Rekoder is fun
Transcript of Rekoder is fun
MARI BELAJAR MENIUP REKODER
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ONG HEA KIN
KPT 6044
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pensyarah: PM Dato' Dr Abd Latif Hj Gapor
TEKNIK MENIUP REKODER
• Lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan
supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti
ton yang baik.
1. Postur
2. Embouchure
3. Penglidahan
4. Pernafasan
5. Penjarian
Postur
• Badan perlu tegak dan berada
dalam keadaan selesa. Rekoder
dipegang dengan kecondongan
45 darjah dari badan.
• Rekoder dipegang dengan jari
tangan kiri di bahagian atas
dan jari tangan kanan
di bahagian bawah.
Embouchure
• Embouchure ialah penggunaan
otot muka dan pembentukan
bibir yang mengikut bentuk pipit
(mouthpiece).
• Masukkan bahagian pemipit di
antara bibir. Setelah itu bibir
dirapatkan dan jangan gigit
rekoder. Bibir juga jangan
ditegangkan dan pastikan bibir
dalam keadaan selesa.
Penglidahan
• Penting untuk penghasilan not rendah dan not
tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran
udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
• Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan
lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi
‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa
meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double
tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya
pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi
permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk
penghasilan not pendek.
Pernafasan
• Untuk meniup not rendah, tekanan udara
dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-
lahan serta terkawal. Tekanan udara yang
lebih serta dilepaskan secara laju dalah
untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa,
hanya satu pernafasan yang digunakan.
Penjarian• Tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang
rekoder di bahagian belakang rekoder.
Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder
pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang
rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup
lubang rekoder ketiga.
• Tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang
rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang
rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan
jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketujuh
ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.
• Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder
bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk
menghasilkan bunyi syap dan flat.
Chart Penjarian Rekoder
3 not mudah – B, A, G
TERIMA KASIH!