Refleksi Sem 3

3
Pada 2 Mac 2015 yang lepas, kumpulan Sains (SK) dan Pengajian Cina telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan Itam. Saya secara tidak langsung dan tidak langsung telah banyak mempelajari ilmu baru di samping memantapkan lagi kemahiran yang saya miliki bukan hanya sewaktu program ini berlangsung tetapi sebelum program ini berlangsung. Pertamanya, saya belajar bagaimana tentang betapa penting dan beratnya peranan seorang ketua. Walaupun saya tidak memegang jawatan yang tinggi di dalam AJK BIG ini, namun saya telah banyak belajar dari pengerusi BIG fasa 3 ini, iaitu saudara Chua Ji Hui. Saya memuji kecekapan beliau dalam menguruskan kumpulan ini sebelum dan semasa BIG berlangsung. Ciri-ciri kepimpinan yang beliau tunjukkan menyedarkan saya betapa pentingnya peranan seorang ketua dalam sesebuah program atau organisasi. Seorang ketua yang bertanggungjawab tidak sekadar hanya memerhatikan anak buahnya bekerja tetapi harus turun padang sekali untuk kelancaran bersama. Dalam pada itu, secara tidak langsung juga saya belajar untuk bekerjasama dengan orang lain yang mempunyai pelbagai pendapat dan buah fikiran. Di sini saya sedar, tanpa kerjasama dari semua pihak, semua perkara yang dirancangkan tidak akan menjadi. Sesungguhnya. Ini bukan mudah namun di sepanjang proses ini saya menjadi lebih terbuka di mana saya belajar untuk mendengar pendapat orang lain di samping berupaya untuk menerima

description

bina insann guru

Transcript of Refleksi Sem 3

Page 1: Refleksi Sem 3

Pada 2 Mac 2015 yang lepas, kumpulan Sains (SK) dan Pengajian Cina telah

mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Haji

Hasan Itam. Saya secara tidak langsung dan tidak langsung telah banyak mempelajari

ilmu baru di samping memantapkan lagi kemahiran yang saya miliki bukan hanya

sewaktu program ini berlangsung tetapi sebelum program ini berlangsung.

Pertamanya, saya belajar bagaimana tentang betapa penting dan beratnya

peranan seorang ketua. Walaupun saya tidak memegang jawatan yang tinggi di dalam

AJK BIG ini, namun saya telah banyak belajar dari pengerusi BIG fasa 3 ini, iaitu

saudara Chua Ji Hui. Saya memuji kecekapan beliau dalam menguruskan kumpulan ini

sebelum dan semasa BIG berlangsung. Ciri-ciri kepimpinan yang beliau tunjukkan

menyedarkan saya betapa pentingnya peranan seorang ketua dalam sesebuah

program atau organisasi. Seorang ketua yang bertanggungjawab tidak sekadar hanya

memerhatikan anak buahnya bekerja tetapi harus turun padang sekali untuk kelancaran

bersama.

Dalam pada itu, secara tidak langsung juga saya belajar untuk bekerjasama

dengan orang lain yang mempunyai pelbagai pendapat dan buah fikiran. Di sini saya

sedar, tanpa kerjasama dari semua pihak, semua perkara yang dirancangkan tidak

akan menjadi. Sesungguhnya. Ini bukan mudah namun di sepanjang proses ini saya

menjadi lebih terbuka di mana saya belajar untuk mendengar pendapat orang lain di

samping berupaya untuk menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan diri yang

dikenalpasti semasa BIG.

Selain itu, di dalam sesebuah kumpulan terutamanya, tanpa kejasama daripada

semua ahli kumpulan, semua perkara yang ingin dilaksanakan tidak akan menjadi.

Contohnya, semasa menyediakan aktiviti berkaitan dengan kerjaya. Jikalau tiada

bantuan daripada semua peserta BIG, agak mustahil untuk menyediakan atau

memastikan kelancaran aktiviti seminar pekerjaan.

Keduanya, melalu program BIG ini saya belajar untuk memantapkan lagi

kemahiran bersosial saya. Pada awalnya, saya takut saya akan mengalami masalah

berkomunikasi dengan para peserta iaitu murid-murid sekolah. Namun begitu, mereka

begitu peramah dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sebelum dan semasa

Page 2: Refleksi Sem 3

BIG berlangsung. Dalam tidak saya sedari, saya telah mendapat ramai kawan baru dari

kelas Pengajian Cina. Sebagai seorang bakal guru, selain perlu pandai berkomunikasi

dengan murid-murid, saya juga harus bijak serta boleh bergaul dengan para guru untuk

kesenangan dan kesejahteraan bersama.

Melalui pelbagai akitiviti yang dirancang, saya belajar untuk mengenali kekuatan

dan kelemahan diri saya. Saya juga mendapat banyak ilmu dan pengalaman baru.

Antara ilmu yang saya perolehi adalah saya dapati ialah membina hubungan dengan

para murid di sekolah rendah dan mengawal murid. Ilmu ini amat penting untuk

diterapkan dalam diri saya sebagai bakal guru yang akan mendidik dan menyebarkan

ilmu kepda anak bangsa di kemudian hari.

Sebagai konklusinya, saya berasa amat gembira di sepanjang program BIG ini.

Sesungguhnya, ia telah mengajar saya banyak perkara di samping menyedarkan saya

tentang kekuatan diri saya yang perlu dikukuhkan dan kelemahan diri saya yang perlu

diperbaiki. Saya berharap saya akan dapat memanfaatkan segala ilmu yang saya dapat

ini untuk kemajuan diri saya di samping berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.