Rekabentuk Visual

19
PENGENALAN Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual. Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar 1

Transcript of Rekabentuk Visual

Page 1: Rekabentuk Visual

PENGENALAN

Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan

bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau

dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses

pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran

dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan

media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media

yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar

atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya.

Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan

bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran,

bahan audio visual.

Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada

suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan

bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media

yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran

mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada

persekitaran yang berbeza.

1

Page 2: Rekabentuk Visual

REKABENTUK VISUAL

PENGENALAN

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej

yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya,

penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan

dengan media pengajaran yang lain.

Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan

lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan

piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan

mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan,

bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan

proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan

samada pelajar tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan

habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan pertama telah diberi pendedahan kepada buku rujukan

bergambar mengenai haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan

kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua terpaksa mencari

ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa

2

Page 3: Rekabentuk Visual

kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi

mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya.

Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih

berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar

daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar

116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau

perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan

perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar

adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada

perkataan.

JENIS-JENIS VISUAL

Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan

visual bukan tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi

dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen.

Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan

tulis dan model.

Visual atau media tayangan seperti transperensi dan

projektor overhead adalah alat bantu mengajar bagi membantu

guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat

menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya.

Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dan transperensi

3

Page 4: Rekabentuk Visual

yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980),

penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran

yang mengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–

fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan

sasaran besar. Heinich (1996) sependapat dengan Kemp bahawa

penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang

kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih

overlays.

Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa

digunakan bagi tujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid

boleh dihasilkan sendiri oleh guru. Kemudahan ini telah berjaya

membawa pengukuhan dalam bentuk realiti di layar perak. Gambar–

gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jentera dan objek–objek

lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalam bilik

darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual,

separuh automatik dan automatik sepenuhnya.

Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi

moden yang telah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan

pembelajaran. Ramai penyelidik telah menjalankan kajian mengenai

penggunaan televisyen untuk pengajaran dan pembelajaran. Menurut

schramun (1962), murid – murid dapat belajar dengan cekap menerusi

televisyen pendidikan. Menurut Wittich dan Schuller (1973), televisyen

4

Page 5: Rekabentuk Visual

banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman

pembelajaran murid.

Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita

video dan perakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Perakam video pula merupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan

menggunakan perakam video untuk pengajaran ialah gambar dan

bunyi atau suara boleh disiarkan serentak.

Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk

menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta

didapati amat penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep

atau idea. Penerangan sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja

tentu tidak memuaskan dan kurang daya tarikan.

Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya

menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun,

graf, gambar rajah dan bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis

carta, diantaranya ialah carta aliran, carta pohon, carta jadual, carta

masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan jenis – jenis carta,

guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta –

carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta

aliran, carta jadual dan carta pengalaman.

Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan

dan pengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah

dan cepat. Poster yang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya

5

Page 6: Rekabentuk Visual

nampak cantik dan menarik kerana ia dibuat mengikut elemen –

elemen grafik yang baik dan sistematik. Poster juga digunakan oleh

syarikat pengeluaran barangan untuk tujuan mempromosi produk dan

digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuan menyampaikan

penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar.

Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara

yang betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah

mengambil kira peranan yang dapat dimainkan oleh papan tulis

sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru

yang berkebolehan dan cekap selalunya mengambil berat penggunaan

papan tulis supaya ia benar – benar efektif.

Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur,

rupabentuk dan menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin)

berjalan. Terdapat tiga jenis model, antaranya ialah model berskala,

model potongan dan model olok – olok. Kebaikan menggunakan model

adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh dilihat, ia

boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian penglihatan, ia

boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau tertutup malah ia

boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itu juga, model

boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka dan

dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan

pembelajaran didalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.

6

Page 7: Rekabentuk Visual

Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada

visual. Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan

gambarajah. Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih

mudah difahami selain dapat memberikan arahan yang membolehkan

seseorang berfikir dengan lebih berkesan.

Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi

yang menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun

digunakan apabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk

dijelaskan dengan hanya menggunakan perkataan. Contohnya seperti

carta, peta minda dan graf. Graf, carta dan visual lain boleh

menerangkan banyak perkara dalam masa yang singkat.

Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu

dengan hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci

daripada guru. Ini adalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat

penting yang perlu diketahui oleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan

untuk mata pelajaran berkaitan statistik dan matematik. Ini kerana,

graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang banyak. Hanya isi-is

penting sahaja yang ditulis di dalam graf.

7

Page 8: Rekabentuk Visual

Contoh penggunaan graf

Selain daripada graf, penggunaan peta minda juga dapat

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam mengaplikasikan

penggunaan peta minda, beberapa syarat perlu di ambil berat.

