Reka Bentuk Penyelidikan

7
KAJIAN KUANTITATIF ( Kuantiti ) Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kuantitatif : i) Kajian Tinjauan ii) Kajian Korelasi iii) Kajian Kuasi Eksperimental iv) Kajian Eksperimental KAJIAN KUALITATIF (Kualiti) Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian kuantitatif. Jenis-jenis kajian kualitatif : i)Kajian Etnografi ii) Kajian Kes iii) Kajian Sejarah

description

Reka Bentuk Penyelidikan

Transcript of Reka Bentuk Penyelidikan

Page 1: Reka Bentuk Penyelidikan

KAJIAN KUANTITATIF ( Kuantiti )

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif.

Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran

seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif :

i) Kajian Tinjauan

ii) Kajian Korelasi

iii) Kajian Kuasi Eksperimental

iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF (Kualiti)

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data

kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara

untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian

kuantitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif :

i)Kajian Etnografi

ii) Kajian Kes

iii) Kajian Sejarah

iv) Kajian Naratif

Page 2: Reka Bentuk Penyelidikan

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

PERKARA KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUANLITATIFi) Bentuk Data Data berbentuk angka yang

boleh diukur.Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian Penyelidik menggunakan instrumen seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

Penyelik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.

Penyelik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif.

Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

Page 3: Reka Bentuk Penyelidikan

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

JENIS

REKABENTUKTUJUAN KEKUATAN KELEMAHAN

Kajian

Eksperimental

1.Membuat perbandingan di bawah situasi terkawal.

2. Membuat generalisasi mengenai keberkesanan.

3. Memperolehi pengukuran secara objektif.

4. Mengenalpasti sebab dan akibat.

1. Melakukan perubahan ke atas variable bebas dan memerhatikan kesan perubahannya pada variebel bersandar.

2. Perubahan pada variebel bersandar adalah benar-benar disebabkan oleh variebel bebas, bukan disebabkan faktor lain.

1. Perubahan dalam variebel rawatan mesti wujud sebelum perubahan variebel bersandar berlaku.

Kuasi -

Eksperimental

1. Menilai keberkesanan suatu program apabila respon kajian tidak dapat diagihkan secara rawak.

1. Boleh mengkaji kumpulan respon yang tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama

1. Pemilihan respon kajian akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak.

2. Pengkaji kurang yakin sama ada perubahan pada responden adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan atau faktor-faktor luaran yang lain kerana sebelum rawatan diberi, responden sudah tidak sama dari banyak aspek.

Kajian

Tinjauan

1. Digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden.

2. Untuk mendapat pandangan orang ramai mengenai sesuatu isu semasa.

3. Ia juga digunakan untuk meninjau keberkesanan sesuatu produk atau rancangan.

1. Penggunaan yang menyeluruh – ia boleh digunakan untuk menyatakan pelbagai jenis soalan seperti isu dan masalah pada pelbagai perspektif terutamanya menghuraikan sikap, pandangan, kepercayaan, perasan, tingkah laku dan lain-lain.

2. Cara pengendalian yang digemari – ia dilakukan melalui pemberian soal selidik atau temu bual atau kedua-kedua sekali.

3. Cara memungut data yang cepat – jawapan subjek dan keputusan analisis diperolehi dalam masa yang singkat.

1. Pengkaji menggunakan soalan yang berbunyi afektif – merupakan soalan yang akan menimbulkan emosi responden yang menyebabkan responden menjawab dengan tidak jujur atau enggan memberi jawapan yang tepat.

Page 4: Reka Bentuk Penyelidikan

4. Penggunaan saiz sampel yang besar – kesahan lebih tinggi.

5. Maklumat yang terus – maklumat dapat dipungut secara terus daripada responden dalam masa yang singkat.

6. Keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan – hasil kajian dapat digeneralisasi kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

Kajian

Kolerasi

1. Satu penyelidikan yang menggunakan ujian statistik untuk mengenalpasti pola-pola dan perhubungan di antara dua pemboleh ubah dalam kajian.

1. Membolehkan penyelidik menentukan sejauh mana darjah asosiasi di antara 2 pemboleh ubah dalam kajian.

PENYELIDIKAN KUALITATIF

JENIS

REKABENTUK

TUJUAN KEKUATAN KELEMAHAN

Kajian

Etnografi

1. Memberi gambaran sesuatu peristiwa mengikut tema kajian.

2. Melapor pelbagai perspektif secara subjektif.

3.Memberi keterangan, kefahaman dan penghuraian sesuatu situasi yang spesifik

4. Bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan menginterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, interaksi, struktur politik, kehidupan dan gaya dalam perhubungan.

1. Menyumbang kefahaman yang lebih mendalam terhadap perkaitan antara politik dengan pendidikan, antara sekolah dengan masyarakat, kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dan antara guru dengan murid di sekolah.

2. Dapat mengaplikasi pelbagai teknik untuk mengetahui mengenai orang lain dan budaya yang berbeza

1. Perspektif pengkaji berkemingkinan dipengaruhi oleh kecenderungan budaya sendiri.2. Memakan masa yang lama – berminggu @berbulan.3. Hasil dapatan lebih condong kepada kualitatif.4. Menggunakan bilangan peserta yang kecil dan suasana sekeliling yang kecil skalanya.5. Fokus yang keterlaluan boleh menyebabkan pengkaji terlepas pandang maklumat lain yang tidak kurang pentingnya.6. Kurang kawalan pemboleh ubah. 7. Sukar untuk membuat penyelidikan.

Page 5: Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian Kes 1. Mengilustrasi gambaran, menganalisis dan menginterpretasi keunikan seorang individu dan situasi melalui keterangan yang dapat diperolehi.2. Untuk menangkap tingkah laku yang kompleks di bawah situasi tertentu.3. Untuk mempersembahkan perwakilan realiti.4. Untuk memberi tindakan dan intervensi.

1. Mengumpul maklumat secara mendalam – mengkaji maklumat mengenai tingkah laku individu dan keadaan sosial.2. Melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah laku individu, keadaan sosial atau peristiwa khusus.3. Maklumat yang dikumpul amat teliti dan kaya terhadap subjek kajian.

1. Tidak menguji teori, membentuk teori atau membuat generalisasi.2. Tidak boleh digeneralisasikan kepada sampel lain.

Kajian Sejarah 1. Suatu tindakan membina semula dengan inkuiri kritikal untuk mencapai objektif gambaran masa lalu dengan tepat.2. Untuk menjelaskan dan meramal peristiwa.

1. Memberi sumbangan kefahaman sistem dan dasar pendidikan masa kini.2. Banyak teori pembelajaran yang dapat dihaluskan dengan lebih sempurna berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibentuk pada masa lalu.3. Ada 2 jinis maklumat kajian sejarah iaitu : maklumat utama (dokumen asal, artifak, laporan @ pemerhatian terus terhadap peristiwa) maklumat sekundar (buku rujukan, laporan pihak lain)

1. Kesimpulan kajian sering dipengaruhi oleh emosi atau kepentingan diri.2. Kesahihan maklumat sekunder tidak dapat dipastikan kesahannya kerana berlaku pada masa lampau.