Refleksi WAJ 3104

download Refleksi WAJ 3104

of 2

Transcript of Refleksi WAJ 3104

  • 7/30/2019 Refleksi WAJ 3104

    1/2

    Refleksi

    Pada semester ini, kami telah mengambil kursus WAJ 3104 Literasi

    Bahasa. Untuk kursus ini, kami dikehendaki melaksanakan satu tugasan dalam

    kumpulan. Ahli-ahli kumpulan saya termasuk Chieng Yan Yien, Eric

    ChungXianLong dan Ngui How Hock. Kumpulan kami telah mendapat undi untuk

    menghasilkan satu bahan bantu belajar untuk aktiviti pemulihan dengan

    menggunakan teknik Permainan Bahasa.

    Kumpulan kami telah mencari maklumat yang relevan daripada internet

    untuk mendapat idea untuk menghasilkan satu permainan bahasa yang menarik

    dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran KIA2M. Akhirnya, kami

    bercadang menghasilkan satu permainan bahasa yang dikenali sebagai

    Permainan Hantu. Kaqmi memilih permainan ini kerana kanak-kanak KIA2M

    boleh belajar dengan seronok dan menarik melalui permainan ini. Jadi, kami

    berharap permainan yang kami rangkakan ini membantu dalam pelaksanaan

    pengajaran dan pembelajaran KIA2M.

    Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan danpengalaman yang baru. Saya telah memahami Teori Pemerolehan Bahasa,

    Konsep KIA2M, kemahiran-kemahiran asas KIA2M, Prinsip dan Kriteria

    Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M. Pengetahuan yang saya

    perolehi ini amat penting bagi saya dan boleh menjadi panduan pada masa

    depan.

    Selain itu, saya juga menyedari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu

    menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar.

    Saya perlu kreatif dalam meyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan

    berkesan untuk pelajar supaya mereka boleh belajar dengan seronok dan

    berkesan.

  • 7/30/2019 Refleksi WAJ 3104

    2/2

    Oleh sebab tugasan ini adalah dilaksanakan dalam kumpulan, saya sedar

    bahawa semangat beekerjasama amat penting antara ahli-ahli kumpulan.

    Semasa melaksanakan tugasan ini, kami telah bekerjasama dalam menyediakan

    bahan bantu belajar kami yang berkonsepkan Permainan Bahasa. Tanpa usaha

    ahli-ahli kumpulan, kami tentu tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Di samping itu, pengurusan masa yang bijak juga penting semasa

    melaksanakan tugasan. Kami perlu merancang permainan bahasa kami dan

    menghasilkan bahan bantu belajar berdasarkan rancangan permainan bahasa

    kami. Kami perlu menggunakan masa dengan sepenuhnya supaya tugasan kami

    siap dan dapat dihantar pada masa yang ditetapkan.

    Secara kesimpulannya, saya telah memperoleh pengetahuan dan

    pengalaman yang boleh dijadikan panduan saya pada masa depan. Saya akan

    sentiasa memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang

    guru yang berjaya pada masa akan datang.

    Disediakan oleh,

    ........................

    (JONG CI HUI)

    PISMP MT SEMESTER 2