Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek Bmm 3117

3
REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK BMM 3117 Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117) ini. Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan rasa terima kasih dan tidak akan melupakan jasa pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak yang begitu penyabar dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak anak didik beliau ini. Walaupun subjek ini kelihatan mudah untuk dikuasai memandangkan saya pernah menjawat jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) beberapa tahun lalu, namun sebenarnya subjek ini sangat mencabar. Banyak kaedah,teknik dan pendekatan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas serta elemen yang lain perlu dikuasai. Malah, subjek ini bertambah mencabar setelah mendapat tugasan dari pensyarah untuk subjek ini, Encik Mohd asri bin Abdul Razak. Seusai mendapat tugasan ini, saya bersama-sama rakan yang lain mula mencari maklumat melalui pelbagai sumber termasuklah sumber dari internet, penerbitan bahan bercetak Pusat Sumber. Untuk menyiapkan tugasan ini pelbagai masalah yang saya terpaksa tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini seperti kelajuan internet yang kurang memuaskan, begitu juga dengan jadual waktu kuliah yang agak padat. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya perlu bijak membahagikan masa dan ruang. Alhamdulillah hasil perbincangan bersama rakan rakan banyak membantu dari segi kefahaman untuk menyiapkan tugasan. Tetapi semua masalah itu saya cuba untuk atasi demi memastikan kesempurnaan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan yang lain telah berbincang dan bertukar pendapat mengenai tugasan ini untuk mempercepatkan proses tugasan ini walaupun hakikatnya saya sedar kami semua mempunyai masa yang terhad. Tambahan pula tugasan-tugasan daripada subjek lain turut diperolehi dalam tempoh pelaksanaan tugasan ini berlangsung. Banyak pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan subjek ini. Antara hasil daripada tugasan kerja kursus pendek ini ialah saya dapat mengikuti dan memahami cara mendekati murid-murid

description

refleksi mengenai tugasan yang dibuat

Transcript of Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek Bmm 3117

Page 1: Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek Bmm 3117

REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK BMM 3117

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117) ini. Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan rasa terima kasih dan tidak akan melupakan jasa pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak yang begitu penyabar dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak anak didik beliau ini. Walaupun subjek ini kelihatan mudah untuk dikuasai memandangkan saya pernah menjawat jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) beberapa tahun lalu, namun sebenarnya subjek ini sangat mencabar. Banyak kaedah,teknik dan pendekatan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas serta elemen yang lain perlu dikuasai. Malah, subjek ini bertambah mencabar setelah mendapat tugasan dari pensyarah untuk subjek ini, Encik Mohd asri bin Abdul Razak. Seusai mendapat tugasan ini, saya bersama-sama rakan yang lain mula mencari maklumat melalui pelbagai sumber termasuklah sumber dari internet, penerbitan bahan bercetak Pusat Sumber.

Untuk menyiapkan tugasan ini pelbagai masalah yang saya terpaksa tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini seperti kelajuan internet yang kurang memuaskan, begitu juga dengan jadual waktu kuliah yang agak padat. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya perlu bijak membahagikan masa dan ruang. Alhamdulillah hasil perbincangan bersama rakan rakan banyak membantu dari segi kefahaman untuk menyiapkan tugasan. Tetapi semua masalah itu saya cuba untuk atasi demi memastikan kesempurnaan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan yang lain telah berbincang dan bertukar pendapat mengenai tugasan ini untuk mempercepatkan proses tugasan ini walaupun hakikatnya saya sedar kami semua mempunyai masa yang terhad. Tambahan pula tugasan-tugasan daripada subjek lain turut diperolehi dalam tempoh pelaksanaan tugasan ini berlangsung.

Banyak pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan subjek ini. Antara hasil daripada tugasan kerja kursus pendek ini ialah saya dapat mengikuti dan memahami cara mendekati murid-murid dan cara atau kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap pemahaman murid-murid. Selama menjadi GSTT saya tidak banyak didedahkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas.. Kajian ini memerlukan saya untuk mencari dan meneliti bahan-bahan sama ada daripada buku, majalah, internet atau lain-lain bahan yang berkaitan.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Makro yang telah dibuat, saya mendapati pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat relevan di dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Makro. Pendekatan yang diaplikasikan dalam penghasilan RPH Bahasa Melayu telah membantu untuk merangka suatu corak perjalanan RPH menjadi lebih baik dari segi perancangannya.

Penetapan kaedah mengajar sering kali dikaitkan dengan teori-teori bahasa dan kaitannya dengan bahan yang diajarkan. Masalah selalu wujud semasa guru mengajar apa-apa kemahiran bahasa sama ada aspek lisan, membaca atau menulis yang memerlukan guru memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. Keperluan sukatan pelajaran

Page 2: Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek Bmm 3117

perlu diambil kira apabila menetapkan kaedah dan strategi pembelajaran. Huraian dan sukatan pelajaran yang akan disampaikan kepada murid. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka pada perubahan yang dilakukan dalam sukatan pelajaran serta huraian sukatan pelajaran serta huraian sukatan yang perlu dirujuk oleh guru sebelum pengajaran berlangsung. Kesimpulannya, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran adalah saling berkait dan menjadi elemen yang menunjangi RPH bagi menjalankan P&P Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah.

Secara keseluruhannya, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa kerja kursus pendek ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan tentang kaedah pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan dengan baik . Namun, apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang sayaperoleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.