REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

download REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

of 5

Transcript of REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONALDISEDIAKAN : Mohamad Shazwan Bin Sulaiman

Alhamdulillah. Perkataan pertama yang lahir daripada mulut seorang penuntut ilmu untuk melahirkan kesyukuran terhadap Ilahi setelah berjaya menyiapkan tugasan dan melaksanakan amali bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini. Tanpa izin-Nya, saya tidak dapat mencari maklumat serta menyiapkan tugasan yang diberi. Di dalam tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini, saya diminta untuk menyiapkan satu tugasan yang meminta untuk menyediakan satu kertas cadangan pelaksanaan pertandingan satu permainan tradisional masyarakat di Malaysia. Bukan itu sahaja, tugasan ini juga meminta untuk melaksanakan pertandingan permainan tradisional. Semua tugasan dilaksanakan secara berkumpulan. Hanya refleksi yang merangkumi kekuatan dan kelemahan semasa perancangan dan pelaksanaan senarai penambahbaikan sahaja dilaksanakan secara individu.Tugasan ini pada awalnya dilaksanakan secara induk dan melibatkan lima buah kumpulan iaitu kumpulan bahasa cina, kumpulan pra sekolah, kumpulan matematik dan kumpulan pendidikan jasmani. Oleh kerana itu, diadakan satu hari khas untuk membincangkan serta melantik ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa pelaksana. Saya pula telah dilantik menjadi ketua ajk teknikal yang mana mempunyai beberapa individu dari kumpulan lain membantu tugas saya. Namun begitu, atas faktor-faktor tertentu, penyelaras, Encik Foazi telah melaporkan kepada ajk PJM 3112 kumpulan saya , kumpulan matematik iaitu Augustine Singga bahawa pelaksanaan karnival ini akan dilaksanakan mengikut kumpulan masing-masing dan bukan secara induk. Maka disebabkan itu, telah tertubuhnya kumpulan-kumpulan kecil dalam kumpulan pengajian masing-masing yang merangkumi 5 orang atau 4 orang dalam satu kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil ini dipertanggungjawab ke atas satu permainan tradisional. Saya telah memilih untuk bersama Lau Hao Sean , Nellson Joumin dan Epredjolly Justin dan telah diundi untuk mengelola pertandingan batu seremban.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya lihat dan saya alami sepanjang perancangan kami untuk mengadakan pertandingan batu seremban. Perancangan pertandingan batu serembanKekuatanDaripada apa yang saya lihat, kekuatan yang ada sewaktu merancang pertandingan ialah komitmen yang penuh oleh setiap ahli kumpulan dalam mencari maklumat mengenai permainan batu seremban. Saya dan rakan-rakan telah menggunakan pelbagai sumber rujukan terutamanya internet dalam mencari serba-serbi maklumat mengenai batu seremban.Bukan itu sahaja, saya berfikir bahawa permainan batu seremban ini memberi kelebihan kepada kumpulan saya oleh kerana batu seremban dimainkan hampir di seluruh dunia. Jadi maklumat serta rujukan mudah untuk diperoleh. Selain itu juga, pembahagian tugas yang sistematik antara ahli kumpulan saya memudahkan urusan dan tumpuan setiap ahli dalam menjalankan tugas. Lebih-lebih lagi dalam penghasilan kertas kerja pertandingan. Saya berpendapat komitmen dan kesungguhan setiap ahli kumpulan memudahkan penghasilan kertas kerja. Lebih-lebih lagi dalam membincangkan mengenai peraturan dan cara-cara bermain. Kami berkongsi idea dalam menentukan peraturan yang sesuai dan cara-cara bermain yang mudah difahami oleh pemain-pemain dalam pertandingan.Seterusnya, kekuatan yang seterusnya ialah alat-alat permainan yang tidak kompleks. Sebagai contohnya batu. Saya berpendapat kumpulan kami beruntung kerana kami tidak memerlukan alatan-alatan lain seperti papan congkak dan kayu-kayan tetapi hanya sekadar batu-batu kecil yang mudah diperoleh.KelemahanDi sebalik kekuatan perancangan yang dapat saya lihat, terdapat juga kelemahan kecil yang saya fikir membantutkan kelancaran perancangan kumpulan kami untuk merancang sebuah pertandingan batu seremban.Antara kelemahan yang saya lihat adalah kurangnya pengetahuan mengenai batu seremban walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan yang selalu dimainkan sewaktu kecil. Tambahan pula, saya dan ahli kumpulan saya yang lain hanya sekadar tahu melambung dan menyambut , tetapi langsung tidak tahu cara permainan sebenar dan peraturan sebenar. Lebih-lebih lagi, permainan ini lebih kepada permainan perempuan, dan kekurangan kami dapat dilihat kerana setiap ahli kumpulan kami ialah lelaki.Bukan itu sahaja, sewaktu kami merancang permainan ini, saya berfikir bahawa terdapat banyak halangan mencari buah yang sesuai. Pada awalnya kami telah memilih beberapa batu kecil tetapi pensyarah kami iaitu Encik Foazi berpendapat bahawa batu kecil tersebut tidak sesuai. Oleh kerana itu, saya dan Epredjolly telah mencari batu-batu yang lebih sesuai di kedai-kedai aquarium berhampiran IPG. Akhirnya, kami telah menemui batu yang sesuai berdasarkan ciri-ciri yang dicadangkan oleh Encik Foazi.

