pengetahuan yang diperolehi semasa menjayakan aktiviti di maktab dan juga bimbingan dari guru pembimbing Puan Yeoh, kami cuba untuk merangka satu lawatan yang dapat menarik minat dan merangsang minat untuk terlibat secara aktif dalam lawatan ini.Sebagai guru, saya tidak harus lemah semangat dan berputus asa. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kami tidak mahu apa yang saya lakukan ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Berpegang kepada prinsip itu, saya dan rakan cuba untuk membuat yang terbaik. Saya turut membuat rujukan berdasarkan sumber lain dan bertanya kepada guru pembimbing saya dan juga merupakan guru pembimbing Persatuan Seni, Pn Yeoh bagi mendapatkan sumber dan idea yang lebih baik. Saya bersyukur kerana mendapat beliau sebagai guru pembimbing dan penasihat saya dalam aktiviti yang dirancangkan ini. Banyak ilmu yang dikongsi dan diberikan tanpa lokek kepada saya. Semuanya akan saya gunakan sepanjang perjalanan saya menjadi seorang pendidik. Saya turut bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Sepanjang menjalankan program ini pensyarah pembimbing banyak membantu saya dan rakan dari segi pengurusan kerja dan input yang ingin di sampaikan. Dari ini, tidak sia-sia kami melakukan projek Persatuan Seni ini kerana kami turut disuntik nilai dari sejak awal kami ingin memulakannya. Kerjasama yang diberikan sekolah amat mengharukan kami sepanjang saya berada di sekolah. Saya turut berharap agar menjadi guru yang terbaik dalam menyebarkan ilmu kepada anak bangsa berdasarkan pengalaman yang kami terima sepanjang berada disini. Dan seterusnya mendukung hasrat yang dikehendaki Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Nilai-nilai murni seperti inilah perlu diterapkan dalam diri saya apabila menjadi guru kelak. Kerana untuk mendidik manusia, saya perlu berkorban dan berusaha gigih dan jangan pernah sama sekali berputus asa. Semoga dengan sempurnanya tugasan ini, saya akan mengaplikasikan sepenuh pengalaman dan segala ilmu yang penting agar dapat saya aplikasikan apabila saya sudah bergelar guru kelak.