Refleksi Merentas Desa 2015

3

Click here to load reader

description

refleksi

Transcript of Refleksi Merentas Desa 2015

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2013REFLEKSI

REFLEKSI INDIVIDUGambar formal(ukuran 1.5 x 1)

Nama:An nisaa binti Yusop

No Kad Pengenalan:931030-13-6060

Kumpulan / Opsyen

:PISMPMZ 1113

Refleksi Program Larian Merentas Desa Anjuran PISMP Ambilan Januari 2013

Pada 20 Januari yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah anjuran guru pelatih semester 5. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Acara ini juga membuka ruang kepada pensyarah dan staff bukan akademik menyertainya.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus serta dapat menyihatkan badan selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara pensyarah, staff-staff bukan akademik, dan guru pelatih iaitu dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal. Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7 pagi. Tapi kami pihak penganjur hendaklah tiba di dewan Sri Samarahan jam 6:30 pagi. Sebuah tempat pendaftaran untuk guru pelatih yang akan mendaftar. Semasa mendaftar, guru pelatih dibekalkan dengan nombor dan kami juga menyediakan gerai untuk guru pelatih membeli makanan dan minuman mereka untuk bersarapan pagi. Ini adalah untuk mengelakkan guru pelatih pitam atau pengsan kesan dari tidak mengambil sarapan pagi.Selepas sesi pendaftaran selesai, semua warga IPG yang terlibat dengan larian diminta ke hadapan Dewan Sri Samarahan untuk menjalankan sesi memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan otot-otot supaya mampu bergerak dengan baik semasa berlari. Sekiranya tiada aktiviti pemanasan badan dilakukan, maka risiko untuk mendapat kecederaan seperti tisu terkoyak dan sebagainya adalah tinggi. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan dijalankan supaya semua warga IPG dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya.Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, tibalah masa untuk acara merentas desa dimulakan. Pensyarah dan staff akan memulakan larian terlebih dahulu kerana jarak laluan mereka adalah pendek serta memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan sokongan padu kepada pensyarah mereka. Selain itu, ini juga memberi peluang kepada pensyarah kerana selain dapat menyertai larian, pensyarah juga dapat menunjukkan kehebatan kepada pelajarnya dalam bidang larian. Guru pelatih lelaki dilepaskan terlebih dahulu kerana jarak laluan mereka adalah lebih jauh berbanding jarak laluan guru pelatih wanita. Sepanjang larian merentas desa diadakan, Ahli Jawatankuasa penganjur mengadakan rondaan bagi memastikan guru pelatih mengambil laluan yang betul serta keselamatan terjaga. Selain itu, mereka juga akan membantu sekiranya terdapat guru pelatih yang sakit atau tidak dapat meneruskan acara. Ini membuktikan keselamatan kami terjamin. Pada masa yang sama saya sebagai ajk peralatan membantu rakan yang lain menyediakan air untuk pelari yang dapat menamatkan larian.

Selepas menamatkan larian, guru pelatih diminta untuk masuk ke dalam dewan untuk upacara penyampaian hadiah. Tempat duduk disediakan mengikut rumah sukan. Penutup acara merentas desa ini dirasmikan oleh pengarah IPG . Pemenang diumumkan dan dijemput ke hadapan. Pemenang terdiri daripada 20 orang bagi kategori guru pelatih lelaki dan wanita. Aktiviti merentas desa ini sememangnya aktiviti yang sangat sesuai untuk dijalankan kepada guru pelatih. Ini kerana, guru pelatih kurang aktif dan lebih gemar untuk tinggal di dalam bilik asrama sahaja. Oleh itu, aktiviti ini dapat menjadikan guru-guru pelatih ini lebih aktif dan dapat mengenali alam sekitar. Para guru pelatih dapat mengetahui jalan-jalan di sekitar IPG dan dapat mengenali penduduk kampung di sekitar tempat ini.

2