Letakkan tajuk yang penting (main point) di tengah-tengah dan

huraikan isi-isi dengan lebih terperinci dengan membuat beberapa

cabang yang menghubungkan isi-isi dengan tajuk. Contohnya seperti

gambarajah di bawah.

Contoh penggunaan peta minda

8

Page 9: Rekabentuk Visual

Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan

isi-isi penting berkaitan dengan tajuk. Ini dapat membantu pelajar

dalam mengingat. Maklumat yang terlalu banyak mungkin akan

mengelirukan pelajar. Dengan menggunakan peta minda, isi-isi dapat

dihuraikan dengan lebih tersusun dan pemikiran pelajar tidak hanya

terkongkong dengan ayat-ayat tertentu. Pelajar diberi kebebasan

untuk menghuraikan sesuatu isi tanpa lari dari topik yang sebenar.

Penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran juga

merupakan salah satu kaedah yang berkesan. Carta mengandungi

gambar berserta label. Carta sesuai digunakan untuk pelajar di

peringkat rendah kerana pelajar mendapat visual atau gambaran

tentang sesuatu perkara berserta huraian dalam masa yang sama.

Penggunaan carta dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu,

penggunaan carta amat sesuai untuk mata pelajaran yang

mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian

terperinci contohnya biologi dan kajian tempatan.

9

Page 10: Rekabentuk Visual

Contoh penggunaan carta

Dalam penggunaan imej pegun, penggunaan warna, saiz objek

dan bentuk perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana, penggunaan warna

yang bersesuaian dapat mempengaruhi serta menarik minat pelajar.

Contoh-contoh lain imej pegun ialah seperti berikut.

Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej

pegun. Imej bergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan imej

pegun, imej bergerak dapat memaparkan gerakan sesuatu imej

contohnya animasi. Imej bergerak sukar untuk dihasilkan kerana ia

10

Menarik perhatian pendengar

Membantu dalam mengingat

Page 11: Rekabentuk Visual

memerlukan pengetahuan tambahan dan kreativiti pencipta.

Walaubagaimanapun, imej bergerak mampu menarik lebih perhatian

berbanding imej pegun.

Penggunaan imej bergerak dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memerlukan syarat-syarat tertentu. Ini adalah kerana,

penggunaan imej bergerak yang tidak sesuai dengan situasi akan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam

persembahan power point, rekabentuk slaid hendaklah diambil kira.

Animasi tidak sesuai digunakan untuk slaid yang mengandungi huraian

yang banyak kerana pelajar akan lebih tertarik untuk melihat kepada

animasi berbanding huraian yang ditulis. Jadi ini secara tidak langsung

akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Imej bergerak adalah sesuai digunakan untuk pelajaran yang

memerlukan pergerakan supaya topik yang hendak diajar mudah

difahami contohnya mengenai kelajuan. Dengan cara ini pelajar dapat

melihat proses gerakan yang berlaku. Maklumat akan lebih mudah

untuk disampaikan kepada pelajar. Selain itu, imej bergerak sesuai

digunakan untuk menerangkan sesuatu proses berlaku contohnya

proses penapisan air. Imej bergerak adalah lebih sesuai digunakan

kerana proses yang berlaku adalah sukar untuk diterangkan dengan

hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika

menggunakan animasi kerana pelajar lebih mudah memahamai

perjalanan sesuatu proses.

11

Page 12: Rekabentuk Visual

Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas ‘grafik’

untuk membuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas.

Pemahaman asas ‘grafik’ membolehkan seseorang menghasilkan BBM

yang sistematik dan efektif. Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak

semestinya mempunyai pengetahuan dan latarbelakang seni yang

tinggi bagi membentuk sesuatu BBM; memadailah jika mempunyai

pengetahuan asas grafik.

Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang

menyampaikan informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan

efektif. Ia juga digunakan bagi mendapatkan kesesuaian idea yang

tepat serta menjimatkan masa. Sebagai contoh, ‘kartun’ adalah satu

daripada bahan grafik. Ia digunakan sebagai satu daya tarikan kepada

pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.

Wittich dan schuller (1973) menerangkan bahawa grafik adalah

terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan

penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan,

lambang dan gambar–gambar. Kanak–kanak biasanya tertarik kepada

bahan grafik yang ditunjukkan. Mereka sentiasa ingin tahu mengenai

keadaan dunia sekeliling. Dengan ada bantuan grafik moden,

pendidikan yang mereka terima dapat membantu memenuhi naluri

ingin tahu.

Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea

dan penerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa

12

Page 13: Rekabentuk Visual

lukisan, perkataan, lambang dan foto. Perkataan dan angka juga

digunakan pada kebanyakan grafik bagi menjelaskan penyampaian

penerangan seperti yang terdapat pada graf, jadual, rajah dan carta.