Pelaksanaan Pertandingan Batu SerembanSeterusnya, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya lihat dan saya alami sepanjang pelaksanaan kami sewaktu pertandingan batu seremban. KekuatanAntara kekuatan yang saya lihat daripada pelaksanaan pertandingan batu seremban ialah kelancaran pertandingan mengikut apa yang telah dirancang. Walaupun terdapat sedikit perubahan jadual pertandingan dan penambahan kumpulan yang bertanding, pertandingan tetap berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, saya juga dapat lihat kekuatan pelaksanaan pertandingan ini daripada komunikasi yang bagus antara pengelola atau pelaksana kepada pemain. Cara-cara bermain dan peraturan dipatuhi mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pengelola.Selain itu, kekuatan lain yang saya dapat lihat ialah pembahagian tugas yang teratur. Kami telah mengagihkan tugas masing-masing agar tidak berlaku kekeliruan dan pertindihan sewaktu menyampaikan maklumat kepada pemain-pemain. Saya selaku pengadil bersama epredjolly, nellson pula ditugaskan sebagai penyampai maklumat dari segi peraturan dan cara permainan kepada pemain dan Lau pula ditugaskan sebagai pengadil sampingan dan perakam detik-detik pertandingan iaitu jurugambar pertandingan.Tambahan pula, kekuatan kami ialah pengelolaan kami mengambil masa seperti mana yang telah ditetapkan oleh penilai. Walaupun jadual pertandingan berubah, tetapi kami telah berbincang untuk mengubahsuai peraturan permainan agar dapat mematuhi tempoh masa yang telah diberikan.Seterusnya, kekuatan yang dapat saya lihat ialah dari segi aspek susunan peralatan yang kemas , teratur dan selamat. Ini kerana permainan batu seremban ini tidak memerlukan peralatan yang banyak dan hanya memerlukan peralatan yang sedikit. Disebabkan itu, kami mengambil peluang dengan menjaga dengan baik agar susunannya sentiasa kemas dan teratur.Bukan itu sahaja, kekuatan lain ialah jadual permainan dan keputusan permainan dipamerkan. Ini bukan sahaja memudahkan pihak pengelola untuk mengelola bahkan membantu para pemain untuk melihat jadual pertandingan serta keputusan-keputusan permainan yang selesai bertanding.KekuranganNamun begitu, terdapat beberapa kekurangan sewaktu pengelolaan pertandingan batu seremban ini. Antaranya, kurang adil antara pemain. Walaupun permainan berjalan lancar, namun begitu, kelihatan ketara bahawa permainan ini akan dikuasai oleh pemain perempuan. Ini kerana pemain perempuan lebih mahir daripada pemain lelaki.Seterusnya, kelemahan lain ialah kawasan yang tidak menarik dan tidak dihiaskan sepenuhnya. Walaupun susunan kemas dan teratur, namun begitu, saya dapat lihat bahawa kawasan pertandingan seperti kosong dan tidak seperti sebuah pertandingan.Bukan itu sahaja, kelemahan lain yang dapat saya lihat ialah kedudukan papan skor dan peraturan. Oleh kerana tiada ruang yang sesuai, kami terpaksa menggantung papan skor dan peraturan membuatkan sedikit serabut pada tempat permainan.Kelemahan lain yang dapat saya lihat ialah kurang keseronokan. Ini kerana, permainan ini hanya terhad kepada dua pemain dalam satu pasukan. Pemain-pemain yang kadang-kadang tersilap dan mati pada giliran, tidak mendapat giliran seterusnya kerana peraturan yang telah ditetapkan sebegitu.PenambahbaikanDaripada pelaksanaan pertandingan batu seremban , terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat dan alami. Namun begitu, kelemahan adalah untuk diperbaiki dan bukan selama-selamanya kekal. Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada pelaksanaan kumpulan saya untuk memantapkan pengelolaan pertandingan batu seremban ini.Antaranya, saya mencadangkan agar menambahbaik dari segi kawasan pertandingan iaitu dari satu gelanggang kepada dua gelanggang permainan. Ini kerana permainan ini hanya melibatkan kawasan yang kecil, jadi seterusnya dengan menambah bilangan gelanggang dapat menggunakan keseluruhan kawasan. Seterusnya, kami tidak perlu lagi untuk mengubah peraturan permainan kerana kesuntukan tempoh masa tetapi hanya perlu kekal pada peraturan asal oleh kerana dua permainan berlangsung serentak.Seterusnya, saya mencadangkan agar dapat menambahbaik keadaan buah yang digunakan. Buah yang digunakan sesuai namun begitu berat buah tersebut tidak sesuai dan terlampau ringan. Jadi lebih elok untuk pengelola mencari buah permainan yang lebih sesuai sekiranya diberi masa yang lebih untuk mencari buah permainan.Akhir sekali , Penambahbaikan yang seterusnya daripada pengelolaan pertandingan batu seremban yang ingin saya cadangkan adalah kedudukan papan skor, papan jadual pertandingan dan papan peraturan permainan. Saya mencadangkan agar menggunakan papan putih untuk dijadikan tapak yang lebih kukuh daripada menggantung papan tersebut. ini kerana menggantung papan tersebut dibimbangi mencederakan mana-mana pemain atau sesiapa sahaja.Setelah melihat kelemahan , kekuatan serta cadangan penambahbaikan pengelolaan pertandingan ini, saya telah menimba pelbagai ilmu baru terutamanya cara penghasilan kertas kerja dan pengelolaan sebuah pertandingan permainan tradisional. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh banyak ilmu kendiri termasuk pengurusan masa, disiplin dan kerjasama sewaktu menjalankan tugasan.Akhir sekali, melalui tugasan ini, saya dapat mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman dan masalah-masalah yang telah terjadi sewaktu menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap bahawa tugasan ini mampu memberi ilmu yang kukuh untuk saya aplikasikan di sekolah iaitu sewaktu praktikum. InsyaAllah