rekod penjagaan bulanan.docx

8
7.0 REKOD PENJAGAAN BULANAN 7.1 Penjagaan Bulanan Penjagaan bulanan ikan hiasan dalam akuarium ialah penjagaan yang mudah. Penjagaan bulanan termasukkan mengganti air di dalam akuarium sekurang-kurangnya dua minggu sekali, membuang tumbuhan hidup yang rosak, membersihkan akuarium dan mencampurkan antiklorin dalam air selepas air diganti. PERKARA Gentian Air Air hendaklah diganti sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tumbuhan Rosak Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendaklah dicantas dan dibuang. Kebersihan Akuarium Bahagian tangki akurium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan. Anti Klorin Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin. 7.1.1 Menyediakan Dan Menghias Akuarium a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut. b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan- bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium dan lampu akuarium. c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul kayu, batu, pasir sungai, pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

Transcript of rekod penjagaan bulanan.docx

Page 1: rekod penjagaan bulanan.docx

7.0 REKOD PENJAGAAN BULANAN

7.1 Penjagaan Bulanan

Penjagaan bulanan ikan hiasan dalam akuarium ialah penjagaan yang mudah.

Penjagaan bulanan termasukkan mengganti air di dalam akuarium sekurang-

kurangnya dua minggu sekali, membuang tumbuhan hidup yang rosak,

membersihkan akuarium dan mencampurkan antiklorin dalam air selepas air diganti.

PERKARAGentian Air Air hendaklah diganti sekurang-

kurangnya 2 minggu sekali.Tumbuhan Rosak Tumbuhan akuatik yang panjang

dan rosak hendaklah dicantas dan dibuang.

Kebersihan Akuarium Bahagian tangki akurium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan.

Anti Klorin Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin.

7.1.1 Menyediakan Dan Menghias Akuarium

a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti

dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.

b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan

seperti tangki, cabinet, kaki akuarium dan lampu akuarium.

c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul kayu, batu, pasir

sungai, pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

Page 2: rekod penjagaan bulanan.docx

7.1.2 Langkah-Langkah Menyediakan Akuarium

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-

langkah berikut perlu diikuti:

i. Bersihkan bekas terlebih dahulu.

ii. Pasangkan penapis.

Page 3: rekod penjagaan bulanan.docx

iii. Masukkan pasir.

Page 4: rekod penjagaan bulanan.docx

iv. Masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas.

v. Masukkan aksesori yang dikehendaki.

vi. Masukkan tumbuhan hiasan

vii. Masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya.

viii. Pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam

ix. Masukkan ikan hiasan.

Page 5: rekod penjagaan bulanan.docx

7.1.3 Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium

a) Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan

ikan hiasan yang telah dikenalpasti kedalam akuarium tersebut.

b) Langkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan kedalam akurium

adalah seperti berikut:

i. Letakkan bekas plastik yang berisi ikan kedalam akuarium.

ii. Biarkan bekas plastic itu selam 20 hingga 30 minit. Langkah ini

bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastic itu

dengan suhu air di dalam akuarium.

iii. Masukkan sedikit air dari dalam akuarium kedalam beg plastik.

iv. Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu

dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama-sama air

dari dalam plastik.

7.1.4 Pengurusan Akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam

bekas atau akurium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

a) Sistem Pengudaraan

Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara

diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

b) Sistem Penapisan Air

Terdapat banyak system penapis yang digunakan. Biasanya

pemelihara yang baru akan menggunakan penapis jenis atas

tangki kerana ianya lebih murah dan mudah didapati.

Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis ‘under

gravel filter’ kerana air lambat kotor.

Penapis yang baik ialah jenis biologi kerana ianya bukan sahaja

dapat menapis kotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang

boleh membawa penyakit kepada ikan.

Page 6: rekod penjagaan bulanan.docx

c) Perawatan Air

Air yang digunakan terutama air dari system perpaipan di

Negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat

digunakan untuk ternakan ikan hiasan.

Rawatan yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti klorin

dan memasukkan sedikit garam biasa bagi mebunuh bakteria.

d) Aksesori

Kebiasaannya penternak ikan menambah hiasan dengan lampu,

binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain.

Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori

tersebut tidak toksik kerana ianya merbahaya kepada ikan

hiasan.

e) Batu Batan Dasar

Pemilihan batu juga perlu dititik beratkan kerana pada masa kini

terdapat banyak batu yang diwarnkan supaya Nampak lebih

cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak

merbahaya kepada ikan hiasan.

f) Hiasan Dalam Akuarium

Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat

dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang disedikan

hendaklah member ruang yang cukup untuk ikan berenang dan

tidak menggangu habitatnya.

Page 7: rekod penjagaan bulanan.docx

7.1.5 Rekod Penjagaan Bulanan

AKTIVITI

BULAN

JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN

Membeli

Makanan

Menganti air

Membuang

tumbuhan

hidup yang

mati

Meletakkan

anti klorin

Kebersihan

akuarium

Mengawal

suhu dan pH

air.

Page 8: rekod penjagaan bulanan.docx