Grafik banyak sekali melibatkan bentuk – bentuk visual yang

mengandungi penerangan singkat dan padat.

FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan

visual adalah sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.

Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan

objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan,

mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan

penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid

dengan lebih mudah.

Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk

keadaan mod pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%).

Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu dengan hanya

menggunakan perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih

mudah belajar menggunakan visual atau gambar. Oleh yang demikian,

guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang

sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh

13

Page 14: Rekabentuk Visual

besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar dan berkesan.

Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran

berkaitan simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui

analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Contoh-

contoh simbol yang mengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti

Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara

yang susah untuk diterangkan dengan penulisan. Contohnya seperti

gambar di bawah. Larger pictures give the reader a sense of being

there. For example, the picture shows more detail, capturing the

reader's attention.

14

Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan

hanya melihat kepada simbol, pelajar dapat

meramalkan maksud yang ingin disampaikan.

Surat memberi simbol email atau laman web.

Selain dari itu, ikon sampul surat juga memberi

maksud yang sama:

Page 15: Rekabentuk Visual

APLIKASI VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

MERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK VISUAL

Dalam perkara ini, ukuran hasil kerja haruslah dipastikan sama

ada besar atau kecil kerana ia akan melibatkan aspek–aspek seperti

perseimbangan, susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi.

Prinsip–prinsip seni reka seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan

perseimbangan harus diberi perhatian utama.

‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin

disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan

kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan

berlakunya kekeliruan dikalangan pelajar. Sebaik–baiknya berpegang

kepada prinsip ‘mudah dilihat dan mudah dibaca’. Segala bahan

lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas, ringkas dan

mengandungi bahan utama sahaja.

15

Page 16: Rekabentuk Visual

‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual

BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung

kait diantara satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan

elemen garis, bentuk, warna atau ruang.

‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera

di dalam satu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat

perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan

menggunakan garisan–garisan kasar ; warna–warna paras dan ruang

atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan kerana

pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan.

‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk

‘formal’ dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah

susunan reka bentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat

memberikan perasaan sama berat di antara susunan kiri dan kanan

atau sebaliknya. Ini berbeza dengan perseimbangan tidak formal.

Perseimbangan ini memerlukan lebih daya gubahan dan kreativiti.

Cara yang sedemikian adalah lebih menarik.

‘Ruang’ yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat

mempengaruhi satu–satu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan

sesuatu, ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin

diketarakan supaya tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu

padat dan sesak.

16

Page 17: Rekabentuk Visual

‘Garisan’ adalah elemen yang harus juga diambil perhatian

kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan

seumpamanya. Garisan juga berperanan bagi perhubungan dan dapat

menunjukkan arah pandangan seseorang terhadap apa yang dilihat

mengikut susunan.

‘Warna’ juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu

– satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna

dapat memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan

perseimbangan dalam visual BBM. Seseorang itu harus memahami

konsep warna terlebih dahulu untuk menggunakannya. Ini melibatkan

pengetahuan ketagori – ketagori warna, sama ada sejuk atau panas.

WARNA BIRU DAN HIJAU TERGOLONG DALAM KETAGORI SEJUK

WARNA MERAH DAN KUNING TERGOLONG DALAM KETAGORI

PANAS

Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada

pelajar. Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi

menghasilkan ‘poster’, warna bagi tujuan latar belakang haruslah

disesuaikan dengan warna–warna objek atau huruf yang digunakan.

Jika warna latarbelakang adalah ketagori warna cerah seperti kuning,

merah muda, biru laut dan hijau muda amatlah sesuai digunakan

17

Page 18: Rekabentuk Visual

warna–warna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua, biru tua,

hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf.

‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visual

BBM. Ia berfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi

penting. Oleh itu, penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah

diberi perhatian dari segi ‘kejelasannya’. Ini akan melibatkan kaedah–

kaedah menggunakan huruf, saiz huruf dan jenis huruf. Dalam elemen

huruf, seseorang itu harus menghadkan penerangan, idea atau isi

pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satu–satu visual.

Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu visual BBM, seseorang itu

harus menentukan jenis huruf; seeloknya huruf ‘bold’ yang tidak

mengelirukan.

Terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang itu

menghasilkan penghurufan yang baik bagi sesuatu visual BBM seperti

menggunakan stensil huruf, penekan huruf, pita huruf, sistem

penghurufan, komputer dan sebagainya.

18

Visual: salah satu bahan bantu mengajar.

Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri

Page 19: Rekabentuk Visual

Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa

susunan dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di

antara satu perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian

supaya kelihatan lebih menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.

Baik Kurang baik

19

SAYA S A Y A

COOPER BLACK FONT 12STENCIL FONT 14

GEORGIA FONT 16